Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, January 1, 2010

Majoriti Orang Melayu Semakin Miskin dan Tertekan di Bawah UMNO Walaupun ada DEB

Sebelum ini saya ada mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan betapa semakin ramai Melayu yang mahu meninggalkan Malaysia. Artikel tersebut bertajuk Ramai Belia Melayu Mahu Meninggalkan Malaysia?. Artikel tersebut menunjukkan betapa semakin ramai belia Melayu mahu meninggalkan Malaysia dan membina hidup mereka di negara lain. Trend ini cukup menghairankan kerana orang Melayu di Malaysia ada Dasar Ekonomi Baru yang sentiasa membantu mereka.

Bagi menyokong lagi artikel saya itu, suka saya membawa beberapa fakta ekonomi yang dapat memberi keterangan berkenaan dengan trend baru di kalangan belia Melayu ini.
Sila rujuk data di bawah. Pekali GINI (atau GINI Coefficient) adalah indicator menunjukkan jurang kekayaan antara yang miskin dan kaya. Dalam carta di bawah, dipecahkan jurang ini mengikut bangsa:


















JURANG ANTARA KAYA DAN MISKIN DI KALANGAN MELAYU SEMAKIN MELEBAR

Kalau dilihat, jurang antara kaya dan miskin di kalangan Melayu telah melebar dari tahun 1990 ke 1997. Ertinya, hanya dalam 7 tahun jurang tersebut melebar dari 0.428 ke 0.4495. Pelebaran jurang dalam jumlah 0.022. Ertinya, hanya dalam 7 tahun, jurang tersebut melebar dengan jumlah 0.022.
Kalau mengikut trend ini, maka pada 2004, jurang ini akan mencecah 0.472. Ini bererti jurang antara kaya dan miskin pada 2004 telah sampai ke tahap sebelum DEB dilaksanakan (yakni pada tahun 1970:0.466). Ini juga bererti DEB telah GAGAL SAMA SEKALI di bawah pengawasan UMNO.
Mungkin kerana inilah Kerajaan UMNO/BN sudah berhenti menerbitkan jumlah Pekali GINI mengikut bangsa. Mereka takut kegagalan UMNO akan terserlah lagi.
MELAYU KAYA MAKIN KAYA, MELAYU TAK KAYA MAKIN MEREMPAT
Ini bererti UMNO gagal untuk membangun ekonomi majoriti dari orang Melayu. UMNO hanya kesah mengkayakan mereka yang sudah kaya. Mereka2 ini lebih dikenali sebagai UMNOPUTRA. Mereka adalah elit-elit Melayu yang hanya tahu menghisap kekayaan negara untuk kepentingan mereka dan sanak saudara mereka sahaja. Manakala majoriti orang melayu adalah seperti kerbau kepada mereka.
Jadi, tak hairanlah semakin ramai belia Melayu meninggalkan Malaysia untuk membina hidup baru di negara lain. Saya pernah berjumpa dengan seorang pemuda Melayu sewaktu saya transit di Bahrain. Pemuda itu juga transit di Bahrain kerana pulang bercuti dari kerja beliau. SAya bertanya beliau bekerja di sebuah hotel sebagai pembasuh pinggan di Dublin, Ireland. Saya bertanya mengapa beliau bekerja di Dublin dalam kerja-kerja “kuli” sebegitu. Beliau kata, gaji yang beliau dapat sebagai kuli di Dublin lebih tinggi dari gaji yang beliau dapat sebagai eksekutif di Malaysia.
Hakikatnya, belia Melayu tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Malaysia walaupun ditawar kerja sebagai kuli di negara-negara Barat. Bagi saya, UMNO semakin gagal untuk memberikan peluang ekonomi kepada belia-belia Melayu walaupun berjalannya DEB.
DEB HANYA ALASAN UMNO UNTUK MENGKAYAKAN ELIT UMNO
Dalam berdegar-degar UMNO mempertahankan DEB, sampai menganjurkan demonstrasi mempertahankan DEB, rupa-rupanya MAJORITI Belia Melayu tidak merasa apa-apa dari DEB.
Biasiswa sudah tiada. Bila keluar universiti sudah berhutang. Bila keluar university, kerja pula tiada. Kalau ada gaji rendah. Kerja teruk. Kalau nak bisnes, kena jadi kroni UMNO. Bila jadi kroni, berapa la sangat boleh buat untung. Semuanya kroni2 UMNO sapu.
Pokoknya, UMNO memang parti bangsat, parti penipu, parti pembohong. Bila orang Melayu marah, dia salahkan Cina, salahkan DAP, salahkan semua orang. Yang dia mentekdaghah duit sampai buncit perut tu tak salah.
Kalau orang Melayu mahu hidup selesa dan menjamin masa depan, mestilah mereka menolak UMNO sepenuhnya dalam pilihanraya depan

Tulang Besi

Ps Saya petik dari WIKIPEDIA berkenaan dengan mengapa Anwar Ibrahim dipecat:

“Anwar's frontal attack against what he described as the widespread culture of nepotism and cronyism within UMNO (and the ruling coalition as a whole) angered Mahathir, as did his attempts to dismantle the protectionist policies that Mahathir had set up. "Cronyism" was identified by Anwar as a major cause of corruption and misappropriation of funds in the country. The events of late-1998 marked the beginning of Anwar's descent within UMNO and his subsequent ouster from the party and from Malaysian politics.”
.
Anwar dipecat dan difitnah kerana Anwar nak pastikan kekayaan negara dapat dinikmati oleh lebih ramai orang Melayu, tidak hanya UMNOPUTRA.

24 comments:

Anonymous said...

Saya tunggu Komen BODOH pencacai UMNO GM.

Anonymous said...

Sekadar renungan,
Etika berdakwah:
1.Dakwah kan diri sendiri dulu.Kalau ok...
2.Dakwahkan ahli kelurga.Kalau ok...
3.Dakwahkan parti dulu.Kalau ok...
4.Dakwahkan parti orang lain.....

malaysiabaru said...

malaysiabaru.com said,

orang melayu terpaksa gadai bini sendiri untuk dapat pertolongan wang ringgit dari OKU (org kuat umno)

OKU control smber duit negara ...

org melayu kampung jadi baruah..

yang dbandar kena jadi hamba OKU...

UMNO pengkhinat segala pengkhianat

ataspagar said...

agaknya sama lah keadaan nya bila ramai belia kelantan yg berhijrah keluar dr negeri kelantan untuk mencari rezeki di negeri yg diperintah oleh umno..tak salah kan..rezeki ada dimana2..asalkan rajin berusaha.. sebenarnya lagi ramai rakyat malaysia keluar lagi bagus..dapat memperbanyakakn lagi rangkaian perniagaan..seperti juga org cina dan juga org yahudi yg mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia kerana org mereka ada dimana2 pelusuk dunia..sehingga mereka mengusai ekonomi dunia.. think positive la bro..

Anonymous said...

Nak adil!
Sila rujuk: http://darahtuah.wordpress.com/2009/12/26...

Anonymous said...

....Salam...

Tolong reconfirm balik ayat tu 3: 53 atau 3: 54? Dalam digital Quran saya 3: 54.

Bukan apa, takut menyesatkan orang yang tak berapa tau macam saya. Nanti timbul FITNAH baru pulak.

....bab Ayat -Alquran pun boleh bohong!!!Boleh percayaka siTBni!!!!Hangpa pikiaqla sendiri!!!!

Tulang Besi said...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Mohon kepada pengendali web agar jangan berbohong. Rujuk sini untuk data yang tidak diseleweng.

http://darahtuah.wordpress.com/2009/12/26/rakyat-malaysia-miskin-bertambah-miskin-kaya-semakin-kaya-%e2%80%93-betulkah/
.

Sayang seribu kali sayang. Semua data yang digunakan oleh penulis blog di atas TIDAK TEPAT.

Yang kita nak ialah pecahan GINI COEEFICIENT mengikut kaum.

Data ini tiada dalam analisa penulis blog di atas menunjukan penulis blog itu tidak faham hujah saya.

Anonymous said...

Sekadar renungan buat TB,
Aku penduduk kampung di pedalaman.

Aku ingin sangat nak tau apakah tujuan sebenar perkataan Allah mau digunakan oleh penganut agama lain.

Selama sudah beribu tahun perkara ini tidak pernah aku dengar dituntut oleh pihak yang berkenaan.

Apa tujuan mereka mahu menggunakan perkataan Allah bagi menggantikan God?

Bagi aku senang jawapannya. Mereka bertujuan untuk "mengembangkan" agama mereka di kalangan penganut Islam. Orang Melayu-Islam di Malaysia setakat ini mampu menangkis "serangan" dari puak bukan Islam, berbanding dengan penganut Islam di negara jiran.

Dengan menggunakan perkataan Allah mereka sebenarnya bertujuan sedikit demi sedikit , secara halus dan tak disedari, dapat "memesong" serta menghakiskan "pegangan" penganut Islam.Dan jadilah Islam di Malaysia seperti yang diharap-harap beberapa individu tertentu di Malaysia.

Terdapat di kalangan penganut kristian sukar untuk menyebut perkataan ALLAH pun.Sudah tentu mereka lebih selesa menggunakan God.
Jadinya perkataan ALLAH adalah bertujuan mempengaruhi penganut Islam.

-Bravo khalid Samad!!!!!!Bravo TB!!!!Bravo Nik Azis!!!!!!

Anonymous said...

aku tak tertekan langsung..dulu aku susah..bapa aku kerja kampung je..aku pun belajar rajin2 dpt masuk asrama kerajaan tanggung..dapat biasiswa masa di U ..sekarang aku kerja dengan kerajaan...sekarang anak aku belajar kat luar negara...dapat biasiswa kerajaan..kalau aku nak tanggung anak aku memang tak mampu..aku rasa tidak semakin miskin tetapi semakin makmur...ada jugak le kwn2 dia yg bekerja kat luar negara bukan kerana ape..kerana tukaran wang disana tinggi tapi living cost disana pun tinggi juga..contoh sate di malasia 50 sen tapi di luar negara RM5.00 ..mcm gak org indon ke sini sbb duit kita bila tukar ke duit indon jadi banyak...lagi pun mereka nak cari pengalaman..lepas tu mereka mesti balik malaysia punya..bukan seronok sangat pun kat luar negri tu...pada saya majoriti orang melayu sangat bertambah baik berbanding dulu. Hanya orang yang tak tahu bersyukur saje yang cakap mcm TB ni.Otak haprak!!ckp guna lidah tak bertulang bolehlah.

Grand Marquis said...

Topik yang diulang-ulang dan diakhiri dengan natijah dan persepsi yang sama.

Persoalan yang saya timbulkan sebelum ini pun TB tak jawab, misalnya adakah GINI ini merujuk kepada jurang kaya-miskin ataupun high-income dan low-income.

Lepas tu bila orang suruh rujuk page ini:
http://darahtuah.wordpress.com/2009/12/26/rakyat-malaysia-miskin-bertambah-miskin-kaya-semakin-kaya-%e2%80%93-betulkah/

TB kata:
Sayang seribu kali sayang. Semua data yang digunakan oleh penulis blog di atas TIDAK TEPAT.

Yang kita nak ialah pecahan GINI COEEFICIENT mengikut kaum.


Pada hal, data GINI memang diberikan. Malah up to date sampai tahun 2007. Entah TB ni baca atau tidak.

Lagi satu, GINI Vietnam (0.37), Yeman (0.334), Egypt (0.344), Ethiopia (0.30), Estonia (0.34) dan Pakistan (0.306), adakah itu bermakna negara-negara itu lebih baik dari Malaysia sebab jurang miskin-kaya mereka lebih rendah?

Anonymous said...

Anonymous said...
Sekadar renungan buat TB,
Aku penduduk kampung di pedalaman.

Aku ingin sangat nak tau apakah tujuan sebenar perkataan Allah mau digunakan oleh penganut agama lain.

Selama sudah beribu tahun perkara ini tidak pernah aku dengar dituntut oleh pihak yang berkenaan.

Apa tujuan mereka mahu menggunakan perkataan Allah bagi menggantikan God?

Bagi aku senang jawapannya. Mereka bertujuan untuk "mengembangkan" agama mereka di kalangan penganut Islam. Orang Melayu-Islam di Malaysia setakat ini mampu menangkis "serangan" dari puak bukan Islam, berbanding dengan penganut Islam di negara jiran.

Dengan menggunakan perkataan Allah mereka sebenarnya bertujuan sedikit demi sedikit , secara halus dan tak disedari, dapat "memesong" serta menghakiskan "pegangan" penganut Islam.Dan jadilah Islam di Malaysia seperti yang diharap-harap beberapa individu tertentu di Malaysia.

Terdapat di kalangan penganut kristian sukar untuk menyebut perkataan ALLAH pun.Sudah tentu mereka lebih selesa menggunakan God.
Jadinya perkataan ALLAH adalah bertujuan mempengaruhi penganut Islam.

-Bravo khalid Samad!!!!!!Bravo TB!!!!Bravo Nik Azis!!!!!!


Tipis sangat ke iman umat islam sekarang, kalau UMNOPUTERA tu tak tahu la kan, sb terlalu banyak makan duit haram, kemungkinan besar mmg terpesong lah kot ha ha ha !

Kalau umat islam lain tak de masaalah, its just a name, Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa dan semua berlaku dengan kehendaknya! Depa nak guna nama Allah biarkan, pada saya lah sebenarnya mereka itu pun telah memperakui Allah.

Fikir-fikirkan lah. Dan moga moga Allah membuka hidayah kepada hambanya yang sentiasa menyebutkan namanya.

Bukan semua orang islam yang mati dalam islam dan bukan semua orang kafir mati dalam kekafiran. Maka itu Allah Maha Besar dan hanya dia yang berhak mempersilakan kita ke syurganya atau nerakanya! Ada faham! Stop being a weak muslim!

Anonymous said...

tq pada gm kerana membuktikan keadaan org melayu lagi teruk dari negara2 dunia ketiga

Anonymous said...

darahtuah ni blog bodoh. yb syed husin ni ada phd dalam ekonomi. darah tuah ni ada apa?

Grand Marquis said...

Ha ha. Anon yang nak tunjuk terra.

GINI bagi indonesia ialah 0.363. Tu sebab TB migrate dari Malaysia untuk pergi kerja kat sana.

Lagi satu, GINI US ialah 0.45 dan Singapor 0.425, ini bermakna rakyat Pakistan jauh lebih maju dari US dan Singapore sebab GINI mereka sekadar 0.306.

Bijak, bijak

ahmadnizamhamid said...

mohon izin utk C& P rtikel sdr.tk

Anonymous said...

Anoy 1.04!
Sila rening bersama,
1.Bagaimana pulak dalam kes pendakwah kristian berjaya memutarkan persepsi!Mari masuk kristian,tuhan kami sama seperti Tuhan umat Islam-Allah!!

Anonymous said...

...sikit lagi..Kes Rina Joy,tak usahlah marah dia murtad no!!Dia cuma tukar agama dari islam kepada kristian je!!!tuhan dia yang barupun allah!!!!

Tulang Besi said...

no problem ahmadnizam

Tinta Hitam said...

Betul kata engko tu TB.Tapi kena ingat melayu miskin ni la yg mengundi UMNO dan setia pd UMNO.Pad melayu miskin bila UMNO hulur beras sekampit dua dekat PRU/PRK dah cukup utk membuktikan bahawa UMNO adlah parti plg hebat dimata mereka.PAS selalu dihalau dari berkempen ditempat melayu miskin oleh melayu miskin.PAS cuma berpengaruh kat tempat melayu tak berapa miskin

Melayu miskin sanggup berdemo mempertahankan hak melayu kaya.Malahn mati pun sanggup.TU sebab UMNO biarkan mereka jadi miskin.Kalu jadi tak berapa miskin nanti lawan tokeh.Dah boleh surf internet dan tahu udg udg.Susah lah UMNO nak kelentong..

UMNO mmg suka melayu jadi miskin..

Anonymous said...

Tinta ni pun dah belajar main tulis ikut persepsi macam TB ke? Ada statistik yang menunjukkan melayu miskin yang undi UMNO?

Tinta Hitam said...

Ada.Sila lihat keputusan PRU/PRK.Kawasn kawasan kampung yang berpendapatan rendah selalunya sokong UMNO

Tulang Besi said...

.

Per Capita Income negara2 di atas kao tak banding ke, GM tak ori?

Tulang Besi said...

GM Tak Ori kata GINI Coefficient ni tak penting la?

Maknanya, tidak ada masaalah kalau jurang yang kaya dan miskin besar pun?

Majulah Malaysia said...

Kenapa admin blog bongok sangat?? Melayu undi UMNO makin miskin?? Makin miskin sebab malas improve diri.. Malas berkerja harapkan subsidi dan bantuan kerajaan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.