Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, January 2, 2010

HUDUD: Jangan Terpengaruh Dengan Dakyah UMNO

Puak-puak UMNO sedang menyebarkan dakyah kononnya PAS telah mengorbankan prinsip bila berada dalam Pakatan Rakyat., Soalan yang mereka biasa tanya adalah:

“ Adakah Hiudud dan Qisas akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah Malaysia?"


Tujuan mereka bertanya soalan ini adalah untuk menunjukkan kononnya PAS telah mengorbankan prinsip perjuangan kerana PAS tidak lagi berjuang untuk perlaksanaan hukum syariah.

Hakikatnya, isu hudud dan qisas tidak dibincangkan pada peringkat Pakatan Rakyat. Ertinya Pakatan Rakyat belum membuat keputusan lagi berkenaan dengan isu perlaksanaan Hudud dan Qisas di kalangan orang Islam. Begitu juga Pakatan Rakyat belum membuat keputusan terhadap polisi Malaysian Malaysia yang menjadi ideology DAP.

UMNO YANG TOLAK HUDUD BUKAN PR

Setakat ini pemimpin-pemimpin PR tidak pernah menyatakan penolakan mereka terhadap hukum hudud dan Qisas. Dato Seri Anwar sendiri dalam kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu menyatakan beliau tidak menolak hukum syariah Islam.

Tapi, UMNO sendirirdengan jelas MENOLAK hukum syariah Islam. UMNO telah menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam sejak merdeka lagi.

Pada waktu yang sama, UMNO juga menghalalkan judi dan arak. Kalau UMNO tuduh PAS jadi hamba DAP, UMNO pula hamba tokeh2 judi dan arak. Buktinya, Najib Tun Razak baru sahaja meluluskan 10 lesen judi baru.

UMNO juga yang membina dua kilang arak di Malaysia, yakni, kilang Carlsberg dan Anchor. UMN O bertanggungjawab menyebarkan arak kepada seluruh Malaysia. Lepas tu, dia nak cabar kita tutup kilang arak yang dia buka. Kita nak tengok dia sendiri tutup kilang-kilang arak tu. Yang jelasnya. Kilang2 arak itu adalah tanggungjawab UMNO bukan Pakatan Rakyat.

UMNO MAHU MEMERANGKAP PR MACAM TAHUN 2004

Cabaran2 UMNO ini adalah untuk memerangkan Pakatan Rakyat seperti sebelum 2004. Di waktu itu, Dr Mahathir mencabar PAS mengadakan Dokumen Negara Islam, dan PAS menyahut cabaran tersebut. Hasilnya, orang bukan Islam bukan sahaja menolak PAS tetapi menolak KeAdilan juga.

Orang Melayu tidak bertambah sokongan mereka kepada PAS menyebabkan PAS hilang Terengganu. Maka, sekali ini, janganlah kita terperangkan sekali lagi dengan usaha UMNO.

Apa hak UMNO nak mempersoalkan prinsip PAS dalam perkara hukum syariah sedangkan UMNO itu anti Hudud dan Qisas. UMNO adlah barua British dan semenjak Merdeka mereka telah menolak hukum syariah Islam di samping menghalalkan benda yang haram (i.e. Loteri UMNO 1951.)

HUDUD DAN QISAS LEPAS UMNO DIJATUHKAN(REFERENDUM??)

Saya ingin mencadangkan supaya satu referendum di adakan dalam menentukan isu samada mahu melaksanakan hukum syariah atau tidak. Tetapi semua ini dilakukan selepas UMNO dijatuhkan.

Cara ini, kuasa-kuasa Barat tidak dapat menyalahkan PAS atau PR sekiranya hukum syariah Islam ini dilaksananakan. Ini kerana referendum akan membuktikan bahawa ianya adalah kehendak rakyat dan bukan setakat kehendak parti politik.

Media-media Barat juga tidak berani mengkritik PAS dan PR selepas itu kerana ianya adalah kemahuan rakyat Malaysia dan bukan kehendak PAS. Mengkritik perlaksanaan hukum tersebut selepas itu bermakna mengkritik kehendak demokratik rakyat Malaysia.
TETAPI, yang paling penting, mestilah UMNO itu dijatuhkan terlebih dahulu.

UMNO HIPOKRIT. MEREKA ADALAH MUSUH HUDUD NOMBOR SATU.

Hakikatnya, musuh kepada hukum syariah di Malaysia adalah UMNO dan bukannya DAP. UMNO adalah penghalang nombor satu kepada perlaksanaan hukum syariah di Malaysia terutama di Kelantan dan Terengganu dahulu.

Jadi, mereka tiada hak mempersoalkan samada PR akan melaksanakan hukum syariah atau tidak. Mereka itu sendiri memusuhi hukum syariah.
Di dalam Islam, kita dbenarkan melaksanakan Islam secara berperingkat-peringkat. Terutamanya sekiranya ada halangan.

Perlaksanaan hukum syariah di Malaysia dihalang terutamanya oleh UMNO. Maka, di waktu sekarang, haruslah kita buang UMNO dahulu sebelum kita dapat melaksanakan hukum syariah tersebut.

Tulang Besi

12 comments:

Anonymous said...

Menang UMNO tak boleh percaya. Tetapi kenapa pula kena percaya PAS? Bagi saya UMNO dan PAS sama saja.
Satu dalam Bn dan satu lagi dalam Pakatan Rakyat. Sama2 fahaman sekular.
PAS pun sama2 hipokrit

zakwan said...

I remember during the K. Terengganu by election, the then Propaganda Minister, Ahmad Shabery "Mulut Berbuih" Cheek making a public statement sayin that "Hudud itu lucu"

That alone should hav drawn the ire of voters 4 ridiculing the Islamic law

Here's the link:
http://www.youtube.com/watch?v=O6sEgZZM6Vc

eXception said...

Aku nak tanya nko berkenaan sokongan PAS terhadap penggunaan kalimah Allah dalam Gereja... Nko sokong ke kalimah Allah digunakan dalam ajaran Kristian? Bukankah nama Tuhan diorg Jesus? Adakala mereka panggil Lord... Allah ialah Allah, tiada dua... tiada tiga... Allah itu satu sahaja... Jika agama lain memanggil Jesus mereka Allah, Kadaivale mereka Allah... Maka Allah akan jadi banyak... Ini dah jadi syirik...

Hudud itu sebahagian sahaja dari ajaran Islam... Yang perlu diutamakan ialah akidah... Kalo akidah terpesong, tp mulut asyik nak hukum hudud, tak guna jugak... Kenapa PAS membisu bila Gereja dpt kemenangan? Jika soal hudud, terus melenting memaki UMNO dan BN? Tolong siar komen aku ni kalo nko betul-2 anak jantan!!

Ini dia menunjukkan sokongan PAS terhadap penggunaan kalimah Allah di Gereja...

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23955:guna-nama-allah-khalid-setuju-keputusan-mahkamah&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125


eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Anonymous said...

petikan:

"Cabaran2 UMNO ini adalah untuk memerangkap Pakatan Rakyat seperti sebelum 2004. Di waktu itu, Dr Mahathir mencabar PAS mengadakan Dokumen Negara Islam, dan PAS menyahut cabaran tersebut. Hasilnya, orang bukan Islam bukan sahaja menolak PAS tetapi menolak KeAdilan juga.

Orang Melayu tidak bertambah sokongan mereka kepada PAS menyebabkan PAS hilang Terengganu. Maka, sekali ini, janganlah kita terperangkap sekali lagi dengan usaha UMNO"


Bukan maknanya rakyat tak setuju ke tu dgn hudud? Jadi apa faedahnya nak buat pungutan suara kalau menang nanti?

Nak bagi hujah tu biar la logik sikit. Jangan ingat semua pembaca ni kurang cerdik macam ramai ahli PAS yg taksub tu....

ASRI

Miak Bujat said...

Masih kah anda ingat... sapa yg nak saman Kerajaan Negeri Kelantan sekiranya Kerajaan Negeri nak wujudkan Hukum Hudud... Jawapannya ada Datuk Zaid Ibrahim... Dan dimanakah beliau sekarang?

Bro, anda yakin Hudud adalah hukum Allah, jadi laksanakan lah di negeri-negeri yang anda perintah... tapi naper takut pada UMNO, DAP atau sebagainya... nampaknya mereka lebih takut hukuman dunia dari hukuman di akhirat...

mosa said...

Dalam politik, mereka boleh bercakap apa saja asalkan pengaruh mereka berkembang. Kembangnya pengaruh itu adalah untuk semua orang jadi taksub dan wala, tidak kiralah dari PAS atau UMNO tujuan yang asasnya adalah untuk berkuasa.

Mengapa UMNO menolak hudud..? Persoalan yang tiada jawapan jelas dari sesiapa pun dalam parti UMNO. Adakah kerana mereka takut atau mereka memang bodoh dalam hal agama islam juga tidak dapat dipastikan.

Orang yang menolak hukum hudud dalam UMNO adalah pemimpin-pemimpin bukan ahli biasa.

Jika diselidik secara terperinci, pemimpin UMNO adalah orang yang paling ramai terlibat dalam rasuah dan jenayah. Jika pemimpin UMNO bersetuju pada hudud bermakna mereka menyerahkan leher masing-masing untuk dicerut seperti Teoh Beng Hock.

Hukum hudud boleh dilaksanakan ketika ini jika ahli biasa UMNO bersatu dan bersungguh-sungguh mahukan hudud sebagai peraturan dan undang-undang islam yang mesti patuhi oleh rakyat Malaysia.

Anonymous said...



Bukan maknanya rakyat tak setuju ke tu dgn hudud? Jadi apa faedahnya nak buat pungutan suara kalau menang nanti?

Nak bagi hujah tu biar la logik sikit. Jangan ingat semua pembaca ni kurang cerdik macam ramai ahli PAS yg taksub tu....

ASRI
.

Ertinya isu hudud ni tak berfaedah jadi isu pilihanraya. Orang tak akan undi berdasarkan isu ni.

Baik jadi isu referendum.

Kau tu yang bengap tak paham

Tinta Hitam said...

DUN Terengganu semasa PAS memerintah 1999-2004 meluluskan dgn lebih 2/3 majoriti utk mengubah Perlembagaan Negeri sediada kepada Perlembagaan Islam.Ianya telah mendapat perkenan DYMM Sultan Mizan.

Mahathir mengugut utk mengambil tindakan ( tindakan ketenteraan).Ketua Polis Terengganu dengan biadap dan kurang ajar nya ketika itu mengadakan sidang akhbar tidak akan menguatkuasakan sebarang undang undang Islam di Terengganu.

Segala juak juak UMNO turut serta menghina udg udg Islam.Kita masih ingat lagi peristiwa ini.UMNo lah sebeanrnya mush kepad audg udg Islam.Musuh kepada Islam.

Malahan takda bezanya dgn USA dan Israel didalm memusuhi Islam serta pejuang pejuangnya.Cuba flashback balik segala kenyataan rasmi UMNO selama 52 tahun ni.KIta kan tahu kebusukan isi hati UMNO..

Jgn la dekati ular UMNO ni.Belitnya lebih kuat.Lidahnya bercabang lebih dari ular original

Anonymous said...

Anak-anak sya akan tersasul -- A.llah mana Allah org islam ke Allah org kristian.
Nanti dia kata Allah semuanya sama.

Takut-takut salah faham dpd segi akidah budak-budak macam di indonesia.

Ini adalah ciri-ciri/tanda dunia akhir zaman


Fikir-fikirkanlah


Baca artikal di bawahJuly 2002
Confused Muslim Teenagers In America
by Jalal Khalid Siddiqui

Muslim teenagers in America are confused. They live in two worlds: one of Islam and one of their un-Islamic, or at least non-Muslim surroundings. In these two worlds, clashes are inevitable. It can be difficult to maintain an Islamic identity as a teenager in America because of many surrounding factors that prevent us from practicing our Deen.

Some factors come from the American educational system. In my high school, during physical education classes, students are required to participate in activities that include swimming and square dancing. Swimming requires students to wear bathing suits, which forces our Muslim sisters to dress in an immodest way. Square dancing includes activities such as swinging, in which the boy and the girl are close together and touching in inappropriate and immodest ways, prohibited by our Deen. Students who do not wish to participate risk a failing grade.

Anonymous said...

"Hakikatnya, isu hudud dan qisas tidak dibincangkan pada peringkat Pakatan Rakyat. Ertinya Pakatan Rakyat belum membuat keputusan lagi berkenaan dengan isu perlaksanaan Hudud dan Qisas di kalangan orang Islam"

Alahai TB,
tak payah belit faktala!!Umno tolah hudud!!Yang PAS nak laksanakan hududka!!!!Bincang pun dak lagi!!!!!2 x 5 jee!!!!!

Anonymous said...

Memang UMNO tak jaja merata2 pun yang diaorang nak laksana hukum hudud. Itu jelas.

Yang PAS jaja di mana2, (khususnya di kawasan pengundi Melayu-Islam)ialah bahawasanya, mereka, kalau perintah MALAYSIA, mahu laksanakan hukum hudud ni. Benda ni yang PAS kata jelas membezakan antara PAS dengan UMNO. Perbezaan inilah yang buat PAS tak nak bercantum dengan UMNO. (Nik Azis kata :PAS nak Islam; UMNO tak nak ISLAM)

Sekarang ni kita nak tanya lah...: Kawan2 PAS yang bernama PKR dan DAP tu nak Islam ker? Kenapa sekarang dalam ceramah2 PAS dah tidak KUAT kedengaran lagi soal nak jalankan hukum Hudud ni kalau memerintah nanti?

Dulu kata Dr. Mahathir yang menentang... sekarang Dr. Mahathir dah pencen. Gerakkanlah usaha itu semula.

Saya cabar PAS hari ini mengulangi hasrat nak jalankan hudud. SAYA pun NAK SOKONG..!
Tapi sebaliknya,sejak bertaut dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat tempohari, kader2 PAS yang dok mengajar di masjid depan rumah saya sekarang ni pun dah tak bawa isu hudud dah.
Tak kedengaran pulak Khalid MB Selangor nak buat hudud di Selangor atau Azizan MB Kedah nak buat di Kedah. Nak harap Guan Eng di Pulau Pinang, maaflah..

Maknanya, PAS dah lari dari perjuangan ASAL lah tu. Kalau kata PAS parti hipokrit, marah pulak ..!

Serious Shepherd said...

Tinta Hitam said:

"DUN Terengganu semasa PAS memerintah 1999-2004 meluluskan dgn lebih 2/3 majoriti utk mengubah Perlembagaan Negeri sediada kepada Perlembagaan Islam.Ianya telah mendapat perkenan DYMM Sultan Mizan."

Seingat saya, 4 ADUN UMNO tidak pula bersetuju dengan usul hudud tersebut tetapi sekadar berkecuali macam Amerika Syarikat berkecuali pasal resolusi PBB mengenai perang Israel terhadap penduduk Gaza setahun yang lalu.

Usah lupa yang Mau Cari Angpau pernah berdemonstrasi di hadapan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut menentang hukum hudud. Mereka tidak akan berani berbuat demikian jika tiada izin bos mereka.

Hakikatnya kalau PAS melaungkan hudud sekarang dalam keadaan media berat sebelah, UMNO akan memperalatkan Mau Cari Angpau untuk mengapi-apikan masyarakat Cina bahawa PAS itu Taliban Malaysia. Akibatnya DAP terpaksa mengikut rentak Mau Cari Angpau dan seterusnya DAP pulak yang dilabel bukan sekadar anti-hudud tetapi anti-Islam, padahal Mau Cari Angpau yang mula dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.