Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, February 22, 2010

AUSTRALIA TIDAK CAMPURTANGAN. MEREKA CUMA MAHU MELINDUNGI PELABURAN MEREKA.

Dari Harakahdaily, Presiden PAS dilaporkan berkata:
Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat, ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing..

Jelas Presiden PAS mengandaikan sokongan Australia itu satu bentuk campurtangan asing. Izinkan saya memberi penjelasan.
Australia mengambil sikap keras dalam isu ini kerana Australia mempunyai kepentingan ekonomi dengan Malaysia. Mengikut laman web Kerajaan Australia:

Malaysia is an important economic partner and regional neighbour for Australia. It ranks as our third largest trading partner in ASEAN and our eleventh largest trading partner overall. Two-way goods and services trade between our two countries has grown steadily in recent years and in 2008–09 stood at $14.7 billion. .

Ertinya jumlah dagangan antara Malaysia pada tahun 2008-2009 dua hala adalah dalam jumlah USD$14.7 billion bersamaan RM51.45 billion. Sekiranya kehakiman kita berada dalam taraf sama dengan negara Afrika Dunia Ketiga, apakah jaminan Australia yang dagangan dan pelaburan mereka selamat di masa hadapan? Minta Presiden PAS menjawab soalan ini terlebih dahulu.

Kalau nak tahu betapa besar jumlah dagangan Australia, ianya hampir 50 kali ganda dari pendapatan Negeri Terengganu.

Lagi satu, oleh kerana Australia adalah negara demokratik. Isu seperti “membantu kezaliman di luar negara” adalah isu sensitif di sana. Parti politik yang memerintah boleh hilang sokongan atau hilang kerajaan disebabkan isu sebegini.

Lihatkan kerajaan Paul Keating boleh jatuh kerana sokongan beliau kepada Perang di Iraq sedangkan waktu itu keadaan ekonomi amat baik di Australia. Isu sebegini bakal menyebabkan kerajaan yang ada sekarang jatuh kalau mereka tidak bersuara.

Misal yang lebih mudah untuk kita faham adalah: Kita selalu simpan duit di Bank X. Tiba-tiba kita dengar Bank X menzalimi dan memfitnah CFO mereka. Dan kita ada bukti Bank X memfitnah CFO mereka. Adakah kita hendak mempercayai BankX dengan wang kita di masa hadapan?

Kalau mereka boleh fitnah pekerja mereka sendiri, mengapa mereka tidak boleh berbohong apabila mengendalikan wang kita? Apa jaminan wang kita akan selamat dengan orang-orang yang biasa membohong?

Itulah faktor sebenar mengapa Australia mengambil pusing berkenaan kes Liwat II ini. Ia bukan campur tangan asing. Ia adalah satu bentuk kerisauan terhadap wang2 Australia yang berjumlah ribuan juta ringgit yang mengalir keluar masuk Malaysia. Apakah jaminan keselamatan wang2 Australia itu?

Ataupun, adakah Presiden PAS mahu mengatakan dagangan Australia dengan Malaysia pun satu bentuk campur tangan asing?

Inilah masalahnya apabila Presiden PAS melantik SU Politik yang tak reti ekonomi dan politik antarabangsa. Maklumlah dia hanya lulus kejuruteraan roket dan asal pun dari Terengganu.

Nasihat yang Presiden dapat dalam isu ini menjatuhkan taraf Presiden ke tahap Khairy Jamaluddin dan Ibrahim Ali.

Masanya kita membersihkan PAS sudah tiba.

Tulang Besi

ps Mengapa sampai hari ini Presiden tak melawat Anwar di mahkamah? Ada sesiapa boleh tolong jawab?

40 comments:

Grand Marquis said...

UMNO masih beranggapan Melayu ini masih bercawat dan tinggal dipokok2. Mudah diperbodohkan.

Bila ada orang putih bersuara mahukan sistem dinegara ini diperbetulkan, mereka sibuk berkata orang putih itu hendak menjajah. Tetapi orang UMNO lupa bahawa negara orang putih lah yang mereka pergi untuk honeymoon dan belajar. Harta rakyat sarawak diselongkar oleh Taib Mahmud dan mereka punggah ke negara orang putih. Sehingga boleh bina istana besar2 di kanada. Tun Badawi Si Tidur itu merompak harta orang-orang miskin dan anak beliau beli istana besar di Australia. Tun Mahathir kepala taik itu membeli harta berjuta-juta di Argentina. Rosmah si tetek besar itu berbelanja beratus-ratus ribu di London dan meminta Altantuya memikul barang-barang beliannya. Malah, Altantuya di bom menggunakan C4 buatan Amerika.
Anak-anak najib bersekolah dimana?..kalau bukan di Australia.

KJ?. Pendidikan rendah dan menengah di Singapura dan memasuki universiti di UK.

Kecuali Ibrahim Ali yang sanggup dihanjingkan oleh Najib sebab dia dulu bekas pelajar UiTM. ha ha ha

Dan lagi, MP Kinabatnagn meratah dengan lahap tubuh montok Zizie di mana?..kalau bukan di eropah.

Ha ha ha..Bila orang putih bersuara untuk menyelamatkan orang-orang miskin dan tertindas di Malaysia, haprak-haprak UMNO inilah yang lantang bersuara seperti anjing yang tersepit.

Jika kita membantah Israel di Palestin, adakah ini bermakna kita campur tangan dengan urusan dalaman Israel?..

Hanya UMNO yang mengenal Israel. ha ha

Tulang Besi said...

Ha ha ha..Bila orang putih bersuara untuk menyelamatkan orang-orang miskin dan tertindas di Malaysia, haprak-haprak UMNO inilah yang lantang bersuara seperti anjing yang tersepit.

Jika kita membantah Israel di Palestin, adakah ini bermakna kita campur tangan dengan urusan dalaman Israel?..

Hanya UMNO yang mengenal Israel. ha ha
.

Saya terima kasih atas input yang sangat baik dari Grand Marquis. Macam Grand Marquis sebut sebelum ni, mudah sangat nak patahkan hujjah puak2 UMNO ni

Sebatang kara said...

Sebelum TGHA kuarkan kenyataan beliau, saya juga ada pandangan saya sendiri. Saya berpendapat sebagai negara berdaulat, kita tidak boleh biarkan kuasa asing masuk campur hal ehwal negara kita. Soal kita memberikan sokongan kepada pihak Palestin samada kita campurtangan hal ehwal dalaman mereka itu tidak boleh disamakan dengan negara kita kerana mereka telah diperintah oleh entiti haramjadah Israel. Seluruh dunia Islam tidak menghalalkan negara Haramjadah Israel.

Berbalik kepada isu DSAI. Saya yakin 100% beliau tidak bersalah tetapi biarlah sistem undang-undang kita yang melepaskan beliau. Jika undang-undang kita tidak berlaku adil, pandai-pandailah kita usahakan alternatif lain tetapi jangan sekali-kali biarkan campurtangan asing. Walaubagaimanapun saya ucapkan ribuan terimakasih atas kepada 50 orang MP Australia atas sokongan tersebut.

Anonymous said...

kita sangat mengagungkan negara-negara luar sehingga gagal melihat kekuatan negara sendiri. Tidak salah untuk melancong atau menimba ilmu di negara luar.

Namun, dalam kes ini, Anwar nampak sangat mengagungkan kuasa luar sehingga beliau tidak menyedari bahawa beliau sendiri rakyat Malaysia. Beliau cuma tahu melobi, namun semakin kuat ikatannya dengan negara-negara luar, semakin beliau membuka pekung di dada. Negara-negara luar pun mempunyai kepentingan mereka sendiri. Anwar pun tahu, namun beliau sengaja menutup sebelah mata kerana kepentingan nya sendiri.

Tulang Besi said...

Sebatang kara said...
Sebelum TGHA kuarkan kenyataan beliau, saya juga ada pandangan saya sendiri. Saya berpendapat sebagai negara berdaulat, kita tidak boleh biarkan kuasa asing masuk campur hal ehwal negara kita. Soal kita memberikan sokongan kepada pihak Palestin samada kita campurtangan hal ehwal dalaman mereka itu tidak boleh disamakan dengan negara kita kerana mereka telah diperintah oleh entiti haramjadah Israel. Seluruh dunia Islam tidak menghalalkan negara Haramjadah Israel. .

Jadi bila bangsa asing takut keselamatan duit mereka yang berjumlah RM51.42 billion yang mengalir keluar masuk dalam negara kita, itu kira salahlah?

Tulang Besi said...

Namun, dalam kes ini, Anwar nampak sangat mengagungkan kuasa luar sehingga beliau tidak menyedari bahawa beliau sendiri rakyat Malaysia. Beliau cuma tahu melobi, namun semakin kuat ikatannya dengan negara-negara luar, semakin beliau membuka pekung di dada. Negara-negara luar pun mempunyai kepentingan mereka sendiri. Anwar pun tahu, namun beliau sengaja menutup sebelah mata kerana kepentingan nya sendiri..

OK lah, kita berenti je berdagang dgn Australia dan “stop” aliran perdangangan berjumlah RM51.45 ribu juta tu.

Ok tak?

Sebatang kara said...

TB kata:

Jadi bila bangsa asing takut keselamatan duit mereka yang berjumlah RM51.42 billion yang mengalir keluar masuk dalam negara kita, itu kira salahlah?

TB juga sudah menganut ajaran Tauhid UMNO di mana lebih takutkan Pelabur Asing daripada segala-galanya. Dulupun antara alasan utama UMNO sewaktu menolak Hudud adalah Pelabur asing akan lari jika Hudud dilaksanakan. Ingat TB, fahaman macam ni syirik namanya.

Anonymous said...

haparak punya ummhnoo......inshaalllah generasi muda tidak blh di tipu....

Tulang Besi said...

TB juga sudah menganut ajaran Tauhid UMNO di mana lebih takutkan Pelabur Asing daripada segala-galanya. Dulupun antara alasan utama UMNO sewaktu menolak Hudud adalah Pelabur asing akan lari jika Hudud dilaksanakan. Ingat TB, fahaman macam ni syirik namanya..
Jadi maknanya berdagang dgn Australia dengan jumlah RM51.45 ribu juta tu SYIRIK la?
Dan kalau mereka risau pasal duit mereka yang mengalir keluar masuk Malaysia, apa salahnya dari pandangan syarak?

SK, kao hari tu pegi sokong puak2 UMNO nak fitnah aku. Lepas tu skrg ni kao nak bercakap pasal syirik. Kao reti ke apa syirik tu?

Oh satu lagi, kalau berenti aliran perdadangan dgn Australia ni, beribu2 orang akan hilang kerja. Kao nak tanggung ke anak bini diorang tu?
Minta SK al penyokong UMNO jawab soalan2 saya ni.

Grand Marquis said...

Apa masalahnya Australia nak condemn negara kita? Hanya yang bacul seperti MP Kinabatangan atau seperti KJ sahaja yang terloncat-loncat laksana beruk dijalanan bila Australia atau US komen sistem kehakiman negara.

Ingat, sekarang zaman globalisasi. Dan penjajahan tidak akan berlaku seperti mana tahun 1920 ana atau 1940an. Setiap negara ada perjanjian dengan UN untuk menjaga hak asasi dan perbatasan. Dan Kita sendiri ada perjanjian pertahanan dengan AUstralia, Britain, Singapore dan New Zealand. So, tak munkin negara2 ini akan masuk campur antara satu sama lain kecuali komen2 para pemimpin mereka tentang hak asasi sesuatu negara.

Si Mahathir Kepala Taik sentiasa komen US kononya Kem Tahanan Abu Gharib ini zalim. Siap buat konfrense lagi tu si Kepala Taik ini. So, adakah Chedet Kepala Taik telah masuk campur urusan dalam US?..Tentu sekali tidak. Chedet Si Kepala Taik cuma komen sahaja dan gain politic millage on top of that.

Begitu juga kita sering mengkritik kerajaan Burma yang mengurung Ang San Syu Kyi. Adakah kita mencampuri urusan dalaman Burma?. Tentu sekali tidak sebab kita dengan Burma memang tak jauh beza hodohnya. ha ha ha

So, apa masalah bila kerajaan luar kritik dan bantah tidakan kita yang menghanjingkan Ibrahim Ali, hakim mahkamah, polis dan SPR.

Kita berada di dunia yang hampir tiada rahsia lagi. Bahkan kalau kita beli kapal selam, dan kapal selam kita tidak boleh menyelam akibat badi Rosmah, seluruh dunia tahu akan hal itu.

Sebab apa UMNO cukup takut dengan Australia?. Senang sahaja. Sebab UMNO takut kalau2 Australia desak dunia melakukan sekatan keatas Malaysia. Ini menyebabkan hampir semua ahli politik UMNO boleh di sapina di mahkamah dunia sebab menyalahkan dana negara untuk membeli harta-harta karun dimerata tempat.

Anwar boleh terus melobi orang luar untuk menekan kerajaan. Bukan satu perkara yang baru bila anwar lakukan perkara ini. Ang San Syu Kyi juga melobi negara-negara asing untuk menekan junta tentera UMNO di Burma.

Selama ini pun UMNO telah lama menjemput orang asing datang ke Malaysia. Baru-baru ini, UMNO menjemput dengan hotmat dan sembah salam keatas kunjungan tentera salibin Amerika di pelabuhan kelang. Begitu juga UMNO menjemput dengan sembah mulia dan bentangan wangi-wangian keatas pasukan krikit Israel tahun 1997 dulu.

Cuma UMNO mudah lupa..haha

Sebatang kara said...

Bila masa pulak saya fitnah TB. Inipun fitnah jugak TB kerana menuduh orang lain buat fitnah.

Saya tidak menghalang mereka untuk melindungi pelaburan mereka. Malahan saya mengalu-alukan pelaburan mereka. Cuma kita mintak jangan pihak mereka campuq tangan urusan negara kita. Biaq kita selesaikan sendiri masalah kita.
Contohnya mudah katakan TB ada Bapa yang berperangai buruk, TB nak panggil orang lain pi lempang muka Bapa TB. Mesti TB tak mahu kan.

Memang kita mengalu-alukan pelaburan asing waima daripada haramjadah USA sekalipun, tapi janganlah kita takutkan mereka mengalahkan takutkan Tuhan cam UMNO yang buat sekarang nih.

Anonymous said...

Didnt PAS say something bout Aung San Syu Kii recently?Once gain SU PAS farting frm mouth ga

Tulang Besi said...

Saya tidak menghalang mereka untuk melindungi pelaburan mereka. Malahan saya mengalu-alukan pelaburan mereka. Cuma kita mintak jangan pihak mereka campuq tangan urusan negara kita. Biaq kita selesaikan sendiri masalah kita.
Contohnya mudah katakan TB ada Bapa yang berperangai buruk, TB nak panggil orang lain pi lempang muka Bapa TB. Mesti TB tak mahu kan.
.
Mereka persoalkan kes Liwat II ni sebab mereka nak lindiungi pelaburan mereka la. KAlau sistem kehakiman kita setaraf dengan Zimbabwe, macamana mereka nak yakin wang mereka akan dijaga dengan baik?

Minta SK al UMNO tolong jawab soalan ini.

Soalan2 saya kat atas tu pun tak jawab habis lagi

Sebatang kara said...

Saya ingat saya dah jawab semua soalan TB. Boleh TB 'detail'kan yang mana belum saya jawab.

Tulang Besi said...

Saya masih terasa bagaimana Sebatang Kara yang mengaku menyokong PAS sanggup mempercayai khabar fitnah dari cybertrooper UMNO. Penyokong PERPADUANG telah menunjukkan taring mereka sedikit demi sedikit. hahaha

Tulang Besi said...

Jawab ni:

Oh satu lagi, kalau berenti aliran perdadangan dgn Australia ni, beribu2 orang akan hilang kerja. Kao nak tanggung ke anak bini diorang tu?

Kapten Zero said...

Pendirian TGHH dalam bab ini terlalu lemah dan merugikan politik pas. Kelemahan pimpinan yang mendapat nasihat yang tidak tepat dari pembantunya. Pas perlu berubah sekira nak menang dan tidak ketinggalan dalam proses arus dan aliran melingkari politik dunia./

Tulang Besi said...

On 7 April 2005, Australia and Malaysia agreed to launch negotiations on a bilateral Free Trade Agreement (FTA). Negotiations were paused in early 2007 to allow both sides to focus on finalising the ASEAN-Australia-New Zealand FTA, which was concluded in August 2008 and entered into force on 1 January 2010. The Minister for Trade, Mr Crean, and former Malaysian Minister for International Trade and Industry, Mr Muhyiddin, announced the resumption of bilateral FTA negotiations in October 2008.

Grand Marquis said...

Kenapa Malaysia begitu takut dengan bantahan masyarakat antarabangsa keatas pertuduhan liwat Anwar?

1. Kununnya yang Australia / US ingin campur tangan keatas Malaysia hanyalah untuk mengolah persetujuan orang ramai agar rakyat kembali duduk dibawah payudara Rosmah. Tiada nilai-nilai nasionalisma pun.

2. UMNO/BN ketandusan sokongan luar. Mulanya UMNO cuba merasuah Dr Yusuf Qardawi dengan menganugerahkannya Tokoh Maal Hijrah, tetapi Qardawi tetap dibelakang Anwar. UMNO sedang kesorangan dan tersepit dengan konspirasi si Saiful.

3. Si Saiful telah direncanakan untuk memfitnah Anwar. tetapi skrip yang diguna Saiful menunjukkan para SB/konspirator meniru bulat-bulat skript didalam filem lucah. Si Saiful tiada cara lain lagi untuk mengolah skrip ini kerana kesuntukan masa dan terpaksa menggunakannya semasa perbicaraan. Hasilnya, orang-orang putih yang terkenal liberal ini dapat mengesan yang skript dugunakan saiful ini tipu dan ditiru bulat-bulat tanpa keizinan dari filem lucah terbitan negara-negara mereka. Perancangan agar rakyat menyokong Saiful dan kembali duduk dibawah naungan payudara Rosmah telah mula terhakis akibat sususan skrip yang dibuat terburu-buru. Jadi, kerajaan terpaksa mencari kambing hitam agar orang kembali duduk dibawah payung UMNO dan Rosmah. Dan AUSTRALIA telah dikambinghitamkan.

4. Kes Anwar ini menyebabkan Malaysia akan dipencilkan. Anwar boleh menggunakan pengaruhnya untuk melobi negara-negara maju supaya menarik balik ijazah KJ dari oxford atau mensapina najib dan rosmah kerana terlibat dalam pembunuhan Altantuya di mahkamah antarabangsa, atau menyekat akaun bank daim zainuddin dan mahathir yang bersepah-sepah di zurich, australia, US dan argentina. Oleh itu, sebelum masyarakat antarabangsa mengambil tindakan ini, eloklah kerajaan Malaysia membuat bantahan. Kononya, jika lepas ini malaysia disekat atau najib disumbat dipenjara hague, maka kerajaan ada alasan untuk bercakap "Tengok, mereka dengki pada kita, maka disumbatnya pemimpin agung kita Ayatollah Al-Najibun"..

fin !

Sebatang kara said...

Saya masih terasa bagaimana Sebatang Kara yang mengaku menyokong PAS sanggup mempercayai khabar fitnah dari cybertrooper UMNO. Penyokong PERPADUANG telah menunjukkan taring mereka sedikit demi sedikit. hahaha

Bila masa pulak saya percaya fitnah tersebut. Kan saya dah jelaskan hari tuh. Saya mintak TB jawab sendiri tuduhan tersebut agar fitnah tersebut akan berpanjangan. Ini adalah untuk kebaikan TB jugak. Saya selaku orang yang tidak mengenali TB jugak perlukan penjelasan TB.

Sebatang kara said...

Tulang Besi said...
Jawab ni:

Oh satu lagi, kalau berenti aliran perdadangan dgn Australia ni, beribu2 orang akan hilang kerja. Kao nak tanggung ke anak bini diorang tu?


Sapalah saya nak tanggung beribu-ribu oghang yang hilang kerja tu. Gaji saya pun cukup makan ngan bayar umah, keta dan simpan ala kadar.

AzamDean said...

tu la..fikir2 balik..tak campur tangan pun..cuma desak gugurkan saja..kalau betul diorang campur tangan atau komplot ngn Anwar...dari dulu lagi dah diorang react..berok2 aje yang kecoh.. hahah berok dari rembau..katak dari pasir mas..dah tu parti mental sakit.. hahaha

Anonymous said...

Inilah masalahnya apabila Presiden PAS melantik SU Politik yang tak reti ekonomi dan politik antarabangsa. Maklumlah dia hanya lulus kejuruteraan roket dan asal pun dari Terengganu.

so ko pun grad engineering kan...?? bukan grad political science or economics... so ko pun tak reti ekonomi dan politik antarabangsa jugak kan??? 2X 5 jugak...

mengenai TGHH tak pergi beri sokongan kat Anwar di mahkamah... ko tu dok tunggu depan tangga mahkamah ke??? or ko pun tak pi mahkamah sokong anwar jugak ke...?? ramai pemimpin PKR pun tak pi lagi org tak bising pun....

Tulang Besi said...


Sapalah saya nak tanggung beribu-ribu oghang yang hilang kerja tu. Gaji saya pun cukup makan ngan bayar umah, keta dan simpan ala kadar.

February 22, 2010 12:54 PM


So mulut tu jaga. Jangan lah pegi maki MP2 Australia tu tak tentu arah.

Tindakan mereka tu berdasrkan hak mereka menjaga pelaburan mereka di MAlaysia.

Sebatang kara said...

TB tak baca ke komen saya kat atas. Bila masa pulak saya maki mereka. Malahan saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan mereka terhadap DSAI. Cumanya kita sebagai rakyat negara berdaulat janganlah biarkan campurtangan asing dalam hal ehwal negara kita. Hari itu jugak TB menghentam Kerajaan apabila Supercarrier mereka berlabuh di Pelabuhan Kelang. Saya sokong hentaman TB itu. Bagaimana kalau hentaman TB itu juga melukakan hati pelabur asing dari negara US. Bagaimana pelabur US lari pulak. Saya diberitakan pelaburan US adalah antara paling besar kat Malaysia. TB nak tanggung anak bini pekerja mereka kalau pelabur US ni lari. Ingat TB, kenyataan mesti konsisten. Mesti jadi orang berprinsip.

Tulang Besi said...

Sebatang Kara,

Kao sepatutnya suruh CYBERTROOPER Umno tu buktikan dakwaan mereka. Bukan suruh aku jawab diorang tu.

Belum PAS masuk BN, kao dah geng dgn puak2 UMNO tu.

Serious Shepherd said...

Australia tidak campurtangan? Tidak, mereka campurtangan buat kali kedua untuk membatalkan campurtangan kali pertama.

Kali pertama mereka campurtangan, Kevin Rudd kata Malaysia sudah ada 'vibrant democracy' dan menyokong kerajaan yang memerintah. Sekarang dengan sistem kehakiman, polis dan sebagainya yang sudah dikawal secara langsung, takkan nak sokong lagi kot. Jadi mereka campurtangan kali kedua untuk menarik balik sokongan 'vibrant democracy' mereka.

Grand Marquis said...

Sepanjang malam TB cuba fikir macam mana nak spin isu 50 MP. Last-last dia keluar idea pasal pelaburan. Lawak-lawak.

Mula-mula, bila dia petik dari harakah, saya ingat dia akan spin untuk sokong PAS, tapi rupa-rupanya untuk kenakan hadi. Kalau dia nak spin untuk sokong hadi, dia memang boleh sebab dalam petikan itu ada kenyataan cover up. Tapi macam biasa la. Bila orang yang dia tak suka, dia hanya highlight apa yang buruk.

Apa kaitan ekonomi dengan kes DSAI?Urus niaga Australia-Malaysia lebih berbentuk commodities trade dan bukannya capital investment. Apa yang berlaku dalam kes DSAI tidak mengubah hakiki perniagaan dua hala. Tak kan kerana DSAI masuk court orang dah tak minum susu, masak guna minyak sawit, guna tayar getah. Apa yang mereka melabur di negara kita? Inilah spin tahap gaban yang tak menjadi dari TB.

Untuk pengetahuan, At the end of 2004, the level of Malaysian investment in Australia had reached $5.3 billion. In contrast, Australian investment in Malaysia was modest, totalling $736 million.

Kalau lihat dari kenyataan ini, nyata, Australia has more to lose if they are not friendly to our current government. Kalau mereka nak protect investment mereka, mereka patut lebih friendly dengan existing government. Apa yang berlaku kat Anwar tak ada kaitan dengan perdagagan dua hala sebab dalam trade, kapitalis ni hanya lihat pada untung-rugi. Selagi kita ada produk yang mereka perlu dan kompetitif, mereka akan beli. Begitu juga kalau mereka ada produk yang Malaysia perlu, mereka akan jual. As simple as that. Apakah US dan Australia menghentikan perdagangan dengan China sebab China negara komunis (bagi kapitalist, communism is a great evil)? Tak, tapi 2 negara ni adalah rakan dagang yang paling besar dengan China.

US jauh lebih banyak trade dan investment dinegara kita. Tapi US tak bising pun kecuali suruh bicara secara adil.

Betulkah Australia suka bantu kezaliman di luar negara? Lawak-lawak. Australia sebenarnya tak kisah sangat pun. Rakyat mereka tak kenal pun siapa Anwar. apakah kerana Anwar masuk court, parti memerintah boleh kalah undi? Lawak lawak. Ramai rakyat Australia kena hukum bunuh di luar negara sebab dan MP ni tak buat apa-apa pun, padahal, capital punishment ni adalah isu yang jauh lebih serius untuk rakyat Australia dari isu Anwar.

Lagi satu, siapakah Anwar? Anwar ni pembangkang yang tak berparti. Apakah investment mereka akan terpelihara kalau mahkamah menggugurkan tuduhan akibat dari desakan mp mereka? Ia hanya akan menunjukkan mahkamah malaysia tiada integriti kerana senang-senang menggugurkan tuduhan tanpa perlu melalui proses undang-undang. Guna balik contoh bank yang TB bagi, apakah anda nak simpan duit dalam bank yang senang-senang bagi orang yang tak dikenali godam akaun anda?

Kecuali kalau 50 MP tersebut melihat something to gain from Anwar. Kalau tindakan mereka berjaya, Anwar akan terhutang budi dengan mereka dan forever dia akan jadi puppet mereka.

Grand Marquis said...
This comment has been removed by the author.
Sebatang kara said...

Tulang Besi said...
Sebatang Kara,

Kao sepatutnya suruh CYBERTROOPER Umno tu buktikan dakwaan mereka. Bukan suruh aku jawab diorang tu.

Belum PAS masuk BN, kao dah geng dgn puak2 UMNO tu


Memang saya ada kawang geng-geng UMNO kat umah, kat tempat kerja dan kat kampung. Biasalah kawang2. Kekadang lepak sekali, sembang, minum2. Tapi tang hempuk saya hempuk gak depa tak kira sapa, janji saya boleh menegakkan prinsip saya.

Prinsip saya mudah jer Tuan TB, Yang putih saya kata putih dan yang hitam saya kata hitam. Itu jerr..

Anonymous said...

"australia takut pelaburan terjejas" he he 50 ahli parlimen je yang bg surat? kira mewakili semua ahli parlimen la. kah kah

Anonymous said...

We have the numbers

Anonymous said...

masalahnya.. pihak BN/UMNO akan menspinkan isu sokongan MP australia ni kepada keadaan yang tidak menguntungkan PR pada PRU 13 nanti dengan memainkan sentimen patriotik.... dan memberi peluang UMNO/BN lari dari memainkan sentimen perkauman Melayu sahaja.... dan ini boleh mengugat peluang PR untuk memerintah nanti...

Kenyataan Hj hadi ialah untuk tidak masuk dalam perangkap UMNO la...

Ada akai pikiaq la... pakai strategi sikit.. ko ingat harakah/seruan keadilan/roket sampai ke di luar bandar... RTM/TV3/utusan/bh banyak le situ.. kawasan cina 30%-50% luar bandar pun PR boleh kalah dlm PRU 12 lepas... tambah pula kawasan melayu 80% keatas dengan UMNO main sentimen perkauman melayu... ditambah pula sentimen patriotik nanti.... so macam mana nak lawan propaganda UMNO/BN "PR pengkhianat negara"???

Tulang Besi said...

Untuk pengetahuan, At the end of 2004, the level of Malaysian investment in Australia had reached $5.3 billion. In contrast, Australian investment in Malaysia was modest, totalling $736 million..

Tu jumlah pelaburan. Yang RM51.45 bil tu jumlah dagangan.

Aku cakap jumlah dagangan ke pelaburan?

Grand Marquis said...

Itulah yang orang dok kata. Dagangan berbeza dengan pelaburan. Contoh bank yang hang dok bagi tu ialah dagangan ke pelaburan? Dah tentu pelaburan. Tapi kenapa hang cakap pasal dagangan dengan guna contoh pelaburan?

Tulang Besi said...

Itulah yang orang dok kata. Dagangan berbeza dengan pelaburan. Contoh bank yang hang dok bagi tu ialah dagangan ke pelaburan? Dah tentu pelaburan. Tapi kenapa hang cakap pasal dagangan dengan guna contoh pelaburan?.

Bang, kalau nak berdagang, bukan kena melabur duit ke? Buat modal?

Tu pun pelaburan jugak bang? Pegi tanya la semua trading company, mana ada diorang melabur free. Semua pakai duit

Grand Marquis said...

TB, tak yah spin la. Kejap perdagangan, lepas tu jadi pelaburan. Apa ni. Nampak sangat dah terkena.

Anonymous said...

kalau kita pakai logik TGHH,UN,Amnesty International tak dak hak utk voice out,intervenelah..cakap pasi perdagangan/pelaburan,anyone want to invest in North Korea?For sure para pedagnag will think 1 million times when it comes to north korea..likewise,para pelabur,pedagang will think 10000 times before investing in Mlaysia?Pasai pa?Bukan saja liwat gate part2,pasai macam macm..murder,corruption,rezab emas dan resab dah "poof" dri mlaysia..para pelabur ambil kira semua maklumat..dan gambaran yg mereka dapat ialah,Mlaysia dalah pariah state..

Anonymous said...

Itu PERC report malaysia dah masuk dlm kategori "UNSTABLE"..who wants to deal with a country that like to berangan angan n ruled by a bunch of buffoons,scums,rogues,court jesters?

Anonymous said...

TGHH pergi ke sana ke sini naik apa?Flying carpet/unta/kuda kah?All the time nak tunjuk phoney superiorty by labelling so and so kafir,but in reality even serban wallah terlampau syok with barangan/produk org "kafir"..what's the name of TGHH's pajero?Toyota..yes?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.