Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, January 2, 2010

Pemecatan Annual Bakhri: Siap Sedia Untuk PAS Masuk BN Siri 2

(Bersambung dari Siri 1)
SIAP SEDIA PAS MASUK BN
Dengan bantuan ahli UMNO bernama Arifahmi dan beberapa ahli keluarganya, maka sekarang ini Tok Guru telah berjaya dijinakkan. Selepas ini, apa sahaja usaha dari Fraksi UMNO tidak akan lagi ditentang oleh Tok Guru Nik Aziz kerana ahli keluarga serta ahli UMNO bernama Arifahmi telah berjaya menjinakkan Tok Guru.

Bayangkan selepas ini kalau Ustaz Harun Din dan Ketua Dewan Ulama PAS tiba-tiba keluar kenyataan bahawa bekerjasama dengan UMNO lebih syariee dan lebih hampir dengan kehendak Islam. Apa yang kita dalam PAS boleh buat?

Tok Guru pula pada masa itu samada telah bersara ataupun tidak akan bersuara kerana berjaya disenyapkan oleh ahli keluarga Tok Guiru seperti Ahli UMNO bernama Arifahmi dan Nik Abduh. Kita semua tahu Nik Abduh pro kepada Muzakarah dan Kerajaang Perpaduang. Dia tulis sendiri dalam blog dia.

Di kala itu juga kesemua penasihat-penasihat Tok Guru adalah mereka yang sealiran dengan Nik Abduh dan ahli UMNO yang bernama Arifahmi. Sekarang pun calon2 menggantikan Annual Bakhri dicadang dan dipilih oleh Nik Abduh dan Arifahmi. (Itu maklumat yang saya dapat).

Maka, kesemua kepimpinan PAS di peringkat Kawasan dan Cawangan kesemuanya akan “wala’” dan mengikut 100%. Kita pun tahu Presiden PAS hanya akan mengikut kehendak “Geng Terengganu” dan tidak akan menolak kehendak “Geng Terengganu”.

Presiden lebih sanggup menerima kehendak Geng Terengganu dan menolak majoriti dari permintaan AJK PAS Pusat. Terbukti sewaktu Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat baru-baru ini dimana PResiden menolak kehendak majoriti AJK PAS Pusat yang mahukan Hasan Ali dipecat hanya kerana Geng Terengganu sayangkan Hasan Ali.

Di kala itu, akan masuklah PAS ke dalam BN. Ahli2 PAS semua akan takut menentang kerana takut dilabel tidak wala’ kepada ulama. Sampai sekarang pun majoriti Pemuda PAS menjaja wala’ ni ke hulu ke hilir dan tidak mahu menggunakan akal mereka yang sehat. Mereka lebih suka menggunakan alasan “wala’” dari menggunakan akal yang Allah SWT berikan kepada mereka.

NIK ABDUH PRO MUZAKARAH DAN “KERAJAANG PERPADUANG”

Nik Abduh secara terbuka menyokong Muzakarah dan Kerajaang Perpaduang. Misalnya:
a. Muzakarah: Dalam pertemuan yang dianjurkan Roslan SMS di rumah Dr Harun Din, Nik Abduh adalah antara mereka yang menghadiri program ini. Sehingga hari ini, Roslan SMS tak nafi program ini berlaku. Sila baca di sini

b. Kerajaang Perpaduang: Dalam artikel beliau ” kerja - kerja bodoh dalam pas”, secara jelas beliau menyalahkan “pembantu-pembantu ayahanda” sebagai penghasut yang menyebabkan ayahanda menolak gagasan kerajaang perpaduang:

i. Namun, penjelasan dari /watch?v=MrLXt63_eBM”>Nasaruddin Mat Isa sendiri menunjukkan “pembantu-pembantu
ayahanda” berada di pihak kebenaran kerana agenda “kerajaang Perpaduang” tidak
lebih dari “muzakarah” yang diubah nama
.

c. Nik Abduh mahukan ayahandanya bersara seperti kehendak UMNO dan musuh PAS dalam artikel terbaru beliau. Beliau buat demikian selepas Arifahmi diarah letak jawatan.

Dan sekarang ini Nik Abduh menjadi penasihat nombor satu pada ayahandanya di samping seorang ahli UMNO bernama Arifahmi.

Bayangkanlah betapa hancurnya usaha menahan PAS dari masuk BN di masa-masa terdekat ini.
(Bersambung……)

17 comments:

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Yg sebetulnya kronologinya mcm ni:

1. Memaksa pengunduran Nik Aziz gn skandal2

2. Nik Aziz bersara

3. Husam naik MB mentekedarah duit wang ehsan/royalti

Perancangan geng2 Erdogan aka JIM dlm PAS mmg tersusun.

Kickdefella dah mula tiup sangkakala perang trhdp Tuan Guru sejak bulan oktober lepas ekspedisi teroka kaw minyak dgn Husam: nik-aziz-dan-tersungkur-di-pintu-syurga

Bila hot kes syed azidi/kickdefella ni,Husam tak buat apa2,padahal semua org tau yg Husam kalau angkat kening kat si peminum n anak wayang ni, trus senyap saja mamat ni.

Tulang besi, masa hot perkara ni mendiamkan diri, pdhal sifir mudah dalam perkara ni samada sokong TG sebab TG adalah mursydul am dan mudarat besar jika tak sokong TG ataupun sokong Kickdefella sebab cegah mungkar walaupun TG yg buat.

TB diam walaupun serangan si kickdefella ni sudah melampau,cnthnya:

Ariffahmi juga perlu menjelaskan setakat mana penglibatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam menutut skandal perbuatan sumbang seorang pengurusan kanan PMBK dengan seorang pelajar latihan amali baru-baru ini. Setahu saya, Tuan Guru amat tegas didalam soal-soal moral begini.

Jgn kambus tipu dgn tipu

Di mana Tulang besi masa ini? TB hanyalah front line atau nama kasarnya barua Indon puak2 erdogan yg kaki tangannya hanya menunggu stringnya ditarik oleh puak2 ni.

Spt aku bilang dulu, org PAS yg tak tahu hala,sokong hang krn harap hg ni sebagai agen perubahan dalam PAS yg menentang konsep2 wala' buta tuli dan penyelwengan dlm PAS.Tapi, nyata hg ni pengkhianat kepada harapan mereka dgn hanya jadi mata rantai IRC dalam PAS semata2 utkkuasai PAS.

MALAYSIABARU said...

Hepy new year,

PAS takan masuk BN, sebelum sempat masyuk, PAS akan berpecah belah dulu ...

dan NAjib akan menolak permohonan PArti Sembab PAs ni masuk BN..

Mugkin yg masuk cuma HADI PIN je lah ...tu pun lepas dah kenyang dengan RASUAH umno dah bagi ...

Nk aziz kecewa dan keluar PAS masuk PKR. PAS tewas di kelantan. dan PKR / UMNO takeover ...

SUDAHNYA PAS BERKUBUR MACAM TU JER terkapai kapai ahli yg bodoh bengap 1 juta org yg dok menhisap paip kt kg kg dan loron lorong masjid tu.

NI SEMUA HADI PIN (kawan baik ayoh pin besut yg dah sesat tu) PUNYA PSAL LA

AMALKAN POLITIK BODOH MACAM JAGUH KG.

Anonymous said...

Adalah jelas TB munafik secara terang-terangan kerana menentang keras perpaduan semasa Islam. Sedangkan kaum Ansar & Muhajirin yg begitu lama bermusuhan berjaya disatukan oleh Rasulullah (S.A.W.), inikan pula kita sesama Islam di Malaysia. Kamu lebih sukakan perpecahan di kalangan umat Islam. Kamu lebih gembira jika kaum kafir mengambil kesempatan di atas kelemahan umat Islam kerana tidak bersatu padu. Insaflah kamu wahai TB. Sesungguhnya azab Allah amat pedih..

Tinta Hitam said...

Bukan setakat TB aje yg menentang Kerajaan Perpaduan.Aku dan rami lagi org org PAS menentang keras segala usah usaha mendekati UMNO.Lebih baik mendekati ular tedung sebab ular tedung ni lidah dia bercabang dua aje.UMNO lidahnya bercabang lebih dari dua.

Walubagaimanpun isu Kerajaan Perpaduan ni aku ras dah hampir terkubur dah walaupun masih ada yg ingin mendekati UMNO.

PR semakin kukuh skg

Anonymous said...

bagus.. bagus.. TB, teruskan, putar kenyataan pemimpin pas.. TGNA kata habis kontrek ko kata pecat.. terimakasih.. terimakasih.. ko jgn takut pada sesiapa TGHH ke TGNA ke.. mereka semua tu semua rasuah, ko je yg ikhlas dlm perjuangan, pulak tu ilmu mereka apalah sangat banding dgn ko, ko kan graduate ugama gak.. leni tengah buat PHD kat indon, sekarang boleh doh panggil ko Tuan Guru Tulang Besi (TGTB), papa macam setuju TB? kita panggil ko TGTB pulak kay?

Hassan Ali lagi lah.. dia ni jahat tak bagi ko jawatan CEO.

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

bagus.. bagus.. TB, teruskan, putar kenyataan pemimpin pas.. TGNA kata habis kontrek ko kata pecat.. terimakasih.. terimakasih..
.

Ada annuar bakhri kata dia letak jawatan?

Anonymous said...

Dedahkan lagi bro..JGN kasi chance..tak kira siapa.. sebab sekarang ni org PAS yg ada jawatan semua kecut .. hanya blogger je macam lu & gang boleh diharap..


MALANG BETUL NASIB PAS BILA ADA SPECIS MACAM NI

PEMUDA PAS KG SG MULIA

Kol Mat said...

Bergembiralah para wala. dan kini kita kena usaha myekat perkara ini dri terus bergolak. MB perlu dikhabarkan dan disedarkan segera. bersabarlah kalau perejuangan PAS itu betul moga Allah akan tunjukkan jalan yang betul. sama2 sembahyang hajat.

Anak Perelih said...

takkan begitu mudah TGNA dipengaruhi... dulu oleh penasihat.. tetiba berubah 180 darjah.. ikut cakap keluarga dan fraksi .... bagi aku.. ni satu penghinaan kepada TGNA.... TGNA bukan senang diperbodohkan sebegitu la...

Satu lagi... nak bersara/tak nak bersara tu hak mutlak TGNA... siapakah kita nak menghalang... kalau kita sayang TGNA.. kita kena hormati pendirian dia.....

Anonymous said...

Ada annuar bakhri kata dia letak jawatan?

annuar nak letak wak apa, kontrek dah abis, tak de kerja ah, tak de kerja nak letak jawatan wak apa.. hahaha stupid!

tak pe TB dedah, dedah, TGNA tu apa lah sangat, mudah sangat org pengaruh dia.. tah2 tentang umno pun sebab org lain yg hasut dia, teruskan TB, teruskan.. kebenaran akan menyinar jua.. sabar, sabar, dedah, dedah.

cam mana nak kaitkan kes ni dgn hasan ali ek? tb tlg ulas sikit, kaitan hasan ali dgn kes 'pemecatan' anuar ni.. hasan ali pun jahat jugak.. ada ke patut dia tak bagi ko jawatan CEO tu..

Anonymous said...

tapi ada ke TGNA kata annuar bhakri di pecat?

Amuraria said...

TOLAK PARTI KARAT MEREPUT 'SHIT' UMNOI/BN ! TOLAK 'GENG-GENG PERPADUANG' PENGKHIANAT YANG MAHU BERSEKONGKOL DENGAN PENGKHIANAT-PENGKHIANAT AGAMA ISLAM, PARTI ISLAM AKAN HANCUR JIKA PAS BERSEKONGKOL DENGAN PARTI KARAT BIRU 'RAJA RASUAH' UMNOI/BN ! ALLAHU AKBAR !

Anonymous said...

Blogger Anak Perelih said...

takkan begitu mudah TGNA dipengaruhi... dulu oleh penasihat.. tetiba berubah 180 darjah.. ikut cakap keluarga dan fraksi .... bagi aku.. ni satu penghinaan kepada TGNA.... TGNA bukan senang diperbodohkan sebegitu la...
.

kenapa Annual Bakri tak keluar buat kenyataan sokong statement Tok Guru?

Tak nak sambung kontrak dengan kena pecat benda sama la bang.

iswarahijau said...

cukup pasal politik..skrg isu nama Allah ni macamana beb? boleh ulas sikit? adakah isu nama Allah ini akan lebih mendekatkan PAS dan UMNO dan memecahbelahkan pakatan rakyat?

Anonymous said...

Tak nak sambung kontrak dengan kena pecat benda sama la bang.

bodoh! mana sama bodoh! kalau kerja kerajaan bila habis kontrek kira dah tak kerja lah bodoh, mana boleh pecat, klu tak takkan org kerja kontrek dgn kerajaan bila abis kontrak tak boleh sambung terus, kena ada gap satu hari tak kerja. baru offer kontrak baru.

tapi kebodohan TB terserlah lagi, aku saja je nok test, sebenarnya TB tak tahu apa2 pun cuma dgr2 cerita je. Bodoh tahap gabang, hahaha, Anual Bakhri bukan tamat kontrak ngok, dia letak jawatan.. faham tak letak jawatan tu cam mana? kena pecat tu cam mana? tapi klu tak diterima jadi CEO tu sure ko tahu cam mana kan?

Anonymous said...

yg tamat kontrak setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakob bodoh!

apa lah ko TB.. tapi tak apa.. tersukan lagi, sebar.. sebar! jangan kasi chan, TGNA sebenarnya tak pandai.. sapalah sangat TGNA banding dgn ko.. ko lagi hebat TB.. semua ko tahu.. maklumlah ko ada spy2 dan pembantu2 yg hebat2 belaka yg menyalurkan maklumat kat ko..

sebar jgn tak sebar

Anonymous said...

kenapa Annual Bakri tak keluar buat kenyataan sokong statement Tok Guru?

ya lah semua org kena ikut ko.. bodoh.. sapa yg perlu statement bergitu? ko je yg ada sakit dlm hati.. biasa lah setiausaha org tukar, pembantu org tukar.. ko TB tak pernah jadi CEO mana tahu.. klu dah pernah jadi CEO tentu ko tahu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.