Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 17, 2010

Bukti-Bukti Penerimaan Aduan Salah Laku Tulang Besi Kepada PAS Pusat

Mempelajari dari pengalaman Abdullah Karim bagaimana aduan beliau telah diketepikan atas alasan kononnya tidak diterima lagi, maka saya mengambil keputusan untuk menyiarkan bukti penerimaan aduan-aduan saya.

DI bawah adalah bukti-bukti penerimaan aduan saya yang telah ditanda tangani oleh Ustaz Rahim selaku Setiausaha Kerja PAS Pusat. Lihat cop rasmi Pejabat Agung PAS Pusat di bucu kanan sebelah atas sebagai bukti.

Ini bererti alasan kononnya aduan saya tidak diterima adalah tidak releven dan aduan saya wajib diambil tindakan sepenuhnya.

1.0 Surat LampiranPhotobucket

2.0 Aduan Kepada Dato Hasan AliPhotobucket

3.0 Aduan Terhadap HAsan Ali dan Ustaz NasaPhotobucket

4.0 Aduan terhadap Dato’ Harun DinPhotobucket

5.0 Aduan terhadap Ahli-Ahli Majlis SyuraPhotobucket

37 comments:

Anonymous said...

up the goodwork bro!

Anonymous said...

Aku agak dlm PR ni memang ada 2 puak..satu puak mahu pihak liberal memerintah..satu puak lagi mahu pemimpin ulama yg memerintah...Yg liberal tu mcm pemimpin Islam Kamal Artartuk..Islam dlm IC sudah..Allah suka keadilan..maka kita kena sama adil kpd Islam, Kristian, Budha atau Hindu..sama2 pergi masjid dan sama2 pergi tokong..itu baru sikap liberal dan toleransi fahaman puak liberal ni..Jadi TB pun sedang bergiat cergas menjalankan misi2 ini..Bagi aku kita tolak UMNO krn sikapnya yg tidak sungguh2 mahu amalkan Islam..dan bukan krn UMNO itu bertuankan Melayu atau bertuankan Islam, itulah konsep dakwah dan tarbiyah hatta kpd org Israel atau UMNO, PKR, DAP, MIC, MCA pun kalau sempat kita wajib sampaikan dakwah kpdnya dan bukan menembaknya membuta-tuli krn mencop mereka sebagai ahli neraka.

Anonymous said...

TB, awak berhak melaporkan salah laku beberapa pemimpin PAS yg dikatakan sebagai ejen UMNO ini. Tapi saya hairan begitu marah awak dgn pemimpin PAS yg sebegini, awak tk pernah pulak menghentam parti PKR mahupun DAP..Bukankah Khalid Samad juga mengecam PAS Selangor secara terbuka? Bukankah Ronie Liu DAP juga bertindak secara terbuka...? Bukankah Perak tumbang angkara PKR dan DAP?..Berapa kerat pemimpin PAS yg lompat dan berapa kerat pemimpin PKR dan DAP yg lompat?..Yg jelas awak ada agenda apabila memilih beberapa pemimpin PAS yg berprinsip tegas utk dihalakan peluru hidup dan bila berjaya..awak akan berjaya menjawat jawatan yg dpt memberi kekayaan duniawi yg sementara...Awak tk sedar awak sebenarnya ditipu..saya yakin jika misi awak berjaya...awak x diperlukan lagi dan awak akan diberi pukat utk mencari sendiri rezeki di laut..Bila di lautan baru awak sedar...betapa hanya Allah tempat kita bergantung...

Anonymous said...

salam, aku sebagai ahli hard core berasa penat dan letih membuat kerja2 sukarela terutama masa pilihanraya, pemimpin2 terutama kerajaang perpaduang ni jangan lagi dipilih jadi calon, mereka tidak walak kepada keputusan muktamar, mereka ahli UMNO berwajah PAS, perlu disingkirkan dari kepemimpinan PAS dengan kadar segera, wahai pemimpin yang tidak menyokong kerajaang perpaduang yang telah banyak berkorban, andalah kita tampil kedepan berhadapan dengan pemimpin2 ini walaupun mereka bergelar President, Timb Presiden, SUA, Pesuruhjaya PAS Selangor, SU PAS Selangor,Ketua Penerangan PAS Selangor, Kepada PAS seluruh Kawasan Khususnya PAS Selangor, jangan panggil pemimpin2 UG ini buat ceramah, sebaliknya panggilah pemimpin2 yang akur dengan keputusan muktamar ipoh dan shah alam, wassalam,-ahli PAS Putrajaya

Tulang Besi said...

TB, awak berhak melaporkan salah laku beberapa pemimpin PAS yg dikatakan sebagai ejen UMNO ini. Tapi saya hairan begitu marah awak dgn pemimpin PAS yg sebegini, awak tk pernah pulak menghentam parti PKR mahupun DAP..

KAlau tak salah nak hentam buat apa?
Kita hentam orang salah, bukan tengok parti.

SAya tak pernah hentam ramai pimpinan UMNO pun

Anonymous said...

Eh..apasal pasal nk buat aduan ni sampai tk cukup duit nk pakai khidmat guaman?..Karpal Sigh ader..tk kan x dak diskaun kot? Mana perjuangan ni..peguam pun nk sebat duit awak..lepas tu awak kedekut..awak minta pulak kt rakyat...Anwar pun ada byk duit..ingat dia pi ceramah di US tu tk dibayar ke? Sapa nk bayar tambang, makan, hotel...sapa yg sponsor? Osama laden kot sponsor?..Tak cukup ke elaun awak bina lmn web ni..awak nk sebat duit rakyat pulak atas dasar perjuangan? Kata nk bela rakyat..awal2 lagi minta duit ni ape kes...?

Anonymous said...

Lagi2 ada komen kata pemimpin UMNO berjawah PAS ini perlu dibuang (Geng UG)...eh..setahu aku..mereka dari dulu sampai skrg x pernah pun masuk UMNO...Anwar tu tubuh PKR krn letak jawatan ke atau dipecat?..kalau perjuangan bukankah lebih mulia letak jawatan dan bersama PAS..ini tidak marah kerana dipecat tak bagi jadi PM..kes mahkamah Anwar dgn Mahathir pun tk selesai lagi pasal Anwar bangkang dia dipecat..kalau menang kes ini, mungkin Anwar masuk UMNO balik dan jadi PM..dan awak tulang besi..kerajaan Anwar ambik besi dan tingallah tulang-belulang buat jinnn nk makan.

Anonymous said...

Awak sedikit sebanyak membongkar identiti awak yg sebenarnya..Awak kata awak x pilih parti..awak hentam siapa yg salah sahaja..dlm ramai2 pemimpin UMNO dan BN yg perlu awak hentam..awak pilih beberapa kerat pemimpin PAS yg saya rasa boleh mengugat kedudukan pemimpin PR yg lain jika PR dpt berkuasa kelak..Awak diperintah oleh 'mastermind' agar startegi utk posisi penting2 dlm kerajaan tidak jatuh ke tgn PAS, sebaliknya posisi PAS diberi hanya utk hal2 mandi mayat dan potong anu...

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuahn ku, aku hambaMu ingin membuat aduan kepada-Mu bahawa hamba-Mu Abdul Rahman Abdul Talib telah bertindak melampau batas dan diluar batas kehidupan berjamaah yang Engkau tuntut.

Ya Allah Ya Tuhanku, perbuatannya yang mengadu domba dan meyebar fitnah dalam jamaah Islam ini ibarat Abdullah Ubai dan Abu Jahal yang Engkau laknat.

Justeru itu Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, Engkau laknatlah Abdul Rahman Talib dan seluruh ahli keluarganya. Berilah azab kepada beliau di dunia dan di akhirat. Moga-moga beliau menginsafi perbuatannya itu dan sempat bertaubat sebelum kembali kepada-Mu, Ya Allah.

Amin Ya Rabbal Alamin!

Tulang Besi said...

Ya Allah Ya Tuahn ku, aku hambaMu ingin membuat aduan kepada-Mu bahawa hamba-Mu Abdul Rahman Abdul Talib telah bertindak melampau batas dan diluar batas kehidupan berjamaah yang Engkau tuntut.

Ya Allah Ya Tuhanku, perbuatannya yang mengadu domba dan meyebar fitnah dalam jamaah Islam ini ibarat Abdullah Ubai dan Abu Jahal yang Engkau laknat.

Justeru itu Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, Engkau laknatlah Abdul Rahman Talib dan seluruh ahli keluarganya. Berilah azab kepada beliau di dunia dan di akhirat. Moga-moga beliau menginsafi perbuatannya itu dan sempat bertaubat sebelum kembali kepada-Mu, Ya Allah.

Amin Ya Rabbal Alamin!
.

Bukan nak takbur atau sombong. Cuma nak peringatkan. Ni bukan pertama kali kao doa macam ni. Semenjak kao stat doa ni, rezeki aku makin murah dan hidup aku makin gembira. Jadi, aku takut doa kau ni nanti makan tuan kena kat kau balik.
So, baik buat sesuatu supaya kau tak terkena badi doa kau ni.

Anonymous said...

Kpd AHLI PAS PUTRAJAYA:
kalau dah letih buat kerja islam baik jadi lembu makan rumput. Kalau ko tak tahan dgn kerja2 islam baik jd lembu siang malam makan,amal kebajikan tak ada,,Jd ahli PAS bkn mengharapkan duit,kerja PAS utk akhirat.

mcm TB ni kerja dia nak hangatkan lg suhu PAS agar pecah belah.Jelas sekali geng2 erdogen ni tak puas2 mahu menghapuskan kepimpinan ulama pas. golongan ini teringin sgt nak menang dlm PRU akn dtg.Apa pun laluan kemenangan akn disokongnya hatta rancangan 16 september yg jelas jijik dan menghinakan turut di sokongnya.Kemenangan yg dicari bkn keredhaan.

Tunggu la geng2 anai anai, kamu ni bakal jatuh tersungkur di longkang nnt termasuk TB.

Kpd TB, ingatlah doa bukan dimakbulkan sekelip mata. mungkin ko senang di dunia ni.jgn lupa akhirat...

- Besi Tembaga

anak said...

Assalamu'alaikum
Saudara TB,
Seperti yang di janjikan saya ingin mengesahkan bahawa RM10,000.00 telah pun di masukkan dalam akaun TB untuk menampung Tabung Guaman Sdr TB.
Saya harap Saudara TB berjaya dalam usaha membersehkan PAS dari anasir anasir perosak.
Harap maklum perkembangan seterusnya.
Terima Kasih, wasalam
anak.mamat

Anonymous said...

kalu Rm10,000 tu dah masuk.. harap TB dapat guna ngan betul2 takut org nak perangkap TB lak. smg TB berjaya!

Tulang Besi said...

anak said...
Assalamu'alaikum
Saudara TB,
Seperti yang di janjikan saya ingin mengesahkan bahawa RM10,000.00 telah pun di masukkan dalam akaun TB untuk menampung Tabung Guaman Sdr TB.
Saya harap Saudara TB berjaya dalam usaha membersehkan PAS dari anasir anasir perosak.
Harap maklum perkembangan seterusnya.
Terima Kasih, wasalam
anak.mamat
.

Terima kasih saudara Anak Mamat,
Saya akan melantik peguam secepat mungkin dan akan “transfer” duit ini ke akaun amanah syarikat peguam tersebut sejurus selepas saya lantik
Semoga tuan dan keluarga tuan diberkati Allah SWT hendaknya.

Anonymous said...

TB kena buat audit tu. Nanti timbul fitnah. Kena scan account maybank untuk tunjuk duit tu dah masuk.

Anonymous said...

anoy 5.25
1.hang ni!!oghang dah mengaku !dah derma!!hang percaya la!!
2.RM10,000.00!banyak tu!!motong getah!bertahun nak dapat banyak tu!!
3.Tapi betui jugak no!!apa bukti yang anak mamat tu dah derma!!
4.Takut main wayang la pulak!!

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

TB kena buat audit tu. Nanti timbul fitnah. Kena scan account maybank untuk tunjuk duit tu dah masuk.
.

TQ atas nasihat saudara.

Tapi saya rasa lepas ni saya serah ke akaun amanah peguam sahaja.

Saya cuma simpan rekod pengisytiharan sahaja.

SAya TAK NAK TENGOK DUIT langsung. Buat pening je kepala tengok duit banyak2.

Ada kemungkinan saya akan ambik sorang lawyer pompuan

Anonymous said...

TB nk ambil lawyer pompuan...tk caya ke kaum sejenis ke..murah ke..

jbmali said...

camnih laa baru di namakan ada telor ..... seorang pejuang islam.

member kau adukataruna tanak buat novel dongeng ke pasal aduan nih.

Anonymous said...

Untuk pengetahuan hang TB, Us Rahim tu dia akan terima apa sahaja orang hantar. Dia amanah dan sebagai orang yang bertugas dan bekerja sahaja di Pejabat Agung. Orang hantar dia ambil la. Dia pun bukan sedar bahawa mengikut perlembagaan parti hanya pas kawasan atau cawangan sahaja yang boleh membuat aduan dan bukan individu. Walau dia cop 400x atau lebih pun konon dia terima hang punya aduan bukan bermakna hang di pihak yang benar. Hang ni berapa lama kenal Us Rahim? Tu bukan hujah la. Bukan bermakna Us Rahim terima aduan hang, menunjukkan hang boleh buat aduan. Kalau posman hantar surat berdaftar pun dia cop jugak la... Apa la.....Hujah dangkal. Macam budak x sekolah. Ikut buku la (perlembagaan).

Grand Marquis said...

TB,

saya serahkan kepada hang untuk settlekan / bangkit isu2 dalam PAS. Tetapi untuk posting-posting yang menibai UMNO/BN saya akan join sama.

Nampaknya bila saya post komen jarang balaci-balaci UMNO yang counter balik. hah ha ha ha

Anonymous said...

Pertama nak tanya; mana satukah yang lebih diutamakan di antara walak kepada pemimpin atasan, atau walak kepada keputusan syura?? Soalan ini pernah saya tanyakan kepada seorang ustaz, dan jawapannya ialah; walak kepada keputusan syura adalah lebih diutamakan!! Sebab, hari ini pemimpin tertinggi Islam walaupun yang tertinggi sekali di seluruh dunia sekali pun, dia itu bukanlah seorang yang maksum, orang biasa macam kita juga, masih tak lepas dari buat kesilapan, dan hanyalah Rasul dan Nabi sahaja yang ada status maksum, yang tiada berdosa, Apakah Tuan-tuan Gura kita itu maksum. apakah presiden Parti Islam itu maksum? jawablah!!!!!
Keduanya; Apakah kaedah dalam Islam untuk berkompromi sama ada dengan musuh, atau dengan golongan kafir, atau dengan golongan munafik? Yang kafir pula ada dua golongan; harbi dan zimmi, Harbi yg menentang peraturan Islam, zimmi yang menurut perundangan Islam. Sedangkan MUNAFIK bukanlah harbi atau zimmi, bahkan lebih teruk dan lebih zalim dari kedua-duanya! Munafik umpama Yahudi ibarat 'musang berbulu ayam'! Kafir Harbi adalah musuh Islam, sedangkan Zimmi adalah yang bermaufakat dalam menjaga keamanan negara bersama Islam. Munafik pula berpura-pura mengaku Islam tetapi hakikatnya adalah memusuhi islam seperti UMNO ! Fikir jgn tak fikir kawanku..

Kubah Hijau said...

""Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuahn ku, aku hambaMu ingin membuat aduan kepada-Mu bahawa hamba-Mu Abdul Rahman Abdul Talib telah bertindak melampau batas dan diluar batas kehidupan berjamaah yang Engkau tuntut.

Ya Allah Ya Tuhanku, perbuatannya yang mengadu domba dan meyebar fitnah dalam jamaah Islam ini ibarat Abdullah Ubai dan Abu Jahal yang Engkau laknat.

Justeru itu Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, Engkau laknatlah Abdul Rahman Talib dan seluruh ahli keluarganya. Berilah azab kepada beliau di dunia dan di akhirat. Moga-moga beliau menginsafi perbuatannya itu dan sempat bertaubat sebelum kembali kepada-Mu, Ya Allah.

Amin Ya Rabbal Alamin!""

Amin!! Amin!! Amin !!

Tulang Besi said...

Betul Grand Marquis.

Saya terima kasih sebenarnya banyak saya belajar dari GRand Marquis.

Yang saya balun dalam PAS ni pun puak2 yang tetiba jadi pro UMNO. Bukan saya balun PAS sangat pun.

Tulang Besi said...

Dia pun bukan sedar bahawa mengikut perlembagaan parti hanya pas kawasan atau cawangan sahaja yang boleh membuat aduan dan bukan individu..

Perlembagaan parti mana ni? Perlembagaan parti tupperware ke?

KAlau Perlembagaan PAS takda kata ahli tak boleh buat laporan terus.

Anonymous said...

ni bukan tulang besi, tapi tulang busuk sebab datang dari tulang babi, tulang bodoh, tulang bongok, tulang bitch ma

Anonymous said...

TB...mana dia bukti aliran tunai dalam akaun..mana dia bukti tak de riba..mana bukti pembayaran untuk peguam..bila nak update ni..berapa skrg dalam bank..tlg update

Tulang Besi said...

Anonymous said...

TB...mana dia bukti aliran tunai dalam akaun..mana dia bukti tak de riba..mana bukti pembayaran untuk peguam..bila nak update ni..berapa skrg dalam bank..tlg update
.

KAu sebuk2 tanya ni berapa sen kau dah derma?

Orang yang derma pun tak sebuk macam kau

Anonymous said...

TB..jangan mara...kan kita kena tulus dalam urusan..TB marah ke tak itu emosi...esk jgn lupa pi update akaun dan update traksasi....buktikan segala urusan..baru la kuat kes..apa macam

Abu Abdurrahman said...

Kubah Hijau,

Aku pasal doa-doa minta dilaknat orang ni aku ada sikit bimbang. Takut-takut yang kita ingat orang yang kita doakan tu salah tapi sebenarnya kita yang salah. Amacam?

Manusia tak maksum, termasuk pemimpin tertinggi PAS juga. Jadi ada kebarangkalian mereka tersilap dan perlu diperbetulkan. Kita sebagai ahli bawahan PAS ada hak untuk mempersoalkan tindakan mereka jika terang lagi bersuluh perbuatan khianat mereka.

** Orang PAS lama **

Anonymous said...

TB..tlg buktikan peguam yang dipilih nanti bukan dari puak pas pro umno..bukti mesti lah melalui akaun bersumpah,video,audio.etc...kalau tak duit tu sapa sasaran..buktikan amanah yang diberi itu dijaga dgn baik

Anonymous said...

TB.... dengar cita u keja perunding perniagaan kat luar negara...betul ke ni ..tlg sah berita ni segera

IbnuQalil said...

Bukan nak takbur atau sombong. Cuma nak peringatkan. Ni bukan pertama kali kao doa macam ni. Semenjak kao stat doa ni, rezeki aku makin murah dan hidup aku makin gembira. Jadi, aku takut doa kau ni nanti makan tuan kena kat kau balik.
So, baik buat sesuatu supaya kau tak terkena badi doa kau ni.


Kdg2 Allah beri kegembiraan dan rezeki melimpah ruah bkn sbb Allah nk tunjuk bhw org itu benar. Mgkn juga Allah nk uji org tu. Dlm Islam, ada istilah istidraj. Firaun dulu pun rezeki melimpah ruah dan hidup gmbira jgk....hehe

Anonymous said...

aku sekarang kadang2 segan nak baca blog TB.. banyak sangat lalat-lalat hijau UG!!

Rasa malu tersangat aku tengok geng ni berhujah.. mudah sangat berdoa laknat utk orang, tak tau sunah mana yg diorang bawak.. Rusila kooot???

klou puak ni berhujah cukup ramuannya.. gaya munafik ada, gaya orang ugama sesat cam kerajaan langit kat LA tu pun ada..
mungkin betul la ini pembawakan ugama baru UG... eloklah tu bulih ganti agama islam hadhari la tu..

malu wehh org Tganu.. nasib la aku orang besut!

Kubah Hijau said...

aku cuma amin kan...

Org dah berdoa... kita amin kan je la

tak kan itu pun nak mareeeeeeeee

Anonymous said...

xyah layan la TB org macam tu..buat pening kpala je..diaorg ni busuk2 UMNO ngn puak2 UG je ni...teruskan usaha anda TB..insyaAllah akan diberi kemudahan dan pertolongan dalam semua urusan..

Tulang Besi said...


Kdg2 Allah beri kegembiraan dan rezeki melimpah ruah bkn sbb Allah nk tunjuk bhw org itu benar. Mgkn juga Allah nk uji org tu. Dlm Islam, ada istilah istidraj. Firaun dulu pun rezeki melimpah ruah dan hidup gmbira jgk....hehe
.

Kao sama kan aku dengan firaun. Dulu firaun ade ke orang doa bala kat dia sebelum Nabi Musa doakan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.