Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, January 23, 2010

Sembah Takziah Di Atas Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Al Fatihah

Malaysiawaves memohon merafak sembah takziah di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Iskandar. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah.

Malaysiawaves juga mengucapkan tahniah di atas Pertabalan Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail, sebgai Sultan Johor yang Baru.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.


Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat lalu pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya.

Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.

Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.

Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Pemimpin Singapura dijemput ke istana

Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya.

Sultan Iskandar, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu, baginda merupakan uruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Baginda merupakan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885.

Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.

Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas.

Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama. Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid sekitar Johor.

Gemar sukan lasak

Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Baginda merupakan seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.

Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan.

Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.

Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa.

Dan sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang melibatkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.

Selain sukan menembak, baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu.

Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara-acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.

Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.
Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Sumber - Malaysiakini

18 comments:

Anonymous said...

"Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya.

Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa saya tidak lagi membawa imej persendirian, sebaliknya membawa imej satu kumpulan jalan sisi untuk Islamic State.

Jadi dengan ini.

1. Saya memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya, warga Johor khasnya atas keterlanjuran saya.

2. Berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

3. Menarik semula artikel luar norma kemanusiaan itu dari blog saya sebagai tanda saya akui kesalahan saya.


Yang benar,

AdukaTaruna"

Awat hangpun dah takutka!!!!!!!

Anonymous said...

"malsyiakini also supported makkal sakti's periah rogue,Thanindran,and fought gainst Guan Eng when kampung buah pala issue exploded..demi duiu,sponser,ad revenue,ada jugak nak jilat pungkok najib,gomen"juak-juak TB.

..hang dan juak-juak hang kata kat malaysiakini!hang sanggup pula guna entry yang dipetik dari malaysia kini!!!!Mana prinsip hidup hangpa niiiii!!!!!Jauh sekali mencerminkan sebagai pejuang islam!!!hang!aduka!Topeng perak!jauh panggang dari api!!!!!!

Anonymous said...

"Macam mana dengan Prebet Adam sekarang? Dah keluar lokap dah ke? Kesian pada mamat Adam tu. Betullah sultan ni dia sultan ke setan? harap dok satu lokap dengan hakim cekelat hacks di neraka."-juak-juak Tb dalam perisik rakyat.

..gini ka akhlak anak didik hang!!!Seoghang pejuang islam!!!!

Anonymous said...

"Aku pernah tengok Ghafar Baba minum arak.

January 1, 2010 5:33 PM"-TB

hatta hang sendiri!!!jahil tentang Islam!!!!!tentang akhlak seorang islam!!!!!

Anonymous said...

"Sahaja gua bertemu dengan saudaraku yang lain, untuk menjatuhkan Hadi di Rusila, kerana Lu Ya Allah. Jika kami tepat pada Lu, kurniakanlah kekuatan kepada kami. Jika Hadi tepat di sisi Lu, kurniakanlah kekuatan kepadanya Ya Allah."Aduka taruna.

Tak usahlah hangpa nak cakap tentang undang-undang islam!Tentang hukum hudud!siapa kafir!sapa munafik!!!Sapa masuk syurga!sapa masuk neraka!!!hangpa dakwahkan diri sendira dulu laa!!!!!
Dekat manusia!takut!Sanggup minta maaf!!kurang ajaq dekat Allah!!!!!

Anonymous said...

Bayangkan kalau Aduka taruna ni anak aku:
Nak minta duit gi sekolah:
"Lu bagi duit seringgit?"
Bukan setakat penampaq!!Penerajang rasanya dia dapat!!!!!Inikan pula Allah!!!!!Ish!Ish!ish!jahil betui hang niiiii!!!!!!

January 22, 2010 12:59 PM

Itulah rumusannya.........akhlak seorang pejuang islam pas!!!!!!!!

Anonymous said...

Bagaimana pula perasaan keturunan Sultan Hussin...(keturunan Bendahara Abd. Jalil) bila keturunan Temenggung menjadi Sultan...

Anonymous said...

Adalah terlalu bodoh bagi pencacai umno ke blog TB mengatakan kami anak didik kumpulan PAS. kami adalah pejuang yang menentang yang batil dan memperjuangkan hak. sila harap pencacai umno betulkan akidah mereka dahulu dari menuduh orang lain yang tidak betul padahal kejahatan pemimpin umno mereka biarkan berterusan.

Anonymous said...

Awattttt!Puak pas pun dah tak mau terima hangpa kaa!!!!!!!Siaannnnn!!!!!!

Anonymous said...

INI DIA MANUSIA YANG DI HASILKAN OLEH UMNO YANG MEMPERSENDAKAN AGAMANYA. KATA-KATA YANG TERSEBUT BOLH MENTAKRIFKAN MEREKA TELAH MURTAD.

pemuda pembela melayu said...

Assalam 1 Malaysia..orang yang buat hukuman hudud adalah orang bodoh.
Jangan asyik dok perjuangkan syiar islam sampai terlupa memartabatkan bangsa melayu.
PAS pejuangkan Islam tapi tak pejuangkan bangsa melayu...kenapa ? PAS saja ada tuhan..?
kebanyakkan undang2 islam adalah kuno & ketinggalan zaman.ini zaman milenium bukan zaman pakai jubah2 macam yahudi mabuk.jangan sesuka hati nak haramkan itu & ini....disko dalam al-quran tak ada sebut haram pun....kalau zaman nabi ada disko tentu nabi pun akan masuk disko untuk rileks2.masuk disko tak semestinya buat benda salah.
zaman nabi kalau ada baju body...mesti isteri2 nabi pun pakai baju body...pikir la sikit oii..dulu zaman mundur sekarang dah manju hampir ke alaf 2020.
janji 5 rukun islam buat sudahlah.
pikir-pikirlah wahai umat2 ku sekalian...

-----------------------------
Tahniah umno banyak melahirkan generasi murtad.

Anonymous said...

Tolong bagi tau petikan pemuda pembela melayu tersebut diambik pada blog yang mana!!!!!

Anonymous said...

Komen "pembela pemuda melayu" diambil dari blog perisik rakyat di bawah tajuk "saiful Bukhari: UMNO nak buat Agama baru ka?" posted oleh TB pada 21 januari 2010.

Anonymous said...

Dah check!Memang sah dia ni gila babi!!!!Oghang macam dia ada dimana-mana tak kira dalam mana-mana parti!!!Tak payah la layan dia!!!Oghang gila dan mabuk!!!!hangla tuan TB!pi tarbiah sikit kat dia!!!!!atau pun dia ni pengikut anti hadis!!terjemah Al-Quran hanya berguru syaitan dan komputer je!!!!

Anonymous said...

..ataupun oghang yang paling sesuai untuk ajaq dia ialah DR Asri!!Hampir sama jee pandangan dia!!!!!!

Anonymous said...

Perhatian!!!!Perhatian!!!!Perhatian!!
Kes Aduka Taruna baru diulas oleh berita TV3 jam 8 malam!Rakyat johor tidak dapat maafkan aduka Taruna!!!Apa akan terjadi jika ia sampai kepada Sultan johor yang baru!!!apa tindakan askar timbalan setia Johor!!!!
Pada hang TB,nasihat kat hang,kawal sikit emosi bila menulis!!!Pikiaq panjang!!!

Anonymous said...

Untuk renungan bersama berdasarkan kes Aduka taruna:
1.Kita akan tahu siapa lawan dan siapa kawan!
2.Kita akan tahu sikap sebenaq pemimpin idola kita!!
3.Jangan mendahului kerja-kerja dan hak Allah.Siapa kafir,siapa masuk neraka,siapa masuk syurga!Hanya Allah yang mengetahuinya!!!!
4.Jangan mengutuk dan mencaci mana-mana oghang alim!!!!!Walaupun sealiran dan tak sealiran dengan pendapat kita!!!
5.Jangan memandai-mandai mengenai islam!Mesti berguru dalam mentaksir hadis dan Al-Quran!!!
6.Sebagai seoghang islam dan cuba nasihat kat aduka dalam blog perisik rakyat!!!Kali ini dia telah bertemu buku dengan ruas!!!!
7.Dan akhirnya Allah membayar cash didunia lagi terhadap keegoan dan kejahilan kita!!!!
8.Semuga aduka taruna selamat dan dilindungi Allah .

Anonymous said...

Semua manusia buat kesilapan, tapi jangan takut pada manusia, takut pada Allah yang mencipta manusia. juga jangan takut pada TV3, pasal TV3 tu TV tiga suku. Ingat takut pada Allah selalu. Kena selalu beristigfar dan berzikir moga segala bencana dilindungi Allah, kerana manusia tiada kuasa seperti kuasa Allah taala. Kalu manusia takut manusia, malaysia mungkin ditimpa bencana macam Haiti. wama karu wama karallah. Manusia merancang Allah pun merancang, tapi rancangan Allah itulah yang mengatasi segala rancangan manusia. Ingat, aduka mesti takutkan Allah dari semua manusia durjana yang akan mati seperti juga kau juga. Allah huakhbar!

Anonymous said...

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor."

SALAM, PERLU KE KITA MENGGUNAKAN YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR?

BUKAN KAH "MAHA MULIA MILIK ALLAH"?

SUMBER RUJUKAN DARI BLOG INI:
http://abatasa2.blogspot.com/2010/03/iblis-dan-alamnya-musuh-kamu-yang_11.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.