Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 6, 2010

Kasihan Annual Bakhri Haron.

NOTA EDITOR: Rupanya Sdr Annual Bakhri jadi mangsa hanya kerana mahu membantu Tok Guru yang amat disayanginya. Hasil dari mulut beberapa karakter yang duduk satu rumah dengan Tok Guru, maka Annual Bakhri Haron telah dimangsakan.

Saya pun tak tau macamana Tok Guru boleh dapat seorang menantu yang begitu HAPRAK dalam dunia. Apasal menantu ni je yang bagi problem pada Tok Guru Nik Aziz sedangkan Tok Guru tak pernah ada masaalah dengan menantu beliau yang lain.
Annual Bakhri yang mahu menolong telah difitnah sebagai cuba memalukan Tok Guru menyebabkan Annual Bakhri dipecat dari jawatan beliau.

Arifahmi ni memang bangsa penipu. Saya bertanya pada saudara Wan Ji Albakistani sendiri yang menjadi mangsa penipuan Arifahmi. Si Arif ni pegi jumpa Wan Ji dan beberapa blogger, tiba2 bila ditanya Tok Guru dia kata dia tak pernah jumpa. Apalah dia dapat dengan memburukkan Wan Ji dan beberapa blogger lain?

Al maklumlah si Arif ni ahli UMNO. Kawan saya pernah bagitau:

“Kalau orang UMNO kata Tuhan itu satu pun, kita jangan percaya. Bukan sebab benda dia kata tu betul, tapi sebab yang berkata tu adalah orang UMNO”.

Arif hanya pandai maki orang belakang-belakang, tapi bila disuruh berdepan tak berani pulak. Sifat orang yang bersalah memang macam tu. Lepas tu tak gentlemen, guna bini untuk mengkedepankan agenda jahat pribadi. Padahal diri sendiri tu jahat macam iblis. Hancur PMBK di tangan ahli UMNO bernama Arifahmi ni. HANCUR SEHANCUR HANCURNYA.

Tok Guru telah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh ahli UMNO bernama Arifahmi ini. Saya berdoa mereka yang dibelakang fitnah ke atas Annual Bakhri ini diturunkan bala oleh Allah SWT kerana fitnah yang mereka telah ungkapkan yang menyebabkan Annual yang tidak bersalah dipecat sebegitu rupa.

Ingat dosa fitnah orang ni dosa kecik ke?

Kau nafikanlah kandungan banner-banner ini wahai Arifahmi:




































Di bawah dinukilkan artikel pendedahan sebab sebenar Annual Bakhri dipecat oleh Kickdefella:

Pasangan Sehati Berdansa: Kopi Dangdut Sungguh!

Siapakah gerangan pasangan Sehati Berdansa dari Kelantan? Kalau dalam ruang siber bergelek bukan main tetapi bila berdepan mata ke mata kejam celik sikit terus tiada. Macam biskut chipsmore pun ada.
Dua Minggu Yang Lalu
Di dalam satu temubual ekslusif yang diantara Malaysiakini dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB Menteri Besar Kelantan itu telah antara lain didalam usaha mengagungkan Almenantunya telah memberi persepsi buruk terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.
Ini menyebabkan bekas ahli pengurusan kanan PROTON itu mengambil tindakan untuk menyaman malu Menteri Besar Kelantan. Ini mengakibatkan Tok Guru resah dan mengambil keputusan untuk memohon maaf. Tuan Haji Anual Bakhri Haron yang ketika itu masih menyandang jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan telah diarahkan menjadi orang tengah.
Akhirnya di atas kehendak Tok Guru sendiri, Haji Anual dan Tok Guru mengunjungi kediaman bekas CEO PMBK itu. Di dalam pertemuan tersebut Tok Guru menyampaikan sendiri surat mohon maafnya kepada bekas CEO PMBK itu yang amat dimusuhi oleh Ariffahmi.
Beberapa hari kemudian di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri, Tok Guru memaklumkan bahawa dia telah memohon maaf diatas ketelanjurannya.
Kejadian itu seharusnya berakhir disitu dengan umum yang mengetahui tentang kejadian itu merasa hormat diatas sikap mulia Tuan Guru Nik Aziz. Seorang Menteri Besar dan seorang ulama besar sanggup mengunjungi rumah rakyat biasa untuk memohon maaf diatas ketelanjurannya. Begitulah bertuahnya rakyat Kelantan.
Satu Minggu Yang Lepas
Di dalam satu pertemuan tertutup antara pihak Muslimat dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Nik Amalina, anak kepada Menteri Besar Kelantan dengan lantang menyelar Haji Anual Bakhri dan menuduh Anual Bakhri telah menjatuhkan maruah Menteri Besar Kelantan dengan memujuk MB ke rumah bekas CEO PMBK untuk memohon maaf.
Sebulan Yang Lalu
Almenatunya Abdul Ariffahmi Abd Rahman telah memusing Malaysia untuk menjelaskan kepada pimpinan parti dan Dewan Pemuda PAS berhubung polemik yang melandanya.
Di dalam pertemuan demi pertemuan itu Ariffahmi telah mendakwa dia adalah mangsa kepada kerakusan Dato’ Haji Husam Musa.
Antara tuduhan yang dibuat oleh Almenantunya terhadap Husam adalah seperti berikut :
• Husam mempengaruhi Bapa Mertuanya menggunakan blogger Kickdefella dalam usaha jahat Husam menjatuhkannya sebagai CEO PMBK. (Saya amat berharap Ariffahmi berani untuk mengulangi tuduhan ini dikhayalak umum atau kepada pihak media)
• Tindakan Husam itu dikatakan kerana Husam gagal mempengaruhi Ariffahmi dan menggunakan Ariffahmi untuk kepentingan peribadi Husam iaitu mengumpul kekayaan. (Pada pendapat saya, Ariffahmi yang gagal mempengaruhi Husam untuk menutup mata diatas segala kepincangan pentadbiran PMBK dibawah Ariffahmi).
• Anak syarikat PMBK iaitu PMBK Sawit yang dipengerusikan oleh Husam mengalami kerugian teruk kerana Husam menggunakan sumber kewangan PMBK Sawit untuk tujuan politiknya dan peribadi serta membayar kroni-kroninya dengan gaji yang amat tinggi. (Kakitangan kerajaan negeri akan ketawa besar mendengar tuduhan ini kerana PMBK Sawit sajalah sebenarnya yang membawa keuntungan berbanding lain-lain anak syarikat PMBK. PMBK Sawit jugalah yang ‘menyara’ PMBK).
• Husam hanya pandai lancar program tetapi semua gagal dan PMBK terpaksa menanggung kegagalan itu dan antara yang dimaksudkan sebagai gagal ialah projek Skim Takaful Kifaalah Warga Emas. (Skim Takaful Kifaalah adalah satu skim yang berjaya memenangi hati dan perasaan rakyat Kelantan sehingga membawa kemenangan besar kepada PAS dalam PRU12 yang lalu, kini skim tersebut menjadi ikutan dibeberapa buah negeri).
• Husam didakwa menerima rasuah daripada Tamrin bin Ghafar (Tamrin sendiri menafikan hal ini pada Ariffahmi tetapi Ariffahmi terus dengan dakwaannya).
Sehari Yang Lalu
Bertempat di JKR 10, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, Dewan Muslimat PAS telah menjemput Pasangan Sehati Berdansa Ariffahmi dan Amalina untuk memberi penjelasan berhubung isu-isu yang melanda dengan alasan mahu mendengar terus dari mereka berdua.
Begitu hebat kedua-dua mempelai itu membelasah Dato’ Husam di dalam sessi tersebut.
Apabila ditanya sama ada mereka bersedia berhadapan dengan Dato’ Husam bagi mendengar pihak sebelah Husam pula, mereka dilaporkan sebagai berkata bersedia.
Kemudian mereka dimaklumkan bahawa Dato’ Husam turut berada di JKR 10 dan akan dijemput masuk supaya Pasangan Sehati Berdansa boleh mengulangi tuduhan mereka itu dihadapan Dato’ Husam sendiri. Mereka cepat-cepat berkata, tidak bersedia melakukannya sekarang dan memberi alasan, YAB MB sudah merancang satu pertemuan lain untuk mereka jadi biarkan pertemuan antara Husam dan mereka dibuat mengikut perancangan MB.
Apabila Husam dan beberapa orang ADUN PAS yang juga merupakan penjawat jawatan parti masuk, Ariffahmi hanya menyambut ADUN PAS itu tetapi tidak Husam. Husam terpaksa pergi kepada Ariffahmi dan menghulurkan salam. Selepas itu, Ariffahmi dan Amalina terus keluar meninggalkan majlis tersebut.
Nampaknya ternyata Ariffahmi dan Amalina hanya berani dibelakang sahaja. Apabila berdepan, mereka hanya berani jika Tuan Guru Nik Aziz turut serta. Kalau didalam ruang yang neutral, mereka rupanya takut untuk berdepan dengan Husam.
Kopi Dangdut untuk Pasangan Sehati Berdansa semoga mereka kuat semangat untuk berdepan dengan orang yang mereka kecam sehebat-hebatnya selama ini.
Seminggu Yang Akan Datang
Tuan Guru Nik Abdul Aziz perlu mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan kebobrokan dan campurtangan anak menantunya dalam hal pentadbiran negeri dan sikap kurang ajar kepada pimpinan negeri dan parti. Kegagalan Tuan Guru bertindak segera hanya akan membawa kepada permasalahan yang lebih besar.
Dua Minggu Yang Akan Datang
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan akan terpaksa membuat suatu perisytiharan yang akan memeranjatkan rakyat jelata di Kelantan dan mereka yang melihat PAS sebagai sebuah Parti Politik yang mampu mewakili kehendak semua kaum dan penganut berbilang agama.

13 comments:

Anonymous said...

Nik Amalina egen mana pulak.

Nik Aziz gagal dan cuai,tidak pandai bela anak.

Atau mungkin anak dia tu UMNO juga.

Anonymous said...

nik aziz pun mungkin orang umno gak... mungkin ditabal ketua ulama umno pasni...

apa la nasib pas... mereka2 semua tu ahli umno rupanya...

nasib baik ada dato hj husam and the gangs...PENYELAMAT PAS ALAF BARU ini...

tp tak kira le...menantu tetap hantu... yg letak bannertu bacul dan dayus gak...1 lagi bodo atau malas.... si menantu tu ada Ir. lah... cuba la search dlm iem punya website. taip nama si menantu tu.... keluar lah muka yg tak sehensem hj husam.

ableedingmalaysian said...

Dear TB,

Inilah natijahnya bila anak bini, almenantu cuba memcampuri urusan rasmi kerajaan.

Yang aku tak fahamnya ialah kenapa TG Nik Aziz membenarkan si Amelina serta almenantunya mencampuri urusan kerajaan. Kalau ya pun almenantunya itu CEO PKNK, urusannya ialah mentadbir PKNK dengan baik secara professional.

Dulu kita semua kutuk Tun Mahathir dan Tun Abdullah kerana mengamalkan amalan nepotisme, kronisme serta apa-apa ...isme sekali pun.

Nah tengok sekarang. TG Nik Aziz, seorang ulama terulung pun tidak boleh lepas dari gejala ..isme ini.

Porak-poranda dibuatnya.

Seperkara lagi, sudah sampai masanya TG Nik Aziz mepelaskan jawatan. TG dah agak tua. Dah nyanyuk. Dah tak boleh berfikiran waras. Asyik-asyik melalut jer. Elok la lepaskan jawatan tu sebelum nama baik TG menjadi lebih buruk lagi.

Nampaknya agenda UMNO dah membuahkan hasilnya ya.

Punoh, punoh habih.

penyu teranung said...

ooo banyok sungguh peluru mung buwi Deramang wehhh...

dulu mung serang TGHH, Ust Nasa, DDHA, Mustafa Ali, Ust Harun Taib, USt Harun Din (geng perpaduang Deramang kata), pastu duk gayut kat juboh TGNA...

sejok akhir² ning mung serang TGNA pulok...

ish ish ish...

memang mung lah pemecoh belah PAS sebenornya...

TGNA kata blog celaker !

Anonymous said...

TB dah masuk air kat kepala. Dulu masa Nik Abduh tulis ada org bagi nasihat salah kt Tok Guru, dia cakap apa ingat Tok Guru bodoh, tak boleh nilai dan fikir nasihat2 tu ? Tok Guru sgt cerdik utk menilainya. Sekarang ni pulak dah terbalik kot, TB tuduh Tok Guru tak berapa cerdik dah sebab dah terpengaruh untuk pecat Annual Bakri, Tok Guru dah tak boleh menilai sendiri dah.. Pulak dahh.. alahai TB, dah jilat ludah sendiri daa... kaki batu api dan fitnah...

Grand Marquis said...

Inilah i-City yang dikatakan oleh TB akan menarik pelancong dari Arab.

Nampaknya macam the next bangsar and bukit bintang in the making aje.

http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/01/malam-jumaat-khalid-berahi-m-berkaraoke.html

Anonymous said...

apahal pun aku tetap akan menyokong TGNA (aku rasa org bukan islam lebih ramai yg sokong TGNA)....aku doakan TGNA akan terus memerintah negerinya...biasaler ujian Allah untuk pemerintah yg cuba berlaku adil,lagipun TGNA mana la ada 'super power' utk SCREEN hati budi prangai org2 kanan or kiri dia...Mmgler pemimpin yg akan dipersalahkan kalau ada kepincangan, tapi TGNA ambik tanggungjawab tu,bukannya lari..or buat2 pekak mcm pemimpin UMNO tu...mcm2 onar yg org2 UMNO ni duk buat di 1Malaya..tapi tak plak dikena tanggungjawabkan or disuruh letak jawatan MB MB nyer...ke memang betul, kalau dh UMNO tu..benda2 seleweng dah jadi backbone parti tu..rakyat 1Malaya boleh terima dgn senang hati and tersenyum...50tahun lagi pun rakyat msia ni tak kan sedar, hari2 duk kena bodoh dgn puak2 UMNO pemerintah...Angguk-angguk,Geleng-geleng,Tunduk-tunduk, Ia-ia,Saya-saya,Dia-dia...suruh tunduk dia tunduk suruh geleng dia geleng...he he he org putih kata..."good dog....!" cam tu la puak UMNO duk layan rakyat nyer 1Malaya...tima kasih!!

Tinta Hitam said...

Aku dah semakin confuse pasal isu ini.Jadi aku tak mau komen apa apa

Anonymous said...

Grand Marquis said...

Inilah i-City yang dikatakan oleh TB akan menarik pelancong dari Arab.

Nampaknya macam the next bangsar and bukit bintang in the making aje.

http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/01/malam-jumaat-khalid-berahi-m-berkaraoke.html


Inilah dia contoh kebangagan Grand Moron.

Projek yang TB komen tu projek ITZ, bukan ITC.

Ada faham tak?

Anonymous said...

Sorry, I-City.

Anonymous said...

Aku dah kata....
gitula nasib puak sekular yang ada dalam pas......last sekali kena terajang keluaq!!Pi main jauh,hangpa pas sekular!!!!!!!~!!!

Anonymous said...

....lepasni nasib sapa pulak!!!hangpa tekala sendiri!!!!!

Anonymous said...

Takkan TGNA trojan horse UMNO yang diinstall dalam PAS untuk memporak perandakan keadaan pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.