Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 14, 2010

Ustaz Harun Din Tidak Wala’ Pada Keputusan Jemaah? Boleh e??

Sewaktu kontroversi “Muzakarah” dan “Kerajaang Perpaduang”, mereka yang menentang cadangan tersebut telah dilabel sebagai tidak wala’ pada pimpinan dan menentang kepimpinan ulama. Walaupun pada hakikatnya, “Muzakarah” itu bukan keputusan parti mahupun Majlis Syura serta “Kerajaang Perpaduang” tidak pernah dibincangkan di mana-mana peringkat parti.

Namun, di dalam isu “Kalimah Allah-The Herald”, sudah terdapat sebuah keputusan parti yang rasmi serta jitu. Sehingga kini, kesemua ulama-ulama UMNO tidak mampu membuktikan keputusan PAS itu berlawanan dengan mana-mana aspek syariat Islam.

Malahan, keputusan 30 NGO “Islam” dan “Melayu” menentang penggunaan kalimah Allah pun TIDAK BERLANDASKAN kepada mana-mana pendapat feqah yang muktabar ataupun merujuk kepada pendapat ulama-ulama masa kini yang diakui ilmunya seperti Dr Yusuf Qardhawi.
Malahan, sewaktu Dr Yusuf Qardhawi melawat Malaysia sempena Sambutan Maal Hijrah, isu ini telah dibincangkan dengan beberapa pemimpin NGO Islam dan Dr Yusuf dengan jelas menyatakan tiada masaalah dari segi agama sekiranya orang Kristian mahu menggunakan nama Allah.

KEPUTUSAN PAS TIDAK BERLAWANAN DENGAN SYARIAT. MENGAPA TENTANG?

Ertinya, penentangan penggunaan kalimah Allah oleh 30 NGO Islam ini bukan berlandaskan kepada syarak mahupun hukum syariah. Cuma, dari kenyataan ABIM sendiri, asas kepada penentangan mereka adalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Namun, setelah saya merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan pun, tiada peruntukan yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.

Ertinya pendirian PAS itu:
a. TIdak berlawanan dengan hukum syarak
b. Tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan
c. Tidak berlawanan dengan Siayasah Syariiyah
Jadinya, apakah alasan serta asas Dr Harun Din untuk menolak pendirian PAS tersebut?

TIDAK HADIR MESYUARAT

Saya mendapat tahu, Dr Harun Din telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Lujnah Politik khas bagi membincangkan semula pendirian PAS terhadap isu ini. Ini memandangkan Dr Harun Din telah mengeluarkan pendapat yang agak keras sehari sebelum Lujnah Politik mengeluarkan kenyataan rasmi PAS.

Malangnya, setelah dijemput, Dr Harun Din tidak menghadirkan diri bagi membentangkan hujjah-hujjah beliau. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada hari Isnin, 11 January 2010. Namun, pada 13 January 2010 Dr Harun Din telah menghadiri konvensyen 30 NGO bagi membantah pengunaan nama Allah. Bukan setakat hadir, beliau juga telah turut memberi ucapan.

Adakah ulama-ulama dalam PAS diizinkan tidak wala’ pada pendapat jemaah? Adakah ulama-ulama dalam PAS dizinkan melanggar keputusan parti secara terbuka sebegini?

USTAZ HARUN DIN MEMPUNYAI REKOD MERUGIKAN PAS

Biar saya cuba senaraikan:

1.0 Sewaktu diambang Pilihanraya Umum 1999, PAS dalam keadaan cukup selesa untuk menawan negeri Perlis. Malahan di waktu itu, UMNO berada dalam keadaan cukup tenat dan risau. Tiba-tiba Ustaz Harun Din isytihar yang beliau tidak mahu bertanding atas beberapa alasan pribadi. Mengikut ramai kepimpinan PAS yang saya tanya, itu adalah antara sebab utama PAS gagal menawan negeri Perlis kerana rakyat Perlis telah dikecewakan sebegitu sekali

2.0 Sebelum Pilihanraya 2004, Dr Harun Din adalah ketua kepada JK yang menghasilkan “Dokumen Negara Islam”. Hasilnya, document ersebut amat ringkas dan tipis, serta tidak menjawab 80% persoalan yang biasa ditanyakan berkenaan dengan Negara Islam. Dokumen tersebut akhirnya digunakan UMNO untuk menakutkan orang bukan Islam. Hasilnya, PAS kalah di semua kerusi yang dahulunya menang di Pantai Barat kecuali lima di Kedah dan satu di Penang.

3.0 Selepas keputusan PRU 2008, Dr Harun Din telah menalipon Ustaz Ahmad Awang dan meminta Ustaz Ahmad Awang mengkaji semula keputusan Perhubungan Negeri Perak untuk menubuhkan kerajaan dengan PKR dan DAP. Ini maklumat yang saya dapat dari beberapa AJK PAS Pusat dan sehingga sekarang pun Dr Harun Din tak pernah nafikan maklumat ini

4.0 Sebulan selepas PRU2008, Dr Harun Din menulis sebuah kerta kerja bertajuk “Tahaluf Siyasi Pasca 2008” yang mengunjurkan PAS mengadakan hubungan dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat. Pekara ini didedahkan oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa sendiri melalui rakaman dialog beliau dengan blogger2 UMNO di kediaman Dr Hasan Ali.

5.0 Kertas kerja Dr Harun Din telah MEMECAH BELAHKAN PAS serta HAMPIR MEMECAH BELAHKAN Pakatan Rakyat. Ditambah pula dengan Hasan Ali yang begitu berambisi untuk menjadi MB Selangor, maka Dr Harun Din lah antara punca utama perpecahan PAS pasca PRU 2008.

6.0 Kemudian kita tak sebut lagi tuduhan-tuduhan rambang yang dibuat beliau kepada Husam Musa, dan penghabisan sekali adalah dalam isu Kalimah Allah yang mana Dr Harun Din secara terbuka melanggar keputusan parti walapun tiada sebab syariee untuk beliau melanggarnya.

Secara pribadi, saya melihatkan Dr Harun Din sebagai liability dalam PAS dan lebih elok kiranya Dr Harun Din duduk di luar PAS dan hanya menjadi pendakwah bebas yang menyokong PAS.

Aktiviti-aktiviti beliau yang “pro UMNO” ini amat merugikan PAS kerana ia menyebabkan PAS berpecah belah dan bersengketa semasa sendiri.

DALAM PAS PUN ADA UNSUR KRISTIAN. ULAMA2 PAS ADALAH MAKSUM

Ini adalah sebab kenapa usaha Dr Harun Din hampir berjaya. Dalam PAS pun ada jugak unsur-unsur Kristian ni. Dalam ugama Kristian, paderi-paderi mereka dianggap sebagai “maksum” dan oleh sebab itu mereka boleh mengampunkan dosa. Paderi-paderi Krisitan dianggap mendapat “ilham” dari Allah dan mereka bebas mentafsir dan berkata berkenaan dengan agama tanpa boleh disoal oleh pengikut-pengikut mereka.

Dalam PAS, takda la sampai macam tu, tapi iras-iras tu ada. Ulama-ulama dalam PAS tidak boleh ditegur dan dibetulkan. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ulama-ulama dalam PAS (misalnya dalam isu Muzakarah dan Kerajaang Perpaduang) terus akan di cop dan di label sebagai tidak wala’ pada ulama dan menentang ulama.

Sedih sekali bila ahli-ahli PAS menjadikan ulama-ulama PAS seperti paderi-paderi Kristian. Sepatutnya kita MENIMBA ILMU dari para ulama, bukan menjadikan mereka bertaraf MAKSUM dan SUCI dari SILAP DAN DOSA. Kita berbeza pendapat dengan para ulama adalah satu “rahmat”. Ia membantu para ulama untuk mencapai “ijtihad” yang lebih tepat dan jitu sekaligus menyelamatkan imej Islam itu sendiri.

Wahai ahli-ahli PAS, gunalah akal fikiran kamu. Kalau para ulama itu maksum, takkan Imam Mohd Idris Asy Syafiee kena tulis sampai BERJILID-JILID kitab. Bukan satu judul sahaja kitab Imam Syafiee ni, BERATUS-RATUS judul. Seram sejuk kita dibuatnya bila baca judul sahaja. Tampak sangat betapa jahilnya kita ini berbanding ilmu seorang hamba Allah yang telah dihantar oleh Allah SWT untuk memberi cahaya kepada BERJUTA UMAT ISLAM. Itulah dia Imam Syafiee yang sehingga hari ini masih kekal di bibir umat Islam.

Dalam keadaan ilmunya yang tinggi sebegitu pun, segala kata-kata dan pendapat-pendapat beliau akan disokong dengan hujjah yang nyata. Dan beliau tidak menolak sekiranya ada yang berbeza pendapat dengan beliau asalkan ada hujjah.
Tapi, budaya “hujjah” sebegini tidak diizinkan dalam PAS kerana sesiapa yang berbeda pendapat dengan ulama adalah “tidak wala” dan menentang kepimpinan ulama.

Begitulah serba sedikit muhasabah saya. Saya nak puji ustaz Hasan Shukri kerana walaupun beliau ulama, beliau tak pernah label orang yang berbeda pendapat dengan beliau sebagai orang yang tidak wala’ dan tidak taat kepada ulama.

Wallahualam

Tulang Besi

79 comments:

Anonymous said...

Geli hati saya bila baca TB mengajak ahli PAS berfikir. Mana boleh Syeh ! Ahli2 PAS yang dah bertahun tahun ditarbiah tak boleh fikir sendiri - kena jugak cari Ustat yang serban besar untuk mengiakan baru boleh jalan. Kah kah kah. Anggapan ahli2 PAS terhadap Ustat2 ini memang sama aje seperti anggapan orang kristien terhadap paderi2 mereka.

Tulang Besi said...

Ahli2 PAS ni tidak dilatih menghormati ulama seperti yang diajar oleh Islam.

Mereka dilatih menghormati ulama seperti budaya Melayu ajar.

Tak boleh soal, tak boleh tegur, tak boleh minta penjelasan.

Perkara ni mesti diperbetulkan.

Anonymous said...

Pergh..lepas sorang-sorang tak betul , Umno tak betol, Ulamak tak betol, Sultan tak betol, last2 sesama jemaah pon tak betol..pada pendapat TB la...yg betol hanya lah Archbishop Tulang Besi...

January 14, 2010 10:36 AM
.

Abih tu kalau tak betul, nak kata betul jugak ke?

Kau ni agama apa, buleh tanya tak?

Anonymous said...

aku agama aku , engkau agama engkau!

Anonymous said...

Once again..syabas!!What bro Tb said is factual..Islam Malysia tak selari dgn islam yg sebenar..tokok tambah plus ego kemelayuaan has degenerated islam in this ocuntry..

Anonymous said...

Agama sesat lah bro..

Anonymous said...

//aku agama aku , engkau agama engkau!//

Praisee the lord!!At last a moron has finally confessed..he:-)

Anonymous said...

"The Unseen with whom there can be no pragmatic relations,unseizable,featureless,unthinkable,undesignable by name,whom substance is the certitude of ONE SELF,in whom world existence is stilled,who is all peace and bliss-that is the SELF,that is what must be known"
Mandukya Upanishad

If people continue to regard KALAM OF ALLAH/THE SELF OF ALLAH as "god".. maka sorrylah ..this sort of dispute will go on and on forever..humans have made a very fatal mistake by ignoring the gnostics..

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Ahli2 PAS ni tidak dilatih menghormati ulama seperti yang diajar oleh Islam.

Cara kau maki hamun, panggil Mufti Perak tu pelacur, tu cara Islam lah ye?

Malahan, keputusan 30 NGO “Islam” dan “Melayu” menentang penggunaan kalimah Allah pun TIDAK BERLANDASKAN kepada mana-mana pendapat feqah yang muktabar ataupun merujuk kepada pendapat ulama-ulama masa kini yang diakui ilmunya seperti Dr Yusuf Qardhawi.

Wakil al-Azhar @ Naib Syeikh al-Azhar Syeikh Abdul Fattah 'Allam tindakan kerajaan malaysia tepat.Perkara ini sebenarnya telah dibawa ke pengetahuan Syeikh al-Azhar oleh Duta Malaysia ke Mesir.

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BAGI AGAMA LAIN MENURUT WAKIL AL-AZHAR

Naquib Al Attas juga menentang:

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas on Usage of word "ALLAH"

Uthman El Muhammadi pun tak setuju.

Grand Marquis said...

Walaupun pada hakikatnya, “Muzakarah” itu bukan keputusan parti mahupun Majlis Syura serta “Kerajaang Perpaduang” tidak pernah dibincangkan di mana-mana peringkat parti.

Betul ke? Setahu saya, rakaman pendedahan pertemuan blogger dengan Hassan Ali, Ustaz Nasha sendiri kata kepimpinan parti yang minta beliau untuk berbincang dengan UMNO? Cuba hang pi dengar balik baik-baik.

Lepas tu, Harun Din keluar pendapat dia sebelum PAS keluar kenyataan. Ni salah PAS jugak sebab lambat bertindak.

Soalan saya pada TB sampai sekarang ni pun tak jawab. Soalan saya:

TB nak tak di Malaysia ni, orang Islam boleh kawin dengan perempuan kristian tanpa perempuan kristian itu convert jadi Muslim.

Jawab ini dulu

Tulang Besi said...

Betul ke? Setahu saya, rakaman pendedahan pertemuan blogger dengan Hassan Ali, Ustaz Nasha sendiri kata kepimpinan parti yang minta beliau untuk berbincang dengan UMNO? Cuba hang pi dengar balik baik-baik.

Lepas tu, Harun Din keluar pendapat dia sebelum PAS keluar kenyataan. Ni salah PAS jugak sebab lambat bertindak.
.

Setakat ni takda pun minit mesyuarat Syura yang mengatakan keputusan menerima kertas kerja Ustaz Harun Din tu? Grand Marquis ada salinan minit mesyuarat ke?

Lagi satu, aku tau la Ustaz Nasa tu kepimpinan yang disayangi UMNO, tapi kalau nak defend pun dengar lah rakaman tu betul betul. Nasa kata dia disuruh oleh Majlis Syura. Tapi, sampai sekarang ni takda bukti pun ada keputusan dari Majlis Syura sebegitu.

Tulang Besi said...

Wakil al-Azhar @ Naib Syeikh al-Azhar Syeikh Abdul Fattah 'Allam tindakan kerajaan malaysia tepat.Perkara ini sebenarnya telah dibawa ke pengetahuan Syeikh al-Azhar oleh Duta Malaysia ke Mesir.

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BAGI AGAMA LAIN MENURUT WAKIL AL-AZHAR
.

Di mana penulisan beliau berkenaan dengan isu ini? Setakat yang kita dapat hanyalah laporan dari pihak Kedutaan Malaysia di Mesir yang terkenal KE UMNO an nya.

Juga, apa hukum orang2 Kristian Koptik Mesir menggunakan nama Allah sepanjang 1000 tahun yang lepas?

Nak tau juga komen Naib Sheikh Azhar ni.

Saya yakin, Naib Sheikh Azhar ni cakap lain, tapi yang dilapor lain.

Saya tunggu komen beliau secara bertulis dahulu.

Anonymous said...

Dey pundek sahabat kanan..hang faham kah,maksud Allah?Tolong beritau siki..

Grand Moron....i think u should try breaking guinees record of the longest period of k0te keraih..

Tulang Besi said...

Naquib Al Attas juga menentang:

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas on Usage of word "ALLAH"

Uthman El Muhammadi pun tak setuju.
.
Mereka2 ni semua ulama ke?

Kalau Haramsani tu kau kata ulama, alamat Lan Pet Pet pun kita kena panggil ulama jugak.

Anonymous said...

sahabat kanan probably sleeps upside down..kahkahkahkah

Sebatang kara said...

TB royak:

Dalam keadaan ilmunya yang tinggi sebegitu pun, segala kata-kata dan pendapat-pendapat beliau akan disokong dengan hujjah yang nyata. Dan beliau tidak menolak sekiranya ada yang berbeza pendapat dengan beliau asalkan ada hujjah.
Tapi, budaya “hujjah” sebegini tidak diizinkan dalam PAS kerana sesiapa yang berbeda pendapat dengan ulama adalah “tidak wala” dan menentang kepimpinan ulama.

Begitulah serba sedikit muhasabah saya. Saya nak puji ustaz Hasan Shukri kerana walaupun beliau ulama, beliau tak pernah label orang yang berbeda pendapat dengan beliau sebagai orang yang tidak wala’ dan tidak taat kepada ulama.

Wallahualam

Tulang Besi

Saya cukup geli hati tengok artikel TB ini. Semenjak saya menyokong PAS nih, tak pernah saya melihat seorang ulama' dalam PAS mengecam pendapat ulama' yang lain.

Lagi menambahkan geli hati saya (sampai ketawa terbahak-bahak), saudara TB mengecam dalam PAS sendiri kerana TB berpandangan ulama'-ulama' dalam PAS takleh berbeza pendapat dengan mereka. Halo brother TB, cermin diri dulu. Tengok macam-macam gelaran yang saudara TB lemparkan pada saudara seperjuangan TB kalu tak sependapat dengan TB macam pro-UMNOlah, fraksi UMNOlah dan juga agen-UMNOlah.

Berbeza pendapat tak salah bro, yang salahnya bila kita menuduh orang lain tak betul bilaman kita sendiri pun jahil tukil.

Anonymous said...

Setakat ni takda pun minit mesyuarat Syura yang mengatakan keputusan menerima kertas kerja Ustaz Harun Din tu? Grand Marquis ada salinan minit mesyuarat ke?

Lagi satu, aku tau la Ustaz Nasa tu kepimpinan yang disayangi UMNO, tapi kalau nak defend pun dengar lah rakaman tu betul betul. Nasa kata dia disuruh oleh Majlis Syura. Tapi, sampai sekarang ni takda bukti pun ada keputusan dari Majlis Syura sebegitu.

Bila dah terperangkap, mulalah berburuk sangka. Aku memang aku tak de minit mesyuarat, sebab aku bukan ahli majlis syura.

Masalahnya hang ni ahli majlis syura ke? Hang dah baca minit ke sampai hang boleh main tuduh orang sesuka hati? Apakah ini bukan fitnah?

Hang masih tak jawab soalan saya:

TB nak tak di Malaysia ni, orang Islam boleh kawin dengan perempuan kristian tanpa perempuan kristian itu convert jadi Muslim.

p.s. ini ke gambar TB?

Tulang Besi said...

TB nak tak di Malaysia ni, orang Islam boleh kawin dengan perempuan kristian tanpa perempuan kristian itu convert jadi Muslim..

Saya diberitahu ada ulama-ulama Azhar yang berkahwin dengan perempuan Kristian tanpa isteri mereka masuk Islam. Adakah tindakan ulama-ulama Azhar itu salah? Boleh tolong jawab tak GM?

Grand Marquis said...

Pembetulan,

Anon 12:07 PM adalah Grand Marquis kerana masa post tu terlupa letak nama.

Grand Marquis said...

Hello TB, anta paham bahasa tak. Malaysia bukan Mesir. Saya tanya Malaysia, kenapa hang konar sampai Mesir.

Kalau nak kata benarkan, Indonesia pun benarkan. Soalan saya, TB nak tak di Malaysia ni, orang Islam boleh kawin dengan perempuan kristian tanpa perempuan kristian itu convert jadi Muslim.

Tulang Besi said...

Bila dah terperangkap, mulalah berburuk sangka. Aku memang aku tak de minit mesyuarat, sebab aku bukan ahli majlis syura.

Masalahnya hang ni ahli majlis syura ke? Hang dah baca minit ke sampai hang boleh main tuduh orang sesuka hati? Apakah ini bukan fitnah?

Setakat yang saya rujuk kepada beberapa AJK PAS Pusat, keputusan Syura yang NAsa kata wujud tersebut tidak pernah dibuktikan dengan dokumen2 yang bertulis.

Dalam kes ni, dokumen tersebut mestilah minit mesyuarat sebab Nasa kata ia keputusan Syura.

Tulang Besi said...

Hang masih tak jawab soalan saya:

TB nak tak di Malaysia ni, orang Islam boleh kawin dengan perempuan kristian tanpa perempuan kristian itu convert jadi Muslim.

p.s. ini ke gambar TB?

Ohhh jadi hang ni lah si Grand Marquis tu. Orang kuat Ameno. Habih terdedah identity hang.
Macam ni lah, kalau hang berani kita berdebat secara terbuka nak tak? Setakat ni semua hujah hang telah dipatahkan dalam blog ni. Jadi setakat nak berdebat secara terbuka takda problem.

Hang cuba berhujjah dalam semua aspek, hang kalah. Bab DEB pun hang kantoi. Bab Ekonomi lagi lah kantoi.

Bab agama LAAAGGIIIIII kantoi.

Anonymous said...

Anonymous Grand Marquis said...

Hello TB, anta paham bahasa tak. Malaysia bukan Mesir. Saya tanya Malaysia, kenapa hang konar sampai Mesir.

Kalau nak kata benarkan, Indonesia pun benarkan. Soalan saya, TB nak tak di Malaysia ni, orang Islam boleh kawin dengan perempuan kristian tanpa perempuan kristian itu convert jadi Muslim.

January 14, 2010 12:12 PM
.

Jadi Islam kat Mesir lain dengan Islam Malaysia? Quran kat Mesir lain dengan Quran kat Malaysia?

Sembahyang kat Mesir lain dengan solat kat MAlaysia? Org Mesir solat Maghrib 3 rakaat, kita solat 4 rakaat?

Macam tu?

Kahkahkah kau jangan bagi alasan bodoh la Grand Marquis. Dah berapa kali kau terdedah kebodohan kao di sini.

Keep it up TB, si GM ni bukan tau apa pun. Mengarut tau lah dia.

Grand Marquis said...

Setakat yang saya rujuk kepada beberapa AJK PAS Pusat, keputusan Syura yang NAsa kata wujud tersebut tidak pernah dibuktikan dengan dokumen2 yang bertulis.

Setakat yang hang rujuk. Lawak lawak. Hang ni siapa? Setakat hang rujuk, hang dah boleh pergi satu malaysia tabur fitnah? Adakah setiap perbincangan dalam syura mesti di minitkan?

Lagi satu, hang ni tak paham bahasa ka? Saya kata PEMBETULAN, Anon 12:07 PM adalah Grand Marquis kerana masa post tu terlupa letak nama.

Tiba-tiba hang kata terdedah identiti. Apa ra. Saya hanya membetulkan kesilapan posting supaya orang tahu itu adalah posting saya.

Saya tak kisah hujah saya dipatahkan ke, atau hang ni terra serba serbi dari ekonomi, sampai agama. Pembaca hang boleh nilai. Cuma kalau hang terra, jangan berdolak dalih. Masih tak jawab soalan saya, TB nak tak di Malaysia ni, orang Islam boleh kawin dengan perempuan kristian tanpa perempuan kristian itu convert jadi Muslim.

Nak debat terbuka? What is your point and what you are trying to proof? Jawab dulu soalan saya di blog awak.

Sebatang kara said...

Anonymous Grand Marquis said...

Hello TB, anta paham bahasa tak. Malaysia bukan Mesir. Saya tanya Malaysia, kenapa hang konar sampai Mesir.

Kalau nak kata benarkan, Indonesia pun benarkan. Soalan saya, TB nak tak di Malaysia ni, orang Islam boleh kawin dengan perempuan kristian tanpa perempuan kristian itu convert jadi Muslim.

Biarlah ambo yang jahil tukil nih tolong jawabkan.

Minggu lepas saya ada mendengar ceramah agama dari seorang Ustaz dekat ngan umah saya. Persoalan berkahwin dengan ahli kitab dibangkitkan. Beliau memberi maksud ahli kitab di sini adalah di mana nenek moyang mereka adalah yang sememangnya berasal daripada pengikut kitab yang asal seperti injil dan juga taurat. Jika di mesir dan juga negara-negara arab yang lain tiada masalah sebab sememangnya keluarga mereka semenjak nenek moyang lagi penganut agama samawi (sebelum diselewengkan).

Kes di Malaysia ini tidak dibenarkan sama sekali kerana penganut agama kristian di sini bukan lagi kategori ahli kitab kerana ianya bukanlah agama semenjak nenek moyang mereka lagi. Ianya hanyalah menjadi agama anutan dan ikutan sahaja.

Begitulah sedikit sebanyak ulasan saya. Agar boleh menjelaskan sedikit kekeliruan. Untuk lebih penjelasan tanyalah daripada yang berilmu.

Abd Razak said...

gm ni mmg megarut pn...sampai dh desperate sanggup dedah identiti...jgn bimbang TB...pengecut cam gm ni berani ckp dlm blog je...kalau nk berdebat confirm xberani punya...org atasan umno pn xmampu nk debat inikan plak taraf penampal poster cam gm ni...iniler yg umno cuba terapkan...nk terapkan Islam fahaman umno kt Malaysia...padahal xde dlm AL-Quran pn yg mengatakan Islam tu berdasarkan pd negara masing2....jahil tul gm ni....

Anonymous said...

Hai!
Tak takut dilarikan jin ke?

Grand Marquis said...

Kes di Malaysia ini tidak dibenarkan sama sekali kerana penganut agama kristian di sini bukan lagi kategori ahli kitab kerana ianya bukanlah agama semenjak nenek moyang mereka lagi. Ianya hanyalah menjadi agama anutan dan ikutan sahaja.

Kalau ikut pada jawapan Sebatang Kara, mereka bukan ahli kitab, bukan ahli agama samawi, oleh itu, layakkah mereka guna nama Allah dalam agama mereka?

Sebab itulah kita memerlukan kepada suatu ijtihad yang perlu diputuskan oleh mereka-mereka yang berkelayakan (i.e Majlis Fatwa Kebangsaan) dan bukannya dibahaskan para-para blogger yang kurang ilmunya ni.

Grand Marquis said...

Majlis Fatwa Kebangsaan sudah lama mengeluarkan pendirian mereka. Tapi adakah orang Islam di Malaysia ni peduli?

Anonymous said...

Church in Johor splashed with red paintJan 14, 10 1:05PMBREAKING NEWS The number of places of worship attacked by unknown persons has now risen to 11 with this latest incident affecting a Catholic church in Kota Tinggi.

NEWS Herald lawyer's office broken into, laptop missingHafiz Yatim | Jan 14, 10 11:00AM BREAKING NEWS updated 12.29pm The Petaling Jaya office of lawyer Derek Fernandez was broken into this morning.
source :malaysiakinjii

Anonymous said...

grand moron oh grand mairendi moron..lu chudah pigi cek lu punya dna kaah?lu ada genetic disorder kah..?

Anonymous said...

Grand Marquis said...

Majlis Fatwa Kebangsaan sudah lama mengeluarkan pendirian mereka. Tapi adakah orang Islam di Malaysia ni peduli?

January 14, 2010 1:05 PM

Thank the Lord for 2nd time,vast majority buat dunno..why? becos vast majoriti ada iq lebih..

Anonymous said...

"They live according to another idea of self than the reality,deluded,attached,expressing a falsehood,-as if by an enchantment they see the false as the true"
Maitrayani Upanishad

Tak paham Kalimmah Allah punya pasai..11 girija chudah diattack oleh puak neanderthal..wat will appen 2 dis country if we start dikusiing about the transcendental aspect of ALLAH?Krakatoa bro..krakatoa!!

Tulang Besi said...

TB nak tak di Malaysia ni, orang Islam boleh kawin dengan perempuan kristian tanpa perempuan kristian itu convert jadi Muslim.
.

Jawapan saya adalah, adakah perkara itu haram?

LAgipun, perkahwinan dengan Ahli Kitab ni TIDAK DIGALAKKAN oleh Islam walaupun DIHALALKAN.

Tulang Besi said...

Tersasul lagi si GM ni ye. Dia adalah Faizal, dan dia adalah Sebatang Kara

Kalau ikut pada jawapan Sebatang Kara, mereka bukan ahli kitab, bukan ahli agama samawi, oleh itu, layakkah mereka guna nama Allah dalam agama mereka?

Tulang Besi said...

January 14, 2010 12:44 PM
Delete
Anonymous Sebatang kara said...

Grand Marquis said...
Kes di Malaysia ini tidak dibenarkan sama sekali kerana penganut agama kristian di sini bukan lagi kategori ahli kitab kerana ianya bukanlah agama semenjak nenek moyang mereka lagi. Ianya hanyalah menjadi agama anutan dan ikutan sahaja.
.

Sdr Sebatang Kara/GM/Faizal,

Boleh bagitau siapa dia Ahlul Kitab? Dan kenapa pula Kristian di Malaysia bukan Ahlul Kitab manakala Arab Mesir keturunan Qibti tu Ahli KItab?

Bangsa Mesir ni bukan bangsa Arab sewaktu zaman Nabi SAW. Mereka hanya ambil bahasa Arab kira2 400 tahun lepas Nabi wafat.

Soalan kedua, ahli kitab ni ikut bangsa ke ikut agama?

Anonymous said...

GM adakah islam mesir dan islam malaysia berbeza kepada Allah yang maha Esa dan tolong tunjukan dalam koran yang mengatakan its allright for muslim man in egypt to marry christian woman but not for malaysian muslim.

Tulang Besi said...

Grand Marquis/Faisal/Sebatang kara,

Si Saiful tu bohong hidup2. Kao buleh percaya cakap pembohong tu?

Nizam Mahmud said...

Sahabat Kiri,

Pakai la satu nick saja. Taktik tukar-tukar nick nie taktik lama dah.

Dah la tak berani letak nama sebenar, nick pun main tukar-tukar.

Homework sekolah dah buat?

Hehehehe. Geli hati aku tengok engkau nie.

Sebatang kara said...

Saudara TB,

Saya nak jelaskan di sini bahawa saya bukannya GM ataupun Faizal seperti yang TB cakapkan. Demi Allah S.W.T. Saya hanya cuba sampaikan apa yang telah disampaikan oleh mereka yang jauh lebih berilmu dari saya.

Soal ahli kitab seperti yang saudara tanyakan, setakat yang saya dengar itulah yang saya boleh ceritakan. Untuk lebih lanjut, saudara carilah alim ulama yang lebih berpengetahuan untuk menjawabnya.

Anonymous said...

Gempar – Skandal UMNO – Klik sini Assalamualaikum sdra TB,musuh terang & nyata kita tahu UMNO/BN, tapi musuh dalam selimut lagi bahaya seperti yg tuan n3kan. Bukan kerja kita mengadu domba seperti anom2 kat atas kata. Saya pun dah lama tak ambil pot tentang Tim. Mursidul Am ni( macam mana ye dia bolih jadi TMA?)Yang saya tau kerja TMA ni dari dulu asyik tangkap/halau Jin konon( kat KLCC konon 1 bas tapi banyak lagi ruang yg tak bolih dipakai-cuba tanya org petronas).Ini saya dapat tahu sendiri dari beberapa org korporat,masa cerita Perlis tu Mamakkutty telah arahkan satu korporat bawa TMA masuk hutan memburu & beliau telah dihilangkan @ 1 minggu.Korporat ni juga sponsor kereka Merc S class(dulu) siap dgn driver. Isteri dia pun tudung nampak jambul(masa tu,skrg tak tahu lah).bukan kereta rumah pun dapat(korner lot kat Lembah Pantai).Sapa yg ada cara cuba chek.Jadi saya tak heran pasal cerita Ahmad Awang tu.Wassalamualaikum

Anonymous said...

Sahabat Kanan

Di mana penulisan beliau berkenaan dengan isu ini? Setakat yang kita dapat hanyalah laporan dari pihak Kedutaan Malaysia di Mesir yang terkenal KE UMNO an nya.

kau ada bg ke tulisan yg Yusuf Qardhawi kata boleh pakai kalimah Allah ni?

Saya yakin, Naib Sheikh Azhar ni cakap lain, tapi yang dilapor lain.

Yakin mcm kau yakin riwayatyg Umar setuju Kristian Syam tak boleh pakai pakaian mcm org Islam, tak boleh ajar Quran kpd anak2, tak boleh sebar/tunjuk agama diorg, tak boleh mcm2 lagi tu?

Mereka2 ni semua ulama ke?

Kalau Haramsani tu kau kata ulama, alamat Lan Pet Pet pun kita kena panggil ulama jugak.

So, ulamak kau tu siapa?Uthman El Muhammadi pun bukan ulamak ikut engkau, Naquib Al Attas pun kau tolak2 mentah, harussani kau maki..ulamak kau tu Khalid Samad, Zulkefly Ahmad?

Tgk dia panggil Harussani seorg Mufti sebagai Haramsani?

Aduhai, ubahlah perangai tu Tulang besi.

Saya diberitahu ada ulama-ulama Azhar yang berkahwin dengan perempuan Kristian tanpa isteri mereka masuk Islam. Adakah tindakan ulama-ulama Azhar itu salah? Boleh tolong jawab tak GM?

Hear say-hear say mcm ni tak boleh jadi hujjah.

Aku nak nama ulamak tu?

Oo..lepas ni kempen kawin dgn perempuan kristian pulak le ye..

Sahabat Kiri,

Pakai la satu nick saja. Taktik tukar-tukar nick nie taktik lama dah.

Dah la tak berani letak nama sebenar, nick pun main tukar-tukar.

Homework sekolah dah buat?

Hehehehe. Geli hati aku tengok engkau nie.

Sahabatkanan bukan grand marquis harap maklum eh..

Sebatang kara said...

TB kata,

Saya diberitahu ada ulama-ulama Azhar yang berkahwin dengan perempuan Kristian tanpa isteri mereka masuk Islam. Adakah tindakan ulama-ulama Azhar itu salah? Boleh tolong jawab tak GM?

Tak silap saya dulu Ulama' Agung UMNO iaitu Astora Jabat pernah mengaku dalam penulisannya bahawa beliau mengahwini perempuan ahli kitab.

Di sini saya ingin tegaskan, Demi Allah saya bukannya GM, Faizal ataupun mana-mana anon.

Tulang Besi said...

Wakil al-Azhar @ Naib Syeikh al-Azhar Syeikh Abdul Fattah 'Allam tindakan kerajaan malaysia tepat.Perkara ini sebenarnya telah dibawa ke pengetahuan Syeikh al-Azhar oleh Duta Malaysia ke Mesir.

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BAGI AGAMA LAIN MENURUT WAKIL AL-AZHAR
.

Adakah ini juga salah satu fatwa berbayar seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily?

Mewakili cendekiawan dari Universiti al-Azhar, Sheikh Muhammad Sayyid Thanthowi berfatwa, tindakan kerajaaan Mesir tersebut merupakan sesuatu yang diharuskan, sah dan halal mengikut syarak.
Muhammad yang dikenali sebagai Sheikhul Azhar berfatwa, setiap negara berhak melakukan apa sahaja demi memastikan wilayah kekuasaannya dijamin keamanan, termasuk membina benteng dari wilayah perbatasan Mesir-Gaza.
Ekoran itu, fatwa Muhammad disifatkan sebagai ‘fatwa berbayar’ dan ‘sama sekali bukanlah fatwa yang berlandaskan kemuliaan bagi mereka yang memiliki hati, nurani dan pendengaran’ oleh cendekiawan muslim Palestin.

Sebatang kara said...

Salam,

Saya melihatkan banyak hujah-hujah yang merujukkan perkara-perkara kepada ulama' Al-Azhar. Sedar atau tidak banyak fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulama-ulama Al-Azhar semenjak dua menjak ini banyak menjadi kontroversi dan menjadi kritikan di pihak lain. Sheikh Al-Azhar sendiri pun tidak lepas daripada banyak kontroversi dan terbaru beliau bersama semeja dengan pemimpin haram yahudi Israel di satu majlis. Kenapa ini berlaku, ianya kerana Al-Azhar sudah tidak bebas seperti dulu di mana ianya telah dikuasai oleh kerajaan mesir yang mana mengamalkan sekular totok.

Dan terbaru adalah seperti berikut:

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24235:tembok-gaza-cendekiawan-al-azhar-palestin-perang-fatwa&catid=1:utama&Itemid=50

Anonymous said...

Adakah ini juga salah satu fatwa berbayar seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily?

Boleh percaya ke Harakah?

Aku pakai sumber harakah bila rujuk kenyataan pemimpin PAS sahaja.

Ekoran itu, fatwa Muhammad disifatkan sebagai ‘fatwa berbayar’ dan ‘sama sekali bukanlah fatwa yang berlandaskan kemuliaan bagi mereka yang memiliki hati, nurani dan pendengaran’ oleh cendekiawan muslim Palestin.

nasib baik le Syeikh Azhar tak baca melayu..ada nak kena saman ni.

Blower said...

Salam,

Harap saudara Tulang Besi dapat kemuka gambar tentang kehadiran Dato Harun Din bersama 30 NGO terbabit kerana saya dapat makluman dari anak murid beliau, beliau berada dalam IJN untuk 'minor operation' pada ketika itu.

Dikhuatiri saudara tersilap nampak Hassan Din sebagai Haron Din. Harap maklum.

Tulang Besi said...

Turut berucap di forum itu ialah timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Harun Din, felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohd Asham Ahmad, dan juga setiausaha agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Ang Wan Seng..

Tulang Besi said...

Setakat yang ada sekarang ni, Dr Harun Din tidak pernah menafikan laporan berita ini.

Sebatang kara said...

TB kata

Secara pribadi, saya melihatkan Dr Harun Din sebagai liability dalam PAS dan lebih elok kiranya Dr Harun Din duduk di luar PAS dan hanya menjadi pendakwah bebas yang menyokong PAS.

Nasib baik Dr Harun Din dalam PAS, kalu luar PAS, lagi teruk kena belasah ngan TB.

Tulang Besi said...

Minggu lepas saya ada mendengar ceramah agama dari seorang Ustaz dekat ngan umah saya. Persoalan berkahwin dengan ahli kitab dibangkitkan. Beliau memberi maksud ahli kitab di sini adalah di mana nenek moyang mereka adalah yang sememangnya berasal daripada pengikut kitab yang asal seperti injil dan juga taurat. Jika di mesir dan juga negara-negara arab yang lain tiada masalah sebab sememangnya keluarga mereka semenjak nenek moyang lagi penganut agama samawi (sebelum diselewengkan)
.

Saya minta maaf tapi ustaz tu tersilap. Tidak mungkin ada golongan yang keturunan mereka mengikut agama SAmawi seperti yang dikatakan oleh ustaz itu.
Pengikut Nabi Isa adalah kaum Yahudi dan hanya orang Yahudi sahaja yang dibenarkan mengikut syariat Nabi Isa. Lain dari bangsa Yahudi tak boleh ikut syariat Nabi Isa.

Arab2 Kristian di zaman Nabi adalah Ahli Kitab padahal mereka adalah bangsa Arab bukan Yahudi. Kalau ikut ckp ustaz tu, Kristian2 Arab di zaman Nabi itu bukan Ahli Kitab.

Bagaimana pula dengan kaum Mekah dan Madinah? Mereka juga ikut agama Samawi sebab mereka ikut syariat Nabi Ibrahim AS. Betul tak?

Tulang Besi said...

January 14, 2010 4:03 PM
Delete
Anonymous Blower said...

Salam,

Harap saudara Tulang Besi dapat kemuka gambar tentang kehadiran Dato Harun Din bersama 30 NGO terbabit kerana saya dapat makluman dari anak murid beliau, beliau berada dalam IJN untuk 'minor operation' pada ketika itu.

Dikhuatiri saudara tersilap nampak Hassan Din sebagai Haron Din. Harap maklum.

January 14, 2010 4:14 PM
.

BLower,

Gambar takda sebab tertutup, tapi surat jemputan pada media ada tertulis yang dijemput adalah Dato Harun Din, bukan Hasan Din al Hafiz.

Sebatang kara said...

TB kata

Arab2 Kristian di zaman Nabi adalah Ahli Kitab padahal mereka adalah bangsa Arab bukan Yahudi. Kalau ikut ckp ustaz tu, Kristian2 Arab di zaman Nabi itu bukan Ahli Kitab.

Bagaimana pula dengan kaum Mekah dan Madinah? Mereka juga ikut agama Samawi sebab mereka ikut syariat Nabi Ibrahim AS. Betul tak?

Mungkin TB betul jika TB boleh jawab dua persoalan ini.

Pertama : Tak pernah pula saya dengar mengatakan bahawa syariat nabi Isa khas hanya untuk bangsa Yahudi sahaja. Jika teori yang sama digunakan, maknanya Agama Islam hanyalah untuk bangsa arab sahaja. Teori inilah yang menyebabkan bangsa yahudi menjadi sesat kerana mereka beranggapkan bahawa setiap nabi yang diturunkan khas untuk bangsa yahudi sahaja. Sebab itulah mereka enggan mengakui kerasulan nabi Muhammad kerana nabi Muhammad bukan dari kalangan bangsa yahudi. Sebab itu jugalah bangsa yahudi mengasingkan diri dari agama kristian kerana mereka enggan berkongsi ajaran nabi Isa dengan bangsa lain.

Kedua : Bagaimana dengan Waraqah bin Naufal. Beliau adalah bapa saudara Siti Khadijah iaitu Isteri Nabi yang begitu disayangi. Mengikut apa yang telah saya pelajari daripada guru saya beliau adalah antara manusia yang telah dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T walaupun tidak menganut Islam kerana beliau juga telah memperakui Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebatang kara said...

Maaf, tambah sikit. Warqah bin Naufal adalah beragama Nasara.

Sebatang kara said...

Maaf, tambah sikit lagi. Adakah Waraqah bin Naufal ini berbangsa Yahudi.

Tulang Besi said...

Pertama : Tak pernah pula saya dengar mengatakan bahawa syariat nabi Isa khas hanya untuk bangsa Yahudi sahaja. Jika teori yang sama digunakan, maknanya Agama Islam hanyalah untuk bangsa arab sahaja. Teori inilah yang menyebabkan bangsa yahudi menjadi sesat kerana mereka beranggapkan bahawa setiap nabi yang diturunkan khas untuk bangsa yahudi sahaja..

Sebenarnya ini bukan teori, ni adalah perkara pertama yang diaajar masa kita ngaji pasal Nabi2. Mungkin kau lupa kot?

Tulang Besi said...

Kedua : Bagaimana dengan Waraqah bin Naufal. Beliau adalah bapa saudara Siti Khadijah iaitu Isteri Nabi yang begitu disayangi. Mengikut apa yang telah saya pelajari daripada guru saya beliau adalah antara manusia yang telah dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T walaupun tidak menganut Islam kerana beliau juga telah memperakui Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.
.

Dia kan Nasrani berbangsa Arab? Apa masaalahnya?

Tulang Besi said...

BLower,

Maklumat dari IJN saya dapat, Dr Harun Din cuma datang ke IJN dalam minggu ini untuk outpatient treatment, tak masuk wad pun.

Beliau mungkin dimasukkan wad pada 23 January 2010.

Ertinya maklumat tu tak betul

Sebatang kara said...

Saudara TB,

Secara jujur, saya tak pernah belajar atau mendengar sebarang ajaran mengatakan bahawa sebarang kitab atau ajaran yang yang diturunkan oleh Allah S.W.T spesifik hanya untuk bangsa-bangsa tertentu sahaja. Cuma yang saya pernah belajar bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling disayangi Allah S.W.T kerana ketinggian akal mereka dan juga bangsa yang dilaknat kerana mereka juga penyeleweng besar ajaran-ajaran yang dibawa nabi terdahulu.

Kedua : Bagaimana dengan Waraqah bin Naufal. Beliau adalah bapa saudara Siti Khadijah iaitu Isteri Nabi yang begitu disayangi. Mengikut apa yang telah saya pelajari daripada guru saya beliau adalah antara manusia yang telah dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T walaupun tidak menganut Islam kerana beliau juga telah memperakui Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W..

Dia kan Nasrani berbangsa Arab? Apa masaalahnya?

Jadi adakah beliau bukan kalangan ahlul kitab.

Tulang Besi said...

Islamic tradition holds that God sent messengers to every nation. Muslims believe that God sent only Muhammad to convey the divine message to the whole world, whereas he sent other messengers (rusul) to convey their messages to a specific group of people or to an individual nation.

Anonymous said...

Tulang besi kata :
"Gambar takda sebab tertutup, tapi surat jemputan pada media ada tertulis yang dijemput adalah Dato Harun Din, bukan Hasan Din al Hafiz."

itu nama dia dalam surat jemputan... tetapi adakah beliau pergi...?? ada sesiapa nampak dia...?? ko kena pastikan betul betul dahulu baru boleh tulis dia pergi... kalau tak ianya menjadi fitnah...

Sebatang kara said...

TB said

Islamic tradition holds that God sent messengers to every nation. Muslims believe that God sent only Muhammad to convey the divine message to the whole world, whereas he sent other messengers (rusul) to convey their messages to a specific group of people or to an individual nation.

Mungkin juga ada kebenaran kata-kata TB nih. Tetapi Kita sekarang bukan setakat membicarakan bab Nabi sahaja tetapi melibatkan penyampaian Kitab yang mana hanya empat kitab sahaja pernah diturunkan. Rukun imam yang ke-3 juga (ada yang berpendapat rukun imam ke-4) adalah percaya kepada kitab. Kenapa tidak dinyatakan percaya kepada al-Quran. Di sini kita telah diajar untuk memperakui bahawa kitab-kitab yang pernah diturunkan sebelum al-quran. Turunnya al-Quran ini membatalkan kitab-kitab terdahulu dan juga kita diajar turunnya satu-satu kitab maka terbatallah kitab yang sebelumnya.

Juga satu persoalan. Adakah ajaran nabi Musa yang membawa kitab taurat untuk bangsa yahudi sahaja. Jika ya untuk bangsa yahudi, kenapa Nabi Musa pergi berdakwah kepada Firaun sekali. Adakah Firaun juga bangsa yahudi.

Anonymous said...

bandingkan apa yg tulang besi tulis di posting/comment di sini dengan :

http://www.malaysiawaves.com/2010/01/awasi-perangkap-umno-dalam-isu.html
Walaubagaimanapun, Tulang Besi merasakan di Malaysia, tidak seharusnya perkataan Allah digunakan oleh bukan Islam tetapi bukan atas dasar agama. Lebih kepada atas dasar budaya dan cara hidup. Ditakuti membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam akan menaikkan sensitiviti kaum serta dieksploitasi oleh pihak2 seperti UMNO.

Anonymous said...

"Menurut tokoh Kristian dari Sabah itu, tindakan tersebut perlu, memandangkan perkembangan isu berkenaan semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar dan turut menerima ugutan.

Webley yang juga Naib Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Malaysia mengakui, tindakan akhbar itu sememangnya mempunyai motif untuk menarik penganut Islam kepada Kristian.

"Saya difahamkan oleh rakan-rakan dari Kuala Lumpur, tindakan akhbar itu adalah untuk menguji orang Melayu dan Islam, dengan menyatakan 'kita' menyembah tuhan yang sama iaitu Allah," katanya.

Menurutnya, perbuatan tersebut akan mengelirukan umat Islam kerana Allah bagi penganut Islam dan Kristian adalah berbeza mengikut kepercayaan masing-masing.

"Ini tidak baik, kenapa perlu menarik orang yang sudah beragama, sepatutnya kita (Kristian) menarik orang yang masih tiada agama seperti Orang Asli di Semenanjung atau Bumiputera di Sabah atau Sarawak," katanya."

1.Puak kristian sendiri tahu maksud tersembunyi puak kristian pakiam ni!!!!!Apatah lagi Harun din dan berjuta umat islam malaysia ni!Hang saja yang belit sana,belit sini!Pusing sana!Pusing sini!
2.Nak tarik undi puak kristian sabah dan sarawakpun!kenala cari isu yang berkaitan depa nooooo!!!
3.Yang pi nasihat nik aziz sughuh menantunya letak jawatan sapa!!!TB,TP dan aduka taruna kot!!!
4.Hanya tokoh yang berwibawa saja yang berjaya merungkaikan keegoaan nik aziz dalam isu ariffahmi!!!Salah seorangnya harun din no!!!
5.Hairanla jugak!!Walaupun tak wala
,majoriti puak pas sokong karun dinla pulakkkkkk!!!!
6.Kalau kes politik perlis,pila tanya oghang perlis!jangan dok tanya TB!!!Belit dan pusing fakta jee!!!!
7.Harun din,pejuang islam tulen!Tak takut dengan gertakan puak kapiaq harbi dan acahan puak kristian pakiam!!
8.dia sentiasa "menggigit" perjuangan asal Pas!!!!
9.Hang!!!!tula yang dok kena cucuk dengan puak kristian pakiam dan puak kapiaq harbiii!!!ilmu agama dangkai!!!!
10.SAPA SEBENAQNYA BOSS DAN TOK GUGHU HANG NI!!!!HAIGHAN JUGAK AKU NI!!!!!mACAM BUKAN DARI PUAK PAS PUN!!!!!!

Anonymous said...

//Mungkin juga ada kebenaran kata-kata TB nih//

what f*kin "mugkin" u r talkin about?The Quran has declared that Allah has sent 124,000 prophet to every nook and corner of our beloved mother earth..lu orang keluar dari uni sintok kah?It's just goes to show,islam(like buddhism, hindusim) is and never was a religion..the vedic seers were right when the guarded their discoveries about the infinite..they knew that the truth aboutt the divine,supreme,the infinite is too much for man..but,the supreme is compsssionate,and so too were Siddhartha Gautama,Krishna,Prophet Muhammad,Jesus Christ..and it's hight time we honour the prophets by making a serius effort to discover the inner truths abou the ONE SUPREME REALTY EXPRESSED in sanskrit,pali,arabic,english,french,swahili etc etc..

Anonymous said...

//Juga satu persoalan. Adakah ajaran nabi Musa yang membawa kitab taurat untuk bangsa yahudi sahaja. Jika ya untuk bangsa yahudi, kenapa Nabi Musa pergi berdakwah kepada Firaun sekali. Adakah Firaun juga bangsa yahudi.//

U ni gagal UPSR kot?Lu tak tau kah,sesuatau ajaran bermula dgn satu bangsa dulu..lepas tu ajaran tu sprebersebar melepasi bangsa ,negara..and good thing taurat is limitred to only jews..u fellas have no idea about torah/talmud and whom the call..

zakwan said...

I hope u'r not spreading lies,TB
If this is true,Haron Din sure disappoints

Haron Din needs 2 come clean n publicly denied these facts concerning him by TB
Until then,guilty as hell

Anonymous said...

Harun Din memang raskol,bro

Anonymous said...

Esh esh.....dasyatnya kau ni TB dlm misi kau utk melaga2 pemimpin PAS dgn rakyat yg amat dahagkan kepemimpinan ulamak kat Msia ni.
Kite ore Isle ni digalakan berbeza pendapat. Asal jgn berpecah belah. Tu aje. Tapi puak2 dlm Ampuno kau tu, lain cerite. Pecah dan perintah. Tu agama Isle tak galak. Esh esh.... masakan pulak Ustz Haron Din tu sebodoh yg kau fikir? Mcm yg kau cakap sendiri dlm tulisan kau tu - kalau pemimpin PAS taksub dgn ulamak mereka, masa kan Ustz Haron Din berani nak cakap terang2 nak lanyak pemimpin mereka depan orang ramai?
Tandanya parti PAS tu demokratik lah Ustz Haron Din berani mengatakan yg benar hatta pahit sekali pun. Tak mcm pengikut2 Ampuno tu yg taksub dengan pemimpin sehingga perkara rasuah membabitkan pemimpin tertinggi dlm parti pun semua diam. Tak berani tampil utk mengatakan yg benar. Duit negara berbillion dah habis kena kebas pun nak diam juga! Tak berani nak bersuara.
Hah.... kalau Ustz Haron Din tu cakap sikit dah mula lah tuduh dia dgn perkara yg bukan2.
Apa punye anak setan lah kau ni TB?
Harus ingat TB, ulamak2 dlm PAS tu kebanyakannya ada authority nak cakap bab agama, cuma yg ulamak suk dlm Ampuno tu yg perlu tampil ke hadapan berhujah utk menegur pemimpin kerajaan yg rasuah dan tidak bermaruah.
Kenapa 'so-called' ulamaks dlm Ampuno tak tegur pun duit rakyat disalah guna sewenang2nya demi utk memenuhi tuntutan hawa nafsu mereka (pemimpin kerajaan) yg haprak tu?
Kenapa semua diam bila ada pemimpin kerajaan yg melakukan perbuatan yg tak senonoh?
Nak tahu kenapa? Jgn bodoh lah atau pura2 tak tahu!
Kerana takut hilang jawatan lah. Takut periuk nasi tak berasap! Tu lah ulamak suk! Ulamak kaki ampu.
Tak lah mcmUstz Haron Din kite tu. Dia gentleman. Kalau dia nak cakap sesuatu, perlu ada asas tau tak? Bukan mcm kau TB, asyik nak melaga2kan sesama orang Isle kat Msia ni.
He he .... insah lah. Cari aje kerja lain yg bermanfaat. Jual berger ke! Walaupun tak banyak hasil, tapi pendapatan halal, tau!
Pikir2 lah ye.

Anonymous said...

TB! Jangan sampai mencela ulama'.

Biarkan ulama' berbeza pendapat kerana ini adalah hal agama. Ulama' tak patut dikongkong dari memberi pendapat agama mereka dengan bebas, hatta oleh parti sendiri atau oleh blogger-blogger yang rasa diri mereka lebih berilmu.

Kalau TB mendengar hujjah Dr. Harun Din, pun ada dalil dan huraiannya. Lajnah politik PAS pun ada hujjahnya. Biarkan mereka berbincang, berdebat dengan pendapat masing-masing. Apa TB lebih hebat? Sijil usuluddin UM TB lebih hebat dari PHD al-Azhar?

Anonymous said...

Harun Din don't need to do anything regarding the TB list.

TB was known to quote hearsays and accused others based on what he picked here and there.

His philosophy is hearsays are the truth until you deny.

MALAYSIABARU said...

MALAYSIABARU.COM said,

TAHNIAH TB DENGAN ARTIKEL CUKUP MERANGSANGKAN MINDA...

TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMANJANGKAN ISU INI DARI TULISAN ANA DI MALAYSIA BARU DAN KOMEN ANA TENTANG harun jin DI MALAYSIAWAVES TEMPOHARI.

MARI BERDOA harun jin JADI MANUSIA BALIK..DAN MINTA DIA AMBIK BALIK JIN YANG DIA BAGI KAT TUN M DULU UNTUK MEMBOLEHKAN TUN M JADI KEBAL.

tahniah tb,

ALLAHUWALAM

Blower said...

Salam TB,

TQ, saya akan cuba dpt maklumbalas lanjut tentang IJN tu.

Anonymous said...

dari apa yg aku baca. sori la.. pada aku TB punya hujah mengarut dan menyesatkan... TB mencela menghina ulama... bawak ngucap bang...

Anonymous said...

uhmmno 1 mysia 1 israel .....

Anonymous said...

uhmmno 1 mysia 1 israel .....

Anonymous said...

I’ve recently started a blog, the information you provide on this site has helped me tremendously. Thank you for all of your time & work.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.