Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 25, 2010

Melayu Bukan UMNO Bertaraf Lebih Rendah Dari Kaum Cina dan India



























Di bawah adalah sepucuk surat dari Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. Surat tersebut menyuruh pihak JKR Batu Pahat menyenarai hitamkan beberapa kontraktor Melayu Islam yang didapati menyokong pembangkang.
Ini bererti peluang ekonomi dalam bentuk kontrak dan projek hanya diberikan mengikut fahaman politik dan bukannya mengikut kelayakan serta kemampuan seseorang. Ini bererti diskriminasi berlaku bukan sahaja kepada orang Cina dan India, tetapi juga pada orang Islam yang tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

SOALNYA SEKARANG
Soal sekarang adalah adakah wang JKR itu hak UMNO atau hak rakyat? Mengapa Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berlagak seperti wang tersebut milik bapak dia?
Soal lain adalah bukankah penyokong pembangkang juga rakyat Malaysia yang membayar cukai, tol dsbnya? Kenapa mereka tidak layak menerima kontrak dari kerajaan hanya kerana mereka menyokong pembangkang?

Soal lain, bukankah ”pembangkang” di dalam Perlembagaan Malaysia sebuah entiti yang sah mengikut undang-undang? Malahan bukankah pembangkang sebuah entiti yang bernaung di bawah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung? Buktinya, sewaktu Yang Di Pertuan Agung memberi titah Baginda setiap kali bermulanya sessi parlimen, ketua pembangkang and semua ahli pembangkang berada di dalam dewan yang sama dengan anggota Kerajaan?

Soal sekarang, mengapa pembangkang di diskriminasi dengan sebegitu teruk sekali oleh UMNO. Mengapa apabila di dalam bab”membayar” seperti cukai, tol, dsbnya, penyokong pembangkang terpaksa membayar seperti orang lain, sedangkan dalam bab ”menerima” seperti kontrak, bantuan dsbnya, pembangkang di diskriminasi?

Secara spesifik, saya mengenali reputasi Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat ini, saudara Fuad Zarkashi. Beliau ini, sewaktu zaman mahasiswa dahulu, pernah menjadi naqib usrah dan seorang pendakwah.

Di dalam UMNO Johor, beliau dikenali sebagai seorang tokoh agama dan tokoh Islam. Malangnya, beliau juga adalah seorang yang zalim dan seorang yang buta keadilan. Sekiranya, seorang yang beragama di dalam UMNO buleh bersikap begitu zalim dan tidak adil, saya tak sanggup untuk memikirkan bagaimana sikap tokoh-tokoh UMNO yang lain, yang tiada latar belakang agama.

MARI KITA BUANG UMNO KE LAUT CINA SELATAN

Itu lah sahaja jalan yang sebaik-baiknya kalau kita mahu melihat orang Melayu mampu bersaing dengan kaum lain di Malaysia dari segi ekonomi.

Inilah dia perpaduan yang sering dijaja oleh puak2 Fraksi UMNO dalam PAS serta orang seperti Mahaguru58 agaknya?

Nak berpadu dengan orang zalim lagi jahat. Sudahlah, tak payahlah nak berpadu dengan orang zalim dan bongkak seperti ini.

Tulang Besi




52 comments:

Anonymous said...

Tindakan itu seperti menganggap pembangkang musuh negara nombor 1.

Sebatang kara said...

Salam TB,

Ala apa nak heran ngan UMNO. Saya tak terkejut pun. Dah memang dasar mereka sejak nenek moyang lagi teruk dari perangai Yahudi.

Grand Marquis said...

Masalahnya ialah kita mengangap manusia ini adalah malaikat. Hakikatnya, saya tidak menafikan perkara sedemikian, malah saya rasa ramai rakyat malaysia, termasuk yang UMNO sendiri menyedari perkara ini.

Tak ada manusia di dunia ni yang begitu bodoh yang akan bagi projek kat orang yang selama ini asyik memusuhi dan mencaci kita. Ini adalah realiti manusia. Kita boleh berkhayal dengan segala idealism, tapi kita ni hidup di dunia yang nyata.

Orang pas sendiri pun, kalau ada projek dan kontrak adakah anda rasa dia akan bagi kat orang yang lain ideologi politiknya?

Ia juga cuma sekadar satu surat. Sesiapa pun boleh tulis surat. TB pun tulis surat kat AJK disiplin PAS (siap bagi no ahli) supaya diambil tindakan pada orang tertentu. Adakah ia diimplementasikan?

Secara micro level, mungkin, tapi secara macro level?

TB sendiri mengaku diri dari keluarga PAS totok sejak lahir. Tapi TB tetap di beri peluang belajar, malah dihantar sampai ke Kansas City, Amerika Syarikat, yang menelan berratus-ratus ribu.

Itu belum kira lagi para pemuka pembangkang seperti khalid samad, dr zul, nizar, aziz bari, dll yang kalau kita selidik background mereka, kita pasti akan jumpa yang mereka ini suatu ketika dulu disponsor oleh kerajaan untuk belajar di luar negara.

Dan kalau kita melawat IPTA, kita akan nampak jumlah pelajar melayu dari kelantan melebihi negeri lain sedangkan kelantan dah 20 tahun diperintah pas.

Oleh itu, dakwaan anda tidak sepadan dengan realiti yang berlaku, dan satu surat dari seseorang tidak memberikan apa-apa makna melainkan mainan murahan orang yang kekeringan isu.

Anonymous said...

Grand Marquis said...
Masalahnya ialah kita mengangap manusia ini adalah malaikat. Hakikatnya, saya tidak menafikan perkara sedemikian, malah saya rasa ramai rakyat malaysia, termasuk yang UMNO sendiri menyedari perkara ini.

Tak ada manusia di dunia ni yang begitu bodoh yang akan bagi projek kat orang yang selama ini asyik memusuhi dan mencaci kita. Ini adalah realiti manusia. Kita boleh berkhayal dengan segala idealism, tapi kita ni hidup di dunia yang nyata.

Orang pas sendiri pun, kalau ada projek dan kontrak adakah anda rasa dia akan bagi kat orang yang lain ideologi politiknya?
.

Kahkahkah semua alasan seorang pencacai UMNO menyokong kezaliman. Masaalahnya, duit kerajaan tu duit rakyat bukan duit UMNO.

Yang jelasnya, perkara ini adalah kezaliman yang disokong dan diamalkan dalam UMNO sehingga ke akar umbi.

Tanggunglah kamu akan balasannya kelak.

Anonymous said...

Ia juga cuma sekadar satu surat. Sesiapa pun boleh tulis surat. TB pun tulis surat kat AJK disiplin PAS (siap bagi no ahli) supaya diambil tindakan pada orang tertentu. Adakah ia diimplementasikan?

Secara micro level, mungkin, tapi secara macro level?

TB sendiri mengaku diri dari keluarga PAS totok sejak lahir. Tapi TB tetap di beri peluang belajar, malah dihantar sampai ke Kansas City, Amerika Syarikat, yang menelan berratus-ratus ribu.
.

Tak payah nak guna TB sebagai alasan. TB dapat biasiswa atas merit beliau. Agaknya UMNO tak sedar TB ni PAS masa dia masuk university dulu. Kalau UMNO sedar mesti dah kena cantas siap2 si TB ni.

Anonymous said...

Itu belum kira lagi para pemuka pembangkang seperti khalid samad, dr zul, nizar, aziz bari, dll yang kalau kita selidik background mereka, kita pasti akan jumpa yang mereka ini suatu ketika dulu disponsor oleh kerajaan untuk belajar di luar negara.

Dan kalau kita melawat IPTA, kita akan nampak jumlah pelajar melayu dari kelantan melebihi negeri lain sedangkan kelantan dah 20 tahun diperintah pas.

Oleh itu, dakwaan anda tidak sepadan dengan realiti yang berlaku, dan satu surat dari seseorang tidak memberikan apa-apa makna melainkan mainan murahan orang yang kekeringan isu.
January 25, 2010 12:09 PM
.

Nama2 kao sebut kat atas tu, semuanya bukan penyokong pembangkang sewaktu mereka ke UK dan US dulu. Jangan auta la.

Yang jelasnya kao ini adalah kaki auta bagi pihak UMNO. Kao tak payah jual ubat kat sinilah Grang Moron.

Grand Marquis said...

beruntung tb sebab banyak anon tolong jawabkan.

Tapi dia masih tinggalkan 1 point. Orang kelantan yg penuhi setiap ipta tu anak-anak orang umno kot.

Anonymous said...

Anone 12.16

DEB tengah peak masa tahun awal 80an. Masa itu, kami dapat result diploma ITM CGPA 2.7 keatas dah boleh gurantee dapat biasiswa JPA/MARA.

TB itu hasil DEB, mana ada merit! Sekarang jangan, tak dapat CGPA 3.5 ke atas, siapa pun tak akan taja. Nak dapat degree, kena buat kat sisi. No problem, PTPTN ada (untuk semua kaum)....

Anonymous said...

Sekarang baru awak sedar yg melayu bukan UMNO adalah "second class citizen" macam kita bukan melayu.

Kami sudah lama ditindas. Anak kami tak diberi peluang belajar di universiti & tiada masa depan yg cerah. UMNO hanya pandai menguna kami sebagai "bank" (kutip cukai dari kami). Kalau kami ke hospital awam, pendatang tanpa izin Indon diberi keutamaan dari kami rakyat m'sia bukan melayu. Atuk & nenek kami yg tiada sijil beranak dari perang kedua (WW2) tidak diberi warganegara. Tapi pendatang tanpa izin Indon cepat cepat di beri kerakyatan & status bumiputera. Isteri bukan warganegara yg berkelayakan universiti tidak diberi pemastutin tetap & tidak dibenarkan berkerja meyumbang keluarga & negara.

Inilah istilah menjadi "second class citizen" di m'sia.

Kerajaan UMNO hanya nak sumbangan wang kami tapi manfaat (benefit)penuh warganegara tidak diberi. Malah kami perlu diam & tidak kecoh sebab bukan melayu sememangnya tidak dikehendaki oleh UMNO. Pendatang tanpa izin Indon lebih diutamakan dari rakyat m'sia bukan melayu.

Anonymous said...

Kat Selangor, habis semua kontraktor melayu kelas F yang menyokong UMNO di senarai hitam. Sebagai contoh, hang check lah semua kontraktor potong rumput, semua penyokong PKR.

Satu hari kat Shah Alam, kereta aku pecah cermin kerana terkena batu dari pemotong rumput tepi jalan. Bila saya minta ganti rugi, diberinya business kad tuan punya kontraktor, ada lambang PKR.

Jadi tak hairan lah brother. Kontraktor penyokong UMNO diSelangor professional, mana ada mereka complain!!!! Ini masa mereka, tapi bila BN ambil alih Selangor lagi 2 tahun ni, jangan bising beb....

Anonymous said...

to Grand Marquis jan25, 12.09:

hello, tolong jawab saya punya point kat earlier punya topic pasal melayu umno.

jangan lari. mari. jawab, jangan tak jawab.

jangan jadi pengecut. mari, let me entertain u.

jangan kasi i begitu senang sahkan umno tu bahlol dan bacul. answer my points.

lu balik sana, i tunggu sama lu. saya ada melayu tulen yang tolong i. mari.

4RAKYAT

Anonymous said...

Anonymous said...


Jadi tak hairan lah brother. Kontraktor penyokong UMNO diSelangor professional, mana ada mereka complain!!!! Ini masa mereka, tapi bila BN ambil alih Selangor lagi 2 tahun ni, jangan bising beb....

January 25, 2010 1:43 PM
Delete
.

DIorang tak komplen sebab mana ada kontraktor kelas F di Selangor kena buang.

Kontrak Kelas F semuanya ikut tender la, mangkuk.

Semua buleh dapat.

Anonymous said...

Anonymous 1.43,

Apa beza nya di Singapura, orang melayu bukan lagi 2nd class, tapi no class....

Singapura beri kerakyatan mudah kepada orang Taiwan, Hong Kong dan China sebab mereka ini bangsa cina.

Di Singapura, kalau kerja angkat sampah, office boy, kerja kerani layak untuk orang melayu. Merana nya mereka kamu tak tahu.

Saya orang Melaka dan ada ramai saudara rakyat Singapura. Dah muak saya dengar rintihan mereka.

Diskriminasi terhadap orang melayu dimana-mana dan didalam serba segi.

Itu sebabnya, orang melayu PKR, PAS memang bodoh dan tak sedar diri. Serupa TB juga, selepas ditolong, di tatang, lepas itu dibalas dengan ludah...

Anonymous said...

1) report to macc.

2) itu anjing macc mau siasat atau tidak, is another matter.

3) this is a clear cut case of inteference of a govt servant is discharging his/her duties.

4) parti politik TAK SAMA dgn kerajaan.

5) kerajaan / jabatan officially sepatutnya hanya taat dan setia kpd raja dan negara (rakyat).

6) sekarang sudah ada bukti. buat laporan segera.

4RAKYAT

Anonymous said...

Anonymous 1.49,

Kau lagi mangkok, siapa kata kontraktor kelas F penyokong UMNO kena buang, kena senarai hitam lah. Dapat pun sikit-sikit atau yang lebih, lebih...

Anak Perelih said...

GM,

Salah seorang bekas housemate rumah bujang saya adalah seorang kontraktor ahli UMNO - ahli Gerak khas pemuda UMNO Shah Alam... dan apabila dia dah tak dapat kontrak di Selangor ni.. dia boleh dapat kontrak dengan Syarikat Air kelantan....

Mengenai pemimpin dan penyokong pembangkang yang belajar ke luar negara... bapa diaorang pun bayar cukai jugak... dan duit tu adalah duit pembayar cukai... dan lagipun... masa TB ni dah jadi loan, bukan biasiswa.... dia ni pi US bukan dari diploma UiTM..a tapi dari PPP/ITM - Rancangan Khas kat section 17 yg sekarang ni jadi INTEC... kira atas merit la tu dia pi US...

macam ni penyokong pembangkang boleh boikot bayar cukai la secara legal dengan bayar zakat... terutama di negeri PR perintah...

Anonymous said...

Bro, Pendafataran KOntraktor dengan SUK Selangor perlu disahkan oleh ADUN PR. Malah Belanjawan Pembangunan untuk Kawasan ADUN BN dipegang oleh ADUN PR. Tanya Ronnie Liew beb. Sama sahaja belang korang semua

Anak Perelih said...

Dah kontraktor UMNO bid mahal macam zaman UMNO perintah tu... mana nak boleh menang tander....

Anak Perelih said...

"Salah seorang bekas housemate rumah bujang saya adalah seorang kontraktor ahli UMNO - ahli Gerak khas pemuda UMNO Shah Alam... dan apabila dia dah tak dapat kontrak di Selangor ni.. dia boleh dapat kontrak dengan Syarikat Air kelantan...."

masa dia tak dapat kontrak di Selangor tu dalam tahun 2005 - Selangor masih diperintah oleh UMNO.. sebab - kerana dia kem lain... bukan masa PR perintah Selangor

Anonymous said...

UMNO dalam hal ni memang teruk. menzalimi orang lain.......tapi taklah seteruk orang Islam mendoakan kebinasaan orang lain. Itu lagi zalim...

Anonymous said...

MNO is very fair, they dont care whether you are malay,chinese or indian etc, if you dont support them or other BN parties,NO JOB!

Anonymous said...

//Masalahnya ialah kita mengangap manusia ini adalah malaikat. Hakikatnya, saya tidak menafikan perkara sedemikian, malah saya rasa ramai rakyat malaysia, termasuk yang UMNO sendiri menyedari perkara ini.//
kahkahkah..Grand Moron meleleh keluaq kanji Mahaptuih!;-)..semejak si iblis dri kerala jadi PeeM,UMNo dah tukar 100% in2 parti swastika terbalik..UMNo pikiaq depa mumraa,the sole masters of Malaysia and the universe..kahkahkahkah

Anonymous said...

Tu lah, 1Malaysia konon!!

Patutnya 3Malaysia, 1Malaysia hanya untuk UMNO dan UMMNO; 2Malaysia untuk yang bukan UMNO/UMMNO, bukan Melayu, bukan Islam; 3Malaysia untuk orang Sabah & Sarawak yang lain-lain!!!

1Malaysia konon, ptui!

Anonymous said...

alamak...
1) tak kan nak salahkan nabi musa menentang peraun pasal peraun bagi dia talian hayat dan biasiswa dok bersama peraun.
2) "salah" nabi ibrahim menentang bapanya kerana bagi makan/minum, dapat dermasiswa utk jadi celik ilmu, tapi menegur bapanya pulak.
bapa nabi ibrahim siap dpt projek buat patung dari namrud lagi. hidup kenyang sekeluarga dgn hasil mahsul patung.
3) tak kan nabi muhammad saw kena berterima kasih dan jadi pak turut sebab dapat peluang "hidup" dgn datuk & pakciknya.
(sememangnya nabi muhammad saw pemecah belah perpaduan bangsa quraisy yang menjadi bangsa ketuanan teristimewa di tanah makah sebab islam??).

Anonymous said...

aku heran lah.... apsal cina komunih bagi rakyat dia ilmu dan bantuan? ada pakar roket dan chinamout sendiri.
apsal rakyat korea utara hidup dan berpelajaran. ada doktor pakar sendiri, ada pakar nuklear sendiri. ada designer kenderaan tentera sendiri.
muammar dafi kat libya bagi biasiswa kat rakyatnya pegi UK tu penyokong dia saja kah?? ...walaupun libya pernah komflik dgn UK dulu.

dan apsal umno joho tak nak bagi semua melayu joho peluang hidup bersama ek!?.
dan lebih teruk, diskriminasi kat felda joho. memang teruk gilerrrrrr.

...poltik, ....politik la. put aside. let the best to rule.
aper la puat ni. penakut ek!?

Anonymous said...

alo kawan-kawan!Gua tatak heran tak dapat itu kontak kelas F ka!Kelas apa ka!Yang penting gua ada luit!Kawan gua semua monopoli bahan pembinaan!!ala,gua tatak kisah olang melayu dapat semua itu kontrak!baik umno atau pkr atau pas!Last sekali gua beli itu konttak dari itu olang melayu!!Gua bagila 10-15%!!Last sekali gua yang kaya juga la!!!!Olang melayu cuma dok eksyen dengan lesen!!Yang bina!yang dapat untung!!Gua dan kawan-kawan gua jugak!!!!Lupa bagi tau nama gua!!!!Baba!!!!!!!!!!

Anonymous said...

..alahai lupa pulak gua..
dulu gua dan kawan-kawan!itu olang agama islam sebut kapiaq zimi!Tapi lani ni olang agama islam semua gua sebagai kapiaq harbi pulakk!!!!Gua tatak kisah semua olang melayu,umno atau pas atau pkr kawan-kawan baik gua oooo!!!!

Anonymous said...

..gua lupa lagi ooo..
dulu waktu zaman 80an,gua belajaq itu aliran sains tulen ooo!Lepas spm,gua dan kawan-kawan dapat 15 aggregate!gua dan kawan-kawan gua cuma dapat naik itu form 6 saja oo!Itu kawan-kawan gua 0lang melayu dapat dekat-dekat 15-21 aggregate!dapat pi oversea ooo!!pi england dan Us!!Gua cukup malah oo!Dapat resul teruk,itu macam dapat pi oversea!!Dasar DEB saja!!!Kalau tak dak DEB!Itu kawan gua,olang melayu dapat pi itm saja ooo!!!

Anonymous said...

..lagi satu la ooo
ada baca dalam rulatkhabar!!!Bila keluaq PMR 2009!Yang 10 terbaik yang ambik 8 subjek!!Cuma satu olang saja olang melayu!9 lagi olang cina macam gua oo!!Kalau talah ada itu DEB,semua olang cina dapat pi masuk ting 4,SBP dan MRSM ooo!!!haiya banyak celaka itu DEB looo!!!

Kapten Zero said...

YB Fuad ini dulu nasa di UM ikut juga usrah dgn ABIM dan PAS jadi nampak islamnya.tapi orang johor bila balik johor terus jadi sekular lagi munafiq.Cakap melayu berdegar2 dgn Islam tak tahu kemana.Doa agar beliau cepat sedar dan insaf serta segera bertaubat.

Tinta Hitam said...

Yang selalu didiskriminasikan adalah kontrak kontrak kerajaan.Sebab disitulah sumber soru dan fulus UMNO.Biasiswa tiada soru utk UMNO.Lagipun bukan semua anak anak org UMNO yg layak.Tu sebab UMNO tak campur sangat pasal pemberian bisiswa ni kecuali didalam beberapa kes tertentu.

UMNO tak da masalah nak bagi kontrak kat Cina kalau sorunya menarik.Beberapa rakan saya yg menjadi kontraktor terpaksa tukar parti dari PAS kepada UMNO.Jika tidak kontrak mereka akan ditarik.Jadi dimana semangat satu bangsanya?

Memang betul kata engko TB,Melayu bukan UMNO ni adalah lebih rendah dari India dna cina pada pandangan UMNO.

Tu sebab bila UMNO menyeru melayu bukan UMNO agar bersatu dengan mereka demi bangsa dan Negara,response aku adalah "POODAHH..CHITT"

Anonymous said...

day tinta itam,
lu takpa la lu dulu ngaji budak "art" jee!!Kalau lu masuk U dulupun,bidang yang gua dan kawan-kawan tarak minta!!!Gua talak bimbang punya!!

Anonymous said...

Tan Sri Ghazali Shafie dah meninggal..we may not admire him 100% but the man was brilliant!!eversince that demon frm Kerala took over,all sorts 1/2P6 morons became overnight menteris..senang kontrol maah!(Chunni Velu himself adopted this style).."me is da speak a ding a dong ding englesh mat tyson,zainuddin mamak mee goreng mydin..perogol budak sekoloh ennah dah tamby chik...pembaca karan lomah si kaki mabuk ali rustam..and so many loafers,buffons,still continue to occupy UBN..that's why malaysia dah lingkup!!

Anonymous said...

Poorah ,tinda itam
lu bukan olang akademik !!!Lu tak payah la ulas tentang isu tentang akdedemik dan pelajaran!!!Bukan bidang lu!!nampak janggal!!lu ulasla bidang lu seperti media dan lain-lain...

Anonymous said...

"masa TB ni dah jadi loan, bukan biasiswa.... dia ni pi US bukan dari diploma UiTM..a tapi dari PPP/ITM - Rancangan Khas kat section 17 yg sekarang ni jadi INTEC... kira atas merit la tu dia pi US..."

Alahai, adik aku pun dari program PPP/ITM. Time tu tak lah ketat sangat syarat kemasukan. Program tu dari dasar DEB juga beb...

Dah lah semua nya free, dapat elaun pulak tu!!! Mat TB ini betul tak kenang budi! Dasar pariah....

Anonymous said...

Grand Marquis....lu ingat wang kerajaan tu wang bapak UMNO punya kah ????

Bodoh !!

Anonymous said...

//masa TB ni dah jadi loan, bukan biasiswa..//

Bukan budaq pintaq rupanya siTB tu..Oghang lain zaman 80an semua dapat biasiswa!Dia saja dapat loan!!!!ATAU,CGPA 2.00 kebawah latu!!!!!!patutpun akai tarak!!!!!

Jajarbink said...

PERGI JAHANAM Dengan umno..Khaakk Thuiii

Anonymous said...

Pasir & seks: SU kerja exco S'gor dibebas-Malaysia kini.

ingatkan puak umno yang kena tangkap!!!Sah dah kena cucuk idung dengan puak DAP!!Dan pasiaq dihantaq kesingapura!!Kena cucuk idung jugak dengan puak PAP!!!!!

Anonymous said...

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berkata permohonan maaf sahaja tidak mencukupi tetapi penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, harus tetap disiasat polis.

Timbalan ketuanya, Herman Samsudeen juga meminta penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - turut disiasat Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) ekoran beberapa tulisannya yang turut didakwa menghina ulama mazhab dan isteri Nabi Muhammad."-malaysia kini.

Pendapat tuan TB!!!Dia bukan kawan aku!!!!!!

Anonymous said...

"Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.
Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu."malaysia kini.

Ingatkan Nik aziz akan iringi aduka Taruna!!!!!!!

Anonymous said...

"PEGAWAI GEREJA TERHARU TERIMA KUNJUNGAN NIK AZIZ – harakah daily
Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.
Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih
kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka."

Waktu berperang!hangla aduka !dibarisan hadapan!!
Waktu susah!!mana kawan!Mana pemimpin idola!!!
Tapi takpala aduka!Depa tolong doakan dalam hati untuk hang!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Dah Teruk Negara Kita Ni Weh!
Oleh Dr. Nologareng

Kali ini kita ingin menumpukan tentang ekonomi secara pandangan orang kecil yang melayari kehidupan sehari-hari membanting tulang empat kerat. Kita tidak cuba membicarakan gaya hidup ‘jetset’ atau ranggi ala-ala pemimpin Umno dan golongan Korporat yang sekufu mereka.

Keperluan asas manusia ni bukan lah banyak sangat pun. Makan minum, tempat tinggal, kenderaan, kemudhana kesihatan, pelajaran, pekerjaan dan ruang hidup yang aman (bukan Umno). Rasanya itu sahaja. Yang lain itu cuma aksesori yang bukan keperluan pun. No hal lah kata orang kalau tak ada pun. Akan tetapi, perkara yang disebut terdahulu itu amat penting dan menimbulkan kekecohan, kacau ganggu sosial serta ketidakamanan jika tidak dapat dipenuhi. Lihat sahaja apa yang ter jadi setelah berlaku tsunami di Asia dan gempabumi di Haiti baru-baru ini.

Orang masih boleh hidup tanpa Mercedes Mata Belalang atau rumah banglo. Orang juga masih selesa jika tak dapat mengunjungi KFC atau Pizza Hut seminggu sekali. Rakyat masih selesa kalau mereka tidak dapat mengunjungi bioskop atau gedung-gedung pasaraya yang besar gedang. Akan tetapi rakyat akan melompat dan melenting kalau keperluan asas mereka tergugat atau keupayaan beli mereka tersagat! Hakikatnya, ini lah yang sedang menimpa rakyat secara halus dan istiqamah.

Kuasa membeli kita semakin mengecil berbanding dengan perolehan pendapatan setiap bulan. Keadaan ini lebih parah di kawasan bandar dan pinggir bandar berbanding desa dan kampong. Orang kampong membuat dua tiga pekerjaan dalam satu hari untuk keperluan menabung manakala orang bandar pula terpaksa melakukannya semata-mata untuk menampung keperluan seharian hidup ia dan keluarga. Itupun belum tentu mencukupi.

Cuba lihat apa yang boleh dijinjing dari Pasar Tani dengan bermodalkan RM50. Berapa pula belanja yang dikeluarkan setiap kali musim sekolah bermula? Untuk meladeni perayaan berapa urat rantai (kalau ada) yang perlu digadai. Berapa isi rumah yang tiada pekerjaan walau kelulusannya berjela? Soalan terakhir, berapakah agaknya simpanan yang mereka ada untuk kegunaan di waktu kecemasan?

Ringkasnya, taraf hidup rakyat semakin jatuh dan menghimpit. Apabila bangun setiap pagi otaknya ligat mencari jalan untuk memenuhi tuntutan keperluan. Sang isteri pula tidak lagi mengidam rantai dan gelang. Cukuplah sekiranya usaha suami berjaya dan rezeki dibawa pulang untuk memastikan dapurnya berasap. Bagi yang bergaji tetap boleh tahan keadaannya jika berjimat, manakala bagi mereka yang kais pagi makan pagi tentu sahaja menghadapi cabaran yang hebat!

Inilah suasana yang dialami rakyat jelata. Terkecuali pimpinan UmnoBn, kroni dan saudara rapat mereka. Bagi kita yang kecil lagi marhaen, ini lah dia kehidupan kita. Aku, kamu, mereka sedang melalui zaman getir ini.

Melihat dari apa yang berlaku dalam negara dan pembacaan penulisan bebas luar negara, kita diserang kebimbangan yang amat. Apa tidaknya, peramal ekonomi telah mengatakan dunia akan menghadapi ‘double dip recession’. Berita-berita kurang enak tentang bank di Amerika yang bakal kaput jumlahnya menghampiri 200 buah. Citibank kerugian $7.8 billion pada suku keempat tahun lalu. Pengangguran bertambah setiap ketika. Apakah krisis kewangan baru akan melanda?

Berita-berita ekonomi yang menakutkan itu walaupun berlaku di Amerika

Anonymous said...

ia sebenarnya ibarat getaran ombak yang tentunya akan sampai juga ke negara kita kemudiannya. Kita sebenarnya belum pun pulih dari kemelesetan yang disebabkan oleh ‘subprime mortgage’ tahun lalu. Bagaimana agaknya kesan kemelesetan kali ini?

Beberapa hari lalu telah didedahkan bagaimana Simpanan wang Luar telah menyusut dengan teruk sehingga mencapai 50% Keluaran Dalam Negara Kasar. Pengaliran keluar modal itu yang bernilai RM355 billion adalah dua kali ganda apa yang dialami Russia dan yang paling teruk berbanding negara membangun lain. Yang menakutkan ialah tatkala negara lain menunjukkan pemulihan, modal dalam negara kita terus menerus keluar.

Di sebalik keghairahan laungan dan kokokan 1Malaysia, kalau boleh kita pohon rakyat menyoal pemimpin ini apakah kedudukan sebenar ekonomi negara? Jangan sekadar bertepuk tangan sahaja! Keluarlah dari kepompong menjadi kaldai tunggangan mereka. Bukalah minda tidak kira apa usia anda- tua atau muda. Bebaskan lah belenggu yang mengikat kebebasan pemikiran anda. Soalnya , sampai bila.....???

Sekarang, saya mahu berkongsi maklumat dengan anda tentang beberapa perubahan dasar kerajaan dalam Kementerian Kesihatan dan Pendidikan. Saya juga akan sambil lalu mencuit sana-sini supaya deria rasa kita kembali tajam dan pintar membuat tafsiran. Berat sebenornya nak buat kerja ni....

Desas-desus sudah pun kedengaran tentang pemotongan elaun yang akan menimpa sektor pendidikan. Ada elaun yang dikurangkan dan ada pula yang dibatalkan terus. Tentu sahaja para guru sudah mula mencongak untung nasib mereka untuk beberapa bulan mendatang. Manakala wang bantuan anak miskin KWAM, Amalan Makanan dan Pemakanan sudah pun berkurangan dan ada yang dibatalkan. Peruntukan pembangunan sukan sudah jatuh ke tahap asas sahaja, seperti bola getah dan gelang lenggang. Baucer tuisyen sudah mula dihapuskan.

Ada guru yang telah dinaikkan pangkat tetapi masih menerima gaji takuk lama selama dua tahun kebelakangan ini.

Sektor kesihatan pula terjejas dengan bekalan ubat-ubat tertentu (yang mahal) sudah tiada. Selain kesan buruk terhadap pesakit yang kurang mampu, kepuasan bekerja di kalangan para doktor pakar juga akan terjejas. Ingat, betapa para doktor dilatih menjiwai kemanusiaan dan ehsan. Jika masalah pesakitnya terkantul di atas kertas rawatan dan slip ubatan, mereka akan tertekan dan tentunya memilih jalan keluar menyertai sekstor swasta.

Seorang rakan telah menelefon dari Kementerian Kesihatan menceritakan bagaimana sebuah hospital kerajaan di Kulim telah menanggung hutang utiliti mencecah RM1 juta dan ambulan yang mahu mengambil minyak petrol di stesen minyak telah tidak dilayan kerana hutang yang tidak dijelaskan! Kenapa agaknya?

Seorang sahabat anggota TLDM pula menceritakan bagaimana mereka telah diberi cuti tambahan kerana kapal tidak belayar sedangkan jadualnya mesti berada di laut lepas menjaga perairan negara. Terkejut saya apabila diberitahu yang mereka sekadar menghangatkan enjin kapal di jeti kerana kekurangan bahan api untuk belayar! Ayooo...... inikah penangan 1Malaysia?

Anonymous said...

Perhatikan tugu-tugu 1Malaysia yang bertaburan dalam negara. Perhatikan iklan yang bertayangan di mana-mana. Perhatikan juga peruntukan Bajet 2010 yang berjumlah RM100 juta untuk Rosmah Mansor dengan anak patungnya yang bernama PERMATA. Kenapa perlu diteruskan Monsoon Cup apabila kantung negara menyusut? Kenapa perlu diwujudkan sistem cukai GST kerana tiada wang sedangkan boros untuk Formula One? Kenapa mahu menjual pesawat MIG 29 atas alasan mahal kos selenggara, kemudiannya mahu merancang pembelian pesawat baru pula yang tentunya mahal? Apakah ia lebih menjimatkan?

Yang terpenting sekali, kenapa tidak mengelak, menghenti serta menghapuskan kebocoran dan ketirisan aliran perbelanjaan negara kerana melaluinya kita mampu berjimat berbilion Ringgit?! Perhatikan kes penyelewengan PKFZ yang menghanguskan puluhan billion RM. Juga program PLKN yang jelas menguntungkan kroni sahaja.

Kita sebenarnya mewarisi sistem pemerintahan TKT Dr Mahathir yang teruk dan korup. Apa jua yang membusuk sekarang adalah berpunca dari bisul yang dijana dan dibiar merebak semasa zaman TKT. Tidak kisahlah samada secara langsung atau tidak, hakikatnya sebagai Kepala pemerintah segala kesilapan akan terhempap atas batu kepalanya. Itu sebab kita kata, jawatan adalah amanah bukannya cara mudah mengumpul kekayaan.

Akan tetapi Mantan PM ini dilihat lebih senang menuding jari terhadap sesuatu isu dengan sikap mudah lupanya akan kesilapan sendiri. Tun mahu dilihat maksum dan berjasa kepada negara. Dia juga mahu menjadi Negarawan yang tersohor dalam catatan sejarah negara. Hakikatnya, TKT Mahathir lah sebenarnya punca kepada semua masalah yang mewarnai negara sekarang. Bapa Korupsi.

Dakwaan yang dibuat seorang penulis sehinggakan bukunya ditahan mungkin boleh dipertikai dari segi angka wang yang diseleweng. 100 billion zaman Che Det, 270 billion zaman Tun Abdullah. Berapa pula di zaman Najib Tun Razak? Semua rakyat berhak membuat andaian masing-masing. Walau apa jua dalih dan kelentongan Mahathir, secara tidak langsung dia mengakui akan berlakunya penyelewengan di zaman pemerintahannya itu.

Fakta yang tidak boleh disangkal ialah kedudukan kewangan negara amat meruncing. Kita sedang jatuh bebas ke jurang kemelesetan yang amat dahsyat. Ulasan oleh pakar serta apa yang kita nampak berlaku setiap hari dilihat senada dan mengiyakan tanggapan negara kita menuju ke arah yang tidak sihat dari segi ekonomi. Kenaikan harga barangan, tariff, tol akan menyagat kita.

Hasil dari segala kemungkaran ekonomi dari zaman TKT Mahathir sehingga sekarang menjadikan negara kita kekurangan kecairan. Ini diterangkan oleh langkah penjualan pelbagai Saham-saham baru PNB, penjualan bon-bon kerajaan, pinjaman luar negara dengan jaminan kerajaan untuk mengumpul dana serta kesan yang kita terangkan di atas tadi.

Lalu, apa lagi yang kita tunggu? PRU 13 adalah medan yang amat penting untuk rakyat membuat keputusan bijak.

- Dr. Nologareng

Anonymous said...

"Nama Aduka Teruna sebenar adalah KHAIRUL NIZAM BIN ABDUL GHANI. Ibunya anak seorang guru besar Sekolah Rendah Kebangsaan Dato Abdul Manap, Nilai. Ayahnya sudah meninggal dunia.
Khairul berasal dari Seremban dan seorang peniaga warung makan di hadapan family store di Taman Cengal. Budak kelulusan Politeknik Port Dickson ini pernah bekerja di sebuah Cybercafe milik kawannya di Taman Lavender Height selama 3 tahun.
Dia dijadualkan akan berkahwin pada Januari 30hb ini. Rumah ibunnya di Seremban pun sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan. "

1.Perasaan aku pada aduka taruna!!Terharu campoq kesal!!!!Terharu pada keluaga dia!kesal pada emosi amarah yang ditanamkan pada diri dia!!!
2.Mana oghang-oghang yang telah mentarbiah Aduka taruna!!!Anda bantulah keluarga dia!!!!!!
3.Aku tak kisah jika aduka taruna:
3.1.Kaya melana seperti anak nik aziz!
3.2.Kaya melana seperti anuar ibrahim!
3.aku dah agak taraf pendidikan aduka taruna bila melihat entry-entry dalam blog dia dan blog perisik rakyat!Ngaji gitu-gitu!mudah dipengaruhi emosi!mudah diperguna orang lain!!!
4.Ramai golongan proffesional yang sealiran dengan aduka taruna!tapi mereka "smart"!!!
5.aduka!aduka!aduka!Masa senang!ramai kawan tolak kedepan!!Masa susah!!!!!!tiada pemimpin yang mengaku juak mereka!!!!!

Anonymous said...

We have become so terok,even bomoh are outsourced frm India..kahkahkah(mungkin Nachibai dan hantu tetek takut,kepala mereka dipancung oleh mona fendey types)..seriusly,after reading Dr.Nologoerngs report,and others,no sane man can sleep quitely..Negara dah bankrup..and our PeeMp is think of cyber terroism,nak hantam Anwar lagi,nak rampasSelangor..man,he has become MAD!!

Anonymous said...

The Asia Times’ M.K. Bhadrakumar, a career Indian diplomat who served in Afghanistan, Kuwait, Pakistan, and Turkey, argues that the current U.S. concern with Yemen is actually about the strategic port of Aden. “Control of Aden and the Malacca Straits will put the U.S. in an unassailable position in the ‘great game’ of the Indian Ocean,” he writes.

Aden controls the strait of Bab el-Mandab, the entrance to the Red Sea though which passes 3.5 million barrels of oil a day. The Malacca Straits, between the southern Malay Peninsula and the Indonesian island of Sumatra, is one of the key passages that link the Indian Ocean with the South China Sea and the Pacific Ocean.

Bhadrakumar says the Indian Ocean and the Malacca Straits are “literally the jugular veins of the Chinese economy.” Indeed, a quarter of the world’s sea-borne trade passes through the area, including 80 percent of China’s oil and gas
http://www.counterpunch.org/hallinan01222010.html
keep an eye on this...

Anonymous said...

Anon 2.18pm 25.01.10,
Itulah yang selalu orang sebut "Do not create precedent".Apabila berkuasa,tak usahlah nak buat perkara-perkara yang tak betul dan bertindak ikut nafsu-nafsi.Dulu bila berkuasa,buat macam ni.Bila orang lain pulak berkuasa mereka akan ikut apa yang kamu dahulu sudah buat.Contoh lain: Semua Ahli Parlimen dari Pembangkang,tak dapat peruntukan yang sepatutnya mereka dapat.Wal hal mereka adalah wakil rakyat yang sah dipilih oleh rakyat.Andainya,dalam PRU ke13,UMNO/BN kecundang kelak,tindakan yang sama akan diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap wakil rakyat UMNO/BN sebab "precedent has been created". Dulu kamu buat,sekarang kamu rasa pula.Itu adalah lumrah alam.

Anonymous said...

In 2005 the Bush Administration pressed India to counter the rise of China by joining an alliance with South Korea, Japan, and Australia. As a quid pro quo for coming aboard, Washington agreed to sell uranium to India, in spite of New Delhi’s refusal to sign the Nuclear Non-Proliferation Agreement. Only countries that sign the Treaty can purchase uranium in the international market. The Bush administration also agreed to sell India the latest in military technology. The Obama administration has continued the same policies.

China and India have indeed beefed up their naval forces in the Indian Ocean and South China Sea. Beijing is also developing a “string of pearls”— ports that will run from East Africa to Southeast Asia. India has just established a formal naval presence in Oman at the entrance to the strategic Persian Gulf.

According to Bhadrakumar, the growing U.S. rapprochement with Myanmar and Sri Lanka is aimed at checkmating China’s influence in both nations, and cutting off efforts by Beijing to reduce its reliance on ocean-borne energy transportation by constructing land-based pipelines. China just opened such a pipeline to Central Asia.

“The U.S., on the contrary, is determined that China remain vulnerable to the choke points between Indonesia and Malaysia,” writes the former Indian diplomat.

Checkmating China would also explain some of the pressure that the Obama administration is exerting on Pakistan.

“The U.S. is unhappy with China’s efforts to reach the warm waters of the Persian Gulf through the Central Asian region and Pakistan. Slowly but steadily, Washington is tightening the noose around the neck of the Pakistani elites—civilian and military—and forcing them to make a strategic choice between the U.S. and China,” writes Bhadrakumar

Anonymous said...

"Whereas, the reality is that we live in savage times where realpolitik and not morality often enough happens to be the guiding force inciting our monstrous enemies. A need arises, therefore, to take a more honest look at any hidden sewers that may exist. Such an exercise cannot and should not in any way detract from the total condemnation that the terrorists deserve. But it will serve an important purpose in so far as we do not fall into a false sense of innocence."
M.K.Bhadrakumar

Anonymous said...

Bercakap tentang "create precedent",Dr.Mahathir Mohammad,selama 22 tahun jadi PM,begitu banyak "create precedent" yang tidak wajar dilakukan seperti:

(1) Gantikan royalty minyak kepada wang ihsan.
(2) Beri Kad Pengenalan kepada bukan rakyat diSabah untuk menang pilihan raya.
(3) Campur tangan eksekutif dibidang judiciary.
(4) Persempadanan semula kawasan pilihan raya sehingga satu-satu kawasan itu sudah berbentuk sekeping halia - untuk memecahkan undi Melayu.Tambah kerusi dikawasan-kawasan Bukan Melayu,khususnya diSabah dan Sarawak.
(5)Naikkan pangkat ketaraf Ketua Jabatan bagi mereka "yang sudah berjasa kepada dia(PM)".

Banyak lagi "precedent-precedent" telah "dicreated" yang sepatutntya tidak dilakukan.Semua ini dibuat sebab beliau berkuasa.Soalnya apakah "perbuatan dan tindak-tanduk ini" tidak akan diulang oleh mana-mana pihak yang kelak akan punya kuasa?
Itulah bahayanya "mengcreate precedent" yang salah dan tak betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.