Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 3, 2010

Aduan Rasmi Tindakan Melanggar Perlembagaan Parti oleh Ahli2 Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Assalamualaikum,

Kepada: Tuan Haji Mustafa Ali dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,

Saya, Abdul Rahman Abdul Talib, bernombor ahli 253812, Kawasan Lembah Pantai dengan tarikh daftar ahli 09/09/1987, ingin membuat aduan rasmi berkenaan salah laku beberapa Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang telah melanggar peruntukan Perlembagaan PAS Pusat.

Mengiikut rakaman dialog Ustaz Nasaruddin Mat Isa dengan blogger2 UMNO dan PAS tempohari, satu mesyuarat “Majlis Syura Ulama” telah diadakan sebulan selepas tamatnya Pilihanraya Umum 2008.

(Sila rujuk Lampiran 1.0 dan 2.0 di bawah untuk mendengar rakaman tersebut. Untuk download rakaman tersebut, sila klik di sini.)

Di dalam mesyuarat tersebut, Ustaz Harun Din telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “ Tahaluf Siyasi: Pasca 2008” yang, mengikut pengakuan Ustaz Nasa sendiri, menyaran parti supaya bercakap dengan UMNO secara bersendirian. Keputusan itu juga tidak pernah dirujuk kepada AJK PAS Pusat.

Mesyuarat yang dikatakan oleh Nasaruddin Mat Isa itu juga telah melantik Tuan Haji Mustafa Ali sendiri dan Ustaz NAsa mewakili PAS di dalam bercakap dengan UMNO.
Ini jelas melanggar Perlembagaan Parti kerana Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti itu. Lebih-lebih lagi keputusan tersebut tidak pernah dirujuk kepada Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat.

Ustaz Nasa sendiri, dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Ipoh menyatakan tindakan beliau berjumpa UMNO adalah atas keputusan Majlis Syura Ulama PAS. Ertinya secara terbuka Ustaz Nasaruddin Mat Isa melakukan
Lebih-lebih lagi keputusan itu tidak mendapat persetujuan dari Mursyidul Am PAS Pusat. Yang lebih menyedihkan adalah keputusan tersebut telah menyebabkan perpecahan yang sangat runcing dalam PAS sehingga hari ini.

Maka, saya memohon supaya mereka yang terlibat dalam mesyuarat tersebut dihadapkan ke JK Disiplin bagi kesalahan:
a. Melanggar Perlembagaan Parti
b. Menyebabkan perpecahan yang teruk dalam parti
c. Membelakangkan Mursyidul Am PAS Pusat
d. Membelakangkan AJK PAS Pusat yang dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan Parti untuk membuat keputusan Eksekutif.
e. Mengkhianati konsep Tahaluf Siyasi yang telah diluluskan sebelum ini
f. Mengkhianati persahabatan PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat
g. Menjalin hubungan yang haram dengan UMNO

Saya mengharap aduan saya ini tidak disapu di bawah karpet sepertimana yang berlaku kepada aduan2 yang dibuat oleh Exco Pemuda PAS Pusat, saudara Abdullah Karim.

Sekian terima kasih

Abdul Rahman Abdul Talib aka Tulang Besi

ps Aduan ini juga saya akan email pada Tuan Haji Mustafa Ali serta Tuan Ibrahim Tuan Man melalui SU JK Disiplin PAS Pusat, Dr. Supyan Husin.

LAMPIRAN

1.0 Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 01



2.0 Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 02.wmv




3.0 Fasal 7. Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK". (samb)
c) Ahli-ahli 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK'
(i) Melaksanakan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan kuasa yang diperuntukkan oleh Fasal 7 (3).
(ii) Melantik ahli-ahli Jawatankuasa tatatertib PAS menurut Fasal 75 (4).
(iii) Menyediakan peraturan pemilihan calon pilihanraya menurut fasal 23 (7)(c).
(iv) Mengesahkan persetujuan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS menurut Fasal 23(7)(h).
(v) Mengambil apa-apa tindakan tatatertib tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tataertib ke atas mana-mana ahli PAS yang diadukan kepadanya menurut Fasal 75 (7).
(vi) Mengambil keputusan atas segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan ini tertakluk kepada Fasal 79 (1)
(vii) Membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan ini dengan tertakluk kepada Fasal 79 (2).
.

4.0 Kuasa JK Kerja PAS Pusat
Tugas melantik sesiapa sahaja wakil parti untuk berjumpa dengan UMNO boleh seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan parti adalah:

“(7) Tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
(a) Melaksana, menyusun dan mengatur strategi dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan program politik, ekonomi, pelajaran, kemasyarakatan dan lain-lain mengikut dasar yang ditentukan kepadanya oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini dan oleh mana-mana badan yang diberi kepadanya kuasa menetapkan dasar oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini.”


19 comments:

Sebatang kara said...

Salam TB,

Takkan hantar aduan macam nih jerr. Saya rasa blog TB pun mereka tak bukak. Buatlah rasmi sikit. Hantar by hand kerr, bersama ngan beberapa orang pengikut dan jemput reporter sekali. Barulah depa amik berat sikit.

Tulang Besi said...

Cuba hang baca. Kan aku cakap aku ha ntar pada dr Supyan secara email

Sebatang kara said...

Maksud saya, hantarla cara rasmi sikit. Hantar by hang ka, dengan pengikut-pengikut sekali lepas tuh jemput reporter sekali. Biar satu Malaysia tahu. Barulah mereka amik berat sikit.

Tulang Besi said...

Blogger Sebatang kara said...

Maksud saya, hantarla cara rasmi sikit. Hantar by hang ka, dengan pengikut-pengikut sekali lepas tuh jemput reporter sekali. Biar satu Malaysia tahu. Barulah mereka amik berat sikit.

February 3, 2010 2:11 PM
.

Bagus jugak cadangan hang tu. Ok nanti aku pikirkan.

zakwan said...

TB,
what makes u think Stopa Ali n Tuan Ibrahim will bother 2 listen 2 u?

4 all we know,Hassan Ali has some dirt on them,thus the controversial verdict

Tulang Besi said...

Sebatang Kara,

Bak kata Ahmad Nisfu, kepala hotak hang memang best.

Sebatang kara said...

Terima kasih atas pujian TB tuh. Sebagai tanda pujian, TB promote2lah sikit blog kami.

Grand Marquis said...

(iv) Mengesahkan persetujuan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS menurut Fasal 23(7)(h).

Perbincangan dengan UMNO ni bukankah sebahagian dari usaha untuk mengesahkan persetujuan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS menurut Fasal 23(7)(h).

Adakah bekerjasama dengan UMNO ni menyanggahi Fasal 23(7)(h)?

sudah tahap max said...

TB

Apa kata buat cara besar besar,promote pada semua website dan blog kecuali tranung"perpaduang"kite.
cadangkan satu tarikh,kalau sabtu lagi cantik tapi tau samada ibupejabat buak ke tutup.

dan kita ramai ramai pergi ke raja laut hantar.saya bole bawa min 8 org termasuk saya,semua ahli PAS bersijil.

Grand Marquis said...

Apa itu 23(7)(h)?

Nin dia:
(h) Membuat pertimbangan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS dan membuat keputusan mengenainya setelah dipersetujui oleh ‘MAJLIS SYURA ULAMAK’.

Anonymous said...


(h) Membuat pertimbangan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS dan membuat keputusan mengenainya setelah dipersetujui oleh ‘MAJLIS SYURA ULAMAK’.

February 3, 2010 2:32 PM
.

PERTIMBANGAN bukan ARAHAN. Ada faham?

Anonymous said...

Rasanya Grand Marquis ni barua UMNO dalam PAS.

Memang dia UMNO tapi dihantar untuk mempertahankan geng2 yang berahi sangat nak duduk sekelambu dengan UMNO.

Monkey Code said...

Sebatang kara....Ada fit back dari aduan Abdullah Karim kepada Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man....

@ Khalid Samad
Bilamana UMNO Tidak Menyerang PAS...[Tuan Ibrahim Tuan Man]

------------------
"Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak.

Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat Negeri Pahang.

Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau.sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau keluar Negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.

Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan".
.................

BUKAN KE APA YANG Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man HEBAH KAN DIATAS TU SEBAGAI MEMBUKA RAHSIA AHLI PARTI PADA ORANG AWAM!!! DALAM HAL INI SURAT MELEPASKAN SEMUA JAWATAN OLEH ABD KARIM...
---------------------------------

..tapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh.

Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti.

Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.
...............

SO, CONFIRM LE HASSAN ALI BERSALAH..DAN CONFIRM LE YB KHALID BERKATA BENAR...TAPI SOAL NYA KENAPA PENGADU PULA YANG DI HUKUM !!

Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man CAKAP MACAM ORANG BODOH...PASAL APA RAKYAT MARAH PADA DR MAHATHIR 1998..BUKAN RAKYAT YANG KENA HUKUM, TAPI ANWAR IBRAHIM..SO APA PASAL RAKYAT SIBUK MARAH2. MESTI LE ADA SEBAB...DAN SEBAB NYA RAKYAT RASA ANWAR DI "DI ZALIMI". PADA HAL ANWAR BUKAN PUN AHLI PAS ATAU DAP PADA MASA ITU.

SO, SAMA LE JUGA DALAM KES YB KHALID NI...INI BUKAN SOAL PAS ATAU ABD KARIM, INI SOAL SEORANG AHLI PARLIMEN SHAH ALAM YANG DIZALIMI.

Anonymous said...

TB ni memang bodoh tak paham, tapi dia tak tahu yang dia bodoh. Bila dia hujah begitu, confirm dia bodoh. Ramai org baca kes keputusan JK Disiplin. Saya pun baca juga. Saya nampak kesalahan Khalid, salah satu dpd 2 ialah dia bocorkan rahsia minit mesyuarat. Khalid mengaku dalam blognya. Tapi Tuan Ibrahim sebut ttg Dolah Karim bukan dari mana2 mesyuarat atau minit. Itu yang TB tak nampak.


Kesalahan kedua khalid ialah menimbulkan suasana keserabutan dan kem2 dalam PAS dengan 'serangan'nya terhadap Hassan Ali atas sebab Hassan Alai kritik SELCAT. TB tak baca surat kabar dan laporan, dia ikut hati dan mulut celupar dia aja. Laporan kata Khalid Samad salah andaian terhadap Hassan Ali mengenai isu SELCAT, dan Khalid akhirnya nampak akur dia tersilap. Jadi bila TB kata Khalid Samad betul kerana Hassan Ali didapati bersalah dalam hal ini, sebenarnya TB tak faham beza antara sebab-akibat (cause-effect) dengan pertalian (relationship). Sesuatu pertalian bukan mesti jadi sebab. Pemahaman ini perlu kemahiran berfikir aras tinggi sikit, tapi TB punya tahap fikiran rendah sikit, sebab tu dia tak boleh nak paham dalam isu ini. Laporan kata Hassan Ali didapati bersalah sebab buat kritikan terbuka sehingga boleh menjejaskan PAS dan PR. Walaupun nampaknya ada pertalian dengan apa yang khalid serang, tetapi sebabnya tidak sama. Hai TB elok pergi belajar bahasa undang2 dan pegi belajar lagi. Buang masa kamu buat blog ini dengan memaparkan kebodohan dan ketulian kamu. Kalau kamu buat tesis sarjana, mungkin dah habis dah agaknya. Tapi apo nak buek ko suko orang tahu ko bodoh

Anonymous said...

..alahai suruh TB buar sarjana...
guna fakta persepsi jeee!!!awai-awai lagi...kena reject!!!!DR yang menyelia dia akan kata apa!!!Nak termuntah baca persepsi hang!!!Dalam politik bolehla!!dalam bidang ekademik!!!!Dok haghap pandai omputih jeeeee!!!!!

Ibnuqalil said...

Perlembagaan PAS, Fasal 75 (2) menyatakan:-

(2) Sebuah Jawatankuasa Tatatertib hendaklah ditubuhkan di peringkat pusat. Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan-kawasan, Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar Tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib itu.

Ana mencadangkn agar Sdr TB mmbawa aduan ini ke dalm Cawangn atau Kawasan yg Sdr TB bergerak kerja. Itupun kalau bergerak kerja lah. Jgn ade no ahli saje tp kerja merosakkn parti. Itu sesat lg menyesatkan....Dan adukan kepada SU Agung serta JK Disiplin sebarang aduan melalui Cawangn dan Kawasan Sdr TB. Itulah prosedurnya.

Nnti Sdr TB boleh adu mcm2. Termasuk adukan bhw TGHH mnta tlg Najib bg jawatn Menteri bhgian agama. Sdr TB kn pandai mencipta cerita lalu menimbulkn persepsi negatif. Apatah lg ramai org berimankan persepsi dewasa ini. Sebijik mcm Sdr TB. Quran dan Hadith ntah campak ke mana. Wallahua'lam.

Ya Allah, jika benar TB merosakkn jemaah Islam, maka Engkau berilah peluang kpdnya utk kmbali ke jalan yg benar. Tetapi Ya Allah, jika gilanya semakin menjadi, kami serahkn urusan ini kpdMu Ya Allah. Bantutkan peracncangn jahatnya Ya Allah dan selamtkn lah PAS dr anasir2 jahat dalam dan luar. Ameen.

Anoinimuz said...

Dr Sapien tuh banyak topengnya dalam almari. Awas.

Anonymous said...

Nik Aziz dah kata boleh pulak bermuzakarah dengan UMNO!!! Mulanya isu Islam kemudian ....habis lah kau Tulang besi, mesti sakit jiwa hang!

IbnuQalil said...

To Anon February 4, 2010 10:26 PM,

Eh,tak tau lg ke? Mmg TB ni dah lame sakit jiwa. Jiwa dia tak tenang kalau tgk pimpinan PAS semuanya bersatu. Dah lame dh ana perasan. Hehe. Gurau je abg TB, jgn marah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.