Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 19, 2010

Presiden PAS Lebih Popular Bila Tidak Bersama Dengan “Geng Perpaduang”/UG

Dalam isu “Kalimah Allah-The Herald” ini, Presiden PAS telah memilih untuk menerima pendapat Dr Yusuf Qardhawi. Beliau telah menolak pendapat-pendapat yang diutarakan oleh kepala-kepala geng Pro UMNO seperti Dr. Harun Din, Dato Harun Taib, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dsbnya.

Malahan, begitu keras pegangan kumpulan Pro UMNO di dalam PAS, sehingga Dr Harun Din menggunakan label “kufur” kepada mereka yang berkompromi dalam isu ini. Ertinya dengan otomatik, Dr HArun Din telah mengkufurkan AJK PAS Pusat serta Presiden PAS sendiri. Sehingga hari ini, Dr Harun Din tidak menarik balik “fatwa” beliau. MAlahan, jemputan pada mesyuarat Biro Politik pun beliau tidak mahu hadzir.

FORMULA PENYATUAN PAS TELAH DITEMUI
Formula penyatuan PAS telah ditemui. Yakni, dengan mengikut lunas-lunas AlQuran dan Hadeeth ditambah dengan kefahaman “waqi’” yang jitu.

Dalam isu penggunaan “kalimah Allah”, jelas ianya adalah “perangkap UMNO” sejak dari mula. Mengapa UMNO begitu galak sekali memainkan isu ini seharusnya menjadi petunjuk kepada “waqi’” isu semasa ini.

Sehingga kenyataan Timbalan Presiden telah diwarwarkan oleh media UMNO secara meluas kerana UMNO mengharap PAS menyokong usaha UMNO melawan isu ini. Media yang memberi ruang yang besar kepada Timbalan Presiden PAS jugalah media yang sama yang telah memfitnah mangsa pembunuhan kejam bernama Ustaz Ibrahim Libya.

Alhamdulillah, Presiden PAS diberikan ilham serta petunjuk dari Allah SWT menolak gagasan geng UG yang sama dengan Gagasan UMNO. Dan, selepas itu, berlakulah trajedi pembakaran gereja seluruh Malaysia.

Imej PAS melambung naik. Imej Presiden PAS sebagi Presiden PAS yang penyayang juga melambung naik. Tiba-tiba Presiden PAS dilihat lebih baik dari Najib Tun Razak untuk memimpin negara Malaysia ini.

Dan kesan kepada dakwah Islam adalah orang bukan Islam lebih yakin kepada PAS berbanding UMNO untuk memimpin mereka di masa hadapan. Apabila orang bukan Islam yakin dengan kepimpinan PAS ertinya mudah bagi PAS menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada mereka selepas ini.

PAS juga BERSATU di belakang kenyataan Presiden. KAlau pun ada mulut-mulut jahat, ianya hanya dibaca dalam artikel-artikel yang diterbitkan oleh Songkok Putih di Laman Tranungkite sahaja.

KUMPULAN ERDOGAN HANYA MAHU PAS MAJU

Itu sahaja kehendak kumpulan Erdogan. Dan mereka mahu PAS maju TANPA mengorbankan prinsip Islamiyyah kerana kesemua mereka yang dikaitkan dengan “Kumpulan Erdogan” adalah mereka yang berakidah Ahlus Sunnah dan mempercayai kesyumulan Islam 100%. Ini termasuk juga Racip Tayyib Erdogan sendiri.

Kalau Presiden boleh nampak fakta ini, nescaya “Kumpulan Erdogan” akan menjadi pelantar untuk menjadikan Presiden PAS tokoh yang paling diingati serta dimuliakan oleh rakyat Malaysia di masa hadapan.

Presiden PAS akan dikenali sebagai BAPA KEAMANAN MALAYSIA kerana beliau telah menghalang berlakunya pertumpahan darah hasil dari isu “Kalimah Allah” ini.
Dan penggunaan Kalimah Allah ini tidak diharamkan oleh Islam. Mengapa kita mahu mengikut jejak langkah UMNO dan ulama2 mereka (seperti Haramsani)? Adakah ulama2 dalam PAS low-class dan terpaksa menyembah kaki ulama2 UMNO?

PAS PERLU BERSATU BERMULA SEKARANG

PAS mesti bersatu bermula sekarang kerana sudah hampir pilihanraya umum yang akan datang. Keadaan ekonomi negara semakin buruk dan Najib tidak akan mahu menunggu sehingga ekonomi menjadi lebih buruk sebelum memanggil pilihanraya seterusnya.
Jelas, formula penyatuan adalah PAS wajib membersihkan diri mereka dari kumpulan Pro UG/Pro UMNO. Wajib dibersihkan sehingga tiada lagi wakil UMNO dalam kepimpinan PAS yang wujud. Kalau tidak, kumpulan pro UMNO hanya akan menyebabkan PAS berpecah sesama sendiri terutamanya sebelum piliharaya umum nanti.

Jelas agenda geng Pro UMNO tidak disukai oleh ahli2 di peringkat bawah dan menyebabkan ahli2 di peringkat bawah serba salah dan lemah semangat.

Isu ini diberikan oleh Allah kepada PAS untuk menjadi pemimpin pada rakyat bukan Islam di negara Malaysia ini. Jangan sia-siakan peluang ini

Tulang Besi



28 comments:

Grand Marquis said...

Masalahnya popular di mata siapa? TB? Kalau nak tau popular atau tidak, buat pungutan suara, bukannya main bantai ikut persepsi TB.

Saya lihat Harun Din menjadi jauh lebih popular dalam isu Kalimah Allah ini. Dan Khalid Samad orang yang paling teruk kena. Kalau lawat blog dia, 90% kutuk dia.

Lagi satu, saya nak tanya. Apakah membenarkan orang katholik di Malaysia guna nama Allah bererti kita sudah mempunyai kefahaman "waqi" yang jitu.

Boleh tak bagi tau, sebab apa perkahwinan dengan ahli kitab (tanpa mereka convert) tak dibenarkan di Malaysia, walaupun benda itu halal?

Lagi satu, tengok apa TB tulis. Main bantai ikut suka dia aje. TB kata berakidah Ahlus Sunnah dan mempercayai kesyumulan Islam 100%. Ini termasuk juga Racip Tayyib Erdogan sendiri.

Saya nak tanya TB, apakah orang yang mengharamkan pemakaian tudung di institusi kerajaan (spt sekolah, univerisiti, mahkamah) boleh dikira sebagai orang yang berakidah Ahlus Sunnah dan mempercayai kesyumulan Islam 100%.

Memang dasar penulis berdasarkan persepsi.

Anonymous said...

Anonymous Grand Marquis said...

Masalahnya popular di mata siapa? TB? Kalau nak tau popular atau tidak, buat pungutan suara, bukannya main bantai ikut persepsi TB.

Saya lihat Harun Din menjadi jauh lebih popular dalam isu Kalimah Allah ini. Dan Khalid Samad orang yang paling teruk kena. Kalau lawat blog dia, 90% kutuk dia.
.

harun Din popular dikalangan ahli UMNO sahaja.

Dan Khalid Samad popular di kalangan MAJORITI Rakyat Malaysia.

Stkt komen kat blog mana boleh jadi ukuran sebab tu semua kerja CYBERTROOPER UMNO memenuhkan ruangan komen dengan komen2 auta dan mengarut.

Hahahahaha Macam kau la GM, takda kualiti punya komen bila datang dari kau.

Anonymous said...


Saya nak tanya TB, apakah orang yang mengharamkan pemakaian tudung di institusi kerajaan (spt sekolah, univerisiti, mahkamah) boleh dikira sebagai orang yang berakidah Ahlus Sunnah dan mempercayai kesyumulan Islam 100%.

Memang dasar penulis berdasarkan persepsi.

January 19, 2010 1:02 PM
.

Lagi bahlol GM.

Erdogan lah yang menarik balik pengharaman pemakaian tudung di Turki.

Lepas mahkamah turki batalkan penarikan tersebut, Erdogan keluar arahan supaya peraturan tersebut TIDAK DILAKSANAKAN.

Bodoh bengong punya pencacai UMNO Grang Moron

Grand Marquis said...

harun Din popular dikalangan ahli UMNO sahaja.

Dan Khalid Samad popular di kalangan MAJORITI Rakyat Malaysia.


Hang dah buat pungutan suara ke?

Ok, dalam kes Turkey, fine, I admit I have overlooked the matter because I wrote from memory that Turkey has long banned head scarf.

Anyway, the last 2 anon posts sound very much like TB. TB dare to deny it (sumpah)? p.s. I am not throwing accusation. Just my curiosity.

Anonymous said...


Hang dah buat pungutan suara ke?

Ok, dalam kes Turkey, fine, I admit I have overlooked the matter because I wrote from memory that Turkey has long banned head scarf.

Anyway, the last 2 anon posts sound very much like TB. TB dare to deny it (sumpah)? p.s. I am not throwing accusation. Just my curiosity.

January 19, 2010 1:39 PM
.

Hang kata Harun Din popular tu, ada buat pungutan suara ka?

Anonymous said...

//Malahan, begitu keras pegangan kumpulan Pro UMNO di dalam PAS, sehingga Dr Harun Din menggunakan label “kufur” kepada mereka yang berkompromi dalam isu ini. Ertinya dengan otomatik, Dr HArun Din telah mengkufurkan AJK PAS Pusat serta Presiden PAS sendiri. Sehingga hari ini, Dr Harun Din tidak menarik balik “fatwa” beliau. MAlahan, jemputan pada mesyuarat Biro Politik pun beliau tidak mahu hadzir. //

albino munkee arun din clever to fartwa frm his mulut only lah..

Anonymous said...

//Hang kata Harun Din popular tu, ada buat pungutan suara ka?//
pungutan suara penting ke,kebenaran penting?..anyway,who gives a f*k about a f*kin bomoh..let him fartwalah sampai kiamat..rakyat tak ambik pot..

Anonymous said...

UMNo dajjal perlukan members seberapa cepat mungkin..objectif utk menghuru harakan negara gagal..rakyat dah lama tau,umno suka bikin kecoh

Grand Marquis said...

Pasal harun din tu, memang saya tak buat pungutan suara. Tu sebab saya kata Saya lihat Harun Din menjadi jauh lebih popular dalam isu Kalimah Allah ini. Its purely my perception based on my own observation. You are free to disagree.

Tapi bezanya ialah TB dakwa Presiden PAS lebih popular bila tak bersama geng UG. Masalahnya lebih popular ikut siapa?

Serious Shepherd said...

Lebih popular di kalangan pengundi penentu yakni pengundi bukan Melayu. Mereka menjadi pengundi penentu 'berkat' persempadanan semula Tun Maha anak Mohd Iskandar Kutty yang berdendam dengan Melayu kerana cenderung kepada PAS, PKR mahupun DAP pada pilihanraya 1999.

Anonymous said...

//Tapi bezanya ialah TB dakwa Presiden PAS lebih popular bila tak bersama geng UG. Masalahnya lebih popular ikut siapa?//

Woo EEEH!!air kote grand moron dah naik kepla woi..barua ni dah hilang punca..dah mabok..tak tau UG..kahkahkahkah

Anonymous said...

Bila UG jadi isu,PAS kalah election....orng macam Grand Moron punya pasai,pelabur asing cabut..takkan mereka nak launch 5G ,6G ,new gen gizmoz JV bersama org macam Grand MOron..

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Aku setuju dgn tulang besi psl satu isu, isu wala'. Both Ust harun, kita boleh simpulkan tidak wala' dan tidak akur pada keputusan mesyuarat, walaupun sepatutnya, mesyuarat itu bukannya oleh lujnah politik ttp oleh Dewan Ulama'.

Namun, menyimpulkan bahawa Harun Din tidak popular merupakan satu kesalahan besar oleh TB dan rakan2. Harus diingat, bhw Harun Din, dan rakan2 penceramah bebasnya spt ismail kamus, tuan ibrahim tuan man, hatta Hassan ali adalah merupakan penyebab ramai gol. yg minat ugama pasca anwar ibrahim dipecat menyertai PAS ataupun sekurang2nya dijadikan rujukan sokongan mereka.

Walaupun sekarang ini, muncul Dr Asri, tetapi Harun Din masih ada kata dan daya penarik terutamanya yg minat bidang perubatan Islam dan masy Bangi.

Khalid Samad adalah org yg dimaki, dibakar dan saya yakin,saya berani cakap, jangan hairan kalau dia sendiri pun tak berani shopping di mana2 pasar mlm atas nama MP Shah Alam sekarang ini takut kena ludah.

Kdg2 terfikir aku, adakah Khalid ini mmg sengaja dihantar oleh UMNO terutamanya oleh abgnya, Shahrir utk menghuru-harakan PAS dr dalam?

Org sudah mula pertikaikannya walaupun di forum2 kelolaaan PAS sendiri.Lihatlah, brp ramai org PAS sendiri yg menganggotai menentang penggunaan kalimah Allah di facebook mengatasi peminat Anwar ibrahim di facebook?

Jd, PAS sebenarnya sudah kalah dalam isu ini, dan jgn haraplah org nak percaya PAS boleh menjaga Islam.

Anonymous said...

HIDUP KUMPULAN ERDOGAN !!!!!

Anonymous said...

Harun Din tak WALA' , napa takde apa2 tindakan pon ..
Pas ni kira da sesuka hati mak bapak dia orang jer la nak cakap apa ke apa..
Sama gak cam BN menteri botak tu,,sapa ntah nama..sana leh pakai sini takleh pakai nama ALLAH..so..sama jer la..huru hara..
sama tak leh pakai..
Memang la DAP gak la parti pilihan ku.tak pernah tak konsisten..coool jer..

Anonymous said...


Khalid Samad adalah org yg dimaki, dibakar dan saya yakin,saya berani cakap, jangan hairan kalau dia sendiri pun tak berani shopping di mana2 pasar mlm atas nama MP Shah Alam sekarang ini takut kena ludah.

Kdg2 terfikir aku, adakah Khalid ini mmg sengaja dihantar oleh UMNO terutamanya oleh abgnya, Shahrir utk menghuru-harakan PAS dr dalam?
.

Kahkahkah baru hari tu Khalid Samad melawat kawasan dia.

Tak kena apa2 pun.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Kahkahkah baru hari tu Khalid Samad melawat kawasan dia.

Tak kena apa2 pun.


Melwt jamban dalam rumah dia pun...melawat kawasan jugak..kah kah kah...mmg le tak jadik apa...

Erdogan said...

salam saudara TB, knp saudara buruk sangka sehiggan memberikan gambaran negatif terhadap TG Haron Din.....TG nik aziz pun tak datang...mgkin ada hal lain....apa yang TG haron din katakan ialan haram menyokong keputusan tu kerana boleh bawa kepada kekufuaran...tg haji hadi pulak ulas pasal dr sudut kaedah Islam,dua isu yang berbeza....satu tentang kptusan mahkamah, satu lagi dari segi kaedah Islam....nasihat saya jganlah senag2 je nak mengaata ulama'..tg haron din, setiap kali abis bagi kuliah kat surau annur, pasti ramai hadirin bersalam dengannya, walaupun da selalu salam...ini kerana mereka menghormati ulama'....bertaubatlah saudara TB

Kapten Zero said...

Semua pimpinan ulamak harus sedar jangan dok lekor sangat dan berkelahi. Ikut saja Tok Guru Nik Aziz.senang saja.Ularmak susah nak nak pimpin kerana kurang ilmu keduniaan nanti kena tipu atas darat oleh UMNO. Tapi TGNA adalah yang bijak bila berhadapan dgn UMNO.

Anonymous said...

Para ulamak tuhan ke?Respect mesti reciprocal..and another thing..kritiakan penting..kalau tak kritik,semua jadi hamba abdi.

Anonymous said...

BINTARA MUDA
Dalam isu kalimah ALLAH ini setahu aku pada pilihanraya akan datang yang pastinya PAS dan PKR akan gulung tikar itu sahaja.......

Anonymous said...

ku mohon Allah bagi laknat bagi golongahn KUFUR seperti kghaled samad, TB , khaled Brahim yg menentang penubuhan UITM di serendah ceklaka melayu no 1 yg ikut cakap DAP ronnie liew serta geng kelab Kristian PAS yg baru di tubuhkan ... PRESIDENT kelab kristian PAS mcm khaled samad patut kita hantar ke HAITI jer...kalau dah KUFUR tu KUFUR ler...buek apo kita patut dgr cakap org kufur mcm mereka ni...humban mereka ...JAHANAM ler mereka ni !!!

Anonymous said...

Anonymous said...
ku mohon Allah bagi laknat bagi golongahn KUFUR seperti kghaled samad, TB , khaled Brahim yg menentang penubuhan UITM di serendah ceklaka melayu no 1 yg ikut cakap DAP ronnie liew serta geng kelab Kristian PAS yg baru di tubuhkan ... PRESIDENT kelab kristian PAS mcm khaled samad patut kita hantar ke HAITI jer...kalau dah KUFUR tu KUFUR ler...buek apo kita patut dgr cakap org kufur mcm mereka ni...humban mereka ...JAHANAM ler mereka ni !!!
.
Inshaalah Allah tidak akan mengkabulkan doa penyokong-penyokong parti yang menghalalkan judi dan arak.
Khalid personal YBK yang dah dapat tanah dari kerajaan negeri tapi tak nak bagi laporan audit. Kerja nak makan duit rakyat je UMNO ni.
Yang kata orang Kristian boleh pakai nama Allah adalah Yusuf Qardhawi. Kau kata Yusuf Qadhawi kufur?

Anonymous said...

Aku dari Serendah dan aku mohon dari Allah Taala agar dicelakakan barua-barua DAP dan pencacai kristian yang menghalang pembangunan di Hulu Selangor.

Bodoh betul MB Selangor ni......Kalau MB sanggup padam rezeki kami di Serendah, Isya allah, tuhan akan padamkan rezeki dia tak lama lagi...!

Anonymous said...

Agama Kristian ni secara dasarnya terbahagi kepada dua iaitu :

1. Kristian yang berpegang bahawa Allah itu Esa dan Isa itu Rasulullah. Kristian ini kebanyakannya wujud di negara-negara Arab.

2. Kristian yang mendakwa tuhan itu tiga iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ibu.Mereka mendakwa bahawa Tuhan Bapa itu adalah Allah, Tuhan anak adalah Isa dan Tuhan Ibu adalah Mariam.

3.Maksud Dr. Yusoff al-Qaradawi itu ialah harus bagi Kristian yang no 1 menggunakan kalimah Allah kerana mereka tidak menyengutui Allah. Adapun Kristian no 2 ialah atas dasar tolak ansur kerana kebayakan Kristian di negara Arab sudah lama memakai nama Allah dan mereka tak kata Isa dan Mariam itu Allah, tetapi hanya anak dan Isteri Allah sahaja. Maknanya Allah itu tetap Esa.

3. Adapun Kristian yang berada di Malaysia ini mereka merangkumkan ketiga-ketiganya itu adalah tuhan. Maknannya tiga dalam satu. Kalaulah nama Allah diguna pada tuhan tersebut,maka Allah ada tiga. Ini berbeza dengan Kristian di negara Arab. Kita kena faham Kristian ni dah banayak mazhab dan setiap mazhab ada kitab mereka masing-masing.

4. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah berijmak bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna oleh mana-mana agama di Malaysia selain agama Islam. Mereka telah merujuk kepada semua pandangan ulama termasuk Dr Yusoff al-Qaradawi. Mereka mengambil keputusan yang terbaik dengan melihat kepada realii di Malaysia, bukannya di negara Arab.

5.Wajib kepada kita umat Islam taat kepada pemerintah dalam hal-hal kebaikan. Justeru pemerintah telah mengambil keputusan menghalang Herald menggunakan kalimah Allah merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Perlembagaan Negara demi menjaga masa depan aqidah umat Islam di Malaysia. Kita diwajibkan menyokong tindakan kerajaan ini. Dalam soal ini kita jangan main parti.

6.Umat Islam di Malaysia juga diharap dapat bertolak ansur terhadap penggunaan kalimah Allah ini didalam gereja-gereja mereka sekiranya sudah lama diguna pakai khususnya di Sabah dan Serawak.

6. Manakala agama-agama lain juga selain Kristian harus bertolak ansur dengan pemerintah dan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara dengan tidak mencuba untuk menggunakan kalimah Allah pada agama-agama mereka demi menjaga perpaduan kaum dan negara.

Anonymous said...

Saya pun setuju dengan pandangan anone 3.57.

Bertolak ansur adalah jawapannya untuk menghadapi krisis ini. Jika Sabah/Sarawak telah beratus tahun mengunakan perkataan Allah, maka perlu dibenarkan tetapi disemenanjung bila mana bahasa penghantar di semua gereja adalah bahasa inggeris, perkataan Allah patut dilarang.

Dalam hal ini, memandangkan pihak kristian malaysia tak setuju dan pihak Jakim pun sama, kita patut faham mengapa kedua-dua pihak berpendirian begitu. Disini peranan pemerintah diperlukan untuk bertindak tegas demi kebaikan semua rakyat.

Saya benci dengan pandangan Anwar/PKR, kononnya dari segi teorinya dibenarkan oleh Islam tanpa melihat perspektif sekeliling. Orang sebegini yang otak dah tak betul, akan hanya penting kan undi saja dan siapa pun boleh dijualnya.

Dia suka lihat negara huru-hara, janji jadi PM. Tak hairan kalau ada orang meludah kat kepala dia satu hari nanti....

Anonymous said...

salam

gua pun dari serendah. memang bodoh la MB sorang ni. ahli parlimen dah nak mati, anytime leh ada PRK. boleh pulak dia nak kacau benda yang boleh membangunkan hulu selangor. giler apa? takde strategist ke? TB awat lu tak mintak keje kat sana je

mrkaizer said...

ini bukan sebab nk popular @ tak.perselisahan pendapat dlm islam biasa.masalahnya bagaimana kita nak menyatukannya.tiada istilah pro umno @ pro PAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.