Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, February 11, 2010

Apa Yang Hasan Ali Buat Untuk Melayu di Selangor?

Berkokok kuat Hasan Ali kononnya beliaulah harapan kepada Melayu dan Islam di dalam Exco Selangor. Amat bangga beliau kata yang beliau adalah harapan kepada memperjuangkan hak Melayu dan Islam dalam exco Selangor.

Tapi, hakikatnya amat berlainan sekali. Pertama-tama sekali, semua bukti yang beliau dakwa itu bohong belaka. Misalnya, dalam isu SELCAT, yang diperjuangkan oleh beliau adalah mempertahankan amalan korupsi pihak yang pro kepada UMNO dalam kerajaan Negeri Selangor.

Dalam isu arak pula, kalau beliau betul2 ikhlas memperjuangkan isu arak, mengapa Hasan Ali tidak mahu menjalin kerjasama erat dengan beberapa NGO Bukan Islam yang sudah selamanya berusaha mengurangkan masaalah ketagihan arak terutamanya di kalangan masyarakat India? Bukankah usaha Dato Hasan Ali lebih mudah kalau mendapat sokongan dari kaum bukan Islam? Kalau Dato Hasan Ali ikhlas lah nak berjuang isu arak tapi saya rasa isu arak tu semata-mata bertujuan mengkaburkan mata orang sahaja.

PAS MEMPERJUANGKAN MELAYU DI SELANGOR?

Kita nak tanya kepada Dato Hasan, apa usaha beliau sebagai PJ Selangor mendaftar orang-orang MElayu di Selangor dalam program-program Kerajaan Negeri Selangor seperti:

1.0 Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).: Berapa banyak kempen dan usaha yang dilakukan oleh PAS Selangor untuk membantu orang Melayu di Selangor kepada program ini. Yang lebih memalukan, DAP lebih banyak mendaftar orang Melayu yang miskin kepada program ini dari PAS Selangor.
2.0 * Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).
3.0 Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (m3)
4.0 Hadiah Anak Masuk Universiti.
5.0 Caruman Takaful/ Perubatan Percuma Warga Emas
6.0 Program Penigkatan Hasil Bahan Batuan Dan Mineral.
7.0 Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC).
8.0 Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang .
9.0 MESRA USIA EMAS.
10.0 Pinjaman Pelajaran Selangor.
11.0 Khidmat Kaunseling Kerajaan Negeri Selangor .
12.0 Skim Komprehensif Takaful Selangor.
13.0 Maklumat Pelan Bencana.
14.0 Kempen Pelancongan Selangor.
15.0 Program Pekerja Yang Diberhentikan (Retrenchment Helpline).

DARIPADA MELALAK MACAM ORANG GILA, LEBIH BAIK PROMOSI PROGRAM2 INI PADA ORANG MELAYU

Mana kita dengar PAS Kawasan2 menjalankan kempen serta promosi program2 di atas secara meluas di Selangor? KAlau ada pun secara inisiatif sendiri dari Kawasan masing2 dan bukan arahan serta perancangan dari Perhubungan Negeri.

Apa yang hebatnya Hasan Ali memperjuangkan Melayu kalau yang hebat mendaftar orang Melayu kepada program2 di atas adalah DAP. Tak heranlah ada orang2 Melayu yang menubuhkan cawangan DAP di Selangor.

Jelas, Hasan Ali tak layak memimpin PAS Selangor. Dia hanya layak jadi Ketua Pembangkang semata-mata.

Hasan Ali melalak sana melalak sini menyerang kerajaan Pakatan Rakyat, tapi kerja dia yang sebenar tak pernah buat. Tak malu ke?

Berapa ratus ribu orang MElayu yang “miss” program2 di atas kerana jentera PAS tidak digerakkan mendaftar serta menaikkan partisipasi orang Melayu dalam program-program ini.

Yang Hasan Ali tahu hanya melalak sana melalak sini menghentam kerajaan negeri Selangor. Bukankah Melayu Selangor lebih untung kalau PAS Selangor menyalurkan tenaga dan masa untuk mendaftar orang2 Melayu kepada program2 di atas? Kalau aktiviti ini agresif, UMNO siang2 lagi dah bungkus.

Tapi Hasan Ali tahu dia kebal kerana ahli2 PAS sanggup wala’ pada pimpinan walaupun parti hancur.

Tulang Besi

49 comments:

Anonymous said...

hancor....hancor....hancoor H.A !!!!
Pertemuan tertutup selama hanya kira-kira 20 minit itu berlangsung pada 5 Februari lalu di Hotel Intekma Shah Alam. Bagaimanapun, kelewatan Abdul Hadi - lebih dua jam - menyebabkan banyak soalan dan "isu-isu besar" tidak dapat diajukan kepadanya. <<<<<< SENGAJAH LAMBAL LA TU !!!!!! TAKUT KENA SERANG SOALAAN MA !!!!! KAHK PTUIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII !!!! KUAT CKP TAPI TAKUT !!!!!!! BUANG LA ORG MCM NI !!!!!!

-thethinker- said...

bila DAP tolong orang melayu , berita ditutup , ditapis , dibuang.. pastu cakap DAP komunis , nak men-cina-kan malaysia laa.. nak menSingapore-kan malaysia laa

oii balak .. malaysia takkan jadi China ataupun jajahan China.. Malaysia adalah hak orang malaysia selama-lamanya..

hangpa dok kata singapura perbodohkan orang melayu , cuba tanya melayu singapore , nak mai berhijrah ke Malaysia tak ?? depa gelak kat hangpa oii .. hidung tak mancung , pipi tersorong-sorong .. kalaulaa singpore tuu teruk sangat layanan terhadap melayu , dah lama depa berhijrah ke malaysia , tak jauh pun , jalan kaki pun sampai dah..

Nizam said...

Dia nak kejar jawatan MB tu. Biarkanlah... Kalau dia dapat jadi MB bukan bermakna menteri besar tapi MENTERI BANGANG...

zargus2702 said...

-ahli2 pas sebok nk wala' kat mamat nie tp mamat nie wala' pd 'org kayangan'..skit2 hamba hnya mnurut perintah..

-bgus TB,truskan pndedahan cmni, lbih2 ngan mamat nie, die ingat org dah lupe psal die sbb skang nie ngah sibuk ngan kes anwar..

zakwan said...

Tapi Hasan Ali tahu dia kebal kerana ahli2 PAS sanggup wala’ pada pimpinan walaupun parti hancur.


Such retarded mentality
It's like saying all PAS higher ups are a group of Rasulullah SAWs

I'm an ardent PR supporters
But even didn't think of Pakatan leaders as the perfect leaders even though they r worlds apart from those in Barisan Najis

Hell,even the revered Tuan Guru Nik Aziz is not perfect in light of his menantu's appointment as PMBK CEO

starwars said...

Buat salah tak buat lagi salah. Beri masa pada PR di negeri yg mereka jadi kerajaan. Cakap dgn buat memang tak sama. Bila dah duduk dalam kerajaan baru nampak dan rasa kesulitan mentadbirkan negeri. Itu belum negara.

Sindrom BENCI begitu meluap2 masakini. Bila dah benci pada satsatu parti atau pada mana-mana pemimpin, apa juga usaha ke arah kebaikan tetap akan di benci. Tak fikir ke bahawa melagakan pemimpin boleh membawa perpecahan!

Cakap jangan ambil sedap je. Kesan sampingan kena renung juga.

Anonymous said...

Sinar Harian hari ini 11 Feb 2010, kata Tuan Presiden, Nizar masih berpengaruh di Perak walaupun dah kalah kes.

Kalau begitu naper tk dilantik sbg Pesuruhjaya PAS Perak?

Seharusnya org yg ada jwtn sprt ahli parlimen atau adun yg harus dilantik sbg PJ.kalau tk siapa nk hormat pj?

Tulang besi tlng komen sedikit kemusykilan kami.Knp tiada pemimpin pas pusat atau heavyweight tk hadir kt mahkamah?

Tk tahulah kot mrk terselit dan tk nampak kt foto media.

Nizar bertarung seolah2 pemimpin PR sahaja, tk de pun elemen backing dr PAS pusat.

Takat ari ni tk de pemimpin pro muzakarah yg bg statement berhubung kekalahan beliau kecuali Tuan Presiden.

Anonymous said...

Oii!-thethinker!!
1.hangpa pi la kat BB uda,JB penuh dengan orang melayu islam Singapura la!!
2.lari dari Singapura!beli rumah kat JB oiii!!
3.Dok kat singapura!kerja jeee!itupun sebab duit depa tinggi!!hujung minggu pakat-pakat naik motor tidoq kat rumah diJB oiii!!!
4.Yang melayu singaporian pulak:
4.1.Mabuk lebih dari kapiaq oii!!
4.2.Bukan puasa!pi la kat Geylang!!tak dapat camj yang mana satu islam!!pakat-pakat tak posa!!!
4.3.malam-malam kat sentora ka!!penuh dengan melayu singaporian!mat saleh pun lari!!perangai mengalahkan jinnn oiii!!
5.Ish!ish!ish!!pandai PAP!master pada DAP!!!
6.Hancooqqqq orang melayu selangoq dan peneng atau Perak nanti!!
7.kalau puak komunis dapat perintah!!!!

Anonymous said...

Oii!-thethinker!!
1.hangpa pi la kat BB uda,JB penuh dengan orang melayu islam Singapura la!!
2.lari dari Singapura!beli rumah kat JB oiii!!
3.Dok kat singapura!kerja jeee!itupun sebab duit depa tinggi!!hujung minggu pakat-pakat naik motor tidoq kat rumah diJB oiii!!!
4.Yang melayu singaporian pulak:
4.1.Mabuk lebih dari kapiaq oii!!
4.2.Bukan puasa!pi la kat Geylang!!tak dapat camj yang mana satu islam!!pakat-pakat tak posa!!!
4.3.malam-malam kat sentora ka!!penuh dengan melayu singaporian!mat saleh pun lari!!perangai mengalahkan jinnn oiii!!
5.Ish!ish!ish!!pandai PAP!master pada DAP!!!
6.Hancooqqqq orang melayu selangoq dan peneng atau Perak nanti!!
7.kalau puak komunis dapat perintah!!!!

Anonymous said...

Salam,

Apa susah, pilihanraya sekali lagi, kita semua sokong UMNO. Sekarang pun, PAS bukan menang banyak kerusi. Kita berkempen untuk UMNO pulak. Dulu kita berkempen untuk PAS menang. Lagi senang. Tak payah pening-pening. Allah swt dah bagi sedikit kemenangan, riuh sekampong. Memerihtah macam hampeh. Asyik bergaduh saja, buat malu kat orang bukan Islam saja

Yong said...

Bising kat blog aje tak guna. Bagi yang ade sikit kuasa tu,usahakan EGM. Singkir pemimpin yang pengkhian.Selamatkan PAS

Yong said...

Bising kat blog aje tak guna. Bagi yang ade sikit kuasa tu,usahakan EGM. Singkir pemimpin yang pengkhianat.Selamatkan PAS

Anonymous said...

Saya tak pernah komen sebelum ni dlm mana2 blog politik, tapi hari saya nak cakap, Saya rasa dua-dua parti buat salah, mahupun BN ataupun PKR. Penyokong semua lebih menggunakan perasaan daripada akal fikiran. Anwar salah, sebat dia, sumbat dlm, dan kalau najib bersalah, polis do investigation, be fair, doesn't matter he's Pm. Ada kes, bawa court. 1 thing sampai skrng masih curious, What the hell Si Azilah n Sirul pergi bunuh Altantunya, Apa kena mengena dia dgn minah mongol??? dan betapa power gila peguam Razak Baginda...Dan saya tak dapat beli transkrip kes Razak dari pejabat mahkamah. Nak buat kajian...kenapa tak de???

Anonymous said...

anoy 8.39
1.Saya jugak sokong hang!!
2.Cuma umat islam tak dak pilihan yang baik nak pilih pemimpin negara!antara BN dan PR!
3.Nak pilih PR!!dok kena cucuk idung dengan puak kapiaq harbi!!Melayu dan islam jadi minoriti!!Hancoq orang islam dan melayu nanti!!
4.Last sekali terpaksa pilih parti buruk antara terburukkk!!!Parti yang dikuasai oleh orang melayu dan islam!!yang jadi kuasa dominan!!Parti mana agaknya!!!!!

Kapten Zero said...

Zaman skrang tiada lagi istilah wala' atau patuh membabi buta kepada sesiapa yang memimpin; itu ajaran sesat saja ada wala' wahai pemimpin PAS.Sejak kemenangan 2008 hingga sekarang bukan saya dok wala kepada pemimpin tapi dok tengok dan cuba nak baiki pemimpin Pas Pusat yang dah rosak dalam Pas sekarang ini.Peringkat rakyat Pas Bawahan adalah terbaik dan setia kepada perjuangan bukan setia kpd pemimpin.

Anonymous said...

alahai..
-macam mana nak bagi parti melayu dan islam ni kuat!dominan!dipercayai oleh umat islam!dapat tegakkan undang-undang Islam!!
A-Pilihan pertama!
Umno!Boleh tapi!pemimpin:
1.Puak-puak rasuah kena terajang keluaq!
2.Puak puak guna keturunan!guna pengaruh bapa/bekas pemimpin umno(kecuali yang ada tokoh kepimpinan)!kena terajang keluaq!!
3.Puak jahil agama !kena terajang keluaq!
4.Puak yang kaya melana tetiba!!kena terajang keluaq!!
5.Puak takut bini!pun kena terajang keluaq!!
6.puak yang tak amalkan cara hidup islam !kena terajang keluaq!!

B-pilihan kedua!
Pas!boleh!tapi!pemimpin:
1.Yang dok juai agama!terajang keluaq!
2.Yang dok kelabu mata dengan kemewahan dunia!kena terajang keluaq!
3.yang berkokok bedegaq-degaq!kerja hampas!!kena terajang keluaq!
4.yang takut bini!kena terajang keluaq!
5.yang kaya tetiba!kena terajang keluaq!!
6.Yang dok pakat dengan puak kapiaq harbi!kena terajang kelauq!!

C-pas dan umno bergabung!boleh!tapi:
1.semua diatas kena terajang keluaq dulu!!!

Itu saja pilihan oramg melayu dan islam!..ada fahammm!!!TB dan GM!!!!

Anonymous said...

TB.

Taklimat apa yang Hadi buat diShah Alam tu? Sudahlah lambat datang,taklimat pendek pulak.Tak adasoal-jawab,dan penjelasan.
Semua ini "permainan" Hassan Ali untuk menunjukkan bahawa dia dapat dokongan dan sokongan Presiden,Hadi Awang.Sebenarnya "taklimat" tu jadi sabit saja,yang penting,Hassan Ali nak tunjuk pada pemimpin PAS Selangor,dia Hassan Ali disukai oleh Hadi Awang.Ini semua permainan dan drama Geng UG - tak lebih dari itu.

speak budu said...

halluu... sapa kata Hassan Ali tak buat kerja tak bantu melayu!!?? jangan dok meraban beraderrr!!!

Tengook betui-betui.. berapa ramai geng 'mendeliar' ni dah jadi tokey pasirwan, kontrekturr dan spywan.. tu belum masuk jasa beliau membawa masuk lebai berkarat yg baca fatihah pun telo dari tganun tu jadi penceramah agama kat selangor ni.. aisey kalou bukan jasa nak panggil apa??

kalou nak arap kat orang selangor yg rata-rata sokong pkr dan DAP sori laa.. mana laa depa reti baca Quran kaa, hadith kaa.. nasib la ado klon Hj hadi dr tganu ni.. bulih la amek berkat tok guru maasuk surga..

besarr jaso budok hassan ni..

speak budu said...

cilanat cilanat betui perwakilan2 Pas yg pilih BIAWAK BIAWAK UG ni..
2taunn BODOO tak mampuihh mampuuiihh,, CISSS!!

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Soalan yang patut juga ditanya adalah apakah jasa Khalid samad, Saari Sungib dan Dzulkefly Ahmad kepada Melayu Selangor?

Boleh TB buat posting baru? Aku nak tgk dan compare. Jgn nanti tak tulis, sebab memang takda apa2..

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Boleh TB buat posting baru? Aku nak tgk dan compare. Jgn nanti tak tulis, sebab memang takda apa2..

Sepatutnya dibaca:

Boleh TB buat posting baru? Aku nak tgk dan compare. Jgn nanti tak tulis, sebab MUNGKIN takda apa2..

Anak Perelih said...

blame sepatutnya bukan keatas hassan ali seorang sahaja.. tetapi kesemua kepimpinan PAs selangor.. semua AJK negeri dan kawasan... termasuk Khalid samad dan Dr. Dzulkifli sama....

Sebab kelau hassan ali dan AJK negeri tak buat apa... AJK Kawasan masih boleh menggerakkan program yang disenaraikan... bukan kena tunggu hassan ali dulu...

Anonymous said...

Ya, betol la tb, mana ada wat apa2 dia orang nie..orang2 PAS memang la tak tau buat apa2, manatau meemeriantah negeri dia orang nie, tau buat fitnah menkafirkan orang islam tau la dia orang ni, lain la DAP..memang klass gitu ..
Bubarkan jer parti pembohong PAS ni..pakat2 semua penganut PAS masok DAP lagi bagus..sebab pemimpin DAP maksom belaka, orang baik2 takda tipu2 punya..pandai2 lagi kan.

JOJO

Anonymous said...

Memang PAS tak boleh nak buat apa-apa pun sebab sentiasa dihalang oleh dua parti sekular iaitu PKR dan DAP. Dalam kerajaan Selangor sekarang PKR dan DAP mengatasi PAS. PAS lapan kerusi sahaja. Tapi ingat kalau PAS join BN kerajaan PKR-DAP akan jatuh. BN + PAS + Badrul jadi 29 kerusi.UMNO sanggup bagi PAS MB di Selangor.Exco 5-5. Apa yang penting Melayu Islam dan Bukan Islam Zimmi bersatu menegakkan negeri berkebajikan yang belum tertegak.

Anonymous said...

ALOOO TB!,


salute!


ANAK MUDA BERSAMA KAMU DIBELAKANG,

LAKUKAN REFORMASI,


ANAK MUDA SEMUA SUPPORT KAMU ,


KAMU BERANI,

KAMU BIJAK ,

KAMU BENAR,

KAMU CONTOH PENGGERAK ANAK-ANAK MUDA UNTUK PAS BERUBAH,


AYUH TB! ,

LAKUKAN LEBIH BANYAK DESAKAN LAGI,

ANAK MUDA AKAN TURUT SERTAI KAMU KOMRAD!

Sebatang kara said...

Anon kata,

ANAK MUDA AKAN TURUT SERTAI KAMU KOMRAD!

Aiikkk, cam bunyi ayat komunis jerrr.

Anonymous said...

alahai..
Baru tenguk wajah TB!Rumusan:
1.Kesian pula kat dia!muka tiada tokoh pemimpin pun!Namun tak lah nampak muka honaq macam aduka taruna!!
2.Lepas ni tak sahla guna ayat-ayat yang mencarut!mencaci!sedaq sikit dah tuaa!! Hang dah tua noo!!!walaupun menyamaq sebagai anoy!
3.Cukuplah jadi pencacai!!biaq oghang muda je!Umuq hang sepatutnya dah jadi pemimpin Pas!!
4.Ish!ish!ish!siaaan pula kat TB ni!tenguk raut wajah dia!!!
5.Gitula politikkkk!!Bukan untuk oghang yang pegang pada prinsip!bukan untuk oghang yang pandai!bukan untuk oghang yang tidak hipokrit!bukan untuk oghang yang tidak selfish!!

Anonymous said...

Bro, patutnya tak perlu buat pengaduan terhadap org2 ni. Yang sebenar-benarnya masalah adalah org bawahan mereka yang paling tak boleh percaya ialah SUWARDI YAACOB. Itu memang penipu besar tu! Kerana dengar cakap dia la pemimpin2 PAS yg bagus ni terkena!

Tulang Besi said...

Tapi ingat kalau PAS join BN kerajaan PKR-DAP akan jatuh. BN + PAS + Badrul jadi 29 kerusi.UMNO sanggup bagi PAS MB di Selangor.Exco 5-5. Apa yang penting Melayu Islam dan Bukan Islam Zimmi bersatu menegakkan negeri berkebajikan yang belum tertegak..

Mengikut maklumat Raja Petra, yang mana Sultan Selangor skrg ni sepupu dia, bila Hasan Ali nak pegi angkat sumpah nanti, tengok2 Sultan tak berkenan.

Terpaksalah lantik MB dari UMNO juga.


Hahahahahaha kelakar la korang ni. Kao ingat orang tak tau ke puak2 UMNO ni kaki penipu?

Anonymous said...

Mengikut maklumat Raja Petra, yang mana Sultan Selangor skrg ni sepupu dia, bila Hasan Ali nak pegi angkat sumpah nanti, tengok2 Sultan tak berkenan.

Kah kah kah...maklumat si penipu yg halalu anak umor 14 thn, kata serban peimpin pas sekat oxygen sampai otak, kaki minum, eksyen tangkap gambar dgn pompuan Poland,sebar laporan palsu perubatan Pusrawi padahal si dr Osman tu tak check pun si Saiful..

Rahman talib udahle...maklumat si penipu tu kau nak jadikan dalil, buang karan saja.

Mana dia artikel jasa Khalid Samad dan puak2 JIM dalam PAS kat Melayu selangor ni? Takdak ke jasa diorgkat melayu selangor?

Anonymous said...


Kah kah kah...maklumat si penipu yg halalu anak umor 14 thn, kata serban peimpin pas sekat oxygen sampai otak, kaki minum, eksyen tangkap gambar dgn pompuan Poland,sebar laporan palsu perubatan Pusrawi padahal si dr Osman tu tak check pun si Saiful..
.

Kahkahkah suma kat atas ni UMNO punya auta.


HAHAHAHAHA UMNO dah takda modal nak maku Raja Petra

Anonymous said...

alahai..
1.Kesian kat raja petra!!jahil dalam konsep tarbiah dan dakwah!!
2.Sepatutnya dakwahkan diri dan keluarga dulu!!baru dahwahkan orang lain!!pebetuiii oghang lain!!
3.Tenguk apa jadi!!!
4.cara hidup!!mengalahkan puak mat salleh!!
5.Anak!!niat nak buduh diri!!!tak tauka bunuh diri!!masuk neraka terusss!tak ngaji agama ka!!!
6.Dok seghonok diluaq negeri!!anak terbiaq!!tekanan perasaann!!sakit jiwa!!!
7.Contoh terbaik!!cakap/kokok bedegaq-degaqqq!!ekor......!!!
8.Alahai!!!semuatu salah umnola!!!salah oghang lain!galak nak kahwin!!jaga anak pun tak tau!!apa punya bapa macam tu!!kucing pun tau jaga anak oiiii!!!Ada juga oghang atau bapa macam nii!!!

john labu said...

------------------------------------------

apalalu mat, semenjak bila plak lu kenal raja petra ni ugamawan atou pendakwah..?? lu mamai ka bangang???

orang cari info @ berita la.. tak payah la kau buang karan nak teladan petra life style mat... sesat nanti buduh.>

john labu said...

ayam jantan orang dengaq dia bekokokk.. wat kejut lena.. taklih la nak minta dia berteluqq..

Anonymous said...

zairin dah tinggalkan PKR, hilaang la satu dr penyakit PR.
Patut-patut PKR dah lama spit mamat ni jauh-jauh..

Anonymous said...

alahai!!!
1.ayam jantan macam raja petra berkokok tak tentu masala oiii!!!
2.Kalau hangpa dengaq kokokan dia!!hangpa lebih mamaiii nantii!tak dapat tidoqqqq!!!!
3.Lifestyle macam tu!!boleh jadi saksi ka oii!!ikut islam!!jadi wali anak nak nikah pun susah oiii!!!
4.apatah lagi nak dijadikan sebagai fakta!!!Akademik sikitla!!
5.Sapa lebih mamaiii oiii!!!

john labu said...

habiss... agustine paul dulu hang percaya pulak!!!

Anonymous said...

alahai..
1.Bacoiii sungguh puak pkr dan pas peneng!!
2.Adaka guan eng tak bagi buat perarakan maulidur rassul!!!
3.Puak hindu belaghakk sakan tanggung kavadi dan mabuk sakan haghi tu!!bagi pulakkk!!!!
4.Puak islam peneng dalam PKR dan PAS!!dah la hangpa kena cucuk idunggg!!lani hangpa bacuiii betuiiiii!!!!!!
5.Lepas ni kot tak bagi sembahyang jumaat la pulakkkkk!!!Macam kat Baitulmuqaddiss!!Kena tahan dulu!baru boleh sembahyang jumaat!!
6.bacuiiii sungguh hangpa ni!!(aku tak pernah cakap loqlaq macam ni!
7.bacuiiii!!!bacuiiiiii!bacuiiiii!!hangpa ni!!!!

john labu said...

aku ingat la kalou ikut ukuran hangg.. suma orang umno taklih jadi wali laa. suma pembohong!! berzina la anak dia orang ikut sifir hang!!

Anonymous said...

Tuan john labu!
1.Tak semua puak umno no!!
2.Tak semua puak pas dan pkr no!
3.Tak semua oghang melayu dan islam no!! Jangan main sapu semuaaa noooo!!!

john labu said...

Anonymous said...

alahai..
1.Bacoiii sungguh puak pkr dan pas peneng!!


hang tau tak berrarak kat jalan sambut maulidur rasul tu kerja bidaah.
hang mereng ka nak sama kan umat islam sama dengan orang angkat kavadi tu..
umno lain la.. islam dia tang berarak sama surpa orang angkat kavadi jerr.. islam takat tu jerr.
kemudian pakat beratur ramai ramai kat kedai judi.
nampaknya kena tunggu Guang Eng jugak buat kerja kou orang. apa rraa

john labu said...

sori la ehhh..

kalou kou bukan umno, bukan pkr dan pas pineng yg bacul tu.. sapa pulak hang ni..

robin hood kot??

Anonymous said...

Tuan John labu!!
1.Ramai golongan pro dimalaysia ni!!!
2.Tak taksub membabi buta!!
3.Yang baik kita sokong!yang teruk kita kritikkk!!
4.Untuk kebaikkan semua oghang melayu dan islam malaysia terutamanya!!
5.Mana ada manusia didunia yang sempurna didunia ni!!
6.betui tak tuan John labu!!!!

Anonymous said...

alahai Tuan John Labu
"hang tau tak berrarak kat jalan sambut maulidur rasul tu kerja bidaah."
1.hangni pengikut puak asrila ya!!
2.Puak kaum muda/mudahhhh!!!
3.ambik mudahhh semua!!!last sekali kena cucuk idungggg!!!
4.Puak mudah macam hangni!! sama la jugak dengan fahaman sister ini islammm!!!!
5.Samala jugak dengan shahidan kassimmm!!
6.sama lajugak dengan mahathir!!marina mahathir!!!
7.boleh ka!!!!!!sependapatka !!!
8.Puak perlis dah tendang keluaq Asri dari perlis tau!!
9.pemecahbelahkan umat islam Perlis!!
10.belajaqla tinggi-tinggi sikit ilmu agama ni!!
11.Pengikut puak mudah diperlis!golongan macam hangla!!masa muda !jahil!!bila ada tok guru !yang mudahkan semua perkara!!depa masukla!!senang!!
12.Tak kisah!!jangan dok bidaah orang lain sudah!!ada faham!!
13.nanti berpecah umat islam malaysia nanti!
14.hang nak!malaysia jadi macam pakistan!iraq!saling berbidaah kan sesama islam!!bunuh membunuh!!
15.last sekali!sapa yang untung!!
16.Puak kapiaq harbila!!!
17.Diperlis!memang tak dak perarakan maulidur rassul!sebab kerajaan Perlis berpegang pada sunnah wal jammaah!tak berpegang pada mana-mana mazhab!!Orang perlis terpaksa la ikut!sebab perintah raja!!
18.peneng!dah berkurun hang tau!berpegang pada mazhab syafie!!
19.Kerana nak bela!puak kapiaq harbi!hang sanggup bidaahkan sesama islam no!!apa la hang ni!!
20.takut esok-esok hang pi bunuh pula puak islam yang bermazhab syafie!mazhab yang majoriti penduduk Malaysia!!macam di Pakistan!!
21.ada pengikut mazhab syafie dok kata tak ketawan hala pada puak kaum mudah ni!!!

Anonymous said...

alahai..
1.Taraf ilmu antara DR harun din dengan DR seleberiti tu bagai langit dan bumi!!
2.adaka sarjana muda bahasa arab!nak cakap tentang hukum islam!!
3.Adaka pulak!sarjana muda bahasa arab!!buat PHD tentang hadis!!boleh percaya ka!!
4.Sebagai perbandingan!sarjana muda bahasa inggeris!nak cakap tentang kejuruteraan!!!
5.Buat sarjana muda bahasa inggeriss!!sampai mati tak boleh buat PHD dalam bidang kejuruteraan la oiii!!!
6.Ish!ish!ish!kesiaaannn orang islam di malaysia!!dok kena tipuuu memanjang!!!

john labu said...

asri mana plak ni mat oo!!! alahaii melalok la lu mat.. tak proii langsung!!

aruah dato' asri aku kenal laa.. suka sangat kou main cap-cap ni.. aku ingat baik kau balik rujuk dgn ustaz pondok kat kg kau lagi baikk.. tak payah lah dok cari ustaz degree tu.. hukum bidaah ni cukup la dengan lebai kampung jerr matt.. grenti tak berbunohh punye

lalook la tu...

Anonymous said...

Tuan John Labu!!
1.bab bidaah ni hang pi la belajaq kat oghang perlis!
2.depa dah belajaq!ada pengalaman!bagaimana masyarakat boleh berpecah!bermasam muka!tak pi makan kenduri!hanya kerana bidaah noo!
3.la ni ok sikit!!dulu sambut ghaya puasa dan ghaya haji pun tak sama!
4.hang mana tau!!!

Anonymous said...

Saya perhatikan khususnya di cawangan saya dalam Kawasan Shah Alam, selepas memangh itu hari sampa la ni tiada apa2 yang PAS buat untuk menarik masyarakat mendekati PAS. Saya lihat kebanyakan orang2 PAS ni bongkak, ego dan sebagainya. Kerja mereka hanya nak rampas pentadbiran Masjid, Surau dan Jawatankuasa Penduduk sahaja. Lepas pegang apa pun tak dibuat.

Tulang Besi said...

Isu Maulidur Rasul: LGE kecam Utusan, KJ
Lim Zhi Bin
Feb 14, 10
8:15pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengecam segelintir mereka yang bersikap 'rasis' yang didakwanya secara 'terpilih' mendedahkan dokumen yang mendakwa kerajaan negeri pimpinannya telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina anjuran kerajaan negeri di Komplek Tun Razak (Komtar) di Georgetown, Lim mensasarkan akhbar Utusan Malaysia dan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didakwanya telah mencetuskan ketegangan antara kaum berhubung perkara tersebut.

"Saya berharap semua orang menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana harmoni. Namun ada segelintir yang memainkan sentimen perkauman," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Utusan dan Bernama masing-masing melaporkan minggu ini dakwaan bahawa perarakan Maulidur Rasul untuk mengingatkan keputeraan Nabi Muhammad SAW telah dibatalkan oleh kerajaan negeri.

Malah, mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi Insitut Kefahaman Islam (Ikim), turut mengulas perkara itu.

Dalam reaksinya terhadap laporan tersebut, Lim menafikan perarakan tersebut telah dibatalkan dan menyifatkan laporan itu satu pembohongan, dan berkata perarakan tahun ini akan diteruskan seperti yang dirancangkannya.

Lim juga berkata para menteri dari BN juga dijemput mengambil bahagian.

Bagaimanapun, dalam blognya, Khairy menyiarkan imej sepucuk surat - dari satu lagi blog pro-Umno - yang menyatakan perarakan itu telah dibatalkan.

Surat bertarikh 5 Februari 2010 itu dikatakan telah dihantar dari pejabat setiausaha kerajaan negeri, kepda semua ketua jabatan negeri dan pusat, badan berkanun serta presiden majlis perbandaran di Pulau Pinang.

Jawatankuasa negeri Pulau Pinang yang mengendalikan sambutan Maulidur Rasul di peringkat negeri itu, telah mengadakan satu mesyuarat pada 3 Februari lalu, dan memutuskan perarakan telah dibatalkan, menurut surat tersebut.

Sebaliknya, menurut surat itu lagi, satu perhimpunan akan diadakan pada 26 Februari di mana kesemua ketua jabatan dan badan kerajaan diminta hadir.

Sehubungan itu, Khairy berkata, Lim perlu menjelaskan perkara itu secara ikhlas dan jujur, selaras dengan aspirasi pentadbirannya yang cekap, berakauntabiliti dan telus.

Khairy juga menegaskan mengenai lamanweb jabatan halehwal agama Islam Pulau Pinang telah mengumumkan mengenai perhimpunan pada 26 Februari itu, tetapi tiada mengenai perarakan.

Tiga surat

Di Komtar hari ini, Lim sekai lagi menafikan perarakan Maulidur Rasul telah dibatalkan dan sebaliknya menuduh ada pihak yang cuba membesar-besarkan perkara itu.

Kerajaan Pulau Pinang, kata Lim, telah mengeluarkan tiga pucuk surat mengenai perarakan tersebut, dan tiada satupun yang mengandungi 'keputusan muktamad' mengenainya.

Surat pertama bertarikh 13 Januari, membincangkan mengenai perarakan dan meminta mereka yang dihantar surat itu, supaya menjawabnya pada 19 Februari, kata Lim.

Surat kedua - yang menurut Lim yang dirujuk oleh Khairyu dan pihak lain - dikeluarkan pada 15 Januari kepada semua masjid dan pertubuhan Islam - meminta maklumbalas mengenai perhimpunan dalaman Maulidur Rasul.

Manakala dalam surat ketiga bertarikh 12 Februari, kata Lim, dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua perhimpunan dan perarakan itu akan diadakan.

Sehubungan itu, Lim mendakwa, ada segelintir orang yang cuba memainkan sentiman perkauman dengan secara salah mentafsirkan perkara tersebut.

"Kita telah mengeluarkan tiga pucuk surat, tetapi mereka tidak membaca kesemuanya. Kemudian mereka membuat kenyataan palsu mengenainya," katanya.

Lim juga membidaskan sesetengah media Melayu dan Inggeris yang tidak menyiarkan kenyataan kerajaan Pulau Pinang mengenai perkara itu. Berita asal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.