Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, February 18, 2010

Annuar Shaari dan Ezam Mat Nor Dapat RM20juta Dari SOROS

"Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar, Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. "Awak tahu tak yang Ezam dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign)?" Pawanchik menyoal saya."

NOTA EDITOR: Berikut adalah pendedahan dari Raja Petra Kamaruddin bahwa Ezam Mat Nor dan Annuar Shaari telah meminta wang dari George Soros sebelum pilihanraya 2004. Jumlah yang mereka dapat adalah dalam RM20juta tetapi wang tersebut tidak pernah dilihat dan diterima oleh Keadilan mahupun Anwar Ibrahim. Khabarnya, wang tersebut tersekat di Hong Kong dan tidak pernah ditemui lagi.


Saya teringat sekitar tahun 2003 saya minum the tarik dengan salah seorang MP PKR sekarang ini. Saya bertanya pada beliau, mana Ezam dapat duit beli rumah banglo di kawasan paling mahal di Shah Alam? Beliau lantas mengamuk dan mempersoalkan berkenaan bagaimana anak Mustafa Ali boleh dapat banyak kontrak dengan Kerajaan Negeri Terengganu. Saya kata, saya tak tau pasal tu, tapi yang pasal Ezam ni saya tahu dan wajib kita ambik tindakan. Last-last tengok sapa yang betul? Alhamdulillah.

Saya juga teringat Lokman Nor Adam difitnah dan dimaki Ezam secara terbuka sebab Lokman mintak kenaikan elaun dari Ezam Mat Nor sebab dia tak mampu buat kerja sebagai SU Pemuda Keadilan Pusat. Pada saya masa tu, macam mana Lokman tahu Ezam ada duit banyak? Kalau Ezam pun sengkek kenapa nak mintak duit kat Ezam?

Saya yakin antara yang dibincangkan dengan Aziz Samsudin di sebuah hotel di Shah Alam adalah kebenaran untuk membawa wang yang sebegitu banyak dari Hong Kong ke Malaysia. Maka, selepas itu, mereka berpakat konon bergaduh sesama mereka. Dan apabila mereka ditendang dan keluar parti, mereka bebas berbelanja wang yang sangat banyak itu.

Bagi UMNO, mereka akan menyokong 100% kerana ini bermakna PKR tidak akan mendapat wang tersebut yang mampu menjatuhkan UMNO.

Dan Lokman antara orang yang mula-mula mendedahkan wujud usaha meminta wang dari George Soros oleh puak2 dalam KeAdilan. Sekarang ni, kedua2 ekor kerbau ni dah duduk dalam UMNO dan berkempen lawan kita. Nampak tak taktik mereka mengkaburi mata kita.

Bagi saya, tindakan Lokman maki Ezam dan Ezam maki Lokman sebelum 2004 adalah SANDIWARA sahaja. Tujuan utama adalah untuk membawa perhatian orang dari topik yang sebenar: bagaimana hendak menjadikan RM20juta tu harta mak bapak mereka. Tengok la Lokman sekarang ni, kaya raya, bawa kereta mewah. Mana si Lokman dapat duit dengan begitu mudah. Semua puak2 yang ikut Ezam keluar UMNO tu, lihat gaya dan cara hidup mereka sekarang.

Ia banyak menjawab persoalan-persoalan yang selama ini kekal di benak saya. Rupa-rupanya kita semua ditipu oleh Ezam, Lokman, Zahid Mat Arip, Roslan Kassim dsbnya. Mereka konon bergaduh sama sendiri tapi di belakang mereka sesah duit Rm20 juta ni sesama mereka.
Lagi satu kena ingat, tu baru dari George Soros. Bagaimana pula duit dari sumber lain? Raja Petra kata lagi mereka jual nama <i>Free Anwar Campaign</i>. Mereka round satu dunia mintak duit. Ertinya, busuk-busuk pun saya yakin RM80-RM100juta tu senang-senang je.

Jadi, untuk memastikan duit-duit tu tidak dipersoalkan, mereka pun berlakon lah kononnya mereka bergaduh. Last2 semua masuk UMNO. Di Permatang Pauh, Lokman dengan Ezam boleh duduk atas pentas yang sama. Annuar Shaari boleh bukak bisnes sendiri hidup senang lenang. Semua hidup senang makan duit derma orang yang nak tengok Anwar lepas.

SEEMUUUAAAAA AUTA.

Lagi satu pengajaran dari peristiwa Ezam and the Gang, kalau pimpinan tu tiba2 je boleh hidup kaye, takda kerja boleh tukar Mercedez, takda bisness boleh duduk rumah juta-juta, ertinya ADA YANG TAK KENA. Jangan sekali-sekali kita BERSANGKA BAIK. Islam mengajar umatnya bersangka baik. Tapi Islam juga mengajar umatnya supaya JANGAN JADI BODOH. Malahan, lebih penting umat Islam tidak jadi bodoh dari bersangka baik.

Nabi SAW tak pernah bersikap bodoh. Nabi SAW sentiada bersikap bijaksana dan takda sapa boleh tipu Nabi SAW.

Kat dalam PAS sekarang ni pun kita kena tengok-tengok benda ni. BAru memerintah tak sampai setahun dah tukar Mercedez. Lepas tu tayang kat orang. Itu ke ajaran NAbi SAW? SAidina Umar jadi papa sebab pegang jawatan Khalifah. Sampai anak bini dia kelaparan. Pimpinan2 PAS boleh tukar kereta baru, kereta mewah, rumah banglo harga juta2.
Ini bukan WALA', ini BODOH namanya. Islam TIDAK PERNAH AJAR UMATNYA JADI BODOH.
Tulang Besi
Anuar Shaari and George Soros (UPDATED with BM Translation)

Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar, Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. "Awak tahu tak yang Ezam dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign)?" Pawanchik menyoal saya.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

"Anuar Shaari, bekas pegawai Kementerian Kewangan yang bekerja untuk Anwar antara 1996 dan 1998, tiba di pejabat polis daerah Melaka Tengah sekitar jam 10 pagi pada Khamis dan menghabiskan sekitar 30 minit dengan OCPD ACP Salehhudin Abdul Rahman bagi menyampaikan maklumat itu," akhbar The Star melaporkan.

Sebenarnya, laporan ni tak menceritakan segala-galanya. Ia tidak menjelaskan hakikat bahawa Anuar Shaari terus bekerja untuk Anwar hingga tahun 2004 ataupun mungkin lebih lama daripada tu. Dia adalah salah seorang 'pengendali' utama Parti Keadilan Nasional, iaitu sejak parti tu dilancarkan pada 14 April 1999 hinggalah ke saat pelancaran Free Anwar Campaign pada Ogos 2000, dan seterusnya.

Pada sekitar tahun 2003, Anuar Shaari, Ezam Mohd Nor dan dua orang lain yang telah meninggalkan parti pembangkang pergi ke Amerika Syarikat. Saya hanya mengetahui tentangnya apabila saya ditelefon seseorang dari Amerika Syarikat. Dia ingin saya mengesahkan identiti keempat-empat orang berkenaan dan bahawa mereka adalah sebahagian dari Free Anwar Campaign.

Saya terkedu dan tak tahu apa yang harus saya jawab. Saya berbohong dan berkata bahawa saya sedang bermesyuarat dan meminta untuk menelefonnya kemudian. Saya kemudiannya menghubungi seseorang yang pasti tahu tentang apa yang sedang berlaku, lalu bertanya mengenai perkara tu.

Orang tu terkejut kerana saya mengetahui tentangnya.

Pada masa tu, saya memang resah. Ini kerana hanya saya yang terlibat dalam Free Anwar Campaign. Saya menjalankan Free Anwar Campaign secara sendirian. Tak ada orang lain yang terlibat dalam Free Anwar Campaign. Jadi, macam mana pula sekarang ni ada empat orang di AS yang kononnya ke sana atas urusan yang berkaitan dengan Free Anwar Campaign?

Orang yang berhubung dengan saya tu menerangkan tentang tujuan mereka ('empat sekawan') ke AS. Dia kemudiannya meminta saya untuk menelefon kembali orang hubungan saya di AS dan mengesahkan identiti empat sekawan tu. Saya melakukan seperti yang diminta, tetapi hanya selepas saya melepaskan geram saya kepada orang tu dan menyatakan pendirian bahawa saya tidak menyenangi akan perkara yang sedang berlaku. Namun demikian, demi perjuangan, saya mematuhi arahan tu.

Saya kemudiannya menelefon orang hubungan saya di AS bagi mengesahkan identiti empat sekawan tu. Saya juga memberitahunya nama keempat-empat orang individu itu dan orang hubung saya di AS mengesahkannya.

Menurutnya, adalah penting bagi saya mengesahkan bahawa empat sekawan tu dibenarkan untuk bertindak atas nama Free Anwar Campaign. Selepas tu, dia mengajukan pertanyaan lain kepada saya, "Benarkah pembangkang amat kekurangan wang dan jika mereka mempunyai beberapa juta ringgit, maka mereka mempunyai peluang yang lebih baik bagi memenangi pilihanraya umum yang seterusnya?"

"Ya," saya menjawab.

"Okey," ujarnya. "Kalau begitu, kami akan dapatkan sejumlah wang untuk mereka. Setakat sepuluh ataupun dua puluh juta ringgit, tu tak jadi masalah bagi kami. Kami boleh mendapatkannya."

Ini berlaku sejurus sebelum pilihanraya umum Mac 2004. Tapi dana pilihan raya puluhan juta ringgit tu tak pernah pun dihantar ke Malaysia. Sebaliknya, ia disalurkan ke Hong Kong dan pilihanraya umum Mac 2004 berlangsung sebelum wang tu sempat disalurkan dari Hong Kong ke Malaysia. Sehingga kini, duit tu ghaib entah ke mana. Tak lama selepas tu, Ezam dan gengnya, termasuklah Anuar Shaari meninggalkan pembangkang dan menyertai UMNO. Ada juga yang meninggalkan pembangkang sejurus sebelum pilihanraya 2004.

Saya kemudiannya diberitahu oleh seorang pemimpin kanan parti bahawa wang itu diberikan oleh George Soros (dapatkan maklumat lanjut mengenai George Soros di sini: http://www.georgesoros.com/). Malah empat sekawan tu bertemu dengan Soros secara peribadi di pejabatnya. Saya juga diberitahu tentang individu yang menetapkan pertemuan tu dan penyaluran wang yang berkenaan.

Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar, Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. "Awak tahu tak yang Ezam dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign)?" Pawanchik menyoal saya.

"Ya, saya tahu," jawab saya.

"Awak ada dapat duit daripada mereka?" soal Pawanchik.

"Satu sen pun tak ada," jawab saya.

"Mmm… dah agak dah," kata Pawanchik. "Saya diberitahu bahawa mereka menggunakan nama awak untuk mengutip jutaan ringgit dan bahawa mereka tidak memberikan satu sen pun kepada awak. Kenapa awak tak tutup saja Free Anwar Campaign? Kalau dibiarkan, puak-puak ni akan memperalatkannya bagi mengutip derma."

Isteri saya yang berada di situ sependapat dengan Pawanchik. "Saya dah lama suruh tapi dia ni degil sangat," isteri saya menambah.

"Saya takkan meninggalkan Anwar separuh jalan," kata saya kepada Pawanchik. "Saya akan tutup Free Anwar Campaign apabila Anwar dibebaskan."

"Bagaimana jika dia tak dibebaskan? Bagaimana kalau dia meringkuk selama 15 tahun di penjara? Awak nak ke teruskan Free Anwar Campaign untuk lagi sembilan tahun tanpa dibayar gaji dan terus membiarkan mereka memperalatkannya bagi mengumpul kekayaan?"

"Yelah kot," jawab saya. "Tapi hari ni, Anwar akan dibebaskan. Jadi, saya boleh tutup Free Anwar Campaign hari ni juga."

"Tak ada seorang peguam pun yang sependapat dengan awak," kata Pawanchik. Saya hanya mengangkat bahu saya. Dua jam kemudian, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dan saya pulang ke rumah untuk membuat entri terakhir saya, 'Alhamdulillah, Anwar is now free' (Alhamdulillah, Anwar kini bebas) dan seterusnya menutup Free Anwar Campaign.

Ya, itulah cerita tentang Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari dan ya… saya juga tahu identiti dua orang lain yang juga pergi ke AS serta 'orang kelima', iaitu lelaki yang saya telefon. Saya juga tahu nama pemimpin kanan parti yang memberitahu saya bahawa puluhan juta ringgit tu datang daripada Soros. Selain tu, saya juga semestinya tahu nama orang hubungan saya di AS yang menguruskan segala hal yang berkaitan dengan penyaluran wang tu. Tapi selagi mereka tak kacau saya, maka saya takkan bocorkan rahsia mereka. Tetapi kalau mereka sengaja cari fasal dengan saya, maka saya akan dedahkan nama mereka.

41 comments:

Anonymous said...

Helo Ezam Mat Nor dan Annuar Shaari...

Aku harap kau berdua dan beberapa orang yang namanya tertulis terlibat dengan (Free Anwar Campaign) tolong tampil kehadapan dan menafikan bahawa kau dan geng yang lain tidak melakukan kerja minta sedakah seperti yang diwar-warkan dalam blog ini.

Jika kau orang dipihak yang benar sila saman orang yang menuduh kau sebagai penipu... atau lebih sedap disebut kau dan geng-geng yang lain tu adalah pengkhianat.

Sila jawab atas tuduhan ini atau jika kau mendiamkian diri bermakna kau memang benar-benar melakukan seperti mana yang dituduh keatas kau.

ataspagar said...

wowww...jika ezam n the gang sendiri boleh dpt sampai RM20 juta seperti di dakwa...bygkan lah..
brapa ratus juta pula yg Anwar n the gang boleh dptkan dari dana asing ini untuk jatuhkan kerajaan BN.. ALHAMDULILLAH..ALLAH masih lindungi negara Malaysia dari jatuh kpd pemimpin anasir asing ini..

Tulang Besi said...

Rasanya yang derma kat Anwar banyak dari timur tengah dan Turki, bukan dari Amerika

Anonymous said...

salam tb,

sila buat laporan terhadap stopa ali kerana telah menyalahguna kuasa beliau dan tidak berlaku adil dalam PAS pihat kenyataan terbaru, kami menanti tindakan anda. - PAS REFORM!

Tulang Besi said...

Inshaalah, saya akan buat laporan

Anonymous said...

salam;

Nak tanya kat TB nie,mcm mana pulak dgn kekayaan Anwar dan Khalid Ibrahim??

Khabarnya rumah masing2 harga berpuluh juta..

Tak nak report jugak ker??

ataspagar said...

Tulang Besi said...
Rasanya yang derma kat Anwar banyak dari timur tengah dan Turki, bukan dari Amerika
----------------------------------------------------------------------
Rasanya yang derma kat Anwar
banyak dari negara barat dan Amerika, bukan dari Turki

rasanya...bla..bla..bla..bla..

Anonymous said...

padanlah bangkai-bangkai hidup ini masuk umno balik sebab duit juta-juta dah habis joli, ini nak harap dapat duit juta-juta perah rakyat pulak. kepala otak punye orang lah ni.

yes said...

Hairan ya, mereka yang di sebut namanya ini semuanya melayu, tentu nya berugama Islam. Kenapa boleh jadi begini? Sekiranya tuduhan ini betul nampaknya manusia tidak takutkan Allah. Mungkin manusia lebih takut pada traffic light kerana bila lampu merah kebanyakan pemandu stop.

Anonymous said...

mat ezam alkotaki & anuar saari siap sedia untuk dikutukkeji dulu kini dan selamanya

Anonymous said...

salam, saya sedih, ucapan Tg.Hj.A.Hadi smasa kvson yang lepas dah x sebut negara Islam tpi negara msykt majmuk.... apa ni mana negara Islam yg dpjungkan selama ini.....takbir

Anonymous said...

saya dah x pcaya pd PAS, PKR lagi la. Pas dah jual perinsip, negara Islam dan x sebut, Hudud jauh sekali, sebat x berani sentuh termasuk dlam ke terbaru(kartika)hiburan dah boleh di kelantan. kota baru bandraya Islam xa ada pun, kota yg terkotor di Ms'ia ada la....minta maaf. Yb-Yb dah sombong...pakai kerta besar2 belaka....masa nak undi dulu bukan main...mari dg moto..kerta buruk, singgah kenadi kopi belaja...sekarang hampah takade..nak kelih ari jumaat di kawasan pun susah....

Anonymous said...

salammm

kes DSAI ni pa certita? tangguh-tanggguh....mahkamah tingggi minta tanguh, makkamah rayuan minta tangguh...mahkamah persekutun minta tangguh...biala nak selesai... saya cadangkan pada 20.2.2010 ni kita gi ramia d S.A minta tok guru doa, minta Allah Tunjuk siapa benar siapa salah...kita amim rami-ramai...saya hadir nak dengan tok guru doa macam mana dlm ke DSAI ni...

zakwan said...

Wow
We should be proud of being Malays
Why?
2 mere lowlifes,ezam n annuar shaari just screwed a jewish millionaire
One 4 the history books,I guess

I wouldn't be surpised if some Mossad freelance operatives under Soros's payroll managed 2 infiltrate Malaysia's security n dragged ezam n annuar's bloody carcasses around the globe 2 Soros himself

Hey,if APCO Worldwide(Najib's image consultant from Tel Aviv)has managed 2 infiltrate our entertainment industry,(the recent AJL with Illuminati references)anything is possible

Anonymous said...

TB..kau dah update ke belum akaun sumbangan tu...jgn nak lari la..tlg update

Anonymous said...

Anonymous said...

TB..kau dah update ke belum akaun sumbangan tu...jgn nak lari la..tlg update


yg kou sibuk tu apahal... dah subang ke belum??
ke nak tumpang?? pi la kat ceramah kaum UG, tadah karung kat sana.. bangsa jenis kaum honar kou nihh..

john labu said...

pendapat aku la...
kes ni kena rujuk sirah, hikmah peristiwa perjanjian hudaibiyah!

mana orang islam yg lari kpd kafir Quraish mekah (sekarang UBN le gamaknya) tidak boleh di pulangkan kpd kerajaan Madinah (kerajaan PR tidak termasuk geng UG)

jadi pada aku ezam dan malaun2 yg melompat kpd UBN (@= barisan Quraish mekah) sahihlah sebenar2nya makhluk2 buruk yg apa pun kerja mereka pastilah merugikan PR. adalah satu rahmat mereka ni awal awal lagi dah berambus dan join kaum depa.

yg masalah BESARRRnya tu kaum yg nak menyeberang tapi tak jugak jadi2 (telur kecik!) @ kaum UG yg kepala2nya bergaji YB ustaz dan berceramah sambilan... TAPiiii romah masing tuu diaa tega jotaaa... mak aihh banyak masyuuk ustazsss...???
bila nak istihar harta tu... ikutlah sunnah sikitt..
jangan lak ikut sonnah abu jahal bohongg manjangggggg....

Anonymous said...

TB...tlg update..bukan nk minta komen orang lain..dahla komen ikut emosi...permintaan yang cukup jelas dan ringkas...tolong buktikan ketulusan tabung bantuan guaman..tak yah cita juta2..yang ni pun susah ke..UG atau ERDOGEN ..apa aku peduli..yang penting tabung guaman TB

Anonymous said...

anjing Abdul rahman ni hanya paparkan post yg pro apa yg dia tulis..

Aku dah kata ini manusia yg takda harga diri dan takde ketulusan

Aku cuma tanya pasal auit untuk duit sumbangan dan kenapa rumah Anwar dan khalid gagap yg berjuta tak pernah dihighlightkan olehnya,komen aku didelete selepas satu jam

Anonymous said...

TB...kita bukan sahaja perlu telus tapi mesti nampak telus...TB kata anuar shaari dan ezam dpt rm 20juta dari soros..kita pun nk tahu TB dapat brp dari tabung guaman..itu saja..kita jangan beremosi melayan TB..jangan putus asa..jangan cepat marah...inikan blog dia..hormat la kat dia..yang pasti isu ini pasti tak berenti selagi TB tak buktikan ketulusan tabung guaman..

Anonymous said...

Tb,
jangan layan lah kaum nomad ni...
apa up-date direct je pada penderma, lebih afdal. kaum lalat tu takyah tau.. buat menyemak je..

Anonymous said...

kalau itu hujahnya..update pada penderma saja..wat apa TB nk sebuk2 pasa rm20juta yang soros bagi tu..kalau la betul biarla anuar dan ezam update je kat soros saje...tak ya la posting kt blog..aku caya TB tak setuju idea primitif kau tu..ini lah demokrasi..sapa2 bebas nk kata apa..nk layan ke atau tidak..itulah tanda kekuatan diri..

Anonymous said...

kaum nomad ni memang bangang!.. tak hormat dan tak baca update tuan punya blog.. yg jumlah derma baru rm100 dan akan update bila ada perkembangan dan tindakan seterusnya.. sabaq tunggui la ooii..

dasar absent minded.. tak beradab pulak.
masuk bagi salam la dulu.. pah tududuk diam2, baca sampai khatam..

Anonymous said...

Jangan la plak memandai nk jadi jurucakap TB...sabarla skit..tunggu komen TB..komen kau tak ada isi..tak ada ilmu..fakta pun salah..bukan RM100 la...sah tak ikut perkembangan..orag berhujah..dia pun nk joint..ada input ok le..inilah sokong yang membawa rebah...mohon TB jgn terperangkap dgn sokongan cam ni

Anti Rahman said...

yuran guaman berapa sen sangat TB..Kau kan boleh mintak tolong abg2 DAP atau golongan erdagon utk bayar yuran tersebut..

Aku yakin duit yg dia nak kutip ni utk bayar hutang along atau yg lain2..Ada cerita si TB ni kaki utang dan kaki judi..

Aku x nak subahat dgn manusia mcm nih..Tak malu mintak duit org

Anonymous said...

TB

you are the warrior!

hapuskan AHLI UMNO cawangan PAS

Anonymous said...

TB...sebab tu kita perlu telus..kalau tak fitnah akan datang..lebih baih TB buktikan semua tu...kita bagi la peluang kt TB..jangan wat apa apa tuduhan..kalau TB wt diam..tak selesai ni

Anonymous said...

yg si anak tu bagi rm10000 tu tb belum di sahkan la...
kalou bank pun korang2 nak semenggu jawab kou punye pertayaan!

yang kou tak nyempat2 tu apa hal.. relaks la dulu ngok!! tak kira la kou pas ke, ug ke, umno ke.. kena la bagi ruang.. pakai akai logik la

dah la.. buang karan la layan kou.. merendahkan kualiti hotak den ajo..

Anonymous said...

Kalau setakat ckp TB the warrior dan hapuskan ahli pas cwgn umno..sapa2 pun boleh..mana ilmu intelek..ilmu politik...satu lagi spesis sokong membawa rebah..kalau BN hampir boleh dilingkupkan..inikan pula TB...aduhai politik...hujah dijawab dgn emosi...biarkan siluncai dgn labunya

sam raspiut said...

kah kah kah ketawa la lagi.. lawak lawak

salam tb,

bebanyok benar Anonymous Anonymous ni... bulih percaye ke makhluk ni tb?

rasa janggal la.. macam baca dialog drama swasta je..

Anonymous said...

siapa suruh hang layan...dah layan nak lari plak..hujah dah le tak de ilmu..macam hang ckp rendah kualiti otak hang..itu bukan saya ckp..tp dari keinsafan diri hang

Anonymous said...

huarghh... ala bucuuk meh meh tidur.. ala bucuukk...

Anonymous said...

sam raspiut said:
kah kah kah ketawa la lagi.. lawak lawak

salam tb,

bebanyok benar Anonymous Anonymous ni... bulih percaye ke makhluk ni tb?

rasa janggal la.. macam baca dialog drama swasta je..


cuba teliti post diatas...mana inputnya..tak de langsung..baik tidor la....sembahyang tahajjud lagi baik..

sam raspiut said...


cuba teliti post diatas...mana inputnya..tak de langsung..baik tidor la....sembahyang tahajjud lagi baik..


salam kat tb, tu kira input jugak la bro!
elok la semayang tahajjud laagi bermakna.. alhamdulillah bro

Anonymous said...

sam raspiut said:
salam kat tb, tu kira input jugak la bro!
elok la semayang tahajjud laagi bermakna.. alhamdulillah bro


Salam TB tu macam salam satu malysia ke..ini ke ajaran agama...jgn pemainkan hukum ..politik pun tak kemane...tanpa agama ni...satu lagi ketawa tgh malam tu..ajaran agama ke...

Anonymous said...

gila iseng la budak ni
pakebendanya dok meracau tu!
wirid tahajud kot?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

gila iseng la budak ni
pakebendanya dok meracau tu!
wirid tahajud kot?


apa yg gila..sapa yg meracau..habaqla apa yg tak kena...tak tahu la camne nk ulas post mcm ni...TB tolog ajaq depa

Kapten Zero said...

Kerja orang2 UMNO atau bekas umno adalah sama selagi mereka tidak mengucap sahadah dgn ikhlas terhadap rabbulljalil. Kita dalam parti betunjangkan Islam jangan lah mengharapkan kepada UMno ataupun bekas2 UMNO mereka dididik sedemikian rupa cth; Lihat beberapa ekor pimpinan s46 dgn Tg Ku Li sendiri beselerak, sekarang bbrapa ekor pimpinan Keadilan yang telah terjunam makan tahi UMNO kembali itu adalah sarang mereka. Kejahatan kemunafikan mereka dalam atau luar umno adalah sangat menyerlah bahkan mereka tidak akan tahan dgn ujian ke atas mereka.

Anonymous said...

Tulang Besi, keep up the good work work! You are very brave. I salute you bro!

Monkey Code said...

HA ha ha ......ini le yang saya maksudkan selama hari ni...MELAYU mudah di beli...bangsa yang tak ada jati diri. Soros yang Yahudi pun masih ada rasa simpati sebagai manusia kepada Anwar.

Nik Aziz pernah katakan yang Melayu ni perangai nya macam bangsa Yahudi...tapi dengan maklumat terbaru ni SAH BANGSA MELAYU INI LEBIH TERUK DARI BANGSA YAHUDI.. HANYA NAMA BANGSA MELAYU INI SAJA YANG TAK DI SEBUTKAN DI DALAM AL'QURAN....MUNGKIN ALLAH PUN MENYAMPAH NAK SEBUT NAMA KAUM MELAYU NI...YANG BUKAN JENIS KAFIR, TAPI JENIS MUNAFIQUN..
" MANIS DI BIBIR TAPI LAIN DI HATI".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.