Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, February 22, 2010

Inilah Sebab Muhyiddin Begitu Lega Dengan Kenyataan Presiden PAS

Akhirnya terdedah juga. pelaburan ke Malaysia semakin menguncup angkara kes Liwat II Anwar Ibrahim. Tindakan MP2 Australia itu cuma sebahagian kecil sahaja dari impak keseluruhan kes Liwat II terhadap negara Malaysia.

Ahmad Husni Hanadzlah mengeluarkan kenyataan mengakui pelaburan ke Malaysia terjejas lantaran kes Liwat II Anwar Ibrahim. Beliau pula mengambil keputusan untuk menyalahkan pembangkang di atas fenomena ini.

Biasalah, siapa nak mengaku salah sendiri. Yang penting nafsu serakah sendiri mesti dipertahankan. Hakikatnya, hanya orang gila sahaja yang akan mahu melabur di Malaysia berdasarkan kes Liwat II ini.

Kes ini membuktikan bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah sistem yang rosak dan setaraf dengan negara-negara ketiga di Afrika. Cuba kita lihat Afrika, berapa banyak pelabur asing yang mahu melabur di sana?

Salah siapakah yang menyebabkan sistem kehakiman kita jatuh ke tahap setara dengan negara seperti Zimbabwe? Salah Anwar kah, pembangkang kah atau salah UMNO kah? Minta Ahmad Husni Hanadzlah memberi jawapan yang jitu.

Kalau takda angin masakan pokok bergoyang. Kalau nak penjarakan Anwar pun, carilah modal lain. Ni guna modal sama yang telah ditolak orang Melayu Islam masa PRU 1999 dahulu. Sekarang ni, bukan setakat Melayu Islam menolak, Cina dan India pun tolak sama. Saya pun tak paham kenapa UMNO bodoh sangat?

Sudahlah idea pun idea bodoh, guna pulak Saiful yang tak cerdik. Pergi buat laporan kesihatan di dua hospital dan kedua-dua hospital mengesahkan Saiful tidak pernah diliwat. Di Kuala Lumpur ni, mana ada doktor yang sokong UMNO (kecuali Dr Novadri je)? Tak sampai 2 jam buat laporan kesihatan, laporan tu dah sampai Segambut. Hahahahaha

Sapa dalam dunia yang waras nak percaya liwat berlaku tanpa penetrasi? HAnya orang gila dan sewel sahaja yang mempercayai liwat tanpa penetrasi. Orang yang waras dan sehat akal mereka tak mampu untuk mempercayai cerita bodoh ni. Hasilnya, hanya orang-orang UMNO sahaja yang percaya cerita dongeng ni.

Maka, bukan setakat orang Malaysia tak percaya, satu dunia tak percaya. Hanya spesis penyokong UMNO sahaja dalam dunia ini yang percaya cerita liwat tanpa penetrasi ini. Hahahaha

Oleh kerana itulah kita nampak hikmah hukuman Qazaf dalam Islam. Bukan sahaja ia melindungi mangsa fitnah, ia juga melindungi “kewarasan” rakyat umum supaya mereka terlindung dari mempercayai khabar-khabar yang bodoh lagi sewel seperti ini.

Tulang Besi

Opposition's ploy affects investments - Ahmad Husni .

Feb 21, 10 11:08pm

The opposition is garnering the support of the international community towards its cause by creating a bad perception of the country, said Second Finance Minister Ahmad Husni Hanadzlah.

He said the ploy indirectly dented investors' confidence in Malaysia, adding that in other countries, the opposition did not rally the support of the international community to support its cause.

"But why does the opposition here tarnish the image of the country by creating the wrong perception?," he asked at a news conference after opening the 1st branch of the Tambun Umno division in Perak today.

He was commenting on a note handed by 50 Australian MPs to the Malaysian High Commission in Canberra, calling for Anwar Ibrahim's sodomy trial to be dropped.
"This turn of event occurred as a result of relations forged by opposition leaders with the international community, persuading them to interfere in the domestic affairs of the country," said Ahmad Husni.

He said, however, the people could read the opposition's ploy.
Ahmad Husni, who is also MP for Tambun, said the people's support for the government had soared as they were confident of the leadership of Prime Minister Najib Abdul Razak.

- Bernama

34 comments:

Anonymous said...

Bila aku tulis dalam blog menegur presiden PAS, muncung sebatu konco-konco dia. Mulalah semuanya blogger celako. Kesiang puak2 perpaduang.

zakwan said...

Who in their right mind would want 2 invest in a country where sexual crimes(rape,sodomy etc) occurs without penetration?

Anonymous said...

And a worse fool would invest in a country that can drop a charge just because 50 people say so.

Anonymous said...

a

Anonymous said...

Orang2 macam korang ni lah yang bg contoh tak elok, nak sangat sokong Kes Liwat AI ni. Konon2 dia tak bersalah lah..podaaa!! Tak sayang negara langsung, kalau sayang cuba lah jadi warganegara yang baik. baek korg je lah pergi ke Afrika tu.hidup sana tengok macam mana korang boleh survive. Tak bersyukur langsung. Try lah jadi pemimpin/YB tgk mcm mane korg nk handle..???

Tamingsari said...

Sdr. T.Besi,

Malaysia biasa dgn ancaman dari barat dalam soal ekonomi. Kita dapat mengatasinya. Kita pernah menghadapi ancaman ganas parti komunis Malaya. Begitu juga dari Indonesia sewaktu era Bung Karno. Apabila kedaulatan negara diancam tdk ada tolak ansur oleh kerjaan.

Suatu perbandingan yg tdk adil bila sistem kehakiman Malaysia disamakan dgn negara2 Afrika. Kalau sekadar untuk memuaskan perasaan sendiri TB boleh membandingkan Malaysia dgn mana2 negara yg mundur tetapi hakikatnya Malaysia jauh lebih baik.

TB berpendidikan tinggi, oleh itu jgn rendahkan cara berfikir sdr. semata-mata kerana melayan emosi.

Anonymous said...

alahai..
1.kalau kita mempunyai cita-cita untuk menegakkan sebuah negara islam!sebuah perlembagaan berpaksikan piagam madinah kelak!mengapa kita takut untuk menghadapi serangan dari luar ini!!
2.Mengapa kita mesti kecut perut!anggap ia sebagai persediaan kelak!!Mengapa Iran boleh!mengapa kita tidak boleh!!sampai bila kita hendak diugut oleh puak kapiaq ni!!
3.Ish!ish!ish!kata nak tegakkan undang-undang islam!hukum hudud!kena gempaq sikit dah kecutt!!Ingat kalau malaysia tegakkan sebuah negara Islam kelak!puak kafir akan membantu!melabur kat Malaysia!!
4.Atau Tb dah akui!dah mengaku!!sampai kiamat Pas tidak akan dapat melaksanakan sebuah negara Islam kelak!!dah humban kelaut kot kertas kerja dan draf perlembagaan islam!!
5.

Anonymous said...

bukan pelabur negara asing takut melabur di negara ini, rakyat tempatan sendiri melabur di luar negara dengan harapan dapat menikmati Kerakyatan Negara Lain (PR) dari di Malaysia sendiri.

Harga minyak naik, gula naik, cukai pendapatan naik semuanye naik, rakyat yang banggang dan bahlol saja dapat menerima hidup kesusahan bak Zimbabwe sebab kebenggapan sendiri memilih suicide bomber menerajui negara.

Tinta Hitam said...

Aku selalu dengar semenjak puuhan tahun dulu pemimpin UMNO mendabik dada bahwa bila ekonomi naik ianya adlah disebabkan kehebatan mereka mentadbir ekonomi negara.Tetapi bila ekonomi merudum mereka kata bukan salah mereka.Puncanya dari pembangkang,Soros,ekonomi USA merudum dll.

Yan gaku pelik kenyataan macam tu pun ramai org org melayu boleh percaya habih

Anonymous said...

Tapi kenapa tiada peningkatan pelaburan yang ketara dari negara2 seperti Australia,US dll di negeri2 di bawah Pakatan sejak mereka mentadbir seperti di Pening,Kedah,peghak dan Kelantan??

Anonymous said...

Tak guna betekak ngan puak umno nih..smpai kiamat pun tk kn terang mati hati..dh terlalu lama dibodohkan oleh pemimpin2 mereka..kesian.....

Segala sistem dlm negara dh tunggang langgang pun masih buta...Nk merompak hasil bumi negara dgn rakus,nk ambik rasuah,nk seludup pendatang haram,nk tembak rakyat suka hati,nk main judi ekor,nk bezina,nk minum arak,nk buat 1001 benda yg org negara maju dh tk nk buat??? dtg ler jenguk kt msia ni...Mcm2 ada...

Anonymous said...

alahai..
1.dah yakin dari dulu lagiii..
2.Undang-undang Islam dan hudud Pas ni sebagai gula-gula pancing undi jeee!!
3.sebenaqnya bukan ada pun!!draf undang-undang Islam oleh Pas!!
4.Tambahan la nii!!dok kena cucuk idung dengan puak kapiaq harbii!!
5.hangpa haghap ka TB a.k.a Pas ni nak laksanakan hukum hudud dan undang-undang di malaysia!!
6.Karpal Singh jerkhahh je!!apa tah lagi!!kerajaan barat jentik telinga sikittt!!pakat-pakat laghiii tak cukup tanah!!
7.Lupa habihhh bab hudud dan perlembagaan Islam!!!Pejuang Islam konoooooonnnnnn!!!
8.Tenguk dalam blog ni!adalagi ka slogan membangun bersama Islam!laksanakan hukum hudud!!tak dak punnn!yang ada Pas 4all!!
9.kena cucuk idunggg memanjang!!bukan saja takut kat negara luaq!kat puak kapiaq harbi pun takuttt!!

Anonymous said...

alahai..
1.paling kesiann kat sebatang kaghaa laa!
2.Ada masters!ngaji tinggi!dok kena tipu jee dengan TB ni!!
3.Hang tanya TB sat!!mana dia draf hukum hudud!draf sebuah kerajaan islam!draf undang-undang Islam!
4.TB tak berani jawab punya!!
5.Hang ni lughus bendoii betuiii!!

kembara putih said...

Tak kisah la ekonomi merundum, FDI menjunam, rezab simpanan negara kontang. Yang penting penajaan F1 mesti diteruskan, ye la, ni kan hobi mutlak anak-beranak Mahathir. Tau la kerajaan UMNO nak cover balik. Naikkan harga minyak, tarik subsidi itu dan ini, kenakan pelbagai jenis cukai dan naikkan tol. Inilah pentadbiran yang paling genius sekali.

Anonymous said...

alahai..
1.hangpa baca sat komen dibawah!

"Salam ustaz….Kepimpinan melalui teladan, sy adalah antara org yg x pernah mis dlm kuliah Tok Guru, x bleh tinggal… tp kuliah Tok Guru tu hanya utk org kebanyakan saja ke? anak isteri guna pakai tak? sebab apa yg terserlah sekarng, empayar Tok Guru semakin menghimpit jalan2 kg…x nampak spt amal jariah, sedekah spt Tok Guru ajar…kesian la kat org kg.. umum kenal keluarga anta org dihormati tp org2 kg setempat amat2 pasti ttg lenggok pembawaan keluarga anta, jika bukan kerana Tok Guru masih ada, nescaya x ada org lg yg akan mghormati kamu semua…."komenh dari blog nik abduh blog.

2.Mana lebih teghukk!!manusia yang dituju dalam komen diatas atau anak beghanak mahathir!!
3.Dari segi hukum islam la!!!

Anak Perelih said...

tengok!!!! BN/UMNO dah mula memainkan propaganda "PR tidak patriotik" atau "PR pengkhianat rakyat Malaysia" akibat isu 50 MP Australia ni...

Sepatutnya PR lebih berhati hati... kerana sedikit sebanyak propaganda ini akan dimakan oleh pengundi.. terutama di luar bandar... so bila datang PRU 13... PR kalah teruk... ko nak ke ini berlaku...??? sekarang ini BN/UMNO cuba nak lari dari menggunakan isu perkauman.. dan menuju kearah isu patriotik... kerana mereka mahu undi bukan melayu... undi Melayu dah gain some grounds dah seperti yang Nizar cakap kat Malaysiakini...

Memang secara luaran UMNO mengaku kalah.. tetapi kita kena ingat.. ianya satu strategi memperdayakan PR didalam perangkap lose all the battles but win the war... Amerika telah mempunyai pengalaman ini di Vietnam dahulu... semasa Tet offensive... memang Amerika menang dan dapat mengekang VC.. tetapi NVA menang moral bila dasar Amerika di Vietnam mendapat tentangan rakyat Amerika selepas Tet offensive ini apabila melihat mayat mayat bergelempangan... padahal sebelum Tet Offensive, 80% rakyat US menyokong... selepas Tet ... turun mendadak... dan akhirnya US berundur dari vietnam selatan...


TB... cuba ko baca buku "Sun Tsu the art of war"... kaedah ko terlalu direct sangat... head to head... orang boleh pedaya ko dgn senang....

cara yg terbaik ialah.. PR sendiri menangani kes liwat ini.. di luar dan didalam mahkamah...

di dalam mahkamah... dedahkan konspirasi ini dengan cross examination... soalan yg memerangkap saksi palsu dan bukti bukti ...

di luar mahkamah... terangkan kepada rakyat apa yg berlaku dalam mahkamah... melalui ceramah, harakah/seruan keadilan/roket/internet...

Biar Anwar dipenjara akibat kangaroo court.. tetapi PR boleh menang PRU13.. bila menang.. sistem kehakiman akan dibebaskan dari kongkongan UMNO/BN... Ketua hakim aka Lawyer UMNO tu boleh dibesarakan... dan Anwar akan bebas bila sistem kehakiman dipulihkan...
BTW.. jika Anwar dipenjara... rakyat akan bangkit semasa PRu13... jadi strategi BN ialah... kes ini mesti berlanjutan sehingga selepas PRU13... seba itu mereka tangguh sebulan selepas saiful beri keterwngan.....

Anonymous said...

alahai anak perelih..
1.sokong jugak la!apa yang hang bagi nasihat kat TB tentang kes anuar!
2.Lawan la kat mahlamah!!
3.Tapi!!
4.Aku rasa terbalikla pulak!!
5.Macammana puak PR nak guna karpal singh nak buktikan bahawa saksi pendakwa palsu!!sebab dia pun peguam "palsu"!!
6.Apa pasai peguam anuar dulu!sulaiman abdullah tarik diri!
Sebab dia islam!Orang islam tak boleh tipu!tak boleh belit tak ketawan hala!!Mana ada peguam islam dalam barisan peguam anuar!semua peguam dia terlibat dalam kes murtad dulu!!Sulaiman abdullah rasanya tau "sesuatu" tentang kes anuar ni!macam hadi awang jugak!!
7.Namun hanya Allah yang maha mengetahui!!

Anonymous said...

alahai..
1.Aku kata kalpal singh peguam "palsu" kerana:
1.1.dia yang mula-mula tuduh anuar pada tahun 1998 dulu!
1.2.Dia juga pernah berkata anuar tidak bermoral!!
2.Aku tak percaya kejujuran kalpal nii!!
3.Sapa yang dok tanggu kes!anuar atau hakim!!

Anonymous said...

alahai..
1.hangpa juga kena tau dulu!!pada 1999!che det bungkuih kerana kes anuar!!
2.Tak kan najib pun bodoh jugakk!nak guna kes anuar menjelang pru13 nanti!nak cari nahas!!nak jadi macam che det!!
3.La ni!kita tenguk kes ni dalam mahkamah dulu!lepas ni!pakat-pakat nilai tenguk!!

Anak Perelih said...

en. alahai....

ingat karpal singh je peguam Anwar...????

Sebab najib ambil pengalaman Mahathir lah kalau boleh dia nak kes ni berlanjutan sampai selepas PRU13... sebab tu saiful je yg bagi keterangan dulu.. then berenti 1 bulan... mana saksi no 2??? sebab apa..?? dia nak orang dengar tuduhan saiful dulu.. the bila lepas election, baru pihak pembela punya turn.... yg dok bagi lambat bicara tu pihak peguam negara jugak sama bila buat rayuan.. tapi Anwar je yg kena tuduh melambatkan bicara oleh saiful tu.... yg nak dilambatkan ialah UMNO/BN

Tulang Besi said...

Sepatutnya PR lebih berhati hati... kerana sedikit sebanyak propaganda ini akan dimakan oleh pengundi.. terutama di luar bandar... so bila datang PRU 13.....

Takdalah bang. Masa kes Anwar dulu, diorang siap edar bendera, kata Anwar agen US dsbnya.

Elok je kita menang 1999. Nyaris BN nak bungkus.

apala korang takut dgn UMNO punya bohong. Jangan takut dengan bayang2, tak elok

Anak Perelih said...

Tulang Besi....

Masa tu Anwar baru sahaja diluar UMNO... ramai orang UMNO begitu keliru dengan apa yang terjadi.. they don't know what hit them.... dan satu lagi kerana kes mata lebam Anwar... rakyat marah dengan apa yang dilakukan terhadap anwar... bukan kerana Anwar bersalah atau tidak... tetapi kerana layanan yang diberikan kepada Anwar orang Melayu tak boleh terima.... kebanyakan org melayu ini adalah yg tak taksub mana mana parti... dan masa PRU12 dan sekarang ini mereka condong kepada BN/UMNO ... sebab itu kawasan melayu luar bandar UMNO/BN masih lagi menang...


Tengok... cara ko ni lurus bendul sangat... senang tertipu oleh taktik licik dan strategi UMNO...
Politik ni bukan lurus bendul sangat... banyak helah, strategi dan muslihat... macam di medan perang jugak la... better ko baca buku the art of war tu.... belajar macam mana nak menang....

Anak Perelih said...

BTW.. macam ko cakap tu... "nyaris BN nak bungkus".... sepatutnya masa tu BN dah bungkus dah....!!! cuma undi hantu dan beberapa kerat yang termakan dakyah UMNO/BN ni je yg menyelamatkan UMNO/BN.... perasan tak berapa banyak kawasan BN menang tipis...???

Tapi masa tu masih baru lagi Anwar kena pecat dan dilayan macam tu... org masih lagi shell shock dengan apa yang berlaku.... sebab tu propaganda UMNO/BN ni kurang berkesan... Sekarang????

dan kerana tu lah edaran Harakah mengatasi Utusan.... tapi sekarang???? nak dapatkan harakah di kawasan luar bandar pun susah... harap ceramah je sikit sikit boleh counter...

Anonymous said...

Enemy of my enemy is my friend.

Pas is UMNO enemy. TB is enemy to pas leadership. So TB is UMNO's friend.

Art of war...

Anonymous said...

hai ya..lu pusing kepala? air apa lu minum aa? lu bodoh...TPM tu pun opportunist macam lu...tapi Presiden PAS gentleman ma...patriotik lagi la...lu ingat omputih tu suma bagus ka? pantang lu tengok lambut blonde, mata bilu...lu dokong, lu puji, lu cium...lu bodoh lah...pantang tengok olang putih...suma olang putih suma bagus..itulah lu bodoh, gua cakap lu tak caya...olang lain yg sokong olang putih pun bodoh juga macam TB ma...hai ya...chunamakahai TB ma..lu balik amerika lah TB tempat lu baca dulu, kansas city ma

Grand Marquis said...

Kalau nak tau macam mana kenyataan presiden pas boleh di spin untuk menguntungkan PAS, boleh rujuk di sini.

Tapi malangnya kita lihat TB tak buat macam tu. Yang ada ialah beliau spin untuk memburuk-burukkan presiden pas. Inilah dasar khianat TB kepada orang yang tidak disukainya.

Grand Marquis said...

Lagi satu cerita menarik di sini

Lepas ni pas pi menyembah kaki Sivarasa minta ampun sebab nak buat hudud dengan negara Islam.

Quran menyuruh umat Islam supaya jangan memberi jalan supaya orang kafir boleh menguasai orang Islam. Tapi malangnya kita lihat PAS dalam PR memang melukut ditepi gantang diperkudakan untuk menjadi hamba kepada orang kafir.

Sebatang kara said...

Anonymous said...
alahai..
1.paling kesiann kat sebatang kaghaa laa!
2.Ada masters!ngaji tinggi!dok kena tipu jee dengan TB ni!!
3.Hang tanya TB sat!!mana dia draf hukum hudud!draf sebuah kerajaan islam!draf undang-undang Islam!
4.TB tak berani jawab punya!!
5.Hang ni lughus bendoii betuiii!!

February 22, 2010 6:45 PM


Yang ni saya nak hentam TB. Cakap bab perjuangan ISlam berdegaq-degaq, tapi dengan Hukum Hudud sendiri pun dia tak yakin.

Sebatang kara said...

Untuk pengetahuan anon jugak. TGHA sudah beberapa kali membawa draf undang-undang Islam ke Parlimen untuk dibentangkan dan dibahaskan tapi tiap kali tu lah geng-geng Haramjadah UMNO-BN (kasaq sikit noo..) akan halang.

Sebatang kara said...
This comment has been removed by the author.
Sebatang kara said...

Grand Marquis said...
Lagi satu cerita menarik di sini

Lepas ni pas pi menyembah kaki Sivarasa minta ampun sebab nak buat hudud dengan negara Islam.


Saya dah baca artikel yang diattached oleh GM tuh. Pasal betul atau tak saya tak tahulah. Tapi kalau betul pung saya yakin 357% bahawa Tuan TB akan sokong sebab TB kan pentaksub PR. Betui tak TB.

Grand Marquis said...

SK,

Hang ni walaupun penyokong kuat PAS, tapi jiwa hang sebenarnya sedang memberontak melihat apa yang berlaku kat PAS dan PR. Ia sebagai tanda something is wrong with this coalition. Tambah-tambah hang memberontak melihat orang seperti TB ni berbicara bagi pihak pas dan pr.

Sebatang kara said...

Saudara GM,

Sebenarnya takdak yang something wrong antara PAS ngan PR. Tapi something wrong antara PR ngan parti2 komponen yang lain saya tak tahulah. Saya memuji sikap pemimpin PAS yang banyak berkompromi dalam menjayakan PR ini dan malahan PASlah yang paling banyak berkompromi dan apabila PR diherdik oleh parti lawan yang paling banyak mempertahankan PR sendiri adalah PAS. Cuma saya tidak berpuas hati adalah bab2 konflik dalaman seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Pemimpin atasan tidaklah berkonflik sangat tetapi ogang yang duduk kat bawah nih selalu duk curah minyak suruh depa bergaduh.

Grand Marquis said...

SK kena pergi baca bab khawarij dan anda akan nampak banyaknya persamaan tindak tandu TB dengan perlakuan khawarij.

Golongan khawarij ini tidak habis-habis minimbulkan kucar kacir dalam jemaah Islam. Mereka selalunya menjadikan pemimpin Islam sebagai sasaran. Lebih komplikated ialah mereka menggunakan hujah-hujah agama seperti hukum Allah dan keadilan. Hujah mereka ni sama aje, iaitu pemimpin Islam ni sudah menyimpang dari jalan Islam (sebenarnya adalah menyimpang dari kehendak golongan ini) dengan itu perlu digulingkan. Dalam proses itu, mereka akan memusuhi orang Islam (dalam hadith kata bunuh orang Islam) dan membiarkan orang kafir (did you see that in TB).

Tidak hairanlah kenapa golongan ini amat di cerca Nabi S.A.W.

p.s. pantang hang kritik TB, hang mesti kena label pencaci UMNO. Either you are with him or you are UMNO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.