Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 5, 2010

RM 2.3 Billion Hasil Judi di MALAYSIA

NOTA EDITOR: Artikel ini ehsan dari blog "Seruan Najib Tun Razak". Saya ingin berterima kasih atas artikel saudara yang begitu padat dengan fakta dan hujjah. Selepas artikel ini, saya nak tengok SEEMMUUUAAA NGO Melayu keluar ke jalan-jalan raya memprotes kegiatan JUDI yang semakin marak dan besar ini. Atau NGO2 Melayu ni pun rasa judi tak haram? Saya tertunggu2 Parti Islam Semelaysia bercakap pasal isu ni. Inilah masa yang paling sesuai.


RM 2.3 Billion Hasil Judi di MALAYSIA

Selasa, 08 Desember 2009

Saya buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.

Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Lihatlah Faktanya

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad 949,802,170

Sport Toto 509,739,584

Magnum Corporation 396,477,793

Pan Malaysia Pools 270,764,197

Pan Malaysia Racing 138,576,130

Daily One Corporation 18,082,749

Sandakan Turf Club 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000

JUMLAH 2.37 BILION

OOOHHH Malaysia Tanahairku... Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119
sumber : satuumat.blogspot.com

catatan : Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

ckckck luar biasa, jadi ini toh selama ini yang menjadi penyebab malaysia menjadi negara kaya di asia? negara yang paling tinggi, megah dan serba wah? "sungguh hebat, ternyata malaysia yang islamnya sangat kuat, dan selalu bangga akan diri nya yang religius, dan selalu menjelek - jelekan indonesia miskin dan buruk? "di sana disebutkan juga hasil JUDI di sembunyikan dari pada pengetahuan rakyat Malaysia setelah itu hasil Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan. apa tidak salah? uang haram di bagikan untuk masyarakat yang mayoritas orang malaysia rata - rata muslim?

"Hei orang - orang malaysia, lihat itu negara anda. apa lebih baik dari indonesia? ini akibat kecongkakan negara malaysia. di luarnya saja terlihat bagus, tapi dialamnya ternyata bobrok ( borok )

makan tuh ringgit haram!!!

10 comments:

Anonymous said...

Inilah ulama akhir zaman, ulama politik PAS berkaitan kalimah Allah seperti dinyatakan dalam Malaysian insider

1. TGNSA dan TG Hadi, bagaimana pula lafaz syahadah . "tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad itu PesuruhAllah"

2. Bagaimanapun pula pandangan PAS terhdap fatwa Majlis Fatwa kebagsaaan. Tak betu kerana ahli UMNO ke?


Rakyat bawahan lebih percaya Majlis Fatwa kebangsaaaan daripada Ulama politik !

Anonymous said...

Saya sokong TB> PAS boleh mulakan dengan tunjukkan kepada rakyat Malaysia dengan bermula dibawah negeri2 Pakatan rakyat. Tutupkan segera tempat2 perjudian dan pusat maksiat lain di semua negeri2 di bawah Pakatan Rakyat. Kalau susahnak laksanakan, pindahkan operasi perjudian ke dalam tempat jauh dari penduduk, jangan luluskan lesen judi baru di bawah Majlis bandaran.


PAS boleh bantu mulai sekarang semasa ada kuasa ini bantu Majlis Agama Islam dan polis melakukan tugas. Memang UMNO tak boleh harap.

Anonymous said...

Saya sokong TB> PAS boleh mulakan dengan tunjukkan kepada rakyat Malaysia dengan bermula dibawah negeri2 Pakatan rakyat. Tutupkan segera tempat2 perjudian dan pusat maksiat lain di semua negeri2 di bawah Pakatan Rakyat. Kalau susahnak laksanakan, pindahkan operasi perjudian ke dalam tempat jauh dari penduduk, jangan luluskan lesen judi baru di bawah Majlis bandaran.
.

Atau PAS laksana Enakmen Syariah Negeri dan menghalang orang Islam berjudi dan minum arak?

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Tgklah dr mana si Tulang besi ambil sumbernya..malaycelaka nama blog yg diambil. Blog kepunyaan anti-Malaysia di Indonesia.

Bygkan fitnah yg byk,s alah satunya konon org malaysia tahu soal indonesia ini psl rasa syg.padahal, isu ini pun tak timbul langsung di Malaysia. Org Malaysia dituduh tak kenal pak Natsir, pak hamka, apa punya fitnah.

TB, kau nak malaysia jd macam indo ke? nak murtad, nak zina, nak dangdut, semua boleh? anak bini tak cukup duit..kerja kat dangdut, kat rumah urut? Malaysia takdak sampai tara tu la bang...

Anonymous said...

I am a Chinese and yet I will fully support if gambling are banned. I respect Lim Goh Tong's enterpreneur spirit but not his casino business. Lots of people had died and families suffered immeasureable sufferings because of gambling.

The lost revenue can easily be recovered via returns from the RM2.3 billion investments. If we manage our revenue well, there will never be any dependence on gaming taxes. Unfortunately our gomen has not been managing our tax revenue well.

Anonymous said...

Rasa-rasa PAS sendiri boleh buat ka?

Cakap senang, agenda PAS sendiri ditolak tepi dalam misi Pakatan Rakyat.

Bodoh juga TB ni. nak berhujah pun tak reti.

Jajarbink said...

Dah makan sumber haram ( Najis babi ) mana lembu2 umngok nak sedar. Nasib laa aku tak terjebak dalam gejala haram ini dan sekongkol dengan munafik.

Ya Allah , terima kasih menyedarkan dan menunjukkan jalan betul untuk hamba mu ini. Hasilnya hamba mu ini dapat menyediakan makanan dan minuman yang halal seisi keluarga hamba. Amin.

Anonymous said...


GDP Malaysia pada 2008 adalah sebanyak 195 billion USD atau RM 660 Billion. Kalau dikira peratus dari 2.3 billion sebagaimana yang didakwa, GDP Malaysia dari hasil judi hanya 0.35%.

Kalau kita faktorkan dengan jumlah penduduk non-muslim di Malaysia yang sebanyak 40% yang mana mungkin mendakwa Judi itu adalah hak assasi mereka, maka kita dapati propotionnya masih kecil.
.

Bengap punya Grang Marquis. Patutla kao sokong UMNO.

2.3 billion tu hanya HASIL CUKAI la mangkok. Yakni dalam 5% dari profit syarikat2 judi ni. Jumlah sebenar profit kau kali la 2.3billion dengan 20 = 46 billion.

46 billion tu cuma PROFIT /Keuntungan. Revenue kita tak tau.

Tu tak termasuk duit2 yang masuk dalam UMNO cara haram.

Takkan sorang rakyat Malaysia bukan Islam berjudi sampai 2-3 ribu setahun? Pikir logik la.

Patutlah blog kau orang tak datang (pisau.net). Tuan punya dia bodoh nak mampus.

PEGI LA KAU SEMBAH LIM GOH TONG KAU TU

Anonymous said...

"Tgklah dr mana si Tulang besi ambil sumbernya..malaycelaka nama blog yg diambil. Blog kepunyaan anti-Malaysia di Indonesia" - memanglah sumber dari blog Indonesia, tapi bukti dari Hansard. ko tau tak Hansard tu ape???

org lama said...

antara tokey judi paling terlampau ialah vincent tan si pengampu kaki bodek be-end,penaja be-end setiap kali pru, kaki sembelih punya org wooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.