Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 12, 2010

Isu Kalimah Allah: NGO2 Melayu Tolak Pendapat Yusuf Qardhawi

Rupa-rupanya, isu penggunaan kalimah Allah telah pun dibincang bersama Sheikh Yusuf Qardhawi sewaktu kedatangan Sheikh Yusuf sempena Maal Hijrah di Malaysia. Dan beberapa pimpinan besar NGO2 Islam dan Melayu telah menghadziri perjumpaan tersebut.
SHEIKH YUSUF TIDAK MENENTANG PENGGUNAAN NAMA ALLAH UNTUK ORANG KRISTIAN

Di dalam perjumpaan tertutup tersebut, para wakil2 NGO Islam telah diberitahu bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian dibenarkan oleh Islam. Sheikh Yusuf menyatakan bahawa Islam tidak mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan agama samawi khususnya orang Kristian dan Yahudi.

Sheikh Yusuf juga berkata bahawa penggunaan nama Allah oleh orang Kristian berlaku di seluruh negara Arab dan negara umat2 Islam. Ia bukan satu benda yang menghairankan.

Namun, para NGO2 Islam dan Melayu ini tetap berkeras menolak ijtihad Sheikh Yusuf Qardhawi ini. Alasan mereka gunakan hanyalah alasan bahawa keadaan di Malaysia lain dari tempat-tempat lain. Namun, mereka tidak dapat memberikan apa-apa hujjah lain melainkan hujjah-hujjah sebegini.

SEMUA ALASAN MENOLAK TIDAK BERASASKAN KEPADA ISLAM

Sedar atau tidak, tiada nas atau hujjah berasaskan Islam yang diberikan oleh mana-mana NGO Islam bagi menolak penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.
Sekali lagi saya sebut, TIADA. Saya ambil contoh ABIM. Kalau kita rujuk kenyataan umum mereka berkenaan isu ini, alasan yang mereka gunakan hanyalah alasan peruntukan PErlembagaan Malaysia. Saya petik:

“ABIM menilai keputusan ini tidak bertepatan dengan semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di kalangan agama-agama lain di negara ini. Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, merobek sensitiviti umat Islam selaku majoriti di negara ini serta berpotensi menimbulkan ketidaktenramaan awam sekiranya tidak ditangani secara baik.. “.

Ertinya penolakan ABIM dan NGO2 Islam yang lain BUKAN BERASASKAN KEPADA ISLAM. Kita tidak tahu apa alasan mereka menolak penggunaan kalimah Allah ini tapi yang pastinya ia tidak berdasarkan kepada Islam.
MEreka sehingga sanggup menolak mentah-mentah pendapat yang diberikan oleh Sheikh Yusuf Qardhawi sendiri.

UMNO dan JAKIM DALANG SEBENAR DI BELAKANG NGO-NGO ISLAM

Dari email yang saya pernah dapat dari Mahaguru58 menunjukkan bahawa Zahid Hamidi, dan JAKIM, telah berkempen atas isu ini sejak awal 2009 lagi. Mereka telah mengumpulkan kesemua NGO2 dan BLOGGERS bagi memberi “penerangan” (kononnya) berkenaan dengan isu Kalimah Allah ini.

Hakikatnya, ianya adalah penipuan dan muslihat UMNO semata-mata. Mengapa kempen JAKIM ini dilakukan secara agresif hanya selepas kekalahan teruk UMNO pada Mac 2008? Mengapa sebelum itu JAKIM tidak berkempen dengan agresif dalam isu ini?

Malangnya NGO-NGO Islam seperti ABIM ini mudah sangat ditipu oleh UMNO. Saya masih tak boleh lupa bagaimana ABIM telah menipu PAS dengan mengajurkan forum berkenaan Palestin sewaktu arwah Ustaz Fadzil masih hidup. Program yang telah berlansung di Dewan Bahasa dan Pustaka itu telah memberi keuntungan yang besar kepada UMNO. Saya tak tahulah apa balasan yang telah diberikan oleh ABIM kepada UMNO namun saya yakin balasan dari UMNO itu adalah lumayan.

Bagi saya ABIM ini hanya barua UMNO dan mereka tidak boleh dipercayai langsung. Lebih baik semua umat Islam memulaukan ABIM kerana mereka menggunakan nama Islam untuk memperjuangkan nasionalisma Melayu semata-mata.

Juga, kalau JAKIM benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan Islam,mengapa mereka bekerjasama dengan Mahaguru58/MBA? Mahaguru58 sendiri mengakui beliau mengikut tariqat yang disesatkan oleh JAKIM.

DEBAT TULANG BESI DENGAN AB BANJARY
AB Banjary ni bekas pelajar Al Azhar. Jadi, pada mulanya saya terkejut kerana sepatutnya beliau tahu yang Kristian Koptik di Mesir menggunakan kalimah Allah secara meluas. Juga, Kristian Mesir telah menggunakan kalimah Allah sejak 1000 tahun masihi yang lepas. Sepanjang penggunaan kalimah Allah ini, tiada ulama-ulama besar Al Azhar telah mengharamkannya. Adakan AB Banjary lebih hebat dari ulama2 Azhar sepanjang zaman?

Namun baru saya teringat. Pelajar-pelajar kita di Mesir tidak berapa bercampur dengan masyarakat tempatan Mesir. Pendudukan mereka tertumpu di “Madinit Nasr” terutamanya di “Haiya Sabiq”(Seksyen Ke TUjuh) dan “Haiya Asyir”( Seksyen ke Sepuluh) berhampiran “Suuq Saiyaqa”(Pasar Kereta).

Jangankan dengan Krisitan Mesir, dengan orang Islam Mesir pun mereka jarang-jarang bergaul. Kalau saudara nak cari orang Melayu bila berada di Kaherah, ambil taksi dan bilang pada pemandu taksi mahu ke “madinit nasr-hayya sabiq”. Saudara hanya perlu turun di mana-mana simpang empat di situ dan tunggu. Tak sampai 5 minit saudara/ri akan berjumpa dengan muka Melayu.

Bukan sahaja pelajar-pelajar Melayu berkumpul di dua “Seksyen” sahaja, malahan mereka dipecah-pecahkan mengikut negeri. Ini kerana setiap negeri di Malaysia ada membeli sebuah bangunan yang bertumpu di “haiyya sabiq” dan “Haiyya Asyir” itu. Malahan, negeri Sarawak pun ada beli bangunan yang dipanggil “Rumah Sarawak”.
Maka, pengaulan pelajar-pelajar kita di Kaherah itu terbatas. Walaupun mereka belajar dalam kelas dalam bahasa Arab, tapi bila keluar kelas mereka bergaul hanya dengan bangsa Malaysia. Jadi saya yakin sangat berapa kerat sahaja pelajar Azhar ini yang pernah berinteraksi dengan orang2 Mesir yang beragama Kristian.

Saya ditakdirkan Allah SWT telah bekerja di bawah seorang boss yang berbangsa MEsir dan beragama Kristian. Namanya adalah George Nushy. Dan, saya sendiri pada mulanya terkejut apabila beliau bercakap dengan menggunakan kalimah “Inshaalah”, “Alhamdulillah” dsbnya. Malahan, email beliau sendiri menggunakan perkataan “Insaahalah” bagi menyatakan beberapa perkara yang akan beliau lakukan. Saya yakin tak ramai pelajar Azhar yang mendapat pengalaman seperti saya.

Malahan orang Kristian Koptik di Mesir telah mengubah hari Ibadah mereka dari hari Ahad kepada Hari Jumaat.

Dan saya lihat pergaulan antara Kristian dan Islam di Mesir ni macam tiada masaalah. Saya pernah berbeli belah di Suq Saiyiida Zainab dan saya dapati penjual-penjual barang yang Kristian menjual barang mereka di pintu masuk Masjid Saiyyida Zainab. Ertinya orang Kristian di sana tak kesah pasal Masjid dan Azan.

Saya juga yakin tak ramai pelajar Malaysia di Azhar tahu bahawa tentera Salahuddin Ayubi terdiri sebahagiannya dari Kristian Koptik Mesir ini. Ertinya dalam Perang Salib, Krisitan Koptik Mesir telah berperang di pihak Salahuddin Ayubi.

Kesimpulannya, AB Banjary, walaupun belajar Azhar, pun tak dapat memberi hujjah berdasarkan syariat bagi penolakan beliau terhadap penggunaan kalimah Allah oleh orang Krisitan.

Juga, apabila tiada alasan, mereka2 ini suka menggunakan kalimah-kalimah Arab seperti “Siyasah Syariiyaah” dsbnya. Tapi, bila diminta memberi penerangan, biasanya mereka tidak dapa sebab hakikatnya, dari sudut Siayasah Syariiah, memberi orang Kristian menggunakan nama Allah lebih menguntungkan Islam dari segi politik.

Tulang Besi

46 comments:

Anonymous said...

kahkahkahkah..pasai apa NGOook tolak?Sebab mengikut rukun rukun ketuanan islam BTN,tidak ada tuhan lain melainakn UMNO..Islam BTN lah paling suci,bersih,yg diluluskan oleh kelawar maha besar dri Dante's inferno..kahkahkah..lain lain spt sufi,buddhism,kristian,hindu patung,semunya syirik..tak halal..kahkahkahkah

Anonymous said...

Sekarang dah jelas..tak blh ragu ragu ragu lagi.. dharma ketuanan islam melayu UMNO adalah falsehood..dan para pencinta/penganut islam ketuanan UMNo pun f*k up..

Anonymous said...

Hidup UMNo !!! Lingkup la UMNo.. Sabah S'wak majoriti kristian...

Anonymous said...

Mengumumkan calon calon utk TOKOH MALOAN HIZRAA* TAHUN 2009/2010 adalah..
1.GRAND MOFO MOHD CHUNNI ISKANDAR MALAYALI PUNDEK KUTTY
2.HISAPUTING
3NACHIBAI NAZAK
4.HANTU TETEK
5.ZULFARKLI NUURDEEEN
6.BOMOH OSTAD ARUN DEEEN
7.T-GIRL NASH
8.RAJA DANGDUT ASAN AH LEE
9.MAHALANCHAU 58
10.THE FARKSIS/KORTE KERAIH TROOPERS/ZOMBIES/GARGOYLES/PEMIJAK LEMBUS/PEWARIS SETAN

psst* indicates pondan in urdu..;)

Bah Lontok said...

Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

Anonymous said...

Salam TB.

1. Terdahulu saya mohon maaf sekiranya pendapat saya yang dhoif ini menyinggung tuan dan pembaca yang lain.

2. Tidak disangkal lagi bahawa pengunaan kalimah Allah tidak menyalahi hukum syarak.

3. Peristiwa salah faham ini sebenarnya besar manfaat kepada kita semua.

4. Apa yang patut kita fikirkan sekarang ialah bagaimana untuk mengatasi ke atas kesan daripada penggunaan kalimah Allah secara meluas oleh pihak yang menuntut itu.

5. Secara peribadi saya memang bersetuju jika pihak yang menuntut ingin mengunakan kalimah Allah TETAPI perlulah Parlimen Malaysia mewartakan dahulu undang-undang MURTAD di Malaysia.

6. Kerajaan yang memerintah sekarang ini telah pun GAGAL mengekang gejala umat Islam di Malaysia daripada MURTAD, bagaimana pula jika kalimah Allah nanti dengan sewenang-wenangnya digunakan oleh mereka.

7. Ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Barangkali Tuan mempunyai pendapat yang lebih bernas bagi mengatasi permasalahan pengunaan kalimah Allah ini.

Wallahualam.

Hamba yang dhoif (HYD).

Tulang Besi said...


5. Secara peribadi saya memang bersetuju jika pihak yang menuntut ingin mengunakan kalimah Allah TETAPI perlulah Parlimen Malaysia mewartakan dahulu undang-undang MURTAD di Malaysia.
.

yang menghalang undang2 murtad dibentangkan di Parlimen adalah UMNO.

Grand Marquis said...

Sekarang ni kita tanya kepada TB 2 isu:

1. Adakah di Malaysia kita nak benarkan orang Islam berkahwin dengan wanita Kristian tanpa mereka perlu tukar agama.

2. Adakah kita nak wartakan supaya orang Islam boleh makan sembelihan orang kristian di Malaysia.

Dari jawapan TB, kita akan buat follow up.

p.s. Dah berapa kali kita kata Malaysia bukan Mesir sebagaimana TB sendiri cakap Malaysia bukan Syam.

Anonymous said...

ari ari UMNo pariahtuallah dok tutoh barbie doll dri china/indon..masa dok tebok,tak pikiaq kah hala/haram?

Anonymous said...

Nak tukar underwear boleh..nak tukar ugama macam man boleh?All things is powerEdDESIGNED,and belongS to ALLAH ALL MIGHTY..so where to hide,where to "jump"?..ALLAh is everywhere..

Anonymous said...

SORRY BRO.. I MEANT PARIATULAH..AS USAL LIL BIT OF TYPID HEHE..

Anonymous said...

Light is light..matter is mmatter..flower is flower..is there such a thing as indian flower,chritian light,buddhism matter?Budhha never said anything about religion but human being have tuned the sankya muni's middle path/8 fold patth into a religion..there is no such thing as religion too in hindusim(which was coined by the brits!!).."hindus" call it sanatan dharma/laws of the aboslute/eternal/brahman..but rogue hindu scholars/brahmins have turned sanatan dharma upside down!!..and the same thing goes to islam and christianity..the saving grace for islam was and still is,it has produced highly enlightened scholars and mystcis,who "heard" and 'saw" the real quaran,and went beyond religious fundemantalism and dogmas..people of course will continue to bla bla about religion beyond kiamat..

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Tolong la jangan bercakap pasal ABIM/PLPIM. Loya tekak saya dibuatnya.

Sungguhpun begitu, sesetengah kesalahan boleh diletakkan ke atas bahu Anwar juga. Sebab budaya membodek dan menjual agama di dalam ABIM ini begitu rancak sewaktu Anwar masih berkuasa dan pimpinan ABIM mengerumi beliau macam lalat jumpa tahi.

Cuma sekarang bila Anwar dah mengakui kesilapan dan kesalahan nya memasuki UMNO, jadi bila Anwar dah wangi balik, lalat-lalat ini berkerumum pula di tahi-tahi yang masih panas di tampuk-tampuk Putrajaya.

Pelik, sebab 2 terjemahan terkenal Al-Quran iaitu oleh YusufAli dan Pickhtall menggunakan kalimat Jesus dalam terjemahan mereka itu.

Jesus, jika dalam tafsiran ajaran Kristian adalah anak Tuhan yang disalib, bukannya seorang Nabi seperti yang diajarkan di dalam Islam.

Tetapi di Malaysia, tidak ada satu pun bantahan dari mana-mana orang Kristian atau NGO-NGO Kristian apabila nama "Jesus" digunakan di dalam terjemahan Al-Quran berbahasa Inggeris.

Apakah 'iman' mereka setebal dinding konkrit dan iman orang Islam pula setebal kulit bawang?

Saya malu tengok NGO seperti MBA, ABIM dan sebagainya. Benar, mereka tiada hujah sebenarnya kenapa hendak melarang penggunaan Allah.

Nabi dahulu tidak melarang penggunaan nama Allah di kalangan Kristian Arab. Baginda sebaliknya berbahas, berdebat dan menyeru kearah permunian akidah terhadap pendita-pendita Nasrani.

Tapi itu baginda. Mahaguru58 dan ABIM lain sangat ceritanya.

Wallahualam

Tulang Besi said...

Grand Marquis said...
Sekarang ni kita tanya kepada TB 2 isu:

1. Adakah di Malaysia kita nak benarkan orang Islam berkahwin dengan wanita Kristian tanpa mereka perlu tukar agama.

2. Adakah kita nak wartakan supaya orang Islam boleh makan sembelihan orang kristian di Malaysia.

Dari jawapan TB, kita akan buat follow up.

p.s. Dah berapa kali kita kata Malaysia bukan Mesir sebagaimana TB sendiri cakap Malaysia bukan Syam.
January 12, 2010 1:43 PM
.
Tak tau pegi lah tanya orang yang boleh berijtihad. Tapi yang saya tau, ada ulama2 azhar yang berkahwin dengan ahli kitab dan isteri2 mereka kekal Kristian.
Jangan tanya Haramsani sebab dia tu bukan ada ilmu pun. Tak tau macamana jadi Mufti ntah?

Tulang Besi said...

Nizam Mahmud said...
Saudara Rahman,

Tolong la jangan bercakap pasal ABIM/PLPIM. Loya tekak saya dibuatnya.

Sungguhpun begitu, sesetengah kesalahan boleh diletakkan ke atas bahu Anwar juga. Sebab budaya membodek dan menjual agama di dalam ABIM ini begitu rancak sewaktu Anwar masih berkuasa dan pimpinan ABIM mengerumi beliau macam lalat jumpa tahi.

Cuma sekarang bila Anwar dah mengakui kesilapan dan kesalahan nya memasuki UMNO, jadi bila Anwar dah wangi balik, lalat-lalat ini berkerumum pula di tahi-tahi yang masih panas di tampuk-tampuk Putrajaya.

Pelik, sebab 2 terjemahan terkenal Al-Quran iaitu oleh YusufAli dan Pickhtall menggunakan kalimat Jesus dalam terjemahan mereka itu.
.

Saya pun dapat tahu ABIM ni sebenarnya dibiayai oleh UMNO melalui bisnesman2 mereka. Mereka akan buat apa sahaja untuk kepentingan UMNO sebab kalau tidak soru miss.

Antara projek mereka adalah sebelum 2004 di mana PAS telah ditipu oleh ABIM untuk duduk satu pentas dengan mereka. Lepas UMNO menang 2004, mana ada ABIM sebok nak jumpa PAS? Betul tak.

Anonymous said...

p.s. Dah berapa kali kita kata Malaysia bukan Mesir sebagaimana TB sendiri cakap Malaysia bukan Syam.
January 12, 2010 1:43 PM
.
Awat, Al Quran kat Malaysia ni lain dari kat sana ka? Jadi, kat sini hukum lain kat sana hukum lain.

Sudahlah grand moron. TB tu cakap dalam konteks lain, hang bodo akai takdak sebab tu susah nak paham.

Anonymous said...

:-) @ Bro TB..u r right..

Anonymous said...

Grand Moron,tau adu domba saja..dia nak cover up kedajjaln islam BTN is a failure..1 dunia dah tau,UMNO pooki dah sesat..

Anonymous said...

UMNO pooki asyik dok "masuk" rumah thai massage,club ekor,disko,dangdut..saki baki dui haram masuk dlm akaun swiss/sykt di caymens,aprika..

Grand Marquis said...

Tak tau pegi lah tanya orang yang boleh berijtihad. Tapi yang saya tau, ada ulama2 azhar yang berkahwin dengan ahli kitab dan isteri2 mereka kekal Kristian.
Jangan tanya Haramsani sebab dia tu bukan ada ilmu pun. Tak tau macamana jadi Mufti ntah?


Jawab la betul-betul. Orang tanya di Malaysia la. Hang dok indon tak kan tak tau, di Indonesia boleh.

Persoalan sekarang ni di Malaysia. Kenapa asyik-asyik nak jadi Mesir sebagai rujukan? Adakah Mesir ni negara Islam contoh? Adakah hudud dilaksanakan di Mesir?

Tulang Besi said...


Jawab la betul-betul. Orang tanya di Malaysia la. Hang dok indon tak kan tak tau, di Indonesia boleh.

Persoalan sekarang ni di Malaysia. Kenapa asyik-asyik nak jadi Mesir sebagai rujukan? Adakah Mesir ni negara Islam contoh? Adakah hudud dilaksanakan di Mesir?
.
Kenapa tak boleh rujuk ke Mesir?
Boleh tolong jawab tak soalan ni dulu?


Semua ulama2 kat Malaysia kan beljar kat sana?

Anonymous said...

Baguslah Injil guna nama Allah.

Ianya amat berkesan sekali di Indonesia dimana ramai orang Muslim yang terpesong ke jalan mudah mendekatkan diri kepada "Allah".

Sangat effektif sekali. Tak perlu sembahyang 5 x 365, berpuasa, simpan duit untuk haji,dll.

Di Sabah & Sarawak pun effektif juga. Sebab itu pihak Pendakwah Kristian begitu bersungguh-sungguh untuk mengulangi kejayaan mereka di Indonesia.

Syabas Tulang Besi kerana menyokong misi mereka.

MM

Anonymous said...

Syabas dan tahniah untuk tulang babi kerana trus menerus memudahkan & menyokong agama krisian di dakyahkan.
Apa tujuan mereka nak mengunakan kalimah 'ALLAH'? Kalau tak untuk memesongkan akidah orang2 melayu.

Grand Marquis said...

TB kata:
Kenapa tak boleh rujuk ke Mesir?
Boleh tolong jawab tak soalan ni dulu?


1. Mesir guna arabic, Malaysia guna Melayu.
2. Mesir, mazhab kristiannya Koptik (yang lebih mendekati sifat ahli kitab), Malaysia roman Katholik (yang lebih mendekati pagan romanism)
3. Mesir dah guna sejak 1000 tahun yang lalu. Malaysia baru nak start guna pada tahun 2008.
4. Mesir, perlembagaannya tak melarang (kot). Malaysia ada implikasi perundangan yang lain.

p.s. Tak perlu terkejut tengok orang bukan Islam guna perkataan seperti Insha Allah, Masya Allah dll. Di Saudi Arabia, ramai orang bukan Islam (tak kira kristian atau tidak) menggunakan perkataan ini secara meluas dan tak de masalah pun. Tapi penggunaan mereka adalah dalam maksud merujuk pada Tuhan dalam konsep yang umum.

Anonymous said...

1. Mesir guna arabic, Malaysia guna Melayu.
2. Mesir, mazhab kristiannya Koptik (yang lebih mendekati sifat ahli kitab), Malaysia roman Katholik (yang lebih mendekati pagan romanism)
3. Mesir dah guna sejak 1000 tahun yang lalu. Malaysia baru nak start guna pada tahun 2008.
4. Mesir, perlembagaannya tak melarang (kot). Malaysia ada implikasi perundangan yang lain.
..
Nampak betapa bangangnya Grand Moron.
Kita jawab satu2 kebodohan Grand Moron:
1.0 Tahukan Grand Moron, 50 peratus perkataan Melayu adalah bahasa Arab
2.0 Madhab Koptik berbeza dgn Katholik dan madzhab lain kerana mereka menolak keputusan Council of Chiledon. Yang lain, semua sama. Jadi, mengapa madhab Koptik lebih rapat dgn ahli kitab?
3.0 Lagi bodoh Grand Moron. Ornag Kristian Sabah Sarawak dah guna nama Allah semenjak 400 tahun yang lalu. Lagi kebodohan Grand Moron terdedah.
4.0 Mana ada Perlembagaan Malaysia larang la bongok punya Grand Moron
Soalan pada Grand Moron:
1.0 Siapakah dia Ahli Kitab itu?

Tulang Besi said...

Soalan saya pada Grand Marquis: MEngapa ulama2 di Indonesia tidak mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di sini?

Grand Marquis said...

1.0 Tahukan Grand Moron, 50 peratus perkataan Melayu adalah bahasa Arab

Bohong. Kalau 50% perkataan Melayu adalah bahasa Arab, nescaya tak susah orang melayu nak belajar arab. Antara bahasa yang paling dekat dengan arabic ialah urdu. Tupun hanya ada 30% aje.

Siapa yang percaya 50% perkataan Melayu adalah arab? Cuba hang analized tulisan TB ni. Berapa % sama seperti perkataan arab. Kalau dakwaan hang betul, nescaya 50% dari perkataan yang TB guna adalah sama seperti bahasa arab.

Ada satu kursus di KL yang mengajar arab guna perkataan-perkataan melayu yang sama seperti arab. Institusi tersebut mendakwa ada sekitar 3000 perkataan yang sama. Tak kan jumlah vocab melayu hanya sekitar 6000.

2.0 Madhab Koptik berbeza dgn Katholik dan madzhab lain kerana mereka menolak keputusan Council of Chiledon. Yang lain, semua sama. Jadi, mengapa madhab Koptik lebih rapat dgn ahli kitab?

Sejarah koptik church boleh ditrace sekitar tahun 50 AD sedangkan Roman Katholik hanya muncul di era roman empire sekitar tahun 313 AD dan menjadi official religion of roman empire pada tahun 380 AD. Council of Chiledon hanya menjadi titik pemisah mazhab kristian. Antara ajaran yang boleh dikesan wujud pada 50 AD dan satu ajaran yang hanya mucul pada 300 AD mana yang lebih dekat sebagai ahli kitab?

3.0 Lagi bodoh Grand Moron. Ornag Kristian Sabah Sarawak dah guna nama Allah semenjak 400 tahun yang lalu. Lagi kebodohan Grand Moron terdedah.

Mereka bukan guna bible melayu, tapi guna bible Indonesia. So hujah tak boleh pakai.

4.0 Mana ada Perlembagaan Malaysia larang la bongok punya Grand Moron

Ada saya kata perlembagaan Malaysia larang? - tapi perlembagaan pahang ada la.

Yang saya kata ialah implikasi perundangan di Malaysia. Dengan hujah perundangan yang sama, mereka boleh murtadkan orang Islam. Apakah itu yang awak mau?


Soalan pada Grand Moron:
1.0 Siapakah dia Ahli Kitab itu?

Bab ni saya tak nak bincang sebab ia perlu di rujuk pada ulama. Siapa la kita ni nak pandai-pandai pergi takrif Ahli Kitab ikut kefahaman kita.

Anonymous said...

Oi Tulang besi buruk

baca ini -- ikut pakar (dalam malaysia kini)

Isu 'Allah' usaha nyahislamkan bahasa Melayu
Md Asham Ahmad | Jan 12, 10 9:31AM
Dan semua Muslim dari segala bangsa memanggil-Nya dengan nama itu kerana itulah nama yang Dia tanzilkan, dan dengan nama itulah Dia diseru oleh hamba-hamba-Nya.


sterusnya dalam Malaysiakini . hari ini 12/01/2009

Grand Marquis said...

Soalan saya pada Grand Marquis: MEngapa ulama2 di Indonesia tidak mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di sini?

Sebab Malaysia bukan indonesia. Di indonesia orang Islam boleh kawin dengan perempuan kristian tanpa beliau perlu convert.

TB nak macam ni kat Malaysa ke?

Anonymous said...

Sultan of S'gor says Kalimah Allah is only for muslims..mmm

Anonymous said...

Soalan saya pada Grand Marquis: MEngapa ulama2 di Indonesia tidak mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di sini?

January 12, 2010 6:48 PM
Sebab org indon lagi pandai..lebih spriitual berbanding para pariah pookimak yg telah meracuni islam..barua barua ni semua f&k up pretenders lah..they spent most of the time surfing porn,clubbing,doin all sorts of shady whealin n dealin,and take komisyen..lazy bums!!

Anonymous said...

Sebab tula indon dok kena bencana memanjang.Tsunami,gempa bumi,.....tiap-tiap tahun berlaku....terlebih pandai kot?

Anonymous said...

Alahai tuan TB!Musuh hang:
1.Puak pas perpaduang!
2.Puak umno!
3.Puak pekida!
4.Puak Ngo Islam!
5.Puak tarekat!
6.Puak pejuang islam yang bakaq gereja!(kalau oghang islam!)
7...dan majoriti umat Islam diMalaysia-bermazhab Syafie!!!

Berapa banyak musuh hanggg niiiii!!!
Elokla hang dok kawan dengan puak kapiaq harbi dan puak kristian pakiam!!!Kot boleh tolong hang kalau jadi apa-apa kat Malaysia ni!!!!

Anonymous said...

....waktu sihat bolehla,cakap gong!Bidaah sana sini!Bila hampir mati dan sedang nazak!!!Iblis dan syaitan berjuang habis-habisan untuk menghasut,mengelakkan dari mengucap!!!Perlu oghang alim kot!!!Ya lah hang pandai segalanya!Alim segalanya!Eloklah kalau berlaku histeria kat mana-mana bolehlah,minta tolong hanggggg!!!!

Anonymous said...


Sejarah koptik church boleh ditrace sekitar tahun 50 AD sedangkan Roman Katholik hanya muncul di era roman empire sekitar tahun 313 AD dan menjadi official religion of roman empire pada tahun 380 AD. Council of Chiledon hanya menjadi titik pemisah mazhab kristian. Antara ajaran yang boleh dikesan wujud pada 50 AD dan satu ajaran yang hanya mucul pada 300 AD mana yang lebih dekat sebagai ahli kitab?
.

GRand Moron, kao nak tipu sapa?

Ni kau nak cipta sejarah pulak ke? Hanya orang gila je yang bercakap macam kau cakap.

Bukankah Koptik Kristian menerima kesemua keputusan "Ecuminical Council" sampai yang ketujuh.

Masuk ke lapan barulah Council of Chiledon yang melahirkan madzhab Orthodox. Dari Orthodox baru lahir Church of Alex.

Grand Moron, kau balik belajar la. Mcam ni punya penipu nak lawan TB. Mimpi la kao.

Anonymous said...


Mereka bukan guna bible melayu, tapi guna bible Indonesia. So hujah tak boleh pakai.
.

hahahahahaha tak kita bahasa apa, mereka dah guna perkataan Allah semenjak 400 tahun dulu. Kau kata mereka nak guna tahun 2008. Kao penipu Grand Moron

Anonymous said...

Alasan mengislamkan bahasa Melayu adalah alasan paling bodoh yang UMNO dan juak2nya mampu tawar.

Bukan UMNO yang hapuskan tulisan Jawi?

Nizam Mahmud said...

Isu 'Allah' usaha nyahislamkan bahasa Melayu
-----

Komen saya: Satu lawak jenaka.

Saya tidak pula tahu bahawa sesuatu bahasa itu boleh di kafir atau di Islam kan.

Hehehe. Memang betul-betul menggelikan hati!

Apakah apabila Al-Quran diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris sebagai contohnya, maka Bahasa Inggeris telah di Islam kan?

Atau jika terjemahan Al-Quran di buat di dalam Bahasa Iban (seperti yang dibuat baru-baru ini), maka Bahasa Iban telah diIslamkan dan orang Islam sekarang mempunyai hak penuh atas Bahasa ini?

Kah Kah Kah Kah

Mungkin juga kita harus buat terjemahan di dalam Bahasa Hebrew dan kemudian menuntut hak 'pengislaman' atas Bahasa tersebut!

Dan jangan lupa pula Bahasa Perancis, Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun.

Pendek kata, Islamkan semua bahasa!

Kah Kah Kah

Nizam Mahmud said...

6.Puak pejuang islam yang bakaq gereja!(kalau oghang islam!)
------

Hah! Pejuang Islam memang bakaq gereja ka?

Ingatkan Nabi larang pemusnahan rumah-rumah ibadat?

Nie pejuang Islam ka pejuang apa.

Orang sini pandai bising jer. Salahudin Al-Ayubi yang lawan tentera Kristian pelbagai negara hingga menang pun tak bakaq gereja tau!

Yang ada kat sini pejuang syok sendiri kot!

Nizam Mahmud said...

3.0 Lagi bodoh Grand Moron. Ornag Kristian Sabah Sarawak dah guna nama Allah semenjak 400 tahun yang lalu. Lagi kebodohan Grand Moron terdedah.

Mereka bukan guna bible melayu, tapi guna bible Indonesia. So hujah tak boleh pakai.
------

GM oh GM

Bahasa Indonesia tue bukan Bahasa Melayu ka.

Tak payah nak tipu. Memang penganut Kristian Sabah & Sarawak dah guna kalimah Allah dah lama dah.

Hang sekali sekala cuba la keluaq dari kampung.

Nizam Mahmud said...

TB kata:
Kenapa tak boleh rujuk ke Mesir?
Boleh tolong jawab tak soalan ni dulu?

1. Mesir guna arabic, Malaysia guna Melayu.
----

Al-Quran dalam Bahasa Arab. Orang Melayu ramai tak faham bahasa Arab, jadi tak perlu ikut la Al-Quran kalau tak faham Bahasa Arab?

Logik hang nie aku rasa boleh campak dalam tong sampah.. Betoi kata TB, tak ada satu pun hujah para penentang berdasarkan Islam.

Nizam Mahmud said...

Apa tujuan mereka nak mengunakan kalimah 'ALLAH'? Kalau tak untuk memesongkan akidah orang2 melayu.
------

Nasihat pertama aku:
Keluaq dari kampung tu sekali sekala, boleh?

Nasihat kedua aku:
Nak tau macamana mereka berjaya convertkan ramai penduduk Sarawak/Sabah? Ikut missionary mereka ke kampung-kampung. Tengok macamana mereka salurkan derma & bantuan pada penduduk kampung yang miskin.

(Nota: Mana pergi duit zakat ooo??)

Mereka bukan didakyahkan dengan hanya panggil nama Tuhan dengan nama Allah ok?

Kalau hang pikir tukar nama Tuhan dalam bible kepada Allah maka berduyun-duyunlah orang masuk Kristian, aku cadangkan skru longgar dalam kepala hang tue diperketatkan lagi.

yes said...

SILA BACA AYAT 171 SURAH AN NISSA.

Anonymous said...

Tahniah untuk Nizam Mahmud & tulang babi, bole la nanti di pilih untuk mewakili gereja kat M'sia sebagai jurucakap atau public relation officer atau leh la lantik tulang babi tu jadi Pope M'sia ke, orang melayu pertama jadi pope, anak melayu pertama..pergh..caya la tulang babi.

Nizam Mahmud said...

Tahniah untuk Nizam Mahmud & tulang babi, bole la nanti di pilih untuk mewakili gereja kat M'sia sebagai jurucakap atau public relation officer atau leh la lantik tulang babi tu jadi Pope M'sia ke,
-----

Komen saya: kenapa tak kata Yusuf Qardhawi akan jadi Pope Arab yang pertama atau suruh dia jadi jurucakap atau public relation officer untuk gereja-gereja di seluruh Tanah Arab?

SILA BACA AYAT 171 SURAH AN NISSA.
-------

Komen saya: Soal akidah, tiada siapa nafikan penyelewengan ahli-ahli kitab.

Persoalan sekarang adalah, apakah yang Nabi buat mengenai penyelewengan akidah ahli-ahli kitab itu?

Soalan-soalan ini relevan:

1. Adakah Nabi larang Kristian Arab guna perkataan Allah?

2. Adakah Nabi larang Taurat dan Injil ditulis dalam Bahasa Arab. Yer lah, takut-takut sahabat yang berbangsa Arab terpengaruh la kan?

3. Adakah Nabi tidak melarang penggunaan nama Allah dan Injil di dalam Bahasa Arab, tetapi kemudiannya mengajak pendita-pendita Kristian berbahas, berdebat dan menyeru mereka ke akidah sebenar?

Sila jawab dahulu.

HaHs said...

Saudara TB!

Saya lebih suka membaca post saudara utk difikirkan seperti blog2 yg lain daripada memberi komen. Saya cuma nak tanya, GM dan Mahaguru58 orang yg samakah? Nampak seperti org yg sama saja.

Saya sudah nampak rasionalnya kenapa saudara memilih utk membiarkan isu kalimah allah ini dan mempertahankannya kerana ia dilihat seolah2 telah dipolitikkan oleh Umno BN. Saya kurang bersetuju dgn cara saudara mengulas sesuatu isu kebelakangan ini walaupun ada kebenarannya tetapi kadangkala beremosi dan keterlaluan. Maaf atas teguran. Banyak betul penulis upahan beri komen di blog saudara. Lebih banyak dari pembaca biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.