Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 14, 2010

Kalau Nak Masuk Kristian, Sejak Melaka Jatuh Lagi Orang Melayu Dah Kristian

Di dalam usaha untuk menafikan kebenaran orang Krisitan dari menggunakan nama Allah, terdapat beberapa orang Ustaz yang memberikan alasan sebegini:

“Minggu lepas saya ada mendengar ceramah agama dari seorang Ustaz dekat ngan umah saya. Persoalan berkahwin dengan ahli kitab dibangkitkan. Beliau memberi maksud ahli kitab di sini adalah di mana nenek moyang mereka adalah yang sememangnya berasal daripada pengikut kitab yang asal seperti injil dan juga taurat. Jika di mesir dan juga negara-negara arab yang lain tiada masalah sebab sememangnya keluarga mereka semenjak nenek moyang lagi penganut agama samawi (sebelum diselewengkan).”


Dengan kata lain, Kristian Katholik di Malaysia tidak layak menggunakan nama Allah sebab mereka bukan Ahli Kitab.

Suka saya nyatakan bahawa kiranya syarat ini dikenakan, Kristian2 di zaman Nabi Muhammad SAW sendiri bukan Ahli Kitab. Ini kerana Bangsa Arab Kristian zaman Nabi juga bukan dari keturunan penganut agama Samawi.

Mengapa saya kata begini? Kerana penganut asal syariat Nabi Isa AS adalah dari kalangan bangsa Yahudi. Dan syariat Nabi Isa itu sendiri HANYA UNTUK BANGSA YAHUDI. Bangsa lain dari Yahudi diharamkan dari mengikut syariat Nabi Isa.

Syariat untuk bangsa Arab adalah syariat Nabi Ibrahim. Namun setelah lebih seribu tahun selepas Nabi Ibrahim, ada bangsa Arab yang telah menyeleweng dengan menyembah berhala. Bangsa2 Arab yang tinggal di Syam dan utara Arab Saudi telah terjajah dengan Rom dan telah menukar agama mereka kepada agama Kristian. Dengan kata lain, nenek moyang bangsa Arab bukanlah dari pengikut agama samawi, yakni syariat Nabi Isa.

Kalau ada pun pengikut2 Agama Samawi selepas perginya Nabi Isa, mereka adalah dari pengikut-pengikut para Hawariyyun. Di zaman sekarang, mereka digelar sebagai“ “Ebionites”. Kelompok Ebionites” ini dibenci oleh para pemuka Kristian dan mereka sering dikutuk dan dinista oleh ketua-ketua Agama Kristian pada zaman mereka.

AL AZHAR MENYOKONG JAKIM?

Selain dari itu, seorang penyokong UMNO bernama Faizal/Grand Marquis menyatakan bahwa Naib Sheikhul Azahar menyokong pendirian Malaysia dalam isu ini.
“Wakil al-Azhar @ Naib Syeikh al-Azhar Syeikh Abdul Fattah 'Allam tindakan kerajaan malaysia tepat.Perkara ini sebenarnya telah dibawa ke pengetahuan Syeikh al-Azhar oleh Duta Malaysia ke Mesir.

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BAGI AGAMA LAIN MENURUT WAKIL AL-AZHAR


Saya pergi ke link tersebut dan saya terbaca laporan penulis:

“Beliau menjelaskan bahawa perkara ini sebenarnya telah dibawa ke pengetahuan Syeikh al-Azhar oleh Duta Malaysia ke Mesir. Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat.”


Pada masa yang sama, hari ini Harakahdaily melaporkan:

“Mewakili cendekiawan dari Universiti al-Azhar, Sheikh Muhammad Sayyid Thanthowi berfatwa, tindakan kerajaaan Mesir tersebut merupakan sesuatu yang diharuskan, sah dan halal mengikut syarak.
Muhammad yang dikenali sebagai Sheikhul Azhar berfatwa, setiap negara berhak melakukan apa sahaja demi memastikan wilayah kekuasaannya dijamin keamanan, termasuk membina benteng dari wilayah perbatasan Mesir-Gaza.
Ekoran itu, fatwa Muhammad disifatkan sebagai ‘fatwa berbayar’ dan ‘sama sekali bukanlah fatwa yang berlandaskan kemuliaan bagi mereka yang memiliki hati, nurani dan pendengaran’ oleh cendekiawan muslim Palestin.”
.

Jadi tak heranlah Tantawi ni boleh keluar fatwa ikut kehendak JAKIM. Yang pegi jumpa Tantawi pun pihak Kedutaan Malaysia di Mesir yang terkenal menyokong segala kegiatan kelab UMNO Mesir.

Waktu saya di Mesir dulu, tokoh agama yang dihormati oleh rakyat Mesir adalah Ali Gomaa, yakni Mufti Mesir dan juga Mudir Darul Iftaa. Sehingga program2 radio dan TV di Mesir lebih banyak memaparkan Sheikh Ali Gomaa dari si Tantawi ni. Tak tahulah berapa banyak JAKIM dah bayar pada Tantawi untuk buat fatwa yang JAKIM hendak.
Dan, sewaktu saya di Mesir dulu, saya tahu sangat bagaimana Kedutaan Malaysia di Mesir tidak mengiktiraf PMRAM sebagai sebuah pertubuhan yang sah mewakili pelajar Malaysia. PAda waktu yang sama, wang rakyat telah dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Mesir untuk membiayai program-program Kelab UMNO Mesir.

Dan kalau saudara heran mengapa ramai sangat bekas2 Al Azhar tidak bersetuju untuk membenarkan Kristian Katholik menggunakan nama Allah, jangan terkejut. Ini kerana pelajar2 Malaysia di Azhar adalah dari jenis yang tidak suka bercampur dengan masyarakat tempatan di sana.

Mereka suka duduk berkampung di Madinit Nasr. Saya yakin sangat ramai di antara mereka tidak tahu pun Kristian Mesir pakai perkataan Allah. Cuba pegi tanya mereka, apa panggilan biasa di Mesir untuk orang2 Kristian Koptik? Kalau mereka tak tahu ertinya mereka sebenarnya bukan jenis yang suka bercampur sewaktu belajar di Mesir.
Jadi, bila timbul isu ni, bekas-bekas Azhar ni pun jadi terkejut. Seolah-olah mereka perkara ini pertama kali mereka lihat. Padahal kalau mereka bercampur dengan masyarakat tempatan di Mesir sepanjang 4-6 tahun mereka di sana, pasti mereka akan tahu.

KASIHAN NGO2 ISLAM TERTIPU DENGAN NGO2 UMNO dan JAKIM

Saya tak tau apa yang difikirkan oleh TERAS, JIM dsbnya. Adakah mereka sudah mudah diperbodohkan. Padahal isu ini telah ditanya kepada Sheikh Yusuf Qardhawi sewaktu lawatan beliau sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, dan Sheikh Yusuf menyatakan tiada masaalah bagi kaum Kristian menggunakan nama Allah.

Saya tak tau samada NGO2 Islam ini berjuang atas dasar Islam atau kebangsaan Melayu.
Kenapa nak takut sangat orang Melayu jadi Kristian. Kalau orang Melayu nak jadi Kristian, sejak dari zaman penjajahan Portugis lagi orang Melayu dan masuk Kristian.

Malahan, disebabkan usaha Kristianisasi Portugis terhadap orang Melayulah, Tanah Jawa bertukar dari Buddha kepada Islam. Sila baca di sini .

Tulang Besi

43 comments:

Anonymous said...

Bro,UMNO is mad..and thier madness has reahed it's peak..

Anonymous said...

Tak perlu kita terkejut,marah,sakit hati dan terasa dgn apa jua perasaan sekali pun terhadap `hasil` utk kali ini kerana kita semua sedia maklum bahawa sememangnya ada di kalangan manusia yg mengaku Islam tetapi pada masa yg sama,merekalah sebenarnya merupakan musuh Islam yg nyata. Mereka akan menggunakan apa jua pendekatan semata-mata untuk mengelakkan Islam bersatu kerana hanya melalui perpaduan sahaja yg menyebabkan Islam akan digeruni musuhnya. Musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk melemahkan umat Islam termasuk menggunakan sumber dalaman daripada umat Islam itu sendiri. Maka terhasillah individu-individu yg dimaksudkan..

Anonymous said...

Tulang Besi...Tak silap saya JIM tak de masalah dengan isu nama Allah ini, dan JIM tak terlibat dengan NGO yang dok menentang tuh....Tgk balik kenyataan Media Zaid Kamaruddin...

Tulang Dalil

Tulang Besi said...

Baik TUlang Dalil, nanti saya rujuk

Tulang Besi said...

Baik TUlang Dalil, nanti saya rujuk

Kapten Zero said...

NGO yang bersama umno itu hanya lah pejuang kebangsaan dan sekularisme melayu. Islam mereka taktau kemana. Ini yang selalu mencelarukan keadaan kerana mereka masih kabur dan keliru dengan Perkataan Allah dan hubungan manusia dgn allah, talian ini telah lama putus. dan kekal mereka dalam kejahilan yang amat nyata.

Anonymous said...

bijok tulang besi, sebijik cam ustaz.. dok saboh ngaji us, patutnya ngaji mesir..

Anonymous said...

..sebening subuh,
"Jika di mesir dan juga negara-negara arab yang lain tiada masalah sebab sememangnya keluarga mereka semenjak nenek moyang lagi penganut agama samawi (sebelum diselewengkan).”

Tuan TB cakap atau pendapat oghang lain!!Tolong jelaskan sikit!Kelighuuuuu!!!!Terutama teks yang berada dalam kurungan tu!!!!

Yong said...

Masa orang Cina datang ke Melaka, ada di antara mereka telah berkahwin dengan orang Melayu dan jadilah Cina Baba. Ada antara mereka menyembah nenek moyang, ade gak yang kristian. Mereka berpakaian seperti orang Melayu, masak masakan Melayu dan bergurindam lagu2 Melayu. Berapa ramai yang beragama Islam? Yong minta Cina Islam jelaskan.

Ini menunjukkan orang Melayu zaman Portugis mungkin tak jadi kristian, tapi dah jadi Cina Baba. Maknanya, orang Melayu memang mudah terpengaruh. Kalaupun deme takjadi kristian, deme berperangai macam orang kristian, minum arak dan tak tutup aurat dsb. Masalah inilah yang wayar ditangani sekarang, bukan berpolimik tentang nama "Allah"

Anonymous said...

TB

Apa kata orang UMNO seperti Hishamddin, Syed Hamid Albar, Ahmad Zahid Hamidi serta kaki ampun UMNO Karamsyah Sanusi dan blogger Mahaguru58, dengan Ayat ini dalam Al Quran:

(click here) SILA RUJUK KEPADA LAMAN WEB INI DAN BACA APA TELAH DINYATAN DALAM ALQURAN

Dal said...

Tuan-tuan dari PAS, PKR, DAP,MCA, UMNO dll sedang rancak berebut tentang Allah.

Tiba-tiba MIC mencelah, "You all punya tuhan ini hindu kaaa kristian kaaa Islam kaaaa?"

Sebatang kara said...

Saudara TB,

Suka saya nyatakan bahawa kiranya syarat ini dikenakan, Kristian2 di zaman Nabi Muhammad SAW sendiri bukan Ahli Kitab. Ini kerana Bangsa Arab Kristian zaman Nabi juga bukan dari keturunan penganut agama Samawi.

Mengapa saya kata begini? Kerana penganut asal syariat Nabi Isa AS adalah dari kalangan bangsa Yahudi. Dan syariat Nabi Isa itu sendiri HANYA UNTUK BANGSA YAHUDI. Bangsa lain dari Yahudi diharamkan dari mengikut syariat Nabi Isa.


Saya masih tak fahamlah kenapa saudara berkata begitu. Boleh tolong jelaskan tak dari mana sumber atau Tok Guru yang boleh tolong ajarkan kepada saya bahawa syariat/kitab nabi tertentu khas untuk bangsa tertentu sahaja. Apa yang saya belajar bahawa, apabila turunnya satu-satu kitab tersebut maka terbatallah ajaran dari kitab sebelumnya. Maknanya apabila turunnya Injil maka terbatallah kitab yang sebelumnya dan apa apabila turunnya al-Quran itu maka terbatallah kitab injil itu.

Jika dikaji keempat-empat kitab yang pernah diturunkan, tiga buah diturunkan kepada bangsa yahudi dan manakala hanya satu buah sahaja kepada bangsa Arab. Bagaimana dengan bangsa-bangsa lain. Mereka tidak boleh berpegang kepada kitablah.

Berkenaan ajaran Nabi Ibrahim A.S. iaitu pemegang gelaran Bapa segala Nabi (betulkan saya jika saya tersilap) tiada Kitab pernah diturunkan kepada baginda. Yang ada hanyalah suhuf sahaja. Jika dikaji jurai keturunan Nabi Ibrahim sendiri, bukankah akan terjumpanya bangsa yahudi itu sendiri. Adakah ajaran Nabi Ibrahim ini akan terhenti apabila sampai kepada keturunan baginda berbangsa Yahudi.

Anonymous said...

itu situasi di Mesir.... di malaysia keadaannya berlainan... ditambah pula dengan hasil pendidikan UMNO buat... kefahaman Islam orang Malaysia ni kurang... Ko sendiri pun pernah setuju penggunaan nama Allah oleh Kristian tidak seharusnya digunakan...

http://www.malaysiawaves.com/2010/01/awasi-perangkap-umno-dalam-isu.html
Walaubagaimanapun, Tulang Besi merasakan di Malaysia, tidak seharusnya perkataan Allah digunakan oleh bukan Islam tetapi bukan atas dasar agama. Lebih kepada atas dasar budaya dan cara hidup. Ditakuti membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam akan menaikkan sensitiviti kaum serta dieksploitasi oleh pihak2 seperti UMNO.

Sebatang kara said...

Satu masalah yang lihat dengan saudara TB nih adalah beliau tidak sekali-kali boleh menerima pendapat yang bertentangan dengan beliau ataupun bertentangan dengan pemimpin sanjungan beliau. Kalau ada jugak macam-macam lemparanlah akan dikeluarkan dan yang paling popular adalah 'fraksi UMNO'. Agaknya kalau TB jadi presiden PAS, yang tinggal dalam PAS hanya beberapa orang kutu belahak sahaja. Semua yang tak sependapat dengan beliau akan dicantas habis-habisan.

Macam yang saya cakapkan sebelum ini, berbeza pendapat tak salah bro, yang salahnya apabila kita yang jahil tukil nih menuduh pendapat orang yang jauh lebih alim daripada kita sebagai tak betul. Pemimpin-pemimpin PAS pun tak pernah berbalah sesama mereka bila berbincang tentang isu ini walaupun berbeza pendapat.

Anonymous said...

Bertaubatlah TB.. tak semua perkara boleh dihujahkan oleh anda

Tulang Besi said...

Anonymous Sebatang kara said...

Satu masalah yang lihat dengan saudara TB nih adalah beliau tidak sekali-kali boleh menerima pendapat yang bertentangan dengan beliau ataupun bertentangan dengan pemimpin sanjungan beliau. Kalau ada jugak macam-macam lemparanlah akan dikeluarkan dan yang paling popular adalah 'fraksi UMNO'. Agaknya kalau TB jadi presiden PAS, yang tinggal dalam PAS hanya beberapa orang kutu belahak sahaja. Semua yang tak sependapat dengan beliau akan dicantas habis-habisan.
.

Sebatang kara, aku tengok hang ni tak boleh terima kebenaran.

Kalau hujjah hang tak kuat, hang marah bila orang lain tunjukkan.

Tulang Besi said...

Anonymous Sebatang kara said...

Satu masalah yang lihat dengan saudara TB nih adalah beliau tidak sekali-kali boleh menerima pendapat yang bertentangan dengan beliau ataupun bertentangan dengan pemimpin sanjungan beliau. Kalau ada jugak macam-macam lemparanlah akan dikeluarkan dan yang paling popular adalah 'fraksi UMNO'. Agaknya kalau TB jadi presiden PAS, yang tinggal dalam PAS hanya beberapa orang kutu belahak sahaja. Semua yang tak sependapat dengan beliau akan dicantas habis-habisan.
.

Sebatang kara, aku tengok hang ni tak boleh terima kebenaran.

Kalau hujjah hang tak kuat, hang marah bila orang lain tunjukkan.

Tulang Besi said...

Anonymous Sebatang kara said...

Satu masalah yang lihat dengan saudara TB nih adalah beliau tidak sekali-kali boleh menerima pendapat yang bertentangan dengan beliau ataupun bertentangan dengan pemimpin sanjungan beliau. Kalau ada jugak macam-macam lemparanlah akan dikeluarkan dan yang paling popular adalah 'fraksi UMNO'. Agaknya kalau TB jadi presiden PAS, yang tinggal dalam PAS hanya beberapa orang kutu belahak sahaja. Semua yang tak sependapat dengan beliau akan dicantas habis-habisan.
.

Sebatang kara, aku tengok hang ni tak boleh terima kebenaran.

Kalau hujjah hang tak kuat, hang marah bila orang lain tunjukkan.

Tulang Besi said...

Anonymous Sebatang kara said...

Satu masalah yang lihat dengan saudara TB nih adalah beliau tidak sekali-kali boleh menerima pendapat yang bertentangan dengan beliau ataupun bertentangan dengan pemimpin sanjungan beliau. Kalau ada jugak macam-macam lemparanlah akan dikeluarkan dan yang paling popular adalah 'fraksi UMNO'. Agaknya kalau TB jadi presiden PAS, yang tinggal dalam PAS hanya beberapa orang kutu belahak sahaja. Semua yang tak sependapat dengan beliau akan dicantas habis-habisan.
.

Sebatang kara, aku tengok hang ni tak boleh terima kebenaran.

Kalau hujjah hang tak kuat, hang marah bila orang lain tunjukkan.

Sebatang kara said...

TB,

Bila masa pula saya pernah marah bilamana hujah saya dipatahkan. Malahan saya amat bersyukur bila ada orang menunjukkan saya ke jalan yang lurus.


TB kata pulak,

Kalau hujjah hang tak kuat, hang marah bila orang lain tunjukkan.

Sebenarnya TB meludah ke muka sendiri. Sejak saya mengikuti blog TB nih, banyak perhatikan bila TB takleh nak jawab, TB divert ke isu lain atau bagi retorik ataupun buka artikel lain. Contohnya soalan dari seorang anon, setujukah TB kalau kat Malaysia nih seorang Islam nak kahwin ngan Kristian, orang Kristian tuh tak perlu masuk Islam. Sampai sekarang TB tak jawab. Saya tolong jawabkan bagi pihak TB berdasarkan ajaran seorang Ustaz kepada saya, TB cakap Ustaz tu tak betul pulak. Banyak jugak soalan-soalan saya dalam artikel TB terdahulu belum terjawab sampai sekarang. Saya melihatkan saudara TB nih banyak beretorik saja daripada betul-betul nak sampaikan kebenaran.

ruang bicara faisal said...

tahniah kerana berani bersumpah dgn nama Allah untuk menangkis fitnah yg dilemparkan kpd anda.

saya percaya kpd sumpah anda. saya tak sangka dlm pas pun hebat juga penyebar fitnah

satu soalan saya kpd anda

ANDA PERCAYA TAK KPD SUMPAH SAIFUL ? jwb dgn ikhlas

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/01/blogger-tulang-besi-lebih-berani-dari.html

Anonymous said...

"let the Knower distinguish on Knowledge and the Ignorance"
Rig Vedas

"Two are there,hidden in the secrecy of the Infinite,the Knowledge and the Ignorance,but PERISHABLE IS THE IGNORANCE,IMMORTAL IS THE KNOWLEDGE,another than they is HE who rules over both the Knowledge and the Ignorance"

Anonymous said...

"Two are there,hidden in the secrecy of the Infinite,the Knowledge and the Ignorance,but PERISHABLE IS THE IGNORANCE,IMMORTAL IS THE KNOWLEDGE,another than they is HE who rules over both the Knowledge and the Ignorance"
Swestaswatara Upanishad

Anonymous said...

Ada tenggok semalam al jazeera's 101 east..Marina the dungu tak tau apa2 pun(why al jazeera even bother to invite her huh?)..but palings eronk was YB Khalid tibai ketuaan melayu islam specialist Yusri frm ABIm..man,malaysia is becoming a laughing stock,and after seeing Yusri's "performance"..satu world will be thinking.."Wooah man.. sickos r ruling this country..lol"

Anonymous said...

Something very serius has happend in this coutry..last year,our gold reserve dah "pooof"..now,our forex reserve pulak "hilang" 50%(http://dinmerican.wordpress.com/2010/01/14/money-leaves-malaysia/)..para pukiamak dayus umno yg berkepala taik sedang meghancurkan Malaysia to the max..mesti ada satu hidden agenda..dan utk divert attention,bikin kecoh pasai kalimmah Allah..

zakwan said...

Orang bukan Islam yang menggunakan secara bertulis atau lisan 25 perkataan yang dilarang akan dikenakan tindakan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Antara perkataan itu adalah, Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah.


Is the faith of Malay Muslims that fuckin weak 4 JAIS come up wit such a retarded guideline?
Are we Malays so prone 2 apostasy?

If my name starts wit Sheikh,how the hell r my non Muslims friends gonna call me?

Haji?
If that's the case,JAKIM should issue a fatwa banning CNN from local telecast because they provide annual coverage on the hajj proceedings
Ban The Star too because they r ran by MCA

Alias Mohd Yusof said...

Kadang-kadang kita seperti takut dengan bayang-bayang kita sendiri. Saya suka melihat isu kalimah Allah ini sebagai benda yang positif.

Kenapa kita perlu membuang masa dan tenaga kepada benda yang kurang penting tetapi tidak peduli kepada perkara yang lebih utama.

Sekalipun kita mendapat hak tidak membenarkan orang bukan Islam tidak menggunakan kalimah Allah sebagai nama Tuhan mereka, ini bukanlah jaminannya orang Islam tidak melakukan perbuatan syirik.

Bukan kalimah Allah itu yang penting, tetapi yang lebih penting ialah kita terutamanya orang Islam tidak syirik kepada Allah.

Inilah tujuan Allah menurunkan rasulnya, apabila umat manusia telah menyimpang akidahnya dengan mensyirikkan Allah, Tuhan akan menurunkan rasulNya untuk mengembalikan semula akidah mereka ke landasan yang betul.

Sepatutnya inilah kerja kita yang utama, mewarisi kerja rasul-rasul Tuhan ini.

Bukan sahaja kita tidak berusaha bersungguh-sungguh mengajak secara hikmah orang-orang bukan Islam kepada ajaran yang benar ini, kita juga dalam banyak perkara bersikap konfrantasi dan bermusuhan dengan mereka dengan perkara-perkara yang remeh.

Sudah tentu sikap negatif kita ini hanya akan menjauhkan mereka dari kita. Apalagi hingga sampai orang-orang kita cuba merosakkan gereja dan rumah-rumah ibadat mereka.

Sekalipun tindakan-tindakan keras kita ini mungkin akan dapat menjadikan kita menang dalam pertelingkahan ini. Tetapi sudah tentu ia tidak dapat memenangi hati mereka.

Anonymous said...

"From the kindled fire of Energy of Consciousness,Truth was born and the Law of Truth.From that,the Night,from the Night,the flowing ocean of Being"
Rig Veda X190.1

[Yusufali 44:4] In the (Night) is made distinct every affair of wisdom,
The Quran:ad - Dukhaan(the smoke)

[Yusufali 97:1] We have indeed revealed this (Message) in the Night of Power:
The Quran:al-Qadr(The power,fate)

Anonymous said...

Rizab Antarabangsa Malaysia Menjunam Paling Teruk
Date: Wednesday, January 13 @ 18:55:51 PST
Topic: Artikel

[gold-coins-images.jpeg]Kedudukan kewangan Malaysia begitu goyah dengan rizab negara merosot teruk akibat pengaliran keluar modal asing sepanjang 12 bulan lalu, menurut laporan terbaru sebuah kumpulan kewangan berpengaruh.

UBS Investment Research, yang merangkumi kumpulan perbankan antarabangsa berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa


Ahli politik tempatan khuatir, keadaan kewangan negara akan bertambah buruk dengan kehilangan lebih banyak pelaburan asing susulan serangan ke atas gereja dan sekolah mubaligh Kristian sejak minggu lalu.

Perbuatan khianat itu dicetuskan oleh petualang yang cuba menimbulkan provokasi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh sebuah penerbitan Kristian.

UBS menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan Umno-Barisan Nasional “amat luar biasa” memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau kira-kira RM120 bilion.

“Negara lain seperti China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali,” kata laporan itu.

Menurut UBS, pengaliran keluar modal secara besar-besaran sepanjang tahun lalu menjejaskan rizab antarabangsa Malaysia dengan amat teruk yang jatuh lebih daripada 25 peratus.

Anonymous said...

UBS berkata pengaliran keluar modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada KDNK atau RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.

“Angka ini amat mengejutkan. Ia adalah lebih dari dua kali ganda pengaliran keluar modal yang dialami oleh Rusia dan jauh lebih besar berbanding dengan negara membangun yang lain.

Malah pengaliran keluar modal yang dialami oleh Malaysia pada 2009 merupakan fenomena yang jauh lebih besar dan dahsyat daripada pengalaman krisis ekonomi Asia 1997-1998,” menurut laporan enam muka surat itu.

Laporan oleh UBS Asia Securities Limited selanjutnya berkata ekonomi negara Rusia, Ukraine dan negara-negara Teluk mengalami pengaliran keluar modal asing akibat krisis ekonomi dunia.

Namun ketika ekonomi negara-negara terbabit kembali pulih, Malaysia masih dicengkam pengaliran keluar modal asing, menurut UBS .

“Modal asing masih keluar dari Malaysia secara berterusan dalam jumlah yang besar walaupun kebanyakan ekonomi negara pasaran membangun menunjukkan tanda kemasukan semula pelaburan asing,” menurut laporan itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed sebelum ini berkata Malaysia hanya mencatat pelaburan asing langsung sebanyak RM4.2 bilion sahaja bagi tempoh Januari-Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi 2008. -Dzulkarnain Taib

Anonymous said...

SHAH ALAM: Malaysia’s once strong foreign exchange reserves is bordering on collapse, according to a UBS Securities Asia Limited report. It says that in 2009, Malaysia experienced the biggest foreign exchange reserve losses among Asian countries.

It says official reserves fell by more than one-quarter on a valuation-adjusted basis.

Describing the situation as bizarre, it notes that Malaysia used to have the largest current account surplus in Asia–at around 17% of GDP.

“Over the past 12 months, Malaysian reserves nearly collapsed” while neighbours like Thailand, Singapore, Taiwan, Hong Kong and China “have seen sizeable increases,” it says.

It says foreign capital outflows from Malaysia in the last year was nearly 50 percent of its GDP.

“When we measure implied net flows using the same rough methodology as in used on Russia, the numbers are simply stunning. [Malaysia showed] peak outflows of nearly 50% of GDP,” it says, noting that the outflow was larger than anything witnessed in the world of emerging markets (EM).

The report also says Malaysia over the past 12 months recorded one of the biggest base money contractions in the entire EM world.

It asserts that recent outflows were “far, far bigger than those Malaysia experienced in the 1997-98 Asian financial crisis.”

The full report follows:

Anonymous said...

What it means
After last year’s series of notes on EM countries with “bizarre” money and credit behavior (Chile, Kazakhstan and Vietnam, see Tales of the Bizarre, EM Daily, 4-6 November 2009), we need to add one more to the list: the very strange case of Malaysia.
Question: which Asian country had the biggest FX reserve losses in 2009? The answer is Malaysia, and by a very wide margin; we estimate that official reserves fell by well more than one-quarter on a valuation-adjusted basis. Why is this bizarre? Well, in the first place because Malaysia runs a current account surplus – and not just a mild surplus but rather the largest in Asia, around 17% of GDP. Other structural surplus neighbors like China, Hong Kong, Singapore, Taiwan and Thailand have all seen sizeable increases in FX reserves over the past 12 months … and yet Malaysian reserves nearly collapsed.

How did this happen? In short, Malaysia must have seen massive foreign capital outflows – and sure enough, when we measure implied net flows using the same rough methodology as in our note on Russia earlier in the week (Watching Money in Russia, EM Daily, 5 January 2010), the numbers are simply stunning: peak outflows of nearly 50% of GDP, i.e., more than twice as large as in the “capital flight” case of Russia and many orders of magnitude larger than anything witnessed in the average EM country (Chart 2).1 In fact, the
recent outflows are far, far bigger than those Malaysia experienced in the 1997-98 Asian financial crisis (Chart 3).

Anonymous said...

It gets stranger. Unlike Russia, Ukraine, the Gulf states or other recent EM capital flight economies, Malaysia didn’t see any net external inflows in the run-up to the current crisis. Indeed, Malaysia has not recorded a year of positive net capital inflows since 1997, i.e., there wasn’t exactly a large pool of “hot” money parked onshore waiting to leave. Nonetheless, as shown in the above charts, capital is apparently still leaving Malaysia in large quantities as of the latest data points – long after most other emerging countries began to see net inflows again.

1 Implied capital flows in Chart 2 are defined as the difference between valuation-adjusted FX reserve accumulation and the current account balance. Flows in Chart 3 are defined as the difference between the overall balance of payments and the current account balance.

Nor, in contrast to all the above-named economies (and in contrast to Eastern Europe in general), did Malaysia have any noticeable increase in domestic leverage – both broad money M2 and bank credit actually declined as a share of GDP since the beginning of the decade.

So where on earth did the outflows come from?

Certainly not local deposits. Unlike Russia, Ukraine or other CIS economies, there was no outflow from the domestic deposit base; M2 growth in Malaysia is still very comfortably positive, in sharp contrast to the Russian figures we published a few days ago (Chart 4).

Anonymous said...

And this despite a massive, unprecedented decline in high-powered “base” money, as shown in Chart 4. Indeed, over the past 12 months Malaysia recorded one of the biggest base money contractions in the entire EM world, matched only by the Baltic states (Chart 5). This is in part because the Malaysian central bank responded with a sharp drop in reserve requirements to keep banks liquid … but still, we can’t help but note that the domestic financial system seems uniquely unaffected by apparent capital outflows.

In fact, perhaps the most surprising feature of the economy is that interest rates have fallen steadily. In 1997-98, with much lower ex-post outflow pressures, Malaysian short-term interest rates skyrocketed into the high teens; last year the same thing happened in some other countries with strong outflows pressures. Meanwhile, during 2009 Malaysian rates settled in comfortably at around 2% per annum and show no signs of rising substantially any time soon. What is going on? How do we square this circle? To be honest, we’re not really sure – but we strongly suggest the interested reader turn to ASEAN economist Ed Teather for further answers. For additional information on Malaysia, Ed Teather can be reached at edward.teather@ubs.com.

Analyst Certification

Susuteh 奶茶 said...

this is powerful comparison!

Grand Marquis said...

Saya ingin meminta maaf sebag lambat follow up, sebab outstation ke tempat yang tiada Internet. Apapun, posting TB kali ini mendedahkan sikap beliau sendiri.

Pertama, beliau kata saya ni Faisal, dan Sebatang Kara. Kemudian Sebatang Kara nafikan. Lepas tu dia kata GM ni Faisal. Kita boleh lihat sendiri sikap TB yang suka berprasangka. Beliau dalam mati-mati memperjuangkan perlaksanaan hukum dalam al Quran rupa-rupanya sendiri pun tak ikut al Quran. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. berfirman Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa (Al-Hujurat 12). Rupa-rupanya sangkaan beliau ini salah. Dan suka juga saya katakan, GM bukan Faisal.

Kalau kita lihat sikap beliau yang mudah berprasangka buruk, apakah kita masih boleh bergantung pada orang seperti beliau? Apakah segala tuduhan-tuduhan buruk pada TGHH, Nasha, HA dll bukan berdasarkan sangka buruk beliau yang tidak berasas? Dan selama ini saya asyik kata tulisan TB ini hanyalah persepsi beliau. Masalahnya ialah persepsi yang dibina atas fakta yang betul, sekurang-kurangnya kita masih boleh terima. Tapi melihat kepada sikap beliau yang gopoh dalam berprasangka buruk, apakah jaminan bahawa persepsi TB ini tidak berasal dari prasangka buruk terhadap individu yang tidak sehaluan dengan beliau?

Cuma amat pelik ialah sikap beliau yang sentiasa berprasangka baik terhadap Ronnie Liu. Malangnya sikap prasangka baik beliau tidak pula ditujukan pada orang Islam, tak kira PAS atau UMNO. Pelik juga sebab ajaran Al-Quran mengatakan orang yang beriman ini orang yang lembut dengan orang Islam, tetapi keras dengan orang kafir. TB ni terbalik.

Kedua, kenyataan ini:
"Selain dari itu, seorang penyokong UMNO bernama Faizal/Grand Marquis menyatakan bahwa Naib Sheikhul Azahar menyokong pendirian Malaysia dalam isu ini." tak pernah datang dari GM. Carilah semua posting di blog MW, anda tak akan jumpa ia dari GM. Saya berprasangka baik yang ia adalah satu kesilapan dari pihak TB.

Soalan saya: TB nak tak di Malaysia ni, orang Islam boleh kawin dengan perempuan kristian tanpa perempuan kristian itu convert jadi Muslim.
Jawapan TB

Jawapan saya adalah, adakah perkara itu haram?

LAgipun, perkahwinan dengan Ahli Kitab ni TIDAK DIGALAKKAN oleh Islam walaupun DIHALALKAN.


Sekarang ni saya nak tanya balik, kalau penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam itu halal sekalipun, adakah ia digalakkan? Kalau digalakkan, siapakah yang kata ia digalakkan?

Sebatang kara said...

Saya jumpa artikel nih dalam laman TKO. Mungkin juga sedikit sebanyak berguna dalam merungkai permasalahan penggunaan nama Allah ini.

"Dalam perbahasan penggunaaan perkataan Allah oleh Roman Katholik Malaysia ramai berhujah bahawa kalau orang Arab guna perkataan Allah mengapa Kristian Roman katolik Malaysia tak boleh.

Hujjah ini juga di guna oleh setengah orang PAS yang menyokong Khalid atau Dr Zul. Hujah ini tidak betul dan tidak berlandas kepada fakta. Mungkin ada setengah ustaz yang belajar di Mesir atau Syria tidak tahu bahawa Roman Katholik saperti yang ada di malaysia tidak sama dengan Kristian Orthodox Coptik Mesir, Kristian syria , armenian and ethiopia.


Malah Gereja Roman Katolik berpusat di ROM menganggap Kristian Orthodox Coptic Mesir sebagai 'heretic' atau ajaran sesat. Ini di putuskan oleh pihak gereja di mesyuarat Council of Chalcedon Rom 451 AD sebelum datang nya Islam di negara Arab. Rasulullah di lahir pada 571 AD. Mereka juga mempunyai Pope sendiri.Cubaan mengguna nama Allah oleh Roman Katholik Malaysia adalah bercanggah dengan keputusan Council of Chalcedon yang menjadi tempat rujukan Roman Katholik Malaysia.

Coptic Orthodox Church of Alexandria telah di anggap keluar dari ajaran Roman Catholik kerana menganggap Jesus sebaga seorang tuhan dalam bentuk manusia bukan tuhan yang berbentuk separuh manusia separuh spirit yang di percayaan oleh Roman Katholik. Dalam istillah mereka , Coptic Orthodox Church di anggap menyeleweng kerana berpegang kepada kepercayaan Euthychianism dan digelar Monophusite kerana menganggap jesus sebagai tuhan dalam bentuk manusia namun Roman Catholik percaya Jesus adalah separuh manusia separuh tuhan saperti terdapat dalam trinity. Trinity percaya Tuhan Ayah , Tuhan Anak dan hantu Suci adalah satu entiti dan memerlukan kepada satu sama lain untuk wujud. Kalau satu mati semua mati. Inilah yang menyebabkan pihak crusader sendiri menindas orang koptik di Mesir atas alasan mereka adalah ajaran sesat.

Dari maklumat ini dapat lah kita rumuskan bahawa alasan Roman Katholik Malaysia mahu menggunakan nama Allah dalam surat kabar mereka atau kitab injil mereka atas alasan Coptic Arab menggunakannya adalah suatu penipuan maklumat ugama dan ia tidak lain untuk mencabar ummat Islam Malaysia . Usaha setengah orang Islam mahu berhujah bahawa Coptic Krisitan Arab sama dengan Roman Katholik adalah tidak berlandaskan ilmu dan melulu.

Masaalah Roman Katholik Sabah Sarawak dan Indonesia menggunakan nama Allah adalah kerana kejahatan penjajah Barat Inggeris dan belanda untuk menghancurkan ugama Islam di Indonesia dan malaysia untuk mencapai objektiv 3G Gold and Gospel. Oleh itu mereka sanggup menggunakan apa saja termasuk menterjemah injil roman katolik dan protestan kedalam bahasa Melayu dengan menggunakan nama Allah walau pun tidak ada satu patah pun nama Allah wujud dalam injil asal yang ditulis dalam bahasa Greek dan Hebrew. Mereka hanya mengguna perkataan umum 'tuhan' dalam bahasa Hebrew Greek atau aramaic.

Terdapat satu lagi issue iaitu bagaimana orang Kristian Roman katolik Sabah dan Sarawak yang menggunakan perkataan Allah tanpa merujuk pihak berkuasa. Saperti juga hujah di atas ,orang Kristian Sabah Sarawak dan Indonesia tidak boleh menganggap mereka sebagai Eastern OrthordoxChristian kerana mereka sebenarnya bukan dari kumpulan itu. Jadi mengapa meniru perkara yang salah dari ajaran Kritian coptik arab mesir? Saya berharap perbincangan intellectual ini tidak akan menyinggung orang krisitan sabah sarawak yang mengatakan mereka telah bertahun tahun menggunakan perkataan Allah dalam injil. Kalau perbuatan itu salah maka salah lah amalan itu.

"

Tinta Hitam said...

Apapun isu penggunaan nama Allah oleh Kristian ni adalah mainan UMNO je.Jadi fahamlah ianya buakn sebab cinta pada Islam..

Cuma satu aje saya nak komen. Kristian katolik, Maronite,Protestant.Lutherian ke sama aje disisi Islam.Samada dulu atau sekarang.Sila rujuk fatwa terkini Sheikh Qardhawi.

Mereka tetap ahli kitab dan hukum mereka spt mana yg ditetapkan utk ahli kitab oleh Islam.Maknanya disini boleh menikah dgn wanita wanit kristian ni dan semebilihan merek halal dimakan jika cukup syarat sembelihannya.Samada kita nak buat perkara perkara ni itu satu cerita lain.Tapi dari segi hukumnya tak haram.

Ustaz ustaz tu perlu update ilmu mereka terlebih dahulu sebelum beri komen yg out of date..

Tulang Besi said...



Malah Gereja Roman Katolik berpusat di ROM menganggap Kristian Orthodox Coptic Mesir sebagai 'heretic' atau ajaran sesat. Ini di putuskan oleh pihak gereja di mesyuarat Council of Chalcedon Rom 451 AD sebelum datang nya Islam di negara Arab. Rasulullah di lahir pada 571 AD. Mereka juga mempunyai Pope sendiri.Cubaan mengguna nama Allah oleh Roman Katholik Malaysia adalah bercanggah dengan keputusan Council of Chalcedon yang menjadi tempat rujukan Roman Katholik Malaysia.


Artikel yang sangat2 dangkal. Rasanya ditulis oleh AB BAnjary.

Apasal artikel ni tak tulis bahawa Koptik Mesir juga mempercayai TRINITY?

Cuba jawab soalan ini: Adakah Koptik Mesir tidak menerima TRinity sebagaimana gereja2 Katholik?

Anonymous said...

Sekarang ni saya nak tanya balik, kalau penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam itu halal sekalipun, adakah ia digalakkan? Kalau digalakkan, siapakah yang kata ia digalakkan?

January 16, 2010 4:49 AM


Apa kao bahlol sangat GRand Moron. Penggunaan nama Allah TIDAK DIHARAMKAN. tapi, takda pula dikatakan tidak digalakkan. Ada ka?

Kao memang bahlol, Grand Moron.

Anonymous said...

bro TB,ada lg satu blog best:

sejarahnagarakedah.com.

tengok la dulu,kendian pkkan sendirik.

sali yang jahil said...

Nak celah sikit,masalahnya....
ALLAH dalam ALQURAN bagi umat islam ialah YANG ESA,TIDAK BERANAK DAN DIBERANAKKAN' Tapi kalau katanama Allah itu gunakan oleh penganut kristian,pengertiannya sudah menyimpang jauh sekali dan melibatkan
akidah dan tauhid,..ALLAH BAGI MEREKA bermakna"the Father,the son and the holy Ghost".....harus diingatkan trinity adalah tungak ,paksi kepercyaan kristian apapun mazhabnya.

Islam menganjurkan kita berdakwah menyampaikan,tidak memaksa dengan apa cara sekalipun..tapi pastikah Kita tidak ada usaha /agenda secara halus utk memurtadkan umat melayu islam? kalaupun tak agamanya tapi cara hidupnya?worldviewnya?

dalam bible tertulis semasa penyaliban JESUS ayat " THIS IS MY ONLY BEGOTTEN SON ......"BEGOTTEN...BEGETS? APA MAKNANYA? kalau LORD GOD/JEHOVAH/ELOHIM,dalam bible itu disamakan dgn ALLAH bayangkan ayatnya " and ALLAH SAY " ThIS IS OUR ONLY BEGOTTEN SON ,WITH WHOM WE ARE WELLPLEASED" NAUZUBILLAHMINZALIK"

Anonymous said...

Apabila menyebut Allah, apakah di dalam minda umat Nasrani-Ebioni merujuk Allah itu sebagai salah satu unsur Triniti? Hal ini tidak pernah diajar oleh nabi-nabi terdahulu di Israel kerana di samping Allah tiada tuhan lain di sisi-Nya.
"I am the first, and I am the last, and beside Me there is no God" (Isaiah 44:6).

Namun anda boleh lihat Nasrani Helenistik, Arab Helenistik menggunakan ketuhanan Triniti.
Yang mengajar konsep Triniti adalah umat Rome hasil didikan Paul; bukan umat Nasrani-Ebioni yang terawal, pengikut sebeanr Isa a.s.

Tuhan Triniti yang disembah Paul; tidak sama dengan Tuhan yang Esa disembah Ibrahim a.s , Ismail, a.s, Ishak a.s , Yakub a.s (Israel), Yusuf a.s dan nabi-nabi terkemudian diutus buat Bani Israel.

Kristian perlu jelas Paul menolak kefahaman umat Yahudi bahawasanya Tuhan itu satu. Sebaliknya megajar ketuhanan Triniti. Jika kita lihat tulisan Helenistik orang Rome di dalam Greek, Tuhan itu disebut Krios. Krios ialah Tuhan-Bapa dalam Triniti. Bukannya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.