Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 7, 2010

Baru Kita Nampak Siapa Yang Tidak Wala’ Sebenarnya

Dalam Isu Kalimah Allah ni, barulah terdedah siapa sebenarnya yang tidak wala’ pada keputusan Jemaah. Selama ini, mereka yang menentang usaha mengadakan Kerajaan Perpaduan disebarkan kepada umum bahawa mereka tidak wala’(taat) kepada Presiden.
Ke hulu ke hilir, juak-juak pemimpin Pro UMNO dalam PAS menjaja bahawa kumpulan “Erdogan” tidak wala’ pada Presiden, tidak wala’ pada PAS dan telah memberikan wala’ mereka kepada Anwar Ibrahim. Walhal, PAS tidak buat apa-apa keputusan berkenaan rasmi berkenaan dengan isu “Kerajaang Perpaduang” ini.

Tuduhan sebegini dilempar kerana usaha-usaha pimpinan Pro-UMNO untuk berkempen kepada ahli2 dan aktivis PAS digagalkan oleh kumpulan yang mereka gelar sebagai “Erdogan”. Jadi, demi untuk memburukkan imej mereka yang tidak mahu berselingkuh dengan UMNO, tuduhan “tidak wala’” atau “tidak taat” di sebar dengan begitu meluas sekali. Juga, tuduhan “pro-Anwar” juga disebar oleh juak2 pimpinan Pro UMNO ini seluas-luasnya.

Salah seorang juak-juak pimpinan Pro UMNO ini bernama Afyan Mat Rawi dan beliau pernah menyebarkan fitnah seumpama ini dalam blog Malaysiawaves. Beliau sekarang ini memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda Gombak.

Bacalah apa yang ditulis oleh beliau di bawah:

"June 6, 2009 9:02 AM

Afyan said...
PAS adalah parti yang paling kuat dalam PR.
Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.
Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya.
Ini yang dapat dikesan oleh para ulama.
Dan berlakulah pertembungan sebagaimana yang berlaku pada hari ini."
".

Ini adalah kata-kata dari salah seorang dari ribuan juak-juak pimpinan Pro UMNO yang begitu ghairah menyebarkan fitnah dan nista terhadap mereka yang tidak bersetuju kepada usaha membawa PAS berselingkuh dengan UMNO. Afyan inilah contoh yang jelas betapa fitnah-fitnah seperti ini telah disebarkan di akar umbi PAS sebagai menentang pimpinan2 PAS yang tidak bersetuju dengan usaha membawa PAS duduk sebarisan dengan UMNO.

SIAPA YANG TIDAK WALA SEBENARNYA!!!

Hasan Ali sewaktu Mesyuarat Lujnah Politik memberitahu bahawa keputusan mahkamah ini ditentang oleh pegawai-pegawai MAIS dan JAIS. Ertinya, Hasan Ali telah membawa pendapat dan pendirian dari penyokong-penyokong UMNO di dalam institusi kerajaan Negeri Selangor yang rata-rata penyokong dan pendokong UMNO. Sepertinya, Dato Hasan telah menjadi penyambung lidah pada anasir-anasir UMNO dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Sepatutnya Dato’ Hasan mempersoalkan pegawai2 ini, dimana suara mereka bila Dato Najib meluluskan 10 lesen judi yang baru? Biar mereka terhegeh-hegeh menjawab. Dato Hasan ni betul ke orang PAS ni?

Maka, selepas Presiden mengeluarkan kenyataan rasmi Parti secara bertulis pada 4 hb Januari 2010, tiba-tiba Dato Hasan telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan pada 6 Januari menentang pendirian rasmi Parti berkaitan dengan isu ini.
Kata Dato Hasan:


“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada :Sinar Harian,: semalam.

Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.

“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya
.

APA SEBENARNYA DEFINASI WALA’ DALAM PAS?

Saya hairan, mereka yang menentang “Cadangan Presiden” sahaja, telah dilabel sebagai “tidak wala’” dan Proksi Anwar dalam PAS. Sedangkan kalau kita lihat, cadangan “Kerajaang Perpaduang” ini tidak pernah diputuskan oleh parti.
Cadangan “Muzakarah dengan UMNO” pun tidak pernah diputuskan oleh parti mahupun Majlis Syura Ulama PAS. Namun, mereka yang menentang idea muzakarah juga dilabel sebagai “Tidak Wala’” dan “Proksi Anwar”.

Oleh kerana itu, bagaimana pula dengan puak2 yang telah menentang pendirian rasmi PAS dalam isu Kalimah Allah ini? Adakah mereka juga boleh kita katakana sebagai “tidak wala’” serta “Proksi UMNO”? Para pembaca sekelian fikir-fikirkanlah secara tenang dan insaf.

Sedihnya saya adalah masih wujud pimpinan2 PAS yang membiarkan diri mereka menjadi alat propaganda UMNO. Seharusnya, Ustaz Nasaruddin mesti keluar menafikan laporan Berita Harian terhadap kenyataan beliau. Jelas Berita Harian mahu menggunakan kenyataan beliau untuk kepentingan UMNO.

Hai, bilalah kita nak bersihkan PAS dari pimpinan2 yang pro UMNO ni. Menyakitkan hati je. Bilalah nak EGM ni

PUJIAN PADA CHE GU PA DAN DR SHAMSURI

Saya secara terbuka ingin memuji tindakan Cikgu Pa yang telah mengarahkan semua kenyataan pimpinan2 yang tidak selari dengan keputusan parti diturunkan sama sekali. Saya tahu ada yang mengamok i.e. Ustaz Idris Ahmad tapi saya anggap tu semua sifat manusia biasa sahaja. Pada saya, kenyataan Ustaz Idris tu masih 50-50. Nak kata sokong tidak, nak kata tentang pun tentang yang beradab. Namun, Ustaz Idris janganlah marah, sebab Che Gu Pa cuma melakukan tugas beliau sahaja.

Dan kenyataan Dr Shamsuri dalam Harakahdaily juga saya puji kerana jelas pendirian PAS dalam isu ini tiada kena mengena dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ianya adalah berasaskan kepada hukum syariat Islam.
Setakat yang saya faham, dan juga dari kenyataan Tuan Haji Khalid Samad di Malaysiakini, keputusan PAS itu TIDAK SAMA SEKALI menyatakan PAS menyokong keputusan Mahkamah Tinggi. Cumanya, PAS tidak mahu isu ini dijadikan isu yang akan menguntungkan UMNO dan merugikan dakwah Islamiyyah.

UMNO adalah penyakit yang parah kepada Malaysia. Seharusnya kita pikir jalan untuk buang penyakit bernama UMNO ini. Bukan pegi sokong, macam Hasan Ali buat tu.

Tulang Besi

ps Seruan saya pada ahli2 PAS adalah supaya jangan ingat isu ini adalah isu Semenanjung sahaja. Isu ini berkaitan dengan penduduk2 kristian di Sabah dan Sarawak. Mereka telah menggunakan nama Allah ni SEJAK SEBELUM MALAYSIA ditubuhkan lagi.

Soalan saya (dan soalan yang sama saya berikan pada AB Banjary yang tidak dijawab sampai sekarang) adalah: Adakah kita mahu berjuta- penganut Kristian di Sabah dan Sarawak berhenti menggunakan nama Allah sedangkan mereka telah berketurunan menggunakan kalimah Allah?

Sila klik di sini untuk melihat contoh Bible yang mereka pakai selama ini.

29 comments:

jamal said...

buat kali pertamanya saya tidak akan hadir ke himpunan pas di masjid tabunh haji esok.

sebelum ini kecuali saya outstation tidak pernah miss menyahut seruan pemuda pas unutk turun demo.

sebab nya saya dah meluat dengan pemimpin fraksi umno dalam pas ini,di kawasan saya piminan kawasan pun dah lain macam,ashik main isu wala dan disiplin jemaah jika kita memberi komen yg sedikit negatif terhadap presiden dan PJ selangor.

cukup sudah,saya dah tak boleh tahan lagi.saya kan jadi ahli pas yg pasif.

Tulang Besi said...

jamal said...
buat kali pertamanya saya tidak akan hadir ke himpunan pas di masjid tabunh haji esok.

sebelum ini kecuali saya outstation tidak pernah miss menyahut seruan pemuda pas unutk turun demo.

sebab nya saya dah meluat dengan pemimpin fraksi umno dalam pas ini,di kawasan saya piminan kawasan pun dah lain macam,ashik main isu wala dan disiplin jemaah jika kita memberi komen yg sedikit negatif terhadap presiden dan PJ selangor.

cukup sudah,saya dah tak boleh tahan lagi.saya kan jadi ahli pas yg pasif.
January 7, 2010 2:35 PM
.
Tak boleh saudara Jamal. Kalau saudara Jamal berhenti bersuara, perubahan tidak akan berlaku. Saudara kena terus bersuara dan dalam waktu yang terdekat perubahan akan berlaku.

Perubahan ni makan waktu. Lagi best, pemimpin2 Kawasan yang gila wala’ ni, lepas ni kita tukar kan mereka semua dengan pemimpin2 yang wala’ pada Allah dan Rasul.
Sebenarnya diorang ni wala’ pada projek bukan wala’ pada PJ pun.

jamal said...

tq TB

tapi saya rasa agak payah unutk saya buat kerana kebanyakan ahli pas kawasan yg jadi pemimpin adalah di kalangan yg bukan professional dan kebanyakanya tidak membaca blog atau internet.

saya dah cukup vocal tapi malangnya saya di ketepikan sejak 3 bulan yg lepas,dan saya amat PASTI bila dekat Piliharaya nanti mereka akan datang ke rumah saya merayu dan sebagainya sebab sejak 3 pr yg sudah saya kerja hampir siang dan malam untuk kawasan saya.

komen TB :-
"Lagi best, pemimpin2 Kawasan yang gila wala’ ni, lepas ni kita tukar kan mereka semua dengan pemimpin2 yang wala’ pada Allah dan Rasul.
Sebenarnya diorang ni wala’ pada projek bukan wala’ pada PJ pun."

saya tidak setuju kerana kebanyakan mereka sudah ada jawatan jkkk,masjid,penyelaras dun atau ahli majlis...

Tulang Besi said...

jamal said...
tq TB

tapi saya rasa agak payah unutk saya buat kerana kebanyakan ahli pas kawasan yg jadi pemimpin adalah di kalangan yg bukan professional dan kebanyakanya tidak membaca blog atau internet.

saya dah cukup vocal tapi malangnya saya di ketepikan sejak 3 bulan yg lepas,dan saya amat PASTI bila dekat Piliharaya nanti mereka akan datang ke rumah saya merayu dan sebagainya sebab sejak 3 pr yg sudah saya kerja hampir siang dan malam untuk kawasan saya.

Yang terbaik saudara Jamal susun orang untuk ganti pemimpin2 yang gila wala’ ni. Tak payah nak susah2 buat kerja untuk diorang, cari orang2 yang layak untuk memimpin dan dalam pemilihan nanti ganti diorang ni semua.

Diorang ni ada kat situ pun tak guna. Buang karan je. Namun, vocal saudara wajib diteruskan. Jangan berhenti.

Tulang Besi said...

Allah akan bantu saudara Jamal inshaalah

jamal said...

thanks TB

once i regain my strengh i will try my level best.

Anonymous said...

Puak-puak kufur yg menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian akan mencari jalan dalam usaha untuk membenarkan proses tersebut. Ini termasuk mereka akan mengorek cerita dari pelbagai sumber untuk menyokong pendapat mereka. Walaupun diketahui bahan yg diperolehi drpd sumber-sumber tersebut langsung tidak boleh dipercayai tetapi demi untuk mengelirukan pemikiran umat Islam, puak-puak ini akan mengolah cerita-cerita tersebut supaya sedap di dengar atas alasan menyokong hujah-hujah mereka.

Isu judi akan dieksplotasikan oleh puak-puak kufur ini secara habis-habisan dalam usaha untuk mempengaruhi pemikiran rakyat agar membenci kerajaan. Apakah PAS bukan tergolong dalam kerajaan? Bukankah PAS tergolong dlm PR? Apa tindakan PAS untuk menghalang judi di negeri-negeri yg diperintah oleh PR? Mengapa pusat-pusat hiburan di Selangor semakin bertambah sejak pemerintahan PR? Mengapa tiada apa-apa tindakan yg dilakukan PAS di Pulau Pinang berhubung isu judi dan pusat hiburan? Apakah benar dakwaan pelbagai lapisan masyarakat bahawa PAS hanya menjadi pak turut di dalam PR???

Sebenarnya persoalan-persoalan sebegini yg mesti dijawab secara jelas oleh PAS dan bukannya mengalihkan perhatian rakyat dgn mereka cipta pelbagai isu-isu semberono. Banyak lagi persoalan yg tidak terungkai yg menjadi tanda tanya di kalangan rakyat bawahan tetapi semuanya dipejamkan mata oleh PAS dengan merasakan kononnya mereka kini kuat dan boleh menang dalam pilihanraya. Alangkah ruginya PAS...

hussin said...

salam sdr jamal,

a good example for u to follow:
http://mindnoevil.blogspot.com/2010/01/fmzam-interesting-revelation.html

see how persistent is our brother FMZam in his fight against corruption.

hussin said...

anon 3:50,

persoalannya, adakah penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam BOLEH atau TIDAK?

kebimbangan yang menyusuli jawapan yang telah jelas itu pun memang ada asasnya. itulah akibat memisahkan agama dari politik selama separuh abad umno berkuasa. islam hanya pada simbol sahaja. fatwa oleh majlis fatwa kebangsaan mana ada umno peduli?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Aku ucap tahniah kpd TB krn akhirnya ada benda jugak kau setuju dgn TGHH. Kenyataan TGHH bg aku ambil jln tgh,walaupun sebenarnya mengikut tafsir ini tidak tepat dgn hukum syarak berdasarkan ayat 29 surah At Taubah:

Fight against those who believe not in Allah, nor in the Last Day, nor forbid that which has been forbidden by Allah and His Messenger, and those who acknowledge not the religion of truth among the People of the Scripture,)

Therefore, Muslims are not allowed to honor the people of Dhimmah or elevate them above Muslims, for they are miserable, disgraced and humiliated. Muslim recorded from Abu Hurayrah that the Prophet said,

Do not initiate the Salam to the Jews and Christians, and if you meet any of them in a road, force them to its narrowest alley.

The scholars of Hadith narrated from `Abdur-Rahman bin Ghanm Al-Ash`ari that he said, "I recorded for `Umar bin Al-Khattab, may Allah be pleased with him, the terms of the treaty of peace he conducted with the Christians of Ash-Sham:

`In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. This is a document to the servant of Allah `Umar, the Leader of the faithful, from the Christians of such and such city.

When you (Muslims) came to us we requested safety for ourselves, children, property and followers of our religion.

We made a condition on ourselves that we will neither erect in our areas a monastery, church, or a sanctuary for a monk, nor restore any place of worship that needs restoration nor use any of them for the purpose of enmity against Muslims. (catatan: Apa khalid Samad buat bertentangan sekali dgn kenyataan ini)

We will not prevent any Muslim from resting in our churches whether they come by day or night, and we will open the doors ﴿of our houses of worship﴾ for the wayfarer and passerby.

Those Muslims who come as guests, will enjoy boarding and food for three days.

We will not allow a spy against Muslims into our churches and homes or hide deceit ﴿or betrayal﴾ against Muslims.

We will not teach our children the Qur'an, publicize practices of Shirk, invite anyone to Shirk or prevent any of our fellows from embracing Islam, if they choose to do so.

We will respect Muslims, move from the places we sit in if they choose to sit in them.

We will not imitate their clothing, caps, turbans, sandals, hairstyles, speech, nicknames and title names, or ride on saddles, hang swords on the shoulders, collect weapons of any kind or carry these weapons. We will not encrypt our stamps in Arabic, or sell liquor.

TB: Org Kristian tidak akan menyerupai org Islam hatta nama mereka sekalipun, jadi macam mana dgn nama Allah? Tidak ajar anak mrk Quran, tunjuk kesyirikan mrk, dan ibadah mrk. Apa jua Syira mrk adalah dilarang ditunjukkan, ini adalah dalam perjanjian dgn Umar sbg Ahlul Dzimmah


We will have the front of our hair cut, wear our customary clothes wherever we are, wear belts around our waist, refrain from erecting crosses on the outside of our churches and demonstrating them and our books in public in Muslim fairways and markets.

We will not sound the bells in our churches, except discretely, or raise our voices while reciting our holy books inside our churches in the presence of Muslims, nor raise our voices ﴿with prayer﴾ at our funerals, or light torches in funeral processions in the fairways of Muslims, or their markets. We will not bury our dead next to Muslim dead, or buy servants who were captured by Muslims.

We will be guides for Muslims and refrain from breaching their privacy in their homes.' When I gave this document to `Umar, he added to it, `We will not beat any Muslim. These are the conditions that we set against ourselves and followers of our religion in return for safety and protection. If we break any of these promises that we set for your benefit against ourselves, then our Dhimmah (promise of protection) is broken and you are allowed to do with us what you are allowed of people of defiance and rebellion.''

tokmod said...

waaaakakaka....
agaknya orang2 dgereja ktawa tkekek-kekek mlihat orang mlayu dn orang islam tlolong2... tpekek2...tdoh..mnudoh ssama sdiri.
hya dgn satu PERKATAAN saja sdah bloh mmecah blahkan orang mlayu dn orang islam.
htikanlah dr trus mbuka pkong ddada..
kan lbeh baik buka minda sluas2nya dn mbetulkan saf kita yg dah bkang bkok....

Tulang Besi said...

The scholars of Hadith narrated from `Abdur-Rahman bin Ghanm Al-Ash`ari that he said, "I recorded for `Umar bin Al-Khattab, may Allah be pleased with him, the terms of the treaty of peace he conducted with the Christians of Ash-Sham:

`In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. This is a document to the servant of Allah `Umar, the Leader of the faithful, from the Christians of such and such city.

When you (Muslims) came to us we requested safety for ourselves, children, property and followers of our religion.

We made a condition on ourselves that we will neither erect in our areas a monastery, church, or a sanctuary for a monk, nor restore any place of worship that needs restoration nor use any of them for the purpose of enmity against Muslims. (catatan: Apa khalid Samad buat bertentangan sekali dgn kenyataan ini)
.

Bang, baca la betul betul. Ni la ngaji sikit2 jadi macam ni la. PErjanjian ni adalah perjanjian yang ditulis oleh kaum Krisitan dari Shams. Ertinya ini bukan syarat2 yang ORANG ISLAM bagi tapi syarat yang orang KRISITAN SYAM bagi,
Itupun, kesahihan perjanjian ni (yang saya tak ingat nama dia) dipersoalkan oleh ramai ulama-ulama hadeeth sendiri.
Walaubagaimanapun, ianya tidak menjadi asas kepada bagaimana kita hendak melayan orang Krisitian di Malaysia sebab ianya antara Saidina Umar dan Krisitan Syam sahaja. Kita kat Malaysia bukan Syams
Berenti lah sokong UMNO tu. Otak kau dah jadi rosak sebab sokong UMNO.

Tulang Besi said...

“Treaty” yang kau sebut tu tak pernah dipraktik pun oleh mana-mana khalifah islam. Kesahihan pun tak dapat dipastikan. Kau sebut ia perjanjian dengan Saidina Umar. Ada riwayat kata ia perjanjian dengan Saidina Umar Abdul Aziz. Tak tau mana satu betul.

Anonymous said...

in tak sedar. Ada banyak hujah yang dilontarkan termasuk dari golongan orang bukan Islam termasuk orang Kristian bahawa,orang Kristian Indonesia dan Sabah-Sarawak telah lama salah mengggunakan perkataan Allah. Eropah tak guna pun perkataan Allah. Inilah kefahaman semasa yang diterima pakai.

JAdi kalau TB kasihan kat orang Sabah-Sarawak, tolong beritahu mereka istilah mereka pakai sejak zaman dahulu sebelum merdeka adalah salah dan bertentangan ddengan kamus.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Bukak dulu kitab tasfir ibn kathir:

http://www.qtafsir.com/index.php?option=com_content&task=view&id=2566&Itemid=64

Itupun, kesahihan perjanjian ni (yang saya tak ingat nama dia) dipersoalkan oleh ramai ulama-ulama hadeeth sendiri.

Kalau mengaji tu dah handal, awat tak ingat siapa yg pertikaikan?Beri dulu bang, dalam wikipedia pun dia akan tulis (citation?), cm nila u bg nama i agree with u.

“Treaty” yang kau sebut tu tak pernah dipraktik pun oleh mana-mana khalifah islam. Kesahihan pun tak dapat dipastikan. Kau sebut ia perjanjian dengan Saidina Umar. Ada riwayat kata ia perjanjian dengan Saidina Umar Abdul Aziz. Tak tau mana satu betul.

kau saja yg kata mcm tu, tapi Ibn kathir dah kata mcm tu dlm tafsirnya. Clear bhw perjanjian itu adalah antara Umar al Khattab, dan ia telah dipraktikkan.

Muslim recorded from Abu Hurayrah that the Prophet said,

(Do not initiate the Salam to the Jews and Christians, and if you meet any of them in a road, force them to its narrowest alley.)

hah ini mcm mana? nak tolak lg ke?

Walaubagaimanapun, ianya tidak menjadi asas kepada bagaimana kita hendak melayan orang Krisitian di Malaysia sebab ianya antara Saidina Umar dan Krisitan Syam sahaja. Kita kat Malaysia bukan Syams

Bila tak kena dgn selera, mula la kata, bang ini tanah arab punya hukumla..Org sembahyang tarawih 20 rakaat pun ikut Umar, talak 3 jatuh terus pun ikut Umar, ada dalil ke krsitian egypt tak sama, boleh pakai salib besar2 zmn Umar etc.

Anonymous said...

Dalam isu kalimah Allah juga digunakan oleh kristian Sabah / Sarawak, kenapakah selama bertahun-tahun lamanya tidak menjagi isu, tetiba, bila Herald dah guna, baru KDN dan kita orang Islam menjadi heruk- pekok ???

Kemana perginya pandangan dan fatwa dari badan spt Majlis Fatwa Kebangsaan yg dianggotai oleh mufti2 dari Serawak dan juga Sabah.?? Kenapa JAKIM dan BN-Gomen tak minta pandangan mereka, tetapi dirujuk terus kpd YDA?? Bukankah YDA juga perlukan nasihat dari Mufti / dan badan spt Pers Ulama, utk memberikan pandangan dan jika perlu mengeluarkan fatwa tentangnya, supaya umat Islam tidak terus tertanya-tanya fungsi dan peranan yg perlu dimainkan pihak berkenaan ?

Jika penggunaan ALLAH adalah tertakluk kpd syariat Islam dan hal-ehwal Islam, maka kenapa bukan Islam dibenar interfere dlm urusan Orang Islam ?

Jika ALLAH tidak boleh difatwakan sebagai milik ekslusif org Islam berdasarkan NAS/Authoritative sources of Islam, maka kenapa pihak berkenan tidak menjelaskannya ?

Apakah golongan ulama suka membiarkan umat Islam terus kebingungan ?

Sebagai orang Islam, kita tak boleh lari dari berpegang kpd sumber yg benar - AlQuran & AlSunnah, lebih-lebih lagi ditakuti dilaknat ALLAH !!!Nauzubillah...

Amat jelas, kini JAKIM, badan fatwa kebangsaan, majlis raja-raja semuanya mcm hilang arah untuk menjelaskan kpd umat Islam Malaysia hari ini. Jika kristian di Mesir, Syria, Jordan, Algeria, dsbnya boleh menggunakan dan menyebut Allah dlm kehidupan seharian tanpa berbangkit masalah, apalah sangat umat Islam di Msia yg hanya kurang dari 2% dari jumlah umat Muhamad SAW dimuka bumi ini...

Apa yg kita perlukan ialah satu penjelasan yg JELAS dlm hal ini, bukan utk kemenangan puak UMNO/PAS!!!

-Kepentingan Ummah / Islam, mestilah mengatasi segala-galanya dlm konflik ini. Ummah must also be guided by the 'true teaching of Islam', not guided by opinions of all those groups with vested / hidden agenda.

PLS TELL US THE "TRUE TEACHING OF ISLAM" IN THIS ISSUE!!!!If we dont have enough Islamic scholars , then why cant the goverment gathered all Islamic scholars all over the world to help us in this issue, such as the one you awarded with the tokoh 'Maal Hijrah' - Muslim/Malaysian version of Nobel-Prize ??

Grand Marquis said...

Saya tertarik dengan kata-kata TB yang ni:

Kita kat Malaysia bukan Syams

Wah. Kenapa tiba-tiba isu kita kat Malaysia dan buan Syams muncul.

Habis tu kenapa dalam isu nama Allah tak pula dia kata Kita kat Malaysia, bukannya Mesir.

Anonymous said...

1.Alahai,kan dah kata!!Bab agama ni hangpa jangan ikut ohgang yang bergurukan syaitan!!!Sila rujuk tok guru dalam Pas!Berlambak!!!!!Hadi Awang,Nik Aziz,Harun Din,hangpa rujuklah kad depa!!!
2.Dah kata dulu,majoriti pengikut pas berpaksikan pemimpin berkelulusan agama!Dalam pemilihan peringkat pusat Pas baru-baru ini!Golongan pemimpin Pas aliran agama mendominasikan pucuk kepimpinan!Puak sekular pas hanya dok kongtoi Nik Aziz jee!Tu pun Nik Aziz dah tak senada dalam hal penggunaan kalimah Allah!Yang menyokong puak erdorgan hanya 20% jee!Majoriti pemimpin erdorgan ini berpendidikan sekular dan ada daripada mereka bekas ahli umno dan ohgang kuat UMno!
3.Mustahil pemimpin sekular akan jadi presiden pas hatta dikelantan!
Jangan haraplah Hussam akan dilantik jadi MB kerlantan!!!
4.Puak sekular dalam pas hanya boleh berperanan sebagai:
a.sumber pendapatan parti!Ramai jutawan!Geng Anwar !!!
b.Pencacai jeee!!!Termasuk TB!!!!

Anonymous said...

dah dah grand moron, kao pegi usrah dgn naqib Magnum kau

Anonymous said...

GM
Taraf intelektualan TB kat situ jee!!!Pusing!Pusing !!Belit!Belit!Last sekali belit diri sendiri!!!!Gena!Hang kata "Kita kat Malaysia bukan diSyam"Tapi hang kena sedaq,TB bukan main percaya puak kristian malaysiani asainya dari Syam!!!Hang puas hati!!!(mengakula sat,bagi TB menangpula berdebat,ayik hang je dok menang!!!!)TB !!!Hang puas hati!!!!!!!

Anonymous said...

so,tomoro puak iblis akan kelaur berdemo lah..very very good..qustion is,FRU kan turun ataupun tidak?

Anonymous said...

There will be no EGM..ketuanan melayu islam is very strong..ahli politkus kopiah pun nak cari makan..perlu dui banyak utk bayar credit cards,condo,macam macam..oleh kerana tidak ada kelayakan lain,terpaksa pakai kopiah menyamar ustaz..dan berbuih macam macam adu domba dlm mesjid,surau..

Anonymous said...

dr.kufar kafir arun din boleh kasi tuisen bomohism101..hehe..bab1.macam mana nak bela jin.bab2.macam mana nak halau jin..hehe

Anonymous said...

si asan ali pulak akan buka dangdut halal di curve..beer tanpa alkohol dri dubai akan dibawa masok..betina eksotik dri afghan akan gelek gelek ikut lunas lunas penaung islam hard rock cafe..

Anonymous said...

ws:hi..i am frm wall street journal..can a christian use the the word allah..?

upk;al woooooooooo taleh waleeeeeeeh!!

sir:huh..????..wooteh means...

int:uh..it means abolutely not..

ws:oh..ok..but,chritians in certain parts of the...

upk:nooooooooooooooo!! al woooooooooooootaleh waaaaaaleh!!!!

ws;oh k..oh k..alright..no more question on allah..

upk:woooo woooooo woooooooo?

ws:what?

int:upk wants to know,r u going to invest in our country?

ws:al woooooooo taleh waaaleh..hehe..;-)

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Grand marquis,

Setau aku, yg mintak guna prkataan Allah tu Gereja Katholik based kat Vatican, bukannya gereja orthodox koptik mesir ke gereja orthodox syria ke..Apa bid'ah diorg minta guna nama Allah,padahal ikutlah apa ada kat Vatican tu, guna latin ke apa ke.

Kemudian, ada yg temberang, geng2 iban, kadazan semua guna nama Allah dr zaman sebelum malaysia,lagi. Diorg guna nama Allah tu sebelum Islam dtg ke nusantara ke selepas,sebab diorg tahu nama Allah selepas Islam dtg,kalau Islam tak dtg sini,depa xguna nama Allah punya.

Nak guna nama Allah,pi pakai Bible Mesir ke Lubnan ke,pi belajaq bahasa arab, semayang guna bahasa arab, baru betul,sebab dalambahasa Melayu tu Lord,God tu Tuan, Tuhan baru tepat.

Anonymous said...

Salam Tulang Besi,

Cukuplah memecahbelahkan PAS

Awak ni orang IRC ngaku jela

Di Akhirat, susah awak nak jawab ni. Sebabnya, awak bukan menegur untuk kebaikan, awak menegur memecahbelakkan umat. Buat tuduhan sana, buat tuduhan sini. Ish, kat akhirat takut awak ni orang yang bankrap. Gi tanya ustaz awak siapakah orang yang bankrap di akhirat,...hahaha

Saya sendiri penyokong PAS yang sakit hati dgn sikap awak, jadi bersedialah bagi pahala awak kat saya kat akhirat nanti. Alhamdulillah

Sebatang kara said...

Salam,

Ramai orang tak ikut nasihat pimpinan PAS agar jangan politikkan isu ini termasuklah TB sendiri.

Pada saya isu ini saya hormati pendapat dari segenap ceruk pendapat (bagi yang tiada kepentingan). Mungkin TB agak tidak setuju dengan Dr Harun Din (yang dikatakan sebagai menguntungkan UBN) namun pada saya pendirian yang dikeluarkan oleh Dr Harun Din tiada perbezaan ngan dikeluarkan oleh pimpinan PAS cuma pendirian beliau agak begitu tegas sedikit. Bagi saya beliau selaku ulama yang tersohor dan digeruni wajar mengeluarkan pendapat beliau sendiri.

Malam kemalrin saya mendengar ceramah seorang penceramah agama dekat surau berhampiran rumah saya. Beliau begitu lantang sekali menentang penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat kristian. Hujah beliau adalah sejak dari Alfonso menjejakkan kaki ke Melaka sehingga Inggeris meninggalkan Malaya belum pernah pihak penjajah barat mintak nak guna dan gunakan perkataan Allah dalam ajaran mereka. Kenapa baru-baru ini baru nak guna. Tidak cukup lagikah dengan permurtadan beratus ribu umat Islam di negara ini. Beliau melihatkan situasi ini sememangnya mempunyai niat jahat dengan tujuan untuk menyelewengkan umat islam. Beliau begitu menyokong sekali jikalau suatu himpunan bantahan besar-besaran diadakan.

Bagi saya kenapa TB begitu cepat sekali melabelkan pihak yang tegas menentang perkara ini sebagai fraksi-UMNO. Bagi saya jikalau UMNO nak bermain Politik mengenai perkara ini, biarkan mereka sebab mereka sendiri pun tidak mengenali ALLAH. Saya melihatkan tiap kali ada yang mengeluarkan pendapat berbeza nga TB cepat sekali TB melabelkan mereka sebagai pro-UMNO atau fraksi UMNO sehinggakan isu ini pun TB masih lagi berpolemik.

Tujuan saya di sini bukan untuk mengeluarkan pendapat mengenai isu ini, tetapi hanya meminta agar semua menghormati pendapat yang dikeluarkan masing-masing. Jadikan perbezaan ini sebagai hikmah. Hentikan polemik atau politiking semata-mata. Mungkin mereka berbeza kerana sudut pandangan mereka adalah berbeza tapi bagi kita yang kurang berilmu ini adalah lebih baik diam daripada mengeluarkan pendapat yang boleh menjerumuskan ke lembah kekufuran semata-mata.

Cuma satu juga saya hendak luahkan di sini, semenjak kita menyertai PR saya melihatkan kelantangan PAS dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan Islam ini agak perlahan sedikit. Mungkinkah ini harga yang terpaksa kita bayar kepada sahabat-sahabat kita kerana menyertai PR. Fikir-fikirkanlah sendiri.

Anonymous said...

TB kata Soalan saya (dan soalan yang sama saya berikan pada AB Banjary yang tidak dijawab sampai sekarang) adalah: Adakah kita mahu berjuta- penganut Kristian di Sabah dan Sarawak berhenti menggunakan nama Allah sedangkan mereka telah berketurunan menggunakan kalimah Allah?

buat apa dia nak jawab soalan bodoh macam ni. MU ni dok tahu hujung pangkal nok cakap, sekarang org bincang pasal nama Allah yg diluluskan supaya akhbar mingguan kristian tu boleh menggunakan secara rasmi dlm tulisan2 akhbar mereka, yg kat sabah serawak tu apa kena mengenanye, bodoh!

Faham dok bodoh weh! kat kampung2 sekarang pun org cina biasa je klu cakap dia sebut insyallah.. insyallah, tadok pun org Islam marah sbb itu isu lain, sekarang ni isu lain.. bodoh, kecil2 tak nak mampus, bila besor memalukan org tua je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.