Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 2, 2010

Dr Mahathir Telah Melaksana Program Ekonomi CIA Yang Terbukti Gagal di Amerika Latin

Saya ada terjumpa sebuah buku tulisan Naomi Klein bertajuk "The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism". Betapa banyak persamaan program ekonomi Dr Mahathir berbanding dengan pengalaman ramai negara2 yang gagal di bawah sistem kapitalism pasaran bebas seperti Chile, Russia dsbnya.

Saya rasa kalau ada anugerah untuk dictator paling pandai berlakon di “Academy Awards”, nescaya anugerah itu pergi pada Dr Mahathir Muhammad.

Ingat atau tidak projek penswastaan (dan perusahaan berat) Dr Mahathir Muhammad sewaktu mula-mula beliau menjadi PM. Penswastaan Dr Mahathir adalah program yang beliau tiru dari Magaret Tatcher dan Ronald Reagan. Pada waktu yang sama, Dr Mahathir dengan mulut murainya ke sana ke mari memaki serta mengutuk Barat. Ertinya, tindakan beliau mengutuk Barat tu tidak lebih dari satu sandiwara. Pada waktu yang sama beliau memaki Barat, beliau telah mengimplementasi segenap program Barat yang dipanggil “penswastaan”.

Penswastaan juga dilaksanakan oleh Suharto di Indonesia. Kita tidak hairan kalau Suharto melalukannya kerana Suharto adalah agen CIA. Beliau jadi Presiden pun dengan bantuan 100% dari CIA. Tapi Dr Mahathir sepatutnya tidak boleh melakukan demikian kerana beliau anti Barat dan anti Yahudi

PENSWASTAAN ERTINYA MENYERAH ASET NEGARA KEPADA KRONI DAN UMNOPUTRA

Kita sering bertanya kenapa kos hidup sekarang ini semakin mahal. Mengapa pada zaman 80’an, dengan gaji RM 1000 kita mampu sewa rumah, beli kereta dan menanggung persekolahan anak-anak. Tapi, sekarang ini, dengan pendapatan RM4000 pun kita masih terpaksa berhutang keliling pinggang.

Ini semua adalah berkait rapat dengan konsep PENSWASTAAN Dr Mahathir Muhammad yang kononnya dilakukan untuk MEMBANGUN MALAYSIA.

Hakikatnya, penswastaan adalah memberi kekayaan negara kepada kroni supaya kroni2 UMNO dapat mengaut keuntungan berlipat ganda.

Misal yang paling utama adalah PLUS. Sekiranya Lebuhraya Utara Selatan dibina oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, nescaya kadar tol yang kita bayar adalah SETENGAH atau SUKU dari kadar yang kita bayar sekarang ini.

LLM masih boleh mengenakan bayaran tol kepada pembina jalanraya sebagai bayaran balik, namun LLM sendiri tidak perlu membayar dividen kepada “pemegang saham” LLM. LLM tiada pemegang saham. Ia adalah milik kerajaan Malaysia.

Bila kadar tol yang sepatutnya dibayar menjadi dua atau tiga kali ganda dari kadar sebenar, maka secara otomatik segala harga barang keperluan akan naik berlipat kali ganda.

Maka, di situ, harga barang keperluan terpaksa naik dan tidak turun.
Misal lagi satu adalah MAS. Sebelum MAS diswastakan kepada Tajudin Ramli, MAS ada hampir RM900 juta dalam bentuk tunai. Ertinya MAS beroperasi dengan mencatat keuntungan yang begitu positif. Tapi, selepas diswastakan, MAS rugi berbillion-billion ringgit. Dan apabila MAS rugi, siapa yang kena tanggung kerugian? Kroni? Tidak. UMNO? Tidak. Daim Zainuddin? Tidak. Jawapannya adalah RAKYAT MALAYSIA.
Kerugian MAS itu sahaja menyumbang kepada kejatuhan “kuasa membeli” rakyat Malaysia kerana Malaysia terpaksa mengadakan bajet yang defisit.

Dan, termasuklah juga, “bail-out” yang lain yang berjumlah berbillion-billion ringgit yang semuanya ditanggung oleh rakyat Malaysia dalam bentuk “Bajet Defisit”. Bajet yang defisit akhirnya MENGECILKAN nilai matawang Malaysia menyebabkan pendapat yang kita dapat selama ini semakin lama semakin mengecil.

Sebab itu, bagi orang yang pendapat tidak naik dalam masa 10 tahun kebelakangan ini, mereka akan dapat merasa betapa MENGECILNYA nilai wang yang ada dalam tangan mereka.

Rata2 rakyat Malaysia, di dalam 10 tahun kebelakangan ini, pendapat mereka adalah STATIK dan TIDAK BERUBAH dengan banyak.

Tapi, kos hidup naik melambung-lambung (walaupun data sebenar disorok oleh Bank Negara).

MAHATHIR MENGIMPLEMENTASI PROGRAM EKONOMI CIA YANG TELAH GAGAL DI AMERIKA LATIN

Dr. Mahathir sebenarnya melaksanakan program ekonomi yang dipaksa oleh CIA ke atas negara-negara Amerika Latin selepas CIA menjatuhkan pemimpin2 negara yang mereka anggap SOSIALIS. Pemimpin2 seperti Allende di Chile dan Arbenz di Guetemala.

Di Chile selepas CIA menjatuhkan Presiden Allende, mereka telah menaikan seorang dictator bernama Agusto Pinochet. Selepas Pinochet ditabalkan sebagai Presiden, polisi ekonomi yang dilaksanakan di Chile adalah:
a. Penswastaan harta rakyat
b. Deregulasi (i.e. seperti berlaku dalam sektor telekomunikasi)
c. Pengurangan perbelanjaan social
d. Pengurangan cukai korporat
e. Tekanan kepada mereka yang tidak sehaluan
f. Pengurangan kebebasan demokrasi dan kebebasan bersuara
g. Peningkatan kadar korupsi

Agusto Pinochet melaksanakan polisi ekonomi beliau berdasarkan kepada progam yang ditulis oleh ahli ekonomi University Chicago bernama Milton Friedman dari buku beliau bertajuk “Capitalism and Freedom”

Hasil dari perlaksanaan polisi ekonomi seorang Yahudi bernama Milton Friedman ini, Chile hampir jadi bangkrap, kemiskinan bertambah, korupsi naik menggila, rakyat kelaparan, demokrasi hancur, rakyat ditangkap tanpa bicara dan disiksa dalam tahanan, kadar kehilangan kerja naik menggila, dan yang paling menyedihkan adalah jurang pendapatan antara miskin dan kaya bertambah besar dan sampai sekarang tidak dapat diperbetulkan.

Program seperti di Chile dilaksanakan di hampir kesemua negara Amerika Latin seperti Argentina, Bolivia, Guetamala, Brazil, Mexico dsbnya.

Hasilnya, syarikat2 Amerika dapat masuk ke Amerika Latin dan merompak kesemua kekayaan rakyat dan meninggalkan majoriti rakyat kelaparan dan dalam kesusahan yang amat teruk.

Program yang terbukti gagal seperti di atas telah dilaksanakan oleh Dr Mahathir dengan begitu bersemangat sekali. Tak hairanlah rakyat Malaysia sekarang ini tidak dapat menikmati kehidupan sebagai rakyat di dalam negara yang membangun

SEMUA PROGRAM PENSWASTAAN DR MAHATHIR GAGAL

Semuanya gagal. Semuanya terpaksa di selamatkan oleh Rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim telah cuba menghalang wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan kroni2 UMNO dan UMNOPUTRA dan beliau membayar dengan mahal sekali usaha beliau.

Daim bebas menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan beliau serta budak2 beliau seperti Halim Saad dan Tajuddin Ramli. Dan bila Anwar menghalang, Daim menaja skim memfitnah Anwar sebagai peliwat. Ahli2 UMNO semuanya percaya bulat2 fitnah ini.

Semuanya kerana Dr Mahathir adalah seorang yang tidak TAHU BAGAIMANA MEMBANGUN NEGARA. Yang beliau tahu, guna wang rakyat dan beri pada kroni dan kontraktor2 luar negara. Bukankah KLCC dibina oleh syarikat Jepun dan Korea?

Nasib baik Malaysia ada wang minyak, tapi lambat laun wang minyak akan habis. Dr Mahathir telah berjaya mengkayakan anak-anak beliau.

Dan UMNOPUTRA semuanya hidup senang lenang pada waktu yang sama anak2 Melayu bergelumang dengan hutang keliling pingang setiap hari.

Banyak program2 sosial telah dikurangkan atas nama penswastaan menyebabkan syarikat2 monopoli seperti TNB sentiasa menaikkan kadar tariff, padahal TNB adalah monopoli. TUjuannya adalah untuk mengkayakan pemegang2 saham yang mana saham tersebut telah diberikan oleh Dr Mahathir dan UMNO untuk tujuan mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA.

PENUTUP

Dr Mahathir adalah seorang yang lidah bercabang. Di waktu beliau memaki Barat dan yahudi, beliau dengan senang hati melaksanakan program ekonomi Yahudi/CIA yang terbukti telah gagal di Amerika Latin 10 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Sepatutnya, Dr Mahathir mesti ditangkap dan dibicarakan di mahkamah Hak Asasi Antarabangsa seperti yang berlaku kepada Agusto Pinochet. Bukan dibanggakan seperti sekarang ini.

Tulang Besi

32 comments:

Anonymous said...

Malaysia di Amerika Latin kah? wow!

Anonymous said...

:-) @ BRO TB..Mahademon Kutty tu malayali..and malayali's by nature think they r the smartest indian race group.. they think,the ability to "play double game",twist n turn,r the ultimate signs of super duper intelligence..and add some uni degree,these malayali's have turned into super arrogant priks..and that's why,(not surprisingly),malaysia no1 despot is a malayali pretending to b a malay..
chek out hindraf..not even a single talivar i of hindraf is a tamilian

Anonymous said...

Wat append to Mahataik's roti bizniz?the amazing thing is the chunni clown frm kerala hired japonese roti experts just to bikin roti..isnt the malayali pariah BODO!!kahkahkah

Anonymous said...

Oo..there one important tag that's associated with Mahataik kutty..ILLUMINATI!!TA DAAA!!;-)

Anonymous said...

Eh,wah dengar flying news Marina Mahathir is a lesbo..and her AIDS foundation is powered by dirty money..

Grand Marquis said...

Pertama, kita lihat hipokrisi TB dalam tulisan ini. Lupakah kita siapa yang mengungkapkan kata-kata ini "I am a free market economists because I am a Muslim". Kalau lupa, boleh rujuk sini

Hari ini TB kata "ramai negara2 yang gagal di bawah sistem kapitalism pasaran bebas seperti Chile, Russia dsbnya"

Hipokrisi ini sudah cukup untuk menunjukkan TB tulis menurut persepsi main ikut suka aje.

Bila dia suka kat seseorang, dia tulis yang baik-baik, bila dia tak suka, dia tulis yang buruk-buruk ikut kecenderungannya. Yang paling pandai berlakon ialah TB sendiri, kerana kejap jadi free market advocatist dan kejap jadi free market critique.

Sikap double standardnya makin menyerlah. Siapa yang dia sokong, mereka bebas dari ikatan hukum Islam. Dia boleh tuduh Daim rancang liwat 1, tanpa perlu bagi bukti. Hukum Islam tak terpakai untuk TB. Puak dia seperti Mat Sabu, Karpal Singh boleh tuduh Anwar sebagai peliwat tanpa perlu kemukakan 4 saksi. Tapi kalau orang bukan dipihak dia buat, mereka perlu di Qazaf. Hatta orang yang mengaku kena liwat oleh orang tertentu pun kena Qazaf. Itulah standard keadilan yang diperjuangkan oleh TB.

Tentang apa yang dia tulis, nanti ada masa nanti kita refute.

Tulang Besi said...


Hari ini TB kata "ramai negara2 yang gagal di bawah sistem kapitalism pasaran bebas seperti Chile, Russia dsbnya"
.

Hai la GM. Kau dah buat bohong empat kali dah.

Ni kali kelima kau nak buat bohong.

Aku "free market economist" tapi aku bukan "kapitalis"

Kan ada beza tu. Nampak tak bezanya?

Ni dah lima kali kao bohong, GM.

Mana GM yang lagi satu tu. GM tu lagi best la.

GM ni mengarut tak habis2.

Tulang Besi said...

Dia boleh tuduh Daim rancang liwat 1, tanpa perlu bagi bukti. Hukum Islam tak terpakai untuk TB. .

Bukan aku tuduh la, ada affidavit dari Raja Kommando.

Takkan kau tak tau?

Tulang Besi said...

. Puak dia seperti Mat Sabu, Karpal Singh boleh tuduh Anwar sebagai peliwat tanpa perlu kemukakan 4 saksi..

Ni pembohongan GM kali keenam. Mana ada MAt Sabu tuduh Anwar meliwat.

zakwan said...

Mamakthir
Anti Jewish here
Anti America there
Yet,he spend RM 1 Billion or so of our hard earned tax money just 2 hav a photo session wit the war mongering president,George W Bush via a Jewish lobbyist,Jack Abramoff(who is now in jail,u know)

Now,he's rallying behind Perkasa,some group of Malay lowlifes propagating this "Ketuanan melayu" bullshit
Sometimes I wonder whether Ketuanan Melayu is no different than Ketuanan Zionis,propagated by Israel 2 justify their "rightful" claim as the true race 2 rule Palestine

Pertama, kita lihat hipokrisi TB dalam tulisan ini. Lupakah kita siapa yang mengungkapkan kata-kata ini "I am a free market economists because I am a Muslim". Kalau lupa, boleh rujuk sini

Hari ini TB kata "ramai negara2 yang gagal di bawah sistem kapitalism pasaran bebas seperti Chile, Russia dsbnya"


I hope u can clarify on the difference btw free market n capitalism free market if there is any

Grand Marquis said...

Hmm, masih ada yang menyamar saya. Saya telah lama insaf akan kebebalan Dr Mahathir mentadbir ekonomi Malaysia.

Ini analisa peribadi saya.

Setiap pelaburan dalam perniagaan tak kira di peringkat syarikat atau negara, perkara pokok adalah mengenai ROI atau Return Of Investment.

Mahathir mamak kutty telah melabur hampir 200 bilion sepanjang pemerintahannya dan pada persepsi saya, 40-70% dari 200 bilion itu adalah dalam projek mega. Saya listkan sedikit project mega Mamak Mahathir yang mana project ini mendatangkan return yang sedikit atau hampir tiada langsung. Data saya ambil sendiri dari laman pemuda umno http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2527

1. Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil - Kompleks ini menelan lebih 1 bilion ringgit. Tetapi hari ini, acara2 yang boleh disewakan di bukit jalil adalah kurang dari 5 acara/event setahun. Jika setiap acara memerlukan kos RM 2 juta contohnya untuk dianjurkan, kita cuma dapat pulangan RM 10 juta setahun. Kalau kita keluarkan modal 1 Bilion untuk membinanya, kita memerlukan lebih 50 tahun untuk melangsaikan hutang kita. Jadi disini, ROI yang kita perolehi adalah kurang 1% setahun. Dan jika kita berhutang pada bank, kita siang2 lg telah diidtihar bengkrap.

2. Litar F1 Sepang - Kosnya sahaja 280 juta dan penyelenggaraan setahun mungkin antara RM 1 - 10 juta. Kita cuma guna litar ini tak lebih dari 10 event. Dan hanya F1 sahaja yang boleh tarik sedikit keuntungan pabila pelancong datang dan juga pengiklanan. Tetapi keuntungan ini diterima negara secara indirect melalui cukai2. Dan untuk mendapatkan semula modal 280 juta dengan hanya mengharapkan cukai dari F1 (pengiklanan dsb), hanya 5 peratus dari jumlah keuntungan. 280 juta boleh digunakan untuk membina hospital disetiap 100 km radius di seluruh semenanjung sebenarnya.

3. Putrajaya - Project yang betul2 bloodyfool dari Tun Mamak Mahathir. Kosnya sahaja 60 bilion dan tempat ini langsung tak menjana keuntungan kecuali boleh menarik sekerat mamat2 arab yang datang melancong. ROI untuk projek ini saya tafsirkan kurang 2 peratus melaui perniagaan2 kecil dan supermaket sederhana besar seperti Alamanda.cDan dengan 60 bilion, kita boleh membina sebuah hospital lengkap seperti PPUM, dengan siap incubator baby lahir pramatang, di setiap daerah di seluruh malaysia. Malah, boleh juga kita membina library di setiap desa, teater awan disetiap daerah dan juga pusat sukan bomuniti di setiap daerah.


kesimpulan : Mahathir di lihat hebat kerana di berjaya mencantas orang2 bijak seperti DSAI, Tun Musa Hitam dan Ku Li. Dan dia mengekalkan mangkuk2 hayum penyembelih rakyat seperti Tun Tidur, Najib Altantuya, Muhyiddin Sembab, Kinabatangan dan Zambry. Bila berdiri di samping orang2 bebal, pasti Tun Mamak dilihat lebih bijak. Terus terang saya katakan, emalyu mmg mudah ditipu..

Anonymous said...

Terima kasih grand marquis atas analisa yg begitu hebat dan baik. Suka saya tambah, disebabkan mahataik berbelanja macam duit rakyat ni duit bapak dia, kita skrg ni sengsara menanggung inflasi yg teruk. Bodoh rakyap malaysia sbb percaya sgt kat mahataik dulu

Grand Marquis said...

Kita mulakan dengan isu free-market economist. TB mengaku dirinya sebagai seorang free-market economist, tapi apakah beliau cakap serupa bikin? Lihat dulu definisi free market di sini.
Definisi Free Market Economy:
A free market is a market without economic intervention and regulation by government except to regulate against force or fraud. This is the contemporary use of the terminology used by economists and in popular culture; the term has had other uses historically. A free market requires protection of property rights, but no regulation, no subsidization, no single monetary system, and no governmental monopolies. It is the opposite of a controlled market, where the government regulates prices or how property is used.
Macam mana seorang free market economist boleh membantah penswastaan sedangkan free-market economist sepatutnya menentang governmental monopolies. Di sini kita lihat TB tulis main ikut suka. Bila dia rasa isu penswastaan ni boleh dijadikan hujah nak bantai orang, dia guna secara buta tuli. Bila dia rasa free market ni pulak sesuai dengan hujahnya, maka dia jadi free market economist.
TB dakwa PENSWASTAAN ERTINYA MENYERAH ASET NEGARA KEPADA KRONI DAN UMNOPUTRA. Betul ke? Hang paham kah apa itu penswastaan? Atau pun main tulis ikut suka? Bila dah jadi swasta, dah tentu akan ada orang yang memilikinya. Siapa yang ada duit, dia boleh beli syernya. Dan dah tentu akan ada orang di lantik jadi CEO. Cuma bila bukan TB yang dilantik menjadi CEO nya, jangan pula semua di hentam habis kata orang kroni.
Konsep government own ni adalah konsep socialist yang mana key strategic area dikawal/dimonopoli oleh kerajaan. Percayalah, kalau kerajaan buat cara socialist, nescaya TB akan kata pula kerajaan merompak dari rakyat dengan menguasai asset penting Negara. Masa tu dia akan jadi free market economist suruh kerajaan swastakan segala kepentingannya.
Ok, kalau penswastaan ni adalah ekonomi CIA, maka PAS pun 2 x 5 juga. Jangan lupa, Air Kelantan diswastakan pada tahun 1995, tahun dimana PAS perintah Kelantan. Lebih menarik, air di Kedah setelah Kedah diperintah oleh PAS, air dikedah di swastakan (pada 1 January 2010). Jadi program penswastaan ni pun jadi ikutan PAS. Cuma yang lucu sikit ialah PAS sebagai sebuah parti Islam menswastakan apa yang tidak boleh diswastakan, iaitu air.
Rasulullah SAW bersabda:
"Manusia berkongsi dalam tiga perkara; air, rumput dan api." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah) Dalam riwayat lain ada tambahan: iaitu "garam”
Dalam riwayat yang lain dari Ilyas bin Abd, bahawa Nabi SAW melarang menjual kelebihan air (H.R imam yang lima kecuali Ibnu Majah dan hadis ini disahkan Imam Tirmizi)
Ulasan dari hadith ini ialah umat Islam dilarang menswastakan suatu aset yang mana Allah telah menyediakannya kepada masyarakat awam.
Kalau UMNO yang buat, belakang kira la sebab mereka ni kan dikatakan sebagai parti secular. Tapi kenapa PAS yang sepatutnya ikut Al-Quran dan As-Sunnah ikut?

bersambung...

Grand Marquis said...

TB kata kesusahan rakyat hari ini adalah kerana penswastaan. Ini dibuat tanpa fakta, sekadar persepsi beliau dan adalah selemah-lemah persepsi.

Hakikat penswastaan adalah untuk memperbaiki mutu "state owned enterprise (SOE)". Ia supaya SOE dapat beroperasi dengan lebih efficient dan berdaya saing. Namun begitu, ia masih tak begitu efficient. Ramai orang kata, GLC ni walaupun private, tapi masih bermentaliti government. Itulah sebabnya mereka kurang berjaya. Jadi adakah kita rasa SOE ni akan bertambah efficient jika ia kekal government?

PLUS bayar dividen pada pemegang saham. Siapa pemegang saham? Rakyat la sebab PLUS kan public listed company. Dengan kata lain, duit yang dikutip oleh PLUS akan disalurkan kembali pada rakyat.

Kalau PLUS milik kerajaan, nescaya TB akan kata UMNOPutra sebat duit kutipan tol. Sama juga kita tengok dalam kes petronas. Hari-hari mereka menjaja kata duit minyak petronas disebat UMNOPutra. Mereka minta akaun petronas dibuka pada awam. Dalam masa yang sama dia suruh PLUS jadi milik kerajaan. Benda ni tak de selesai punya. Buat pun salah, tak buat pun salah.

Kemudian guna MAS sebagai contoh. Realitinya, pada masa sekarang Airline industry bukan lagi berada pada zaman golden age (sekitar 70-90an). Persaingan dalam business penerbangan adalah sangat hebat. Malah syarikat sehebat Singapore Airline dan British airways pun bisa tanggung kerugian. JAL pun kena file for bankruptcy.

Isu bail out pun satu hal. Bila kerajaan bail out satu syarikat, duit tu pi ke mana? Dah tentu pi kat semua orang yang kerja kata syarikat itu. Sebagai contoh, Proton menggajikan 18000 rakyat Malaysia. Kalau Proton lingkup, 18000 tu nak kerja apa? Nak cari makan kat mana? Bila kerajaan bail-out, 18000 akan terus dapat gaji dan boleh teruskan hidup. Bukankah itu bermakna duit kerajaan disalur pada rakyat? 18000 orang yang dapat gaji tu akan beli barang, dengan itu peniaga akan ada business. Bila peniaga ada business, supplier akan ada business juga, dengan itu baru ekonomi berjalan. TB gagal paham, pengurusan ekonomi negara tak sama dengan pengurusan ekonomi peribadi.

bersambung...

Grand Marquis said...

TB kata program ekonomi TDM gagal. Kalau betul ia gagal, kenapa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 8% dari tahun 1987 sampai 1997 sehinggalah financial crisis berlaku?

TB bersikap simplisitik dalam membuat tuduhan rambang atas dasar kebencian dan dendam. Hakikatnya senario Malaysia hari ini dan 80an adalah amat berbeza. Hari ini kita ada 28 juta rakyat. 80 kita mungkin ada sekitar 20 juta aje. Tahun 80an, orang Melayu sekadar nak jadi askar, polis dan cikgu aje. Hari ini semua nak jadi engineer, doktor, businessman. Dulu orang Melayu ambil SPM sekadar nak grade 1 dengan aggregate 20, hari ini mereka bilang jumlah A1 (A2 pun tak main). Tahun 80an kita ada 7-8 universiti, hari ini kita ada dekat 40 universiti. Kalau 80an, setiap tahun 3-4 ribu graduan keluar U, hari ini 30-40k keluar U setiap tahun. Dulu kalau ada degree terus boleh jadi manager, sekarang ni ada degree baru layak nak memohon kerja, kerja belum tentu dapat.

Hakikatnya ialah persaingan di Malaysia menjadi amat sengit. Ini ditambah pula dengan faktor ekonomi dunia yang merundum, kebangkitan pesaing baru seperti China, Vietnam dan banyak lagi faktor lain.

Kalau TDM tak tau bangunkan negara, Malaysia takkan seperti yang ada hari ini. TB bukan di Indonesia kerja expat dengan gaji 30k, tapi mungkin kerja di estate dengan gaji 300. Negara lain tak pandang tinggi kat Malaysia. Kerajaan Arab Saudi tak suruh syarikat Malaysia bina bangunan Jamarat. Anda ni tidak berpijak dibumi yang nyata.

Malangnya Kelantan setelah 20 tahun di perintah oleh PAS, bukan saja tak de apa-apa, malah dipandang rendah oleh negeri lain. Itulah orang kata, menuding jari memang senang, tapi lupa yang 2 tunjuk depan 3 tunjuk belakang.

Anda kata TDM lidah cabang, anda apa kurangnya. Kutuk BN hari hari, tapi pi belajar kat ITM, program pendidikan yang didesign oleh kerajaan BN. Hang kutuk Amerika, tapi pi belajar kat Kansas City, lebih malang, ambil duit dari kerajaan yang hang kutuk hari-hari.

Orang yang patut dibicarakan yang anda, sebab tulis main ikut persepsi buruk. Nak burukkan orang dan berniat jahat nak timbulkan kebencian.

Grand Marquis said...

Untuk pengetahuan TB juga, semasa ekonomi kita boom tahun 80an dan 90an, waktu itu yang menjaga ekonomi adalah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dan jika kita tanya orang2 tua yang paham akan politik tahun 80an dan 90an, rata2 akan mengatakan bahawa waktu itu adalah waktu dimana rakyat memang terasa selamat. Mereka tahu yang juak2 UMNO ni semacam Dubuk, pantang melihat bangkai. Dengan adanya Dato Seri Anwar dalam kabinet, rakyat merasakan adanya penjaga yang boleh mengawal dubuk-dubuk ini. Dan kebetulan kepala segala dubuk iaitu Tun Mamak Mahathir pencaya pada Anwar.

Sehinggalah krisis 1998, dimana Anwar dipancung oleh taiko-taiko besar Parti Dubuk, ekonomi Malaysia menguncup. Anwar menegaskan bahawa disiplin ekonomi Malaysia harus lebih ketat, selaras dengan ecomonic law yang digariskan oleh IMF, supaya syarikat yang benar2 bersih dan untung sahaja boleh survive. Tetapi demi kerana keluarga dan kroni, Mahathir kesampingkan rule of economic itu dan pergi menyelamatkan berpuluh2 syarikat Melayu UMNO yang sememangnya rosak. Kesannya, hari ini negara seperti Thailand, Korea, Singapura semua telah bebas dari masalah ekonomi dan langsai hutang mereka pada IMF, sedangkan di Malaysia, kerja pun susah nak dapat, FDi tak masuk dan syarikat Malaysia sendiri seperti Renong, MAS, TM, Petronas, TNB juga rugi berbolion-bilion. Kecuali Indonesia yang meminjam IMF dan ekonominya stagnant disebabkan Indonesia tak jauh korup berbanding Malaysia.

Dan sekarang ini Obama melihat Indonesia sebagai anak emas seperti Bush melihat Singapura sebagai anak emasnya. Dan pasti di masa akan datang, ekonomi Indonesia akan lebih kedepan berbanding si bodoh sombong Malaysia.

Ps: Kenapa lah agaknya Mahathir dilahirkan?..

Grand Marquis said...

Harap TB dapat tuliskan dosa-dosa Mahathir kepada umat6 Islam di Malaysia. Antaranya;

1. Tangan Mahathir penuh akan darah rakyat-rakyat Baling sewaktu kejadian pembunuhan beramai-ramai orang Baling pada tahun 80an.

2. Mahathir boleh dikira kufur atau mungkin telah murtad kerana menghina janggut nabi dengan mengatakan pada zaman nabi tidak ada pisau gellete.

3. Mahathir juga menghina hukum hudud. Sewaktu zaman pemerintahannya, ada satu kenyataan yang mengatakan bahawa jika hudud dilaksanakan, maka boleh kita buat sup tangan.

4. Mahathir juga harus bertanggungjawap keatas kematian beribu-ribu rakyat Malaysia akibat dari dasar paksa-beli kereta Proton yang sangat tidak selamat untuk dinaiki.

5. Menghanguskan berbilion duit Malaysia untuk menjalankan urusan seranag keatas pasaran saham UK pada tahun 90 an.

6. Tun menindas melayu dan menghina melayu apabila sanggup menyelamatkan syarikat perwaja yang dinaungi cina bernama Eric Chia.

7. Tun sangat berdosa kerana melantik sibidih Mat Ngantuk Pak Lah menjaga negara pada tahun 2003.

Grand Marquis said...

Maaf TB kerana ada yang menyamar saya. Saya telah lama insaf akan kebebalan dan bebodohan Tun Madet itu.

Pertama : Pada zaman Dr M, tahap universiti kita tidak kemana pun. Rata-rata universiti masih diluar 100 universiti terbaik dunia. Dan mungkin juga Asia kecuali UM, UKM dan USM. Dasar pendidikan Mahathir pada zaman itu adalah, graduan yang keluar harus boleh bekerja dikilang-kilang. Dan jadikan graduan kita seperti robot adanya.

Kedua : Dasar permotoran kita juga gagal dan silap. Benar proton telah menggajikan lebih 18000 pekerja. Diawal penubuhan proton, nampak macam ada sinar untuk kita menjadi seperti Detroit Asia yang mana kita jadi hub pengeluaran kereta diAsia. Tetapi kesilapan bloodyfool Mahathir adalah, dia mengenakan tarif tinggi untuk kereta luar sehingga 300%. Kesannya, proton hilang saingan. Dan proton juga lambat menetapkan standard pembuatan kereta akibat sistem kerja yang entahapeape. Akibat terlalu lama tidak bersaing (hampir 15-20 tahun), proton tidak mendapat sambutan diluar negara. Dan setelah lebih 20 tahun, proton hanya masuk tidak lebih 20 negara sahaja. Itupun kebanyakkan dieksport kenegara Islam dan negara yang korup. Kesannya, akibta tarif tinggi untuk kereta luar, harga juga tinggi. Dan pembuat-pembuat kereta tidak melihat malaysia sebagai negara yang murah untuk membuat/memasang kereta. Maka kebanyakkan pembuat kereta pergi ke Thailand dan hari ini, Thailand telah dikenali sebagai Detroit Asia. Juga, rakyat kempunan untuk merasa menggunakan kereta berkualiti seperti VW, Peuguot, Toyota atau Mitsubishi kerana terlau mahal. Lihat lah Thailand, mereka tiada industri kereta nasional, tetapi lebih 30, 000 rakyatnya terlatih dalah industri kereta. Begitu juga Indonesia. Dan di Singapura, tiada kilang2 kereta tetapi rakyatnya sangat bertuah memiliki kereta yang kita kadang-kadang langsung tak pernah lihat.

Ketiga : Dasar penswastaan Mahathir gagal. Mahathir menerapkan dasar penswastaan cuma pada nama dan jenama. Dari LLN kepada TNB. Dari Jabatan Telefon kepada Telekom. Daripada Jabatan Pos kepada POS Malaysia. Mahathir gagal menerapkan disiplin swasta kedalam jabatan kerajaan. Kerana Mahathir tiru bulat2 apa yang telah dilakukan Trechter di UK. Dan juga Mahathir bodoh meniaga. Di UK, mereka menswastakan British Telekom dengan janji setiap panggilan ke BT akan dijawap tidak lebih dari 3 tone bunyi. Dan mereka lakukan dengan berjaya. Hari ini BT adalah syarikat antara yang bernilai di dunia. Begitu juga Singtel Singapore, yang mampu membeli Optus Australia. Penswastaan kita gagal kerana kepalanya Dr M tidak mengenalpasti apa yang perlu didahulukan. Jenama atau standard?. Akhirnya TNB rugi, TM rugi, Perwaja rugi, MAS rugi, Syarikat air rugi. Dan baru-baru ini, Petronas rugi. Proton juga rugi.

ps : nak cerita kebebalan Dr M, sampai esok tak habis.

Tulang Besi said...

Grand Marquis, izinkan saya memasukkan analisa saudara dalam satu artikel dan kemudiannya saya ingin publish sebagai satu entry?

Tulang Besi said...

Grand Marquis said...
Kita mulakan dengan isu free-market economist. TB mengaku dirinya sebagai seorang free-market economist, tapi apakah beliau cakap serupa bikin? Lihat dulu definisi free market di sini.
Definisi Free Market Economy:

A free market is a market without economic intervention and regulation by government except to regulate against force or fraud. This is the contemporary use of the terminology used by economists and in popular culture; the term has had other uses historically. A free market requires protection of property rights, but no regulation, no subsidization, no single monetary system, and no governmental monopolies. It is the opposite of a controlled market, where the government regulates prices or how property is used.

Macam mana seorang free market economist boleh membantah penswastaan sedangkan free-market economist sepatutnya menentang governmental monopolies. Di sini kita lihat TB tulis main ikut suka. Bila dia rasa isu penswastaan ni boleh dijadikan hujah nak bantai orang, dia guna secara buta tuli. Bila dia rasa free market ni pulak sesuai dengan hujahnya, maka dia jadi free market economist.
.
Errr ni sapa punya definasi ni. Kao kutip merata je definasi ye. Mana yang kau suka kau kutip.

Tulang Besi said...

TB dakwa PENSWASTAAN ERTINYA MENYERAH ASET NEGARA KEPADA KRONI DAN UMNOPUTRA. Betul ke? Hang paham kah apa itu penswastaan? Atau pun main tulis ikut suka? Bila dah jadi swasta, dah tentu akan ada orang yang memilikinya. Siapa yang ada duit, dia boleh beli syernya. Dan dah tentu akan ada orang di lantik jadi CEO. Cuma bila bukan TB yang dilantik menjadi CEO nya, jangan pula semua di hentam habis kata orang kroni.

Betul dan memang aku faham penswastaan tu apa. Apa salahnya kefahaman aku tu?

Tulang Besi said...

Konsep government own ni adalah konsep socialist yang mana key strategic area dikawal/dimonopoli oleh kerajaan. Percayalah, kalau kerajaan buat cara socialist, nescaya TB akan kata pula kerajaan merompak dari rakyat dengan menguasai asset penting Negara. Masa tu dia akan jadi free market economist suruh kerajaan swastakan segala kepentingannya..

Iye ke? TU kau punya persepsi sahaja la?

Ok, kalau penswastaan ni adalah ekonomi CIA, maka PAS pun 2 x 5 juga. Jangan lupa, Air Kelantan diswastakan pada tahun 1995, tahun dimana PAS perintah Kelantan. Lebih menarik, air di Kedah setelah Kedah diperintah oleh PAS, air dikedah di swastakan (pada 1 January 2010). Jadi program penswastaan ni pun jadi ikutan PAS. Cuma yang lucu sikit ialah PAS sebagai sebuah parti Islam menswastakan apa yang tidak boleh diswastakan, iaitu air..

Apala bahlol sangat kau ni. Yang diswastakan dalam Air Kelantan hanya PENTADBIRAN sahaja. Bukan, penswastaan 100% macam yang BN buat.

Grand Marquis said...

TB,

Sila la ambil untuk buat pengajaran..sebelum tu semak la dulu sekali lg..mana tahu kut2 saya tersilap tulis fakta..kang x pasal2 kena saman..

Grand Marquis said...

Silakan la. Its your own blog

Tulang Besi said...

PLUS bayar dividen pada pemegang saham. Siapa pemegang saham? Rakyat la sebab PLUS kan public listed company. Dengan kata lain, duit yang dikutip oleh PLUS akan disalurkan kembali pada rakyat..

Oh iye ke? UEM tu rakyat ke? Renong tu rakyat ke? Seluruh 27 juta rakyat Malaysia ada saham dalam PLUS ke?

Apa punya bengap kao ni GM?

Tulang Besi said...

Kalau PLUS milik kerajaan, nescaya TB akan kata UMNOPutra sebat duit kutipan tol. Sama juga kita tengok dalam kes petronas. Hari-hari mereka menjaja kata duit minyak petronas disebat UMNOPutra. Mereka minta akaun petronas dibuka pada awam. Dalam masa yang sama dia suruh PLUS jadi milik kerajaan. Benda ni tak de selesai punya. Buat pun salah, tak buat pun salah..

Ni spekulasi lagi ke? Atau kau buat2 cerita laksana penglipur lara?

Tulang Besi said...

Kemudian guna MAS sebagai contoh. Realitinya, pada masa sekarang Airline industry bukan lagi berada pada zaman golden age (sekitar 70-90an). Persaingan dalam business penerbangan adalah sangat hebat. Malah syarikat sehebat Singapore Airline dan British airways pun bisa tanggung kerugian. JAL pun kena file for bankruptcy..

Haaa lagi pembohong. SA tidak pernah mencatat kerugian hatta di masa Singapura mengalami “technical recession” sekalipun. Kao nak kelentong sapa ni.

MAS pula jahanam dalam keadaan kerajaan bailout merata. Dan dalam keadaan ada duit pun boleh bangkrap dikerjakan kroni2 Daim dan Mahathir.
Cuba kau jawab mana pegi RM900 juta yang ada dalam akaun MAS sebelum diswastakan?

Tulang Besi said...


Isu bail out pun satu hal. Bila kerajaan bail out satu syarikat, duit tu pi ke mana? Dah tentu pi kat semua orang yang kerja kata syarikat itu. Sebagai contoh, Proton menggajikan 18000 rakyat Malaysia. Kalau Proton lingkup, 18000 tu nak kerja apa? Nak cari makan kat mana? Bila kerajaan bail-out, 18000 akan terus dapat gaji dan boleh teruskan hidup. Bukankah itu bermakna duit kerajaan disalur pada rakyat? 18000 orang yang dapat gaji tu akan beli barang, dengan itu peniaga akan ada business. Bila peniaga ada business, supplier akan ada business juga, dengan itu baru ekonomi berjalan. TB gagal paham, pengurusan ekonomi negara tak sama dengan pengurusan ekonomi peribadi.


Kalau kerajaan LIBERALIZE dan tidak REGULATE industry kereta, 18000 pekerja itu boleh mendapat kerja dengan pembuat2 kereta yang lain seperti Volkswagen, BMW, Mercedez. GM dsbnya yang lebih suka membuka kilang di Malaysia dari negara lain.
Pekerja2 kita akan mendapat international recognition dan menjadi pekerja mahir yang boleh bekerja di mana2 sahaja di dunia
Dulu kereta biasa harga RM25k sahaja. Disebabkan PROTON, kereta wira yang takda kualiti dekat2 RM65k, lebih mahal dari harga flat sederhana.
Itulah dia PENSWASTAAN.
Berapa sen sangatlah rakyat dapat dari BAIL-OUT. Majoriti duit BAILOUT pegi ke kroni dan DAim Zainuddin serta anak Mahathir

Tulang Besi said...

Grand Marquis said...
TB kata program ekonomi TDM gagal. Kalau betul ia gagal, kenapa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 8% dari tahun 1987 sampai 1997 sehinggalah financial crisis berlaku?


Jawapnnya mudah. HOT MONEY. Kalau program ekonomi Dr M tu berjaya mengapa sampai hari ini:
a. Kita masih menanggung budget defisit
b. Kita tidak dapat mencapai semula pertumbuhan ekonomi sebelum 2008
c. Kenapa negara2 seperti Korea dan Singapura dan Taiwan yang setara dengan kita pada 80’an sekarang jauh meninggalkan kita?

Tulang Besi said...

TB bersikap simplisitik dalam membuat tuduhan rambang atas dasar kebencian dan dendam. Hakikatnya senario Malaysia hari ini dan 80an adalah amat berbeza. Hari ini kita ada 28 juta rakyat. 80 kita mungkin ada sekitar 20 juta aje. Tahun 80an, orang Melayu sekadar nak jadi askar, polis dan cikgu aje. Hari ini semua nak jadi engineer, doktor, businessman. Dulu orang Melayu ambil SPM sekadar nak grade 1 dengan aggregate 20, hari ini mereka bilang jumlah A1 (A2 pun tak main). Tahun 80an kita ada 7-8 universiti, hari ini kita ada dekat 40 universiti. Kalau 80an, setiap tahun 3-4 ribu graduan keluar U, hari ini 30-40k keluar U setiap tahun. Dulu kalau ada degree terus boleh jadi manager, sekarang ni ada degree baru layak nak memohon kerja, kerja belum tentu dapat.

Dei tamby, apa kena mengena bilangan rakyat dengan pertumbuhan ekonomi? Lebih ramai rakyat lebih ramai pembayar cukai, lebih ramai tenaga kerja. Patutnya lebih ramai rakyat lebih majulah ekonomi negara.

Tulang Besi said...

Hakikatnya ialah persaingan di Malaysia menjadi amat sengit. Ini ditambah pula dengan faktor ekonomi dunia yang merundum, kebangkitan pesaing baru seperti China, Vietnam dan banyak lagi faktor lain.

Kalau TDM tak tau bangunkan negara, Malaysia takkan seperti yang ada hari ini. TB bukan di Indonesia kerja expat dengan gaji 30k, tapi mungkin kerja di estate dengan gaji 300. Negara lain tak pandang tinggi kat Malaysia. Kerajaan Arab Saudi tak suruh syarikat Malaysia bina bangunan Jamarat. Anda ni tidak berpijak dibumi yang nyata.
.

Iyelah sengit. Persaingan nak curi duit rakyat tu sengit lah dikalangan UMNO.

Dalam SEA, hanya Malaysia mengalami pengurangan FDI selepas 1997. SEMUAAA NEGARA SEA mengalami peningkatan atau maintain FDI. Yang turun hanya Malaysia
Misal, pada tahun 2005, peningkatan FDI di SEA adalah dalam lingkungan 45%. Hanya Malaysia sahaja yang jatuh. 11 negara SEA yang lain, kadar FDI mereka naik.
Indon pun FDI naik 36%. Apa sebab? Itulah hebat sangat persaingan tu?

Tulang Besi said...

Malangnya Kelantan setelah 20 tahun di perintah oleh PAS, bukan saja tak de apa-apa, malah dipandang rendah oleh negeri lain. Itulah orang kata, menuding jari memang senang, tapi lupa yang 2 tunjuk depan 3 tunjuk belakang.

Anda kata TDM lidah cabang, anda apa kurangnya. Kutuk BN hari hari, tapi pi belajar kat ITM, program pendidikan yang didesign oleh kerajaan BN. Hang kutuk Amerika, tapi pi belajar kat Kansas City, lebih malang, ambil duit dari kerajaan yang hang kutuk hari-hari.
.

Kelantan ada minyak tapi kena rompak dengan UMNO. Dan kadar kemiskinan di Kelantan telah berjaya dikurangkan berbanding dengan sewaktu UMNO memerintah Kelantan.
Dan yang memandang rendah pada Kelantan hanya barua2 UMNO. Semua di Malaysia kagum dengan Kelantan yang mampu membangun dalam keadaan ditekan dan dipijak oleh UMNO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.