Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 28, 2010

Orang Melayu Pun Dah Tak Larat Nak Duduk Dalam Malaysia

Saya dapat maklumat, beberapa jam selepas gempa bumi di Haiti, kira-kira 7 orang rakyat Malaysia dari bangsa Melayu telah berada di Haiti untuk melakukan kerja-kerja telekomunikasi. Mereka berpengkalan di Jamaica telah dihantar dengan laju sekali ke Haiti untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih sistem telekomunikasi Haiti yang rosak teruk akibat gempa bumi.

Namun, mereka hanya berada di sana 2 hari sahaja kerana dinasihatkan pulang oleh majikan mereka. Keadaan waktu itu terlalu bahaya dan penyakit juga bakal tersebar akibat ribuan mayat yang bergelimpangan. Sehingga ke tahap, mayat2 tidak diangkat dan menjadi makanan anjing.

Ertinya, orang Melayu di Malaysia yang sepatutnya dilindungi DEB pun boleh merantau sampai ke Jamaica untuk mencari rezeki sehingga sanggup menyabung nyawa di negara seperti Haiti. Kalau mereka duduk di Malaysia, sudahlah gaji rendah, kos hidup makin lama makin tinggi. Nak buat bisnes, semua peluang UMNO dah bolot. Tengok TEKUN sudahlah, semua puak-puak UMNO bolot.

Habis tu? Orang luar lagi pandang tinggi bakat2 orang Melayu dari orang Melayu sendiri. Orang luar dengan senang hati mengambil orang2 Melayu di Malaysia untuk bekerja dengan mereka. Dan mereka membayar gaji yang jauh lebih lumayan dari majikan-majikan di Malaysia.

KOS HIDUP MAKIN MAHAL TAPI GAJI TAK NAIK-NAIK. KERJA PUN MAKIN KURANG

Saya dapat maklumat Petronas sendiri pun sudah mula hendak membuang orang. Dan secara umumnya, gaji di Malaysia semakin lama semakin kecil. Kalau duduk di Kuala Lumpur dengan gaji RM1500 sebulan, nak makan apa?

Itu yang saya dapat maklumat ramai gadis-gadis Melayu sekarang mencari pendapatan lebih dengan menjadi GRO dan pelayan. Ertinya bayang-bayang Indonesia sudah semakin jelas di Malaysia, walaupun masih tidak merebak teruk seperti di Indonesia.
Tapi, bila wang minyak kita habis, saya tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan anak-anak kita

BEBERAPA CONTOH LAGI

Saya dapat maklumat di UK, US, Canada dan Australia, pelajar2 sarjana kita yang ditaja universiti tempatan ramai yang melarikan diri dan bekerja di negara-negara Barat tersebut. Ini kerana negara-negara Barat sudi memberi mereka gaji yang lumayan, sara hidup yang baik serta peluang pekerjaan yang lebih mencabar kepada pelajar-pelajar kita.

Maka, mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di negara mereka belajar dan tidak pulang ke Malaysia. Kalau mereka pulang pun, peluang mereka bekerja amat terbatas dan gaji yang mereka bakal dapat pun tidak seberapa.

Saya juga mendapat maklumat ramai teknokrat dan professional Melayu di Malaysia sudah meninggalkan Malaysia dan bekerja di serata dunia. Dan jumlah ini akan menjadi semakin banyak dalam tahun-tahun mendatang.

Semuanya kerana syarikat-syarikat luar negara lebih memandang tinggi keupayaan serta kebolehan teknokrat Melayu berbanding syarikat-syarikat di Malaysia.
Dengan kadar korupsi yang tidak pernah turun, maka Malaysia tidak menjamin masa depan mereka dan anak-anak mereka. Hasilnya, orang-orang Melayu semakin meninggalkan Malaysia untuk mencari rezeki mereka.

DEB HANYA UNTUK UMNOPUTRA DAN KRONI

DEB sebenarnya ada dua aspek. Aspek yang pertama sudah lupus (i.e. biasiswa, pelajaran etc). Aspek kedua adalah dari aspek ekuiti yakni mahu menaikkan bilangan akutiti bumiputra supaya setara dengan bangsa-bangsa lain.
Maka, dari sinilah kita ada program seperti AP, Kontrak Kelas F, pembahagian saham, pemberian kontrak secara “direct award” dsbnya.

Aspek kedua DEB kesemuanya dimonopoli oleh UMNOPUTRA dan kroni-kroni UMNO. Dengan kata lain, orang Melayu biasa yang mempunyai bakat berniaga tetapi bukan UMNOPUTRA atau KRONI tidak akan dapat peluang kepada modal yang diperlukan melalui DEB.
Dan UMNOPUTRA lebih suka menggunakan aspek DEB ini dan meng “subcon” ke syarikat-syarikat bukan Bumiputra. Sebab itulah 70% dari peruntukan Rancangan Malaysia Ke Lapan telah pergi ke syarikat-syarikat bukan Bumiputra. (Kalau tak percaya sila tanya Effendy Nawawi).

Dengan kata lain, majoriti orang Melayu akan kekal di bawah “tuan-tuan feudal” mereka selagi mana UMNO masih terus memerintah.

Dan dari 1997 kita belajar, bila ekonomi baik, keuntungan semuanya disapu oleh UMNOPUTRA dan KRONI. Bila mereka rugi, kita rakyat Malaysia terpaksa mem “bail-out” mereka.

Tak heranlah, orang-orang Melayu pun dah “fed-up” dengan UMNO dan meninggalkan Malaysia dengan banyaknya. Selagi ada peluang mereka akan tinggalkan Malaysia. Percayalah.

Itu yang kita boleh jumpa orang Melayu bekerja sehingga ke Jamaica. Padahal kalau zaman 1980’as bila disebut Jamaica, yang kita tahu hanyalah negara asal Bob Marley. Itu sahaja.

Tulang Besi


22 comments:

Anonymous said...

Pernah baca laporan,org melayulah ug paling banyak migrate.."EXODUS.. MOVEMENT OF JAH PEOPLE!"

Anonymous said...

dok menasaboh banding 2-3 org dgn berjua org yg tak berhijrah.. kenapa tak kaji berapa org melayu malaysia (cam ko) lari ke indon danding dgn berapa org indon lari ke malaysia cari kerja,

ko lari sbb tak dapat CEO ke?

Anonymous said...

Apsal kao jaki sangat TB nak jadi CEO? Kao tu taraf peon pun tak layak. Sedarlah diri sikit. Boleh tak?

Anonymous said...

Ini ali,siaran lansog o dri KLCC..nachibai dgn penuh semangat kepundekan berbla bla..apa reaksi rakyat?9/10 buat dunno..kahkahkah

Tinta Hitam said...

UMNO dah banyak membawa malu kepada bangsa melayu sebenarnya.Keburukan akhlak dan terlibat dgn pelbagai skandal yan gmembabitkan dari ahli sehingga pimpinan mereka memalukan bangsa melayu dan Islam.

Benda benda mcm tu yg menyebabkan umat melayu terpaksa bersikap defensif bila kena condemn olh pihak lain.Kdg kdg we are at lost to save malays honors due to them.

Kita perlu ingat.UMNO ADALAH LIABILITI KEPADA ISLAM DAN UMAT MELAYU.

Mereka perlu disingkirkan terus dari tampuk kekuasaan jika umat melayu ingin menjadi bangsa yang dihormati dan kompetitif

Anonymous said...

to tb and all commenters here,

http://www.fnfmalaysia.org/open_dialogue_centre/malaysia%20vs%20singapore.pdf


http://tomorrow.sg/archives/2007/06/15/difference_between_singapore_and.html


the first link above is done by dap's tony pua, so umngok fellas will be sceptical.

the 2nd link is more balanced.

comparing malaysia to singapore, for instance, basic foodstuffs are cheaper in singapore than malaysia. look at the comments in there.

i am not sure about other stuffs like computers, handphones, cars, houses...are these really more expensive in singapore?? i doubt it. unit to unit, without conversion, i think these items are still cheaper in singapore. for example, we shall treat rm1 = sgd1. that's bcos the unit salaries in singapore are either the same or higher compared to malaysia's figures.

all of us here, no matter what our political inclinations are, should be aware of these things. the more we seek the more we learn. and the more we learn the less our inclination to become jaguh kampungs syok-sendiri. or like ostriches, when faced with troubles or doubts, ostriches just bury their head into the sand. this is what we dont want malaysians to be.

we have to know more about what's happening outside our country.

globalisation is a two-edged sword. mahathir doesnt like it, for his reasons. but he alone or our whole country as a whole, we cannot afford to ignore this phenomenon called globalisation. either we face it our we close our economy like china pre-1980s.

i hope you will all dig further closer to the truth. please dont try to find something to justify your preset mind. be open. and you shall see the truth.

good luck.

4RAKYAT

tokmod said...

orang melayu pun dah tak larat nak duduk dalam malaysia....serupalah
ORANG KELANTEH PUN DAH TAK LARAT NAK DUDUK DALAM NEGERI KELANTEH

Anonymous said...

PAS da banyak membawa malu kepada bangsa melayu sebenarnya,keburukan akhlak dan berbagai skandal membabitkan ahli serta pemimpin memalukan bangsa melayu dan islam, malah PAS juga sanggup mengorbankan perjuangan untuk agama demi meraih undi kaum kafir.
KITA PERLU INGAT PAS ADALAH LIABILITIKEPADA UMAT MELAYU DAN ISLAM.

Sumo Piar said...

But I thought the NEP was designed by Mr Anuar for his would be dynasties?

No?

Who is Anuar?

I like your tuan guru.

Atuk said...

Memang betul sekali. Kawan i seorang (lawyer) kat UK, satu lagi (akauntan) kat US dan satu lagi (financial analyst) kat Singapore. Mereka semuanya anak Melayu Malaysia jati tapi kini di rantau asing.

Eric Payne said...

Entahlah. Sayapun bekerja kat luar negara. Tengok perangai Melayu UMGOK, dah tak larat dah. Yang hancuspun boleh jadi profesor (berperangai kangkung dan buat universiti tempatan macam bahagian UMGOK)

Anonymous said...

pii lah cari rezeki kat luaq,waktu tengah muda!Carilah duit banyak-banyak!waktu tua pulang keMalaysia juga akhirnya!!!!
Apa lagi yang hendak dicari diluar sana:
1.malaysia -aman damai-tiada tsunami,tiada gempa bumi!hidup dengan aman!walaupun berkocak sikit akibat kebodohan politik!
2.walau gaji tak seberapa!tak semewah kat singapura,kat Us atau UK!apa lagi kucari!jika sudah ada banglow ,merc c200k!yang penting!tiada ogang kata aku makan rasuah,makan duit tak ketawan hala!apa lagi kucari!Asai pandai berusaha dengan kemudahan yang disediakan!
3.Apa lagi kucari diluaq sana!walaupun gai tinggi!dok kat rumah bagai merpati(singapura),hidup penuh prasangka agama(kat us dan uk).
4.Apa lagi kucari!!!!hidup aman,walau tak mewah,hati tenang dan aman disini, untuk mencari kehidupan disana pulak!Kehidupan yang abdi-insyaAllah.

Grand Marquis said...

Ni ada input menarik.

Baca dulu yang ni tentang letter head UMNO.

Kemudian, bandingkan dengan letter head surat yang TB postkan di sini

Quran suruh kita siasat dulu berita dari orang fasik. Apakah TB berhukum dengan hukum Al-Quran dalam isu ni?

Anonymous said...

wah2...tibe2 je berpandukan pd paksi yg sebenar(al-Quran)..brader,letterhead mane2 pn bole jd xsame..cthnye UiTM..berpuluh2 UiTM kt mlysia ni...same ke sume???bodoh mcm anjing....itu pn jd isu..haram otak narrow gile...

Anonymous said...

Kepada anon, hang kena tau, letterhead tu is a legal entity. Bukan boleh main-main dan senang-senang main print aje.

Anonymous said...

January 28, 2010 10:21 PM
Anonymous Grand Marquis said...

Ni ada input menarik.

Baca dulu yang ni tentang letter head UMNO.

Kemudian, bandingkan dengan letter head surat yang TB postkan di sini

Quran suruh kita siasat dulu berita dari orang fasik. Apakah TB berhukum dengan hukum Al-Quran dalam isu ni?

January 29, 2010 12:52 AM.
.

Grand Moron,

Kao ingat dalam UMNO ni ada satu letterhead saje ke?

Sampai skrg Ghani othman tak nafi surat tu pun.

Lagi pun surat yang TB buat tu masa 2007 bagi Bahagian Batu Pahat.

Setiap Bahagian ada letterhead dia sendiri la.

Apa kao bangang sangat, Grand Moron?

Grand Marquis said...

Letter head sebenarnya boleh berubah2 mengikut kepada bahagian2. Setakat ini tiada peruntukan / pekeliling yang mana letter head harus sama di setiap bahagian UMNO.

Harap maklum, kekhilafan saya..

Grand Marquis said...

Kepada GM II, mana buktinya?

Sumo Piar said...

We don't need to be rude and uncouth to present our views across.

I think we are civilized enough to classify us as educated Malaysians.

Bad mouthing each other only tell on us.

Thank you.

Tulang Besi said...

Grand Marquis,

Mana bukti surat yang Cucu Tok Selampit gunakan itu adalah surat yang tulin?

Anonymous said...

ha..ha.. ramai nya UMNO troopers kat sini.. senang jer kalau nak tau siapa.. walaupun babi tapi jika ia bertopeng UMNO. mereka akan kata itulah malaikat...he..he..he.. Senangkan nak tau sekutu ba alif ba ya

Anonymous said...

dari pandangan org luar negeri, Msia itu sama macam Indonesia shj, tidak ada byk freedom dan keadilan, setengah org suka bagi manisan org yg masih tidur, org bijak semua pun bosan dgn apa saja drama atau cara mereka main....

tak ada idea baru kah? Kes Answer yg malu itu mau diketawa oleh org luar lagi.... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.