Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, January 1, 2010

Pemecatan Annual Bakhri: Siap Sedia Untuk PAS Masuk BN Siri 1

Nota: Jangan lupa untuk merujuk artikel dari laman GReenboc yang mengandungi kenyataan YB Zul Nordin di sini.

Semua ini telah dirancang dalam pertemuan dengan wakil2 Najib di rumah Pak Din Langgar. Bahawa seorang ahli UMNO bernama Arifahmi akan digunakan bagi mensenyapkan Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru dilihat sebagai halangan terakhir bagi kemasukan PAS ke dalam barisan yang sama dengan UMNO.

Perkembangan yang terbaru dari Kelantan menunjukkan Arifahmi dan ahli keluarga lain berjaya meyakinkan Tok Guru Nik Aziz bahawa Husam dan kawan2 yang lain telah memfitnah Arifahmi. Tok Guru sekarang ini tidak mahu lagi mendengar nasihat dari sesiapa sahaja kecuali dari ahli keluarga beliau.

Natijahnya, Annual Bakhri telah dipecat dari jawatan yang beliau telah pegang selama 10 tahun. Ahli-ahli keluarga Tok Guru berjaya menyakinkan Tok Guru bahawa Annual Bakhri telah memfitnah seorang ahli UMNO bernama Arifahmi.

FASA PERTAMA BERJAYA, FASA KEDUA DAN KETIGA MENJELANG TIBA

Annual Bakhri telah dinyatakan sebagai dalang yang mengagalkan usaha “Kerajaang Perpaduang” oleh Nik Abduh sendiri. Ini bukan cakap kosong. Sila rujuk tulisan Nik Abduh dalam blognya satu masa dulu bertajuk “Kerja Kerja Bodoh Dalam PAS.

Nik Abduh dengan jelas menamakan “pembantu-pembantu ayahanda” sebagai orang-orang yang bertanggungjawab menyebabkan ayahanda beliau menolak gagasan Kerajaan Perpaduang. Nah, sekarang barulah kita tahu siapa sebenarnya pembantu-pembantu ayahandanya yang amat dibenci. Antaranya adalah Annual Bakhri Haron yang baru sahaja terpecat dari jawatannya.

Fasa kedua tidak lain tidak bukan adalah pemecatan Husam Musa secara keseluruhannya. Itu yang telah dirancang bersama-sama dengan wakil Najib Tun Razak di rumah Pak Din Langgar bulan Ogos 2009. Bahawa Husam Musa mesti dibuang dahulu dengan apa cara sekalipun.

Maklumat yang saya dapat, Husam Musa akan terkorban dalam bulan Febuary hanya kerana ahli UMNO bernama Arifahmi dan isterinya benci pada Husam Musa. Dan termasuk yang benci Husam adalah Nik Abduh sendiri.

FASA KETIGA ADALAH PERSARAAN TOK GURU

Ya benda tersebut dibincangkan dalam mesyuarat dengan wakil-wakil Najib Tun Razak. Dengan bantuan ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz, selepas Husam disembelih, maka Tok Guru akan diyakinkan untuk melepaskan jawatan politik dan bersara sepenuhnya dari politik.

Mengikut kenyataan Ustaz Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat tempohari, calon PJ Kelantan yang baru adalah Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman. Itulah juga bakal calon MB yang baru bagi negeri Kelantan.

Malahan Nik Abduh secara terbuka mahukan ayahandanya bersara dan berhenti sebagai MB. Adakah kita lupa. Itu bukan cakap kosong tetapi sebahagian dari perancangan yang telah dipersetuji dengan wakil-wakil Najib dalam mesyuarat di Langgar itu.

Satu komen dari pembaca saya:

Anonymous said...
-nik abduh prnah tulis dlm blog die..'jgn sape2 yg mnahan jika ayahanda ingin meletak jawtan,ayahanda benar2 sudah letih'..nik amar pun prnah sound, "tok guru kna segera menamakn penggantinye agar tak brlaku krisis semasa peralihan kuasa"..

-bkn stakat geng perpaduang smakin kukuh di ganu malah di kelate pun dah nmpak taring geng2 perpaduang nie..

-ape agaknye pemimpin2 pas yg lain spt mat sabu, mujahid , dzulkifly,husam , nizar,mahfuz, salehudin dll dlm mnghadapi kemelut nie?..

p/s:pd nik abduh,sgguh hebat kamu brpencak,mayb ini yg dikatakan kamu ,seni berpencak yg digemari malaikat..salam kamunting pd kamu..jgn lupe survey2 skali toyota caldina atau mitsubishi evo10..


Hj Mustafa Ali sendiri sedang merayakan kejayaan Fraksi UMNO. Tiba-tiba sahaja Mustafa Ali boleh menyokong kenyataan Tok Guru secara terbuka.. Almaklumlah pucuk dicita ulam mendatang.

(bersambung...)

18 comments:

Grand Marquis said...

Dipetik dari blog nik Amalina
InsyaAllah anakanda kedua saya akan menjejakkan kaki ke darjah satu pada sesi persekolahan akan datang.

TB kata:
Semua ini telah dirancang dalam pertemuan dengan wakil2 Najib di rumah Pak Din Langgar. Bahawa seorang ahli UMNO bernama Arifahmi akan digunakan bagi mensenyapkan Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru dilihat sebagai halangan terakhir bagi kemasukan PAS ke dalam barisan yang sama dengan UMNO.

Kalau anak kedua mereka dah sekurang-kurangnya berumur 7 tahun, berapa umur anak pertama? Ini bermakna sekurang-kurangnya 9 tahun yang lepas ahli UMNO bernama Arifahmi telah menyusup dalam keluarga TGNA bagi mensenyapkan beliau bagi kemasukan PAS dalam BN. Kalau dikira 9 tahun lepas, iaitu 2001 pas masih dipimpin oleh ustaz Fadzil Noor dan BN masih diperintah TDM.

Korang yang bijak tu pikir sendirilah sama ada nak percaya apa yang TB cakap.

Anonymous said...

Dei bodoh punya GM. Keahlian UMNO si Arifahmi dah terdedah dengan jelas dalam blog Kickdefella la.

Hang duduk mana ni? Dalam tempurung ka?

Grand Marquis said...

Kepada Anon, tak perlu la cerita bab keahlian UMNO Arifahmi tu. Satu dunia dah tau. Cuma rasa musykil bila seorang yang dah jadi menantu Nik Aziz selama hampir 10 tahun tiba-tiba boleh menjadi ejen UMNO yang digunakan untuk mensenyapkan Tok Guru.

Anonymous said...

Ari tu ko cakap TGNA tak dipengaruhi oleh mana mana pihak.. tapi kali ni ko cakap dia pipengaruhi oleh ahli keluarga... mana yg betul ni???

Adakah anda kata TGNA dan join Frfaksi???? or pihak Erdogan yang berpecah...??? maklumat yg saya dapat... idea UG tu salah satu tujuan dia utk sekat Najib jadi PM... biar Pak Lah terus jadi PM...

Anonymous said...

Perhatian pada semua!!!!!!
TB la ni tengah stresss!!!!!!Tengah menghadap krisis identiti!!!!!Cakap dah melalut!!!!Pusing fakta!Kantoi!Pusing persepsi!Kangtoi!!!!!!TB hang tulihla dalam bahasa inggeris,kot-kot hang bolih pusing bab "grammer"la pulak!!!!!!!!Hanpa tau pasai apa!!!Tempat bergantung dlm PAS dah nak hancuq!!!!!!

Anonymous said...

GM ni kalau UMNO kata Najis boleh jadi emas kepalanya tetap angguk angguk.

malaysiabaru said...

malaysiabaru.com said,


PAS TAK AKAN MASUK UMNO ....

PAS AKAN BERPECAH BELAH SEBELUM PAS MASUK BARISAN PERPADUANG

YANG PASTI DATUKSERI MUSTAPHA MOHAMAAD AKAN AMBIL ALIH KELANTAN..

IE. UMNO AKAN AMBIL ALIH KELANTAN.

BAGI NAJIB PAS SEKARANG MACAM IKAN BUSYUK...NO VALUE...MASUK BN PUN TAKGUNA DAH..

PAS AKAN HANCUR DGN SENDIRI ... APABILA TOK GURU DAH GIVE UP ...

UMNO AKAN TAKEOVER DAN RAKYAT KELANTAN AKAN SOKONG UMNO KALI NI!

TOK PA HARAPAN KAMI SELEPAS NIK AZIZ.

JOM PROMOTE TOK PA!

Anonymous said...

mmm..this is dangerous...but woit..people dont give a sh!t about religion anymore..economic crunch,and umno's pariahism r killing the ruling elites.. n the conspirators r actually nailling thier own coffin!!

Anonymous said...

what najibibai can do?he got any reputation kah in over c?deaths.murder,corruption r synonyms with nachibai..and the coutry is bankrupt..lui talak..nak pinjam lui dri mana,siapa?all this tactic to sabotaj wont work..the elites think,they r gods,n human being r hamba abdi..who is da majority?the elite vs millions of rakyat..hah,ingat french,russian,cuban revolutions..eventually,the elite akan dikuburkan!

Amuraria said...

JIKA PAS MASUK PARTI TAIK UMNOI/BN PAS AKAN HANCUR ! MOGA ALLAH SWT SELAMATKAN PARTI ISLAM , ALLAHU AKBAR !

Anonymous said...

Sebenarnya kalau pas tak masuk BN pun mereka akan hancur. Cuma ada pihak yang sekarang ni buat propaganda tentang UG supaya bila pas hancur, mereka boleh menuding jari dan menyalahkan UMNO

Anonymous said...

TB dah kemaruk ko meroyan??? Kaweghaso dio laaa perosak PAS no satu.... Nak tunjuk pandai-lebai tapi hati busuk...... Dasar org frust lagu ni laaaa... Syok sendiri jah nih...

Anonymous said...

Apa yang berlaku diKelantan menunjukkan Geng UG sebenarnya tidak mendiamkan diri malah masih aktif dan terus merancang untuk mencapai hasrat mereka.Kata-kata TGHA "Kes UG tutup buku" sebenarnya tidak begitu.Panglima-panglimanya seperti Mustafa Ali,Bakar Chik,Harun Taib serta Hassan Ali - terus menjalankan peranan sehingga berjaya melibatkan keluarga TGNA.Pemecatan Annuar Bakhri adalah permulaan,tunggu dan lihat,apa lagi yang akan berlaku diKelantan.

Kol. Mat said...

Tunggula kehancuran yang akan melanda PAS pada PRU13 nanti. Hancur kelantan bererti seluruh negara akan kecundang parti PAS. Bergembirala wahai para ahli yang gila pangkat dan harta.

Manusia Biasa said...

air mata aku hampir menitis bila baca artikel ni...tak sangka dah sampai ke tahap ni busuknya hati kita sesama Islam sampai sanggup mensabotaj mereka yang ikhlas berjuang utk agama dan rakyat....mmg benar, ustaz nik aziz cuma manusia biasa tapi mana lagi nak cari pemimpin-pemimpin di malaysia ni yang sanggup potong gaji mereka sendiri utk disumbangkan kpd kebajikan masyarakat...?pemimpin-pemimpin yang kotor, jahat, dan gila kuasa mmg mudah utk dicari....
merata-rata malaysia ada....dah lah keadaan ekonomi di malaysia semakin teruk, pemimpin-pemimpin pula semakin mementingkan diri sendiri....dah semakin kurang memikirkan kebajikan rakyat....Entahlah, hanya kepada Allah tempat berserah....apa nak jadi dengan negara kita yang tercinta ni....

Anonymous said...

Apa ni asyik UG UG lagi nih. dah berkurun dah pasal UG nak pengaruhi sesiapa dlm PAS.Alahai analisis TB ni hampeh nak mampus.btul la dia tgh stress skrg ni,byk identiti dia dah terbongkar!

Mcm mana bleh kata Arifahmi nak pengaruhi NA masuk dlm geng UG plak.

Lepas ni kata Nik Amanina plak fraksi UMNO a.k.a UG nak suruh Nik Aziz masuk UMNO.

Mampusla fikiran duk fikir hujah munafik TB ni.

Anonymous said...

Anon 12.53pm 2.1.10,
Mengapa anta risau dan gundah-gulana apa bila orang menyebut "UG"? Benar anak-anak TGNA tidak menyuruh bapa mereka menyertai Geng UG mahu pun masuk UMNO tapi "gangguan" yang mereka buat terhadap pentadbiran TGNA diKelantan,amat menyenangkan hati Geng UG dan juga UMNO diKelantan.
Percayalah selagi Geng UG berkuasa diIbu Pejabat PAS diJalan Raja Laut,selagi dan selama itulah orang akan memperkatakan dan menempelak Geng UG ini.Isu UG ini tidak akan reda dan "tutup buku" - You started it,you are going to hell with it.

Anonymous said...

Bacalah surah An-Nas....

Kita akan tahu siapa syaitan Al-Khannas dan akan terhindar dari was-was dan rasa ragu akan perjuangan Islam.

Berhati-hatilah akan bisikan syaitan khannas dari golongan manusia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.