Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 9, 2010

11 sebab kita perlu sokong UMNO

NOTA EDITOR: Terima kasih atas nota dari Aduka Taruna yang begitu mudah difahami dan mudah dicerna. Selamat membaca.

Cuma nak tambah, UMNO diwujudkan penjajah untuk memecahkan gerakan kemerdekaan Melayu yang begitu bersatu pada masa itu yang dipimpin oleh persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, INSAF, API, HizbulMuslimin.

Penjajah melihat orang Melayu bersatu pada waktu itu menentang penjajah. Lalu penjajah menaja penubuhan UMNO. Dan, untuk memastikan UMNO menjadi dominan, penjajah British telah menangkap SEMUA pimpinan2 gerakan kemerdekaan Melayu dan mengharamkan semua pertubuhan kemerdekaan. Penjajah hanya membenarkan UMNO sahaja yang wujud dan bergerak.

Mengikut Raja Petra Kamaruddin, kawan beliau di MCKK pernah memberitahu beliau, bahwa British telah memberi beliau wang yang banyak untuk menubuhkan cawangan UMNO di Terengganu.

Sekian

Tulang Besi

11 sebab kita perlu sokong UMNO
1. UMNO ditubuhkan penjajah. Nama pun dalam bahasa penjajah. Semua pemimpin UMNO dok England masa Malaysia berperang. Sekor pejuang UMNO pun tak pernah luka apatah lagi terpenjara atau terbunuh untuk memerdekakan negara.

2. UMNO terima kerakyatan pekerja asing menjadi warganegara. Indon, Bangla, Vietnam dan Nepal zaman dulu skang dah jadi warganegara. Pastu la ni memekak pasal perkauman. Sendiri buat bodoh, sendiri tak sedar.

3. UMNO serahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew.

"Ramai orang marah T. Rahman sebab serahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.. skang ni tengok Pulau Pinang diambil DAP, anak PAP. Lihat bagaimana bijaknya T. Rahman." Kata Datuk UMNO kepada gua satu ketika dulu (ada dalam N3 lepas).

"So, kenapa tak keluarkan Pulau Pinang itu dari Malaysia skang? Bukankah DAP dah perintah." Balas gua sambil senyum manis. Spesis paling bodoh jer serahkan tanah milik sendiri kepada orang semudah begitu dan sepasrah begitu.

4. UMNO jual air Johor kepada Singapura dan beli balik dengan harga mahal. Ni berniaga tahap bodoh spesis Melayu.

5. Tanah KTMB kat Singapura pun dah tergadai.

6. Pulau Batu Putih dah bagi kat Lee Kuan Yew. Tapi sibuk ajak Melayu tahap Felda dan kampung marah kepada DAP.

7. Kawasan tadah air di Kota Tinggi diserah kepada Singapura. Sampai Mahathir dan Muhyiddin tuduh menuduh. Nasib baik Melayu tahap Felda dan kampung tak tahu. TV dan suratkabar tak siar. Kalau tak sah, masing2 bunuh diri sebab baru tahu.

8. Wilayah pembangunan Iskandar warga Israel boleh beli ke tak? Sibuk tuduh Awar Ibrahim agen Israel.

9. Sanggup daratkan petrolium negara ke Songkla dari bagi kepada Melayu sendiri Kelantan. Ni sah kerja jahat DAP.

10. Enjin jet hilang, saham syarikat penting negara dibeli Temasik, tapi salahkan budak sekolah dan guru BM.

11. Bagi anak sendiri modal guna duit rakyat. Buat lebuhraya. Dahla guna duit rakyat, lebuhraya tu pulak milik anak sendiri. Rakyat pulak kena bayar lagi tol. Ni meniaga tahap Melayu ke tahap DAP nih? Ayak... x_x
Hidup UMNO! Hidup ulama perpaduang!

11 comments:

Anonymous said...

Ada orang kata PAS dibenarkan bagi ditubuhkan kerana mahu menggagalkan usaha UMNO untuk menuntut kemerdekaan dari British.

Aku pun tak berapa percaya tuduhan tersebut seperti juga aku tak percaya semua yang kau cakap pasal UMNO di atas. Mungkin ada juga kebenaran tapi aku kata 90 peratus adalah cerita rekaan. Apa lagi isu yang nak kau tulis? Dengar cerita Dr. Zambry masih MB di Perak.

Aku sebenarnya amat kagum dengan usaha manusia bergelar Tulang Besi ini. Begitu degil dan istiqamah dengan perjuangan songsangnya. Aku percaya kau, Tulang Besi seperti juga AI dan Nizar sebenarnya sakit yang perlu diberikan rawatan bukan maki hamun sebagai ubat. Sakit gout kau hari tu pula macam mana?

Akhir sekali bawa lah bertenang dan sembahyang. InsyaAllah, semuga sakit mu akan reda.

Anonymous said...

Saudara Tulang Besi

Nak tanya sikit, sudahkah tanah YBK di Serendah tu dibuat sawah? Apa dah jadi dengan MB idola kau YAB TS Khalid yang semakin nampak kurang menggunakan IQnya yang hampir 15 tahun lalu diwar-warkan oleh mesin propoganda BN sebagai ahli koperat kelas dunia.

Apalah punya tak bijaknya idola kau ini. Minta orang bayar cukai tanah, bila bayar dipulangkan pula. Kerana kebodohannya aku dan ramai rakan-rakan aku dah naik bosan dengan manusia seperti kamu dan TS Khalid yang bertindak mengutamakan kepentinagn parti dan hati busuk kamu dari kepentingan rakyat.

Saya baca PAS akan membincangkan pasal cadangan dari TGNA pasal isu berbincang dengan UMNO. Masih tak percaya lagi ke TGNA kau tu dah mula nak kona baring? Mungkin kau boleh tulis mengenai siapa lagi yang berbohong.

Kau tengok tak ulasan YB Zulkifli Nordin dalam TV malam tadi? Mungkin juga kau boleh ulas tentang YB Zul ini. Dengar cerita dia hentam PAS kau, kau....

Selamat terus menulis. Jangan terlupa buat kerja hakiki kau sudahlah nanti kena buang kerja pula. Lepas tu kau salahkan kat UMNO pula nanti. Maklum sajalah orang UMNO ni tak ada yang baik, semua jahat belaka. Tak seperti kau yang berjuang tulus ikhlas kerana .......

Anonymous said...

nama pun tulang besi....mana blh cakap betul. org bodoh aje yang percaya..tapi seronok jg baca kelengtong dia hahahaha..

Serious Shepherd said...

Setakat 'maki hamun' saya pun mampu sebab tak mampu:

-membebaskan ulama' Syria dan saudara seagama lain yang ditahan di bawah ISA
-menyerang salibiyin Amerika yang berlabuh di Pelabuhan Kelang
-menghalau syarikat Haliburton di Wilayah Pembangunan Iskandar
-mengusir tentera Singapura yang mengawal Empangan Linggiu di Kota Tinggi

Anonymous said...

-cik anon kat atas, lu ckp artikel tue 90 pratus adalah rekaan..so yg lg 10 pratus yg benar tue ade kat point no brape?..

-senang lu ckp artikel tue 100 pratus rekaan jer..bru bngga umno ade ahli n pnyokong mcm lu..

-zargus-

Anonymous said...

Elok la tu tulang babi, aduka taruna kaki kutok yg kena tangkap aritu, aku ingat mak bapak dia pon menyesal dpt ank kurang ajar macam dia tu.
Sorang lagi RPK..lari ..hee..lari tetap lari..huuu..itu ruper nya idola ko..patot la perangai ko pon lebih kurang cam dia orang..bikin malu mak bapak ko jer dpt anak camko.

Grand Marquis said...

Sebenarnya, kezaliman UMNO lebih dari itu. Ya, kita mengatakan bahawa Yahudi itu zalim terhadap umat Islam, tetapi kita tidak pernah mendengar Yahudi zalim terhadap bangsanya sendiri. Tetapi lain pada UMNO. Demi wanita bernama Altantuya, Najib dan Rosmah, sambil disokong oleh juak-juaknya dalam UMNO sanggup mengkambing hitamkan 2 ekor polis yang hanya tahu menurut perintah. Dan polis-polis itu adalah melayu, sama bangsa dengannya.

Demi survival politik kepartian yang sempit, Mahathir dan melayu-melayu UMNO sanggup melancarkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Memali pada dekad 1980an. Untuk makluman, rakyat memali yang dibunuh kejam oleh rejim Mahathir adalah melayu dan beragama Islam.

Bukan itu sahaja, rejim UMNO sanggup menangkap orang-orang melayu Islam dan menyumbatkan mereka ke dalam ISA tanpa perbicaraan atas nama terroris agama demi untuk menyedapkan hati orang-orang putih di Amerika.

Ah, sungguh sedih mengenangkan bangsa Melayu ini dihinjak-hinjak laksana bangkai sahaja oleh penzalim-penzalim bernama UMNO.

Dan yang lebih menyedihkan, mereka hanya tertawa sambil menyantap tubuh-tubuh montok artis mugil seperti MP Kinabatangan.

Grand Marquis said...

Lagi satu, kenapa sekarang UMNO banyak berdemo?

Bukan kah PM dulu2 cakap berdemo ni bukan budaya kita?..Boleh menghalang kemasukkan pelancong?

Itu lah gambaran bahawa UMNO ini sanggup makan muntah sendiri hanya kerapa seks, duit dan kuasa..

Ahmad Syafiq said...

UMNO pun cakap demonstrasi bukan budaya mereka. Kenapa sekarang banyak berdemo? Apa kes? Takde projek yang dapat ke?

Kapten Zero said...

Keputusan mb perak dgn kes 2 pemimpin pas selangor sama nilai truma dan penghayatan rakyat; 2 badan kehakiman sama perangai, pegangan, monaki dan autorkrasi; tidak berpedoman kpd ajaran islam; ular-mak Pas zaman moden ; ular-mak bekas Foram perdana TV.Berapa hakim yang sembahyang dan patuh pada ajaran islam daripada 5 orang itu satu pun takda. semua kaki mgirup dan betina persundalan.

Anonymous said...

kpd yg tak bersetuju dgn entri ni,
kalo statement AI tu salah & tipu, cuba la bgtau apa yg betul? nak gak aku tau. jgn auta cerita lain... jwp dulu entri ni. sekian.

=apam=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.