Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 13, 2010

Sultan Selangor mahu kerajaan negeri halang bukan Islam guna kalimah ‘Allah’


Berikut adalah kenyataan dari Sultan Selangor berkenaan dengan isu "Kalimah Allah Digunakan oleh Orang Bukan Islam" yang saya petik dari Malaysianinsider.
Sultan Selangor mahu kerajaan negeri halang bukan Islam guna kalimah ‘Allah’

SHAH ALAM, Jan 11 — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar kerajaan negeri teguh dengan pendirian menghalang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain bagi memelihara akidah umat Islam.

Baginda turut menitahkan agar Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membincangkan dengan teliti mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Dis lalu yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald.

Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa memberitahu, baginda bertitah demikian ketika beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Peguam, Datuk Salehuddin Saidin menghadap Sultan Selangor berhubung isu berkenaan 5 Jan lalu.

Baginda turut menitahkan supaya Mais memaklumkan kepada rakyat bahawa terdapat undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam memerihalkan agama bukan Islam, kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Mais yang diadakan bagi membincangkan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan di sini, semalam.

Terdahulu 4 Jan lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri boleh menghalang pihak yang menggunakan nama Allah dengan tujuan merosakkan Islam.

Sehubungan itu, Mais berharap agar Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk campur tangan dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi mempertahankan Islam.

“Mais merafak sembah Seri Paduka Baginda untuk menggunakan kuasa yang sedia ada di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk isu ini.

“Campur tangan Raja-Raja Melayu dalam urusan ini amat diperlukan kerana ia bukan sahaja menyentuh bidang kuasa Raja-raja dalam agama Islam tetapi juga sensitiviti umat Islam,” katanya.

Mohamad Adzib berkata, Mais dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak polis akan menguatkuasakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di kalangan orang Islam.

“Enakmen berkenaan yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa kalimah Allah hanya boleh diguna oleh umat Islam sahaja.

“Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan turut mengiktiraf Mahkamah Syariah untuk mendengar kes berkaitan Islam manakala Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan, membatalkan atau menghiraukan keputusan Mahkamah Syariah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Mais akan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi selepas permohonan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (Main) untuk mencelah di dalam kes berkenaan ditolak.

“Penolakan permohonan Main adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri yang memperuntukkan Majlis sebagai pihak berkepentingan dalam mempertahankan Islam.

“Mais menyeru kepada Main yang lain untuk sama-sama merayu atau mencelah di dalam kes ini demi mempertahankan Islam,” katanya.

23 comments:

abuzahra said...

Brother,

I sincerely advise u to remove the photo. Don't get yourself into unnecessary trouble.

Anonymous said...

agreed. TB .... pls remove the picture

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Nasihat abuzahra ada benar nya juga.

Cuma kalau gambar dibuang, mesej posting ini pun hilang sama.

Jadi anda buat keputusan.

Anonymous said...

No! don't remove the photo!
Let him get what he's asking for.
Otherwise people out there won't know what a true M'sian he was.

Tulang Besi said...

Pambaca sekelian,

Atas nasihat pembaca yang jelas menyayangi saya, terpaksalah saya membuang gambar tersebut.

Sesiapa yang mahu satu copy, bolehlah email permintaan kepada saya di malaysiawaves@rocketmail.com

Terima kasih atas keperihatinan yang ditunjukkan saudara-saudari sekelian

jj said...

ya betul abang jgn siarkan photo tu.
tak salah saya a few months ago masa perasmian hard rock cafe penang,ada video kat malaysiakini, terkejut juga saya.

Sebatang kara said...

Gamba apa tu bro,

Saya takdan tengokla bro.

SL Chan said...

Bro...

Lebih baik jangan letak photo tu..

Kami semua respek Sultan dan Agong..no matter what is their opinion on issues...Every one entitle to his opinion...

Anonymous said...

The Sultan is the head of Islam in Selangor.

He has the right to ask for it & I dont see it being an issue for non muslim in S'gor.

The issue of using that word for God pertains more to Sabah & Sarawak, where they have been using it for over 100 yrs.

abang zack said...

Cuba baca ini: Allah is an Arabic word used to refer to God. The term is also used by Sikhs in the Sikh scriptures in reference to God. The word Allah (ਅਲਹੁ) is used 12 Times in the Guru Granth Sahib by Sheikh Farid. Guru Nanak, Guru Arjan and Saint Kabeer used the word 18 times.
baca selanjutnya di sini: http://www.sikhiwiki.org/index.php/Allah

ableedingmalaysian said...

Dear TB,

Begitu ramai sekali para cendiakawan tumbuh pada akhir-akhir ini. Semuanya beri pendapat-pendapat yang bernas-bernas belaka. Siap dengan bukti-bukti sekali.

Pada aku ler, sama ada orang Kristian boleh menggunakan kalimah Allah atau tidak, itu tidak penting, asalkan akidah aku tidak tergoyang walau seinci pun.

Cuma yang aku musykil di sini ialah sama ada Al Sultan Selangor berhak untuk melanggar keputusan mahkamah. Bolehkah Baginda berbuat demikian? tidakkah Baginda melakukan "contempt of court"?

Wassalam.

Anonymous said...

Apakah ini percubaan untuk menggunakan istana untuk tujuan politik, serentak dengan helah untuk memerangkap PAS sekali lagi, kali ini menyokong atau menentang istana dalam isu kalimah Allah.

Anonymous said...

tuan TB,
a.Berapa jumlah pengundi singh dinegara ni termasuk karpal singh!Ramai tau!!Depa pun nak guna nama Allah jugak!!!!Patutpun karpal singh menentang keras perlaksanaan undang-undang islam dinegara ini!!!Hang mesti sokong punya!nanti depa tak undi pas!!!
b.Penakut jugak hang ni!!!!Khalid Al-Walid!!!!!
c.Takut kena penampaq kot!Macam karpal singh kena dulu!!!jadi oghang cacat samapai lani!!!!!

Anonymous said...

..alahai lupa la pulak...
1.Hairan jugak!!!ngo islam semua sokong dan senada harun din!!
2.Puak macam hang!Sekular berguru komputerni!!!tak setujula pulak!

Cili Padi said...

PAS: RANJAU SEBUAH PERJUANGAN

Firman Allah maksudnya “APAKAH KAMU INGAT AKU JADIKAN KAMU SIA-SIA,DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI KEPADAKU”

Bukan mudah mentadbir sebuah kerajaan islam.Banyak dugaan dan perancangan jahat parti lawan bersilih ganti.

Kemenangan hari ini hasil dari benih pengorbanan yang ditanam oleh pejuang terdahulu.Bukan enteng harga sebuah perjuangan.Apatah lagi bila berjuang dilandasan Pas yang serba kekurangan.

Kini kita bermegah kerana Pas mengetuai 2 buah kerajaan iaitu Kelantan dan Kedah.Pas juga menjadi rakan kongsi kerajaan di Selangor dan P Pinang.

Sebelum tahun 1990, Pas sinonim dengan 1001 susah,payah,derita,ditekan,dihina dll.Tiada istimewanya Pas kecuali LILLAHI TAALA.Kerja baik di dunia dengan balasan di akhirat…itulah Pas.

Ya! Benar Pas ingin tubuh sebuah kerajaan islam.Soalnya bila? Arwah Nik Abdullah Arshad (ayahanda Nik Amar) pernah berkata kepada anak muridnya Hj Sulaiman Tapang “zaman kita ni hanya untuk tebas hutan ASSABIYAH dan tanam benih islam,buat laluan untuk pemimpin akan datang”

Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun.

Bahana kezaliman BN sangat dahsyat.Masyarakat terpaksa menjauhkan diri dari Pas kerana ancaman dan ugutan.Gerakan Pas bergerak melalui institusi agama seperti warga pondok.Berapa ramai Ulama pondok menjadi mangsa ISA kerana menyokong Pas secara terbuka.

ALFATIHAH ! Semoga Allah merahmati arwah Hj Yaacob Berangan ( ayahanda TMB),Hj Omar Wakaf Bharu,Hj Hassan Lemal dan Paknik Lah ( ayahanda Nik Amar).ISA bukan pembunuh jiwa mereka.Semangat mereka tidak pernah luntur untuk melihat Islam ditegakkan melalui siasah.

Turut bergerak mewarnai lukisan perjuangan Pas ialah arwah Hj Musa Yahya ( ayahanda Husam),Pakcu Hasan Lemal ( Tok Wali Hasan),arwah Hj Lah ( Lubok Tapah),arwah Hj Atiqullah ( ayahanda Baihaki),arwah Hj abd Rahman ( ayahanda Latiff KP)

bersambung di cilipadi007.blogspot

Anonymous said...

...sebening subuh!!
dan mereka yang anda(cli padi) nyatakan adalah pejuang islam sekental tok kenali.Tidak pernah bidaahkan sesama islam.Tidak pernah memecahbelahkan sesama islam....tak sanggup kafirkan sesama islam walau berbeza ideologi,berbeza nama parti politik....Hidup sederhana,sezuhud para sahabat.....harta sekeghat....sijil tak seberapa...ilmu penuh didada....tiada master,tiada PHD....pengikut beribu....jika ada oghang naik kepala,pedajai agama islam!depa sepakat...ketaq lutut orang kapiaq...menggigil dengaq 13mei...pedang melayang selendang merah...pengikut tarekat,tinggi ilmu tassawuf...kalau depa masih ada.....nescaya puak kristian pakiam tak naik kepala oghang islam!!!!!!!!nescaya pencacai islam puak kristian pakiam terima padah.....tapi masih percaya...anak murid depa/pengikut depa masih berjuta!!!!!!perkara berkaitan agama islam bukan mainan....bila dipedajai!!!naik kepala!!!...mat rempit,penunggu kelab malam,penjudi HATTA SESIAPA SAJA YANG DIANGGAP JAHIL DALAM AGAMA dan sesiapa saja yang tertera beragama islam dalam kad pengenalan.....sanggup berkorban...KECUALI PUAK PECACAI KRISTIAN PAKIAM DAN KAPIAQ HARBI BERAGAMA ISLAM!!!!!!!!

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

..alahai lupa la pulak...
1.Hairan jugak!!!ngo islam semua sokong dan senada harun din!!
2.Puak macam hang!Sekular berguru komputerni!!!tak setujula pulak!

January 13, 2010 7:56 PM
.

Sekular tu bukan ertinya menolak pendapat ulama2 muktabar terdahulu ka?

Macam korang, mengharamkan benda yang tak haram. Tak sekular ka?

Anonymous said...

Who is the sultan again?, A mere Mortal, I fear god and bow to his wishes.
The adage, God,King and Country comes to mind.
So how now, the Sultan? Agung is King. Sultans must not only be seen to be fair but also have the high moral fibre not to be misled, do not forget, they rule also over non-muslims.
To be the Head of a religion, the leader's moral code and fibre must be beyond reproach, Has that criteria been fulfilled.
The Sultans of Malaysia are mere puppets under the control of UMNO. Where were all those Pendekar Mat Rempit's when Mahathir was sodomising the royal houses. That's the problem in Malaysia, its so easy to hire a mob with money, easily bought for 3 pieces of silver, Mana Maruah si Pendekar. Buat malu diri sendiri, depan mata dunia.
Respect is a very precious commodity and it has to be earned through righteous thoughts and deeds, its a pity our royal families don't have any. Remember Perak.

Tinta Hitam said...

Aku malas nak komen pasal Sultan Selangor punya titah.Sebab kita tahu dari mana datangnya titah Baginda tu.

Pad aku selagi mana UMNO memerintah kat Malaysia ni selagi itu lah isu remeh temeh ni jadi penting dah perlu diketengahkan.Isu lain yang lebih penting saperti isu murtad dikalangan anak anak muda melayu s UMNO dan Sultan tak ambil peduli pun..

Anonymous said...

Oooo ya..memang UMNo suka mempergunakan Sultan..UMNo tau,Sultan tak berani menentang UMno,sebab,2 times 5,5 times 2..but at times,a bold king or a sultan should declare loudly "ya..i have million and one weaknesses..so what!!time now for justice and equality for all!!"..habis cerita..

suis-media said...

Tuan

arahan sultan ni jangan lah berpandukan pada perlembagaan yang di buat oleh british...sultan mesti berpandukan pada hadis nabi,,,ada ke??nabi junjungan kita MUHAMAD SAW melarang orang bukan islam dari menyebut atau menulis nama ALLAH??kalau ada emailkan pada saya.dalam ATM askar bukan islam pakai topi dengan nama ALLAH dan MUHAMAD tu lagi bahaya,,apa hukumnya??.

Anonymous said...

kalau kamu betul orang Islam, kamu ada sedar titah Sultan ia lah untuk menkukuhkan khalimah Allah dan aman balek negeri.
Kenapa sekarang baru bangsa Catholic dan priesthood Catholic sangat hebah mahu menguna name Allah? Ada tujuan tersembunyi agak nya? Sekarang khalimah Allah, lepas itu..hak lain di minta.

Anonymous said...

orang melayu dan orang islam mesti waspada dengan blog yang pakai nama Melayu tetapi tulis sa macham sokong bangsa dan agama lain. Waspada lah orang Islam dan orang Melayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.