Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 4, 2010

Isu Nama Allah: Mengapa Tiada Rayuan Dalam 24 Jam Seperti Kes Nizar?

Sewaktu Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar adalah MB yang sah, maka UMNO telah membawa kes tersebut ke mahkamah Rayuan. Hasilnya, tidak sampai 24 jam, keputusan Mahkamah Tinggi itu telah di berhentikan dari dilaksanakan.
Dalam kes Nizar, dengan tiada asas yang jelas, Hakim lantikan Linggam tersebut telah memberi “stay-of-execution” kepada keputusan Mahkamah Tinggi menyebabkan Nizar terpaksa mengosongkan pejabat MB yang baru beberapa jam beliau duduki itu.
(Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini.)

Soalannya, mengapa UMNO tidak menggunakan taktik yang sama dalam kes “Nama Allah” ? Mengapa UMNO tidak membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan dengan segera dan mendapatkan “stay of execution” ( pemberhentian dari perlaksanaan) secepat seperti dalam kes Nizar tempohari?

Bagi saya, isu nama Allah ini adalah isu yang digunakan UMNO untuk memerangkap PAS serta untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Mana mungkin UMNO yang sudah 50 tahun menentang Islam tiba-tiba bersemangat untuk memperjuangkan Islam?

ISU INI SUDAH LAMA MAHU DIGUNAKAN UMNO

Sebelum saya ditendang dari “Muslim Blogger Alliance” pimpinan Mahaguru 59 (tanpa sebab), saya mendapat satu email berkenaan pertemuan beberapa blogger (termasuk Mahaguru59) dengan pegawai-pegawai JPM serta Zahid Hamidi.
Antara isu yang dibesar-besarkan dalam pertemuan itu adalah isu nama Allah yang diminta oleh Gereja Katholik Malaysia.

Saya nakal dari email yang dihantar oleh Mahaguru58:

The invitation to me was relayed by Rocky Bru @ Ahiruddin Atan, President of All Blogs to discuss amongst many other topics, the problem being created by the publishers of the Malaysian Roman Catholic Magazine 'Herald' who remain obstinate in using the term 'Allah' to represent their idea of God in their Malay section of their Christian magazine.
.

Ini bererti, UMNO sudah lama bercadang menggunakan isu “nama Allah” ini untuk menyemarakan semangat kebangsaan Melayu supaya timbul perasaan tidak senang di kalangan orang Melayu dengan bangsa dan agama lain.

Padahal isu Najib lulus 10 lesen judi baru itu lebih jelas bertentangan dengan Islam dan tidak pun Mahaguru58 serta JPM memperjuangkannya.
JELAS, isu ini satu perangkap untuk memecahbelahkan PAS dan juga Pakatan Rakyat. Ia bukan bertujuan untuk memperjuangkan Islam sama sekali.
Lagi pula, mahkamah di Malaysia di tangan UMNO. Mengapa UMNO tidak menggunakan mahkamah dalam hal ini, saya pun tidak tahu.

NAMA ALLAH SUDAH DIGUNA SECARA MELUAS OLEH ORANG KRISTIAN DI SABAH SARAWAK SEBELUM MENYERTAI MALAYSIA

Tujuan penggunaan nama Allah ini bukan tujuan jahat dari pihak Gereja Katolik. Ini kerana di Sabah dan Sarawak, mereka telah menggunakan nama Allah sejak sekian lama, malahan sebelum menyertai Malaysia lagi.

Ini adalah lantaran kemasukan bahan-bahan Kristian dari Indonesia yang kesemuanya menggunakan nama Allah di dalam nya.

Adapun, tuduhan bahawa tindakan ini akan menyebabkan orang Islam murtad adalah tuduhan yang tidak bijak. Di Indonesia,fenomena murtad adalah lantaran dari ideology PANCASILA yang diperkenalkan oleh orang Islam sendiri dan bukannya orang Kristian.
Di Malaysia, tidak mungkin akan berlaku peristiwa murtad hanya kerana orang-orang Krisitian dibenarkan menggunakan nama Allah. Lagi pula, Gereja Katolik tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana khabar angin berkaitan dengan kemurtadan satu masa dahulu.

Dan, peristiwa murtad di Malaysia pun adalah lantaran kelemahan usaha dakwah serta tekanan dan penindasan usaha dakwah yang sekian lama dilakukan oleh UMNO. Bukan kerana penggunaan nama Allah oleh agama2 samawi.

ISU MURTAD DI MALAYSIA

Bukankah sebuah NGO Islam di Malaysia pernah menyamar dan menghadiri “mass” di salah sebuah gereja di Malaysia. Hasil dari penyamaran mereka menunjukkan bahawa “muka-muka” Melayu yang menghadiri “mass” itu adalah mereka yang sudah kristian dan berasal dari Sabah dan Sarawak. Ertinya, tidak dapat dipastikan bahawa usaha memurtadkan orang Islam ini berjalan dengan agresif atau tidak?

Cumanya, orang-orang yang biasanya kita anggap orang Melayu yang menghadiri upacara agama Kristian ini adalah mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak dan mereka memang telah Krisitan sejak asal.

Saya pernah makan di restoran ayam golek dan roti john di Cheng,Melaka pada hari Krismas. Dan restoran tersebut bersebelahan dengan sebuah gereja. Dan saya pun terkejut melihat ramai muka Melayu yang menyambut Hari Natal di Gereja tersebut. Saya bertanya kepada tuan punya restoran, mengapa ramai Melayu yang bersembahyang di Gereja tersebut. Tuan punya restoran tersebut, seorang yang berumur, berkata itu semua adalah mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak dan mereka telah kristian sejak lahir lagi. Saya bertanya bagaimana beliau tahu. Dia menjawab, dia bertanya sendiri kepada “muka-muka” Melayu tersebut. Mereka semua adalah Kristian

Sebagai penutup, jelas bahawa isu ini hanya mainan UMNO semata-mata. Jangan kita lupa peristiwa 13 Mei, Operasi Lalang dsbnya di mana UMNO selalu memprovokasi keadaan yang biasanya berakhir dengan kerugian di pihak kita.

Adakah logik sebuah parti yang sudah 50 tahun menentang Islam tiba-tiba mahu memperjuangkan ISlam? Inilah yang orang-orang tua panggil "Musang Berbulu Ayam".

Tulang Besi

ps di bawah adalah email dari Mahaguru58 berkenaan dengan perjumpaan beliau dengan orang JPM dan Zahid Hamidi satu masa dahulu:


[muslim-bloggers-alliance:766] Mahaguru58 and other Bloggers Dialogue with the Minister in charge of Islamic Affairs, PM's Department
muslim blogger alliance X
Repl MAHAGURU58 Assalamualaikum dear MBA members. I was invited to a closed door meeting with...2/14/09
MAHAGURU58Loading... 2/14/09

MAHAGURU58
to MUSLIM
show details 2/14/09

Assalamualaikum dear MBA members.

I was invited to a closed door meeting with Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad
Zahid Hamidi, Minister in the Prime Minister's Department and in
charge of Islamic Affairs, Government of Malaysia day before yesterday
at the Shangrila Putrajaya. The meeting took place at 9pm at a
designated meeting hall in the exclusive hotel.

The invitation to me was relayed by Rocky Bru @ Ahiruddin Atan,
President of All Blogs to discuss amongst many other topics, the
problem being created by the publishers of the Malaysian Roman
Catholic Magazine 'Herald' who remain obstinate in using the term
'Allah' to represent their idea of God in their Malay section of their
Christian magazine.

Fellow blogger Nuraina Samad who blogs at http://nursamad.blogspot.com,
the daughter of National Laureate, Allahyarham Tan Sri Samad Ismail,
was also there and two other bloggers who wish to remain anonymous.

Also attending on behalf of the Malaysian Government's side was Dato'
Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd.Aziz, the Director General of
JAKIM, the Islamic Development Department of Malaysia, Dato' Hj
Ibrahim bin Lembut, the Director General and Chief Syarie Judge of the
Syariah Justice Department of Malaysia, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al
Attas, the Director General of IKIM, the Institute of Islamic
Understanding Malaysia and other top officials of the Ministry
( Islamic Affairs, Prime Minister's Department).

The main subject of discussion centred upon the Minister's wish that
the Malaysian Bloggers especially those of us here in The Muslim
Bloggers Alliance led by me together with All Blogs under Rocky Bru
join forces with the Ministry (Islamic Affairs) and support JAKIM,
IKIM and other related Islamic Affairs Departments to help clear the
misunderstandings being unleashed upon the Malaysian populace by those
who have vested agendas against Islam and the Muslims of Malaysia by
creating this wave of controversy by pushing for such unheard of
demands before to use 'Allah' for their obviously unIslamic
publications, etc.

The Minister has been following postings done by many of us in the
Malaysian Blogosphere and supports the good work that most of us do to
help fight against the enemies of Islam through our respective blogs.

He admits to regularly read me too and also said that many of his
fellow ministers support me and those of us here in the Muslim
Bloggers Alliance.

Rocky Bru and Nuraina Samad are at the moment embroiled in engaging
the Islamophobes out there in our volatile Malaysian blogging scene
and have asked me to join forces with them in clearing the air about
what our stand is against the Christian Catholic magazine usage of
'Allah' to describe their distorted idea of God when in truth they do
not preach what Eesa Alaihis Salam himself preached that is to worship
none other than Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

We discussed many things and amongst the ideas mooted was my idea to
first and foremost register our MBA and after that to launch a 'Mobile
Dakwah Unit' national team where we would be using a 3 sided open
panel van to travel to most major cities and rural areas.

Volunteers would then stop these Mobile Dakwah Units at places to be
chosen in major towns and public fields.

We would after Isya' prayers start screening informative documentary
films about what Islam truly is and to help the public gain truthful
information about our Islamic faith.

The screening will be done using projectors and utilize mobile
projection screens when needed or use the area's building walls when
necessary.

Airing informative documentaries through the broadcasting channels
doesn't attract on the field interactions such as what I proposed to
the Minister and the JAKIM, IKIM and Syariah DG's?

We need to return to the basics and approach the public face to face.

We can then after screening such films and documentaries attend to and
answer any questions posed by the public as far as matters such as the
Hudud Laws of Islam, the subject of apostasy as in the cases of Lina
Joy, Subashini and others, this usage of Allah by the Christian
Catholic Herald Magazine, and other matters which are being
misunderstood by the majority of Malaysians, both Muslims and
Disbelievers alike?

By using this direct to the people approach, we will then also be able
to distribute booklets, brochures, informative DVD's and other Islamic
Information material for free to the general public.

The Minister supports this idea of mine and asked me to coordinate
with JAKIM, IKIM and the Syariah Justice Department to work out the
program.

As far as the monetary needs are concerned, the Ministry will help
where it can and Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi asked that we
here in the MBA come up with about 40 dedicated bloggers whom he wants
to join him and the other top government officers in a meeting to
discuss this matter proper.

He also said that he wishes to have those of us who attended the
meeting at Shangrila Putrajaya to be ready to have an audience with
His Majesty, the Yang Di Pertuan Agong soon to address this current
situation where Islamophobia has been festering for quite some time
without the decisive corrective action be taken by those before him?

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi also asked that we work in tandem
with one another and not to let the cat out of the bag for now for we
have enemies both in and out of the ummah.

I am sharing this confidential development with you who are subscribed
to and registered with the MBA in total trust that you will not
disclose about this meeting between myself, Rocky Bru, Nuraina Samad,
those two other bloggers and the Minister and others especially the
Director General's of our nation's top most Islamic Departments
because I need to select and choose those who are willing to be
amongst our top 40 MBA delegation to be invited to the next meeting
with the Minister and others.

I am also giving you notice for each and every MBA member who is
registered with us to update your details in the member profile.

I am going to update the official MBA website with a list of every MBA
member with links to their respective blogs for the general public to
access and view them.

I need each of you dear MBA members to email me with your full list of
personal details for at the moment we do not yet have a proper working
committee to prepare all these.

I know that most of us are terribly busy with our own work and
personal life's but this is Fardhu Kifayyah as far as I am concerned
for the future of our ummah here in Malaysia depends on what we choose
to do in order to see to it that our Deen is protected from the evil
designs of our enemies out there, both declared and covert.

You need to be courageous and be firm when speaking up for Islam.

I need you to be with me in seeing to the proper registration and
formation of this Muslim Bloggers Alliance.

Today, we have come to be recognized as a legitimate representative of
the Muslim Bloggers this side of the world.

The Minister himself has given us his blessings and we stand to be
able to contribute officially as an Islamic NGO and do what we can for
the ummah and the nation using our collective pool of thoughts and
ideas to help our fellow Muslims and Malaysians in general.

I ask that you please email me your full details as per the usual
necessary details needed for registering your membership here in the
MBA:

1. Full name
2. Full blog address
3. Email address
4. Contact Mobile Number
5. Gender
6. Age
7. Profession

We do not have a secretary yet.

For now it is all up to me and Brother Ades has graciously set up and
sponsored our main website. He himself is quite busy with his studies
and I do not wish to burden him unnecessarily.

I'm okay with the setting up of this MBA on my own for now but when we
are all ready to meet and set up our office in actuality, I hope that
those of you who are able to will come forth and do your part by
assuming ownership and taking responsibility for the running of the
MBA proper.

I do not wish to see this MBA die with me. I need you to carry on
after I'm no longer around or unable to if I'm to live to be old and
grey in the real sense of the word. :P

Please resend me your details here to my emails :

admin@themuslimbloggersalliance.org
mahaguru58@gmail.com

Remember, keep this info contained in this email confidential.

I trust you to hold to this in the Name of Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "MUSLIM BLOGGERS ALLIANCE" group.
To post to this group, send email to muslim-bloggers-alliance@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to muslim-bloggers-alliance+unsubscribe@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/muslim-bloggers-alliance?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---


25 comments:

Anonymous said...

TB
Sesungguhnya Setan Setan itu juga ada yang menyerupai manusia di kalangan kamu manusia di muka bumi ini....

Kalau dah negara di terajui oleh pak pak Setan, masakan hukum hakam ALLAH SWT akan di sahuti dan di tegak kukuh. Tengok kiri tengtok kanan, rupa semua bagaikan manusia tetapi perangai dan tingkah laku dapat membezakan antara Setan dan Muslim.

Setuju ye, TB....

Anonymous said...

"Kalau dah negara di terajui oleh pak pak Setan"

pak pak setan ada kat PAS tak? lebai setan?


Mak mak setan kat mana?

Anonymous said...

sebenarnya ko yg terlebih setannya TB, sblum ni ye ye je ko marah nasa sebab bantah penggunaan nama Allah, lepas tu sekarang ko hairan pulak kenapa tak ada rayuan dibuat..

mu ni bukan jenis boleh ajok berhujjah sbb mu ni bodoh dlm berhujjah, soalan org umno mu jawab bodoh2 je, pas tu claim mu org PAS padahal mu juga ahli umno, klu gitu mu separuh setan ah ke guana, separuh lagi nyamor nok jadi bukan setan (bukan nok jadi manusia, tapi bukan setan)

yg sokong ko ialah semua yg ada blog2 cam ko, tapi guna nama anon untuk komen, ko kat blog dia pun buat menda yg sama, nak naikkan hit, mklum lah, org PAS tak 'menghargai' bloger2 konongnye.. klu dia hargai dia beri lah jawatan CEO kan! kan! kan!

dlm umno ko pegang jawatan apa TB?

org umno jgn ah tertipu lok dgn penyamaran TB, dia ni saja je nok kenakan pas tapi nyamor org pas, konongnya nok reform pas, tapi sbnrnya dia agen ko jugak nak hancurkan pas, dia maki2 umno agar org yg dok berpati tengok org pas ni jahat, kemudian dia pulok kutuk2 pas agar org pas tengok pas ni terpesong.

dia guna serampan dua mata, org umno jgn pulok buat2 tak tahu pulak.. biar org pas je yg hujjah dgn dia.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Bagi saya, isu nama Allah ini adalah isu yang digunakan UMNO untuk memerangkap PAS serta untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Mana mungkin UMNO yang sudah 50 tahun menentang Islam tiba-tiba bersemangat untuk memperjuangkan Islam?

Siapa yg guna isu murtad ni dulu utk tunjuk negara ni negara sekular? Yg dok edar tape paderi joseph ni org PAS ke org UMNO?

ketahuilah wahai TB yg jahil psl gerakan anti murtad, isu murtad ini dikepalai dgn cergas oleh Zaharuddin abd rahman mantan pres PMIUM tahun 1997/98 dan mantan pres gamis circa sebelum pemecatan Anwar di bwh tajaan Pemuda PAS utk menunjukkan UMNO tak perihatin dgn fenomena murtad dan ramai yg murtad bwh UMNO.

Tahun sebelum PRU 12, Hanif baderun juga Pres Gamis dan mantan Pres PMIUM juga menggunakan semboyan yg sama psl pembangkang dah takda isu, kali ini menggunakan cerita2 dr Mufti Harussani, saat ni semua org kata mufti perak ni org PAS,takde pulak manusia yg kata dia jd pelacur PAS pulak time ni.

Jadi, siapa yg perangkap siapa?

Jgn main serkap jarang kalau takda fakta.Ini fakta, tulis jgn main sebarang tulis.

Di Malaysia, tidak mungkin akan berlaku peristiwa murtad hanya kerana orang-orang Krisitian dibenarkan menggunakan nama Allah. Lagi pula, Gereja Katolik tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana khabar angin berkaitan dengan kemurtadan satu masa dahulu.

Ini satu kenyataan main tulis saja. Buat malu kompeni erdogan saja.

Paderi joseph tu gereja katolik, motorola yg dikaitkan dgn murtad pun disabitkan dgn gereja katolik.

Tu noraisyah bukhari masuk katholik.

Apa punya statement dr tulang besi. dah duduk kat indon, tu yg statement pun dagdut saja bunyi.

Anonymous said...

Batu Api2 tak kata pa ke bab ni?Dia cuma sayang Nasarudin,Hassan Ali n Mustafa Ali je.pa menda la Batu Api2 tu,kaki rasuah agaknya.Kalu dpt benda,tukang bagi buat salah pun jgn bising-bising.

Anonymous said...

'Remember, keep this info contained in this email confidential.

I trust you to hold to this in the Name of Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.'

Oi Tulang Babi keparat!

Engkau ni tak reti bahasa ke?

Mahaguru58 tu mengirim emel diatas pada ahli ahli Muslim Bloggers Alliance dengan peringatan serta amanah pada kamu, bukan?

Apa pasal u expose edaran dalam macam tu kat sini?

Bukan kah ini membuktikan mahaguru tu betul didalam tindakannya tendang engkau keluar out dari grupnya?

Engkau memang jenis tak reti simpan rahsia dan pecah amanah!

Habis engkau dedah rahasia PAS ttg Hassan Ali dan Ustaz Nasha.

Kini engkau dedah rahsia dalaman muslim bloggers.

Esok engkau dedah rahsia mak bapak engkau pulak!

Paria betul lah u ni!

PAS akan jahanam dgn adanya pengkhianat mcm engka didalamnya!

Enth entah engkau ni ejen Zionis tak?

Haramjadah betul engkau ni!

Anti Pengkhianat.

Anonymous said...



Mahaguru58 tu mengirim emel diatas pada ahli ahli Muslim Bloggers Alliance dengan peringatan serta amanah pada kamu, bukan?

Apa pasal u expose edaran dalam macam tu kat sini?

Bukan kah ini membuktikan mahaguru tu betul didalam tindakannya tendang engkau keluar out dari grupnya?

Engkau memang jenis tak reti simpan rahsia dan pecah amanah!
.

Kahkahkah kan TB dah kata dia kena tendang dari MBA.

Jadi dia bukan ahli MBA dah.

So arahan itu tidak tertakluk pada dia

zakwan said...

U got a point there,TB
It puzzles me y the Home Ministry did not file 4 an appeal straightaway after the High Court verdict

UMNO may not bought the entire High Court but they sure as hell bought the whole Court Of Appeal

Like many other PAS supporters,I'm following this issue wit great interest not only because it concerns Islam but also this issue either make or break PAS's support among the non Muslims

I understand the uproar from Muslims nationwide considering the Catholics will spread belief that Allah is part of the Trinity n that they'll be confusion n Muslims will be deviated

Then again,the Holy Quran contains historical accounts that the Christians n Jews used the word Allah way before the birth of Prophet Muhammad SAW

If UMNO is truly sincere of defending the sanctity of Islam,they would hav rushed 2 the Court of Appeal straightaway just like how they were feverishly defending the sanctity of their illegal elected MB,Mamak Zambry

Serious Shepherd said...

Mengapa tiada rayuan?

Supaya isu ini boleh diperpanjangkan
Supaya Islam seolah-olah dah jadi perjuangan
Oleh parti yang kemungkarannya tiada tandingan.


Supaya 2 enjin jet yang hilang turut hilang di ingatan
Supaya isu GST tidak dibincangkan
Dan harga gula selamat dinaikkan
Demi memelihara rakyat punya kesihatan
Tapi harga roti putih pun dinaikkan
Walaupun tiada lemak trans yang memudaratkan
Entah apa harga barang lain yang akan dinaikkan?


Lepas ni bolehlah buat kerajaan perpaduan
Sementara kes liwat $aifool dibicarakan
Bukan di mahkamah yang disyariatkan
Tetapi di mahkamah dengan hakim 'yang ditetapkan'
Tidak mustahil FTA dgn Amerika pun berjalan
Sementara kita bertengkar tentang kalimah Tuhan.

Ipoh Marley said...

ARTIKEL PALING BODOH DAN MEMECAHKAN UMAT ALANGKAH GEMBIRANYA MELIHAT MELAYU UMNO DAN PAS BERSATU DALAM SOAL ISLAM..SEMUA BENDA NAK DIPOLITIKKAN..ANDA NI KAPIR KE???

Ipoh Marley said...

Mengapa Tiada Rayuan Dalam 24 Jam Seperti Kes Nizar?"

UNTUK MENGALIHKAN PERHATIAN
1.HUTANG RM800 JUTA PAS DI KELANTAN
2.BEKAS PIMPINAN MUDA PAS KELANTAN MELARIKAN ANAK ORG
3.MASALAH PIMPINAN KELUARGA NIK AJIS DI KELANTAN
4.KES LIWAT ANWAR YANG DAH SEMAKIN HAMPIR

NAK TANYA YANG MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH DI GEREJA ADALAH KHALID SAMAD IAITU YB UMNO KE PAS ATAU DAP??

Anonymous said...

Blogger Ipoh Marley said...

Mengapa Tiada Rayuan Dalam 24 Jam Seperti Kes Nizar?"

UNTUK MENGALIHKAN PERHATIAN
1.HUTANG RM800 JUTA PAS DI KELANTAN
2.BEKAS PIMPINAN MUDA PAS KELANTAN MELARIKAN ANAK ORG
3.MASALAH PIMPINAN KELUARGA NIK AJIS DI KELANTAN
4.KES LIWAT ANWAR YANG DAH SEMAKIN HAMPIR

NAK TANYA YANG MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH DI GEREJA ADALAH KHALID SAMAD IAITU YB UMNO KE PAS ATAU DAP??
.

Maknanya UMNO buat kerja untuk PAS lah?

joe said...

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah


Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.


Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Anonymous said...

Persetankan soal siapa nak perangkap sapa!Yang pasti mengikut kenyataan Nik Aziz yang terbaru!!!!Alhamdullillah,umat islam dan orang melayu semakin bersatu!!!!!Insya-Allah!!!Yang masih tak nak bersatu ialah puak pencacai jeee!!!!!Tapi biaqpi la kat depa!!!!Depa tu sapa!!!!!!

joe said...

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.
Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

joe said...

pakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.
Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,

Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).


Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,
Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).
Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

joe said...

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.


Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.

Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).


Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.
Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

joe said...

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.

ihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).

joe said...

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.

Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.

Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.

joe said...

Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

joe said...

Di sini saya mencadangkan beberapa perkara untuk diteliti dalam isu penggunaan nama Allah oleh mereka yang bukan Islam.

“Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah” bahawa isu ini lebih bersifat tempatan atau keselamatan setempat, bukan membabitkan larangan secara khusus dari nas-nas Islam. Harap kenyataan ini dibaca bersama dengan artikel tersebut.

Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?!
Juga di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah. Inilah sebabnya ramai orang melayu sekalipun bersolat, ada yang mudah terpengaruh dengan khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya.

Jika kita jelas dalam persoalan akidah, tentu unsur-unsur seperti itu, pengaruh kristianisasi, unsur-unsur agama lain tidak dapat mengelirukan akidah dan pemikiran umat. Isu nama Allah ini sepatutnya menyedarkan kita keperluan menegaskan soal akidah dan batas-batas iman dan kufur.

joe said...

Untuk mengelakkan ketegangan yang tidak baik untuk negara dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan kaum, maka saya sekadar mencadangkan beberapa pekara berikut sebagai garis panduan yang patut diambil perhatian oleh pihak kerajaan;


1. Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.


2.Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).


3.Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.


4.Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.

joe said...

5.Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.


6.Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.

Ini adalah beberapa cadangan saya mengenai hal ini untuk dijadikan garis panduan kepada rakyat Malaysia agar kita tidak merusuh disebabkan isu ini. Sebaliknya, hendaklah setiap pihak menghormati sensitiviti pihak yang lain.

Anonymous said...

Kecuali di Indonesia, Nama Allah tidak pernah digunakan dalam Bible termasuk Bible yang dalam bahasa Arab.
1. Ada ke Pope beri kebenaran kepada Padri Padri di Malaysia mahupun di Indonesia untuk tukar dari Lord (Tuhan)kepada Allah?
2. Tahu ke Allah tu tak kawin, tak beranak dan tidak diberanakkan?
3. Bahawa Isa itu Nabi yang telah wafat;
a. tahu ke Isa itu satu daripada nama nama Ruh yang banyak;
b. tahu ke di mana Isa Ruh Qudus itu berada sekarang?
JANGAN PADRI PADRI MALAYSIA MAHUPUN DI INDONESIA NAK SESATKAN ORANG RAMAI. CAKAP BENAR JIKA KAMU SEMUA IKHLAS DAN JUJUR. KAMU SEMUA JELAS NAK TARIK ANAK ANAK MELAYU SUPAYA JADI KRISTIAN KERANA BANYAK YANG JAHIL. Dalam masa yang sama, ada dikalangan ulamak ulamak Melayu yang jahil mengenai ALLAH, an all inclusive name of all names. Tahu kah mereka perbezaan perbezaan darjat dikalangan nama nama Ruh seperti Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Khidir, Nabi Musa dan Nabi Muhammad? WALAU BAGIMANAPUN, maka tertakluk kepada niat sesorang sama ada nak jadi pehak yang benar dan lurus ATAU jadi pendahwah guna putar belit yang akhirnya jadi Setan. In conclusion, all Bibles using ALLAH replacing LORD (TUHAN) are FALSE AND DECEPTIVE; di Malaysia mahupun di Indonesia.

Anonymous said...

Kecuali di Indonesia, Nama Allah tidak pernah digunakan dalam Bible termasuk Bible yang dalam bahasa Arab.
1. Ada ke Pope beri kebenaran kepada Padri Padri di Malaysia mahupun di Indonesia untuk tukar dari Lord (Tuhan)kepada Allah?
2. Tahu ke Allah tu tak kawin, tak beranak dan tidak diberanakkan?
3. Bahawa Isa itu Nabi yang telah wafat;
a. tahu ke Isa itu satu daripada nama nama Ruh yang banyak;
b. tahu ke di mana Isa Ruh Qudus itu berada sekarang?
JANGAN PADRI PADRI MALAYSIA MAHUPUN DI INDONESIA NAK SESATKAN ORANG RAMAI. CAKAP BENAR JIKA KAMU SEMUA IKHLAS DAN JUJUR. KAMU SEMUA JELAS NAK TARIK ANAK ANAK MELAYU SUPAYA JADI KRISTIAN KERANA BANYAK YANG JAHIL. Dalam masa yang sama, ada dikalangan ulamak ulamak Melayu yang jahil mengenai ALLAH, an all inclusive name of all names. Tahu kah mereka perbezaan perbezaan darjat dikalangan nama nama Ruh seperti Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Khidir, Nabi Musa dan Nabi Muhammad? WALAU BAGIMANAPUN, maka tertakluk kepada niat sesorang sama ada nak jadi pehak yang benar dan lurus ATAU jadi pendahwah guna putar belit yang akhirnya jadi Setan. In conclusion, all Bibles using ALLAH replacing LORD (TUHAN) are FALSE AND DECEPTIVE; di Malaysia mahupun di Indonesia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.