Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, January 3, 2010

Nasaruddin: Senyap Bila Isu Judi. Bising Dalam Isu Nama Allah?

Saya dah kata. Agenda "Kerajaang Perpaduang" masih segar bugar. Lebih-lebih lagi apabila "famili" Tok Guru telah berjaya mengawal Tok Guru seperti yang dirancang oleh UMNO. Sebelum PAS mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi, Nasaruddin pun menyatakan pendirian sama seperti pendirian yang dikeluarkan oleh UMNO. Bukankah ini asas kepada konsep "Kerajaang Perpaduang"? Yakni, isu yang UMNO naikkan, PAS akan sambut dan sebaliknya.

Nasaruddin dilaporkan oleh UTUSAN MELOYA berkata:

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.

“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Walaupun nampak seperti betul, tapi kita harus melihat isu ini dari aspek lain juga. Mengapa UMNO yang ada track record lebih 50 tahun menentang Islam, tiba-tiba berminat sangat dalam isu ini? Apakah PAS sepatutnya menyokong UMNO dalam hal ini?

Jelasnya, ini adalah sebahagian dari agenda "Kerajaang Perpaduang" yang selama ini dijaja oleh pemimpin Pro UMNO dalam PAS.

JANGAN LUPA UMNO PERNAH ANCAM DARURAT KALAU HUDUD DILAKSANAKAN DI KELANTAN DAN TERENGGANU. Penentang syariat Islam inilah yang disokong agenda mereka oleh Nasaruddin Mat Isa.

NASARUDDIN SENYAP DALAM ISU JUDI. APASAL?

Heran ke tidak? Masa Najib lulus 10 lesen judi kenapa Nasa tak bising? Bukankah lesen judi ini JELAS HARAM DALAM ISLAM? Bukankah itu satu tindakan yang jelas MENGHALALKAN APA YANG DIHARAMKAN DALAM ISLAM?

Bukankah menghalalkan benda yang haram itu menyebabkan seseorang itu jadi kafir?
Soalnya mengapa Ustaz NAsaruddin sebagai Timbalan Presiden PAS tidak memaksimakan isu ini?

Bukankah UMNO telah menghalalkan judi semenjak penubuhan UMNO itu sendiri (i.e. Loteri UMNO 1951).

Jadi, saya tak terkejut Nasa tak naikkan isu judi dan terhegeh-hegeh dalam isu "Nama Allah" ini.

Nasa dah tak tau beza antara mana yang haram dengan mana yang tak jelas haram walaupun dia belajar di Jordan.

ISU NAMA ALLAH MASIH BELUM MUKTAMAD

Apakah Nasa lupa, seluruh mahkamah dalam Malaysia adalah terletak di tangan UMNO. Kalau UMNO mahu, mereka boleh campur tangan dan mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sesuai dengan kehendak kita.

Namun, Nasaruddin telah menelan bulat-bulat agenda UMNO dan menjadi pengempen percuma kepada UMNO dalam isu ini.

Mengapa Nasaruddin tak boleh tunggu dan lihat sebelum menawarkan diri untuk menjadi alat UMNO dalam isu ini.

Lagipun, isu ini belum muktamad kerana isu ini masih akan berlegar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Ini akan memakan bertahun-tahun selepas ini.

Mengapa Nasaruddin sebuk pasal isu yang tidak jelas haram seperti ini? Bolehkan Nasaruddin tunjuk satu fatwa dari Al Azhar yang mengharamkan orang bukan islam menggunakan perkataan "Allah"?

Isu judi itu JELAS HARAM dan NASA SENYAP SERIBU BAHASA.

ISU INI MENGUNTUNGKAN UMNO BUKAN PAS

Nasarudding suka menaikkan isu-isu yang menguntngkan UMNO bukan PAS. Isu ini, kalau diambil dan diperjuangkan PAS, hanya akan menguntungkan UMNO. Sokongan pada PAS tidak akan bertambah dalam isu ini.

Cara terbaik adalah menyedarkan orang MElayu bahawa UMNO mahu menggunakan isu ini sahaja untuk menaikkan imej mereka. Mereka mahu menyamar kononnya mereka adalah pejuang ISlam.

Padahal UMNO ini juga yang telah:

a. Menghalakan perkara2 yang haram

b. Mengugut kerajaan Kelantan dan Terengganu dengan tindakan MAGERAN dan DARURAT sekiranya hudud dilaksanakan di sana

c. Menghalang setiap usaha untuk melaksanakan hukum syariat Islam di Malaysia

UMNO sendiri penentang Islam nombor satu. Logiklah mereka ini akan memperjuangkan ISlam?

ISU JUDI TIDAK SELARAS DENGAN AGENDA KERAJAANG PERPADUANG?

Nasaruddin heboh isu ini, isu Nga dan beberapa isu sebelum ini yang mana isu2 ini isu yang diambil oleh UMNO. Ertinya, Nasaruddin hanya mahu mengambil isu-isu yang selari dengan kehendak UMNO.

Apabila isu itu merugikan UMNO (seperti isu pemberian lesen judi oleh Najib), Nasaruddin sepertinya senyap sunyi.

Bagi saya ini bererti agenda Kerajaang Perpaduang masih hidup dan segar bugar.

Kita akan melihat lagi banyak isu2 "bersama" yang akan diperjuangkan oleh Nasaruddin dengan UMNO.

Kalau Nasaruddin bijak, beliau akan mempersoalkan bagaimana UMNO gagal mempengaruhi keputusan Mahkamah Tinggi sedangkan semua orang tahu mahkamah di Malaysia di bawah pengaruh UMNO.

Wallahualam

Tulang Besi





Islam perlu bersatu


Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin (depan, lima dari kiri) bersama sebahagian dari Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Negeri dan pemimpin UMNO bahagian mengangkat tangan sebagai tanda membantah penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly di hadapan Masjid At-Takwa di Mak Mandin, Seberang Perai, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Umat Islam di negara ini diseru bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.

“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Beliau memberitahu, akidah bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah kerana ia adalah perkara wajib dalam Islam.

Katanya, meskipun tiada tindakan yang akan dilakukan oleh pihaknya, namun sebagai pemimpin Islam beliau akan sentiasa menyokong bantahan dan rayuan yang dilakukan.

“Saya menyeru lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam supaya bangkit menyuarakan hak agama Islam yang sedang diceroboh.

“Pada masa sama saya dan seluruh umat Islam yang lain akan terus bersatu menyokong rayuan yang akan dilakukan kerajaan,” ujarnya.

53 comments:

Anonymous said...

engkau ni bodoh sungguh TB, tak baca ke pendirian pas dari ketua penerangan? kenapa ko kata pas belum mengeluarkan kenyataan rasmi kemudian bantai Nasa? baca sini di http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1485&mode=&order=0&thold=0 apa ketua penerangan pas kata. Ke ko ada mintak CEO jugak dari nasa dan dia tak beri cam hassan ali? sbb tu kot ko meroyang tak tentu pasal ek?

kalau dah jahat tu mmg busut perut, leni duk hina pulak TGNA kata keluarga mengawal TGNA, seorg ketua keluarga dikata dikawal oleh ahli keluarga..

ooo ye aku lupa ko kan ilmu tinggi dari TGNA, bagus! bagus! ko dedah saja kebodohan ko tu.. apa lah sangat TGNA banding dgn ko kan? ko belajar kat Amerika lagi, TGNA setakat belajor kat india apa lah sangat kan? kan! kan!

Anonymous said...

ko ni TB layak jadi raja lawak 2010

Anonymous said...

apa yg ko nak sebenarnya TB? CEO org tak kan bagi nye.. tak kira ah hassan ali ke atau org lain ke pegang pas selangor..

Anonymous said...

sungguh.. sungguh.. TB mmg power ilmu agamanya.. maklum lah ngaji kitab sejok umor 12 tahun hahahaha

Anak Kampong said...

From Wikipedia, the free encyclopedia
This article is about the Arabic word "Allah". For the Islamic conception of God, see God in Islam.
For other uses, see Allah (disambiguation).


This article contains Arabic text, written from right to left in a cursive style with some letters joined. Without proper rendering support, you may see unjoined Arabic letters written left-to-right instead of right-to-left or other symbols instead of Arabic script.


Name of Allāh written in Arabic calligraphy by 17th century Ottoman artist Hâfız Osman
Allah (Arabic: الله‎, Allāh, Turkish: Allah, IPA: [ʔalˤːɑːh] ( listen)) is the standard Arabic word for God.[1] While the term is best known in the West for its use by Muslims as a reference to God, it is used by Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, in reference to "God".[1][2][3] The term was also used by pagan Meccans as a reference to the creator-god, possibly the supreme deity in pre-Islamic Arabia.[4]
The concepts associated with the term Allah (as a deity) differ among the traditions. In pre-Islamic Arabia amongst pagan Arabs, Allah was not considered the sole divinity, having associates and companions, sons and daughters - a concept which Islam thoroughly and resolutely abrogated. In Islam, the name Allah is the supreme and all-comprehensive divine name. All other divine names are believed to refer back to Allah.[5] Allah is unique, the only Deity, creator of the universe and omnipotent.[1][2] Arab Christians today use terms such as Allāh al-ʼAb ( الله الأب, "God the Father") to distinguish their usage from Muslim usage.[6] There are both similarities and differences between the concept of God as portrayed in the Qur'an and the Hebrew Bible.[7]

penyu teranung said...

hoi Deramang si lembam makang OTOK LEMBU !

mung ade bace dok kenyataan Kholid Samak ha ?

Tulang Besi said...

Kao dah baca kenyataan Tok Guru Nik Aziz.

Kao masuk UMNO la Penyu. Menyemak je kao dalam PAS ni.

Nik Aziz: Non-Muslims can use ‘Allah’

KOTA BARU, Jan 3 – PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat has come out in support of the Catholic weekly Herald’s use of “Allah” to describe the Christian God in the national language, saying it was permissible for those following Abrahamic faiths.
.

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

engkau ni bodoh sungguh TB, tak baca ke pendirian pas dari ketua penerangan? kenapa ko kata pas belum mengeluarkan kenyataan rasmi kemudian bantai Nasa? baca sini di http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1485&mode=&order=0&thold=0
.

Kao lagi bahlol. TOk Guru dah cakap jelas orang Bukan Islam boleh pakai perkataan Allah.

Tulang Besi said...

Tak sangka ramai penyokong PAS bersemangat sekali nak jadi alat UMNO.

Lepas tu marah bila orang lain nak sedarkan dia dari menjadi alat musuh Islam.

Anonymous said...

ko mmg anak yg memalukan org tua.. kesian org tua ko ada anak cam ko.. bodoh tak dapat diajar..

ko tanya ke TGNA dia kata boleh pakai tu dok kontek mana? Dia jawab tu bila? mu dengor dok taib azimuddin kata guana? kenapa jadi bodoh sombong, klu jahil jgn cakap pasal agama.. biar org alim je cakap.. ko dgn nasa tu ko lebih ek agama? tah2 Quran tak khotam lagi..

Anonymous said...

"Tak sangka ramai penyokong PAS bersemangat sekali nak jadi alat UMNO.

Lepas tu marah bila orang lain nak sedarkan dia dari menjadi alat musuh Islam."

Betulll tuu... ramai betul penyokong PAS nih menjadi alat musuh islam.

TB teruskan usaha murni membongkarkan kemungkaran ini.

Celaka lah kamu wahai penyokomg PAS yang menjadi alat musuh islam. Kenyataan TGNA tidak boleh di sangkal lagi. Beliau lebih benar & lebih betul dari kamu sekalian.

Anonymous said...

Enough with such primitive kind of Islam, and behaving so arrogantly as if Islam and teh Muslims are superior to every other religion or anyone else! God in every religion is a just God – not a cruel God, thus I am sure an islamic God will have no intention of punishing Christians or anyone else for using the same name for God as the Muslims! Just minded Muslims had better look hard inside their soul and religion instead, to resolve the barbaric violence committed, justified using God and Islam, such as by the Al-Qaeda’s terrorists! Enough blaming everyone and everything else, for the Muslims’s own unjust ways and so-called laws! Think about it, intelligently and rationally, is “Western Imperialism” to be blamed for all the violence, particularly committed towards women/girls and gays, under Sharia ‘Laws’?

Katharina Sri (former: Noor Aza)

Germany.

JinHou said...

Wahaha... Orang PAS Puak Nasa memang bodoh. Boleh keliru antara Allah Islam dan Allah Kristian. Hahaha...

Anonymous said...

Memang si TB tembam ni selalu otak dia penuh dgn lumut UG- segar bugar hahaha.

Berapa sen mu dpt TB tembam oii,,bakpe yg mu nak marah sgt dgn NASA tu.

Mu mapuh kekgi dok untung sesen pung dgn kerja mu ni.dulu mu kate mu kuat PAs,,bakpe mu buat kerja kerja setan ni yg bakal menghapuskan amal2 baik mu dulu..

Baik mu mukir molek..sebelum mu mati..

- Besi Tembaga

Anonymous said...

Nasrudin tontonyvi dah gian nak gi kelab malam milik proxy umno bersama KJ dan seluruh warga UMNO..

Tontontvi nak merasa niikmat berjudi ... maksiat pulak ...

BERSAMA UMNO

dan berusha menaikan martabat UMNO sehingga PAS sendiri tersungkur di boikot ahli sendiri

Tahniah TB kerana menaikan topik ini ..

Anonymous said...

PAS DAH HABIS...RIWAYAT... KLU BILANG tak bagus skit.. Tok Guru ke alam syurga.. saya GURANTEE PAS AKAN MASOK BN !!!!

Anonymous said...

"Kita tak sekat ahli-ahli PAS yang ramai ini untuk memberi pandangan, tapi pandangan yang menjadi dasar PAS adalah datang dari enam peringkat tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am dan timbalannya, Presiden dan timbalannya, Setiausaha Agung serta Ketua Penerangan.

"Kenyataan mereka ini kita anggap sebagai kenyataan rasmi parti," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, pendirian PAS adalah jelas bahawa parti itu sememangnya membantah kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi itu berhubung penggunakan kalimah Allah.

"PAS membantah sekeras-kerasnya mengenai perkara ini dan kami menyokong semua usaha termasuk rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu," katanya.

pemerhati said...

Apabila Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.... ia adalah pandangan seorang ulamak PAS.

Pandangan Ulamak PAS pula terbahagi kepada dua iaitu

a. Tidak membantah penggunaan nama Allah untuk agama lain.

b. Membantah kononnya pencerobohan terhadap agama rasmi negara.

Kepada rakyat Malaysia yang beragama islam, anda ikut kumpulan mana...?

Allah telah menurunkan 4 kitab kedalam dunia ini melalui nabi dan rasulnya. Dan 4 kitab itu pula dianuti oleh 4 kumpulan besar dalam dunia ini. Masing-masing mengeesakan Allah sebagai tuhan yang maha berkuasa.

Mengapa timbul masaalah penggunaan nama Allah oleh pihak yang ingin menggunakannya...? Mungkin kita yang beragama islam mengatakan bahawa islam itu lebih mulia dari kristian..?

Apakah penggunaan nama Allah digereja akan mengelirukan penganut islam sehingga menjadikan penganut islam akan lebih berminat pada kristian..?

Sebenarnya islam dan kristian adalah dua puak yang memperjuangkan politik keagamaan sama seperti UMNO dan PAS memperjuangkan politik kepartian....

Jika pihak kerajaan melalui jabatan agama bertindak mengikut sunah dan bersesuaian dengan dakwahnya tidak timbul rasa takut penggunaan nama Allah oleh pihak gereja.

Dalam hal ini, jangan salah kan Nasharuddin Mat Isa mengeluarkan pandangannya. Biar berbuih mulut bercakap soal ketuhanan, jika rakyat tidak mendengarnya ia akan jadi burung kakak tua bercakap.

UG kononnya kumpulan yang memperjuangkan ketuanan melayu dan islam. Dan kumpulan ini pula memang berkait rapat dengan UMNO. Kita telah mengenali mereka-mereka yang memperjuangkan agenda “perpaduan”. Serahkan pada ahli untuk menilai sama ada baik atau buruk melaksanakan agenda UG. Pekara yang paling penting adalah melaporkan apa juga kecurangan mereka terhadap parti dan ahli.

Sekiranya ramai ahli menyokong mereka tanpa mempedulikan apa jua keburukan akan berlaku, maka ahli perlu bertanggongjawab diatas kerosakan itu.

Apakah ahli PAS kesemuanya bodoh lagi bangang kerana terlebih lilit serban dikepala sehingga tidak boleh berfikir…?

Anonymous said...

puak PAS yg sokong herald katolik ni memang biul sasau tak faham isu...depa ingat depa bangga sebab kristian nak pakai kalimah allah tapi depa tak faham apa kesannya dan apa matlamat puak kristian ini...kalau org guna nama kepala BAPAK hang utk buat main main hang pa marah tak? inikan pulak kalimah allah....mereka yg sokong sebab mereka nampak undi rONNIE LIU, INDI TERESA cOCK, UNDI ambiga JADI CEPAT CEPAT AMBIK PENDIRIAN pas FOR ALL...depa lupa kes LINA JOY masuk kristian, kes gereja melayu di PJ, kes melayu murtad d kristiankan itu semua mana pergi kenapa dah senyap?? sejak khaled samad menang di selangor apa usaha khaled dlm mencari kebenaran GEREJA melayu di PJ seperti yg didakwa oleh ustaz2 PAS dlm ceramah membantai khor toyo dulu!!!

Anonymous said...

laaa ko tulang besi ahli Pemuda UMNO Taman Melewar klu gitu.. ish! ish! ish! ko yg duk kapir2 kan umno tu ko termasuk sama ke? teruk sungguh budak ni sorg.. (maklumat yg aku dapat dari sumber2 ku yg boleh dipercayai, pinjam dalil2 TB)

kena tobat tu..

Anonymous said...

Saya ikut AlQuran dan Hadith.

"Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah".

Anonymous said...

“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Az-Zumar (39):38).

“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah.Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)”....( Ali-Imran. (64.)

“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”.... Surah Al-Haj : 40

“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidakmemahami(nya)”...Surah Al-Ankabut : 63

ade sape2 bole kuar HUJAH tok lawan tafsir Al-Quran nie? Tulang Besi...saya sokong abg

penjualubat said...

Nasa: judi senyap, isu nama Allah, bising..Betol..betol..betol..aku setuju...

Tinta Hitam said...

Kalau menggunakan nama Allah tu tak boleh, harap kemukakan nasnya.Samada ustaz UMNO,JAI,PAS sila jawab.Kalau tak ada maknanya boleh lah tu.

Aku selama ini tak pernah dengo dan baca kata tak boleh gunakan nama Allah.Abu Jahal dan Abu Lahab pun guna nama Allah.

Mmg ini adalah permainan UMNO.Benda yg bukan isu dijadikan isu sebagai propaganda mereka memperjuangkan Islam.Kalu bende tu dari UMNO jgn percaya la.Lebih baik ambil sikap tak percaya dulu.

Sebenarnya UMNO cuba menasionalismakan Islam.Sama spt Yahudi.Ingin menjadikan Islam yg universal ini kepada agama nasionalisma yg eksklusif utk org org melayu shj.

penyu teranung said...

Deramang kata, "Kao dah baca kenyataan Tok Guru Nik Aziz.

Kao masuk UMNO la Penyu. Menyemak je kao dalam PAS ni."

basse Deramang bengong makang OTOK LEMBU !..bakper mung ambik sekerat-sekerat ?..mung gi ambik tajuk jer tapi dok baca keseluruhan komen TGNA tu amender ?..ni lah yg org kata bengong makang OTOK LEMBU !

mung nok suruh aku masuk UMNO ?...
hahaha...lawok mung nih...doh mung tu jadi ahli UMNO Taman Melewar tu aper cerita pulok?

aku rase mung lah yg menyemok duduk dlm PAS...doh abih abih buat fitnoh...patut mung tu keluor PAS...ajok sekali bos mung Kholid Samak tuh !

Anonymous said...

lihat lah video TA di parliment, itulah org alim bila berhukum, mereka tidak berhukum dgn akal fikiran, mereka berhukum dgn dalil dan keadaah2, menggunakan usul fekah, yg setangah kita dok pernah dengar pun. So tak perlu lah kita yg hanya baca tafsir quran kemudian buat hukum sendiri, jangan terlalu berani dlm berhukum, mereka juga melihat kesan dan akibat, masalah ini akan jadi kilaf kerana tiada nas yg terang dlm quran dan hadis so ulama kena ijtihad.

kita yg dok tahu benda pasal ilmu ugama in senyap sudah.

ko tb yg bodoh sangat ni kenapa? mana ko tahu nasa senyap isu judi? kenapa ko ambik kenyataan nasa je tak ambik kenyataan taib azamuddin, walhal dlm UM semalam tajuk taib azamuddin itu tajuk utama? ada niat tak baik ek?

bodoh tak habis2..
satu hari TB melarang anaknya memanjat pokok dan mandi air sungai masa banjir, maka anaknya pun tanya dia kenapa ayah.. dlm quran dan hadis ada ke larangan mandi sungai masa banjir dan panjat pokok? TB pun jawab tadok.. anok dia balas, doh tu bakpe ayoh larang?

contoh je tu.. nok kias banyak sangat.. jadi kita wak jahil ni ngaku je jahil kemudian letak saja kerja ulama kepada ulama.

Anonymous said...

salam semua....
Bayangkan..seorang bukan islam yg ingin mengenali islam secara mendalam sebelum benar2 menganuti islam..maka dia pun pergilah kekedai buku mencari bahan bacaan. Terpandanglah beliau satu tajuk yg menarik hatinya utk mendalami tentang islam..dan tajuk itu adalah.."Mengenal ALLAH"
saudara2 sekelian itulah yg kita takut..bukan sekarang kerana saya percaya saudara2 sekarang kuat iman kerana telah diterapkan dgn akidah islamiah dari kecil lagi.Apa akan jadi 50 tahun atau 100 tahun lagi apabila masyarakat telah tidak dapat membezakan Allah utk islam dan Allah utk kristian. ini bukan soal politik atau konspirasi.sekiranya benar ini konspirasi dari Umno apakah kita hanya akan mengambil pendirian berdiam atau menyokong isu ini kerana beranggapan ini mainan Umno..selemah2 iman adalah menentang walaupun dalam hati..Pada saya kalaupun isu ini benar hanya mainan Umno saya peduli apa..kalau perkara ini bakal mengelirukan pemikiran generasi saya akan datang saya tetap membantah. Bukan utk saya tetapi utk generasi saya..takut2 mereka akan hanyut dan lupa apa itu islam dikemudian hari..sedangkan umat2 rasul2 banyak yg terhanyut selepas ketiadaan rasul2 mereka apakah jaminan kita bahawa generasi kita tidak akan hanyut melupakan islam pada masa akan datang..ingat iblis telah bersumpah tidak akan berhenti menyesatkan umat islam dan allah memperkenankannya kecuali pada mereka2 yg benar2 beriman.............persoalannya berimankah kita.................??? tanya kita kerana kita adalah manusia jgn tanya Umno kerana Umno bukan manusia.........sama seperti Pas dan Pkr hanyalah parti politik.kenapa perlu kita mengutuk Umno kononnya tidak islamik..apakah Pas itu islam..bagaimana pula manusia2 yg tinggal dinegara luar yg tak ada Umno dan Pas, islamkah mereka.kerana itu Allah tidak berkata........."wahai orang2 islam.......tetapi allah menyebut"wahai orang2 mukmin, wahai orang2 beriman, wahai manusia........................................................bersatulah kerana itu dituntut oleh islam melalui firman Allah dalam Quran sedangkan percaya pada Quran adalah salah satu rukun IMAN...........

Anonymous said...

aku nok tengok apa TB nok kata bila utusan hari ni memilih tajuk Jangan benarkan sama sekali - Nik Aziz

nok mengaku saloh ke nok tegakkan benang basoh

Anonymous said...

Ko pecaya bulat bulat ke apa yg utusan Meloya lapor... Takkan Utusan meloya tak spin kut... BTW.. Bukan ke kenyataan tu dikeluar bila wartawan tanya dia...?? dalam kes judi.. wartawan tanya dia ke...???

Anonymous said...

Apa pula kenyataan media Hussam dalam isu ni dan isu judi?? Tak ada pun kat blog dia dalam kes nama Allah ni??? Khalid Samad aje yg tulis... So hussam ni pun fraksi UMNO jugak ke sebab tak keluar kenyataan????

Anonymous said...

aku nok tengok apa TB nok kata bila utusan hari ni memilih tajuk Jangan benarkan sama sekali - Nik Aziz

nok mengaku saloh ke nok tegakkan benang basoh

January 4, 2010 10:17 AM
Anonymous Anonymous said...

Ko pecaya bulat bulat ke apa yg utusan Meloya lapor... Takkan Utusan meloya tak spin kut... BTW.. Bukan ke kenyataan tu dikeluar bila wartawan tanya dia...?? dalam kes judi.. wartawan tanya dia ke...???

January 4, 2010 10:43 AM
.

Sebab dia nak NAsa sokong dia la wartawan tu tanya Nasa.

Dalam isu judi tu, wartawan sudah pasti diarahkan supaya tutup mulut sebab semua tu wartawan dari akhbar UMNO.

Kita lah kena buat isu sebab kita parti yang lawan UMNO./

Anonymous said...

pokoknya blog ini mmg mempunyai niat jahat dan penabur fitnah

Anonymous said...

Ko pecaya bulat bulat ke apa yg utusan Meloya lapor... Takkan Utusan meloya tak spin kut... BTW.. Bukan ke kenyataan tu dikeluar bila wartawan tanya dia...?? dalam kes judi.. wartawan tanya dia ke...???

January 4, 2010 10:43 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Apa pula kenyataan media Hussam dalam isu ni dan isu judi?? Tak ada pun kat blog dia dalam kes nama Allah ni??? Khalid Samad aje yg tulis... So hussam ni pun fraksi UMNO jugak ke sebab tak keluar kenyataan????

January 4, 2010 10:51 AM
.

Aikkk Husam cuma Naib Presiden, dia tak boleh keluar kenyataan ikut sesuka hati. Hanya Presiden dan Timbalan Presiden

Kol. Mat said...

Bersabar kita tunggu apa yang akan berlaku di kelantan merupakan atau lambang kekuatan Pas Semalaysia. Ramai ADUN Pas relak dan berada dalam zon selesa.Terutama mereka yang melepasi umur 60an. hanya fikirkan untuk tambah harta kekayaan untuk anak dan cucu saja saja.

penyu teranung said...

anon January 4, 2010 11:08 AM kata, "Aikkk Husam cuma Naib Presiden, dia tak boleh keluar kenyataan ikut sesuka hati. Hanya Presiden dan Timbalan Presiden"

Husam cuma Naib Presiden?
mung nih ketinggalan keretapi ker..

Anonymous said...

jgan tambah lagi niat jahat TB, cukup lah bukan dia ada hujjah pun, semua sebab sakit hati

hafiz said...

TB,

Ada baca utusan meloya hari ni. nampak gaya kalo lu pecaya Utusan meloya dalam statement dari ust nasa, lu kena la jugak pecaya statement TGNA dalam Utusan meloya.TGNA senada dengan ustaz nasa. So apa lu punya komen?

Juga lu rasa Husam berani sanggah TGNA dalam hal ni?

Anonymous said...

Kau ni dah confused ke TB. Judi memang di haramkan untuk orang Islam dinegara ni. Tak faham ke?

Kau ingat PAS boleh haramkan judi secara total di Malaysia?
Macammana?
Nak menang piliharaya?

Kau ingat Pengundi bukan Islam nak undi PAS kalau PAS nak laksana Hudud dan haramkan judi & arak kepada semua orang Islam dan bukan Islam? Ini tidak akan boleh terjadi.

PAS tidak akan berjaya memperolehi majoriti untuk melaksanakan agenda PAS tersebut.

Nampak sangat dah tak ada modal nak hentam BN.

Asyik-asyik dok ulang isu judi dan arak.
Sedangkan Mustahil untuk PAS sendiri untuk laksanakan.

Kau ni memperbodohkan diri sendiri lah TB.

Anonymous said...



Ada baca utusan meloya hari ni. nampak gaya kalo lu pecaya Utusan meloya dalam statement dari ust nasa, lu kena la jugak pecaya statement TGNA dalam Utusan meloya.TGNA senada dengan ustaz nasa. So apa lu punya komen?

Juga lu rasa Husam berani sanggah TGNA dalam hal ni?
.

Senada? Tok Guru kata tak haram. Nasa kata ia adalah penghinaan pada Islam.

Senada macamana tu?

Anonymous said...

tulang besi tu mmg bodoh

tak guna bercakap dengan dia

asal kita bangkang hujah dia, sia pon kata kita ni ejen umno

bahlol kan!

tu hujah org yang tak mampu lawan hujah. penakut pait n bodoh piang

masalah di sini Alllah yang diguna kristian tu merujuk ekpada Tuhan yang ada naka sangat bercanggah dengan kepercayaan Islam. nma allah wei jgn main2

abu jahal ke abu lahab ke dia sebut allah tu Tuhan Muhammad, bukan dirujuk sebagai patung berhala. maknanya diaorang sebut Allah tu iaitu allah yang Muhammad sampaikan. kristian yg kat sini ujuk Allah tu sebagai apa?

jgn sokong kerana siapa yang betkata, carilah ikhtiar skit untuk mengaji ilmu2 yang luas. bukan main sokong buta je. nik aziz kata je kita pon angkat tangan.

dia pon manusia. tapi tulang beis ni lembuuuuu

Anonymous said...


masalah di sini Alllah yang diguna kristian tu merujuk ekpada Tuhan yang ada naka sangat bercanggah dengan kepercayaan Islam. nma allah wei jgn main2
.

Kristian kat Mesir lain ke dgn kristian kat sini?

Bukan kedua2nya percaya tuhan tiga?

Apsal Al Azhar tak bising, kao yang bising?

Kao hebat lagi dari Azhar ke?

Anonymous said...

Anon 2.00 pm,

Aku setuju 100% dengan apa yang kau cakap. Dah naik muak aku dengar TB asyik menyamakan BN dengan judi,arak dll.

Cara dijawab macam budak-budak. Analogi dari orang yang pendek akal. Pokoknya, orang islam di Malaysia memang diharamkan berjudi dan minum arak, boleh ditangkap beb.... Lihat apa yang berlaku pada si Kartina?

Bila PM luluskan lesen judi, dia kutuk TGHH dan Nasa kau-kau (pasal tak bantah) pun buat aku pening dengan kawan kita ini? DAH BIUUUUUL KOT?

Abdullah said...

So based on Tok Guru's comment in Sinar Harian hari ni (4 Jan 2010), Tok Guru pun menyokong Agenda Kerajaang Perpaduang ke?

Bukan Islam tidak boleh guna Allah: Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penggunaan kalimah Allah oleh agama lain pada masa kini tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Nik Abdul Aziz berkata, bagaimanapun dari segi hukum, Islam membenarkan agama ‘samawi’ (agama dari langit) seperti Kristian, Nasrani dan Yahudi menggunakan kalimah tersebut.

“Sebenarnya dari segi hukum, penggunaan kalimah Allah pada pengamal agama ‘samawi’ memang boleh. Dalam al-Quran terlalu banyak yang sebut tetapi dibimbangkan dan takut disalah guna. Jadi lebih baik kita berhenti dari membenarkan agama lain guna perkataan Allah. Dari sebab tu dalam fikah ada sebut kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda tu harus.

“Penggunaan kalimah Allah pada masa sekarang oleh golongan bukan Islam tidak boleh kerana dikhuatiri disalah gunakan oleh pihak tertentu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pejabat baru Urus setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri di sini semalam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tidak ada rundingan di antara Islam dan Kristian dalam menyelesaikan masalah ini dengan baik menyebabkan ia menjejas sensitiviti rakyat di negara ini.

“Kita bimbang dan takut perkataan Allah ini disalahgunakan sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru...dia kata sana Allah, sini pun Allah. Sehinggakan akhir-akhir ini saya dengar gereja pun minta dipanggil masjid Kristian.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah

Omar, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi, Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan 'Herald-The Catholic Weekly' menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya satu badan rundingan ditubuhkan di antara Kristian dan Islam untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin.

“Biar ada badan di negara ini berunding di antara ulama Islam dengan paderi Kristian tajuk dia, tidak kena di mana Islam. Majlis rundingan tersebut boleh dianjurkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau kerajaan sendiri secara terbuka atau tertutup.

“Kalau kita biar Kristian dengan Kristian dan Islam dengan Islam akan timbullah masalah seperti ini. Orang kita tidak suka berdepan begini. Saya bersetuju untuk hadir sebagai ahli panel sekiranya dijemput. Ini adalah untuk menjelaskan keadaan sebenar,” katanya.

hafiz said...

anon 2.37,

paham makna senada?

kalo tak paham, pegi belajar bahasa melayu dulu. kita bukan bahas isu semantik di sini.

jangan jadi bodo sombong.

zakwan said...

Wow,Utusan Munafik sure love Nassarudin n Zul Nordin

I wonder if the High Court,Lau Bee Lan was bought by UMNO 2 deliver the verdict few days ago so that PAS especially the conservatives/fraksi Terengganu starts reconsidering the "Unity Government" proposal

Utusan Munafik as Nasarrudin's mouthpiece is understandable

I can live wit Zul Nordin refuting Khalid Samad's explanation on the usage of Allah but labelling the latter as a traitor 2 Islam n demanding his resignation from PAS is downright deplorable

Zul Nordin, u'r officially once again in my bad books

Anonymous said...

Nasaruddin tu UMNO PARIAH..

Anonymous said...

Assalamualaikum
A reply to Katharina sri of Germany.
Muslim is certainly the best of the mankind, as Allah says so in the Quran.
“God in every religion…..” its against the very basic principles in islam “theres only one God which is Allah”.
Christians or anyone else were to be punished in the hereafter NOT because they call God, Allah, they will be punish because they refused to accept the oneness of Allah.
Barbaric act terrorists group like Al Qaeda in the name of God, again you failed to see the whole picture. You like any other Christians see it was Al Qaeda who strike 1st, but in reality the attack on the sept 11, was actually a retaliatory act towards American blatant support to Jewish state that kill Muslim on daily basis.
Sister, the so call unjust law you mention, was designed by the human own creator, who do u think is best to govern the mankind, the man itself or the creator.
Lastly I think if there are any attacks on the gays, women it’s much more violence and frequent in the western world.
Salam

Abdul Malek Faisal (Still and god willing, will always be )
Damascus Syria

Anonymous said...

Folks,islam in malaysia is under the control of puak haram jadah,chootias,kaki rausah,kaki kelentong,kaki dangdut,kaki bohsia..in order to show artifcial sence of superiority,these baruas have equated islam with melayu..islam=melayu is their mantra..Allah,is some malay/arab god..these bastardos have nothing in thier life..they need to anchor onto something to show some sence of 'superiority"..and,since most of them r either mongoloids or neanderthals,they will manyalak macam anjing..in real life,these pukim@ks r not even fit to be pencuci tandas..

Anonymous said...

//Enough with such primitive kind of Islam, and behaving so arrogantly as if Islam and teh Muslims are superior to every other religion or anyone else! God in every religion is a just God – not a cruel God, thus I am sure an islamic God will have no intention of punishing Christians or anyone else for using the same name for God as the Muslims! Just minded Muslims had better look hard inside their soul and religion instead, to resolve the barbaric violence committed, justified using God and Islam, such as by the Al-Qaeda’s terrorists! Enough blaming everyone and everything else, for the Muslims’s own unjust ways and so-called laws! Think about it, intelligently and rationally, is “Western Imperialism” to be blamed for all the violence, particularly committed towards women/girls and gays, under Sharia ‘Laws’?

Katharina Sri (former: Noor Aza)

Germany//

The problem with people like katrika is,they r too much into enid blyton,and they think by being a phoney mat salleh celup,they will look "hip',and be accepted by the elites of europe..typical zombie slave mentality..these zombies have forgotten,the atrocities commited by the west on asians..they have forgotten the genocide in bosnia herzogoviina..for them,anthing frm the west,their ignorance,their stupidities,their darkness is better then anything asia has to offer..

Anonymous said...

The message of christ became primitive and barbaric at the hands of europeans..no wonder,most of europeans r in search of something else..most of them r attrcated to tibetan buddhism,"nirvana",physical yoga..but they r still in the lost in space category when it comes to deeper knowledge(europeans simply love to intellectualise everything)..asians sufferd a lot at the hands of the europeans..as a result the spirit of neo coloniolsim,inferiorty complex r still very strong amongst asians..and this has compunded asians suffering..instead of evolving our societies based on asiatic principlas,we have have adopted alien methods,and have created a big mish mash..we simply like to borrow,adopt,be a phoney blindly..

Anonymous said...

true islam is very complex..mind boggling..it appears simple on the surface,but behind this simplicty,there is something extremely vast..Guru nanak,the founder of sikhism, made the noble effort to reduce the complexity of hindusim and islam dharmas..but those two dharmas cannot be simplified,and situation demands us to go back to the origins of those two dharmas,or system..we simply dont have a choice..

Anonymous said...

Eurpoeans ,due to thier dungusiam,thinks "nirvana" is the highest state..they dont realise that there r even higher states,supreme realities then nirvana that were discovered by ancient seers,and by the mighty prophet Muhammad himself!!Nirvana is wat?Annihilation!Annihilation of our soul,our being,and dissapearing into a void which cannot be described..but is nirvana the last station of supreme existnace?Not at all..above it emerges,a Supreme Conscious BEing.,.and frome these Conscious being starts infinite creations..and in the vedas,and the quran,we get clear messages in the form of verses,ayats about the supreme truth of existance,consciousnes,powers,etc etc etc..

Anonymous said...

salam.
4 golongan org yg berpolitik.
1-berpolitik kerana ikut ikutan.
2- parti,ikut apa jua yg parti suruh.
3-cari makan.
4 kerana kebenaran...

dimanakh anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.