Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 21, 2010

YBK Selangor: Tanah Dan Peruntukan tu Bukan Bapak Zainal Sakom Punya

Galak betul UMNO mempertahankan YBK. Kononnya YBK berada di bawah Pendaftar Pertubuhan dan bukannya bawah Kerajaan Negeri. Maka, kerajaan Negeri tak ada hak untuk meminta laporan audit dari Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor.

Yang jelasnya, YBK telah mendapat tanah yang luas di Serendah dan tanah itu adalah milik rakyat. Yakni, tanah seluas 190 hektar di Serendah yang YBK bercadang membina kampus UiTm.

Tanah yang didapati oleh YBK itu adalah tanah milik rakyat Selangor. Makanya wakil kepada rakyat Selangor (yakni Kerajaan Selangor) mempunyai hak untuk bersuara di dalam apa jua keputusan berkaitan dengan tanah tersebut.


Tuntutan awal Kerajaan Negeri hanyalah mahu melihat laporan audit YBK pun tidak dapat dipenuhi oleh YBK. Nik Nazmi dilaporkan berkata:

“Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata berdasarkan pemantauan kerajaan negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit mengenai perjalanan kewangan dan urusan pentadbiran sepanjang lima tahun lepas.

"YBK juga tidak ada sebarang laporan tentang bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata bagi tujuan itu kerajaan Selangor bersedia memberikan peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.”


Perlu kita ingatkan tanah dan peruntukan yang diberikan kepada YBK itu bukan Bapak Zainol Sakom yang punya. Ia milik RAKYAT NEGERI SELANGOR dan makanya SELURUH RAKYAT SELANGOR mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana wang tersebut dibelanjakan.

Inilah dia mentality UMNO. UMNO ingat semua kekayaan dalam negara kita ini milik MAK BAPAK MEREKA. Padahal mereka lupa semua harta tersebut adalah milik RAKYAT dan MILIK ALLAH SWT.

Saya sokong sangat Tan Sri Khalid dilantik sebagai Pengerusi Kampus UiTM. Kalau boleh jangan beri YBK ni laksanakan projek di Serendah selagi laporan audit yang bebas tidak diberikan kepada MB dan dibentangkan di DUN Selangor.

Lebih elok, panggil anak Pak Sakom ni ke SELCAT dan kita tengok sendiri bagaimana anak Pak Sakom ni jawab soalan2 berkenaan dengan duit rakyat dan tanah rakyat yang diberikan kepada YBK.

Saya, Tulang Besi, sebagai anak kelahiran Selangor meminta Kerajaan Negeri Selangor supaya jangan bersikap lembut dengan YBK dan Anak Pak Sakom dalam isu ini. SAya mahu setiap sen yang dibelanjakan oleh YBK diperkirakan dan dipertangunggjawabkan. Saya mahu setiap inci tanah serta setiap sen peruntukan yang diberi kepada YBK diperkirakan dan diaudit serta didedahkan kepada pengetahuan umum.

Tulang Besi

ps Eh, bukan anak Pak Sakom ni ke yang tolong Mike Tyson kahwin lari dulu? Itu cerita yang saya dengar la. Harap2 duit yang Mike Tyson kena tangkap kat Brisbane tu bukan duit YBK.


'YBK tidak pernah kemuka laporan audit'
Jan 13, 10 10:02am


Kerajaan Selangor meminta Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) negeri itu menyediakan laporan audit kewangan dan pentadbiran harta yang telah diberi kepada mereka bagi tujuan melaksanakan program membasmi kemiskinan.


Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata berdasarkan pemantauan kerajaan negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit mengenai perjalanan kewangan dan urusan pentadbiran sepanjang lima tahun lepas.

"YBK juga tidak ada sebarang laporan tentang bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata bagi tujuan itu kerajaan Selangor bersedia memberikan peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.

Katanya, kerajaan Selangor juga berharap semua NGO menyokong usaha itu bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang direncana memberi manfaat kepada golongan sasar tanpa mengira kaum.

Beliau berkata atas dasar itu jugalah majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 20 Oktober lepas memutuskan untuk melantik Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengerusi YBK, dan pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal
Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail sebagai anggota lembaga.

Akhbar sebelum ini melaporkan YBK Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan negeri itu mengenakan prasyarat untuk meluluskan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah milik yayasan itu di Serendah, Selangor.

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom dilaporkan berkata badan itu perlu membayar tunggakan cukai RM6 juta dengan segera jika enggan menerima Khalid sebagai pengerusinya, sekali gus merencatkan pembangunan kampus UiTM tersebut.

- Bernama



YBK: Melaka, NS tawar tapak kampus UiTM

Kerajaan negeri Melaka dan Negeri Sembilan, masing-masing menawarkan tapak baru kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor untuk membina kampus cawangan baru Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sebelum ini, YBK merancang untuk membina kampus UiTM di tanah miliknya di Serendah, Rawang. Ia bakal mengandungi tiga fakulti yang menawarkan pengajian peringkat ijazah dan sarjana dan mampu menampung kira-kira 5,000 pelajar.

Tawaran itu dibuat ekoran kemelut yang dihadapi YBK ekoran usaha kerajaan Selangor yang mahukan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.

Dilaporkan kerajaan negeri juga mahu tiga orang lantikan mereka memegang jawatan ahli pemegang amanah YBK, jika tidak, pembinaan kampus itu di Serendah akan dihentikan.

Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, tawaran tersebut telah pun dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Disember lalu.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan mengenai permohonan tersebut akan diumumkan pada bila-bila masa.

"Keputusannya terserah kepada budi bicara perdana menteri," katanya.

Mengulas mengenai tindakan kerajaan Selangor itu, Zainal Abidin berkata ia mempunyai unsur politik dan "proses pengambilan YBK sedang berjalan".

“Sedangkan YBK adalah sebuah yayasan NGO yang didaftarkan di bawah Ordinan Pemegang Amanah 1952 dan ia ditadbir oleh enam anggota lembaga pemegang amanah.

"Kalau (kerajaan Selangor) nak bekerjasama, kita tak ada masalah. (Dan) tak perlu buat syarat-syarat begini.

"YBK pada asasnya ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti membasmi kemiskinan tanpa mengira latar belakang politik. Kalau kerajaan negeri menguasai, (maka) hilanglah fungsinya sebagai NGO,” katanya.

YBK ditubuhkan oleh bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika negeri itu diperintah oleh BN.

Ia ditubuhkan 20 tahun lalu, bercadang membangunkan kawasan seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah, Rawang.

Tanah tersebut adalah milik YBK yang dianugerahkan kerajaan negeri terdahulu sekitar tahun 1995.

Pada 11 Januari lalu, sebuah NGO - Bersih Bangun Selagor (BEBAS) - telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Khalid berhubung projek kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pengerusi BEBAS, Mohd Abdul Raof Mokhtar dilaporkan berkata, kerajaan Selangor telah mengarahkan YBK melantik Khalid sebagai pengerusinya, kerana jika tidak, pembinaan kampus itu di sekeping tanah milik yayasan itu akan dihentikan.

Mohd Abdul Raof dilaporkan mendakwa ianya mengandungi unsur ugutan terhadap YBK dan meminta SPRM menyiasatnya.

38 comments:

Anonymous said...

Tulang besi,

Saya pun anak Selangor dan rumah saya betul-betul mengadap Asrama Kasih YBK Serendah.

Bangga saya saya melihat begitu ramai anak melayu miskin ditempatkan di asrama tersebut, menerima pendidikan disekolah berdekat, diberi makan, tempat tinggal, pengangkutan bas serba canggih, pendidikan agama, solat beramai-ramai, dapat beriadah dengan sempurna dan sebagainya. Kesemua ini perlukan sumber kewangan yang banyak dan sekarang baru kami tahu dari mana sumbernya, dari kerajaan UMNO terdahulu.

Jadi tuan-tuan sekalian, janganlah buruk sangka dan menghina Pengurusan YBK yang selama ini telah banyak berjasa.

Kalau tidak pasal projek UITM, kami rasa siapa pun tak pedulikan YBK.

Kalau sayalah, Tan Sri Khalid, saya tubuhkan YBK yang baru, namakan lah Yayasan Khalid, lantaklah dan masukkan dana dari kerajaan Pakatan sekarang sebanyak yang dia mahu.

Malu saya hendak merampas hasil usaha orang terdahulu dan tuduh pulak yang bukan-bukan.

Bukan Anjing said...

Abis tu YBK tu bapak kau punyer ke TB??

MB Selangor tu corruptedlah bro..Dah terang lagi bersuluh

Apa punya anjing kau ni TB

Anonymous said...

en besi,

lantak la beb, tanah tu pun bukannye mak bapak kau punye. kalau x betul, pg buat report. ape nk bising2. mcm negara ni x de undang2 lg kau org buat. abis semua org x betul kau kerja kn. pg duduk dlm utan lg baik. aku ingat org utan pun xnak terime kau.
wasalam

Tulang Besi said...

Kalau sayalah, Tan Sri Khalid, saya tubuhkan YBK yang baru, namakan lah Yayasan Khalid, lantaklah dan masukkan dana dari kerajaan Pakatan sekarang sebanyak yang dia mahu.

Malu saya hendak merampas hasil usaha orang terdahulu dan tuduh pulak yang bukan-b
.

Abih tu tanah dgn duit rakyat yang dah berlori bagi kat YBK tu takkan nak biar macam tu je? Sapa nak tanggungjawab tu?

Aku tak rela YBK dibiarkan macam tu je. Mesti YBK tu buat laporan kemana setiap sen duit yang diberi Kerajaan Selangor pada dia.

Tulang Besi said...

Jadi tuan-tuan sekalian, janganlah buruk sangka dan menghina Pengurusan YBK yang selama ini telah banyak berjasa.

Kalau tidak pasal projek UITM, kami rasa siapa pun tak pedulikan YBK.
.

Kalau betul banyak berjasa, kenapa takut nak bagi laporan audit? Berani kerana benar takut kerana salah.

Anonymous said...

Bangga saya saya melihat begitu ramai anak melayu miskin ditempatkan di asrama tersebut, menerima pendidikan disekolah berdekat, diberi makan, tempat tinggal, pengangkutan bas serba canggih, pendidikan agama, solat beramai-ramai, dapat beriadah dengan sempurna dan sebagainya. Kesemua ini perlukan sumber kewangan yang banyak dan sekarang baru kami tahu dari mana sumbernya, dari kerajaan UMNO terdahulu. .

Ni lah perangai orang UMNO, suka kena tipu. Yang dibagi tu singgit, yang dia sapu 9 ringgit. Lepas tu orang Melayu ni macam lembu, pujilah melangit penyamun-penyamun tu semua.

Tak heran ko ni pencacai UMNO

Anonymous said...

"Bila di lapangan terbang, pada masa itu kebetulan ramai pelajar nak ke Mesir, bila mereka Nampak Haji Husam masing-masing tak lepas peluang bersalam dengan Haji Husam tetapi sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan nak tunjuk pemurahnya pemimpin PAS, pelajar tersebut bukan bersalam dengan tangan kosong, Haji Husam selok poket bagi RM50 seorang, katanya buat makan atas kapal terbang."
-Topeng Perak.

Ni lah perangai orang UMNO, suka kena tipu. Yang dibagi tu singgit, yang dia sapu 9 ringgit. Lepas tu orang Melayu ni macam lembu, pujilah melangit penyamun-penyamun tu semua.

Tak heran ko ni pencacai UMNO

..alahai!alahai!kata kat oghang last sekali kena hidung puak sendiri!!!!

Anonymous said...

Tuan TB!
Kisah Darul anuar dikelantan macammana pulak!!Mulanya hak wakaf,derma rakyat kelantan !kemudian diswastakan pulak!!!Jadi hak anak nik azizla pulak!!!

Tinta Hitam said...

Aku setuju dgn TB ni.Byk sangat persatuan yg UMNO tubuhkan utk menghisap wang rakyat Selangor.Mereka buat mcm bapak depa punya duit.Walaupun pertubuhan tu UMNO punya tetapi mereka masih perlu menjawab semua persoalan yg timbul sebab pertubuahan tu pu bukan bapak sapa sapa punya.Jadi berilah laporan.Apa nak takut

Anonymous said...

..alahai!alahai!kata kat oghang last sekali kena hidung puak sendiri!!!!.
Aikk kao apa cghita ni? Kan tu Husam bagi duit bukan dia ambik duit. Kau ni sewel ke bengap?

Anonymous said...

Anonymous said...
Tuan TB!
Kisah Darul anuar dikelantan macammana pulak!!Mulanya hak wakaf,derma rakyat kelantan !kemudian diswastakan pulak!!!Jadi hak anak nik azizla pulak!!!
January 21, 2010 6:23 PM
.

Kisah tu fitnah UMNO.

Anonymous said...

Tuan TB,

Kau ni memang bacul dan blogger yang tak ber-etika. Kau punya reply semua nya berlandaskan dari sifat buruk sangka dan langsung tanpa fakta dan lebih kepada main sedap tulis saja.

Kan Zainal Saakom dah kata, bila-bila pun dia boleh bentangkan laporan audit terperinchi dan dah pun dibentangkan tapi tan sri khalid tak hadir pada sessi tersebut.

Sekarang ini, kalau aku zainal saakom, mampus aku tak kan kasi sebab lepas puas Khalid ibrahim kutuk dia, nak disuruh mengadap pulak. Sori lah, monyet pun ada maruah beb.

Kau tak tengok ke laporan kewangan dalam web site YBK. Akaun nya diaudit oleh syarikat akauntan bertauliah dan ada statutory declaration tentang kesahihan laporan tersebut.

Kalau nak lagi terperinci, kenalah minta baik-baik, bukan ludah orang dulu kemudian baru nak mintak.

Anonymous said...

anoy 6.31 yang tak bengap dan tak sewel!

Bangga saya saya melihat begitu ramai anak melayu miskin ditempatkan di asrama tersebut, menerima pendidikan disekolah berdekat, diberi makan, tempat tinggal, pengangkutan bas serba canggih, pendidikan agama, solat beramai-ramai, dapat beriadah dengan sempurna dan sebagainya. Kesemua ini perlukan sumber kewangan yang banyak dan sekarang baru kami tahu dari mana sumbernya, dari kerajaan UMNO terdahulu. .

Ni lah perangai orang UMNO, suka kena tipu. Yang dibagi tu singgit, yang dia sapu 9 ringgit. Lepas tu orang Melayu ni macam lembu, pujilah melangit penyamun-penyamun tu semua.

Tak heran ko ni pencacai UMNO

Anonymous said...

tulang besi...ngok
nei karektor bangang penyokong PR yang hati busuk lagi beracun...!

Rakyat marhen jgn terpengaruh dengan orang yang berfikiran perosakpenuh dengan virus dengki dan dendam...

Anonymous said...

Anonymous said...
Tuan TB!
Kisah Darul anuar dikelantan macammana pulak!!Mulanya hak wakaf,derma rakyat kelantan !kemudian diswastakan pulak!!!Jadi hak anak nik azizla pulak!!!
January 21, 2010 6:23 PM.

Kisah tu fitnah UMNO.

..alahai Tuan TB..
kickdefella pun puak umno juga ka!!!!!!!

Anonymous said...

"Yang baik dan betul semuanya dengan Pakatan sementara yang buruk dan jahat semuanya dengan UMNO/BN".

Tuan TB,

Dengan geng-geng kau boleh lah kau kelentong tapi dengan orang ramai sori lah, mereka dah tak percaya. Pengawai kerajaan yang rasuah tak semestinya orang UMNO, kau taruk lah duit RM 1000 kat meja pak lebai PAS pun, kalau orang tak nampak di kebas juga. Ini semua bergantung pada iman diri sendiri bukan pada pakaian dan kopiah.

Terror sangat lah orang PKR, sampai kawasan MB sendiri teknically patut di bubar kerana semua ajk yang dilantik oleh ahli letak jawatan. Mereka dah tak percaya dengan kelentong PKR/PAS dan DAP.

Mana pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia beb, sungguh menjijikan...patut dia letak jawatan. Apa punya orang Pakatan, betul tak ada maruah....

Anonymous said...

sejak bila pulak zainal sakom kata dia nak bentang laporan audit ke MB ni? buleh bagi tak rujukannya?

Anonymous said...

Bacalah Utusan 0nline 15/1/2020. Tahun lepas Dato Zainal Saakon ada membentangkan laporan audit pada exco-exco kerajaan Selangor tapi Tan Sri Khalid tak hadir.

Aku rasa Khalid ni dah nyanyuk kot. Mungkin bila terkenang saja macam mana nak bayar hutang penbelian Guthrie, tiba-tiba kena 'parkinson' atau buat-buat lupa...

Anonymous said...

sori, typo error "15/1/2010 bukan 15/1/2020....

Anak Perelih said...

apa yg nak di takutkan bila MB jadi pengerusinya... kalau UMNO perintah Selangor balik... pengerusinya tu MB dari UMNO lah... lain le Zainal Sakom ni konfiden UMNO takkan menang Selangor kembali.... sekurang kurang MB jadi pengerusi, boleh dapat peruntukan lebih...

Deramae Lleh said...

Melayu dalam gerombolan UMNO akan terus diperbodohkan,diputar belitkan,kerana hati mereka hitam legam dek makan duit haram..yang pasti Melayu UMNO inilah perosak bangsa melayu keseluruhannya..apa tidaknya mandaliar pembelit seperti dr Mahazir tu pun diangkat jadi pemimpin..ptuuuiiih.!!!

Tulang Besi said...

Cuba baca report yang dia kata dia bentang di sini

Repot kewangan YBK yang Zainal SAkom bentang tu:

a. Tak sebut langsung pasal tanah Serendah

b. Tak sebut pasal kesemua duit yang diberikan oleh kerajaan negeri.

c. Tak sebut semua aset yang diberikan kepada YBK.

Sebab tu Kerajaan Negeri nakkan audit dilakukan ke atas YBK supaya kesemua pemberian kerajaan negeri masuk dalam report.

Itu yang Zainal SAkom tak nak bagi.

Anonymous said...

Ramai kaki-kaki UMNO semua ni buta mata ke atau buta huruf...langsung tak erti apa yg TB cuba sampaikan.

dah bertahun-tahun YBK tak buat laporan audit, boleh ke macam ni ??

YBK bukan bapa zainal sakom atau UMNO punya tahu !!!

Anonymous said...

Tuan TB,

Ini bukan aku punya hal, tapi saja nak jawab untuk kebenaran.

Dalam akaun balance sheet 2008, kan ada disebut harta tetap bernilai RM 12.3 juta. Kau tahu tak, tanah yang diberi kerajaan BN dulu tu kat hutan dan berbukit-bukit. Value nya tak sampai sampai pun RM3 atau 4 juta. Yang disebut RM 300 juta, kalau jadi UITM bina kampus berharga yang berharga RM 300 juta.

Kau orang ini kalut lah, serupa macam kes engine jet F5e. Mana ada enjin jet tahun 70an berharga sampai RM 50 juta sebuah. Jet F5e tu jenis zaman lepas perang korea, lepas bom pun pakai manual, tak ada sistem laser atau radar yang canggih. RM 50 juta sebuah itu harga jet F18 kalau dibeli baru dengan bodi + sistem avionic canggih sekali, bukan engine saja!!

Tan Sri Khalid, bila Zainal Saakom bentang kat Exco-exco selangor tahun lepas, masa tu projet UITM tak ada lagi, jadi pada dia buang masa saja nak hadir bila dijemput.
Tapi, bila ada ura-ura UITM nak beli tanah YBK, baru mengelabah nak rampas kuasa. Apa punya orang daaaa...

Kerja dia kat Kuala Selangor huru-hara sampai orang dia sendiri tak percaya, nak kacau pulak kerja orang lain.

Pasal duit yang diberi oleh kerajaan negeri dan sumbangan korporat, kan ada didalam Penyata Akaun. Kau ingat duit itu datang dari langit ke? Kebanyakan duit itu kan datang masa zaman BN dulu.

Cukup lah TB, kau kat Jakarta, aku tinggal kat Serendah dan tanah pemmberian kerajaan selangor tu belakang rumah aku (tak lah dekat sangat tapi boleh lah nampak dari varenda rumah aku)......

Anonymous said...

Mari kita dedah dalam YBK ni berapa banyak pemimpin UMNO dapat tanah.secara proksi.siapa yang dapat projek dan siapa pula dapat habuan dan kepentinggan siapa yang cuba di sembunyikan...aku dapat maklumat dalam ..kepentingan untuk Rakyat satu tapi keuntungan pada individu yang tertentu dalam UMNO dapat sepuloh..ni yang Sedang MB Selangor sedang korek supaya rakyat tahun terutama sekali UMNO perinkat bawah mentaliti orang asli

Grand Marquis said...

I dislike using the writing of this guy, coz he is an avid anti-hadith, but this time, his writing on the isu of using the name of Allah by the Catholic make a good sense.

Have a read but bare in mind that this is an anti-hadith guy.

Anonymous said...

....sebening subuh..
Sebab BN menang besaq pada 2004.
1.Faktor Pak Lah.
-rakyat malaysia terutama pengundi atas pagaq yang mewakili hampir 45% daripada pengundi melaysia melihat pak lah seorang yang jujur dan bersih.berkelulusan agama(pengajian islam).
2.Faktor pengundi atas pagaq.
hampir 80%(melihat kepada peratusan pengundian pada 2004),mengundi BN kerana faktor Paklah!
3.Orang bukan melayu-india dan cina,hampir 80% juga mengundi BN.

Akhirnya BN menang besaq dalam sejarah pilihanraya di malaysia.Tetapi pada pilihanraya yang lepas BN,walaupun menang,kebenangan yang paling teruk dalam sejarah!
Sebab kekalahan:
1.Faktor Paklah.
Imej dan gaya kepimpinan tak serupa bikin!
2.Perubahan corak pengundian puak india dan cina-kepada pembangkang!
3.Yang paling penting!!Puak diatas pagak,mengundi pembangkang atas kelemahan Pak lah!

Rumusan:
Keputusan sesuatu pilihanraya bergantung pada pengundi diatas pagak!Mereka terdiri daripada golongan yang berpendidikan!boleh menilai!boleh membuat analisa!Tidak boleh disuap dengan wang!Tidak terkesan dengan isu kafir!Isu syurga!malah dengan pakaian siapa yang lebih nampak keislaman!!!serban!kopiah putih!!slogan saja!Persepsi!
Apa yang dicari oleh pengundi sebegini:
1.Mereka menyedari kelemahan pemimpin umno!Depa tahu bab rasuah!bab kroni!Tapi depa tengah cari parti alternatif!Parti mana!Pas!Pas sekarang bukan seperti pas yang dahulu!Pas sekarang berkawan dengan DAP!Puak kapiaq harbi!Serpihan PAP!Depa tahu nasib orang melayu kat Singapura!Tak perlu bohong-bohong!tak perlu kempen-kempen!Depa tahu!!!Dan yang penting!Depa tahu Pas bila bersama PR,TAK AKAN MUNGKIN DAPAT MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ISLAM,TAK TERMIMPI AKAN LAKSANAKAN HUKUMAN HUDUD KECUALI DALAM HATI!!!!Dan yang paling penting,depa juga tahu kalau ditakdirkan PR dapat menakluki putrajaya,oghang melayu hanya beperanan sebagai pakturut sahaja seperti mana yang berlaku diPerak semasa PR memerintah!!MB oghang melayu!Pemuat dasar oghang cina DAp!!!!Bahaya nanti!!!!Minta dijauhkan oleh Allah.

Anonymous said...

..sambung lagi..
2.Pengundi atas pagaq juga tercari-cari pemimpin yang yang berjiwa para sahabat!Jauh sekali nak banding dengan Rasullullah!Zuhud seperti Abu Bakar!tegas seperti Umar!!Siapa agaknya!Depa tak akan menaruh harapan kepada pemimpin yang cakap tak serupa bikin!Cakap tentang islam bedeqaq-degaq!!Cara hidup kaya melana!Pemimpin yang selalu kafirkan sesama islam!Walaupun beserban besaq!Jauh dari hati depa!sebab itu hadi awang,tidak ada dalam senarai!mungkin nik aziz!Tapi anak menantu buat hal!!!Tok Pa kelantan kot boleh mengganti Najib!!
3.Itulah persoalan yang sering bermain atas kepala pengundi atas pagaq!Pas ada pengikut pas totok!umno ada pengikut umno totok!Kempen macammana pun tak akan berkesan!Penentu kemenangan ialah pengundi atas pagaq!Kalau tiada parti yang depa cari!Pemimpin yang men epati ciri-ciri!Depa akan pilih yang terbaik dalam yang terburuk!!!atas dasar memastikan oghang melayu atau parti melayu masih menjadi kuasa dominan di tanah melayu ini!!!Atau depa dok peghati jee hangpa mengundi pada pilihanraya ke13 nantiiiii!!!!!

Anonymous said...

..sambung lagi..
2.Pengundi atas pagaq juga tercari-cari pemimpin yang yang berjiwa para sahabat!Jauh sekali nak banding dengan Rasullullah!Zuhud seperti Abu Bakar!tegas seperti Umar!!Siapa agaknya!Depa tak akan menaruh harapan kepada pemimpin yang cakap tak serupa bikin!Cakap tentang islam bedeqaq-degaq!!Cara hidup kaya melana!Pemimpin yang selalu kafirkan sesama islam!Walaupun beserban besaq!Jauh dari hati depa!sebab itu hadi awang,tidak ada dalam senarai!mungkin nik aziz!Tapi anak menantu buat hal!!!Tok Pa kelantan kot boleh mengganti Najib!!
3.Itulah persoalan yang sering bermain atas kepala pengundi atas pagaq!Pas ada pengikut pas totok!umno ada pengikut umno totok!Kempen macammana pun tak akan berkesan!Penentu kemenangan ialah pengundi atas pagaq!Kalau tiada parti yang depa cari!Pemimpin yang men epati ciri-ciri!Depa akan pilih yang terbaik dalam yang terburuk!!!atas dasar memastikan oghang melayu atau parti melayu masih menjadi kuasa dominan di tanah melayu ini!!!Atau depa dok peghati jee hangpa mengundi pada pilihanraya ke13 nantiiiii!!!!!

Anonymous said...

YBK namanya yayasan basmi kemiskininan tapi Khaled BARUA tu nak ambil aleh dan tukar jadi YBK yayasan BAPAK KHALED....nak collcet duit rakyat utk bayar hutang gutrie dia...60 juta RM hutang tu pada bank islam...tak adaer dlm sejrah msia mana mana menteri besar ada berhutang bank sebanyak itu...itulah tamaknya khaled BARUA ni memenuhi tembolok sendiri...beliau masuk PKR pun sebab marahkan Tun Mahathir pasal tak dapat SHARE free gutrie...jadi kalau org org PKR nak bercakap pasal kepentingan RAKYAT ...tak yah cerita ler brader nak muntah aku dengar...kerajaan PR penuh dgn isu dari satu ke satu..tak henti henti...belum habis isu kalimah allah khaled bawak pulak YBK...nytanya isu ini tak beri kelebihan pd Khaled barua....tunggu jer lah KERAJAAN PR selangor TUMBANG sebelum PRU 13...

Anonymous said...

Kepada yang kata YBK buat audit bertahun-tahun tu, pegi la baca laporan audit kat website YBK tu.

Takda satu PERINCIAN pun yang menunjukkan pemberian harta dan wang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

BIla diminta perincian, semua tak nak bagi.

Kepada yang kata dalam laporan ada sebut RM12.3 juta harta, suka saya ingatkan tanah kat serendah tu berjumlah RM900 juta.

Jangan mudah kena tipu

Anonymous said...

Puak-puak UMNO memang FOBIA giler kalau dengar audit atau penyata akaun..Ye lah..puak-puak tu manalah penah buat semua tu..yg diaorg tahu, samun duit masuk akaun masing2...mana boleh ada black n white..contoh ikutan paling besar kes kt Kem. Pertahanan ler...audit report 2008 tk silap aku.. "1keping Payment Voucher gagal dikesan/Hilang" untuk tujuan pembayaran yg melibat ratusan juta...AAAiiikkkkk!! camner boleh jadik camtu??? Itu salah satu Contoh Duit Rakyat yg DiSamun mcm Duit Mak Bapak UMNO yg Punya..!!

Anonymous said...

Anone 7.40,

Kau datanglah dekat Serendah dan tengok sendiri tanah pemberian kerajaan Selangor. Hutan dan berbukit-bukit. Yang boleh masuk orang asli je.

Tanah-tanh pinggir hutan dekat Pusat Serenti Serendah atau Templer Kyai, boleh lah hang dapat RM50K seekar, tapi tanah pemberian ini dalam hutan....

Kos nak terang dan level kan saja akan lebih dari harga asal. Jika tiada projek UITM dan kalau kau nak beli tanah tu, seekar harganya lebih-lebih RM 10K, jadi kalau 170 ha atau lebih kurang 340 ekar, nilainya hanya RM 3.4 juta. RM900 Juta yang kau sebut tu fitnah.

Satu lagi, hang kena kesian lah pada kami penduduk-penduduk diSerendah, Sg. Buaya, Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Mana ada tempat di Malaysia yang bila hang beli rumah flat harga RM35K, jika dijual sekarang, harganya hanya dapat RM10K. Selalu keluar dalam surat kabar, bila ada column lelong saja, tempatnya yang popular, tak lain tak bukan Serendah!!!

Projek terbengkalai bersepah-sepah, banyak apartment-apartment yang tak berpenghuni, ramai orang yang kena bayar faedah bank tapi rumah tak boleh duduk. Semua in angkara pemaju-pemaju cina yang tamak dan kaki penipu.

Ramai yang tertipu dan merana menanggung hutang. Projek UITM ini adalah penyelamat untuk kami pulih.

Tan Sri Khalid, tolonglah datang ke sini dan lihat dengan mata sendiri. Ketepi lah politik sempit nak kan nama, dengki dan cemburu.
Lupakan lah samada ia projek UMNO atau Pakatan, yang penting projek UITM ni kalau gagal, hampa dan terus meranalah kami.....

Rakyat Selangor said...

YBK adalah lubuk duit yang sebelum ini kita langsung tidak tahu aktivitinya secara menyeluruh. Setelah dipertikaikan oleh kerajaan negeri pimpin Pakatan Rakyat maka YBK yang dipengerusikan oleh Zainal Sakom menjadi bercelaru dan kalut.

Nampaknya ramai yang cuba memberi komen tentang YBK namun ramai juga yang tersasar dari masaalah sebenar.

Untuk mengetahui lebih jelas tentang YBK, kita mesti meninjau semua bentuk aset yang diberikan kerajaan negeri kepada yayasan tersebut. Dan bagaimana mereka menguruskannya.

Jika berlaku pertelingkahan antara YBK dengan kerajaan negeri bermakna ada sesuatu yang cuba ingin disorokan dari diketahui oleh rakyat negeri Selangor.

Kita boleh menyalahkan MB Pakatan Rakyat ini kerana cuba merampas YBK yang ditubuhkan oleh BN untuk kepentingan diri parti mereka.

Tapi kita juga boleh menyalahkan YBK kerana tidak memberi kerjasama membentangkan aset YBK miliki keseluruhannya. Kita juga merasa curiga mengapa YBK yang tidak membentangkan laporan audit sejak sekian lama...?

Sebagai rakyat negeri selangor, kita sentiasa bersangka baik terhadap YBK. Sila kemukakan apa yang diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor agar rakyat boleh melihat kebenaran, ketelusan dan kejujuran YBK melaksanakan tugasnya sebagai ayasan Basmi Kemiskinan Selangor.

"UMNO cakap serupa bikin...?"

Anonymous said...

"Kepada yang kata dalam laporan ada sebut RM12.3 juta harta, suka saya ingatkan tanah kat serendah tu berjumlah RM900 juta." Anon.

OK mari kita buat kira-kira. Tanah seluas 1,500 ekar, harga total RM900,000,000 (RM900 juta). Maknanya satu ekar harga RM600,000 (lebih sejuta ringgit seekar). Orang bodoh mana yang nak beli tanah yang masih macam hutan dan berbukit-bukit pada harga setinggi itu.

Pasal lapuran audit YBK tu, minta saya terangkan sikit. Tanah seluas 1,500 ekar tersebut diserahkan kepada Permodalan YBK (PYBK Sdn. Bhd.) sebuah syarikat sendirian berhad yang dipunyai sepenuhnya oleh YBK. Itu sebab detailnya tak ada laporan kewangan YBK, bongok! PYBK lah yang bertanggungjawab untuk memajukan tanah ini.

Sebagai sebuah syarikat sendirian berhad, apa hak korang nak tanya banyak-banyak. Tanah tersebut pun telah diberikan oleh kerajaan Selangor dahulu dan telahpun dibayar premiumnya dan dengan itu dah jadi hak PYBK. Cuma cukai tanah yang terlalu tinggi sebab tanah tersebut telah di buat conversion dari tanah pertanian ke "mixed development" menyebabkan YBK tak mampu nak bayar cukai. Itu bayaran yang tertangguh tu.

Itu lah sebabnya PYBK cuba dapatkan projek UiTM, sebab nak jadikan tanah ini sebagai harta yang boleh mendatangkan hasil berpanjangan kepada program YBK. Tapi lain pulak yang jadi....

Saudara Tulang Besi, saya nasihatkan supaya saudara jaga tulisan saudara tu sikit. Apa pula dikaitkan dengan bapa Dato Zainal pula dalam hal ini.

Saya sendiri pernah melawat ke Asrama kasih di Serendah dan Asrama Jumbo Sakti di Gesir. Saya belum pernah melihat sebuah asrama yang begitu baik dikendalikan oleh mana-mana NGO samaada Melayu/bukan Melayu di Malaysia ini. YBK has done a super job dan kita perlu berikan sokongan bukannya dikutuk membabi buta.

Lihat dengan mata sendiri bukan mengulas mengikut emosi. Kalau tak tahu hujung pangkal, sila diam!

Cucu Tok Gajah
(TB, ekau jangan buek den berang)

Anonymous said...

Tulang Besi ni,kalau kt Afganistan dah lama tinggal arwah!!apa lah punya otak!!..tu lah kalau nak berpolitaik ,jgnlah melampau sangat...kenapa marah sangat kt UMNO...tok nenek kamu dulu pun orng UMNO jugak..berpada2 le sikit...apa kau ingat hindu pariah dan china tongsan, suka sangat ke kt melayu..mcm kau tuh...depa nak buli kau aje....bbboollooohhh punya orang...kesianle kt penduduk Serendah tuh!!!diorang pun nak bahgia juga....pengkhianat bangsa betul...kau keturunan si kutil kot???

Anonymous said...

zainal sakom ni nak elak atau cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum,sebab tu tak berani keluarkan pernyata kewangan yang sebenar.Nilah jenis orang yang tau hukum hakam yang memjadi ular dalam masyarakat islam

Anonymous said...

kalau dibuat universiti di situ, nanti apa-apa yang tak berkaitan demgan universiti kena keluar. termasuklah asrama budak -budak tu. Habis apa nasib dia orang lepas ni? Kata YBK nak tolong budak miskin!...yang pandai-pandai tukar status tanah tu buat apa? dah tak mampu, buat cara tak mampu. Tanam sawit ke disitu. Dapat duit gunalah untuk budak-budak tu. Lagi satu, kalau YBK itu NGO(NGO selangor tentunya) mintalah pendapat rakyat selangor dulu.......ini tak, mmemandai nak jual.Kalau dah terlepas boleh dapat balik ke tanah tu? Ingat kerajaan pusat boleh bagi ganti tanah pada selangor ke? Buat sajalah Universiti di negeri lain,.Awak jaga saja budak-budak asrama tu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.