Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, February 21, 2010

2012 Terengganu Dalam Dakapan UMNO

NOTA EDITOR: Dibawah adalah satu artikel saya ambil dari Laman Tranungkite. Intipati artikel ini adalah menunjukkan bahawa peluang PAS untuk menawan semula Terengganu amat tipis. Mengikut penulis, mohdnoorawang, bilangan kerusi maksima yang boleh dimenangi PAS pilihanraya depan adalah dalam 8-10 kerusi.

Mengikut kajian saya sendiri pun, kemenangan Terengganu banyak dipengaruhi oleh pengundi-pengundi atas pagar yang tidak besar jumlah mereka. Estimasi saya adalah sekitar 10% pengundi sahaja.

Namun, pengundi atas pagar Terengganu ni kumpulan yang pelik kerana:


a. mereka biasa mengundi BN
b. Mereka mengundi mengikut kelompok. Dengan kata lain, pecahan undi mereka amat kecil (biasanya 80%-20%). Ertinya mereka mengundi mengikut blok.

Kita lihat sekali yang PAS menang 1999 adalah lantaran majoriti pengundi atas pagar ini pergi ke PAS atas isu Anwar Ibrahim. Pada 2004, mereka kembali ke UMNO. Mereka ini walaupun terus menerus mengundi BN, namun mereka masih dikira atas pagar kerana mereka boleh berubah, seperti yang ditunjukkan dalam pilihanraya 1999 dan PRK Kuala Terengganu

Pada 2012, harapan PAS untuk menawan pengundi-pengundi atas pagar ini amat tipis kerana PAS Terengganu masih dipimpin oleh mereka-mereka yang telah ditolak dan dibenci oleh pengundi2 atas pagar ini.

Maklumat dari Wisma Darul Imam saya menyatakan pegawai-pegawai kerajaan negeri(yang menjadi kumpulan "core" atas pagar ini) merasa kecewa sangat apabila PJ Terengganu yang ada sekarang dilantik.

Tidak hairanlah Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang ini pernah di "boo" di Kemaman dalam satu ceramah bersama Anwar Ibrahim. Begitulah tidak popular PJ Terengganu yang ada sekarang ini.

Bagaimanakah harapan PAS Terengganu hendak menawan Terengganu sedangkan pegawai-pegawai kerajaan negeri sendiri masing-masing menolak PJ PAS yang ada sekarang ini? Minta Songkok Putih dan orang2 PAS Terengganu tolong jawab. Kalau mereka lantik Yahya Ali jadi PJ ada harapan lagi cerah berbanding sekarang.

Di Terengganu, kumpulan "atas pagar" ini dipacu dan dipimpin oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri. Kalau mereka tidak berubah, maka keseluruhan pengundi2 atas pagar tidak akan berubah.

Pada 1999 mereka berubah sepenuhnya, maka UMNO tersungkur dgn hilang 2/3. Begitu juga 2004 bila mereka kembali ke UMNO, PAS tersunggkur dengan hilang 2/3. Di Terengganu, senario menang majoriti mudah itu susah hendak berlaku kerana dengan swing 5% sahaja sudah cukup untuk menghilangkan majoriti 2/3. Dengan kata lain, parti mana menang di Terengganu, mesti dengan 2/3. Susunan pengundi di Terengganu adalah begitu, apa nak buat?

Maka, kalau PAS Terengganu ikhlas hendak menang Terengganu, mesti mula dengan perubahan pimpinan. KAlau saya, ambil Ustaz Wang Hassang DUngun pun dah kira harapan PAS cerah. Setakat hari ini, pegawai-pegawai kerajaan negeri masih kekal hati mereka bersama UMNO.

Ohhh, sebelum saya lupa, ada orang akan tanya bagaimana dengan PRK Kuala Terengganu? Saya jawab, kalau UMNO kelmarin pilih Cikgu Zuber jadi calon, nescaya PAS akan kalah. Dari sebuk-sebuk kacau PAS Pusat lebih baik mereka tumpu bagaimana hendak menang semula Terengganu.

Tulang Besi

2012 Terengganu dalam dakapan UMNO.
Posted on Saturday, February 20 @ 03:33:29 PST
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti

Rencah Oleh: mohdnoorawang

"Terengganu bakal menjadi pertaruahan yang hebat dalam dalam pilihanraya umum ke 13.

Dalam kita membicarakan hal-hal umno yang dianggap korup dan tidak bermaruah malah cukup sekular malah dianggap umno DAN KERAJAAN SEKARANG BERWAJAH "NAJIBROSMAHMIYAH". Kita terlupa atau buat lepas pandang sejauh mana kekuatan PAS di Terengganu atau dapatkah PAS menawan semula dan memerintah pada tahun 2012?.

Kami ajukan persoalan ni bagi menjawap pandangan pemimpin PAS peringkat negeri yang disiarkan dalam akhbar harakah dan buliten online serta paparan dalam akhbar Sinar. Kami mengambil petikan dari Haji Hanafiah (penolong setia usaha PAS negeri Terengganu merangkap pengurus DUN Chukai) meramalkan PAS berpeluang menawan semuala Terengganu pada 2012, Beliau menambah 8 DUN dalam kedaan selamat dan PAS memerlukan 8 kerusi DUN dapat ditawan dengan mudah, namun bila ditanyat oleh wartawan beliau tidak menyatakan DUN yang dikatakan peluang untuk menang.

Kami tidak menidakkan kekuatan PAS Terengganu. Malah pehak PAS Terengganu banyak mengaturkan program kesedaran politik di semua bahagaian. Perlu diingat Terengganu dan rakyat Terengganu amat sukar untuk berpindah parti terutama parti lawan. Kemenangan PAS pada pilihanraya umum yang lalu tidak boleh dijadikan sandaran atau rujukan. Rakyat telah jemu pemerintahan regim Wan Mukhtar(Tan Seri) selama 22 tahun. Sekarang Terengganu diperintah oleh nahkoda umno yang baru Dato' Ahmad Said. Umum pemerintahan Ahmad Said sekadar mengyiarkan dan menyambung apa yang dibuat oleh bekas menteri besar yang lalu Dato' Idris Jusoh. Satu ketika Ahmad Said marah apa yang dibuat oleh Idris Jusuh pada masa yang Ahmad Said menyambung apa yang dibuat oleh Idris Jusoh. Contuh piala monsoon cup.

Walaupun zaman Ahmad Said zaman bangunan runtuh, atau terengganu darul runtuh. perlu diingat yang runtuh adalah bangunan yang dibuat dan dan dibina era Idris jusuh menjadi menteri besar. Dalam hal ini ahmad Said dapat saham yang terbesar. Saham dan lonjakkan sokongan kepada umno dan Ahmad Said cukup tinggi. Walaupun Ahmad Said cukup lemah memerintah Terengganu.Tiada yang boleh dibangkakan oleh rakyat Terengganu era Ahmad Said menjadi menteri besar.

JESTERU ITU Terengganu sukar untuk berubah kuasa pemerintah dalam pilihanraya umum yang ke 13/ 2012. Rakyat terengganu kekal sayang dan patuh pada umn0 dulu kini dan selamanya. Bukan salah ibu mengadung, yang salah pemikiran dan cara serta pendekatan yang diambil oleh PAS dan UMNO.

Cuba kita renung seketika. Terengganu ada 8 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN. Parlimen Kuala Terengganu kurang selamat untuk PAS. DUN Ladang, DUN Bandar, bakal milik BN/UMNO. DUN Batu Buruk dan DUN Wakaf Mempelam milik PAS. Parlimen Marang masih milik PAS. Namun DUN Pengkalan Berangan, DUN Serada, DUN Bukit Payong masih dapat ditawan oleh UMNO/BN. Hanya DUN Rhu Rendang masih kekal dalam dakapan PAS. Namun DUN Rhu Rendang peluang UMNO masih ada.

Kawasan Parlimen Dungun masih kekal milik UMNO/BN. DUN Bukit Besi, DUN Paka, DUN Rantau Abang kekal milik UMNO/BN. Hanya DUN Sura masih milik PAS. Kawasan Parlimen Kemaman masih milik UMNO/BN. Untuk kedudukkan DUN Kijal, DUN Air Putih, DUN Kemasikl kekal milik UMNO/BN. Namun DUN Chukai ada perlawanan yang cukup hebat, peluang untuk PAS menang tipis.

KEMBALI pula Parlimen Hulu Terengganu masih milik UMNO/BN. Jesteru itu DUN Kuala Brang, DUN Tanggol, DUN Ajil masik kekal milik UMNO/BN. Hanaya DUN Manir maseh menjadi pertaruhan pada PAS. Bagi kawasan Parlimen Kuala Nerus hanya satu DUN Bukit Tunggal milik PAS. Ketiga DUN dalam Parlimen masih kekal milik UMNO dan BN.

Bagi percaturan Parlimen Besut dan Parlimen Setiu dan semua lapan DUN dalam parlimen tersebut peluang umno cukup terang dan menang mudah. Hanya satu DUN sahaja PAS dapat peluang untuk menang. Dari pengamatan kami PAS hanya dapat pelunag untuk menang dalam pilihanraya umum yang ke 13 hanya sekitar angka 8 dan kurang dari angka sepuluh.

Pada pembaca artikal ini bukan merendah kekutan PAS Terengganu. Ini adalah satu analisa serta mood orang Terangganu yang sebenar. Dengan ini kami meminta pehak PAS mengambil tindakan yang jujur dan iklas serta mencari satu pendekatan agar rakyat Terangganu menyokong PAS pada tahun 2012. Kami mahu PAS memerintah semula Terangganu pada pilihanraya umum yang ke 13."

46 comments:

Anonymous said...

alahai..
1.rasanya faktor anuar bukan lagi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemenangan sesebuah parti pada PR13 nanti!tak seperti pada tahun 1999!!
2.Faktor Pak Lah mempunyai hubungan yang signifikan pada "kekalahan" umno pada pilihanraya yang lalu!!!bukan faktor anuar!PKR hanya tumpang tuah jee!!
3.Dan ingat!!faktor pak lah mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemenangan besaq Bn pada 2004!
4.Sememangnya pengundi atas pagaq mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemenangan sesuatu parti!!
5.Kemarahan pengundi atas pagar sekarang:
5.1.Isu kalimah Allah!
5.2.Isu Dap!
6.Pengundi atas pagaq hendakkan pemimpin yang beriman dan pandai mentadbir!Sebabtu Paklah menang besaq pada 2004!tapi rupanya Pak lah! teorije! memenuhi impian pengundi atas pagaq!praktikalnya!!dapat dilihat pada pelihanraya berikutnya!!
7.takat tu dulu!!

zakwan said...

ada orang akan tanya bagaimana dengan PRK Kuala Terengganu? Saya jawab, kalau UMNO kelmarin pilih Cikgu Zuber jadi calon, nescaya PAS akan kalah

Who the hell is Cikgu Zubir?
The way I see it,TB,Haji Endut of Wakaf Mempelam would still hav won regardless of who UMNO fielded due 2 his popularity in KT as well as being one of the longest serving PAS assemblymen in the state

On a federal level,Hadi is still relevant but on the state level,he n his Terengganu faction must go,PERIOD

Though this reminds me of one of RPK's postings post March 8
He stated that by the time GE 13 is announced,the oil reserves at the shores of Terengganu will be dried up permanently

So UMNO might not vigorously campaign 2 retain Terengganu n might focus more on Selangor

Even if PAS won,they will be left with nothing
No oil,no compassionate fund
Zilch

Bottom line,2 win Terengganu,Hadi n Faction must GO!!!!!!!

Musafirlalu said...

Buat saudara TB.....
Saya bukannya orang baru dalam politik PAS sebelum Ustaz Azizan menjadi ahli PAS, saya sudah menjadi penyokong kuat PAS. Memang benar PAS tidak akan dapat menawan Terengganu. Di Terengganu mana ada kubu kuat PAS, contoh ditempat saya Dun Sura, Dungun adalah kubu kuat BN. Saya cukup terkejut PAS menang besar pada 1999 kerana faktor Anwar. Tetapi faktor didikan ulama telah berjaya menembusi pemikiran orang Melayu itu jangan kita pertikaikan kerana sikap yang ada pada diri kita..... kita kritik bagus kerana kita ada atas dasar Islam. Adakala kerana terlalu banyak kita menulis kita sendiri tidak faham apa yang kita tulis. Bak kata bijak pandai, banyak belajar, banyak kita tahu. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita tahu. Mangkin banyak kita belajar.... rupa-rupanya makin banyak ilmu yang kita tidak tahu.

Anonymous said...

Apa yang kita lihat ialah proses propaganda untuk mengkambing hitamkan terengganu sudah mula. Bila kekalahan muncul, maka mereka akan buat alasan PAS kalah sebab UG. Itulah alasan mereka.

Realitinya ialah ramai orang sudah muak dengan retorik politik PR. Orang dah boleh nampak PR ni banyak cakap tak serupa bikin, bersikap bongkak kerana merasakan hanya mereka lah yang betul, bersikap ghulu dalam berpolitik, hanya tahu menuding jari, bersembunyi dibalik selogan-selogan indah dan gagal mentadbir dengan baik.

Anonymous said...

Anymous katalah :
Apa yang kita lihat ialah proses propaganda untuk mengkambing hitamkan terengganu sudah mula. Bila kekalahan muncul, maka mereka akan buat alasan PAS kalah sebab UG. Itulah alasan mereka.

Realitinya ialah ramai orang sudah muak dengan retorik politik PR. Orang dah boleh nampak PR ni banyak cakap tak serupa bikin, bersikap bongkak kerana merasakan hanya mereka lah yang betul, bersikap ghulu dalam berpolitik, hanya tahu menuding jari, bersembunyi dibalik selogan-selogan indah dan gagal mentadbir dengan baik.


kalu hang nak tahu..itulah motif TB wat blog...hang tahu sapa tu TB..hati dia mana arah..hati tak leh baca la..tapi tindakan dia kita nampak..bioar la dia..macam che det ngan pak lah dulu..tp yang pasti haji hadi still menang kt marang..yg kesiannya khalid samad..dr zulkifli..dr lolo..dr mariah.kalu nak selamat pi tanding kt kelanta la..ambil tmpt salahuddin..nasharuddin..dr hatta..kita tgk sapa yg kena

Anonymous said...

Musafir lalu kata :
Di Terengganu mana ada kubu kuat PAS, contoh ditempat saya Dun Sura, Dungun adalah kubu kuat BN.

statement ni mesti TB paling suka..nanti dia kata itulah UG..tak wat keja...tengok kat shah alam kubu kuat pas...dah banyak kali kalah..sekali je baru menang..dah riak habih...tgk komen TB..mesti dia kata itulah UG...tak tolong erdogan kat s.alam...UG juga yg kena...pasti betul TB

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

zakwan said :
Bottom line,2 win Terengganu,Hadi n Faction must GO!!!!!!!


who the hell is zakwan...your statement like remove paklah but remain khairy...if hadi and faction go..i 100% confident..pas still can't win ganu..because what..bcz we had people like u..like rpk...nothing bother to his son..

Anonymous said...

alahai..sambung
1.Puak atas pagaq sedih tenguk apa yang beralku kat selangoq dan perak bila PR perintah dulu!!
2.Sapa yang perintah sebenaqnya!oghang melayu atau oghang cina!!
3.Memang khalid yang perintah selangoq!tapi "pemerintah" yang membuat keputusan sapa!!
4.Diperak duluu!!nizar jadi MB!tapi dalangnya sapa!!
5.Konsep dan prinsip orang atas pagar mudah!!asal orang melayu yang memerintah!!
6.setakat ini dulu...

Anonymous said...

anymous kata :
macam mana lah pas nak laksana hudud... hukuman 6 kali rotan syariah pun puak puak liberal dah komen macam ni... dan kebanyakan mereka ni ada dalam PKR dari PRM



adakah ini firaun2 kecil spt dakwaan zul nordin...tak pe lah..TB pun tak seriuos mana nk hudud ni..dah wat posting hudud..lepah tu wat diam joo..yang penting tabung bantuan guaman..yang penting UG&erdogan..yang penting geng ganu &geng s.alm...hudud ni tak tau TB nk letak mana..inilah hasil tarbiah dari kecil...kalau nak wat hudud jgn harapkan sgt TB...

Anonymous said...

alahai..
1.minta maaf cakapla tuan TB no!!
2.Sebenarnya hasrat pas nak semeja dan berbincang dengan umno tu memenuhi majoriti kehendak puak atas pagar melayu dan islam dinegara ni!

Tulang Besi said...

Iye ke? Atau pun kehendak orang2 UMNO je?

Majoriti orang Melayu dan Islam nakkan UMNO ditukar

Anonymous said...

alahai...
1.ini bukan bermakna puak atas pagaq ni dapat terima pelakuan-pelakuan buruk seperti rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin umno!

Anonymous said...

alahai..
1.kalau ada satu parti baru!yang dapat menggabungkan semua orang melayu dan islam!
2.apa salahnya pas dan umno dibubarkan!
3.Ada kaa!!

Anonymous said...

alahai..
1.PKR bukan noo!!!!

Anonymous said...

TB kata :
Majoriti orang Melayu dan Islam nakkan UMNO ditukar

salah tu..majority orang melayu islam nakkan pimpinan pas ditukar...itukan matlamat utama TB...UMNO ni tak yah cita la..bukan musuh TB pun..musuh utama TB adalh UG...pas kalah tak apa..asalkan TB dan erdogan menang..akhirnya umno juga yang menang..itulah hasrat terpendam TB..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

alahai..
1.nampak!!
2.Puak pas!sama pas bertekak!
3.Sat lagi puak umno pulak campoq tangan!
4.Lepastu anti babi!masuk!!loklaq tak ketawan hala!!
5.Hangpa tak dengaqka !oghang atas pagaq dah beri pandangan!!
6.Penentu kemenangan bukan hangpa!ogahng atas pagaq!!

Anonymous said...

Terennganu? PAS menang PRU 13 ni? ha,ha,ha!! Jangan harap. Sebab apa?
a. Pimpiman PAS terengganu sekarang terdiri daripada orang yang dah lapok.
b. Mereka gagal meunjukkan ciri-ciri kepimpinan cemerlang macam TGNA dan barisan kepimpinannya.
c. Mereka mengganggap rakyat berfikiran macam dulu-dulu, sebenarnya minda rakyat dah banyak berubah akibat ledakan teknologi maklumat, yang tak berubahnya mereka.
d. Mereka tak responsif kepada tuntutan ahli PAS sendiri dan tidak disenangi oleh sebahagian ahli PAS, mana mungkin mereka akan dipercayai oleh orang atas pagar?

Tulang Besi said...

Anymous katalah :
Apa yang kita lihat ialah proses propaganda untuk mengkambing hitamkan terengganu sudah mula. Bila kekalahan muncul, maka mereka akan buat alasan PAS kalah sebab UG. Itulah alasan mereka.

Realitinya ialah ramai orang sudah muak dengan retorik politik PR. Orang dah boleh nampak PR ni banyak cakap tak serupa bikin, bersikap bongkak kerana merasakan hanya mereka lah yang betul, bersikap ghulu dalam berpolitik, hanya tahu menuding jari, bersembunyi dibalik selogan-selogan indah dan gagal mentadbir dengan baik.
.

BEtul rakyat dah muak dgn PR. Itu yang UMNO berani bubar DUN Perak

Tulang Besi said...

Di Terengganu mana ada kubu kuat PAS, contoh ditempat saya Dun Sura, Dungun adalah kubu kuat BN.

statement ni mesti TB paling suka..nanti dia kata itulah UG..tak wat keja...tengok kat shah alam kubu kuat pas...dah banyak kali kalah..sekali je baru menang..dah riak habih...tgk komen TB..mesti dia kata itulah UG...tak tolong erdogan kat s.alam...UG juga yg kena...pasti betul TB
.

Ni statement mohdnorawang yang tulis artikel di Tranungkite tu

Grand Marquis said...

BEtul rakyat dah muak dgn PR. Itu yang UMNO berani bubar DUN Perak

Betul. Hari ini, saya muak sangat tengok muka Nizar. Masa dia mula-mula muncul dulu, respect juga saya pada dia. Dari education background dan keluarga, look very promising. Tapi hari ini, entahlah, saya dah sampai tahap menyampah tengok muka dia. Sebab apa? Sebab sikap beliau yang nyata kebudak-budakan. Macam budak tak puas hati lepas kalah main mail guli. Malah saya rasa 2-3 kerat pemimpin PR di Perak betul-betul bersikap kebudak-budakkan. Yang Nizar ni satu, tukang sorak dia Idham Khalid Lim. Nga dan Ngeh tengok aje dari tepi. Control cool. Yang jadi balaci Idham Khalid Lim dan yang diperbodohkan Nizar. Saya tengok pemimpin lain, sama ada PAS atau DAP atau PKR cool aje.

Kalau nizar ni gentleman sikit saya rasa insha Allah dia boleh dapat Perak kembali. Tapi amat malang mereka gunakan cara kebudak-budakan. Dah kalah tu mengaku aje la. Ini jelas menunjukkan contoh PR ni hanya ikut nafsu. Bila mahkamah menyebelahi mereka, mereka kata adil. Bila kalah, dia tak nak terima. Macam tu ka orang yang nak laksanakan hudud? Apakah bila hudud dilaksanakan pada mereka, mereka tak nak terima?

Sekarang ni ada 2 soalan

1. Apakah bila PAS laksanakan hudud, hukuman perlu digugurkan bila 50 MP asing mendesak supaya ia digugurkan?

2. Kalau hukuman hudud dijatuhkan, apakah orang PR tak perlu patuh?

sam raspiut said...

Anonymous said...

TB kata :
Majoriti orang Melayu dan Islam nakkan UMNO ditukar

salah tu..majority orang melayu islam nakkan pimpinan pas ditukar...itukan matlamat utama TB...UMNO ni tak yah cita la..bukan musuh TB pun..musuh utama TB adalh UG...pas kalah tak apa..asalkan TB dan erdogan menang..akhirnya umno juga yang menang..itulah hasrat terpendam TB..


betul le tu.. nak tukarbuang umno kena tukar dulu pimpinan ug... kalau tidak pengundi lari dari umno jumpa UGmno buat hapa..?

placing beb.. placing

sam raspiut said...

1. Apakah bila PAS laksanakan hudud, hukuman perlu digugurkan bila 50 MP asing mendesak supaya ia digugurkan?

kalau nak tau kena la tukar kjaan umno kpd PAS

2. Kalau hukuman hudud dijatuhkan, apakah orang PR tak perlu patuh?

kalou adil patuh, tak adil jgn patuh.. tapi hudud misti adil sbb kena ada 4 saksi.. umno ade ke??

bagi soalan spesifik la.. asyik soalan spin je kou..

Anonymous said...

saya salah pengundi di DUN Sura, pada pendapat saya PAS &PR di Terengganu blh berkembang terutama di kawasan bandar dan di DUN berada dalam radius 20 km dari pusat bandar utama dalam genggaman BN spt DUN Chukai,Rantau Abang,Paka,Tepoh,Bandar,Teluk Pasu,Batu Rakit, Alor Limbat.Dan mantapkan DUN yg tlh menang dgn YB yg pro aktif, cth ADUN LAdang yg banyak membantu rakyat teutama isu pembangunan di LAdang Gemilang....cuma PAS &PR perlukan momentum dan gerak kerja yang tersusun untuk menarik golongan atas pagar & golongan yg pro UMNO yg kecewa....Rakyat Terengganu mesti disedarkan bahawa royalti minyak masih belum dikembalikan

john labu said...

to anon February 21, 2010 10:55 PM

klau cam tu bukan salah pengundi, tapi salah pemimpin yg tak buat kerja tapi asyik nak ber UG

Tulang Besi said...

Sebab apa? Sebab sikap beliau yang nyata kebudak-budakan. Macam budak tak puas hati lepas kalah main mail guli. Malah saya rasa 2-3 kerat pemimpin PR di Perak betul-betul bersikap kebudak-budakkan. Yang Nizar ni satu, tukang sorak dia Idham Khalid Lim. Nga dan Ngeh tengok aje dari tepi. Control cool. Yang jadi balaci Idham Khalid Lim dan yang diperbodohkan Nizar. Saya tengok pemimpin lain, sama ada PAS atau DAP atau PKR cool aje..

Konfirm si GM ni kaki sebar fitnah. Hahahahaha

Tulang Besi said...

Dulu masa mula2 si GM tak ori masuk blog ni saya respek juga dia, tapi semakin lama dia masuk semakin saya hilang respek dan meluat dgn dia.

GM tak ori tak lebih seorang penyebar fitnah bagi pihak UMNO.

Dan tiada benda betul dia tulis selama dia partisipasi dlm blog ni.

Boleh dikatakan setiap kali dia dibuktikan mengarut.

Tulang Besi said...

saya salah pengundi di DUN Sura, pada pendapat saya PAS &PR di Terengganu blh berkembang terutama di kawasan bandar dan di DUN berada dalam radius 20 km dari pusat bandar utama dalam genggaman BN spt DUN Chukai,Rantau Abang,Paka,Tepoh,Bandar,Teluk Pasu,Batu Rakit, Alor Limbat.Dan mantapkan DUN yg tlh menang dgn YB yg pro aktif, cth ADUN LAdang yg banyak membantu rakyat teutama isu pembangunan di LAdang Gemilang....cuma PAS &PR perlukan momentum dan gerak kerja yang tersusun untuk menarik golongan atas pagar & golongan yg pro UMNO yg kecewa....Rakyat Terengganu mesti disedarkan bahawa royalti minyak masih belum dikembalikan.

Salam sdr anon,

Untuk pengetahuan saudara, itulah dia strategi PAS Terengganu semenjak PRU 1990 lagi.

Namun, tiap2 kali kecuali 1999, mereka gagal.

Sebabnya? Pengundi atas pagar yang kerap duduk dengan UMNO.

Jadi, mereka kena cari cara baru untuk menang.

Tulang Besi said...

GM tak ori, mana bukti aku mintak tu? Sampai sekarang kao tak berani beri.

MAna bukti ada rumah urut haram di selangor?

Kenapa kao mengelat samapai sekarang.

Kao berani tuduh tak berani bawak bukti.

Kao sah keturunan PEMBOHONG

Anonymous said...

Tulang besi kata:
MAna bukti ada rumah urut haram di selangor?

Kenapa kao mengelat samapai sekarang.

Kao berani tuduh tak berani bawak bukti.

Kao sah keturunan PEMBOHONG


TB..tak payah la cakap camtu..tak tahu la plak ada rumah urut halal..yang guna pompuan..stakat orang lelaki tukang urut or orang buta itu biasa la...

pasal pembohong ni..aku rasa TB pun ada saham..mana bukti pembayaran guaman..mana bukti audit tabung bantuan guaman...mana bukti TB serious nak hudud...kalau la TB dah pembohong..aku rasa susah skit la org lain tak bohong..itu belum kira nizam mahmud..anti babi..sam..john labu..hampeh...tu la ikut stail TB..sapa yg salah...kalau bukan pimpinan..TB la tu...

Anonymous said...

TB katalah :
BEtul rakyat dah muak dgn PR. Itu yang UMNO berani bubar DUN Perak


TB..kalau dia orang berani..letak la jawatan..buat p/kecil..baru la respect kt nizar dan geng dap dia...yg pasti kalu dah letak jawatn tu..tak leh la nk tanding plak..tak pe la..kita bukan kira individu..parti yang penting..takan tak ada nizar..PR tak leh hidup kot...inikan tarbiyyah cara TB...

Anonymous said...

TB kata :
Untuk pengetahuan saudara, itulah dia strategi PAS Terengganu semenjak PRU 1990 lagi.

Namun, tiap2 kali kecuali 1999, mereka gagal.

Sebabnya? Pengundi atas pagar yang kerap duduk dengan UMNO.

Jadi, mereka kena cari cara baru untuk menang.


TB..yg ini setujulah 100% dgn TB..cara baru nak menang la TB banyak2 posting pasal UG..puak ganu..DAP baik sangat punya parti..ahli parlimen Australia punya kredibiliti & akhlak lg baik...dah sah lepah ni bukan setakat ganu je tak dapat..kubu kuat TB kat s.alam pun melepah...kalau tak caya ..cuba le..

Grand Marquis said...

GM tak ori, mana bukti aku mintak tu? Sampai sekarang kao tak berani beri.

MAna bukti ada rumah urut haram di selangor?

Kenapa kao mengelat samapai sekarang.

Kao berani tuduh tak berani bawak bukti.

Kao sah keturunan PEMBOHONG


TB, tektik masuk bakul angkat sendiri hang tak laku. Orang yang baca blog hang tau yang segala bukti telah dibagi. Hang saja tak nak ngaku aje. Kalau tak de bukit, kenapa Roslan SMS cakap, kenapa mufti selangor pun cakap. Kenapa TB tak berani nak saman kosmo yang buat pendedahan. Hang kan pakar buat tabung guaman untuk saman orang. Kenapa dalam bab kosmo buat pendedahan rumah urut di Selangor hang tak berani saman? Takkan hang hanya berani saman orang pas aje.

Takad cakap dalam blog tak bukti, tak de bukti siapa pun boleh. Hang menyalak lah sorang sorang. I have nothing to proof to you.

Hang tension dengan saya sebab saya selalu menyanggah kelentong hang. Lantaklah hang nak kata apa kat saya. Saya tulis ni bukan nak betulkan awak, saya nak orang lain tak tertipu aje. Hasilnya sudah ramai orang sudah sedar, hang ni tak lebih dari seorang penulis persepsi aje. Banyak tulisan hang ni hasil dari persepsi hang yang terpesong dan banyak retorik dari realiti.

Itulah sebabnya hang anti sangat dengan nama GM, sampai guna tektik yang tak beretika untuk kucar kacirkan posting GM. Bab tu hang sepatutnya rasa malu sebab hang ni mengaku pejuang Islam dan pejuang Islam ni mestilah adil dan dihormati.

Anonymous said...

GM..takat TB ni kacang je..tgk la takat mana dia boleh tahan dengan pembohongan dia...kebenaran tak boleh ditutup dengan kebatilan..tak ramai pung yang tertipu...cuma yang cetek ilmu politik macam nizam mahmud..anti babi..sam..john labu..boleh le....

ramzi said...

Bila saja PAS dpt perintah Tganu, banyak langkah yang dibuat oleh PAS menjadi peluru untuk musuh menikam PAS, umpamanya PAS menutup syarikat syarikat yang tidak berdaya maju. Ramai yang terpaksa berhenti kerja tidak diambil peduli oleh kerajaan PAS masa tu. Menjual ASDI(saham negeri) yang tiada riba kepada syarikat yang menjalankan riba juga dipersoalkan oleh rakyat.
Lagak mustafa ali sendiri yang berperangai lebih UMNO dari UMNO juga memberi imej yang sangat buruk kepada pengundi. Rakyat seolah olah serik untuk memilih PAS lagi.Pegawai pegawai kerajaan sangat benci dengan perangai Mustafa Ali terutama dalam menolak segala idea pegawai kerajaan negeri.Perangainya sangat angkuh,contohnya dalam hal membangunkan satu resort di bawah kerajaan negeri di pulau kapas. Kerajaan negeri hanya ingin memejam mata dengan segala masalah, bukan mencari jalan untuk mengatasi masalah.

ramziredang

Tulang Besi said...



TB, tektik masuk bakul angkat sendiri hang tak laku. Orang yang baca blog hang tau yang segala bukti telah dibagi. Hang saja tak nak ngaku aje. Kalau tak de bukit, kenapa Roslan SMS cakap, kenapa mufti selangor pun cakap. Kenapa TB tak berani nak saman kosmo yang buat pendedahan. Hang kan pakar buat tabung guaman untuk saman orang. Kenapa dalam bab kosmo buat pendedahan rumah urut di Selangor hang tak berani saman? Takkan hang hanya berani saman orang pas aje.
.

Dan semua sumber kau tak bagi bukti pun. Cuma dakwaan sahaja.

Takda sumber yang otoritatif.

Kao kata Roslan SMS tu otoritatif? Dia fraksi UMNO dan pro UMNO. Dia geng kau. hahahaha

Percubaan kau gagal

Tulang Besi said...


pasal pembohong ni..aku rasa TB pun ada saham..mana bukti pembayaran guaman..mana bukti audit tabung bantuan guaman...mana bukti TB serious nak hudud...kalau la TB dah pembohong..aku rasa susah skit la org lain tak bohong..itu belum kira nizam mahmud..anti babi..sam..john labu..hampeh...tu la ikut stail TB..sapa yg salah...kalau bukan pimpinan..TB la tu...
.

Kahkahkah nak bayar peguam macam mana, peguam pun belum lantik lagi.

Puak2 UMNO dah berpeluh, percubaan memefitnah TB dalam isu tabung peguam semakin gagal

Tulang Besi said...


TB..kalau dia orang berani..letak la jawatan..buat p/kecil..baru la respect kt nizar dan geng dap dia...yg pasti kalu dah letak jawatn tu..tak leh la nk tanding plak..tak pe la..kita bukan kira individu..parti yang penting..takan tak ada nizar..PR tak leh hidup kot...inikan tarbiyyah cara TB...
.

Buat apa? Benda akan kekal macam biasa kalau buat macam tu.

Buang masa aje. Lepas tu calon yang sama tak boleh bertanding untuk 5 tahun.

Tulang Besi said...

Anonymous said...

GM..takat TB ni kacang je..tgk la takat mana dia boleh tahan dengan pembohongan dia...kebenaran tak boleh ditutup dengan kebatilan..tak ramai pung yang tertipu...cuma yang cetek ilmu politik macam nizam mahmud..anti babi..sam..john labu..boleh le....
.

Takat ni nampaknya TB yang bertahan baik. GM yang terdedah penipu banyak kali.

Misal besarnya, dia takda bukti bila dia tuduh Selangor bertambah rumat urut.

Grand Marquis said...

TB,

Sebenarnya Trangganu sudah pun tumbang pada PRU 2008. Tetapi pada masa itu, keseluruhan jentera dibawah Pak Lah Tidur berkampung di Ganu dan juga Kelantan. Kununnya Pak Lah Tidur dan buat rekod merampas Kelantan dari PAS.

Segala penipuan dan penindasan dihamburkan ke Terangganu. Polis di anjingkan dengan menembak rambang kearah orang awan.

Hasilnya Terengganu jatuh ke BN.

Tetapi Kelantan dan 4 negeri lain jatuh ke PR..

Ha ha ha..

Grand Marquis said...

Untuk pengetahuan, kenapa UMNO begitu ketagih dengan Terengganu.

1. Ini adalah strategi UMNO untuk meminggirkan Melayu. UMNO tahu jika melayu kaya dan bijak, UMNO akan dibakulsampahkan. Oleh yang demikian, Melayu mesti dibiarkan miskin, meminta2, dan kalau boleh, Melayu mesti makan sampah. Ini adalah strategi UMNO supaya Melayu terus mengundi UMNO khususnya di Ganu. Oleh itu, wang royalti minyak harus disonglap habis-habisan. Jangan tinggalkan sedikit pun wang minyak kepada melayu Terengganu takut2 kalau mereka bijak, mereka akan memberontak.

2. Kita lari sedikit dari Terengganu. Sekarang ini, UMNO sedikti2 sedang menjual negara ini kepada bukan melayu. Mereka menjadikan Ibrahim Ali sebagai ejen meminggirkan melayu atas nama nasionalis sama seperti British menjadikan Kamal Artartuk untuk menjatuhkan Khalifah Othmaniah di Turki juga atas nama nasionalis. Jika melayu tidak berhati-hati, kemungkinan tercetusnya lagi insiden perkauman di Penang terutamanya. Apabila perkara ini terjadi, UMNO akan pisahkan Penang / gadaikan penang kepada DAP sama seperti mereka manjual secara longgok Singapura kepada PAP. Dan UMNO akan mengangkat Ibrahim ALi sebagai Ultra melayu untuk mengaburkan mata orang melayu sendiri. Dan sekali lagi UMNO akan benarkan satu lagi parti kecinaan (munkin BAP, atau SAP atau KAP) didaftarkan. TArget mereka seterusnya mungkin Melaka. Ingat, 3 negeri selat paling berharga adalah SIngapura, Penang dan melaka. Dan UMNO telah berjaya menjual Singapura. Penang masih di dalam perancangan dan Melaka adalah untuk masa depan. Apa UMNO dapat jika menjual negeri2 ini?. Tentu sekali ini adalah perjanjian antara British dan UMNO sewaktu ingin merdeka dan habuannya hanya pemimpin2 uMNO sahaja yang tahu.

Grand Marquis said...

Saya dah kata dah. Bila saya guna aje nick GM, sekejap aje penyamar GM akan muncul. Kalau saya tak guna nick GM, dia tak muncul-muncul. Itu saja modal korang.

TB, tak payah menyalak. Selagi hang tak berani sama kosmo pasal isu rumah urut, hang tak layak nak cakap apa pun.

Kebenaran bang hang ni hanya terpilih untuk puak-puak awak aje. Inilah orang kata standard keadilan cap ayam.

Tulang Besi said...

TB, tak payah menyalak. Selagi hang tak berani sama kosmo pasal isu rumah urut, hang tak layak nak cakap apa pun.

Kebenaran bang hang ni hanya terpilih untuk puak-puak awak aje. Inilah orang kata standard keadilan cap ayam
.

KOSMO bukan akhbar UMNO? Takda satu bukti pun artikel KOSMO tu beri. Alamat pun dia tak berani beri. Gambar tempat tu pun dia tak berani beri.
Kao nak berbangga dengan artikel tu? Kao memang tak cerdik, GM tak ori.

yat said...

TB,

I'm one of 'fence-sitter' that vote for PR in last GE, but now at the moment, we the 'fence-sitter' are the kingmaker of Malaysia...

true indeed, apart from promising manifesto of PR, the other biggest factor for us to vote PR is because we really hate thet sleepy guy pak lah, look good on the outside, but rotten inside...

but after seeing the performance of PR, we dn't see any different that PR can give to current BN's government. We know it's not perfect and giving the young age of PR, but now is the new era where you have to work extremely-fast, and people seems less intolerable of any slow or laziness....and most of us are malay (chinese and indian faction already go to PR or DAP)..

i will just keep head open..but at the moment, things don't look good on PR.....and BN even there are corrupted, but there are work to improve themselves, but ven that far from impressing....

and one advise to PR, dn't said that we are like 'lalang', 'xdr pendirian' and everything tht insulted us....unbelievably, we dnt see this kind of name-calling on BN's side...so PR, buckle up, or we the 'fence-sitte' the true kingmakers will bury you in next GE....

Grand Marquis said...

KOSMO bukan akhbar UMNO? Takda satu bukti pun artikel KOSMO tu beri. Alamat pun dia tak berani beri. Gambar tempat tu pun dia tak berani beri.

Kalau macam tu, basis untuk hang saman kosmo lebih kuat. Jadi tunggu apa lagi. Tak kan takut. Tabung guaman hang pun dah makin banyak. Kalau menang saman boleh dapat juta-juta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.