Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 4, 2010

Keterangan Khalid Samad Berkenaan Isu "Kalimah Allah"

NOTA EDITOR: Ini adalah artikel tulisan YB Khalid Samad berkaitan dengan isu "Kalimah Allah" yang sekarang amat hangat diperkatakan. Terpulang pada anda semua untuk membuat penilaian. Sekian.

Isu Kalimah
Isu kalimah ‘Allah’ kembali mendapat perhatian umum semenjak keputusan mahkamah untuk membenarkan majalah ‘The Christian Herald’ menggunakannya. Ada yang menyatakan saya menyokong malah menggalakkan penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat Kristian. Sebenarnya kenyataan tersebut tidak benar. Saya tidak menyokong ataupun menggalakkannya. Saya sekadar menyatakan bahawa penggunaan kalimah tersebut oleh masyarakat bukan Islam merupakan satu perkara yang diharuskan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan kebiasaan masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Arab. Oleh yang demikian, saya berharap kali ini sesiapa juga yang ingin melontarkan pandangan agar dapat membaca penjelasan saya sehingga tamat dengan berdarkan hujah dalil dan bukan berdasarkan sentimen.

Kenyataan saya sebelum ini merupakan ‘a statement of fact’ atau satu kenyataan fakta dan soal saya menyokong atau menggalakkannya tidak timbul sama sekali. Ianya dipohon bukan oleh saya tetapi oleh sebahagian masyarakat Kristian tanpa apa-apa dorongan dari saya. Namun, apabila saya ditanya, saya menyatakan fakta bahawa pada dasarnya tiada halangan untuk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana sudahpun digunakan di banyak negara dan diperakui oleh Al-Quran sendiri. Hujjah-hujjah berhubung persoalan ini telahpun saya nyatakan dalam tulisan saya sebelum ini.

Apa yang saya hendak tegaskan di sini ialah bahawa yang menentukan Islam atau tidak Islam bukan dengan penggunaan kalimah Allah tetapi kefahaman terhadap Allah sebagai Tuhan yang Esa. Ini disebut sebagai konsep ‘Tauhid’. Itulah sebabnya mengapa apabila seseorang memeluk agama Islam dia mengucap “Aku naik saksi tiada tuhan (yang disembah) melainkan Allah”. Ini bahagian pertama dari dua kalimah syahaadah. Ucapan ini berbentuk penafian dan penolakkan akan wujudnya tuhan-tuhan lain selain Allah. Ianya bukan sekadar mengatakan “Allah adalah Tuhan” tetapi lebih dari itu ia juga menolak wujudnya tuhan-tuhan lain. Kalau kita perhati dan fikirkan sejenak dengan mata hati, maka kita akan memahami sebabnya.

Masyarakat Jahilliyah pada zaman Rasulullah (SAW) memang percaya pada Allah. Namun mereka juga percaya pada tuhan-tuhan rekaan mereka sendiri yang mereka dakwa adalah anak pada Allah atau pengantara di antara manusia dan Allah. Termasuk di dalam kategori tuhan-tuhan palsu ini adalah Al-Latta wal Uzza dan beratus-ratus lagi tuhan yang mereka letakkan di keliling Kaabah pada masa itu.

Di antara bukti bahawa masyarakat Jahilliyah menggunakan kalimah Allah adalah dalam kisah surat perjanjian pemulauan kaum Bani Hashim oleh kaum Quraisy di mana akhirnya surat perjanjian tersebut telah habis dimakan serangga. Yang tinggal hanya mukaddimah surat tersebut yang berbunyi, “BismikaLlahhumma” atau ‘Dengan namamu Allah, Tuhan kami’.

Walaupun kaum Musyrikin zaman Nabi (SAW) percaya pada Allah dan menggunakan kalimah ‘Allah’, ini tidak bermakna mereka telah Muslim. Mereka tetap kafir musyrik walaupun mereka percaya kepada Allah dan menggunakan kalimat ‘Allah’. Yang menjadikan mereka musyrik adalah kerana mereka mensyirikkan Allah dengan mengadakan tuhan-tuhan lain yang turut disembah.

Itulah sebabnya apabila seseorang memeluk agama Islam dia menegaskan keEsaan Allah. Dia menegaskan keEsaan Allah supaya membezakan pendiriannya dari mereka yang mengatakan Allah mempunyai anak dan sekutu. Kepercayaannya terhadap keEsaan Allah yang menjadikannya Muslim bukan kepercayaannya terhadap wujudnya Allah semata-mata.

Begitu jugalah keadaannya berhubung golongan Ahlul-Kitab ia itu Yahudi dan Nasrani. Konsep Trinity pegangan orang-orang Nasrani telah pun wujud pada zaman Rasulullah (SAW). Walaupun mereka turut menggunakan kalimah ‘Allah’, tetapi kepercayaan ummat Islam dibezakan dari kepercayaan mereka melalui konsep keEsaan Allah yang dibawa Islam. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menegur kesesatan kepercayaan orang Nasrani yang mendakwa Isa (AS) sebagai anak Allah dan Allah sebagai satu dari tiga. Ini semua ditegur walaupun pada masa yang sama orang Nasrani terus menggunakan kalimah Allah. Di antara ayat-ayat ini adalah Ayat 72 dan 73 Surah Al-Maidah di mana Allah berfirman,

“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah Al-Masih anak Mariam…” (ayat 72)

“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah yang ke-tiga dari tiga...”


Dalam kedua-dua ayat ini tidak dapat dinafikan bahawa kaum Nasrani atau Kristian menggunakan kalimah Allah tetapi kepercayaan mereka yang menolak keEsaan Allah menjadikan mereka kafir. Tiada kutukan dari Allah terhadap penggunaan kalimah Allah oleh mereka.

Andaian bahawa orang Nasrani sekarang berpegang kepada konsep Triniti dan orang Nasrani pada zaman Rasulullah tidak dan oleh itu mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah adalah tidak berasas. Ini jelas dari ayat-ayat tersebut yang diturunkan pada masa itu dan menegur kepercayaan orang Nasrani pada masa itu.

Konsep Tauhid yang menentukan seseorang itu Muslim atau sebaliknya. Inilah pada dasarnya yang membezakan Islam dengan agama yang lain. Namun, tidak juga mencukupi dengan hanya itu. Ada juga satu aspek lagi dalam kalimah syahadah ummat Islam yang bererti “Aku naik saksi Muhammad Rasul Allah”. Oleh itu, kalau ada sekalipun golongan yang mengEsakan Allah tetapi menolak keRasulan Nabi Muhammad (SAW), dia tetap bukan seorang Muslim. Termasuk dalam golongan ini kumpulan Qadiayani dan mungkin juga Sikh dan Yahudi.

Berdasarkan penghujahan yang dibentangkan di atas, jelas bahawa masalah kalimah Allah yang ingin digunakan oleh bukan Islam adalah masalah yang diada-adakan. Yang membeza Islam dan bukan Islam adalah konsep Tauhid dan keRasulan Nabi Muhammad (SAW) bukan kalimah Allah. Ini sebenarnya perkara asas dan wajib difahami oleh semua ummat Islam. Dengan kefahaman ini mereka mampu menangkis segala usaha untuk mengelirukan mereka (sekiranya ada) dengan penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam. Tanpa kefahaman ini, hakikatnya mereka sudah pun berada di dalam kekeliruan walaupun tiada pihak lain yang menggunakan kalimah ‘Allah’.

Dari sudut dakwah Islamiah, sekiranya orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah maka ia memudahkan kita berdakwah kepada mereka. Melalui penggunaan kalimah yang sama ini, iaitu ‘Allah’ kita sudah mempunyai titik pertemuan dari mana untuk bertolak. Ini di dalam Al-Quran diistilahkan sebagai “ala kalimatin sawaain” atau ‘atas kalimah yang sama’ dan metodologi dakwah sebegini yang telah digunakan oleh Rasulullah (SAW) berdasarkan perintah Allah yang terdapat di dalam Surah Al-Maidah ayat 64.

“Katakan (Wahai Muhammad); Wahai Ahli Kitab, marilah kepada kalimah yang sama di antara kami dan di antara kamu, iaitu kita tidak menyembah selain Allah dan janganlah kita mensyirikkanNya dengan sesuatu…”


Hakikat bahawa hanya ada satu Tuhan yang sama ditegaskan lagi dalam Surah Al-Ankabut ayat 46 yang bermaksud ;

“Dan jangan berhujah dengan golongan Ahli Kitab kecuali dengan cara yang terbaik dan jangan (berhujjah sama sekali) dengan yang Zalim di kalangan mereka. Dan katakan, Kami beriman dengan apa yang telah diturunkan kepada kami dan apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan tuhan kami dan tuhan kamu adalah satu, dan kami berserah kepadaNya.”

Sebenarnya isu ini merupakan sesuatu yang menguntungkan ummat Islam. Ia mampu menjelaskan kepercayaan Tauhid yang dibawa Islam di kalangan ummat Islam dan bukan Islam. Sambil itu ia membuka pintu dakwah kepada golongan bukan Islam, khususnya golongan ahli kitab.

Namun ianya sengaja dikelirukan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik mereka, untuk mencari titik perbalahan menakutkan ummat Islam dan mengelirukan ummat Islam dengan lebih lagi. Melalui kekeliruan ini mereka akan terus berkuasa, kerana rakyat yang keliru mudah ditipu dan dikuasai.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

36 comments:

Anonymous said...

Dalam soal soal yang berkaitan agama islamni terutama mengenai isi penggunaan kalimah Allah,aku dengaq pandangan orang-orang yang berpendidikan islam je!!!Yang bertaraf ustaz atau tok guru.Khalid Samad!!!!!Sekular!!!!!!!Persetan pandangan Khalid Samad!!!!Sekular bertopeng pas!!!!!!Hangpa pikiaqla sendiri la oiiiii!!!!!!

Abdullah said...

Pendapat Ust. Taib Azamuddin berkaitain isu ini di Parlimen pada Mac 2009 yang lepas.

http://www.youtube.com/watch?v=BC9v7OeOyDU

Terpulang pada anda semua untuk membuat penilaian.

Abdul Aziz said...

Tok Guru bimbang tapi Khalid Samad tak bimbang? Kenapa begitu??

Nik Aziz bimbang perkataan Allah disalahguna | Print | E-mail
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 3 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau berkata, biar pun penggunaan kalimah Allah mengikut hukum bagi pengamal agama Samawi, ia tidak menjadi satu kesalahan.

“Namun saya takut ia disalahgunakan, itu yang menjadi kebimbangan sebenarnya,” katanya selepas majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di Jalan Telipot, hari ini,

Khamis lalu Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penerbitan akhbar mingguan Herald – The Catolic weekly.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Ekoran keputusan itu menyebabkan timbul bantahan di kalangan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharom pula dilaporkan akan merayu keputusan kes terbabit ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan kesucian agama Islam kekal terpelihara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berharap pihak berwajib seperti persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi mencari penyelesaian isu tersebut.

“Melalui perbincangan terbabit diharap dapat meredakan kekeliruan masyarakat. Selain itu falsafah Islam dapat dikembangkan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.

Beliau juga tidak menolak hadir pada majlis seumpama itu sekiranya ada jemputan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai Islam.

-admin khalidsamad.com- said...
This comment has been removed by the author.
-admin khalidsamad.com- said...

Salaam tuan,

Sedikit pembetulan dalam perenggan ke-3 terakhir disebut:

“ala kalimatin sawaain” atau ‘atas kalimah yang sama’

sepatutnya:

“ila kalimatin sawaain” atau ‘kepada kalimah yang sama’

Sekian harap maklum,
-Pejabat YB Khalid Samad-

Anonymous said...

Ish!Ish!Ish!
1.Tempat puak Endorgan dok kongtoi,Nik Aziz dah berubah nada mengenai isu kalimmah Allah!alahai TB,Aduka,TP nak guna pakar rujuk mana pulak no!!!Aku ghasa Tukar Tiub boleh kot!!!!
2.Kesian Salahuddin Al-Ayubi,pejuang Islam yang memerangi puak Kristian dalam Perang Salib dulu!!!Takut puak seperti TBni akan salahkan dia pula kerana sanggup membunuh sesama manusia yang beragama samawi!!!!!
3.Takut lepasni TB akan mempertahankan tindakan puak mubaligh kristian yang berjaya mengkristiankan puak islam dikawasan pendalaman!!Yalah orang kristianni jujur,baik,amanah!!!Depa nak guna istilah Allah ini untuk sesama depa jeee!!!!BUKAN ADA UDANG DISEBALIK BATU!!!!Yalah yang ramai jadi mubaligh kristian ni pio -oghang putih tulen!Bukan yang india masuk kristian!!!!Haighan jugak!!!Yang perempuan melayu dok murtadtu,majoriti ikut lelaki india beragama kristian!!!!Alahai racist la pulak aku!!!
4.TB,nak tarik pengundi bukan islampun !!!jangan sampai menggadai agama Islam no!!!!!!!!

Anonymous said...


2.Kesian Salahuddin Al-Ayubi,pejuang Islam yang memerangi puak Kristian dalam Perang Salib dulu!!!Takut puak seperti TBni akan salahkan dia pula kerana sanggup membunuh sesama manusia yang beragama samawi!!!!!
.

Yang bersama2 Salahuddin memerangi Kristian Perancis tu adalah kristian2 dari Mesir dan Syams.

Sebahagian tentera Salahuddin Ayubi adalah Kristian

Hahahahaha

Anonymous said...

TB ni dia lebih ilmu agama dari org ngaji agama.. sekarang dah kantoi.. ingatkan nak kenakan nasa, alih2 Tuan Guru pulak senada dgn nasa.. nampak sangat jahat hati TB ni

Anonymous said...

maklumlah TB dulu kerja kat mesir, mestilah dia lebih terror dari org yg ngaji ugama kat mesir.. kan TB kan..

Anonymous said...

...kan!kan!kan aku dah kata!Puak TB ni akan kata oghang kristian ni baik tau!!!"Sebahagian" pulak tu oghang kristian Mesir dan syam dok tolong Salahuddin al-Ayubi!!!Ramai tu!!!Yalah!!!Paderi kristian yang bawak kes ini keMahkamah Tinggi nipun asainya puak kristian mesir dan syamla no!!!!!TB!Hang boleh mintala anak dagha dia!!!Tok guru dulu kata ,kita boleh makan sembelihan,boleh kahwin dengan anak dagha puak kristian ni a.ka. ketua paderini yang bawak kes ni ke Mahkamah Tinggi!!!!!!

Anonymous said...

TB deman doh..

Anonymous said...

parok ah mu sekali ni TB, tu lah jahat sangat, suka kata ke org, sekarang org kata ko pulok.. hahaha

Anonymous said...

nok bela islam konong, TB ko, umno jawatan apa?

Anonymous said...

apani TB, org duk kata ko ni.. lawan, jgn tak lawan, nanti org kata ko koman spana, jgn bagi chance pada org kata kat ko.. ko kan ketua kita.. ko jangan mengalah, cari lagi fitnah2 lain.. biar org tahu siapa ko.. pendapat TGNA bukan betul sangat, dia dah dipengaruhi keluarga dia ah tu buat kenyataan cam nasa.. camon TB..

Anonymous said...

...alahai lupalah pulak!!!Hangpa bayangkan kalau TB dapat anak dagha Tan Sri.....ketua mubaligh kristian yang bawak kes ni!!!Untung hang TB!!Dapat anak Tan Sri lagi!!!!!!!Satu lagi hang dapat kaji Bible yang tulen!Yang mengakui kehadiran Nabi Muhammad SAW yang membawa ajaran Islam untuk mengganti agama kristian!!!Yang bible yang dah kandungan yang dah diubahsui tak mainla!!!!Bertuah hang TB!!!!!!

Anonymous said...

apa yang dimaksudkan TGNA berlainan dgn apa yang difahami khalid samad. ini kes salah tafsir. khalid samad kena belajar dari aliff, bukan bermula dari jim. ambil perhatian ! sudah ada kitab yang bernama furqan yang dicipta manusaia dajjal untuk menyaingi AL-Quran yang mana di dalamnya mempunyai kalimah ALLAH untuk mengelirukan dan menyesatkan umat ISLAM.

KOL Mat said...

Sah Wan nik Jadi setpol MB. Komen ; Wan Nik Nak Jaga Pas kws Bachok pun jenuhterpeleok dan tongganglanggang, inipula nak jaga Kelantan.PRU 13 Parlimen Bachok Jatuh Ke tngan BN.
Belum di sahkan DR. Izani nak jaga PMBK. Komen; DR. ini klinik nya berniaga 20 ke 30 pesakit sehari itu pun kawan2 dan ahli Pas yang membantu pergi kliniknya. bagaimana nak jaga nilai jutaan projek PMBK. yang akanterjadi bagi tanah jual dan pajak dapat komesyen spt Baazar TG dan projek Tunjong.

Anonymous said...

Pejuang Dalil

Semua komen hampas...luahan marah dan kesal...tak de dalil...nothing...Dalil dah jelas, surah al-ankabut ayat 61..nak dengar dalil ke nak dgr apa...Nak dgr tok guru ke nak dgr Quran...ingat tu bro...Quran Sunnah diutamakan..bukan dalil ulamak loni diambill..

Alias Mohd Yusof said...

satu lagi peluang untuk UMNO menggunakan isu kalimah Allah ini untuk meraih perhatian kepada perpaduan umah. Yang akhirnya PAS akan termasuk perangkap mereka.

Anonymous said...

Pejuang Dalil ni belajar mana pulok ambik quran dan sunnah saja.. hahaha anok murid TB ke ke TB sendiri menyamar jadi Pejuang Dalil pulok, klu tak nak pakai ulama, ko tahu ke tafsir quran sendiri? mana ayat mansuh mana ayat hukum, tahu ke? berapa ribu hadis ingat dlm dada? keadah fekah mana yg ko dah buat?

ops lupa aku.. TB org alim, alim dari TGNA dan TGHH lagi, lupa TB kerja kat mesir, TGNA tak pernah pun belajar kat mesir, belajar india je, sure ah pandai org kerja kat mesir dari org belajar kat india,. TGHH pun sama gak, bukan pandai sangat, pandai lagi TB, TGHH gi belajar je kat mesir, tapi TB gi kerja, sure pandai org kerja dari org belajar.. kan TB kan.. kan!

Anonymous said...

kenapa selalu sebut pas yg masuk umno tak pkr? berapa org pas dah masuk umno? pkr berapa? cuba kira.. ke saja je org pkr buat isu kononnya nok tutup kelemahan pkr?

TB jgn kira ah dia ahli pemuda umno.. TB ko kawasan mana? lupa aku, ada sumber aku.. dia email, siap bagi no ahli umno ko lagi.. tak tahulah betul ke tak (ikut style TB)

Anonymous said...

Allah adalah salah satu perkataan untuk nama Pencipta Alam. Nama lain adalah GOD, Jehovah etc. Manusia bergaduh untuk menggunakan perkataan nama Pencipta Alam. Pencipta Alam bertujuan untuk menguji manusia bagaimana mereka melayan di antara satu sama lain, samaada zalim,adil atau tidak . Tidak ada guna bagi seseorang itu sahaja yang boleh menggunakan sesuatu bahasa kalau seseorang itu tidak beriman serta jahat. Maharaja Cina dulu mahu sendiri sahaja yang memyembah kepada Pencipta Alam dan mengarah semua rakyatnya melutut kepada nya tetapi kami harus faham itu bukannya kehendak Pencipta Alam. Pencipta Alam adalah untuk semua manusia.

Anoinimuz said...

Anon,

Ko tu alim sgt ke? sudahlah.ko maen putaq alam.PERSETAN kan KAU MUNAFIK SELAMANYA !!!! UMNO!!!

Anonymous said...

Sila rujuk artikel terbaru yang TB post: 2.3billion Dari Hasil Judi di Malaysia. Mari Kita Berdemonstrasi.

Kahkahkah bab judi takda pulak puak2 UMNO ni menyalak macam anjing kelaparan pulak ye?

Anonymous said...

Actaually aah,it's the malay muslims who r very confused with the name ALLAH..they still regard ALLAH as some sort of arab god meant only for those who pray in mesjid..they dont even know the aspects of ALLAH..but ask any indian regarding the supreme,the infinite,the brihat(the VAST)..they will be able to to say something..indians after all are aware of brahman,para sakti,adya sakti(these sankrit words all relates to ALLAH's attributes..)..and the chinese too are aware of the infinite,supreme etc etc..sheesh,about time,the malays wake up,and realise..

Anonymous said...

"Allah adalah salah satu perkataan untuk nama Pencipta Alam.'

Not accurate..Allah repesents the supreme,the vast,the eternal,the absolute,the infinte,the bliss,the irrsitable,the might,the compassionate,the all knowing,th all embracing,all loving,the wrathfull,the supreme disigner..etc etc..whoever equates allah with god,santa claus,and other eligions..should do back to tadika...parallel to allah attributes can also be found in the vedas/upanishad..sanskrit words such..brahman,parabrahman,adya sakti,para sakti,para prakriti,para purusha,purushotamman,parataman,jivasakti,and so many more reflect all the99 names/attributes plus the aattributes of THE SELF..

Anonymous said...

aku sokong TGNA-memang patut la dia bimbang sbb majoriti mlayu islam kt mesia ni bukannya 'islam sangat' setakat naturally born bangsa melayu 'otomatik' islam! Padahal kalu tanya rukun iman n islam pun terkial2...Takyah ler duk susah2 soal yg lain2 ntah2 niat puasa pun ada yg tk tau..Celik mata terus tahan lapar, ptg p pasar ramadhan dgn anak branak, balun sakan just utk nk hentam time bukak posa...kui kui kui..Kalu dh org islam kt mesia ni teguh..aku tk rasa org agama lain nk main2kn islam mcm yg they r doing right now,pekik lolong marah konon...padahal juara benda2 haram kt mesia ni bangsa apa???? bukan mlayu islam???? jawab ler..benda mcm ni pun nk tunjuk jaguh!P penuhkan masjid dulu bila time semayang..ini tdk, azan tepi telinga pun wat2 tk dengaq! Duk berasap kt kedai kopi/cofee shop

Anonymous said...

bimbang tak bimbang bukan isunya...itu cuma menzahirkan perasaan....mcm contoh anak dara jelita bekawan ngan jantan tua nk mampus...ISUnya bukan halal haram..tapi 'kesannya' pada anak dara tadi...tahap kepandaian sidara tersebut...mampu befikir ker, atau takut telungkup...kalu kita nie islam overall...oklah, takut yg islam nama jer..

Anonymous said...

Bangsa Melayu tak faham Islam sebab UMNO. Sapa yang hapuskan tulisan jawi? Sapa yang halalkan judi dan arak? Sapa yang perluasakan budaya hiburan di kalangan orang Melayu?

Pada waktu yang sama, orang2 Melayu berdaya saing tidak diberi peluang untuk mendapat modal yang kerajaan beri atas nama DEB dan di sapu oleh malaun2 UMNO. Hasilnya, dari segi ekonomi pun orang Melayu terkebelakang.

Di bawah UMNO, agama pun orang Melayu hilang, dan ekonomi pun orang Melayu tidak kecapaian.

Anonymous said...

I actually blame the kucing kurap scholars,inteleks,consultants,and a quite a number of kopiah wallahs!!these buggers simply wasted resources just to earn a living..they did not dig deep,dont bother to know more.. thety simply like bla bla based on their egos,and stupidities..how on earth r people gonna discuss asbout the nature and complexity of the trinity when they dont even know the true nature of Allah?And the worse part is,there r 1/2 past 6 scholars who like to say "oo..all religion(including santa claus kot) r same..let's hold our hand together and sing kumbaya.."..what a f*kin joke!!Thank god,there excist mystics who r are aware of the cosmic,the transedental,the terrestrial nature of the SUPREME/ALLAH/BRAHMAN..but,we dont like to consult them,becos,they r no longer "hip",dont carry black berrys,dont give lectures..we love to tok kok repeatedly,recycle ol shit endlessly..

Anonymous said...

Bangsa Melayu tak faham Islam sebab UMNO. Sapa yang hapuskan tulisan jawi? Sapa yang halalkan judi dan arak? Sapa yang perluasakan budaya hiburan di kalangan orang Melayu?

pasai apa nasaruddin,hassan ali yg tak minum,tak hisap rokok,solat 5 kali,bersikap macam UMNO?

Anonymous said...

Perut lapar,kita makan..time solat,kita pi mesjid..that's all..semua dibuat secara mekanikel..only a small minority will take the pain to sembahyang,aspire deeper..

Anonymous said...

and some of them like to act "jagoh islam" like that red arsed monkee frm bandar kulim..

Anonymous said...

Munkee albino @ Harun Din @ UMNO's pelacur hasn't showed his fangs yet?mmm..what is he waiting for?pesilat pesilat frm Perlis to turun gelanggang 1st?

Anonymous said...

harun din dah kata puak puak ni KUFUR maka kufurlah mereka...tak yah dgr lagi penjelasan mengikut AKAL LOGIK mcm khaled smaad ni...dia buat mende semua PASAL NAK UNDI JER...sgup gadai ISLAM demi UNDI DAN POPULARITY...JUAL LAH AGAMA khaled demi nak undi dari anak beranak RONNIE LIU , TERESA KOCK, MP subang ahli gereja dunia, EXCO selangor MR XAVIER yg juga bekas paderi...anuar Brahim membisu?

Wan Adli, Kubur Panjang, Pendang said...

Dalam isu Allah, nampaknya YB mengiktiraf penggunaan nama Allah oleh Gereja Katolik untuk menamakan ‘God’ mereka yang Triniti. Hal ini menunjukkan seolah-olah YB tahu ada objek tasawur lain yang boleh dinamakan sebagai Allah selain Allah yang Esa. Oleh itu, saya ingin tanyakan YB satu soalan daripada al-Qur’an, surah Maryam (19), ayat 65, “hal ta‘lam lahu samiyya?”, terjemahannya adakah YB “mengetahui sesuatu yang senama denganNya?”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.