Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 18, 2010

MISTERI ABAD INI: Ke Mana Hilangnya Wang Hasil Petroleum Malaysia? Anak-Anak Gadis Kita Bakal Jadi Pelacur

Saya terbaca di Wikipedia, bahawa keuntungan dari hasil petroleum Norway dimasukkan dalam satu tabung bernama “Statens pensjonsfond utland, SPU” (TERJEMAHAN: Tabung Pencen Kerajaan Global). Asalnya, tabung ini bernama “Tabung Petroleum” yang ditubuhkan oleh kerajaan Norway untuk menyimpan hasil dari cari gali Petroleum di luar pantai Norway.

Setakat yang diketahui, tabung petroleum Norway ini adalah tabung pencen terbesar di Eropah serta keempat terbesar di dunia dan tabung ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil petroleum Norway.

Penerangan berkenaan dengan tabung ini dapat dibaca dibawah:

The Government Pension Fund - Global (Norwegian: Statens pensjonsfond utland, SPU) is a fund into which the surplus wealth produced by Norwegian petroleum income is deposited. The fund changed name in January 2006 from its previous name The Petroleum Fund of Norway. The fund is commonly referred to as The Petroleum Fund (Norwegian: Oljefondet). As of the valuation in June 2007, it was the largest pension fund in Europe and the fourth largest in the world [1], although it is not actually a pension fund as it derives its financial backing from oil profits and not pension contributions. As of 30 September 2009 its total value is NOK 2.549 trillion ($455 billion)[2], holding 0.77 per cent of global equity markets.[3] With 1.25 per cent of European stocks,[4] it is said to be the largest stock owner in Europe.[5]


Ertinya bagi setiap warga Norway, masa depan mereka TERJAMIN dan hari tua mereka TERJAGA kerana tabung pencen global Norway ini cukup untuk menampung keperluan hari tua setiap warga Norway.

Setiap perbelanjaan wang dalam tabung ini terdedah kepada maklumat umum kerana tabung ini terletak di bawah tanggungjawab kerajaan Norway. Malahan, New York Times melaporkan bahawa cara kerajaan Norway menguruskan hasil Petroleum mereka menjadi rujukan kesemua negara maju di dunia ini. Berebut-rebut negara seluruh dunia mahu mempelajari cara Norway mengurus hasil petroleum mereka.

Ia juga bererti setiap warganegara Norway tahu kemana perginya hasil petroleum negara mereka. Nikmat tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia. Rakya Malaysia tidak tahu ke mana perginya berbillion2 ringgit yang telah didapati oleh kerajaan Malaysia semenjak tertubuhnya Petronas.

KEMANA HILANGNYA WANG HASIL PETROLEUM MALAYSIA?

Ini adalah satu misteri yang sangat besar yang sehingga kini masih tidak terjawab. Hasil yang dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan juga amat besar. Sebenarnya tiada siapa tahu jumlah sebenar hasil minyak Malaysia dan kemana perginya wang ini serta bagaimana wang ini dibelanjakan. Ia adalah misteri yang melanda 27 juta jiwas di Malaysia.

Mengikut Dr Mahathir, sepanjang 22 tahun beliau memerintah, Petronas telah membayar hampir RM168.9 billion (ribu juta) kepada kerajaan.

Sepanjang 6 tahun pemerintahan Pak Lah, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Malaysia sebanyak RM 254 billion.

Di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn, Petronas telah membayar hampir RM 22 billion kepada kerajaan Malaysia.

Jumlah keseluruhan pembayaran Petronas kepada kerajaan dari tahun 1976 ke tahun 2008 adalah RM 456 billion. (Nota: Zaman Najib kita tak tahu berapa banyak wang hasil petroleum dibayar kepada kerajaan)

Bayangkan ini cuma pembayaran kepada Kerajaan sahaja. Ini belum lagi jumlah keseluruhan hasil petroleum negara yang sampai sekarang tiada siapa tahu. Itulah sebabnya YB Lim Kit Siang telah meminta dengan tegas supaya akaun Petronas didedahkan kepada Parlimen bagi disiasat kemana perginya setiap sen hasil Petroleum negara.

RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA KEMPUNAN UNTUK MERASA WANG MINYAK MALAYSIA

Apa sangat duit Petroleum yang kita nikmati? Kalau nak kata kita dapat jalan, semua highway di Malaysia dikenakan tol yang semakin menaik. Kita masih kena bayar harga kereta yang mahal serta Cukai Jalan.
Kalau nak kata harga minyak murah, tak murah jugak. Kalau nak kata harga barang makan makin murah, barang makanan makin mahal dan semakin mahal.

Kalau nak kata gaji kita makin naik, tak naik jugak. Harga rumah pun tak lah murah disebabkan kita banyak duit minyak. Harga rumah tidak murah dan tiada bantuan dari kerajaan pun untuk bantu rakyat Malaysia beli rumah.

Kalau nak ikut Norway, wang minyak akan dimasukkan ke EPF. Tapi, kita tengok takda pun Petronas masukkan duit minyak dalam EPF menyebabkan peratus keuntungan EPF tidak naik-naik.

Dari segi pelajaran pun, kita tak tengok Petronas membantu ramai pelajar-pelajar dari segi pembiayaan pembelajaran. Hanya beberapa kelompok kecil anak-anak serta kaum keluarga pekerja Petronas sahaja.

Dari segi pembiyaaan kesihatan lagi teruk. Sapa yang pergi ”Prince Court”, harga rawatan separa dengan hospital-hospital swasta yang lain. Takda pun murah.
Dari segi tenaga elektrik, kadar makin mahal bukan murah.

Kehidupan rakyat Malaysia makin terhimpit namun tiada nampak ada usaha menggunakan wang minyak Malaysia untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia.

Jadi, dimanakah RAKYAT MALAYSIA serta ORANG MELAYU dapat merasai nikmat wang minyak Malaysia?
Saya percaya 99% rakyat Malaysia tak dapat rasa pun nikmat wang minyak Malaysia.

WANG MINYAK MALAYSIA HANYA UNTUK KRONI DAN UMNOPUTRA

Bukti dan semakin banyak. Kita lihat mereka boleh anjurkan benda-benda membazir macam ”Monsoon Cup” di Terengganu. Buat bangunan-bangunan yang membazir dengan duit royalti minyak Terengganu sampai banyak bangunan yang runtuh. Tapi tu cuma secebis sahaja dari jumlah keseluruhan wang hasil Petroleum Malaysia.

Di zaman Dr Mahathir, lebih USD 100 billion duit kita hilang melalui projek2 bodoh dan membazir Dr Mahathir. Buku mendedahkan pembaziran Dr M ini sehingga sekarang tidak diizinkan dijual di Malaysia.

Di zaman Pak Lah, lagi teruk. Sikit pun kita tak tahu mana pergi duit ni?
Orang-orang kebanyakan macam kita ni adalah bangsat dan tak layak menikmati hasil Petroleum Malaysia. Hasil minyak Malaysia ni hanya untuk orang-orang elit dan UMNOPUTRA semata-mata. Orang bangsat macam kita tak layak menikmati wang Petroleum Malaysia.

KITA TAK NAK BELAJAR DARI INDONESIA KE?

Nanti bila hasil Petroleum Malaysia habis, mereka-mereka ini akan keluar dan lari dari Malaysia dengan membawa berkodi-kodi wang hasil minyak ini. Pada waktu itu, generasi masa depan Malaysia akan jadi seperti Indonesia sekarang ini.

Setelah wang minyak Indonesia habis dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau, rakyat Indonesia sekarang majoriti hidup dalam kelaparan dan kemiskinan yang begitu teruk. Bayangkan kelaparan itu telah menjadi perkara biasa kepada JUTAAN rakyat Indonesia.
Kalau nak tengok bagaimana Malaysia nanti apabila wang minyak kita dihabiskan oleh UMNO dan UMNOPUTRA, duduklah di Jakarta ini.

Anak cucu kita akan merempat dan makan sampah serta anak-anak gadis kita nanti terpaksa melacurkan diri semata-mata mahu mencari sesuap nasi. Itulah nasib rakyat Indonesia setelah habis wang minyak Indonesia dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau.

Dari dua segi, kerajaan Norway lebih ISLAM dari Kerajaan Malaysia:

a. Pengurusan dana Petroleum yang memikirkan masa depan rakyat Norway
b. Polisi penjualan arak yang mengharamkan keuntungan. Hanya untuk keperluan domestic sahaja.

Bilakan orang Melayu hendak melupakan isu remeh seperti nama Allah dan konsentrasi isu yang lebih penting: PEROMPAKAN WANG MINYAK OLEH UMNO DAN KUNCU2 MEREKA.

Sedarlah wahai orang Melayu sekelian. Kamu dah kena tipu hidup-hidup oleh UMNO semenjak Merdeka sampai hari ini.

Bangunlah wahai bangsa ku. Berhentilah dari asyik jadi mangsa penipuan. Adakah kita rela melihat anak-anak gadis kita menjadi pelacur di masa hadapan?

Tulang Besi

Oil Revenue Payments to Malaysian Government
On July 4, 2009 Petronas adviser Tun Dr Mahathir Mohamad asked what did the government spend with the RM253.6 billion payment from the national oil company over the past six years when his successor Tun Abdullah Ahmad Badawi was prime minister. He said that Petronas has been paying dividends, taxes, royalties and export duties to the government since 1976, after it was set up as the national custodian for fossil fuels. Petronas began by paying the government RM300 million in 1976, rising to RM2 billion in 1981, when Mahathir assumed office. The total from 1981 to 2003 was RM168.8 billion for the 22 years that marked Dr Mahathir's tenure as the country's fourth prime minister.[10] Opposition leader Lim Kit Siang urged the Barisan Nasional government to open its books on Petronas and give a full accounting of how payments from the national oil company had been spent since its inception. Lim said that previously Mahathir did not raise any issues about the misuse of funds from Petronas, set up in 1976 as the national oil company, to bail out "dubious projects”. He pointed to the infamous incident where RM2 billion was used to bailout Mahathir's son Mirzan Mahathir’s shipping concern Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) in 1998 when KPB was floundering in billion-ringgit debts with its share price falling to RM3.78 by February 1998, a fraction of its pre-financial crisis level of over RM17. He claimed that there were other occasions under Dr Mahathir when “Petronas was used as a national piggy bank” such as the RM2.5 billion and RM1 billion bail-outs of Bank Bumiputra in 1986 and 1989, aiding MAS and Proton in their financial struggles as well as to fund mega-projects such as the Petronas Twin Towers and the shifting of the federal administration to Putrajaya. Lim also demanded a full accounting of the RM15.2 billion royalty owed to the Terengganu government from 2000 to 2009, which he claims were “hijacked by the federal government when the Terengganu state government fell to PAS.[11]

30 comments:

Anonymous said...

...sebening subuh..
Isu ni payah sikit nak komen!nak debat!kadang-kadang aku maghah jugak sebab dok pakai minyak pak arab jee!!yang minyak neghara aku!yang bersih!aku tak berpeluang pakai!!Aku dok jeles jugak dengan pak arab!harga minyak dinegara depa mughah!!!mengalahkan ayaq!!!TAPI aku sampailani dok tumpang banggala kot!!!! tenguk iklan petronas dirace formula one!!!team mercedes ada lambang petronas!Team Malaysia ada petronas!Team BMW)dulu punnnnnn ada lambang petronaqs!!!!Lepas tu kita ada jugak menagha pertronasssssss!!!!Gena GM!Hangla ulas pekagha ni!!!Aku panas telinga jugak niiiiii!!!!!!!!

Anonymous said...

...alahai sikitla lagi...
Yang hang hurai diatas betuila TB oiii!!Tapi janganla sampai buat persepsi anak dagha melayu dan islam akan jadi pelacoq!!!Beghat tuduhan tu!!!Hang kan pandai dalam hukum-hukum agama ni!!!!!

Anonymous said...

"Urusan ‘Islamik’ MPKB Bandar Raya Islam kepada Sensa Timur ini menimbulkan seribu satu pertanyaan, kebetulan pula di dalam proses Membangun Bersama Islam, seorang mak Datin dari pihak Sensa Timur mempunyai hubungan amat intim dengan Datin Sabariah, isteri Tuan Guru Nik Aziz dan ibu mertua kepada Almenantunya. Apatah lagi abang ipar Almenantunya yang menjolok dirinya sebagai Al Fadhil Nik Abduh Bin Dato’ Nik Abdul Aziz duduk sebagai Ahli Majlis MPKB Bandar Raya Keluarga Islam Pulau Melaka.
Di dalam waktu yang sama, Al Fadhil abang ipar ini yang juga ahli lembaga pengarah sebuah lagi agensi milik Kerajaan Negeri telah memindah nombor pendaftaran PAS 17 miliknya dari SUV CRV ke sebuah MPV bernilai lebih kurang RM240,000. Al Fadhil juga dilaporkan baru membeli rumah kedai bernilai RM500,000 di Rantau Panjang."-kickdefella.
..alahai sikit lagi...
kes ni macammana pulak!!tu baghu dapat atau tenguk duit berjuta!!Kalau dapat pegang duit berbillion tak jadik sama seperti kes petronas nanti!!!!Hang dapat beri jaminan ka tuan TB oiii!!!!

Tulang Besi said...

bang, benda ni saya tengok sendiri berlaku di Indonesia.

Benda ni bukan benda buat-buat tapi berlaku di Indonesia.

Sebatang kara said...

Saudara TB,

Yang ni saya sokong TB 97.3%. Yang 2.7% lagi adalah:

Dari segi pembiyaaan kesihatan lagi teruk. Sapa yang pergi ”Prince Court”, harga rawatan separa dengan hospital-hospital swasta yang lain. Takda pun murah.
Dari segi tenaga elektrik, kadar makin mahal bukan murah.


Dengaq kata "Prince Court" jenis Hospital kelas 5 bintang. Katanya harganya jauh lagi mahai dari hospital swasta biasa.

Anonymous said...

persoalan yg TB bangkitkan itu paling mudah utk di jawap...mempersoalkan org lain amat mudah tanpa kita juga lupa utk mempersoalkan diri sendiri...dulu pernah selalui kita dengar cogan kata , "jgn tanya apa sumbangan negara kepada anda TAPI kita tanya apa sumbangan kita pada negara." ...Persoalan Hilangnya duit petronas atau bagaimana kerajaan menghabiskan duit atau menguruskan duit negara selalu aku terbaca dlm buku buku politik akhir akhir ini yg banyak ditulis oleh penulis berbangsa CINA yang aku akui mereka ini dari golonbgan bijak pandai...TETAPI dalam masa yg sama persoalan persoalan yg ditulis itu SGT MENGGURiskan perasaan aku sebagai bangsa MELAYU dan BERAGAMA ISLAM kerana tulisan tulisan sebegini secara tidak langsung mempertikaikan kredibility UMAT ISLAM dalam MENTADBIR URUS NEGARA...dgn kata lain org ISLAM BANGANG GILER tak reti nak urus negara...regardless umat islam itu dlm parti apa, tulisan begini sgt menghina ...berlonggok org org PAS dlm PETRONAS , malah pada satu ketika Petronas sudah dikuasai oleh juak juak beraliran PAS ...so kiranya anda menghina PETRONAS maka anda menghina org org anda sekali yg bekerja bertungkus lumus memastikan Petronas itu berjaya...NAK TAHU KEMANA DUIT TU PERGI????? AKU SEBAGAI ANAK MUDA >>nI AKU NAK KASI TAHU TB DUIT TU PEGI MANA>>>>ALHAMDULILLAH DGN BANTUAN PENUH KERAJAAN MAKA AKU DAPAT MEMENUHI IMPIAN ORG TUA BELAJAR HINGGA KE EPRINGKAT TERTINGGI DAN SEKARANG BEKERJA DGN SEBUAH KORPORAT YG BERJAYA....THANK YOU TUN DR MAHATHIR....JASAMU TETAP KU KENANG HINGGA AKHIR HAYAT....kesemua 12 adek bradek aku dari kampung semua berjaya alhamdulillah...kerajaan bantu kami dari sekolah rendah sehinggalah ke universiti...HATTA adek bradek AKU yg berniaga pun dibantu kerajaan sehingga hari ini abg abg AKU yg dah berjaya sekarang MEMBANTU PULAK ANAK ANAK MELAYu kita utk bekerja dgn beliau dan seterusnya sama sama berjaya....ALHAMDULILLAH....KAMI DIBANTU kami ingat JASA kERAJAAN BN, kami bersyukur pada ALLAH...dan waktu ini waktu kami membalas semula segala JASA kerajaan BN dan Pimpinannya....AMIN....SO mana DUIT PETRONAS? sendiri PK ler brader

Org Kampung
Nuess Germany

Sebatang kara said...

Anon kata,

regardless umat islam itu dlm parti apa, tulisan begini sgt menghina ...berlonggok org org PAS dlm PETRONAS , malah pada satu ketika Petronas sudah dikuasai oleh juak juak beraliran PAS ...so kiranya anda menghina PETRONAS maka anda menghina org org anda sekali yg bekerja bertungkus lumus memastikan Petronas itu berjaya...

Tambah sikit.... dan duit PETRONAS jugaklah buat Bail-out Syarikat Perkapalan anak aku sebanyak 2 Billion.

Sebanarnya TB bukan nak direct kat Petronas sebab Petronas ikut cakap jerr. Mengikut kata Ku Li baru-baru ini dalam Malaysia Insider, Setiap Pengarah dalam Petronas adalah mewakili PM. So segala apa bentuk keputusan dalam Petronas mesti mendapat kelulusan PM terlebih dahulu. Dengan kata lain PM berkuasa sepenunya dalam Petronas seperti membuat keputusan melantik atau memecat sesapapun termasuklah kakitangan bertaraf peon.

Anonymous said...

I am 40 years old now. I have NEVER EVER seen a single sen of Petronas's money for 40 years.

I believe as long as BN is still in power, I will NEVER EVER see a single sen of Petronas's money for the next 40 years.

Anonymous said...

Wat else to expect frm puak k0te keraih dajjal UMNO?$$ dri minyak cudah disapu bersih oleh para pariah iblis..next target is our countrys foreign reserve lah..$$ EPF perlu diselidk..objectif UMNO puaka is to rape,plunder everything frm Mlaysia..

Anonymous said...

hah!teringat..$$ tabung haji pun disapu..dimana ada dui,situ ada UMNO VAMPIRE!!

Anonymous said...

Doesnt ANYBODY smell something rotten here?

22 yrs of Mamakthir, RM168.9 billion.

6 yrs of Pak Blur, RM 254 billion.

In 6 yrs of Pak Blur rule, Petronas income is 1.5X of 22 yrs of Mamakthir rule. Shouldnt it be the other way around??? 22 yrs should have more revenue than 6 yrs.

You guna otak sendiri, tengok logik ke tak.

Anonymous said...

"nak Gadis Kita Bakal Jadi Pelacur"

oh ini dah lama start..dan semakin memuncak..banyak taman sekarang ada hotel 2*..maklumlah..gaji basic 8 jam dah turun..cost kehidupan pulak semkain naik...terpaksa cari ah long utk dui "rolling"..so banyak masok cyber main texas pokker..juai badan..juai pit..buat mlm,dan macam macm utk cari dui..ya..malaysia dah jadi anarchy!!

Anonymous said...

aiyaah..si lucifer mahathir kutty ambik komisyen dri shell..pinjaman utk malaysia pun si lucifer ni ambik komisyen..(perlu tanya the land of the rising sun)

Anonymous said...

Kalau kita betui betui buat forensik accounting..i m willing to bet,the $$ stolen by the axis of lucifer/dajjal UBN is well over trillion ringgi malsyia

Anonymous said...

Malaysia sekarang berada dlm keadaan bahaya..dana emas dah pupus..reserve wang dah hilang entah ke mana..fdi tak masuk..banayk kilang2 luar negara sedang relocate ke negara lain..k-k-ekonomi tak wujud(macam mana nak wujud?..danan utk k ekonomi/R&D tlh disapu bersih oleh puak kroni yg sentiasa k0te keraih!)pengganguran semakin bertambah..gaji tak naik..cost kehidupan menggila..ah long berleluasa..everyday ada kes ragut,chintai,bunuh,rogol,macam macm diseluruh malaysia..pndek kata,malaysia is oredi dysfunctional..

Anonymous said...

TB,
nampak gayanye anak cucu cicit malaysia akan datang kena gaji kubur kubur pemimpin kini dan menjual tulang tulang bangkai mereka untuk dijual ke zoo zoo antarabangsa sebagai makanan binatang zoo zoo tersebut.

nak di gali jamban jamban mereka untuk mendapatkan taik2 tak mungkin berhasil kerana semua telah bertukar menjadi racun2 tanah.

itulah yang tinggal untuk generasi akan datang...

Grand Marquis said...

TB dan juak-juaknya mungkin rasa gembira sebab kali ini mereka rasa GM dah terkena, dah tak boleh nak ulas lagi.

Saya sudah banyak kali kata, saya ni bukan orang UMNO. Kita menulis untuk betulkan perkara, bukan membangkang semata-mata untuk membangkang (macam yang TB selalu buat). Oleh itu kalau lihat posting GM sebelum ni, ada perkara-perkara yang saya setuju dengan TB. Malah ada ketika bila TB diasak teruk, saya yang juga ada menjawab untuk beliau bila saya rasa beliau tak bersalah dalam hal itu. Kita sentiasa menekankan sikap adil dalam membuat apa-apa penilaian. Yang benar kita benarkan, dan yang salah kita salahkan. Bukannya yang benar disalahkan dan yang salah dibenarkan semata-mata untuk kepentingan hizbi kita. Inilah yang dikatakan assabiah hizib.

Mengenai duit petronas ini, saya akui, mungkin ia tidak digunakan secara menyeluruh untuk kebaikan rakyat. Tetapi cara TB menulis seolah-olah rakyat tidak merasa langsung. Ini tulisan yang tidak adil. Mungkin kita tidak merasa secara direct, tetapi secara indirect mungkin. Harga minyak, walaupun kita kata mahal, tapi juga disubsidi oleh kerajaan. Kalau tak subsidi, harga minyak kita macam kat singapore tapi x 2.4. Bukankah ini dikira merasa?

Kemudian TB pergi belajar di kansas city, indirectly TB merasa lah hasil dari petronas. Nak hantar orang belajar kat US bukan murah oii.

Dari segi pelajaran, di IPTA, pelajar bayar dalam 1-2k setahun. Menurut pengetahuan saya, kerajaan subsidi 7 bhg dari yuran pelajar. Bukankah merasa dari duit petronas? Itu belum kira berapa ramai pelajar Melayu yang dapat biasiswa pi belajar. Kemudia jumlah IPTA sewaktu 90an hanya sekitar 9-10. Hari ini dah mungkin dekat 30-40. Mana duit nak bina kalau bukan sebahagian dari duit petronas.

Anda sanggup angkat penulis upahan Barry dalam buat tuduhan bodoh pada Mahathir, dan secara membuta tuli kata mana pergi duit 100b yang kerajaan terima. Oiii TB. 22 tahun dengan 100b. Buat KLIA, Putrajaya, LRT, Monorel, Komuter, Lebuh Raya, KLCC, Sepang dan macam-macam lagi. Apakah benda-benda ini bukan hasil dari duit petronas.

Hang kata ini semua projek bodoh dan membazir. Yang nyata hari ini rakyat menikmatinya. Kenapa hari ini Singapore baru nak buat F1, sedangkan kita dah buat lama? Kalau hang kata projek bodoh, nyata Singapore ni bodoh jugak. Kalau nak senaraikan, masih terlalu banyak. Saya pernah debat dengan seorang cina penyokong kuat PR dan anti-Mahathir dari 10pm sampai 6 pagi (berhenti sebab pi subuh) pasal isu ini. Kalau hang nak boleh aje.

Tidak dinafikan zaman pak lah Malaysia dalam keadaan merundum. Banyak penyelewengan. Jatuhnya pak lah kerana orang UMNO sendiri yang jatuhkan beliau. Yang saya tau, PR mati-mati nak pak lah kekal PM. Ni hang kena jawab sebab apa. Ini satu bentuk hipokrisi yang sangat besar. Mereka kutuk pak lah dengan rasuah, lemah dan macam-macam, alih-alih mereka pula sokong dia jadi PM.

Cara TB menulis ni tak ubah seperti penulis upahan Barry Wain. Buat blanket accusation dan tutup mata pada fakta yang jelas. Cuma saya hairan, kenapa orang bila sokong PR mereka suka sangat ambil kata-kata orang luar untuk memburuk-burukkan negara kita. Asal orang cakap buruk, dia akan suka. Jangan lupa, TB ni rakyat Malaysia. Apakah anda rasa orang akan bayar 30k untuk TB sebagai expatriate kalau TB ni berasal dari Bangladesh. Orang bayar sebab orang respek kat Malaysia. Kita takkan dapat respek kalau kita tak buat apa-apa. So anda sebenarnya indirectly menikmati pembangunan negara dari hasil petronas.

Anonymous said...

Saya sudah banyak kali kata, saya ni bukan orang UMNO. Kita menulis untuk betulkan perkara, bukan membangkang semata-mata untuk membangkang (macam yang TB selalu buat). Oleh itu kalau lihat posting GM sebelum ni, ada perkara-perkara yang saya setuju dengan TB. Malah ada ketika bila TB diasak teruk, saya yang juga ada menjawab untuk beliau bila saya rasa beliau tak bersalah dalam hal itu. Kita sentiasa menekankan sikap adil dalam membuat apa-apa penilaian. Yang benar kita benarkan, dan yang salah kita salahkan. Bukannya yang benar disalahkan dan yang salah dibenarkan semata-mata untuk kepentingan hizbi kita. Inilah yang dikatakan assabiah hizib..
Masalahnya segala benda kau tulis salah, Grand Moron. Kau nak betulkan orang, kau sendiri tak pernah tulis benda betul.
Dalam isu nama Allah, sampai hari ni kau tak boleh bukti perkara tu haram. Betul tak? Kau cuma menulis untuk mempertahankan UMNO.
Kau sokong Saiful Bukhari pembohong dalam blog kau tu, apasal? Lepas tu kau kata betulkan kesalahan orang. Piiiraaaah,. Diri sendiri bengkok nak betulkan orang.

Anonymous said...

Dari segi pelajaran, di IPTA, pelajar bayar dalam 1-2k setahun. Menurut pengetahuan saya, kerajaan subsidi 7 bhg dari yuran pelajar. Bukankah merasa dari duit petronas? Itu belum kira berapa ramai pelajar Melayu yang dapat biasiswa pi belajar. Kemudia jumlah IPTA sewaktu 90an hanya sekitar 9-10. Hari ini dah mungkin dekat 30-40. Mana duit nak bina kalau bukan sebahagian dari duit petronas..

Negara2 Eropa yang takda minyak boleh bagi pelajaran university PEREEE. Sebenarnya takda sangat subsidi dari duit minyak la. Kao jgn tipu.

Ni ke kau cakap nak betulkan orang. Kao ni bangsa penipu.

Anonymous said...

Anda sanggup angkat penulis upahan Barry dalam buat tuduhan bodoh pada Mahathir, dan secara membuta tuli kata mana pergi duit 100b yang kerajaan terima. Oiii TB. 22 tahun dengan 100b. Buat KLIA, Putrajaya, LRT, Monorel, Komuter, Lebuh Raya, KLCC, Sepang dan macam-macam lagi. Apakah benda-benda ini bukan hasil dari duit petronas.

Kahkahkah, LEbuh2 raya semua kena bayar tol. Monorel semua berhutang dan semua kena bayar mahal tambangnya, sepang adalah projek gajah putih dan mahal nak mampos.

Kao buta ke Grand Moron?

zakwan said...

Dari dua segi, kerajaan Norway lebih ISLAM dari Kerajaan Malaysia:

a. Pengurusan dana Petroleum yang memikirkan masa depan rakyat Norway
b. Polisi penjualan arak yang mengharamkan keuntungan. Hanya untuk keperluan domestic sahaja.


The one think about Malays especially UMNO ass kissers is that they'll get riled up 4 callin non Muslims more Islamic than them

So expect some serious bombardment from these bastards soon

Anak2 Gadis Kita Bakal Jadi Pelacur
Nah,we Malays might as well drop dead like flies if such a situation arise
Who knows?
Perhaps Allah will lose faith in us n soon our Chinese,Indian or aborigine compatriots will carry the torch of Islam while we Malays kick the bucket

Sebatang kara said...

GM yang kata:

Anda sanggup angkat penulis upahan Barry dalam buat tuduhan bodoh pada Mahathir, dan secara membuta tuli kata mana pergi duit 100b yang kerajaan terima. Oiii TB. 22 tahun dengan 100b. Buat KLIA, Putrajaya, LRT, Monorel, Komuter, Lebuh Raya, KLCC, Sepang dan macam-macam lagi. Apakah benda-benda ini bukan hasil dari duit petronas.


Buat KLIA - Berapa kerat yang dapat manfaatnya kalo bukan kroni and the gang. Airport LIMO sapa yang punya. Lagi MAB bagi insentif kat AIRASIA (kalo rakyat marhaen guna istilah subsidi). Projek inipun projek mega untuk kroni and the gang.

Putrajaya - projek mewah untuk pemimpin rakus dan rakyat kelas elit.

LRT, Monorel - Bagi projek kat kroni, lepas tuh, kerajaan abis beberapa Billion lagi untuk bail out.

Lebuhraya - Hawaq, kalau naik tak kena bayaq kerr. Lagi nak naik tol ada laaa.

KLCC - Satu lagi projek kelas elit dan bukan untuk rakyat marhaen. Ingat dulu dalam parlimen ada dibahaskan pasal layanan pengurusan Suria KLCC terhadap peniaga bumiputra. Sewa dinaikkan sesuka hati setiap tahun dan perlu mengikut standard yang ditetapkan (standard oghang putih) sehingga Restoran seorang Cina Muslim 'Kelantan Delights' terpaksa ditutup akibat tak tahan dengan tekanan pihak pengurusan pihak Suria KLCC.

Sepang - Baru-baru ini FIA melaporkan bayaran penganjuran oleh Sepang adalah tertinggi untuk menganjurkan Formula 1.


Satu lagi Petronas saya tak puas ati nih. Saya tak pernah tengok satu pun program CSR yang dianjurkan oleh Petronas. Mereka lebih suka menaja program ratusan juta ringgit luar negara berbanding program CSR untuk rakyat marhaen.

Anonymous said...

alahai orang kampung....org macam hang lah yg duk pelingkup umno! puja puji melangit-melangit hang kat umno haprak tu..dah dipilih rakyat jadi pemimpin/kerajaan memerintah mmg lah t/jawab depa buat sume tu! hang tu dlm golongan 30% saja rakyat yg dpt rasa nikmat tu..belambak lagi rakyat m'sia yg derita tk leh nk p skolah!yg dh p pun ada kena berenti pasai tk dk duit!.. yg tk dk keje pun ramai duk tanggung hutang nk byq duit mengaji..bekobaq2 rakyat nk berkhidmat untuk negara..tapi...tapi apa??? tak leh la bodoh...keje tak dk..kalu ada pun nk byq gaji sekupang dua..buat cukup byq hutang,mkn pun kais pagi mkn smpai ke mlm..lainlah kalu kita ni pendatang,boleh duk dlm hutan,sewa rumah share 20 org,mkn bawang ngan nasik,tk yah byq itu ini!Aku rasa golongon hampa nilah yg duk sokong umno(membuta tuli) smpai bawak rebah org2 mlayu khususnya.Kalau org pertikaikan salah-urus kerajaan,geng hampa lah yg jadi pengadang..tempik sana-sini yg gomen tu adil,baguih,behemah etc2 yg baik2 blakalah!Hang tengok sabah s'wak dh la..sakit hati tengok!tak tau la kalau hang pun nk guna statement yg sama diulang siaran bepuluh2 tahun oleh pemimpin2 yg hang duk puja, "bentuk geografi muka bumi kedua2 negeri tersebut yg menyebabkan kerajaan belum dpt memberikan pembangunan kpd mereka"..alahai kasim...lagi 50 tahun pun umno akan ulang statement yg sama (kalau menang lgilah nx GE!)..

Grand Marquis said...

Bab ni kalau nak debat memang panjang. Saya hanya ambil satu point untuk didebatkan dan kita lihat otak siapa yang sebenarnya sempit.

Kita ambil Sepang aje yang dikatakan projek gajah putih.

Kalau orang yang otak sempit, dia akan lihat Sepang ni sebagai satu pembaziran. Dia akan kata, kita buat race track berjuta-juta, duit masuk kat kroni. Itu aje yang dia nampak. Itupun mungkin sebab dia jealous sebab tak dapat jadi kroni.

1. Bila duit masuk kroni, kroni upah siapa untuk buat projek? Dari situ, bukankah syarikat-syarikat tempatan dapat kontrak. Dengan itu, syarikat-syarikat ini akan upah engineer, akauntant, IT exec, HR, construction worker, cleaner dll. Bukankah ia cipta peluang pekerjaan?

2. Bila kita buat race track, stadium, dll, maka engineer kita akan mendapat praktikal experience. Hasilnya hari ini, Malaysia ada banyak tenaga professional yang mahir. Kenapa orang hire expatriates dari Malaysia? Adakah anda rasai orang akan hire kita kalau kita tak de praktikal skill? TB sendiri kerja expat kat indon dengan gaji 30k. Rasanya siapa nak bayar kalau dia dari bangladesh? Dan saya yakin sewaktu TB muda-muda dulu dia pun banyak terlibat dalam projek yang dalam kategori yang dikatakan membazir dan bodoh. Construction in adalah sebahagian dari human resource development ke arah skill based ekonomi.

3. Kerajaan membelanjakan berjuta-juta untuk iklan promosi Malaysia. Sedangkan F1 disaksikan oleh berjuta-juta manusia diseluruh dunia. Bila kita anjur F1, kita dapat iklan free. Daripada kita tabur duit pada foreign advertising company, lebih baik duit itu digunakan untuk anjur F1 yang mana effek advertising lebih baik.

4. Selain dari itu, penganjuran F1 juga melibatkan human skill development. Ada element event management, advertising, media coverage, international liaison, dan macam-macam lagi. Disinilah rakyat Malaysia mengumpul praktikal skill yang akan dijadikan bekalan knowledge ekonomi.

5. Penganjuran F1 juga menjana ekonomi negara. Bila F1 berlaku, Media tempatan dapat advertising, orang dapat kerja, berapa banyak publishing company dapat contract printing dan banyak lagi.

6. Itu kita belum kira kemasukkan pelancong asing. Mereka akan tinggal di hotel, sewa kereta, makan, minum, pergi ke pusat peranginan dan bila mereka puas hati, mereka akan balik ke negara asal dan promote Malaysia.

Saya rasa 6 point pun dah cukup. Kepada orang Malaysia yang tak pernah tinggal oversea, anda tak tau apa persepsi orang luar terhadap Malaysia. Anda hanya dengar dari Barry Wain yang diupah ultra kiasu. Saya rasa TB sendiri pun tau, terutama dia dah pernah tinggal di Mesir. Orang Mesir memang pandang tinggi kat Malaysia.

Anonymous said...

Yo F*kin Moron Marquies,
U think people r in the dark?people r not aware of ur lucifer's stupidties,manipulations?Cyberjaya Pundekajaya will show,Mahataik the pariah kutty is the stupidest pariah..hired one libyan IBM saintis,created inven Q jaya..end result?f*k up..Mimos,Cyberjaya/Mdec..semua dah jadi white elephant..forex exchange speculation..Rm33billion poof..bakun project has created hell and woman @ bakun dah jadi sex slaves(and the whore marina did what to end sex trade in bakun?)..sudahlah grand retard moron..u go and continue 2 lick mahathir's arse krim!

Anonymous said...

Ingat tak,Chunni kutty's grand scam to save his down sydrome son's debt in the year 2000 by using rakyt's tabung EPF?bikin satu Rm2 sykt..link with pos malaysia,and epf..the objectif was to allow people to buy kampoter via that rm2 kompani,which was owned by one of mathir's down syndrome sons..towards the end of that scam,kasi dui kopi sama itu kaki tangan epf,and epf kakitangan will show a false purchase order recept....i heard,mahataik's son got over rm100 million..

Anonymous said...

Grand Marquis said...
Bab ni kalau nak debat memang panjang. Saya hanya ambil satu point untuk didebatkan dan kita lihat otak siapa yang sebenarnya sempit.

Kita ambil Sepang aje yang dikatakan projek gajah putih.

Kalau orang yang otak sempit, dia akan lihat Sepang ni sebagai satu pembaziran. Dia akan kata, kita buat race track berjuta-juta, duit masuk kat kroni. Itu aje yang dia nampak. Itupun mungkin sebab dia jealous sebab tak dapat jadi kroni.

1. Bila duit masuk kroni, kroni upah siapa untuk buat projek? Dari situ, bukankah syarikat-syarikat tempatan dapat kontrak. Dengan itu, syarikat-syarikat ini akan upah engineer, akauntant, IT exec, HR, construction worker, cleaner dll. Bukankah ia cipta peluang pekerjaan?
.

Woiii Ngong. Kita memang dah ada race track kat Batu 3 la. Apa susah nak buat race track. Tak payah nak piker banyak2. Kao ni apasal la TONGONG sangat, Faizal?

Anonymous said...

Hi semua. Bagi saya, saya tak kisah jika duit Petronas digunakan untuk pembangunan negara asalkan rakyat jelata tak perlu menanggung beban hasil dari pembangunan yg tak terancang lagi membebankan.
Ada baiknya TB bawa ke hadapan isu ini sebab kite sebagai rakyat ni boleh komen dan tengok 'pros and cons' daripada sekelian pembaca. Biar lah kita berbicara secara baik dan ikut logik akal yg rasional dengan berpaksikan minda atau mental yang cerdas dan cergas.
Kita masih ingat lagi kan debat kat TV satu ketika dulu antara DSAI dan Datuk Shabery Chik.
Hah, kita boleh ambik tips dari situ bagaimana duit negara harus digunakan dengan cermat dan berhemah untuk memastikan negara terus maju dan pada masa yg sama rakyat marhein tak tertinggal ke belakang pulak akibat dari tempias arus pembangunan yg terlalu cepat.
Biarlah dari segi ekonomi rakyat jelata mesti stabil dan berkemampuan.
Kajian terperinci tentang gaji dan pendapatan bulanan rakyat mestilah dibuat oleh pihak kerajaan dan sewasta selari dengan kemajuan yg hendak di bawa oleh pihak kerajaan.
Jangan hanya segolongan pihak saja yg mengaut keuntungan hasil dari pembangunan dan projek2 mega yang dilaksanakan. Pada masa sama menidakkan keperluan dan kehendak masyarakat kebanyakan.
Tiada guna nya kita bermegah dengan bangunan yg tertinggi dan terpanjang dan terbesar di dunia jika pendapatan per kapita rakyatnya terus merosot kerana tak tertanggung dengan caj bayaran yang mahal hasil dari kos pembangunan negara itu sendiri. Kalau ini berlaku, maka golongan kaya akan terus menjadi kaya, dan yang miskin akan terus menjadi papa kedana. Dan belakang hari menjadi beban pula kepada pihak kerajaan.
Jika ketidakadilan berlaku, maka kerajaan sendiri yg akan menanggung bebanan yang ditanggung oleh rakyat secara keseluruhannya.
Jika kos kehidupan terlalu tinggi dan rakyat kebanyakan masih lagi menerima gaji yg minima, maka tak hairan lah kalau negara kita yg sepatutnya maju akan mundur balik kerana gejala sosial akan berleluasa akibat dari pelbagai masalah seperti tekanan hidup, ekonomi keluarga yang gawat dan masalah peribadi yang tiada kesudahannya.
Jika perkara seperti ini berlaku dlm negara kita ini, maka tiada gunanya mendabik dada mengatakan negara kita sudah maju, walhal banyak lagi perkara berhubung dengan rakyat atau kemanusiaan tidak dapat diatasi atau diselesaikan dengan bijaksana oleh semua pihak yg berwajib.
Sebab itulah baik duit itu datangnya dari Petronas atau Tabung Haji, Danaharta atau KWSP, setiap dana yg hendak digunakan mestilah di urus dengan teliti dan berhemah supaya setiap sen daripada dana yg dibelanjakan tidak akan merugikan mana2 pihak.
Juga saya nak sentuh segala karenah bureaucracy dlm pengagihan kontrak mega negara juga hendaklah telus supaya tidak timbul persepsi kroni dan korupsi yg ditimbulkan oleh satu pihak kepada satu pihak yg lain pula.
Jika masalah seperti ini tidak diatasi dengan baik dan jujur, maka tidak kira berapa banyak wang hasil Petronas kah atau dari sumber yg lain, ia nya tidak akan pernah mencukupi.
Sebabnya sudah ada tangan2 yg ghaib sudah tahu berapa banyak duit negara nak diambil atau dirompak untuk kepentingan peribadi dan periuk nasi sendiri.
Jadi di sini timbul pula cerita pasal jenayah kolar putih. Sebab orang2 miskin tak tahu bagaimana nak mengurus harta atau wang berbillion kat Petronas tu. Hanya orang2 tertentu saja yg tahu mentadbir wang tersebut bagi pihak negara dan rakyat kebanyakan.
Sedar kah yg dah selesa duduk kat kerusi ampuk dalam Petronas tu yang mereka hanya diamanahkan untuk menjaga hak negara?
Takkan nak belanja wang Petronas tu macam duit keluarga sendiri pulak?
Ni dah jadi kes si musang berbulu ayam pulak. Atau harapkan pagar, pagar makan padi.
Kebanyakan orang Melayu yg mengaku Islam yg bekerja dlm Petronas tu kena ingat sikit, se sen pun harta anak yatim haram bagi mereka nak sentuh atau gunakan untuk kepentingan sendiri. Ini kan wang yg berbillion dlm petronas tu nak di songlap pulak. Masya-Allah! Wanau'zubillah.
Pikir2 lah ya.

Anonymous said...

maaf kalau aq menyampuk..
aq tau umur aq baru untuk masuk bidang politik ni..nak mengundi pun tak lepas lagi..tapi dari apa yg aq pikir berdasarkan logik akal saya,SEKIRANYA UMNO KALAH PADA PILIHAN RAYA AKAN DATANG DAN PETRONAS JATUH KE TANGAN PR,APAKAH JAMINAN SAUDARA BOLEH BERI BAHAWA PR AKAN MEMBERIKAN WANG ITU KEPADA RAKYAT??saya rasa pr sekarang jauh lebih teruk dengan UMNO..mana satu yg harus kita pilih?adakah UMNO yang dikatakan teruk atau PR yang sememangnya lebih TERUK!!!saudara memang pandai berkata-kata,tp tahukah saudara,saya tinggal di negeri Selangor..Selangor adalah sebuah negeri yg meniti kecemerlangan di bawah pimpinan BN...selepas PR mengambil alih,Selongor Darul Ehsan bertambah "maju"!!!antara projek mega yg dirancang untuk dimajukan di Selangor adalah LADANG TERNAKAN BABI MEGA YANG BERTEKNOLOGI TINGGI!!!!!!!wow!!great job..saya x tau apa untungnya pada saya sbb sy x terlibat secara lansung atau tidak lansung dengan BABI,tp saya rasa dengan projek ni,seluruh rakyat Malaysia akan bergembira kerana BABI-BABI di Malaysia sudah semakin maju...Ini yg saudara ingin juangkan atas nama ISLAM???!!Pikir-pikirkan lah...andai saya yg baru setahun jagung ini boleh berfikir,inikan pula saudara-saudara yg bijak pandai...

Anonymous said...

mengenai peratusan berkaitan UMNO, UMNO berjuang habis-habisan untuk kekalkan majoriti Islam di dalam Parlimen... korang sume tak sedar ke, Kalau pembangkang menang pilihan raye akn dtg, jumlah Islam dlm parlimen..tak ramai.. dan korang tak takut ke kalau DAP yg memerintah... yes,walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak boleh di gubal, perkara 153 akan tetap dipertahankan, tapi...kebajikan BUmiputera Islam akan di abaikan.. Jalan penyelesaian, ingat, pilihanraya lepas, BN cume menang majoriti mudah sahaja.. Pakatan rakyat, DAP yg paling banyak Kerusi dalam Parlimen...n kalau pembangkang menang, DAP akn jadi leader..n bukan PAS.. Pasal minyak, Malaysia patut dah jadi macam Dubai.. Dubai sedang mmbelanjakn duit minyak mereka, sementare hrge minyak masih mahal...n minyak masih diperlukan.. Teknologi Hybrid sedang di majukan di Malaysia, masa itu, Negara2 minyak akan mengalami masalah besar.. sebab tu, sekarang, mereka sedang cuba untuk jual semua minyak yg ada dalam muke bumi nih...sementare boleh.. |silap & salah, plis correct me| |sentimentalfinder|

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.