Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 7, 2010

Kalau UMNO Benar2 Berjuang Islam, Perjuangkan Tuduhan Qazaf Ke Atas Saiful Bukhari Dijalankan Dengan Kadar Segera

Wahai juak2 dan puak2 UMNO sakalian. Hari Jumaat ni korang nak berdemo sempena keputusan Mahkamah Tinggi (yang telah pun ditangguhkan) yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh The Herald.

Mengapa tidak kamu berdemo juga meminta Mahkamah Syariah Kuala Lumpur supaya mempercepatkan pendakwaan ke atas Saiful Bukhari di atas tuduhan QAZAF yang telah dilaporkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan yang lepas?


Ataupun UMNO sendiri telah menghalalkan jenayah Qazaf bagi ahli-ahli UMNO sehingga UMNO tidak melihat keperluan untuk memperjuangkan hak seorang Islam bernama Anwar Ibrahim?

Apakah bezanya keputusan Mahkamah Tinggi dengan tindakan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur melambat-lambatkan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari? Kedua-dua nya “penghinaan” pada Islam bukan?

Yang saya tahu, “qazaf” ni halal dalam UMNO. Dosa besar Qazaf ni sudah jadi macam amalan biasa di kalangan ahli UMNO. Mereka membuat tuduhan Qazaf pada Anwar tanpa rasa dosa walau sedikit pun.

Padahal,”Qazaf” ini adalah tergolong dalam dosa-dosa besar yang dibenci oleh Allah SWT. Tak heranlah judi dan arak pun UMNO boleh sokong, Qazaf ni lagilah diorang boleh halalkan.

Berentilah nak buat demo hari Jumaat ni. Buat tekak saya loya je. Nak demo konon. Pada waktu yang sama kamu halalkan judi, halalkan arak, halalkan sekularisman, buang tulisan jawi, HALANG perlaksanaan hukum jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu dengan ancaman darurat dan MAGERAN dsbnya.

Nak demo konon nak pertahan nama Allah, tapi nama Allah kamu ludah kamu hinjak kamu maki bila kamu halalkan benda yang Allah SWT haramkan i.e. kes Saiful Bukhari.


Jenis manusia UMNO dalam Al Quran disebut sebagai:

‎وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ


8. Of the people there are some who say: "We believe in God and the Last Day;"
But they do not (really) believe.


‏يُخَدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

9. Fain would they deceive God and those who believe, But they only deceive themselves, And realise (it) not!

Mengikut ayat2 di atas, UMNO ni cuba untuk menipu Allah dan orang2 yang Beriman dengan demonstrasi mereka, namun sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar mereka menipu diri mereka sendiri.
Jadi, orang-orang yang beriman sekelian, janganlah tertipu dengan aksi-aksi orang yang menipu diri mereka sendiri.

Tulang Besi


Anwar mohon tuntutan qazaf tidak dilengahkan lagi

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini pagi ini untuk mendapat perintah terhadap Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (KPS) supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di atas kesalahan jenayah qazaf.
Selain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsudin Husin yang dinamakan sebagai responden pertama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Che Mat Che Min dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom dinamakan sebagai responden kedua dan ketiga.
“Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di atas kesalahan jenayah qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997,” ujarnya dalam kenyataan media selepas memfailkan permohonan itu dan berharap tuntutan qazaf itu tidak dilengahkan lagi.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu juga memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Pengarah Jawi dan menteri tersebut supaya tidak menghalang dan/atau mempengaruhi KPS daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap Mohd Saiful.
Menurutnya, permohonan itu adalah lanjutan daripada qazaf beliau bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan Jawi terhadap Mohd Saiful yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya beliau telah melakukan perbuatan liwat ke atas Saiful pada 26 Jun 2008.
“Saya telah disiasat sebanyak dua kali dan saya telah menyerahkan kepada Jawi kesemua bukti-bukti, di antaranya laporan polis, Sumpah Laknat Saiful, laporan perubatan dan senarai saksi-saksi yang bersama saya pada waktu kejadian.
“Dalam bulan Ogos 2009, saya mendapat maklumat pihak Jawi telah selesai menjalankan siasatan mereka namun sehingga sekarang KPS masih belum mengambil apa-apa tindakan mahkamah terhadap Mohd Saiful,” ujarnya.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, kesemua surat-surat peguam syarienya yang bertanyakan mengenai status laporan qazaf beliau tidak dijawab KPS.
Oleh itu, beliau agak terkejut apabila menteri berkenaan telah memberitahu Parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa KPS memutuskan bahawa pendakwaan qazaf terhadap Mohd Saiful hendaklah menunggu perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

“Saya ingin menegaskan bahawa kesalahan jenayah qazaf adalah berbeza dengan kesalahan jenayah liwat. Qazaf adalah kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan di bawah kanun jenayah yang digunakan di mahkamah sivil,” ujarnya.

Justeru, beliau memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan qazaf.
Tambahnya, mahkamah syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan responden-responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.
“Sebagai seorang Islam, saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh hukum syarak,” tegasnya.

25 comments:

ataspagar said...

suruh saja DSAI bersumpah laknat dahulu..mcm yg sumpah TB pernah buat tu..berani kerana benar bro...
mcm TB gak berani bersumpah kerana benar..

Grand Marquis said...

TB kena jawab dulu, adakah seorang perempuan yang dirogol kemudian membuat pertuduhan kepada si anu yang merogolnya tapi tidak dapat mengemukakan 4 saksi, bererti perempuan itu dikenakan Qazaf.

Jawab dulu yang ni

Anonymous said...

..dah kata!
Bab agama!!Rujuk pada ulama!Bukan ulama moden seperti TB!!!Buang masa jeeee!!!!!!

Anonymous said...

Grand moron,

apasal kau bodoh. kes Saiful ni bukan kes rogol la bahlol.

Saiful kata dia pun turut serta dengan rela.

Hahahaha kao terkena lagi grand moron

Grand Marquis said...

Kalau sama-sama rela tak kan pergi buat laporan polis

Anonymous said...

GM,
kan dah bagi nasihat kat hang!Bab agama jangan dok berdebat dengan TB,sekular bergurukan syaitan!Cuba hang bayangkan jika Nik Aziz menyeberang ke puak pas perpaduang!!!Puak erdorgan ni nak rujuk kat sapa!!!Mana ada pemimpin tertinggi pas yang bergelaq ustaz,sokong puak erdorgan ni!!!Depa rujuk dan tafsir Al-Quran sendiri jeee!!!Macamla jugak bergurukan syaitanTB dan Tukar Tiub sama je!!Dalam soal agama ni!!!!

Anonymous said...

sob sob..Grand Moron mangsa rogol..kesian..siapa geng rape dia?..hantu tetek?nachibai?

Anonymous said...

Semakin banyak TB membuat kenyataan menyokong tindakan Anwar Ibrahim, semakin menyerlahkan lagi kebodohan kamu secara terang-terangan..

Jika benar Anwar Ibrahim langsung tidak bersalah dalam tuduhan tersebut, seelok-eloknya beliau mesti membuat sumpah laknat menafikan tuduhan tersebut bagi tujuan membersihkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Berani kerana benar,takut kerana salah. Tidak perlu dikhuatirkan sekiranya beliau tidak melakukan tuduhan tersebut.

Tetapi mengapa Anwar Ibrahim tidak mahu berbuat demikian???? Saya pasti anda semua ada jawapannya!!!

Anonymous said...

ws:hi..i am frm wall street journal..can a christian use the the word allah..?

upk;al woooooooooo taleh waleeeeeeeh!!

sir:huh..????..wooteh means...

int:uh..it means abolutely not..

ws:oh..ok..but,chritians in certain parts of the...

upk:nooooooooooooooo!! al woooooooooooootaleh waaaaaaleh!!!!

ws;oh k..oh k..alright..no more question on allah..

upk:woooo woooooo woooooooo?

ws:what?

int:upk wants to know,r u going to invest in our country?

ws:al woooooooo taleh waaaleh..hehe..;-)

mulutmelayu said...

Sokong, jangan tak sokong qazaf Anwar tu.

Nasib baik la Mat Sabu tak sokong kerana dia dah tahu perangai tabii Anwar tu. hehehe

Boleh bebas punya kerana ada 2 saksi saja, tak cukup 4.

Apa pun aku berminat gak nak tahu tarikh-tarikh dan masa-masa Anwar melintasi camera CCTV tu.

Mesti gerun punya....

Anonymous said...

oh boy..nachibai arse is going 2 be whipped preety soon..

"Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.

Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.

Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.

Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis"

no wonder he is callin for demo 2moro..

Anonymous said...

yalah..nachibai tutuh juboq model alatantuya,lepaih tu,hantu tetek pulak letupkan gadis tu..semua ni hal ikut lunas lunas gog and magog..

Anonymous said...

Kalau betul apa yang disebut Anon 11.24pm 7.01.10,ada baiknya UMNO tukar tempat demo.Dari mesjid tukar keKedutaan Prancis.

Anonymous said...

Oii korang kat atas sana, korang ni manusia ke setan?? Nak membising pasal hukum hakam agama tolong ada rasa hormat sikit pd Islam. Ko ingat islam ni main2 ke? Boleh suka2 cakap pasal hukum tapi otak kosong. Ko ingat sumpah ni boleh buat main2. Orang macam sifool dan najib ni manusia bangang ingat boleh lepas dgn sumpah temberang konon nak tutup tipu muslihat fitnah laknat rancangan haramjadah diaorang.

Nuar tak bersumpah pasal dia faham agama. Cuba jangan jadi bahalol ko pikir skit dgn otak waras ko, hanya pasal sekor setan bagitau yg bontot dia kena sondol dgn ko, tak pasal2 ko kena bersumpah. Ini macam zaman budak2 kecik dulu masa main pondok2. Sikit2 sumpah..sikit2 sumpah. Hilang akal ke?

Agama kan ada dan agama dah mengariskan panduan hukum syarak pasal bab liwat dan rogol. Biar mahkamah syariah buat keja dia. Tapi pasal ini semua sahih perancangan jahat nak jatuhkan Nuar dia akan lambat2kan proses mahkamah syariah berhubung Qazaf supaya perbicaraan di mahkamah setan dapat teruskan dgn menjadikan DNA sebagai bukti. Memang sahih manusia macam najib dan sifool ni lebih laknat dari kafir.

Tapi kalau gua jadi Nuar gua suka pasal di akhirat nanti gua akan dapat dividen dan bonus bertrillion2 persen yg datang dari penfitnah seperti najib, sifool, mahadir, korang2 kat atas dan semua yg sejenis dgnnya. Agama dah ingatkan kerugian besar penfitnah ialah apabila mereka berdepan dgn Allah swt di akhirat nanti semua amalan yg dilakukan di dunia ini kosong kerana telah diberikan kpd orang yg mereka fitnah. Bayangkan semua amalan dr kecil sampai mampus dah tak ada. Ini nyaer beb dah serupa macam orang kafir laknat! Almaklumlah manusia2 yg disebutkan tadi lepas tu dihumban kemana?? Nauzubillah

Grand Marquis said...

Oklah, saya meminta maaf kepada pembaca semua kerana sebelum ini saya byk mengemukakan hujah-hujah yang bodoh dan dangkal. saya tahu ramai yang tak suka dengan hujah-hujah saya itu. itu hak masing-masing. lagipun, saya tahu memang ilmu saya cetek dan otak saya cuma penuh dengan keduniaan. yang saya tahu, saya akan terus menyokong UMNO sampai saya mampus. dalam darah saya mengalir darah UMNO.

Maafkan saya!

Anonymous said...

Sebening subuh,
Alangkah indahnya Bumi Malaysiaku:
1.Undang-ungang berlandaskan Piagam Madinah dapat ditegakkan!
2.Mempunyai seorang PM yang mempunyai ciri dan stail kepimpinan seperti Mahatdir dan alim seperti Nik Aziz!
3.Barisan kepimpinan campuran umarak dan ulamak!
4.Rakyat bukan Islam hidup aman dan damai!
5.Persetan pemimpin yang sering dilanda fitnah!Najib,Khir Toyo,KJ,Hadi Awang,Azizan(MBKedah),mat Sabu,Anuar Ibrahim,hassan ali,nik abduh dan lain yang difitnah liwat,rasuah,perempuan,guna agama untuk kepentingan diri!Cakap tak serupa bikin!
6.Persetan pemimpin bukan islam yang tak sedaq diri Kit siang!Guan Eng!Karpal Singh!Sammy Vello!
7.Persetan SUHAKAM!Persetan majlis Peguam!
8.TB!Bolehkot!Bolehlah jadi pemimpin!Setia!Cuma nak tafsir Al-Quran cari tok guru-nanti hang bergurukan Syaitan!!!!
9.GM!!Boleh juga kot!!!Berdebat,sering guna fakta!!Tak melalut walaupun dibahlulkan,dibodohkan!diumnokan!Sifat terpuji!
10.Mana mungkin itu terjadi!Boleh!Insya-Allah jika oghang melayu,oghang Islam bersatu!Tiada umno!Tiada Pas,Tiada Keadilan!Wujud sebuah parti baghuru!!!!!

Anonymous said...

TB
saya ada membaca tafsiran ayat AlQuran - Of the people there are some who say: "We believe in God and the Last Day;"
But they do not (really) believe. - dan say amat kasihan dengan umat Islam di kalangan Melayu yang berada dalam UMNO kerana matlamat yang di julang mrereka telah menutup pintu hati mereka, membawa mereka ke alam kejahilan yang sesuai di neraka jahanam.

lebih sedih apabila pendokong UMNO setan ini ada pula dari golongan ulama, cerdik pandai agama Islam, imam2 dan golongan professional.

tetapi, apakan daya.... neraka jahanam amat perlu di isikan dan sebaiknya pula pemimpin dan ahli ahli UMNO yang terang terang jahil akan kejadian mereka di mukabumi ini... bagaikan Firaun mengejar Nabi Musa AS.

tahniah kepada UMNO dan ahli ahlinya!

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Nuar tak bersumpah pasal dia faham agama.

Ermmm..maknanya Dr Asri tu tak faham ugamala ye???

http://www.youtube.com/watch?v=uVLJhyW4SOE

ataspagar said...

Anonymous said...
TB
saya ada membaca tafsiran ayat AlQuran - Of the people there are some who say: "We believe in God and the Last Day;"
But they do not (really) believe. - dan say amat kasihan dengan umat Islam di kalangan Melayu yang berada dalam UMNO kerana matlamat yang di julang mrereka telah menutup pintu hati mereka, membawa mereka ke alam kejahilan yang sesuai di neraka jahanam.....

ataspagar said...
siapakah saudara untuk menentukan syurga atau neraka dikalangn hamba Allah..hanya Allah yg Maha Mengatahui.. Berdoalah semoga saudara juga menjadi ahli syurga.

Grand Marquis said...

Oklah, saya meminta maaf kepada pembaca semua kerana sebelum ini saya byk mengemukakan hujah-hujah yang bodoh dan dangkal. saya tahu ramai yang tak suka dengan hujah-hujah saya itu. itu hak masing-masing. lagipun, saya tahu memang ilmu saya cetek dan otak saya cuma penuh dengan keduniaan. yang saya tahu, saya akan terus menyokong UMNO sampai saya mampus. dalam darah saya mengalir darah UMNO.

Maafkan saya!


Kenyataan diatas bukan datang dari saya, tapi datang dari mereka yang desparate sehingga sanggup menyamar dan menyebarkan fitnah.

Grand Marquis

Grand Marquis said...

Baca juga pendapat orang yang paham undang-undang Malaysia. This is a good one

Beliau ni seorang graduang undang-undang.

Anonymous said...

Grand Marquis said...
Baca juga pendapat orang yang paham undang-undang Malaysia. This is a good one

Beliau ni seorang graduang undang-undang.

kah kah kah, grand marquis pls lah stop highlighting your stupidity!

Grand Marquis said...

Anon yang bijak pandai, baca juga yang ni

Anonymous said...

grand marquis, i pity u, hope ALLAH will accept your repent before u die!!!REPENT FAST!!!


awang selamat

Anonymous said...

yang satu dah taubat tapi yang satu lagi tak mengaku buat..nak tolak sana tolak sini....kalau benar biarlah mahkamah yang tentukan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.