Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, January 31, 2010

Kenyataan Khalid Samad Berkaitan keputusan JK Disiplin

NOTA EDITOR: Berikut adalah kenyataan Khalid Samad berkaitan dengan keputusan JK Disiplinj baru-baru ini. Saya cuma ingin meminta Khalid Samad bersabar dan ketahui bahawa beratus ribu penyokong berdoa dan mahukan keadilan. Ingatlah bahawa Allah SWT mendengar doa orang yang dizalimi. Allah itu Maha Adil dan Maha Mendengar.

Selamat membaca.


Keputusan JK Displin
Saturday, January 30, 2010

Jawatan Kuasa Disiplin PAS telah mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatan dalam parti yang sedang saya sandang selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat. Sebenarnya, saya sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan. Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?

Ada juga yang bertanya tidakkah saya merasa kecewa? Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai. Tindakan Dato PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi. Ahli BPPNS harap ambil perhatian tentang perkara ini.

Ya betul, jawatan saya digantung tetapi itu tidak sepenting mendapat kata dua berhubung sikap dan tindakan Dato PJ selama ini. Jawatan digantung 6 bulan. Dasar perkukuhkan PR akan dipertahankan selagi mana PAS bersama PR.

Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Dato PJ dianggap memudaratkan PAS. Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala' terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan 'tauke' kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini 'tauke' pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi. Kalau terus dengan cara lamanya, saya tidak akan menyanggahnya lagi. Saya sendiri yang akan buat Laporan kepada JK Disiplin. Seperti yang dibuatnya terhadap saya dalam kes ini. Itu caranya dan kita lihat pula sejauhmana kesungguhan amaran yang diberi.

Apabila menentukan sesuatu tindakan, saya telah diajar melakukan 'risk analisis' terlebih dahulu. Risikonya diketahui dan saya mengambil risiko tersebut kerana ada peluang yang baik untuk mencapai hasil. Seperti yang dijangka saya diadu kepada JK disiplin. Saya tidak mengadunya kepada JK Disiplin, pihak lain yang berbuat demikian. Risiko diambil dengan penuh sedar. Kesan datang melanda kita terima kerana memang telah dijangka. Namun hasilnya turut diraih.

PAS sememangnya mementingkan disiplin ahli, ketaatan kepada pemimpin, thiqah dan wala'. Saya tahu semua itu, tetapi semua telah saya usahakan. Bukan semakin baik, semakin parah. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali melakukan apa yang pasti sukar diterima parti. Walaupun berasas tetapi akan dilihat melanggar disiplin. Ketua pemanah meninggalkan Bukit Uhud. Yang membantah dan menghalang dianggap melanggar disiplin jemaah kerana membantah dengan cara yang kasar.

Ada pula yang bertanya, adakah saya akan merayu? Saya masih belum lagi memutuskannya. Mungkin tidak. Seperti Saidatina Aisyah dalam kisah fitnah terhadapnya. Memadai dengan saya meyakini bahawa saya bertindak demi PAS dan PR. Lagipun, seperti yang telah saya nyatakan, jawatan itu tidak penting. Hendak merayu buat apa? PRU 13 semakin hampir. Bersama kita terus asak UMNO sehingga mereka tersungkur. Itu prioriti kita yang perlu dilakukan tanpa adanya kenyataan-kenyataan yang akhirnya akan menyulitkan diri kita sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

18 comments:

Anonymous said...

1.Gitu la nasib puak JIM dalam Pas!Puak pas ingat JIM tu jin koT!!!Sebab depa bukan budak pandai masa mengaji kat sekolah dulu!!
2.Satu lagi depa dok tenguk puak JIm Pas ada bayang anuar brahim!!Takut depa!!!
3.Tu la dok bagi nama Allah pada puak kristian pakiam!Allah turun bala la!!
4.agaknya dapat ka khalid samad pertahan kerusi Shah Alam(majoriti melayu kan!)!!Oghang melayu dan islam dok tengah maghah berapi-rapi kat dia ni!!!
5.Ala kalau dia kalahpun!bini dia pensyarah!adik/abang dia syahril samad!tak kan tenguk saudara susah kot!!!
6.Hang TB!ada adik beghadik oghang besaq-besaq ka!!!!!Boleh tolong masa susahhhh!!!Masa senang tak bimbang!!!kawan ghamaii oii!!!!

Anonymous said...

Salute YB Khalid samad!!U r a born warrior!!Never think u r alone in this battle aginst a super korup haprak regime called UMNO!!

mlayukrala said...

lebai mana pu n setebai manapun melilit kepala tapi tetap hamba pada buuu,,it & duuu,,it jgk.

Anonymous said...

Malaysian better wake up..the rakyat should also turun padang 2 rescue this already bankrupt darkned nation..our thots and minds must not all the time be occupied wit "mau kaya maaaaaah",video games,gambling,makan minum kongkek tidor,and praying for couple minits and then back to shopping mall,starbux,mamak bistro,disko !!We demand our YB's to perform miracles,but r we saints ?How can they fight the fight,when,we the rakyat have also have sifat sifat kehaprakan just like UMNO dustBiN!Ya..we too have become lazy,sleezy,zombis!!the country is alredi in darkness..and if we continue to behave like zombies and allow the darknes that has already enveloped us harden into rock solid stone, kita akan pocheelah!!..no amount of divine intervention/solat hajat will be able to rescue us..and we will wail inside the cold,dark empty void for ever!!

Anonymous said...

Dalam PAS pun ada Operasi Lallang?
Labels: ISA, Pas
Dalam posting bertajuk "Jangan Sampai Orang Kata Begini..." Ustaz Zolkharnain Abidin mengingatkan:

Jangan menganggap begini, “Tak apa, kita buat macam mana pun, orang PAS tetap akan undi PAS…” Anggapan itu mungkin benar untuk suatu ketika tetapi tidak benar untuk sepanjang masa.
Beliau juga mengingatkan:

Kebimbangan lain ialah, ada pemimpin PAS yang berasa tahun 2010 adalah sama dengan tahun 1985. Politik kini lebih rencam.
Saya masih ingat, ketika saya mula menyokong PAS sejak pilihan raya tahun 1978, saya selalu terkayu bila orang kata, "Anta kena faham, bila pemimpin bercakap, mantiq dia tinggi. Lontaran dia jauh. Kita orang biasa tak nampak. Anta kena percaya (thiqah), syeikh!"

Tetapi, menjelang dan selepas muktamar PAS 1986 di Rusila di mana orang-orang PAS bergomol sesama sendiri, saya rasa nak bubuh penampaq orang yang cakap macam tu. Sejak dari itu saya tidak lagi memandang hebat kepada mana-mana pemimpin PAS. Saya semakin nampak buruk kelaku depa.

Benci sungguh nak mengingati waktu itu. Benci sungguh bila mengingatkan betapa bodohnya aku kerana nak berkawan dan nak jaga hati kawan. Semua kawan-kawan belaka.

Memang, dulu-dulu saya tak bersuara seperti sekarang kerana terpengaruh sungguh dengan kata-kata "nak jaga parti". Itulah ayat yang paling popular di hati saya.

Hari ini, seperti yang saya tulis dalam posting "Memang sungguh: Just another meeting!!":

Perkataan yang paling aku menyampah dari mulut pemimpin PAS la ni ialah "jaga parti". Prinsip tak payah jaga ka?
Bercakap pulak tentang mesyuarat yang mendorong posting itu ditulis, ada kawan kata:

Mesyuarat itu nak membincangkan soal disiplin mereka yang dibangkitkan oleh Tok Guru Mursyidul Am dalam blognya. Tiba-tiba Khalid Samad yang kena. Macam Operasi Lallang dulu, Najib dan Pemuda Umno yang main isu perkauman, tiba-tiba yang kena tangkap orang-orang seperti Mat Sabu, Mahfuz, Khalid Samad dan Suhaimi Said (nama-nama tu yang dia sebut walapun ramai lagi). Dalam PAS pun ada Operasi Lallang ka?
http://penarikbeca.blogspot.com/2010/01/dalam-pas-pun-ada-operasi-lallang.html

Anonymous said...

Berapa pemimpin PAS tak ada otak?

Labels: Pas, Umno
Menarik sungguh cerita Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dalam postingnya yang bertajuk "Thinking leadership":

One day a friend of mine met with the late King Ghaz, the elder statesman said.
Young man, will you nominate me as the Ketua Pemuda?
My friend let out a howl of laughter.
Mana boleh Tun, you walk pun dengan tongkat, kaki pun dah tak daya. Hishamudin (then Ketua Pemuda) muda dan kuat.
Young man, said King Ghaz- I will lead using my head, not my legs.
Tertanya-tanyalah saya, adakah para pemimpin Umno, khususnya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tidak ada otak?

Tetapi, hodoh-hodoh Umno pun, parti perasuah itu (rasuah macam makan babi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad) tengah ofensif sakan sekarang. Lebih hebat lagi, ia menggunakan spesis katak dan musang berbulu ayam untuk menyerang pembangkang khususnya PAS dan PKR.

Mengambilkira berapi-apinya tindakan ofensif Umno itu, sekali lagi tertanya-tanyalah saya, berapa orang pemimpin PAS yang ada otak? Berapa pula yang tak ada otak?

http://penarikbeca.blogspot.com/2010/01/berapa-pemimpin-pas-tak-ada-otak.html

Anonymous said...

1.Hangpa juga kena ingat sejarah politi najib!Peristiwa dia menang di pekan dulu dengan puluh undi jee!Tahun 1999(betul tak)!Dia ambik iktibar dari peristiwa tersebut!!Lepas tu dia tak tinggai lagi pengundi pekan!Menang berpuluh ribu sampai lani!!
2.Itulah strategi politik najib!
3.Puak pasni tak ambik iktibarka lagi!!!Dok asyik dengan mercedes itam ke lagi!!Dok main golf tengah haghi- ghembang ke lagi!!!
4.Hampa kena sedaq!hampa bertanding dikawasan melayu!!Yang hangpa dok ambiq hati puak kapiaq harbi buat apa!!
5.Zaman lani!nak gula-gula dengan agama!nak juai ugama untuk dapat undi dah tak laku lagi!!!Pebetui stail kepimpinanla!!!Kembali pada matlamat asaii perjuangan Pas la!!!
6.Yang hangpa dok buat kelaku macam puak amno!buat apa!!Lagi oghang tak percaya kat hangpa!!
Zuhudla sepanjang masa!tak kira masa mewah atau susah!masa tak jadi YB atau masa jadi YB!Ni bila dah jadi YB nampak macam lapaq kemewahan dunia jeee!!!Oghang cemuih!macam oghang cemuih kat JKK kampung!!!Cemuih kat YB umno!!
7.Tapi puak umno dah ubah strategi lani!Depa tughun padang!Pi kendughi kawin!depa tak duduk didepan khemah!Depa pi kedohok!tempat masak!!Yang YB pas!ewah!dok depan memanjang!tayang mercedes itamla pulak!!
8.Nampak kecik!tapi kesan besaq oiii!!
9.Allah maha berkuasa!Macam roda pula pralaku pemimpin-pemimpin melayu ni!!!Pemimpin umno jadi pemimpin -pas dulu!pemimpin pas lani jadik pemimpin umno dulu lapulak!!!

Anonymous said...

Bismillah..
MANUSIA ini makhluk. Ada akal. Haiwan pun mahkluk. Ada naluri. Dalam 24 jam manusia tidak siuman sepenuh masa. Ia tidak siuman dalam tandas dan bilik berpasangan. Nafsu kebendaan cepat merayap ke mata dan hati.
KEMBVALILAH KEPADA LANDASAN DAN FAKTOR POLITIK UNDIAN DAN SISTEM DEMOKRASI YANG LEMAH ALA wesminster abbey...DAN KEKUATAN PLUTOCRACY yang bersarang biak DEWAN PERNIAGAAN dan BANK.
belajarlah dasar politik dan per kembangannya aelama ini. MELAYU dan Islam masih sangat lemah wibawanya.

BAB PERTAMA :
Minta Khalid dan Hasan Ali periksa kembali urusan hidup niaganya masih ada titik hitam dalam urusan niaga mereka. Jangan ia ber"cendawan" dipangkal "Buluh" dan...

BAB KEDUA : MINTA...siapa yang mahu sambung siapa makan lada dia rasa pedas.

TATATERTIB dan PENGESAHAN :
DALAM KERAJAAN apa yang didengarkan dan baca bahawa sesuatu KENYATAAN yang disebut walaupun oleh Sultan, Perdana Menteri, Menteri atau sesiapa sahaja yang menjadi ketua tidak boleh dijadikan "kenyataann sah" selagi ia tidak gezet atau sebut dalam penyata kerajaan.

Berikutan dengan itu maka dalam sesuatu organisasi yang berperlembagaan peryataan atau "isu" yang keluarkan oleh sesaipa pun, walalupun TGN Aziz hanya berupa sebuah pernyataan peribadi selagi ia tidak disahkan oleh "ijma" pimpinan organisasi.

PERNYATAAN INI PERLU DISIARKAN DI HALAMAN HADAPAN SUARA ORAGANISASI SEPANJANG MASA SUPAYA IA TIDAK MENJADI SASARAN RAKYAT ATAU MANA-MANA PIHAK TERHADAP ORAGANISASI BERKENAAN.
ahmadnun@gmail.com + Aq~ 310110~

Yong said...

1. YB Khalid Samad tak perlu merayu. Nak rayu ape, bukannya YB salah pun.

2. Heran sunggu kot JK Disiplin nampak Anwar dalam JIM. Setahu Yong Anwar dalam ABIM. Kot situ rame ostad. Kat JIM rame engineer dan ahli sains. Ostad pun ade gak.

Anonymous said...

AllAH is ALSO THE DIVINE WARRIOR YANG MAHA PENGASIH THAT STRIKES HARD AT ENEMIES,TRANSGRESSORS..tenggoklah sejarah silam..vedic rishis batlling with dayus to recover the lost cows,Rama slaying Ravana in order to estblish the dharma of moral/sattwic rightuosness..Krishna ordering Arjuna to strike at enemies who were arjuan's own kith n kin.. Prophet Muhamamd himslef receiving the orders frm Allah to strike at enemies of islam..Napolean Bonaparte slaying the feudal kings and warlords of Europe to establish democarcy,and in recent times,fredom fighters fighting their colonial masters for independence..so all those namby pamby sissy pussy footy words about morality langsung tak laku in divine's scheme of things..

Anonymous said...

Dailog pagi - Tanya "budak2" yang berdemo pertahankan nama Allah... "Berapa sifat wajib bg Allah?" mereka akan jawab "20 ringgit"...
5:36 PM
http://twitter.com/drbadrulamin

kahkahkah..oh this is classic!!

Anonymous said...

to yong 7.35pm:

i agree. yb khalid, dont appeal. dont give them the pleasure of acknowledging their 'judgment'. berani kerana benar. let them be. we trust u. we dont trust hassan ali. dont dont trust 'perpaduang' group. they have wet dreams of bersetubuh dgn syaitan-umno.


to anon 12.24am:

rm20...yes, this is all it'll take to buy over the innocent malay youths. no money, so rm20 also will do. they know not what they do. dont blame them. blame their parents. blame umno. umno spoiled these kids. they could be so much more. they could soar to the highest skies. but they are bogged down by (invisible) balls and chains by umno. umno kills competitiveness in malays. umno wajib dikuburkan demi kesejahteraan malaysia.

kuburkan umno.
kuburkan umno.
kuburkan umno.
kuburkan umno.


4RAKYAT

ataspagar said...

alhamdulillah..
nampaknyer satu demi satu doa TGNA telah dimakbulkan oleh Allah..amin.
luncai terjun dengan labu2nya..biarkan..biarkan..

Anonymous said...

The chinks in Pakatan's armourFeb 1, 10 8:03am'PKR must learn its lesson here. They can't selecting riffraff as leaders based merely on loyalty, such as supporting the Reformasi during Anwar's time of tribulation in his first sodomy trial.'
http://www.malaysiakini.com/news/123384

LOL!! at malaysiakini..Steven Gan didnt have the teloq to warn his journalist when kampung Buah Pala exploded isse..yalah.. arm chair couch potato phoney mat salleh pariah bums can only fart frm mouth..better chek the shareholders of malasyiakini..i some 1/2 P 6 Rm/= kompani ada labur dlm malaysiakini..

Anonymous said...

Malaysia memang dah dunggu..that's why,more n more MNC's/investors r leaving this country..our skim cepat kaya jaguh kampungism phoney mat sallehmentaliti has turned this Mlaysia into BLADE RUNNER COUNTRY

Anonymous said...

Kami dulu mengundi PAS tahun 2008 sebab untuk mengislamkan Malaysia dengan menyeluruh. Tapi hancur sebab PAS dah bekerjasama dengan orang kafir dan cita-cita untuk melaksanakan hukum hudud pun dah terbatal.

Anonymous said...

Orang kafir sekarang ni pandang Umno sebagai pejuang Islam. PAS tidak lagi dipandang sebegitu. Tak percaya? Cuba tengok laman web dan komentor mereka seperti MalaysiaKini dan Malaysian Insider. Sesiapa yang bercakap pasal Islam dianggap penyokong Umno. PAS tidak lagi dipandang sebagi pejuang Islam oleh orang-kafir. PAS bagi mereka sama saje fikrahnya denga DAP.

Anonymous said...

Sekarang ni sokong Umno bermakna sokong Islam. Sokong PAS bermakna sokong DAP. Orang-orang kafir memang bencikan Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.