Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 19, 2010

Jawapan Kepada Tulisan Jahat AhmadHadeed (dan Songkok Putih) Dalam Isu Kalimah Allah.

Saya tak sangka dalam zaman IT sekarang ini, ada orang boleh menipu dengan terang-terang dalam perkara yang sudah menjadi maklumat umum. AhmadHadeed cuba memberi gambaran bahawa Krisitian Arab di Negara Arab ada hak guna nama Allah dan Kristian di Malaysia tidak

Ahmadhadeed cuba menipu dengan berkata:

“ “Dari maklumat ini dapat lah kita rumuskan bahawa alasan Roman Katholik Malaysia mahu menggunakan nama Allah dalam surat kabar mereka atau kitab injil mereka atas alasan Coptic Arab menggunakannya adalah suatu penipuan maklumat ugama dan ia tidak lain untuk mencabar ummat Islam Malaysia . Usaha setengah orang Islam mahu berhujah bahawa Coptic Krisitan Arab sama dengan Roman Katholik adalah tidak berlandaskan ilmu dan melulu.”
Masaalahnya, Ahmadhadeed telah cuba menipu lagi. Bukan semua Kristian di Tanah Arab adalah Kristian Koptik. Misalnya, di Jordan dan Iraq, majoriti dari penganut Kristian adalah dari Gereja Katholik.

Malahan di Mesir sendiri, terdapat pengikut Kristian di sana dari Gereja Katolik. Juga di Libya. Namun, kesemuanya menggunakan kalimah Allah di dalam upacara keagamaan mereka.

Penipuan kedua AhmadAideed adalah seperti dibawah:

“Coptic Orthodox Church of Alexandria telah di anggap keluar dari ajaran Roman Catholik kerana menganggap Jesus sebaga seorang tuhan dalam bentuk manusia bukan tuhan yang berbentuk separuh manusia separuh spirit yang di percayaan oleh Roman Katholik. Dalam istillah mereka ,”


Di sini AhmadHadeed cuba untuk menunjukkan kononnya Madzhab Koptik serta Madzhab Roman Katholik adalah dua madzhab yang BERBEZA lantas ia bererti MADZHAB KOPTIK lebih layak menggunakan kalimah Allah.

Tapi yang tidak diberitahu oleh AhmadHadeed adalah kedua-dua MAdzhab Koptik dan Roman Katholik adalah SYIRIK kerana kedua-dua nya mempercayai “TRINITY”. Mengapa saya kata demikian?

Kerana kedua-dua Madzhab menerima keputusan PErsidangan Constantinople yang pertama. Persidangan tersebut telah membuahkan fahaman Trinity yang kita kenal sekarang. Ertinya, kedua2 Koptik dan Roman Catholic adalah SESAT dan SYIRIK.

Namun, mengapa tidak ulama2 kita MENGHARAMKAN penggunaan nama Allah oleh Kristian Koptik di Tanah Arab? Soalan ini, Ahmadhadeed dan seluruh pelajar Malaysia lulusan Azhar tak pernah jawab.

Juga, Ahmad Hadeed tak berani nak sebut nama rasmi Madzhab Koptik, yakni “Orthodox Catholic Church”. Dengan kata lain, Madzhab Koptik juga menyatakan mereka adalah Katolik.

KONSPIRASI JAHAT SONGKOK PUTIH MEMBURUKAN KHALID SAMAD DAN DR DZUL

Ahmadhadeed dengan jelas menyebut dalam artikel beliau:

“Hujjah ini juga di guna oleh setengah orang PAS yang menyokong Khalid atau Dr Zul. Hujah ini tidak betul dan tidak berlandas kepada fakta. Mungkin ada setengah ustaz yang belajar di Mesir atau Syria tidak tahu bahawa Roman Katholik saperti yang ada di malaysia tidak sama dengan Kristian Orthodox Coptik Mesir, Kristian syria , armenian and Ethiopia”

Songkok Putih telah saya buktikan sebelum ini sebagai pembohong dan pengkhainat janji. BEliau adalah madhzab PAS Tranung dan ketua beliau, Ustaz Harun Taib, dengan jelas menolak penggunaan nama Allah oleh puak Katholik di Malaysia. Sila rujuk di sini .

Ertinya mereka yang selama ini berdegar-degar bicara pasal wala’ sebenarnya hanya hipokrit. Apabila keputusan jemaah berlawanan dengan kehendak mereka, wala’ diketepikan macam sampah.

Wala’ ni hanya releven bila mereka mahu ahli-ahli PAS menyokong idea “Muzakarah” dan ”kerajaang perpaduang”.

Saya heran, kenapa Songkok Putih tidak terbitkan kenyataan Khalid Samad dan Dr Dzul dalam isu ini? Kenapa Songkok Putih lebih suka menerbitkan artikel-artikel yang selari dengan kehendak tuan Songkok Putih yang sebenar ( dan tuan ini bukan PAS)?

Ini semua adalah projek penipuan Songkok Putih dengan bantuan intelek jadi2an bernama AhmadHadeed. Tujuan mereka adalah untuk menghasut ahli PAS supaya tidak wala’ pada keputusan jemaah.

Tujuan mereka supaya ahli-ahli PAS mengikut rentak dan irama UMNO dalam isu “Kalimah Allah” ini. Al maklumlah, mereka semua adalah kumpulan yang pro kepada kerjasama dengan UMNO sebelum ini.

Inilah dia contoh orang-orang yang mengata dulang paku serpih dalam PAS. BIla keputusan memihak kepada mereka, kalimah “wala’” disebarkan merata-rata. Bila keputusan tidak memihak, mereka guna taktik menghasut dan sabotaj seperti ini.

Nasihat saya pada Songkok Putih dan geng-geng beliau, MASUKLAH UMNO!!!. Pergilah duduk bawah ketiak Mat Said tu cepat-cepat. Kamu bukan Ahli PAS yang tulin. Kamu wala’ pada individu bukan pada jemaah itu sendiri. Berhentilah berpura-pura dan tunjukkan wajah kamu yang sebenar.

Tulang Besi

Roman Katholik Sabah Sarawak dan Malaysia tak sama dengan Coptic Kristian Arab

Oleh: ahmadhadeed

"Dalam perbahasan penggunaaan perkataan Allah oleh Roman Katholik Malaysia ramai berhujah bahawa kalau orang Arab guna perkataan Allah mengapa Kristian Roman katolik Malaysia tak boleh.

Hujjah ini juga di guna oleh setengah orang PAS yang menyokong Khalid atau Dr Zul. Hujah ini tidak betul dan tidak berlandas kepada fakta. Mungkin ada setengah ustaz yang belajar di Mesir atau Syria tidak tahu bahawa Roman Katholik saperti yang ada di malaysia tidak sama dengan Kristian Orthodox Coptik Mesir, Kristian syria , armenian and ethiopia.
Malah Gereja Roman Katolik berpusat di ROM menganggap Kristian Orthodox Coptic Mesir sebagai 'heretic' atau ajaran sesat. Ini di putuskan oleh pihak gereja di mesyuarat Council of Chalcedon Rom 451 AD sebelum datang nya Islam di negara Arab. Rasulullah di lahir pada 571 AD. Mereka juga mempunyai Pope sendiri.Cubaan mengguna nama Allah oleh Roman Katholik Malaysia adalah bercanggah dengan keputusan Council of Chalcedon yang menjadi tempat rujukan Roman Katholik Malaysia.

Coptic Orthodox Church of Alexandria telah di anggap keluar dari ajaran Roman Catholik kerana menganggap Jesus sebaga seorang tuhan dalam bentuk manusia bukan tuhan yang berbentuk separuh manusia separuh spirit yang di percayaan oleh Roman Katholik. Dalam istillah mereka , Coptic Orthodox Church di anggap menyeleweng kerana berpegang kepada kepercayaan Euthychianism dan digelar Monophusite kerana menganggap jesus sebagai tuhan dalam bentuk manusia namun Roman Catholik percaya Jesus adalah separuh manusia separuh tuhan saperti terdapat dalam trinity. Trinity percaya Tuhan Ayah , Tuhan Anak dan hantu Suci adalah satu entiti dan memerlukan kepada satu sama lain untuk wujud. Kalau satu mati semua mati. Inilah yang menyebabkan pihak crusader sendiri menindas orang koptik di Mesir atas alasan mereka adalah ajaran sesat.

Dari maklumat ini dapat lah kita rumuskan bahawa alasan Roman Katholik Malaysia mahu menggunakan nama Allah dalam surat kabar mereka atau kitab injil mereka atas alasan Coptic Arab menggunakannya adalah suatu penipuan maklumat ugama dan ia tidak lain untuk mencabar ummat Islam Malaysia . Usaha setengah orang Islam mahu berhujah bahawa Coptic Krisitan Arab sama dengan Roman Katholik adalah tidak berlandaskan ilmu dan melulu.

Masaalah Roman Katholik Sabah Sarawak dan Indonesia menggunakan nama Allah adalah kerana kejahatan penjajah Barat Inggeris dan belanda untuk menghancurkan ugama Islam di Indonesia dan malaysia untuk mencapai objektiv 3G Gold and Gospel. Oleh itu mereka sanggup menggunakan apa saja termasuk menterjemah injil roman katolik dan protestan kedalam bahasa Melayu dengan menggunakan nama Allah walau pun tidak ada satu patah pun nama Allah wujud dalam injil asal yang ditulis dalam bahasa Greek dan Hebrew. Mereka hanya mengguna perkataan umum 'tuhan' dalam bahasa Hebrew Greek atau aramaic.

Terdapat satu lagi issue iaitu bagaimana orang Kristian Roman katolik Sabah dan Sarawak yang menggunakan perkataan Allah tanpa merujuk pihak berkuasa. Saperti juga hujah di atas ,orang Kristian Sabah Sarawak dan Indonesia tidak boleh menganggap mereka sebagai Eastern OrthordoxChristian kerana mereka sebenarnya bukan dari kumpulan itu. Jadi mengapa meniru perkara yang salah dari ajaran Kritian coptik arab mesir? Saya berharap perbincangan intellectual ini tidak akan menyinggung orang krisitan sabah sarawak yang mengatakan mereka telah bertahun tahun menggunakan perkataan Allah dalam injil. Kalau perbuatan itu salah maka salah lah amalan itu.



23 comments:

Anonymous said...

The birthplace of chritainty and islam is in middle east..the birthplace of ketuanan islam melayu is Malaysia....di middle East, Allah is the Self,the lord,the spirit,the most high,the father..di Malaysia,tiada tuhan melainkan umno..all that in the heavens and earth belongs to umno and their pencacais..

Anonymous said...

Saudara tiada pengetahuan agama yang kukuh lalu menempelak Ahmadhadeed bagaikan anda fasih dalam ilmu tauhid. Allah hanyalah layak digunakan orang Islam kerana Allah yang kita 'refer' itulah Allah yang sebenarnya. Kenyataan saudara ini menggambarkan bahawa saudara bersetuju bahawa

a) Jesus adalah anak Allah bukan
anak Tuhan. Maknanya Allah ada
anak kalau ikut pandangan
saudara.
b) Allah Kristian adalah sama
dengan Allah Islam.
c) Oleh itu konsep Triniti
diterima oleh saudara.
d) Dan ia menggambarkan bahawa
saudara menyamakan Allah dengan
Tuhan yang lain. Sedangkan
Allah tidak dapat disamakan
dengan bentuk atau jisim yang
lain.

Saya rasa saudara ini takut akan kematian. Saudara cintakan dunia melebihi segala-galanya.

Anonymous said...

//Saya rasa saudara ini takut akan kematian. Saudara cintakan dunia melebihi segala-galanya.//
dan saudara cintakan cintan mee melebihi segala mee,termasuk maggie mee?

Anonymous said...

Mentaliti orang-orang PAS apabila berhujah amatlah dangkal. Begitu emosi tetapi kekurangan fakta. Tiba-tiba sahaja berkawan rapat dengan orang kafir harbi yang terang-terang menolak Islam tetapi memusuhi orang Islam yang bersama-sama Umno. Ingat, ada dikalangan ibu-bapa,adik beradik,saudara dan sahabat rapat kita yang menyokong perjuangan Umno. Jangan pula berdoa untuk orang2 kafir DAP untuk bersama-sama memasuki surga tetapi meninggalkan amalan berdoa untuk ibu-bapa dan adik-beradik lain hanya semata-mata mereka orang Umno. Saudara kita hanyalah yang Islam sahaja tak kira orang melayu,cina,india, mat saleh. Teladan apa yang mahu ditunjukkan oleh pemimpin Pas ini.

Anonymous said...

Ini untuk si Tulang Besi yang benar-benar jahil tentang Islam. Beliau terlalu beremosi dan mengutuk orang lain secara melulu. Inilah dikatakan bodoh sombong. Allah yang benar-benar orang Melayu Islam mahu mempertahankan adalah seperti yang telah disifatkan oleh Al-Quran dan Hadith. Bukan Allah yang direka oleh orang Kristian yang bersandar kepada andaian sahaja. Allah tidak boleh diterjemahkan ke bahasa lain. Allah adalah Allah. Allah bukan The Father. Allah bukan Jesus.Allah adalah seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Cuba refer dalam kamus Oxford yang menyatakan God adalah Tuhan. Sejak bila orang kristian menyatakan God adalah Allah? Mengukut kamus tersebut Allah adalah untuk Tuhan orang Islam dan orang2 Kristian yang berbangsa Arab. Mat saleh takde pun refer Tuhan diaorang Allah. Saudara ini adalah salah satu contoh orang-orang islam yang mudah diperdayakan oleh pendakwah2 kristian. Jangan terperangkap dengan mainan kristian!!!Mengucap banyak2 saudara agar tidak terpesong.

Anonymous said...

I am proud to be Muslim. But I fail to see why I must proud to be a PAS member. Its because they fail tremendously to defend Islam. All they want to do is to hug their fellow friends....kafir harbi. Sad but true.

Tulang Besi said...

Anonymous said...
Ini untuk si Tulang Besi yang benar-benar jahil tentang Islam. Beliau terlalu beremosi dan mengutuk orang lain secara melulu. Inilah dikatakan bodoh sombong. Allah yang benar-benar orang Melayu Islam mahu mempertahankan adalah seperti yang telah disifatkan oleh Al-Quran dan Hadith. Bukan Allah yang direka oleh orang Kristian yang bersandar kepada andaian sahaja. Allah tidak boleh diterjemahkan ke bahasa lain. Allah adalah Allah. Allah bukan The Father. Allah bukan Jesus.Allah adalah seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Cuba refer dalam kamus Oxford yang menyatakan God adalah Tuhan……..
January 19, 2010 2:37 PM
.

Baik jawab soalan ini:

a. Mengapa ulama2 Islam sepanjang 1400 tahun TIDAK PERNAH MENGHARAMKAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN?

b. MEnagapa mereka masih dikira sebagai ahli kitab?

c. mengapa sembelihan mereka halal dimakan oleh orang Islam?

Siapa yang jahil sekarang ni? Saudara atau saya?

Tulang Besi said...

Anonymous said...
Mentaliti orang-orang PAS apabila berhujah amatlah dangkal. Begitu emosi tetapi kekurangan fakta. Tiba-tiba sahaja berkawan rapat dengan orang kafir harbi yang terang-terang menolak Islam tetapi memusuhi orang Islam yang bersama-sama Umno.
.

Ini UMNO yang sama yang mengatakan sekiranya PAS menjalankan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu, darurat akan diisytiharkan?

Grand Marquis said...


a. Mengapa ulama2 Islam sepanjang 1400 tahun TIDAK PERNAH MENGHARAMKAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN?

b. MEnagapa mereka masih dikira sebagai ahli kitab?

c. mengapa sembelihan mereka halal dimakan oleh orang Islam?

Siapa yang jahil sekarang ni? Saudara atau saya?


Ulama sepanjang 1400 tahun juga tidak mengharamkan perkahwinan dengna ahli kitab (tanpa mereka convert).

Tapi kenapa di Malaysia tak dibenarkan?

Anonymous said...

kerana di malaysia masyarakat kristian ni baru wujud, wahai grand moron

Anonymous said...

a)Penggunaan Allah oleh Kristian Arab adalah berbeza dengan penggunaan kristian selain Arab. Mereka jelas mengetahui Allah adalah Tuhan yang sebenarnya melainkan mereka bersekutu dengan Isa dalam penyembahan mereka. Orang kristian sini tak tahu menda....tup-tup kata Allah Tuhan mereka siap dengan pelbagai nama The Father, Jesus dan Lord.

b) Al Kitab itu adalah golongan Nasrani dan Yahudi zaman dulu laaa. mereka memang dekat dari segi amalan dan percayakan kepada Allah....statement kat atas adalah berkaitan.

c)Bukan boleh makan sembelihan...kawin pun boleh. Takkan nak bandingkan dengan kristian sekarang. Kalu gitu engkau adalah orang pertama kawin dengan kristian sebab maklumlah...gadis=gadis kristian ramai yang cun dan seksi tubuhnya. mana tak cair Tulang Besi la oiiii. Nanti ko pergi lah majlis rumah terbuka krismas dan makan puas2 sebab ko kata daging dia orang halal sembelihannya.

Siapa yang jahil sekarang ni?

Anonymous said...

Anonymous said...
a)Penggunaan Allah oleh Kristian Arab adalah berbeza dengan penggunaan kristian selain Arab. Mereka jelas mengetahui Allah adalah Tuhan yang sebenarnya melainkan mereka bersekutu dengan Isa dalam penyembahan mereka. Orang kristian sini tak tahu menda....tup-tup kata Allah Tuhan mereka siap dengan pelbagai nama The Father, Jesus dan Lord.
.
Errrr bukan orang Kristian sini dah guna kalimah ni dekat 400 tahun ke? Kao apasal bengap sangat?

b) Al Kitab itu adalah golongan Nasrani dan Yahudi zaman dulu laaa. mereka memang dekat dari segi amalan dan percayakan kepada Allah....statement kat atas adalah berkaitan.

Wow, hebatnya kao boleh beza dulu dengan sekarang. Nak tnaya apa beza kristian dulu dengan sekarang? Kristian dulu tak sesat, tapi kristian skrg sesat? Mazhab Katholik dulu lain ke dari sekarang?

Cuba story sikit.
Kalau tak reti jangan bukak mulut. Kan dah nampak tak cerdik

Anonymous said...

c)Bukan boleh makan sembelihan...kawin pun boleh. Takkan nak bandingkan dengan kristian sekarang. Kalu gitu engkau adalah orang pertama kawin dengan kristian sebab maklumlah...gadis=gadis kristian ramai yang cun dan seksi tubuhnya. mana tak cair Tulang Besi la oiiii. Nanti ko pergi lah majlis rumah terbuka krismas dan makan puas2 sebab ko kata daging dia orang halal sembelihannya.

Siapa yang jahil sekarang ni?


Yang jahil adalah kau sebab kata Kristian dulu lain dgn sekarang. Buat hukum ikut suka hati.

Grand Marquis said...

Kita tengok sikap mereka tak pernah konsisten dalam hal ini.

Bila bab kawin, mereka kata kerana di malaysia masyarakat kristian ni baru wujud, tapi bila bab perkataan Allah, mereka kata ohh kristian dah guna 400 tahun dulu.

Bila bab kawin, ada yang kata tak boleh sebab mereka ni bukan ahli kitab. Tapi bukan ahli kitab boleh pulak guna perkataan Allah.

Lepas tu, cakap pasal waqi. Kononnya tak sesuai di Malaysia, tapi bab nama Allah tu tak pula timbul isu waqi.

Lepas tu guna indonesia dan mesir sebagai rujukan dalam isu nama Allah, tapi bila bab kawin, tak boleh pula rujuk kat sana. Waqi lain la katanya.

Entahlah. Banyak main pusing

Anonymous said...

bandingkan pendapat Tulang Besi sekarang dengan pada awal awal isu ini keluar...
http://www.malaysiawaves.com/2010/01/awasi-perangkap-umno-dalam-isu.html
Walaubagaimanapun, Tulang Besi merasakan di Malaysia, tidak seharusnya perkataan Allah digunakan oleh bukan Islam tetapi bukan atas dasar agama. Lebih kepada atas dasar budaya dan cara hidup. Ditakuti membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam akan menaikkan sensitiviti kaum serta dieksploitasi oleh pihak2 seperti UMNO.

Anonymous said...


Bila bab kawin, mereka kata kerana di malaysia masyarakat kristian ni baru wujud, tapi bila bab perkataan Allah, mereka kata ohh kristian dah guna 400 tahun dulu.

Bila bab kawin, ada yang kata tak boleh sebab mereka ni bukan ahli kitab. Tapi bukan ahli kitab boleh pulak guna perkataan Allah.
.

400 ratus tahun tu baru la Grand Moron.

Itu pun wujud kat Borneo. Kat Semenanjung ni, kewujudan mereka tak sampai 100 tahun.

Bodoh tonggong punya Grand Moron.

Kat sana orang Islam tak bising pun.

Kapten Zero said...

Semua perlu patuh kpd warkah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh TGNA dan Disahkan Jemaah Pas TGHA. Siapa yang tidak patuh bererti kufur. Sekian.

Anonymous said...

alif, mim, nun, wau = sarkas.

sabah sarawak boleh pulak..........

Anonymous said...

yang ko beria2 bela kristian ni ppasal? Soal UMNO nak guna isu ni memang kita dah tahu. Tapi kena beza jugak isu akidah ngan isu tak melibatkan akidah. jangan sampai krn nak jatuhkan UMNO, akidah kita pulak jatuh akbt sokong agama lain scara mem****buta.

Anonymous said...

Keje pakcik TB dan oghang PAS ni mempertahankan kristian ka? Berhati-hatilah pakcik, paderi suka orang macam pakcik utk dijadikan makanan depa...

Anonymous said...

Tulang Besi, sila kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Saudara kamu adalah orang-orang Islam bukan orang Kristian. Kalau kamu mati, adakah doa orang kafir yang engkau nak? Dah tentu tidak. Doa orang kafir sia-sia sahaja. Doa orang Islam juga yang engkau nak utk selamatkan dari azab kubur walaupun dari puak UMNO. Fikirlah TB. Dan bertaubatlah sebelum ajal datang.

Kay Du Lac said...

Salam,

Pakatan Rakyat masih berbelah bagi tentang isu ini termasuklah PAS yang kononnya parti yang memperjuangkan Islam. Khalid Samad menyokong penuh penggunaan kalimah ‘Allah’ manakala Zulkifli Noordin menentang sekeras-kerasnya. Dimana pendirian parti pembangkang? Yang pasti, hanya Bn bersendirian mempertahankan kalimah Allah.

Anonymous said...

Aku ni kira tak arif sangat pasal agama, tapi yg aku tau Tuhan Islam adalah Allah dan Kristian nye Tuhan = Jesus.

Cmne plak nak bezakan Allah Islam dengan Allah Kristian? Ape yg aku khuatirkan kalaulah anak-anak kita terkeliru dengan kalimah yang dipelbagaikan mcm isu ni. Apa plak yg akan jd pd anak2 kita yg blum tentu aqidahnya di kemudian hari?

Layakkah kita sebagai umat yang bergelar Islam nak mempertahankan agama Islam?

Yg sedihnya lagi bile org Islam sendiri ada yg menyokong dan ada yang tak. Golongan ini plak, bukannya calang-calang, tp golongan ulamak. Sudah akhir zamankah kita?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.