Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, February 6, 2010

BERNAMA BERBOHONG: TOK GURU KATA LAIN!!!

Artikel di bawah adalah diambil dari blog ZainulFaqar. Saya difahamkan Zainulfaqar ada sewaktu Tok Guru memberikan ucapan perasmian kepada program Forum Kalimah ‘Allah’ di Kota Baru baru-baru ini.

BERNAMA pula melaporkan kononnya Tok Guru menyokong agenda Muzakarah. Apabila rahsia mereka pecah, BERNAMA menukar cerita mereka. Artikel asal mereka boleh baca di bawah sekali. Artikel baru mereka boleh baca di sini
Rupanya Tok Guru mahu UMNO mempunyai minda yang terbuka supaya boleh berdialog SECARA TERBUKA dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam.

Ini jauh dari bentuk MUZAKARAH/Perjumpaan dalam Gelap yang diadakan dengan Pak Lah dan UMNO oleh beberapa pimpinan PAS yang telah menipu ahli2 mereka.
Selamat membaca.

Tulang Besi

Nik Aziz ajak berdialog, supaya Umno kembali pada Islam!

MENTERi Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menyuarakan niat supaya PAS dan Umno boleh berdialog atas kepentingan Islam, sebagaimana yang telah pun dilakukan dalam Forum Kalimah ‘Allah’ yang melibatkan tokoh-tokoh dari agama Islam, Kristian dan Buddha.

“Kalau boleh, majlis sebegini (dialog) dibuat antara PAS dan Umno,” jelas beliau selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Pemikiran Islam Semasa, anjuran Tabung Amanah Tok Kenali dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mempersoal kewajaran tindakan Umno menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS sejak 50 tahun yang lalu.

“5o tahun, Umno bertengkar dengan PAS, apa hasil? Umno menggunakan masa yang begitu banyak (dan) kepakaran (yang) begitu banyak (serta) kewangan yang begitu banyak (untuk) melawan gerakan Islam yang dibawa oleh PAS,” jelas beliau di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu.

Ujarnya lagi, sejak PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, Umno acapkali mempersenda keupayaan PAS dalam membangunkan kerajaan negeri.
Pun begitu, sejak Pakatan Rakyat menguasai Kelantan, Kedah, Selangor, Perak (kemudiannya Umno ‘kudeta) dan Pulau Pinang, menurut beliau, Umno tidak berupaya meneruskan pertengkaran dengan PAS menggunakan isu-isu ‘pembangunan’ seperti dua dekad sebelum ini.

“Masalah pembangunan, PAS buat juga. Sekarang ini pula, (pembangunan di) Pulau Pinang orang lain pula (iaitu Pakatan Rakyat dan DAP) pula (yang) buat, pembangunan negara tidak (dilakukan) Umno (semata-mata),” jelasnya.

“Jadi, tak ada sebab langsung PAS bertengkar dengan Umno (kerana) disebabkan (isu) pembangunan tidak semestinya Umno boleh buat (sebaliknya) sesiapa saja yang memegang (tampuk pemerintahan) negeri (maka) mereka buatlah (pembangunan).”

“Sekiranya (parti) komunis yang pegang Kelantan, maka Kominislah yang buat pembangunan,”

Beliau turut melahirkan harapan supaya para cendekiawan Islam di dalam Umno berfikir tentang tujuan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.
“Jadi, tolong fikirlah (selama) 50 tahun Umno bertengkar dengan PAS (sedangkan) PAS ini dibuat (ditubuhkan) oleh alim ulamak Umno,” jelasnya.
“Ulama’ Umno (yang) tubuh Partubuhan Islam Se-Tanah Melayu (yang) kemudiannya (ditukar) Parti Islam Se-Malaysia (PAS), jadi apa pentingnya Umno nak bertengkar dengan PAS sedangkan PAS bawa (dasar perjuangan) Islam.”
Katanya lagi, orang Melayu tidak mengira kaum guru, peladang dan sebagainya pada tahun 1946 semuanya menyertai Umno, tetapi sebahagian daripada mereka kemudiannya meninggalkan Umno pada tahun 1952 kerana Umno tidak komited memperjuangkan Islam di tanah air.
“Jadi, tokoh-tokoh agama (dalam) Umno tolong fikir apa yang saya cakap ini,” jelasnya.
Turut menyertai kenyataan media bersama-sama Nik Aziz, Ketua Pengarah akhbar mingguan The Herald yang juga panelis forum, Tuan Lawrence Andrew dan Cendekiawan Islam PKR selaku salah seorang pembentang kertas kerja, Dr. Mohd Nur Manuty.
Dalam perkembangan berkaitan, Forum Kalimah ‘Allah’ menampilkan Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution selaku mpderator forum, Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Dr. Johari Mat yang juga panelis mewakili agama Islam; serta Naib Presiden Malaysia Consultative Council Buddist, Christian, Sikh, Hindu and Tao (MCCBCSHT) Cawangan Kelantan Loo Choo Siang yang juga panelis mewakili agama Buddha. -END
———————-
Nota: Penulis sertakan rakaman penuh MP3 kenyataan Nik Aziz untuk dimuat turun supaya mana-mana pihak yang berniat memanipulasi niat ikhlas Nik Aziz demi kepentingan tertentu, boleh disangkal bersama. KEFAHAMAN ASAS PERUBAHAN!



(LAporan asal BERNAMA)
KOTA BHARU 4 Feb. – Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu UMNO dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama.

“Lima puluh tahun UMNO bertengkar dengan Pas apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti Pas, apa hasilnya melainkan bertengkar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. – Bernama



25 comments:

Anonymous said...

"Rupanya Tok Guru mahu UMNO mempunyai minda yang terbuka supaya boleh berdialog SECARA TERBUKA dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam.
Ini jauh dari bentuk MUZAKARAH/Perjumpaan dalam Gelap yang diadakan dengan Pak Lah dan UMNO oleh beberapa pimpinan PAS yang telah menipu ahli2 mereka."(TB)
..sebening subuh..

1.Mana mohong!maksud lebihkhughang sama la!!!Dan aku degaq sendiri kenyataan Nik Aziz dalam berita awani semalam!!Intonasi!mimik wajah!laras bahasa!semua aku penghati semalam!Beliau kearah sepertimana kehendak oghang melayu dan islam Malaysia dari raut wajah!kita dapat tahu maksud yang tersirat!tak perlu dengaq kata-kata!!
2.Kalau galak nak kawin!kena dailog,siasat,kena bincang,kena muzakarah dulu!!!baghu kawin!!Hang dulu terus kawin kot!Macam seoghang kawan aku!lepas spm pi US,tahun pertama teghus kawin!umuq baghu 19!kantoii!!menetap diUs sampai la nii!!!
3.Sukur Alhamdulillah!Nik Aziz dah terbuka hati!!!Elokla umuq dah hampir 70an!!
4.Aku masih tunggu seorang PM malaysia yang punyai stail kepimpinan,visi,misi dan latarbelakang akedemik seperti musuh hang! mahathir dan cagha idup seperti Nik aziz!Ada ka!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Aku pun tengok kat tv. Sama saja. Sudahlah tb. Kau ikut sajalah si anwar tu jadi saksi paksaan anwar.

Ngakulah kau telah dikencing anwar

Anoinimuz said...

pekelancau lu mrepek anon. Memitnah tu hobi kau ke?kah kah kah. desperate nampak...Semah bayo ko brape dok?

Tulang Besi said...

ORang UMNO akan dengar apa yang mereka hendak dengar.

Desperate nak tarik PAS keluar Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Sedaro SeIslam.

Timo kasih tulang bosi.
Logo hati den bilo dongar kenyataan ponuh TGNA di dari mula hinggo akhir. Bukan dio nak ajak umno duduk semejo untuk bergabung. Dio maksudkan iolah, umno ni duduk semejo dengan pas dan bicang hal islam, yolahkan umno ni dakwo melayu islam, tapi hanyo ambik melayu, islam campak longkang, jadi TGNA ajak umno duduk semejo nak tanyo kenapo umno tolak islam.....

haaaaaa itu lak maksudnyooooooo. BONGAK BOTUL UMNO NI.

SELAMAT PANJANG UMOR TGNA,SEMOGO DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK TONDANG FLYING KICK PROKSI UMNO DALM PAS.

TAKBIRRRRR

Anonymous said...

BERakNAMa always tipu..they r part of gomen machnaery,so adu domba,kelentong,fitnah r part of thier daily routine..

Anonymous said...

Puak haramjadah dah hilang punca..dah despearte,jadi,tipu fitnah kan bertresuan..time now to give UMNO n thier fraksi flying kick..btw,harakah kena attack frm hackers ke?make sure ada pakar forensik..if hacker2 dri sykt2 india terlibat,kita sue sama mereka!

Anonymous said...

natang berok puok amno ni. TG Nik Aziz ajak lain, dia faham kelain. Dasor otok tok leh pakai. Tapi dalam pas ni ade jugok hok berahi ke amno ni. pelik sungguh. hok berahi ke amno ni otok dia lagi jahanang dari amno sendiri.

go to hell la proksi amno dalam pas.

mu dengor dok stopa weiiii.

sudoh sudoh la buat kije buruk tu. Jahang PAS.
``STOPA ALI & THE GENG kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah"

Anonymous said...

Cannot dialogue with UBN dibawah pengaruh Nachibai,Mahataik Kutty..susah bro..

Anonymous said...

yalah..UMNO berok suka berak fitnah..thats thier job!

Anonymous said...

BODOH LAH PENYOKONG hamPAS NI...KALAU BERNAMA DIKATAKAN SUKA MEMFITNAH HARAKAH APA KURANGNYA..LAGI BESAR CELAKO....CELAKO....CELAKO..(NIK AJIS YG CAKAP)..HAHAHA...

Anonymous said...

Tak habis habis bw isu sama TB tembam ni. Ko takut Nik Aziz dh tukar fikiran,ko tak da isu lagi nak laga2kan PAS.mungkin Nik Aziz dh nampak siapa celaka sebenarnya,,,

Anonymous said...

Nik Aziz ni pun nak create persepsi. Settlekan hal menantu dengan anak tu. Jgn nak divert isu.

Anonymous said...

Di kalangan masyarakat Melayu pula, 67 peratus menyokong Zambry berbanding 35 peratus undi yang diperolehi oleh Nizar(merdeka center)

alahai...
apa komen tuan TB ni!!!apa komen sebatang kara!apa komen GM!!!!

Anonymous said...

Hanya orang cina diPerak saja yang beriya-iya sokong Dato Nizar. Sebabnya, apa yang mereka nak, dimakbulkan membuta tuli oleh si lemb* itu.

Ada sebab Nik Aziz nak berbaik dengan UMNO. Satu Malaysia dengar dari mulut Nik Aziz didalam Awani. Sudah lah TB, tak guna hang nak kelirukan orang ramai.

PAS sudah dipandang hambar oleh orang melayu. Mereka hanya pandai bercakap, beriuh tapi habuk pun tak ada...

Bila Anwar Al juburi masuk penjara, DAP akan dengan angkuh keluar dari Pakatan kerana undi cina tetap tak berubah, yang akan jadi kambing ialah PKR dan PAS....Insyallah ianya akan berlaku!

Anonymous said...

Tulang besi, mana kau...

Baru keluar berita dari Malaysian Insider, Presiden PAS kata, PAS sentiasa bersedia untuk berdialog dengan UMNO bukan saja dalam isu Islam, tetapi apa saja demi kepentingan rakyat....

Alhamdulillah, angin perubahan sedang bertiup sepoi-sepoi...

Anonymous said...

Anon 12.37pm 6.2.10,
Agaknya anta tak tahu bahawa Bernama tu adalah akhbar rasmi kerajaan Malaysia seperti Antara akhbar rasmi pemerintah Indonesia.Akhbar rasmi kerajaan tak boleh bohong atau seleweng dan jadi petikan agency-agency akhbar seluruh dunia.Kalau berbohong atau seleweng bermakna kerajaan itu berbohong dan suka buat berita yang menyelewengkan.
Harakah sama juga Keadilan adalah akhbar parti politik.Akhbar-akhbar parti politik menyuarakan kehendak,matlamat dan aspirasi parti politik yang didukungnya.Kalau anta samakan taraf Bernama dengan Harakah bermakna Bernama sudah jadi akhbar UMNO/BN - bukan lagi akhbar kerajaan.Kaki tangan Bernama wajar dikeluarkan dari senarai kaki tangan kerajaan dan Bernama sendiri ditukar kepada Bernama Sdn.Bhd.seperti akhbar Utusan Melayu,New Straits Time atau pun Nanyang Siang Pao.Ada faham???

Anonymous said...

Setuju, orang-orang PAS memang bodoh, cakap belit-belit. Kejap ia, kejap tidak. Nizar PAS Perak lagi bodoh, nak kan undi punya pasal, sanggup ditarik hidung nya oleh DAP. Ikut apa dia orang nak, atas nama undi cina konon. Apa pun boleh digadaikan oleh dia ni, jangan Islam atau maruah bangsa je, lebih dari itu kot dia boleh....terbayang pulak muka Anwar, eeeeeeeh! seram sejuk tengkok aku!!!

Anonymous said...

This is what UMNO will do once PAS mention meet to talk. Tok guru said meet to discuss on ISLAM . UMNO will twist around to say here PAS is
coming in to talk of malay . What is there to talk when UMNO is only keen to talk only on Malay rights and take Islam as a vehicle only. I WILL SUGGEST THAT UMNO IS NEVER SINCERE ONLY WANTED TO MAKE USE
THE OPPORTUNITY TO TAKE ADVANTAGE OF
PAS.

Anonymous said...

..alahai..
Bila umno dah kuat,bn dah kuat:
1.Oghang cina akan kembali sokong BN la!!
2.Hangpa tak percaya!Hangpa tengukla nanti!Tenguk sama kes Bagan Pinang!Kes pilihanraya terdahulu!Buatla survey!macammana oghang cina berpolitik!!
3.Nak mampuih!kata oghang cina!Syurga kami diduniala!kami akan sokong puak yang janjikan kesenangan kami didunia!Puak yanh janjikan kesenangan ekonomi kat kami!Puak yang mana menang!!Prinsip1kami tak pakaila oii!!Janji idup kami senang!!!
4.Tunggula!pakat doa la!Sebatang kara dapat jadi pensyarah kat U.lim kok Wing!!Dia akan buat PHD kat sana!kerja kat sana!dan boleh cerita pengalaman bekerja dengan puak pujaan dia!!!
5.Takutla pulak!bila temuduga kat sana,soalannya ialah:
5.1.Lulus oversea,u mana!!Oxford!harvard!
5.2.Boleh cakap manderin!!

Tulang Besi said...

Baru keluar berita dari Malaysian Insider, Presiden PAS kata, PAS sentiasa bersedia untuk berdialog dengan UMNO bukan saja dalam isu Islam, tetapi apa saja demi kepentingan rakyat....

Alhamdulillah, angin perubahan sedang bertiup sepoi-sepoi...
.

Dia cakap dialog, bukan muzakarah dan bukan jumpa dalam gelap.

Tapi, nama kata nak join sama2 tidak akan berlaku sama sekali inshaalah.

Tulang Besi said...

Grand Marquis tak ori,

Kau kata kau tak suka ekonomi sosialis.

Apa komen kau bila syarikat-syarikat UMNO dan anak Mahathir serta Daim, bila dah bangkrap, diselamatkan oleh duit rakyat?

Betul kata Grand Marquis, mudah sangat berhujjah dari segi ekonomi dengan puak2 UMNO ni.

Grand Marquis said...

Kenapa Cina sokong PAS dan kenapa Melayu akan kekal menjadi hamba?

Ingat, melayu telah menjadi hamba kepada bangsa asing selama beratus-ratus tahun. Kenapa melayu sentiasa dihina seperti anjing dan selalu diperkotak katik?

Ini analisis saya.

Dulu, pada zaman british pada abad ke 19, Munsyi Abdullah ada menyatakan dalam bukunya yang orang melayu ini satu kaum yang amat membenci ilmu dan akan dengki kepada orang yang menuntut ilmu. Pada waktu itu, tidak semua orang Inggeris itu jahat. Ya, mereka penjajah tetapi orang melayu tidak langung mahu mengambil bahagian terutama kepada peluang2 menuntut ilmu dan dibuka oleh Inggeris. Mereka taat kepada Sultan mereka membuta tuli. Bak kata Munsyi Abdullah, jika sultan mereka suruh mereka duduk diatas becak, mereka akan terus duduk. Jika sultan mereka berkenan kepada isteri seseorang, mereka akan serahkan. Akibat terlalu lama diperbodohkan sultan mereka yang zalim, akibatnya orang melayu tidak berani menghantar anak-anak mereka kesekolah yang Inggeris telah bina. Kununya takut jadi kafir. Ini berbeza dengan orang cina.

Di singapura, sultan terakhir adalah sultan Husin Shah. Sultan ini dikatakan sangat gemuk. Dan kerana hutang dan bodoh, dia sanggup menjual Singapura kepada Raffless hanya untuk mendapat gaji bulan-bulan. DIsebabkan Sultan ini zalim dan bodoh, rakyat dibawahnya juga menjadi bodoh sama seperti pemimpin mereka. Pernah Inggeris menawakan Sultan ini melanjutkan pelajaran ke england tetapi ditolak atas alasan 'home-sick'.

Akibat sultan yang tiada wawasan dan sentiasa memomokkan rakyat dengan daulat, sihir, adu domba, maka melayu kekal dijajah dan bodoh sehingga umno ditubuhkan.

Pada dekan 1960-an, Singapura manjadi salah satu negeri di Malaysia. Dan singapura juga menjadi syurga hiburan. Umum diketahui umno menolak agama dan amat kurang minat kepada ilmu. Ramai melayu menjadi rosak kerana pusat perfileman di Singapura. Agama telah dipinggirkan. Akibat tidak mahu bersengkokol dengan budaya UMNO yang lebih teruk dari perangai Mat Salleh, ulama-ulama dalam umno keluar dan menubuhkan PAS. Begitu juga Onn Jaafar yang menubuhkan Parti Negara.

UMNO mengadu domba melayu dengan cina di singapura. Perseteruan UMNO-PAP menjadi hebat kerana adu domba. Jika Internet wujud pada zaman itu, maka keadaan tidak akan menjadi buruk. UMNO ditolah di Singapura dan PAP ditubuhkan. Ingat, yang menubuhkan PAP adalah sorang melayu bernama Samad Ismail. UMNO bodoh politik. Akibat pemahaman perkauman sempit, semua orang melayu yang menganggotai PAP dianggap anti melayu.

Akhirnya pergaduhan kaum terletus akibat adu domba UMNO dan akhbar2nya yang dasyat. Pemimpin UMNO terutama Tunku Abd Rahman naif ilmu politik dan dengan akan yang singkat, diserahkan Singapore kepada PAP.

Siapa menjual Singapore?..Tentulah UMNO.

Akibat pemimpin yang menolak hukum agama dan zalim, rakyat menjadi kurang ilmu dan bodoh. AKhbar2 milik UMNO yang sepatutnya menjadi penjana akal budi hanya mampu menjadi akhbar adu domba. Sudah lah bodoh, dengan membaca akhbar ini, maka bertambah-tambah bodoh lah orang melayu. Akibatkan negeri terlepas kepada Cina dan orang-orang melayu terus bodoh.

Mungkin ini laknat Allah kepada bangsa melayu yang mudah menghina ulama dan orang agama sama seperti orang yahudi menghina nabi-nabi mereka.

Mahathir faham akan melayu yang mudah sangat diperbodohkan. Apabila sahaja beliau mengambil alih Malaysia sebagai PM pada 1981, terus slogan BCA diperkenalkan. Orang melayu harus diketahui yang mereka amat suka akan perkara2 luaran. Lihat lah mereka yang ditipu ejen cepat kaya, atau ditipu menjual dadah di luar negara, atau yang menjadi artis, hampir semuanya melayu. Kerana apa?. kerana mereka suka melihat sesuatu perkara secara luaran sahaja. Asal sedap bunyi, mereka akan terpengaruh.

..to be continue..

Grand Marquis said...

Sebelum Mahathir, tiada satu PM yang suka berslogan. Hanya Mahathir sahaja. DUlu semasa sultan husin syah memerintah Singapura, orang paling dipercayainya adalah mamak. Sehingga mamak itu dianggap anaknya sendiri. Dan tahtanya diserahakn kepada seorang mamak. Dan bila mahathir muncul, orang melayu masih tidak belajar, terus sahaja percaya kepada mamak, sehingga 22 tahun. Dan hari ini mamak ini diangkat hero, lebih tinggi dari Tun Tazak, atau Hussein Onn.

Mamak mahathir diketahui orang bahawa beliau sangat anti Islam. Yahudi berani datang ke Malaysia hanya berlaku pada zaman mamak Mahathir. 2 kali malaysia menjadi mengsa kemelesetan ekonomi duina berlaku pada zaman mamak mahathir (1986 dan 1997). Dan mamak ini sentiasa berslogan agar melayu mudah dicandukan. BCA, Wawasan 2020, Dasar pandang ke timur. Tanpa kajian mendalam, hampir 50% dasar mamak ini gagal. Melayu menagnggung hutang dan melayu tetapi menjilat mamak ini.

Kerana apa?..Kerana orang UMNO menolak Islam dan Ulama dan melayu mengiakannya. Lihatlah bagaimana bangsa melayu ini adalah bangsa yang sentiasa tidak berkat hidup mereka.

Mamak mahathir melantik sibodoh Pak Lah. Bila sibodoh memegang tanggungjawap, maka huru hara negara. Dan mamak ini bijak. Dia meletakkan semua bencana dalam negara samada ekonomi atau sosial di bawah paklah. Sehingga orang percaya yang bencana2 hari ini adalah 100% dari Pak Lah. Sekali lagi melayu diliwat si mamak mahathir. Dia dilihat bersih kerana majoriti melayu yang mahukan dia dilihat bersih. AKhirnya sibodoh tidak tahan, dan melepaskan jawatan kepada pembunuh no. 1 negara Najib Razak.

..to be continue..

Grand Marquis said...

Najib belajar dari Mahathir bahawa mealyu suka 3 perkara. Slogan, duit segera dan ketuanan melayu. Slogan najib terbukti mudah mendapat perhatian orang melayu. Dan mulut melayu disumbat dengan duit; klinik 1Malaysia, sekolah SBT, flat house rectification, kain pelekat, amanah saham 1malaysia. terbukti yang 70%melayu perak berpihak UMNO padahal UMNO yang perdajalkan mereka dengan menggulingkan kerajaan yang sah. Melayu menolah hukum dan tatacara Islam dan terima 3 perkara ini untuk jangkamasa pendek.

Apa akan jadi masa depan?. Cina tetapi di pihak pembangkang. Kerana cina lebih bijak turun temurun. British datang, mereka tidak lawan tetapi mereka cekau apa sahaja yang british bagi. British buat sekolah, mereka masukkan anak mereka. British buat kedai, mereka sewa. British jual senapang, mereka beli. Sedangkan melayu hanya taat membuta tuli kepada sultan atau pemimpin mereka hatta zalim sekalipun. Melayu tidak pentingakan pendidikan anak-anak. Cukup jika memasukkan anak mereka kesekolah percuma kerajaan dan menjadi tikus makmal kepada dasar-dasar pendidikan yang berubah-ubah dari berusaha untuk memasukkan anak mereka ke sekolah swasta. Melayu tidak mengambil peluang bekerja di syarikat-syarikat luar dan selesa menjadi pekerja kerajaan.

Akhirnya melayu tetap buta. Buta business, agama, politik. Sentiasa diperkotak katik oleh orang zalim. Lihatlah di Singapura. Lenyap sama sekali melayu kerana UMNO menjual mereka dengan timbang kilo kepada PAP. Hina sungguh melayu kerana dijual percuma kepada PAP. Sedangkan babi pun tidak dijual percuma seperti itu.

Sokong lah kezaliman, sokonglah sultan atau pemimpin zalim dan Allah akan laknat orang melayu sehina-hinanya.

PS : Hanya yang berilmu akan nampak cahaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.