Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 6, 2010

Takkan Mesyuarat PAS Keluarkan Kenyataan Kufur!?

Nota Editor: Terima kasih kepada Pak Bakaq@Penarik Beca kerana mengeluarkan artikel di bawah ini. Tulang Besi merasakan artikel ini wajib dihayati dan diketahui oleh semua pembaca terutamanya ahli-ahli PAS sekelian.


(Bermula) Kenyataan yang saya sokong penuh yang dipetik dari berita Malaysiakini 5/1/10 bertajuk "PAS tolak tindakan agresif dan provokatif"

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 64:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً
وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ

Yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

Petikan berita mStar Online 4/1/10 bertajuk "Kufur jika sokong guna kalimah Allah - Haron Din":

Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

Selepas ini adakah akan keluar kenyataan "akhbar salah petik kenyataan saya"? Dan, dalam berita bertajuk "Islam perlu bersatu", Mingguan Malaysia 3/1/10 melaporkan:

Umat Islam di negara ini diseru bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.

“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Saya terhidu bau sesuatu dalam laporan Mingguan Malaysia itu. Anda ada terhidu bau apa-apa? Bukan macam bau Umno ka? Saya tak tuduh. Saya tanya ja. Pelik sangat bau yang saya terhidu ni!!


4 comments:

saye said...

salam sekadar pandangan.

bagi saya ada dua isu disini, yang pertama penggunaan kalimah Allah oleh non muslim dan yang kedua penggunaan nama Allah sebagai terjemahan God atau tuhan dalam herald.

kalau orang nonmuslim nak sebut nama Allah sebagai pengiktirafan iaitu Allah adalah pencipta alam cth macam kata mendiang goh cok tong "ini tuhan Allah punya kerja" maka tiada sape kata tak boleh. yang dok bagi ayat Quran tu pun merujuk pada situasi begitu.

adapun yang pihak gereja nak buat kat herald tu lain situasinye. banyak benda perlu dilihat : tersurat dan tersirat. bukan nak sangka buruk tapi kena hati2 la (wa lan tardha...). pasal tu kkdn tak bagi. dan isu ni dah lama sejak zaman madet lagi.

so tindakan pihak herald nak lawan gak nampak macam banyak negatifnye dan kita tak sepatutnya tindakan diorang.

saya rase yang diulas oleh ustaz haron situasi kedua la bukan yang pertama.

walaupun nampak macam umno lebih2 dalam isu ni. mcm cari peluang, tak bermaksud kita perlu menjauhkan diri hanya kerana takut dikatakan mengikut dan sebagainye. tak perlu lah segala tindakan kita ni kena ada politicak reason dibelakangnya

Anonymous said...

Begitulah sikap puak2 PAS. Apabila ada pendapat yg bertentangan dgn puak2 mereka, pastinya mereka akan menuduh seseorang itu adalah pro UMNO. Dalam hal ini, ianya bukanlah isu politik sebaliknya jelas diketahui bahawa ianya adalah isu Islam. Mengapa dalam isu ini masih ada pihak2 yg jumud mengatakan ianya berkepentingan politik??? Fikir-fikirkanlah..

zakwan said...

This issue is indeed a godsend 2 UMNO n all UMNO loving NGOs

I wonder if UMNO actually bribed the High Court judge Lau Ben Lan 2 deliver that verdict 2 not only rally the Malays 2 their cause but also distract them from other troubling issues plaguing UMNO (corruption,missing jet engines,rising prices 4 bread n sugar,GSTs)

I bet by picturing the image that the sovereignty of Islam under the Constitution is being challenged,this will definitely prompt the horny PAS leaders who r more than eager 2 get in bed wit UMNO for the sake "Muslim Unity" only 2 get raped all over again when PAS becomes irrelevant in the modern political scene

I understand that such a phenomena where both Muslims n non Muslims referring 2 their God as Allah is new
As such,the relevant parties should propose a guideline regarding the matter as long as there is no fatwa which disallows non Muslims from using the word Allah

Anonymous said...

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini."

Kahkahkah..wat a joke..this kopiah wearing jack s bomoh hismelf dah lama sesat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.