Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 13, 2010

Sehari Sebelum Demo Nama Allah, UMNO Lulus Permohonan Kelab Malam di W. Persekutuan

Nota Editor: Terima kasih kepada Kasi Pecahlah di atas artikel yang amat membanggakan ini. Tak sabar rasanya nak tengok respon dari Mahaguru58 dan juak-juak nya. Artikel saya pinjam dari Perisik Rakyat. Woii Poji, si Mahaguru58 maki kau tuduh kau suka copy-paste benda dari blog lain untuk sebar fitnah.

(Bermula)Sehari sebelum demontrasi NGO Umno bagi membantah penggunaan nama Allah di Masjid Negara 8 Januari lepas, Menteri dari "Parti Pembela Bangsa & Agama", UMNO di Wilayah Persekutuan, Nong Chik Zainal Abidin telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi had

Nampaknya, pemimpin UMNO juga tidak lupa untuk mempertahankan pusat-pusat pesta arak dan gejala sosial ini. Baguslah tu, siang berdemo bela nama Allah, malam pi pulak layan demo kat kelab malam... bila PPIM dan NGO nak pi berdemo kat Kelab Malam..?
Lima buah kelab malam terkemuka di Jalan P. Ramlee di sini yang sebelum ini lesen hiburannya dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menghasilkan bunyi bising melebihi had kini dibenarkan untuk memperbaharui lesen berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat keputusan itu setelah pengusaha-pengusaha kelab itu merayu dan berjanji untuk mengawal paras bunyi berkenaan.

“Setelah berbincang dengan pengusaha-pengusaha kelab ini, saya dah buat keputusan untuk memberi laluan kepada pengusaha-pengusaha kelab ini memperbaharui lesen mereka.

“Mereka telah menulis surat rayuan, di mana mereka telah merayu dan mohon maaf kepada Datuk Bandar dan juga DBKL atas tindakan lalu iaitu berkenaan dengan pengawalan paras bunyi dan mereka berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelab malam yang terlibat ialah Rum Junggle, Bar & Restaurant, Beach Club Cafe, Thai Club & Bistro, Passion atau Padi House serta Aloha. Beliau berkata, kelima-lima pengusaha kelab berkenaan memberi jaminan kepadanya bahawa tidak akan wujud paras bunyi yang lebih daripada had ditetapkan.

Menurutnya, standard bunyi pada waktu siang tidak melebihi 55 desibel dan pada waktu malam tidak melebihi 65 desibel.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, beliau menemui Raja Nong Chik meminta agar DBKL menimbangkan tindakan mereka.

Ng berkata, penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam.

Beliau berkata, Raja Nong Chik juga mempunyai pandangan sama dan bersetuju mengkaji semula garis panduan dan peraturan mengenai gangguan ketenteraman awam disebabkan bunyi daripada premis hiburan.

Sumber - ™ kaasii peecaahhh laaa...® & mStar Online

36 comments:

Anonymous said...

"dangdut ragaee ragaee..dangdut ragaee"..:)..ok..utk mengUMNOkan kelab kelab tersebut,kan baik tanam padi,cili,bendi ataih bumbumg?Baru ekologi UMNo betui..kahkahkahkah..

Anonymous said...

Betulkan ketua-ketua Pakatan rakyat dulu sebelum nak betulkan orang lain.

Dal said...

serupa saja, kelab malam dengan kandang babi.

Anonymous said...

//Betulkan ketua-ketua Pakatan rakyat dulu sebelum nak betulkan orang lain.//
Yo badua..UMNo adlah hypokrit..suka nak act alim,tapi lagi setan dri setan..

Anonymous said...

//serupa saja, kelab malam dengan kandang babi//

oh yakah?..patutlah yg gagal UPSR masok UMNO..kahkahkah..

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Mengambil iktibar dari artikel saudara yang terdahulu, dengan ini saya mencadangkan agar:

1. Kelab-kelab malam mengadakan majlis doa selamat sebab dapat lesen balik. Kalau dekat Eropah, dah kena tarik lesen bukan main susah nak dapat balik.

2. Saya mencadangkan agar dijemput murahguru58 dan ahli-ahli MBA untuk membacakan doa selamat di majlis tersebut.

3. Oleh sebab bukan hanya satu kelab tetapi beberapa kelab malam yang terlibat, hendaklah dibahagikan dengan adil di antara murahguru58 dan juga ahli-ahli ABIM/PKPIM.

4. Disamping itu, murahguru58 hendaklah dibenarkan mempromosi MLM nya itu di kelab-kelab malam. Bayangkan jika ramai pengunjung kelab-kelab popular ini menjadi downline dia, kaya beb!

Itu saja cadangan saya

madbi said...

AMNO.......

orang kebanyakan said...

surat rayuan ke kepala agong... kahkahkah...

Anonymous said...

//2. Saya mencadangkan agar dijemput murahguru58 dan ahli-ahli MBA untuk membacakan doa selamat di majlis tersebut.//

Sy sokong 321%!

Anonymous said...

Mahaguru58 lebai club malam..Fooh Yo!b

Anonymous said...

Fuyoo.... Yey baby.... Mr. boombastic..see me.. fantastic... loba...loba...loba... Yo check it out.. JOM disco.... hahahha

Tulang Besi said...

SAya bersetuju 100% Nizam Mahmud. Biar mahaguru58 jadi ketua pasukan tahlil untuk kelab2 malam ni

Anonymous said...

Tulang Besi lupa Pulak PAS dah berkuasa di selangor...apa tok lebai PAS buat dengan pusat hiburan DISCO, KARAOKE, PUB , DANGDUT, PUSAT URUT BATIN, PUSAT GRO di SUNWAY, PJ, KLANG, malah sudah berlaku di ladang ladang d sepang dan sbginya....apa PAS selangor jadi parti Rubber STAMP kepada DAP yg memerintah selangor dan PKR jadi saksinya...atau mereka akan menjawap .."HUBURAN INI UTK NON MUSLIM and PAS FOR ALL"!!!!!! memang hang opa ni golongan dilaknat oleh ALLAH! cakap tak tengok pungkok sendiri...ISLAM TERCEMAR DEK KERANA DI ROSAKKAN OLEH PARTI SAHSIAH MCM PAS dan org orgnya seperti TB dan semua yg seangkatan dgnnya....KUFUR dan MUNAFIKQUN!

Grand Marquis said...

Kalau kita baca ayat-ayat awal, kita akan dapati:
...telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi had

Ni kira control la.

Tapi kalau kita lihat di negeri pimpinan PR, bukan di renew, tapi NEW!. Tengok sendiri di sini.

Kenapa TB diam dalam isu ini? Oh seperti biasa la, di Kedah kerana ia adalah keperluan Non-Muslim untuk berhibur dan minum arak. Ini menunjukkan kerajaan PR ni kerajaan yang adil, perihatin dan menjaga hak-hak orang non-Muslim.

kapten Zero said...

Bagi orang PERKASA sikatak lompat untuk upacara rasmi pembukaan Pub tentu sikatak suka melompat2. Orang UMNO memang menghalalkan segala yang haram dan mengharam apa yang halal.UMNO munafiq.

Kol Mat said...

UMNO memang suka bakar gereja runtuhkan masjid, robhkan kuil Hindu. UMNO mahu jadi ethis kesemua manusia. Kalau boleh semua orang suka minum arak dan mabuk, berpelacuran dan rogol budak seperti mentari sabah.Umno mahu orang jadi perangai tak senonah macam dia, jangan patuh pada Allah.

Nizam Mahmud said...

Sahabat Kiri,

Orang bukan Islam mintak tempat hiburan, memang boleh bagi. Tapi ada peraturan.

Tapi kalau peraturan itu dilanggar dan lesen sudah pun ditarik, pasal apa bagi lagi?

Control apa? Ini dah tak tercontrol langsung.

Sikap ramah dan mesra pemimpin 'parti pembela bangsa dan agama' terhadap kelab malam yang melanggar peraturan ini patut dipuji oleh 'pejuang nama Allah'.

Merujuk cerita yang sama, pemimpin MCA yang mintak lesen kelab malam yang melanggar peraturan itu diperbaharui.

Terus la pemimpin parti 'pembela bangsa dan agama' luluskan. UMNO memang diperkudakan oleh MCA.

Pandai jer tuduh PAS.

Tulang Besi said...



Tapi kalau kita lihat di negeri pimpinan PR, bukan di renew, tapi NEW!. Tengok sendiri di sini.

Kenapa TB diam dalam isu ini? Oh seperti biasa la, di Kedah kerana ia adalah keperluan Non-Muslim untuk berhibur dan minum arak. Ini menunjukkan kerajaan PR ni kerajaan yang adil, perihatin dan menjaga hak-hak orang non-Muslim.
.

Pusat tu legal ka illegal?

Hang dah check lesen ka?

Kalau illegal apasal tak buat laporan?

Setau aku, takdak lesen baru untuk kelab malam dan karaoke yang diluluskan kerajaan negeri sampai hari ni?

Anonymous said...


Ni kira control la.
Tapi kalau kita lihat di negeri pimpinan PR, bukan di renew, tapi NEW!. Tengok sendiri di sini.

Kenapa TB diam dalam isu ini? Oh seperti biasa la, di Kedah kerana ia adalah keperluan Non-Muslim untuk berhibur dan minum arak. Ini menunjukkan kerajaan PR ni kerajaan yang adil, perihatin dan menjaga hak-hak orang non-Muslim.
.

Kahkahkah Grand Moron. Tiap kali kau komen dalam Malaysiawaves ni kao mesti kantoi. Semua benda kao cakap, semuanya takda isi. Kosong macam otak kao.

Aku baca artikel tu, aku kira dari artikel tu, ada 2 kelab malam dan karaoke yang diwar-warkan dalam artikel tu.

Dan semua orang tahu (termasuk orang buta dan orang pekak) bahawa bandar Alor Setaq ni 70% bukan Islam duduk. Jadi, 2 kelab malam untuk lebih kurang (70% x 300,000=210000) orang, kira OK la.

Kao ni jenis otak senter ke tak senter, wahai Grand Moron. Aku nak tanya kao sikit?

Grand Marquis said...

Ada ada aje alasan mereka bila kita membongkar hipokrisi mereka. Tujuan mereka semata-mata nak burukkan orang aje.

Dalam artikel itu sendiri ada tulis
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat keputusan itu setelah pengusaha-pengusaha kelab itu merayu dan berjanji untuk mengawal paras bunyi berkenaan.

Kalau aku jadi orang PR, aku akan kata, tengok, bertapa bertoleransinya pemimpin kita. Bila mereka berjanji, kita pegang pada janji. Itu cuma 5 pub aje. Di KL ada 3 juta orang. Kalau kira chinese mungkin ada 70%. 70% x 3000000 = 2100000 kira ok la.

Tak habis habis nak tipu orang.

Dan kepada TB, kalau betul tak de lesen, kenapa kerajaan Kedah tak pi tutup. Tak buat kerja ke? Atau sibuk main golf?

Anonymous said...



Kalau aku jadi orang PR, aku akan kata, tengok, bertapa bertoleransinya pemimpin kita. Bila mereka berjanji, kita pegang pada janji. Itu cuma 5 pub aje. Di KL ada 3 juta orang. Kalau kira chinese mungkin ada 70%. 70% x 3000000 = 2100000 kira ok la.
.

Kat KL ada dua je ke kelab?

Hahahahahaha kat Alor Setar 2 tu je.

Ni sampai lima. Hahahahaha lepas tu mana ada halangan untuk orang Islam pgi kelab2 di Kuala Lumpur.

Di Alor Setar ada. hehehehe Grand Moron, kao nampak bodoh lagi

Anonymous said...

"Religion and other beliefs practiced by Malaysians should form the basis of unity that is founded on good universal values. Malaysians have almost fallen into the boiling pot of discord and tension that was caused by manipulation of religious differences. This should not happen in a genuinely democratic Malaysia, with Islam occupying a special position whilst the rights of other religions are guaranteed."
-pakatan rakyat.

..alahai kita serupa!!!Kita serupa!!!kita serupa!!!!Tapi belain sikit!!!nanti kena cucuk hidunggg oleh puak kapiaq harbi!!!!!!

Anonymous said...

Apa punya kecoh!!!,,melayu/islam dah diperbodohkan!!!!..Selangor apa dah jadi??..kt Kota damansara,...rumah urut dah tumbuh mcam cendawan...belum lagi kt Shah Alam...mana pergi PAS?//?? dah tidorke??atau PAS for DAP???/?..jangan asyik nak ceramah dan kutip derma aje???..lama2 orng dah nyampah!!

MALAYSIABARU said...

MALAYSIABARU.COM said,

BETUL KER HAJI HADI MENGADAKAN PERTEMUAN berahi DENGAN UMNO DI SEBUAH KELAB MALAM DI LONDON?

terdapat kata sepakat antara mereka ini untuk tujuan tertentu ..

apa agaknya?

WILL SOMEBODY PLEASE TELL ME!

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Sahabat Kiri,

Zam,

Aku dgn grand marquis bukan org yg sama.

Terus la pemimpin parti 'pembela bangsa dan agama' luluskan. UMNO memang diperkudakan oleh MCA.

Benda tak betul, mmg kena lwn. Soalnya, jikalau PR selangor buat tak betul, apakah TB dan Nizam mahmud akan ckp demikian.

raja Nong Chik tak betul, kau kata tak betul, tapi sekurang2nya si ng yen Yen merayu, bukan mcm hassan Ali kena sergah dek Ronnie Liu.Dan perbuatan org UMNO dan tak kurang jugak org PR yg berdemo, kau kata betullah.

Sorry to say Nizam, aku ada baca reply kau psl "baguihnya" kristian s'wak.Itu cerita yg baguihla, Abg Abdullah yg jd Amir pertama IRC pun org S'wak.

kau tak cerita pulak "baguihnya" cikgu2 melayu s'wak yg toleran sampai minum tuak sekaki dpn cikgu2 semenanjung , ada anak murid bini aku masa kat s'wak, islam keturunan dan nama tapi pegi church.

Zam, hg ni jgn dok sondol ikut TB saja. Terang sikit apa hubungan hg dgn TB?

Nizam Mahmud said...

Saudara,

kau tak cerita pulak "baguihnya" cikgu2 melayu s'wak yg toleran sampai minum tuak sekaki dpn cikgu2 semenanjung ,
-----

Jawapan saya: Peminum arak di Sarawak ada, di semenanjung pun ada.

Pendek kata, di mana-mana pun ada. Saya dulu kerja di KL, bukan tak tau kelab malam di Jln P Ramlee dan di Bukit Bintang. Ramai Melayu pergi saudara.

ada anak murid bini aku masa kat s'wak, islam keturunan dan nama tapi pegi church.
------
Jawapan saya: Soalan satu, pergi church untuk buat apa?

Sebab saya pun pernah masuk church. Gereja pertama yang saya pernah pergi adalah begitu besar sekali dan diasaskan oleh Paderi-paderi yang juga mengasaskan sekolah saya, yakni sekolah saya dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah.

Saya mengaku saya pergi kerana saya curious. Terus terang saya katakan saya banyak bertanya tentang agama mereka dari penganut pelbagai mazhab yang berbeza selain membaca sumber2 lain.

Sehingga kini, alhamdulilah, terus terang saya kata makin saya belajar tentang agama Kristian makin saya yakin Islam yang betul dari segi akidah.

Saya sebenarnya gembira isu ini dibawa keluar. Sebab byk blog membicarakan perbezaan akidah di antara Islam dan ahli Kitab. Sebab itulah yang dibuat Nabi, yakni berdebat secara terbuka dalam soal-soal akidah ini.

Jika mereka diberikan hak untuk menggunakan nama Allah, maka kita pun berhak untuk membuat penerangan, forum dan debat terbuka tentang perbezaan akidah kita dan mereka.

Dan bukankah itu cara yang diambil oleh baginda Rasul?

Kita bimbangkan gejala murtad tetapi inilah dia sebenarnya kelebihan kita.

Nizam Mahmud said...

Zam,

Aku dgn grand marquis bukan org yg sama.
-------

Komen saya: Kalau benar begitu, saya minta maaf

raja Nong Chik tak betul, kau kata tak betul, tapi sekurang2nya si ng yen Yen merayu
-----

Komen saya: Bila masa si Ng merayu? Pengusaha kelab malam merayu dkt si Ng itu betul.

ada anak murid bini aku masa kat s'wak, islam keturunan dan nama tapi pegi church.
------

Komen saya: Memang ada kes tapi masalah timbul apabila ada perkahwinan yang salah seorang dulunya bukan beragama Islam.

Dalam kata lain masuk Islam kerana nak kahwin. Apabila dah kahwin, yang dah lama Islam tak ajar yang baru Islam. Kemudian anak-anak lebih rapat dengan yang baru Islam. Bagaimana dia nak mendidik anak nya tentang Islam jika si suami/isteri yang dah lama Islam pun tak ajar dia?

Macam kes di Pulau Pinang hari itu di mana wanita itu tidak pernah mengamalkan Islam dan masuk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan orang Islam.

Jadi bila berlakunya perceraian, maka boleh terjadi seperti ini.

Saya sharekan satu kisah untuk saudara. Baru-baru ini seorang rakan saya telah bercerai dengan suami. Beliau mualaf dan telah mempunyai beberapa orang anak. Ada juga sanak saudara nya yang bertanya jika dia mahu keluar dari Islam dan pulang ke kampung dan hidup di sana.

Alhamdulilah, dia menyatakan tidak mahu. Sebabnya walaupun suami tak pernah memberikan pendidikan Islam, dia selama puluhan tahun ini mengambil inisiatif sendiri untuk belajar.

Sungguhpun begitu, beliau masih rapat dengan keluarga dan selalu balik kampung pada hari-hari cuti. Tidak ada pula keluar cerita beliau dibuang keluarga.

Saya tidak menafikan mungkin ada kes anak dibuang keluarga kerana masuk Islam. Tetapi dari pengalaman saya sendiri, memang setahu saya hubungan kekeluargaan tidak lah putus hanya disebabkan perbezaan agama.

Abg Abdullah yg jd Amir pertama IRC pun org S'wak.
-----
Komen saya: Saya tak kenal beliau. Apakah Abg Abdullah itu seorang ahli akademik?

Kalau ya, yang itu saya tahu siapa tapi tak pernah mengenali beliau.

IRC atau tak IRC, apa kaitan nya dengan saya?

Nampaknya saudara begitu bencikan IRC seperti ada satu dendam peribadi, boleh bagi tau sebab?

Wallahualam.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Jawapan saya: Peminum arak di Sarawak ada, di semenanjung pun ada.

Ramai Melayu pergi saudara.


Setuju sdr Nizam, benda haq, saya setuju, peminum arak kat mana2 pun ada.

Tapi, ada tak peminum arak yg samseng boleh minum depan cikgu2 perempuan selamba sahaja tanpa malu?

Kalau yg di jalan P Ramlee tu adakah mereka ini terutamanya di jabatan kerajaan selamba sahaja meneguk air haram itu di depan rakan2 mereka yg Islam?

Swasta saya tak tahu, tapi govt..sorry..tak berani.


Soalan satu, pergi church untuk buat apa?

Pergi church kalau mcm sdr Zam pergi, siapa pun tak pertikai, dan saya akan guna itu sebagai reference utk support lg kenyataan sdr bahwa hebat2 belaka org s'wak ini menghadapi bahana kristianisasi dan arus dunia.

tapi, pergi church utk beribadat, mensyirikan Allah, masuk kristian.

Kita bimbangkan gejala murtad tetapi inilah dia sebenarnya kelebihan kita.

Bagaimana kita tahu ini kelebihan kita? berapa ramai org masuk Islam sebab nama tuhan kristian itu Allah di Indonesia?Dr negara yg kristiannya minoriti, semakin hari semakin ramai pula yg murtad di Indonesia?

Komen saya: Kalau benar begitu, saya minta maaf

Alhamdulillah, inilah akhlak seorg Islam, semoga Allah menerima amalan saya dan anda.Insha Allah.

anggap seolah2 anda tiada pernah menuduh saya,saya halalkan.Cumanya, paling elok menggelarkan seseorg itu dgn gelaran yg dia suka.

Komen saya: Bila masa si Ng merayu? Pengusaha kelab malam merayu dkt si Ng itu betul.

Aku puji kau kerana pandai cari "slightest mistake" mcm ni, kau sebenarnya kerja apa ya? Sampai ada masa kaji satu-satu mcm ni? Aku masa student dulu dan masa takde kerja, sempat la buat kerja2 mcm ni.

Saya sharekan satu kisah untuk saudara.

Terima kasih Zam, harap bykkan cerita2 seumpama ni, utk dikongsi bersama.

Komen saya: Saya tak kenal beliau. Apakah Abg Abdullah itu seorang ahli akademik?

Ya.

Kalau ya, yang itu saya tahu siapa tapi tak pernah mengenali beliau.

Bagaimana anda tahu pslnya?

IRC atau tak IRC, apa kaitan nya dengan saya?

Hanya statement, kalau saya sebut Najib itu org UMNO, apa kena mengenanya dgn anda?

Nampaknya saudara begitu bencikan IRC seperti ada satu dendam peribadi, boleh bagi tau sebab?

Setakat sebut pun boleh ada kesimpulan?Kalau saya sebut UMNO, adakah saya ada dendam peribadi dgn UMNO?

Nizam Mahmud said...

Kalau yg di jalan P Ramlee tu adakah mereka ini terutamanya di jabatan kerajaan selamba sahaja meneguk air haram itu di depan rakan2 mereka yg Islam?
-------

Jabatan Kerajaan saya tak tahu.

Tapi kalau staf-staf syarikat minyak...

Jadi jawapan saya : memang ada.

berapa ramai org masuk Islam sebab nama tuhan kristian itu Allah di Indonesia?
-------
Jawapan saya: Bila saya kata org masuk Islam sebab nama tuhan kristian itu Allah?

Tapi bagus juga soalan ini, boleh saya tanya pula begini berapa ramai org masuk Kristian sebab nama tuhan kristian itu Allah di Indonesia?

Anda ada statistik nya?

Yang saya katakan adalah jika kita beri penekanan terhadap aspek akidah, itu sudah memihak pada kita. Sebabnya ianya simple, tak complicated, dan direct to the point.

Tetapi selama ini yang kita pentingkan adalah aspek lain.

Bagaimana anda tahu pslnya?
------
Jawapan saya: Pernah dengar nama nya, pernah dengar sedikit tentang nya. Itu saja.


Hanya statement, kalau saya sebut Najib itu org UMNO, apa kena mengenanya dgn anda?
-----
Komen saya: Adakah memang sifat anda memberikan statement yang tak ada berkaitan dengan apa yang dibincangkan?

Anonymous said...

dalam kes ni, puak-puak umno pembela bangsa mlayu tu tak pulak tuduh NONG chik tu ejen MCA/kafir...aduh!pening-pening...oooooo patut ler,benda2 maksiat haram tu memang budaya mlayu umngok bongok...meh sini, sapa yg nk berdemo kt depan club2 tu??Tak yah duk eksen nk jadi "juara mlayu ler..dah dekat 50thn pegang kuasa (powerful punya!!)nak tutup lorong haji taib tu pun puak2 umno tu tehegeh2 cm siput babi..siput babi lagi laju....heheheeee...

Anonymous said...

rubber stamp ok lagi...buat nya jadi stamp pad mcm umno???lagi koman!asyik kena hentak saja,nk pegang kuasa smpai kiamat punya pasai..

Anonymous said...

allo "Dal" yg samdol,,,dlm kandang babi tk kn ada org islam duk p joget lambak sambil tonggaang todi kut...biaq p la babi2 tu duk clubing ramai2 dlm tempat yg lebih sistematik drp duk biaq sepah merata kg ayaq najis duk masuk...

Anonymous said...

aku stuju ngan nizam mahmud..untuk lebih afdal..jemput menteri di jabatan PM-si jamil khir bahrom tu buat semayang hajat...ye lah,mintak supaya jgn lah lagi lepas ni puak2 dbkl duk bagi notis tutup/sita..payah nanti nk promosi 1Mesia

Anonymous said...

kalu ko nyampah nk dengaq ceramah dan bederma mcm PR/PAS duk buat..ko p ler joget2 kt club yg dh dpt balik lesen lesen tu..ko ingat puak authority ngan pemerintah PR tu ngam sgt??sume dh di remote control dr nun..putrajaya! bodoh bebal tul la puak umno ni!Kalu boleh remove sume ahli2 authority tu, then letak sume ahli PAS/PR lain ler citernya

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Jabatan Kerajaan saya tak tahu.

Tapi kalau staf-staf syarikat minyak...

Jadi jawapan saya : memang ada.


Nak tanya, syarikat minyak macam mana? International mcm Shell, Esso ke ataupun Petronas. Kalau petronas berani tak, depan2 majoriti staf selamba minum?

Tapi bagus juga soalan ini, boleh saya tanya pula begini berapa ramai org masuk Kristian sebab nama tuhan kristian itu Allah di Indonesia?

Anda ada statistik nya?


Secara khusus psl nama Allah, takde, jujurnya wahai sdr saya tak ada, tapi secara umum ada:

1. Berdasarkan hasil riset Yayasan Al Atsar Al-Islam (Magelang) dan dalam rangkaian investigasi diperoleh data bahwa mulai tahun 1999-2000 Kristen dan Khatolik di Jateng telah meningkat dari 1-5 % diawal tahun 1990, kini naik drastis 20-25% dari total jumlah penduduk Indonesia.

2. Dari laporan Riset Dep. Dokumentasi dan Penerangan Majelis Agama Waligereja Indonesia, sejak tahun 1980-an setiap tahunnya laju pertumbuhan umat Khatolik: 4,6%, Protestan 4,5%, Hindu 3,3%, Budha 3,1% dan ISLAM HANYA 2,75% yang paling rendah (Astaghfirullah).

3. Dalam buku Gereja dan Reformasi penerbit Yakoma PGI (1999) oleh Pendeta Yewanggoe. Dijelaskan bahwa jumlah umat Kristiani di Indonesia (dari Riset) telah berjumlah lebih 20%. Sedangkan menurut data Global Evangelization Movement telah mencatat pertumbuhan umat Kristen di Indonesia telah mencapai lebih 40.000.000 orang (19 % dari total 210 jumlah penduduk Indonesia)

4. BPS (Badan Pusat Statistik) Indonesia melaporkan bahwa penurunan jumlah umat Islam di Indonesia. Contohnya di Sulawesi Tenggara turun menjadi 1,88% (dalam kurun waktu 10 tahun). Demikian pula di Jawa Tengah, NTT dan wilayah Indonesia lainnya.

Pernahkah terlibat berperang dgn kristianisasi, involve dgn gerakan anti murtad, berdakwah kpd bukan Islam?

Yang saya katakan adalah jika kita beri penekanan terhadap aspek akidah, itu sudah memihak pada kita. Sebabnya ianya simple, tak complicated, dan direct to the point.

Tetapi selama ini yang kita pentingkan adalah aspek lain.

Bagaimana anda tahu pslnya?


Terus terang saya tanya, mana budak2 Islam kita belajar aqidah? Di sekolah ataupun tempat lain? kalau tempat lain, di mana?

Ok..siapa yg pentingkan aspek lain? Satu soalan lagi, jika anta masuk usrah, berapa percent dlm usrah anta, tak kisahlah apa jamaah pun yg manapun yg "pentingkan aqidah"?

Pernah dengar nama nya, pernah dengar sedikit tentang nya. Itu saja.

Pernah dgr dari mana? Penting tu asal sanadnya ini..

Komen saya: Adakah memang sifat anda memberikan statement yang tak ada berkaitan dengan apa yang dibincangkan?

Ada kaitan, sila jawab saja, tak susah, atapun senyap mcm kebykn soalan saya dan anda diamkan.

bagaimana anda boleh buat kesimpulan saya ada dendam peribadi hanya psl saya sebut nama sesuatu organisasi?

Nizam Mahmud said...

Anda ada statistik nya?

Secara khusus psl nama Allah, takde, jujurnya wahai sdr saya tak ada, tapi secara umum ada:
-----

Jawapan saya:
Wahai saudara,

Terima Kasih atas kejujuran itu.

Apa kaitan statistik yang saya berikan dengan isu ini.

Kita sama-sama tahu, pendakwah Kristian mendirikan rumah-rumah kebajikan untuk anak-anak yatim piatu, rumah kebajikan untuk anak terbiar di jalanan.

Kita tahu bahawa mereka tidak lokek jika anda memerlukan pertolongan, minta saja dari mereka. Lebih mudah meminta pertolongan dari pusat-pusat Kristian dari pusat-pusat zakat.

Kita tahu pastor-pastor mereka masuk kekampung-kampung, bila dapat 2-3 penganut terus mendirikan gereja. Dan pendakwah Kristian ini sanggup tinggal di 20-30 tahun lamanya bersama-sama masyarakat kampung membantu mereka. Itulah sebabnya sesetengah kampung kaum bumiputera Sarawak & Sabah yang hampir 100% Kristian itu 30-40 tahun dahulu tidak ada penganut Kristian seorang pun.

Kita tahu kebanyakan ahli politik dan pemimpin yang beragama Kristian tidak akan kedekut dan lokek apabila badan-badan gereja dan dakwah mereka meminta bantuan. Mereka tidak akan tanya, orang yang hendak ditolong dari parti mana, kampung yang hendak dibuat kerja kebajikan menyokong siapa.

Pendek kata, adakah kita hendak terkejut, atau hairan apabila penganut mereka makin bertambah?

Jika Kristian di Indonesia juga melakukan perkara yang sama seperti yang saya nyatakan di atas, apakah kita terkejut penganut mereka makin bertambah?

Sekali lagi saya tanya, Berapa orang di Indonesia yang masuk Kristian kerana Kristian gunakan nama Allah?

--------
Pernah dengar nama nya, pernah dengar sedikit tentang nya. Itu saja.

Pernah dgr dari mana? Penting tu asal sanadnya ini..
----

Jawapan saya:

Anda sendiri katakan begini "Hanya statement,", oleh kerana itu hanya statement saudara entah dari mana dan tidak ada kaitan dengan apa yang kita perkatakan, maka saya tidak akan menjawabnya.

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.