Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 13, 2010

Memberi Pandangan Kedua Kepada Artikel Nasruddin Tantawi Berkenaan Dengan Isu Kalimah Allah

Saya merujuk kepada artikel Nasruddin Tantawi bertajuk:
Kalimah Allah dan Syariat Allah
Point #1: Ayat2 yang dinaqal oleh Ustaz Nasruddin Tantawi tidak tsabit mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh kaum bukan Islam. Ayat2 yang dipetik oleh Ustaz Nasruddin Tantawi hanya membuktikan betapa perbuatan mensyrikkan Allah itu DIMURKAI oleh Allah.
Kalau orang Kristian dan Yahudi tidak mempercayai Allah yang sama dengan kita, bagaimanakah kita hendak kata mereka telah melakukan syirik?

Ayat-ayat yang dipetik oleh ustaz Nasruddin Tantawi adalah:
1.0 Firman Allah swt :
و قالوا اتخذ الرحمن ولدا لقد جئتم شيئا إدا تكاد السموات يتفطرن منه و تنشق الأرض و تخر الجبال هدا أن دعوا للرحمن ولد

dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak .

2.0 أئنكم لتشهدون أن مع الله ءالهة أخرى قل لا أشهد قل إنما هو اله واحد وإنني برئ مما تشركون

Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt .

Saya tidak nampak walau satu pernyataan dari Allah SWT mengharamkan orang Kristian dan Yahudi menggunakan nama Allah dari kedua-dua ayat di atas.

ADA ATAU TIDAK ULAMA2 TERDAHULU MENGHARAMKANNYA?

Jadi, untuk menyelesaikan masaalah ini, saya memohon supaya Ustaz Nasruddin Tantawi dapat menaqal mana-mana kitab tafseer atau feqah yang muktabar yang mengharamkan penggunaan nama Allah oleh kaum Yahudi dan Nasrani berdasarkan kedua-dua ayat di atas.

Ataupun, Ustaz Nasruddin Tantawi merasakan beliau adalah seorang yang bertaraf mujtahid-mufaseeren yang mampu mengistimbat hukum terus dari Alquran?
Harus diingat orang Yahudi dan Nasrani telah menggunakan nama Allah di zaman ulama-ulama besar dalam sejarah Islam masih hidup seperti ImamSyafiee, Imam Ahmad, Imam Malik dsbnya. Malahan sewaktu ulama-ulama besar Sepanyol juga masih hidup seperti anak-anak murid Imam Malik, Ibnu Hazm, Imam Qurthubi dan sebagainya.

Sekiranya perkara ini haram PASTI kita akan jumpa pengharamanya dalam kutub tulisan ulama2 besar ini (rahmatullahi alai hum). Ustaz Nasruddin Tantawi sebagai seorang yang mengaji di Azhar sudah pasti dengan mudah dapat menaqal pendapat ulama2 besar ini dalam tulisan beliau.

Bagi saya lebih selamat kita bersandar kepada pendapat Imam-imam yang muktabar. Dan sekiranya ada pendapat mengharamkan Kristian dan Yahudi menggunakan nama Allah, sudah tentu kita akan jumpa dalam kitab2 Tafseer dan Feqah yang muktabar.
Ini kerana kaum Kristian telah menggunakan nama Allah semenjak zaman Nabi SAW. Kristian Koptik di Mesir menggunakan nama Allah semenjak lebih 1000 tahun dahulu. Hampir-hampir sama umur dengan Universiti Al Azhar sendiri.

Ertinya ia bukan perkara baru dalam Islam dan pasti ianya terkandung dalam kutub ulama2 besar yang terdahulu. Lainlah kalau kita nak bincang pasal hukum Amanah Saham Bumiputra. Yang ni, bukaklah semua kitab2 lama pun, kita takkan jumpa hukum nya.

Bayangkan, kalau perkara “Ribath” (tempat mandi umum) pun ada hukum yang kita boleh baca dari tulisan-tulisan ulama besar2 terdahulu, inikan pula perkara besar macam kalimah Allah. Sudah tentu pengharamannya memenuhi kutub ulama2 besar terdahulu.

SAYA TAK BERANI BERLAGAK PANDAI. SAYA JAHIL DALAM AGAMA

Saya sendiri pada mulanya mahu mengambil sikap menentang penggunaan kalimah Allah oleh kaum Katholik. Tapi, saya berfikir kembali, siapakah saya ini berbanding dengan ulama-ulama besar yang terdahulu? Kalau ulama-ulama terdahulu tidak mengharamkan, siapakah saya hendak menunjuk pandai?

Maka, saya mengambil sikap untuk tidak meneruskan sikap ini dan menukar sikap saya. Saya takut dituduh sebagai angkuh dan sombong dengan membelakangi ulama-ulama besar yang terdahulu seperti Ibnu hazm yang tinggal di Sepanyol.
SAya juga sedar ilmu saya rendah dan saya tak boleh sampai ke tahap MUJTAHID dapat mengistimbat hukum terus dari Al Quran dan Sunnah.

BEBERAPA HUJJAH HUKUM SYARIAH YANG SAYA HADAPI

Di dalam Facebook ada seorang pengunjung telah memberikan alasan “Sadd Zari'ah”. Secara mudahnya ia bererti mengharamkan perkara yang bakal membawa umat Islam kepada melakukan perkara haram. Maka saya berkata kepada pengunjung facebook saya, setakat ini kalimah Allah telah digunakan di Sabah dan Sarawak semenjak sebelum Merdeka lagi. Bolehkah beliau membawa bukti telah berlakunya murtad kepada umat Islam hanya kerana orang Kristian Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah “Allah”? Beliau tidak mampu memberikan apa-apa bukti.

Dan kaedah ini juga tidak releven lagi sebab kalimah Allah telah pun digunakan oleh orang Kristian di Sabah. Bukan benda baru.

Ada pula yang menggunakan alasan “Siyasah Syariyyah”. Tapi, mereka yang menggunakan alasan ini tidak dapat memberikan huraian yang jitu dan terperinci. Perkataan Siyasah Syariiah ini luas dan terbuka kepada banyak ijtihad dan tafsiran. Jadi, sekadar menyebut perkataan “Siyasah Syariiah” sahaja tidak mencukupi untuk menjadi alasan menolak kebenaran orang Katholik menggunakan kalimah Allah.

Harus diingat bahawa “Siyasah Syariiah” serta “Saad Zariah” bukanlah sumber hukum syariah yang disepakati oleh semua ulama. Ianya masih khilaf.

Sebagai penutup, kalau Ustaz Nasruddin dapat membawa pendapat ulama2 besar yang muktabar terdahulu mengharamkan penggunaan kalimah Allah, nescaya saya akan mengubah pendirian saya sama sekali.

Saya berpegang dengan kata-kata guru saya sewaktu membandingkan diri beliau dengan Imam Syafiee. Beliau kata kalau beliau ngaji 100 tahun pun ilmu beliau tak sampai ke tahap ilmu Imam Syafiee. Dan beliau ini telah mengaji lebih 100 shuyukh dan 51 darinya beliau mendapat “ijazah” terus dari shuyukh tersebut.

Wallahualam

Tulang Besi

Kalimah Allah dan Syariat Allah

1. Banyak pihak begitu marah dan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka .

2. Pendirian saya sendiri jelas dan tidak pernah berubah sehingga saat ini , bahawa kalimah Allah swt adalah Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah swt. Firman Allah swt :
قل هو الله أحد الله الصمد لم يلد و لم يولد و لم يكن له كفوا أحد

Katakanlah [ Wahai Muhammad ] Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa . Allah tempat bergantung dan meminta segala sesuatu . [ Allah ] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya .
Surah al Ikhlas : 1-4

3. Sesiapa pun [ muslim atau non muslim ] yang mahu menggunakan kalimah Allah mestilah menggunakannya dengan betul iaitu Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya . Haram dan kufur jika kita membenarkan perbuatan , tindakan atau kenyataan yang menduakan [ mensyirikkan ] Allah swt . Seperti membenarkan perkataan orang yang berkata : " Allah itu ada anak " dan seumpamanya . Kerana perkataan itu salah dan bertentangan dengan keEsaan Allah swt. walau siapa [ non muslim atau muslim ] yang berkata demikian .

4. Allah swt sendiri murka terhadap mereka yang menggunakan kalimah Allah secara salah [ dengan berkata Allah mempunyai anak ] , maka bagaimana mungkin kita boleh bersetuju dan redha jika ada yang menggunakan kalimah Allah secara salah seperti mensyirikkan Allah swt [ menganggap Allah ada anak dan isteri atau menduakan Allah dengan tuhan yang lain ] Firman Allah swt :
و قالوا اتخذ الرحمن ولدا لقد جئتم شيئا إدا تكاد السموات يتفطرن منه و تنشق الأرض و تخر الجبال هدا أن دعوا للرحمن ولد

dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak .
Surah Maryam : 88 - 91

أئنكم لتشهدون أن مع الله ءالهة أخرى قل لا أشهد قل إنما هو اله واحد وإنني برئ مما تشركون

Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt .
Surah Al An'am : 19

5. Manakala pengguna kalimah Allah swt secara benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri yang telah mengisytiharkan zatNya tiada sekutu dan bandingan [ seperti yang termaktub di dalam surah al ikhlas ] , maka ia adalah pengguna yang bijak dan benar , malah dibenarkan sekalipun ia seorang non muslim . Inilah yang Allah swt sebut di dalam al Quran :
ولئن سألتهم من خلق السموات و الأرض و سخر الشمس و القمر ليقولن الله فأنى يؤفكون

dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran .
Surah al Ankabut : 61

Sekitar pemafahaman dari ayat ini :

a ] Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [ begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka .]

b ] Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .

c ] Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [ Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar ]

d ] Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?

e ] persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [ menggunakan kalimah ] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .

6. Tidak hanya menggunakan kalimah Allah swt secara salah [ seperti menduakan Allah swt ] sahaja yang mesti ditolak , tetapi juga termasuklah perbuatan mempersenda dan mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. juga mesti ditentang dan ditolak .

7. Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu . Hairannya , tiada pula orang nak marah . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut . Kecuali sebahagian kecil ummat Islam yang konsisten berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt . termasuk PAS .

8. Terlalu banyak aktiviti dalam negara kita yang bertentangan dengan syariat Allah . Mengalungkan bunga ke tugu kebangsaan sebagai contoh , telah jelas ada fatwa dari majlis fatwa kebangsaan , tetapi kerajaan masih mengamalkannya saban tahun . Tiada pula amukan dari PERKASA untuk membantah amalan itu . Sedang itu secara terang terangan menghina majlis fatwa dan menghina agama Allah . Apakah kerana ia dilakukan oleh orang yang mengaku muslim maka ia tidak diambil endah ?

9. Al Amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar sebagai asas sebuah pemerintahan Islam tidak diamalkan dengan penuh tanggungjawab dalam negara kita . Terkadang seperti sengaja mereka mahu memperkecilkan ajaran Islam . Mereka buat tempat maksiat seperti kelab - kelab malam yang bercambah lalu mereka melantik pencegah maksiat supaya membuat operasi sesekali dihujung hujung bulan .

10. Bukankah ini satu persendaan ? mereka buat masjid mereka juga buat kelab malam . Mereka buat musabaqah al Quran mereka buat juga pertandingan ratu cantik . Mereka buat universiti Islam , mereka juga buat akademi fantasia . Mereka memberi sumbangan kepada fakir miskin , mereka juga melakukan rasuah dan membolot harta kekayaan negara. Mereka bukan buat amar makruf Nahi Mungkar tetapi Amar Makruf Amar Mungkar. Ini satu persendaan kepada syariat Allah swt . Ini juga mesti ditentang dan ditolak .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 16:29

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 16:29 11 comments Links to this post
Saturday, 2 January 2010

25 comments:

Anonymous said...

Bro..tantawi is driving a merc mata bulat..jenis 20sen 10 sen,buatan kafir..lets face the reality once and for all..Malaysia dlm isu ugama,kerohanian adalah kuno,primitif,dah terlampau off tangent..even a small kid will be able to hafal,recite al quarn,without undertanding a single thing..didnt Najib quote verses the other day?..people wearing religious garb are experts kah?thieir heads shining with light kah?Allah,the infinite is too vast,but haprak ulamaks in this country have downgraded,tribalised Islam,quranic verses into 1/2 truths,full lies..

Anonymous said...

Sometimes,i feel,the high powered mystiques have made the mistake by being too aloof..cant blame them also,becos when,there is this pressure to be with the divine,isolation,becomes a nessacity(in oder to fully,wholly concentrate on the divine)..and some of them have such power,they can blow all this 3/4 ularmaks to pieces..that's right..so much of of falsehiood,so much of intellectual garbage have entered our consciousness..as a result,the meaning of ALLAH pun tau..and this buggers call thmeselves muslims..what a joke!!

Anonymous said...

Allah is also bliss,the irristable,love..lets ask these haprak ulamaks a question..all those atrributes separate or the same?..How much longer can we go on s uttering the word "tuhan"..it so clear,in the quran and in the most sacred verse ayat al kursi,"THERE IS NO GOD BUT HE"..but due to our ignorance,and constant repetation of this mantra "ALLAH TUHAN AKU",our kepala dan jiwa dah berdengung..thank got ada facebook for relief!!

sebatang kara said...

Salam,

Mintak maaf mencelah. Ustaz Nasruddin Tantawi telah memberikan pandangan beliau berdasarkan ilmu beliau di mana telah dituntut mungkin dari beratus guru. Jika TB cuba merujuk kepada ulama silam saya rasa isu ini tidak pernah ditimbulkan pada zaman mereka. Malahan saya merasakan ulama-ulama silam sendiri tidak pernah berbicara mengenai isu ini. Soal bangsa arab menggunakan nama Allah saya sendiri tidak akan mempertikaikannya, kerana mereka telah menggunakannya semenjak sebelum nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Itu sebab isu ini tidak timbul pada zaman ulama-ulama silam terdahulu kerana kesemua ulama tersebut tertumpu di tanah arab di mana mereka hidup di sekitar bangsa nasrani dan yahudi yang telah menggunakan kalimah ALLAH lebih lama sebelum kita.

Berbeza dengan keadaan kita di Malaysia di mana agama kristian yang diamalkan oleh penganutnya di mana berasal dari eropah di mana mereka sekali-kali tidak menggunakan perkataan ALLAH sebaliknya GOD. Seperti saya nukilkan sebelum ini, semenjak Alfonso menjejakkan kaki ke Melaka sehinggalah Inggeris meninggalkan Malaya, tidak pernah mereka gunakan perkataan Allah. Kenapa perkara ini timbul baru-baru ini. Saya melihat suatu niat yang kurang baikk di sini.

Berbalik kepada hujah Ustaz Nasrudin sebelum ini, saya merasakan tidak nampak suatu yang tidak kenapun pada hujahnya. Seperti yang saya terangkan sebelum ini, saya yakin beliau mempunyai ilmu yang cukup tinggi untuk mengeluarkan pendapat wai'ma berijtihad sekalipun (sekurang-kurangnya untuk dirinya sendiri). Tapi saya melihatkan hujah yang dikeluarkan oleh TB hanyalah berpaksikan bacaan dan hujah minda sahaja. Ingat, guru-guru kita di sekolah selalu berpesan, berguru dengan buku ibarat berguru dengan syaitan.

Walaubagaimanapun saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang lebar perkara ini kerana saya bukannya di kalangan orang yang arif tentang perkara ini. Lebih baiklah kita serahkan perkara ini kepada mereka yang lebih berkelayakan umpamanya Majlis Fatwa Kebangsaan.

zakwan said...

Anybody gonna explain 2 me y the Vatican,the highest authority in Catholic refuse 2 use the word "Allah" in their religious practice?

I hope u can answer this, TB

Anonymous said...

Sbatang Kara, ko sapa nk hujah2 ngn tulang babi?
Mana2 ulamak ke cerdik pandai Islam semua x bleh la kalo nk berhujah ngn tulang babi kalo hujah mereka tu x seiringan dgn kehendak tulang babi @ Archbishop Tulang babi.

sebatang kara said...

Anonymous kata...
Sbatang Kara, ko sapa nk hujah2 ngn tulang babi?
Mana2 ulamak ke cerdik pandai Islam semua x bleh la kalo nk berhujah ngn tulang babi kalo hujah mereka tu x seiringan dgn kehendak tulang babi @ Archbishop Tulang babi.

Saya bukan berhujah, cuma bagi pandangan. Ilmu saya bukannya hebat untuk berdebat/hujah dengan orang.

p/s : tak baik bagi gelaran-gelaran buruk kat orang.

Anonymous said...

//Anybody gonna explain 2 me y the Vatican,the highest authority in Catholic refuse 2 use the word "Allah" in their religious practice?

I hope u can answer this, TB//

1st of all,christianity in europe is not the original one preached by jesus Christ..in fact christ's holy trinity is even misundertood by christian scholars..only the the ancient christian mystics are aware of the holy trinity..the rest of humannity are still in the "duh" category..people pretending to be holy and mighty can no longer con joe public..joe public r either couldnt be bothered or seeking answers on their own,not depending on organised religion pundits..

Anonymous said...

"People of the book"....for f*kin centuries,due to katak dibawah temperungism,semitic pundits think people of the book are the jews torah,King Yesu's bible(and god only knows how many version dah dicetak)..is that all?Ini fakta betuikah?And Moses's thou art not do this ,thou art not do that are the alpah omega of the cosmos,transcendent?..ancient mayans,orphic,celti were higly civillised peopel,but they didnt have any written testimonies(did they?)..now,which race group(or sub continent) which has absolute knowledege and books on the absolute,the supreme,the cosmos,the transcendent,etc etc?..Oh,yes,tha patung worshiping hindus(arent u all gonna shout shreeeeeeeek!!syriiiiiiiiiik!???)..vedas alone ada 4 buku,upanishad 11..and then there is the gITA pulak..and so many texts,philosophies(sometime too many can be very confusing!!)..and yet,maha pundekiawan kat sini suka lebal org india kafir,syirik,etc etc..and what about the chinese?Dont they know about the infinite,the absolute,sponataneous knowledge..one of the greatest inventive nation came to know about the infinite,the absolute ,silence thouands of years before christ or islam..but para lanchaukiawan,out of sheer irihati(or to cover up thier pariahisism,dungusim),they shout.."cina babi!"

Tulang Besi said...

Delete
Anonymous sebatang kara said...

Salam,

Mintak maaf mencelah. Ustaz Nasruddin Tantawi telah memberikan pandangan beliau berdasarkan ilmu beliau di mana telah dituntut mungkin dari beratus guru. Jika TB cuba merujuk kepada ulama silam saya rasa isu ini tidak pernah ditimbulkan pada zaman mereka. Malahan saya merasakan ulama-ulama silam sendiri tidak pernah berbicara mengenai isu ini
.

Sebab itu saya mempersoalkan adakah Ustaz Nasaruyddin Tantawi merasakan ilmu beliau lebih tinggi dari ulama2 silam yang muktabar?

Sebatang kara said...

Mungkin saudara TB tidak paham apa maksud saya. Saya cuba menerangkan kepada TB bahawa isu/permasalahan ini mungkin tidak pernah timbul pada masa silam, jadi ianya mungkin juga tidak pernah dibincang atau dibahaskan oleh mana-mana ulama'. Jika perkara ini belum diputuskan sebelum ini, oleh itu para ulama'(seperti majlis fatwa) harus berijtihad agar islam tidak keliru dengan masalah ini.

Satu perkara lagi kepada TB, saya nasihatkan kepada TB agar menapis pos-pos yang dihantar oleh saudara bukan Islam, terutama sekali bila membincangkan perkara-perkara berkaitan Islam kerana tiada apa yang boleh dipakai cuma suatu penghinaan yang penuh beremosi terhadap umat Islam dan umatnya.

Tulang Besi said...

Mungkin saudara TB tidak paham apa maksud saya. Saya cuba menerangkan kepada TB bahawa isu/permasalahan ini mungkin tidak pernah timbul pada masa silam, jadi ianya mungkin juga tidak pernah dibincang atau dibahaskan oleh mana-mana ulama'. Jika perkara ini belum diputuskan sebelum ini, oleh itu para ulama'(seperti majlis fatwa) harus berijtihad agar islam tidak keliru dengan masalah ini.
.

Ia tidak timbul di masa silam sebab ia tidak pernah menajdi isu.

Hanya UMNO dan penyokong mereka dari kalangan Fraksi UMNO sahaja yang nak buat isu.

Sebatang kara said...

Ia tidak timbul di masa silam sebab ia tidak pernah menajdi isu.

Hanya UMNO dan penyokong mereka dari kalangan Fraksi UMNO sahaja yang nak buat isu.

Sebablah itulah saya berpendapat pihak yang berkelayakan (para ulama') harus berijtihad dalam hal ini sebab saya rasakan lebih 90%(termasuklah saya sendiri) umat Islam di Malaysia masih jahil perkara ini. Ini juga bertujuan agar umat Islam tidak terus terkeliru. Dan kita sebagai umat yang jahil wajib berijtihad dengan ijtihad ulama' ini.

January 13, 2010 2:47 PM
Delete
Anonymous Sebatang kara said...

Ia tidak timbul di masa silam sebab ia tidak pernah menajdi isu.

Hanya UMNO dan penyokong mereka dari kalangan Fraksi UMNO sahaja yang nak buat isu.

Sebablah itulah saya berpendapat pihak yang berkelayakan (para ulama') harus berijtihad dalam hal ini sebab saya rasakan lebih 90%(termasuklah saya sendiri) umat Islam di Malaysia masih jahil perkara ini. Ini juga bertujuan agar umat Islam tidak terus terkeliru. Dan kita sebagai umat yang jahil wajib berijtihad dengan ijtihad ulama' ini.
.

Iye lah, ia jadi isu sebab UMNO yang menjadikannya isu.

Bukan Islam dan bukan mereka yang mahukan Islam.

Bah Lontok said...

Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

Anonymous said...

tulang besi kan ngaji lama.. sebatang kara sobeng nok mandai2 ah nok ajor tulang besi.. ingat tulang besi tu sapa.. bakal CEO tahu tak.. tapi tak jadi.. tak pe ah, dia mmg terrer.. kerja mesir lagi, org lain apa ada setakat mengaji mesir mana leh lawan org kerja dimesir.. tb ah tu

tak caya tanya ayah dia, ayah dia dulu tukang beri usrah, dia dulu pun ngaji sejok umar 12 th, kelas.. tengok gambar dia ah.. jauh ah dgn ustz tantawi, warok je napok.. saya tetap sokong tb, seorg yg alim lagi warok. wase2 leh ah gantu TGNA ke TGHH ke.. tapi molek jadi mursidu am terus..

dok gitu TB?

Anonymous said...

tuan TB.
1.alahai ulamak sekular berguru komputer,berdebat degan ulamak agama!!
2.Nak bezakan antara puak kristian pakiam dan puak kristian koptik pun tak tau!!Nak berdebat dengan oghang la pulak!!!
3.Lawan jangan tak lawan!Nanti gaji kena potong!!!!!

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Awak ni sehat ke?

Tulang Besi said...

Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

January 13, 2010 3:56 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

tulang besi kan ngaji lama.. sebatang kara sobeng nok mandai2 ah nok ajor tulang besi.. ingat tulang besi tu sapa.. bakal CEO tahu tak.. tapi tak jadi.. tak pe ah, dia mmg terrer.. kerja mesir lagi, org lain apa ada setakat mengaji mesir mana leh lawan org kerja dimesir.. tb ah tu

tak caya tanya ayah dia, ayah dia dulu tukang beri usrah, dia dulu pun ngaji sejok umar 12 th, kelas.. tengok gambar dia ah.. jauh ah dgn ustz tantawi, warok je napok.. saya tetap sokong tb, seorg yg alim lagi warok. wase2 leh ah gantu TGNA ke TGHH ke.. tapi molek jadi mursidu am terus..

dok gitu TB?
.

Nilah dia orang dah habis hujah. Bila dah takda modal, mulalah mengarut macam ni.

Aku suruh kau bersumpah tu, bila kao nak bersumpah, wahai Batu Api?

Sampai sekarang aku tunggu tak sumpah2 lagi.

Takut ke?

Erdogan said...

saudara TB, saya lihat saudara ni seolah-olah ingin memburukkan ust nasruddin. knp?????setelah saya baca artikel ustaz nasruddin dr mula hngga akhir, saya setuju dengannya dan saya percaya kalo orang Islam yang bersih hatinya membacanya, saya rasa tidak ada satupun persoalan yang akan dilemparkan. hal ini kerana penerangannya jelas dan tidak melanggar syariat ALLAH. Saya lihat saudara TB sengaja menimbulkan persoalan seolah olah saudara ada niat buruk....

Tulang Besi said...

Delete
Blogger Erdogan said...

saudara TB, saya lihat saudara ni seolah-olah ingin memburukkan ust nasruddin. knp?????setelah saya baca artikel ustaz nasruddin dr mula hngga akhir, saya setuju dengannya dan saya percaya kalo orang Islam yang bersih hatinya membacanya, saya rasa tidak ada satupun persoalan yang akan dilemparkan.
.

Saya rasa saudara yang tak faham persoalan yang saya timbulkan.

Persoalan saya adalah:

Oleh kerana orang Krisitian Arab telah menggunakan kalimah Allah 300 tahun sebelum Nabi Muhammad SAW, mengapa tiada seorang pun ulama muktabar yang mengharamkannya?

Anonymous said...

Tulang besi kata :
Oleh kerana orang Krisitian Arab telah menggunakan kalimah Allah 300 tahun sebelum Nabi Muhammad SAW, mengapa tiada seorang pun ulama muktabar yang mengharamkannya?

tapi lupakah tulisan Tulang Besi sendiri menyokong pengharaman di Malaysia... Situasi di Mesir dan di MAlaysia berlainan... memang di Mesir ada Hosni Mubarak.. tapi mereka tiada UMNO...

http://www.malaysiawaves.com/2010/01/awasi-perangkap-umno-dalam-isu.html
Walaubagaimanapun, Tulang Besi merasakan di Malaysia, tidak seharusnya perkataan Allah digunakan oleh bukan Islam tetapi bukan atas dasar agama. Lebih kepada atas dasar budaya dan cara hidup. Ditakuti membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam akan menaikkan sensitiviti kaum serta dieksploitasi oleh pihak2 seperti UMNO.

Anonymous said...

nampak gaya pendirian Tulang Besi tiba tiba berubah 180 darjah... hehehhe

Anonymous said...

Why are the same circus & clowns coming here again, again & again...?

Why can't our Power-that-is just say "STOP IT"...? "NO MORE"...!!!

Anonymous said...

Hey i am suuper boy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.