Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, January 29, 2010

Rakyat Kelantan Tidak Rela UMNO Merompak Kekayaan Bumi Mereka

Kedatangan yang tersangat ramai dalam perhimpunan SOlat Hajat Royalti menunjukkan tiada rakyat Kelantan yang redha, kekayaan mereka dirompak oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mereka menuntut supaya royalti dibayar kepada mereka seperti yang dibayar kepada negeri2 yang bukan Islam i.e. Sabah dan Sarawak.

Mereka menuntut hak mereka seperti yang termaktub dalam Akta Petronas. Tidak lebih dan tidak kurang. Mereka mahu seperti yang termaktub dalam undang-undang negara.
Mereka tidak rela UMNO merompak dan membankrapkan negeri Kelantan seperti mana UMNO yang sedang menuju ke arah membankrapkan Malaysia.

Mereka tidak rela harta kekayaan yang terbit dari bumi mereka digunakan UMNO untuk mengkayakan UMNOPUTRA dan kroni-kroni mereka. Mereka tidak rela harta mereka disalurkan kepada JUAK JUAK UMNO Negeri yang terkenal korup dan makan duit.
Mereka mahu royalti sebab setiap sen perbelanjaan wang royalti akan dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri. Kalau ada perkara yang tidak jelas, orang yang bertanggungjawab itu boleh di “SELCAT”kan.

“Ya Allah, kurniakan kepada Kelantan Wang Royalti. Sekiranya UMNO masih berdegil, kau turunkan bala kepada mereka seperti mana kau telah menurunkan bala ke atas kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud. Selagi UMNO berdegil, kau hancurkan mereka, porak perandakan mereka, jangan izinkan mereka mampur tidur walau satu saat pun, kau turunkan segala bala bencana ke atas mereka dan ke atas sesiapa yang menyokong mereka, kau tarik kewarasan akal fikiran dari mereka, kau beri penyakit yang bertali arus kepada mereka. Sesungguhnya UMNO ini zalim lagi bongkak dan takabur. UMNO ini memusuhi agama Mu, memusuhi perintah Mu, menghancurkan syariat Mu, Ya Allah”

Di atas adalah doa dari Tulang Besi yang bukan rakyat Kelantan tapi tidak redha melihat kezaliman berlaku. (Gambar Ehsan Poji)

WANG EHSAN TERBUKTI MENJAHANAMKAN NEGARA

Penentangan kepada Wang Ehsan UMNO ini berasas. Ia bukan penentangan berasaskan kepada sentimen semata-mata. Bila ia telah dilaksanakan di Terengganu, lihat sendiri kesan-kesan negatifnya seperti di bawah. (Sila baca berkenaannya di sini .

Akhir kata, teruskan perjuangan kamu wahai rakyat Kelantan untuk memerangi perompak-perompak bernama UMNO dari merompak hasil kekayaan kamu. Jangan mengalah walau sedikit pun.

Tulang Besi

39 comments:

Grand Marquis said...

TB,

Runtuhnya stadium di Trengganu adalah bukti (bukan persepsi) bagaimana kerajaan negeri sambil lewa melantik kontraktor. Jika kita membenci British, hari ini masih ada monumen2 zaman British yang masih tegak berdiri. British itu penjajah dan kafir tetapi mereka sangat teliti dan bertanggungjawap. Berbeza dengan UMNO. Memperjuangkan nama ketuanan melayu tetapi perut kembung dengan hasil keringat rakyat. Maaf ini persepsi saya sahaja.

Kapten Zero said...

“Ya Allah, kurniakan kepada Kelantan Wang Royalti. Sekiranya UMNO masih berdegil, kau turunkan bala kepada mereka seperti mana kau telah menurunkan bala ke atas kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud. Selagi UMNO berdegil, kau hancurkan mereka, porak perandakan mereka, jangan izinkan mereka mampur tidur walau satu saat pun, kau turunkan segala bala bencana ke atas mereka dan ke atas sesiapa yang menyokong mereka, kau tarik kewarasan akal fikiran dari mereka, kau beri penyakit yang bertali arus kepada mereka. Sesungguhnya UMNO ini zalim lagi bongkak dan takabur. UMNO ini memusuhi agama Mu, memusuhi perintah Mu, menghancurkan syariat Mu, Ya Allah” (ini doa TB saya setuju dan turut doa sama).Jam 800 malam tadi saya makan malam rumah Ku Li tak sempat sembahyang hajat bersama tok guru. YB Yusof BN Nenggiri dan YB Nozula BN Paloh PUN turun sama Tengku Li.

Anonymous said...

Oh man..I agree with GM!!Woohah!!..but,why must we always wait for ALLAH to menghukam UMNO/UBN..arent we HIS slaves and instrument/part of HIM?..must we wait for divine intervention all the time?..

Anonymous said...

//Jam 800 malam tadi saya makan malam rumah Ku Li tak sempat sembahyang hajat bersama tok guru. YB Yusof BN Nenggiri dan YB Nozula BN Paloh PUN turun sama Tengku Li.//

Thas the problem with us..we always thinks of makan only..never think or do what needs to be done..

Anonymous said...

Jangan lupa Prophet Muhammad was a man of action!!

LittLe Nonet said...

Fuhh..Berdiri bulu roma nih!Rase nak menitik airmate..Moga Allah kabulkan doa rakyat kelantan dan malaysia amnye..

Grand Marquis said...

Saya sudah lama dalam UMNO. UMNO lah yang membunuh melayu secara senyap2. Mereka memberi kita gula-gula dengan klinik 1Malaysia, atau slogan2 yang sedap2 seperti NKRA, GTP, Hadari, Wawasan 2020, tetapi dibelakang kita, dia rembat berbilion2, bukit diberi kepada tauke cina (Genting), laut diberi kepada tauke cina (Pangkor laut). Melayu dikampung hanya mendapat kain batik dan basikal chooper RM 150.

Kesian melayu. Diliwat siang-malam.

Grand Marquis said...

Posting sebelum ni semua bukan dari GM.

Adakah TB ikut panduan Nabi S.A.W. dalam berdoa?

Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!’. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847).

Belum apa-apa lagi dah nak doa orang di azab macam kaum nabi Nuh dan nabi Hud. Sebab tu Malaysia makin hari jadi makin teruk kerana hari-hari ada orang yang mendoakan kebinasaan pemimpin.

Padahal, nasihat ulama Islam ialah supaya kita sentiasa mendoakan kebaikan pemimpin.

Sebagai contoh Imam al-Barbahari ada mengatakan "Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka (pemimpin) dengan kebaikan bukannya keburukan, walau pun dia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri sementara bila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya."

Tulang Besi said...

.

Takutnya Grand Marquis sebab ada orang mendoakan bala untuk orang zalim. Lagipun, saya tak percaya tafsiran hadeeth kamu ni, wahai GM.

Kalau saya ambik tafsiran kamu, ertinya Saidina Muawiyyah dan Aisyah semua bersalah lah?
UMNO memang layak didoakan bala ke atas mereka kerana kezaliman.
Kamu sendiri menyokong kezaliman yang UMNO lakukan. Itu menunjukkan siapa kamu sebenarnya., wahai GM. Seorang yang mendokong kezaliman. Kamu pun tidak terlepas dari doa ratusan ribu orang yang menghadziri perhimpunan malam tadi. Siaplah kamu

Tulang Besi said...

Adakah TB ikut panduan Nabi S.A.W. dalam berdoa?

Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!’. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847).
.

Apa yang saya faham, penguasa di sini bukan mereka yang melakukan kezaliman itu.

Tulang Besi said...

Belum apa-apa lagi dah nak doa orang di azab macam kaum nabi Nuh dan nabi Hud. Sebab tu Malaysia makin hari jadi makin teruk kerana hari-hari ada orang yang mendoakan kebinasaan pemimpin.

Padahal, nasihat ulama Islam ialah supaya kita sentiasa mendoakan kebaikan pemimpin.

Sebagai contoh Imam al-Barbahari ada mengatakan "Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka (pemimpin) dengan kebaikan bukannya keburukan, walau pun dia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri sementara bila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya."
.

Saya nak bagitau, kalau Imam Al Barbahari hidup kembali di zaman ini, beliau akan menjadi imam kepada solat hajat meminta UMNO dijahanamkan oleh Allah SWT.

Grand Marquis said...

Isu royalti minyak ni masih samar-samar. Belum tentu lagi Kelantan layak. Isu ni belum diputuskan lagi, tapi hang dah mula doa kebinasaan orang lain. Jangan lupa juga, kalau kita ambil apa yang bukan hak kita, kebinasaan itu akan jatuh pada diri kita.

Kalau Imam Al Barbahari hidup kembali di zaman ini, mungkin perkara pertama yang akan dia kata ialah apakah bidaah yang sedang dibuat oleh kerajaan Kelantan ini? Tak pernah ada contoh dari Nabi S.A.W. mengumpulkan para sahabat r.a. untuk buat solat hajat, meskipun pada zaman nabi S.A.W. mereka diasak musuh Islam (yang jelas) dari segenap sudut.

Grand Marquis said...

Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!’. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847).

TB kata:
Apa yang saya faham, penguasa di sini bukan mereka yang melakukan kezaliman itu.

Saya baca punya baca, tapi tak paham apa yang TB maksudkan. Hadith itu jelas menunjukan penguasa yang melakukan kezaliman. Malah yang tidak mengambil petunjuk dan sunnah Nabi S.A.W. Macam mana tiba-tiba TB boleh pergi sampai kat situ? Masalah bahasa kot?

Anonymous said...

grang moron. yg samar2 kau je. satu malaysia dah tau di kelantan takda royalti, hanya wang ehsang. kau pegi check otak kau la. aku konfiden otak kau rosak teruk

Anonymous said...

grang morong, hadeeth tu tak ckp penguasav yg buat zalim tu. ada sebut tak? takda, yg sebut ko sorang je.

Sumo Piar said...

Mr TB sir;

Your doa is unique. Unique in the sense that it gives the perception that you treat Allah s.w.t. as if He is your errand boy doing your wild bidding.

You are telling Allah s.w.t. that so-and-so is such-and-such as if He Knows less than you about anything and hence you feel fitting to be bossy.

Even if you have a Superman as your lacky, this superman would think twice about your doa ... and to think ten times about abiding you.

Please keep your decorum and adab with Allah. You sound arrogantly multitasking. He is your Creator.

Grand Marquis said...

TB,

Pemimpin yang zalim harus ditentang. Dan di Malaysia ini, pemimpin yang zalim harus di jatuhkan. Sudah jatuh baru kita doakan dia bertaubat dan insaf. Jika masih ditampuk kuasa kita doakan dia bertaubat, jangan harap dia nak insaf. Terutama pemimpin melayu UMNO yang terlalu ketagih dengan minyak dan duit poket rakyat. Begitu juga ketagih dengan artis-artis yang menggiurkan seperti MP Kinabatangan. Sedangkan ramai rakyat Sabah yang miskin dan melarat.

Adakah kita mahu si perogol Rahim Tambi Chik memegang jawatan Ketua Menteri sambil kita doakan dia insaf semasa memegang jawatan ?. Tentunya tidak kerana bila-bila masa sahaja dia boleh merogol budak-budak kecil yang bersekolah.

Ini cuma pandangan saya TB. Dan persepsi saya terhadap melayu-melayu UMNO.

Anonymous said...

Isu royalti minyak ni masih samar-samar. Belum tentu lagi Kelantan layak.

Wang royalti tu saja2 Pusat nak bagi kot.

Tulang Besi said...

Grand Marquis said...
TB,

Pemimpin yang zalim harus ditentang. Dan di Malaysia ini, pemimpin yang zalim harus di jatuhkan. Sudah jatuh baru kita doakan dia bertaubat dan insaf. Jika masih ditampuk kuasa kita doakan dia bertaubat, jangan harap dia nak insaf. Terutama pemimpin melayu UMNO yang terlalu ketagih dengan minyak dan duit poket rakyat. Begitu juga ketagih dengan artis-artis yang menggiurkan seperti MP Kinabatangan. Sedangkan ramai rakyat Sabah yang miskin dan melarat.
.
Terima kasih Grand Marquis kerana memahami kehendak sebenar agama Islam.

Tulang Besi said...

Your doa is unique. Unique in the sense that it gives the perception that you treat Allah s.w.t. as if He is your errand boy doing your wild bidding.

You are telling Allah s.w.t. that so-and-so is such-and-such as if He Knows less than you about anything and hence you feel fitting to be bossy.
.

Go and find the meaning of the word doa first.

Penulis skrip said...

Mengapa ahli UMNO menyingkir Tengku Razaleigh dari pentadbiran kerajaan Malaysia sehingga beliau bersendirian..?

Lihat apa dah jadi, beliau telah mewakili diri sendiri menerima jemputan GEGAR menceritakan kisah sebenar kepada rakyat Kelantan bagaimana PETRONAS berfungsi terhadap perjanjian yang telah dipersetujui oleh semua kerajaan negeri…

Amat berbeza dengan kenyataan PM dalam parlimen mengenai royalty minyak untuk Kelantan. Siapa sebenarnya pembohong..?

Ada orang kata duit royalty adalah duit yang mesti diserahkan mengikut perjanjian antara kerajaan negeri dengan petronas. Tetapi duit ehsan adalah duit simpati yang bersifat sementara. Sekejap ada sekejap lagi tidak ada.

Dan jumlah pembayaran duit ehsan tidak tertaklok mana-mana perjanjian. Ikut suka kerajaan pusat nak bagi…

Dan duit ehsan itu boleh dianggap sebagai duit cucuk hidung seperti lembu. Nak duit mesti ikut kata kerajaan pusat, kalau degil tak dapat duit….

Disebalik duit ehsan itu akan memberikan keuntungan besar kepada pemimpin UMNO kerana duit tersebut akan diserahkan terus kepada mereka tanpa melalui kerajaan negeri. Mereka boleh berjoli sakan dengan duit tersebut seperti terjadi di negeri Trengganu.

Sekarang Mustapa dan utusan Malaysia nak belit apa lagi tentang royalty minyak kelantan…?

Semua rakyat dah tahu kedudukan sebenar. Perdana Menteri nak cari alasan apa lagi untuk menipu kerana segala dokomen perjanjian sudah jelas mengesahkan bahawa rakyat Kelantan berhak menerima royalty minyak.

Bagaimana rakyat nak sokong UMNO dan kerajaan Berisan Nasional kerana perbuatan Perdana Menteri (pemimpin UMNO) jelas sekali menipu dan zalim terhadap rakyat.

Kini duri dari Tengku Razaleigh telah menusuk dalam daging UMNO… Apa rasanya… sedap….. atau sakit…?

Anonymous said...

Grand Marquis

Pemimpin Malaysia paling ZALIM adalah mamak kutty.

Istilah wang ehsan ini lahir bila dia gagal pertahankan Terengganu daripada Pas satu ketika dulu. Dialah (mamak kutty!) yang MEMULAKAN penggunaan istilan wang ehsan ini. Dan mamak kutty ini adalah Presiden umno ketika itu...

Satu lagi beb.

Dalam buku Biografi Dr Henry Kissinger, ada termaktub bahawa orang tua mamak kutty ini sudah berhubungan, berpelukan dan bekerjasama dengan puak Yahudi Harvard sejak 1968 lagi. Begitu lama dia sudah diNASIHATKAN oleh puak yahudi!.....

inilah hasil mamak kepada negara ini....maka dialah pemimpin paling zalim bagi negara ini.....

doa solat hajat ini dia kena tanggung sepenuhnya jugak!

The MIND!!!

Anonymous said...

Stadium Terenggaanu runtuh, UMNO bilang ULTRAMAN terpijak untuk transit. wakakakakakakak haha

Grand Marquis said...

Pemimpin yang zalim harus ditentang. Dan di Malaysia ini, pemimpin yang zalim harus di jatuhkan. Sudah jatuh baru kita doakan dia bertaubat dan insaf. Jika masih ditampuk kuasa kita doakan dia bertaubat, jangan harap dia nak insaf. Terutama pemimpin melayu UMNO yang terlalu ketagih dengan minyak dan duit poket rakyat. Begitu juga ketagih dengan artis-artis yang menggiurkan seperti MP Kinabatangan. Sedangkan ramai rakyat Sabah yang miskin dan melarat.
.
Terima kasih Grand Marquis kerana memahami kehendak sebenar agama Islam.

Saya yakin, TB pun tau, ini bukan dari GM, tapi TB nampaknya masih tak insaf lagi. Masih bergembira kerana ada penyamar yang bertindak bagi pihak TB untuk mengacau GM. Perbuatan penyamar ni hanya menyerlahkan lagi satu sikap TB, iaitu penyembah hawa nafsunya sendiri. Sekalipun benda itu salah, dan telah ditegur, TB masih tak insaf. Ini menunjukkan sikap TB lebih mementingkan nafsunya nak menang dalam perdebatan, sekalipun terpaksa gunakan taktik yang amat jelek.

Apakah orang sedemikian boleh kita harap bakal jadi seorang pemimpin yang adil kelak?

Kepada penyamar GM, anda tidak melakukan apa-apa kerosakan pada saya, tapi anda sebenarnya membantu saya untuk menyerlahkan sifat-sifat sebenar TB yang disembunyikan disebalik selogan-selogan beliau.

Alias Mohd Yusof said...

Rakyat Kelantan sudah ramai yang pandai dan celik, bukan mudah untuk dibodoh dan ditipu lagi. Mereka ada ramai pakar dalam undang-undang.

Penipuan oleh Kerajaan Pusat sangat mudah untuk didedahkan oleh mereka, ini hanya akan menambah kebencian rakyat Kelantan kepada BN.

Tulang Besi said...

Saya tak tau sapa GM yang asli. Jadi sapa2 pun pakai nama GM saya ikut je

Anonymous said...

Untuk menerangkan apa yang berlaku di KELANTAN, perkara yang berlaku di Terengganu boleh dijadikan rujukan dengan kenyataan Ku Li pada tahun 2000.

New Straits Times (Nov 1, 2000) melaporkan Ku Li yang merupakan salah seorang yang terlibat dalam Perjanjian 1974 di antara Petronas dan kerajaan Terengganu on payments involving petroleum, said the State was not entitled to any royalty from the national petroleum corporation.

Ku Li menyatakan bahawa Terengganu menerima bayaran tahunan daripada Petronas bukan kerana mereka mempunyai hak atau sebab wang tersebut milik kerajaan negeri. Tetapi, kawasan penggalian berada di luar pesisir pantai negeri. Dari segi undang-undang, semasa Petronas ditubuhkan, negeri-negeri di Semenanjung tidak mempunyai hak ke atas minyak yang ditemui di pesisiran pantai.

KESIMPULANNYA, telaga minyak Kelantan telahpun disahkan melebihi 3 nautika oleh Ku Li sendiri dan mengikut fakta di atas, memang Kelantan tidak layak menerima wang royalti minyak.

Grand Marquis said...

Grand Marquis said...

Saya yakin, TB pun tau, ini bukan dari GM, tapi TB nampaknya masih tak insaf lagi. Masih bergembira kerana ada penyamar yang bertindak bagi pihak TB untuk mengacau GM. Perbuatan penyamar ni hanya menyerlahkan lagi satu sikap TB, iaitu penyembah hawa nafsunya sendiri. Sekalipun benda itu salah, dan telah ditegur, TB masih tak insaf. Ini menunjukkan sikap TB lebih mementingkan nafsunya nak menang dalam perdebatan, sekalipun terpaksa gunakan taktik yang amat jelek.

Tolong jangan berpura-pura menjadi GM jika hanya mahu menuduh orang lain berpura-pura seperti saudara.

Dengan melihat senario hari ini seperti keganasan polis terhadap mahasiswa UKM dan UM, dan juga penipuan besar-besaran UMNO dalam pilihanraya kampus, membuka maha hati saya untuk rasa insaf akan kezaliman, dan kedurjanaan UMNO yang persis Zionis dan Nazi.

Nota : GM adalah yang telah insaf akan keburukan UMNO/BN. Jadi kepada Cybertroopers UMNO, tolong jangan bertindak bodoh dan bermain psikologi dengan menyamar orang lain.

zakwan said...

Will the real Grand Marquis pliz stand up?
I repeat
Will the real Grand Marquis pliz stand up?

Fuck this UMNO ass kisser
Rock on,TB n Co.

Grand Marquis said...

Saya tak tau sapa GM yang asli. Jadi sapa2 pun pakai nama GM saya ikut je

Ke saja pura-pura buat tak tau. Tak pe la. Its between you and Allah. Sebagaimana yang saya selalu kata, anda boleh tipu orang, tapi tak boleh tipu Tuhan. Ia makin menyerlahkan sifat double standard anda.

Anonymous said...

to anom 2:08

Isu royalti minyak ni masih samar-samar. Belum tentu lagi Kelantan layak.

Wang royalti tu saja2 Pusat nak bagi kot.

utk umno aje samar-2
aku tengok stadium teregganu runtuh pun mcm samar-2 jugak
sekali tengok mcm runtuh 2 kali tengok mcm x runtuh.

ni kes samar-2 kot

-u.m.f-

Sumo Piar said...

Brother TB;

The way you word your doa, makes your said doa sounds more like a command.

Your social standing puts you in a position of giving orders and dictating instruction. It's little wander that your doa sounds like a chain of command.

You projects a picture of authority. To stand in the presence of Allah and to projects one's authority is unislamic for Islam means submission.

My natural leaning is towards PAS, but its small idiosyncrasy like these that forced some of us to stand back a little.

Grand Marquis said...

Kepada Sumo Piar,

Tengok juga doa TB di sini.

Tulang Besi said...

Brother TB;

The way you word your doa, makes your said doa sounds more like a command.

Your social standing puts you in a position of giving orders and dictating instruction. It's little wander that your doa sounds like a chain of command.
.

I seriously advise you to study the concept of doa in Islam.

it's clear you're not very clear.

Anonymous said...

Aku berdoa sapa yang menzalimi sesiapa.. xkira kepada manusia atau binatang..xkira dari bangsa melayu, arab cina atau apa.. diperot-buncitkan selagi tak bertaubat.

Ada sapa-sapa terasa dah??

Sumo Piar said...

Thank you Grand Marquis sir for the link.

It proves my point. That he is of the opinion that Allah s.w.t. Does whatever He Does out of someone's want, will, command or whatever.

Muslims are taught to hold that Allah's actions or inactions are never conditional or subservient to anyone's will or wish. He does or refrains to do as He Wishes, never under the command of anybody, certainly not TB.

TB nurtures the false notions that Allah is like everybody around him, hurrying to do or undo whatever he bids.

When he said "... I seriously advise you to study the concept of doa in Islam ..." .... Yes!!! He is used to distributing advises, handing out dos and don'ts etc etc .... .... until he forgets that he is writing memos for Allah to carry out, which he calls "doa".

People knows what is doa. People aslo know what concepts etc etc are.

gigirongak said...

Salam TB,

Menarik bahagian komen disini.

oya,kalau nak tau GM yang ori, tengoklah didepan namanya ada lambang Blogger warna oren kerana ia perlu password. Tanpa tanda tu, sapa2 boleh menyamar GM.

Menarik juga komen SumoPiar bila beliau katakan nalurinya adalah kearah Pas tapi kerana benda2 kecil/remeh sebeginilah (yang dibesarkan penyokong Pas) yang menjauhkannya dari Pas.

Kerana saya juga berpendirian yang sama dengan SP.

Izinkan saya menulis lagi....
Saya dari Terengganu, telah merasa pemerintahan kedua2 Pas dan Umno/BN. Mengenai wang ehsan atau royalti, saya bersetuju dengan pandangan majoriti rakyat Terengganu dan Kelantan bahawa ianya adalah Royalti dan bukannya wang ehsan.

Saya juga bersetuju dana tersebut (wang ehsan atau royalti) diberikan kepada kerajaan negeri (baik Pas atau BN) untuk di uruskan mengikut cara mereka sendiri. Asalnya adalah dari hasil negeri dan sewajarnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang membelanjakannya.

Jika rakyat tidak suka dengan cara dana tersebut di uruskan, tunjukkanlah melalui proses pilihanraya. BN dalam usaha ingin menguruskan dana tersebut seolah2 menunjukkan mereka tidak merestui pilihan rakyat Kelantan (juga Terengganu).

Kerana duit adalah kuasa. Siapa pegang duit, dia punya kuasa. Kuasa untuk menentukan siapa yang menerima duit dan kuasa untuk menentukan pihak yang bakal menerima projek.

Apapun kerisauan BN/Umno terhadap kemampuan Pas mengurus dana tersebut merupakan kerisauan yang sama Pas terhadap kemampuan BN/Umno. SAMA JE DUA-DUA baik Umno atau pun Pas ! Dua2 nak kuasa yang datang bersama dana tersebut.

Sebab rakyat Kelantan pilih Pas mentadbir negeri, makanya kerajaan Pas lebih berhak dalam hal mengurus apajua dana milik rakyat Kelantan.

Tapi saya juga sependapat dengan SP dalam hal doa. Kenapa perlu mendoakan kemusnahan terhadap sesama Islam ?

Segala tindakan manusia, dalam kes ini Najib/Umno, adalah hasil pemikirannya. Pemikiran manusia berubah2 dengan Kehendak Allah. Lihat saja Ku Li. Jadi kenapa perlu kita mendoakan kemusnahan Umno yang juga saudara seugama sedangkan Allah jua yang telah menentukan pemikiran dan tindakannya begitu ?

Bukankah lebih baik mendoakan agar Allah membuka pemikiran Najib/Umno supaya dapat menerima kebenaran, supaya bertindak mengikut apa yang Hak.

Jika Najib/Umno bertindak atas pemikiran yang telah ditentukan oleh Allah, dan kerana tindakannya tidak bersesuaian dengan kehendak Pas, siapakah kita untuk mendoakan kemusnahan keatas Najib/Umno ?

Anonymous said...

Puak mana yang paling ramai masuk skim pak man telo ala baru!!Puak kelantanla!!Tenguk Nik abduk pun dah ada syarikat pak man telo ala baru!!haritu masuk syarikat tok guru!!Jual ubat!boleh cegah beribu penyakit!Ubat geliga otak pun ada!!hangpa jual islam oiii!!!Aku hairan anak tok guru boleh terlibat dengan skim piramid!!!
Gitula sifat orang kelantan!kerja penyegan!main dam besaq,sabung ayam,belaga belalang,hambat tupai!Tapi nafsu besaq!!nak kaya cepat!!!!Tak faham konsep TAWAKKAL yang sebenaq!!!Ngaji ugama bagi habisla dulu oiii!!!!

January 30, 2010 9:55 AM

Anak Kelantan said...

KEPADA GRAND MARQUIS.

Ko kata isu royalti ni samar-samar. Kepala hotak ko.

Aku dah pegi jumpa KULI dan Tun Salleh Abas. Mereka ialah orang yang terlibat dalam perjanjian petroleum. Mereka kata royalti adalah hak Kelantan. Seksyen 4 PDA 1974,telah dengan mengatakan minyak yang dijumpai di pesisir (onshore) atau luar (offshore) maka Petronas kena bayar royalti (cash payment).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.