Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, February 19, 2010

Isunya Bukan Berjumpa Dengan Blogger……

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Mustafa Ali kerana aduan saya akan disiasat. Malaysiakini melaporkan:

“Sementara itu, diminta menjelaskan status aduan terbaru terhadap tiga pemimpin kanan PAS oleh seorang penulis blog terkenal Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai 'Tulang Besi' – Mustafa berkata, dakwaan itu masih dalam siasatan pihaknya.”.

Izinkan saya membetulkan, barangkali, silap faham Dato Mustafa terhadap aduan saya ini:

1.0 Dato Mustafa dilaporkan berkata:
““PAS pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti,” katanya.”

Isunya sekarang bukan berjumpa dengan penulis blog. Isunya adalah mendedahkan rahsia parti.

Berjumpa dengan penulis blog tidak pernah menjadi kesalahan. Sesiapa pun pemimpin PAS boleh berjumpa dengan penulis blog. Kalau ianya satu kesalahan, temuramah Hj Mustafa Ali dgn Malaysiakini ini juga satu kesalahan.

Suka saya ingatkan bahawa sewaktu perkara perjumpaan Hasan Ali dengan blogger dibincangkan, yakni sewaktu Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat, rakaman ini masih belum didedahkan.

Izinkan saya menunjukkan kronologi-

Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat : 27 Oktober 2009
Sidang Akhbar berkenaan Isu Baiaah Taklik : 12 November 2009
Permulaan Pendedahan Rakaman : 14 Novermber 2009

Ini bererti tidak mungkin isu pendedahan rahsia parti dibincangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat seperti yang dikatakan oleh Tuan Haji Mustafa Ali tersebut. Isu yang saya bawa bukan isu berjumpa blogger. Isu yang saya bawa ialah mendedahkan rahsia parti

BERKAITAN DATO’ HARUN DIN

Dato Mustafa Ali dilaporkan berkata:

“Sementara tindakan Dr Haron pula 'dimaafkan' kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah program penerangan parti.”.

Adakah ini bermakna selepas sesiapa sahaja ahli PAS boleh menentang keputusan parti secara terbuka dan hanya perlu meminta maaf sahaja secara pribadi selepas itu?
Bukankah apabila sudah ada aduan maka proses aduan tersebut wajib diikuti sebelum seseorang itu diminta untuk meminta maaf?

Dengan tidak mengambil tindakan yang tegas dalam isu ini, ia hanya akan menyebabkan disiplin parti menjadi lebih teruk. Bukan Dato Harun Din yang kita pertikaikan, tapi tindakan beliau itu mampu merosakkan parti.

Contoh yang beliau tunjuk bakal diikuti oleh sesiapa sahaja ahli parti dan akhirnya akan membuat PAS kucar kacir.

Saya bukan apa, saya sering dituduh sebagai tidak mengikut akhlak jemaah dan tidak mengikut disiplin jemaah (walaupun tiada bukti satu habuk pun). Tapi, apabila Dato Harun Din melanggar disiplin jemaah sebegini, PAS boleh toleransi dan tidak mengambil tindakan.

Jadi, apa ertinya selama ini bercakap pasal akhlak jemaah, disiplin jemaah dan sebagainya. Adakah itu semua satu penipuan?

Bila orang kecil dalam parti, yang disuruh adalah wala’, thisqah, akhlak jemaah. Tapi, orang besar dalam PAS diizinkan pula melanggar akhlak jemaah.
Ustaz Harun Din melanggar KEPUTUSAN JEMAAH bukan KEPUTUSAN PRESIDEN. Dia WAJIB memohon maaf kepada PARTI bukan kepada PRESIDEN semata-mata.

Aneh sungguh dalam PAS ni. Orang besar boleh melanggar disiplin parti sewenang-wenangnya. Orang kecil dipaksa untuk wala’, thiqah dan sebagainya.
Inikah dia keadilan Islam?

Tulang Besi

Aduan Abdullah ditolak, Dr Haron 'dimaafkan'.

Jimadie Shah Othman
Feb 18, 10
5:48pm

Pejabat agung PAS menolak aduan exco Pemudanya, Abdullah Karim yang mendakwa terdapat ahli parti itu terlibat dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" kerana tidak cukup merit.

“Bila saya lihat, beberapa perkara yang beliau sebut itu tidak tepat. Jadi tidak cukup meritlah hendak serah pada jawankuasa disiplin,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Jawatankuasa disiplin pun perlu lihat semua fakta, betul ke tidak. Kalau fakta itu sendiri sudah tidak tepat, jadi saya tidak serahlah (pada jawantakuasa itu).”

Abdullah - pemimpin paling lantang mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin PAS terhadap Khalid Samad dan Datuk Dr Hasan Ali pada 29 Januari - dilaporkan membayangkan jawatankuasa itu dan pejabut agung parti berat sebelah kerana memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu.

Dalam kenyataannya sehari selepas keputusan kontroversi itu, Abdullah berkata, aduannya sendiri kepada kedua-dua badan tersebut dipendamkan setelah dua bulan laporan dibuat.

Tindakan Abdullah itu juga menyebabkan berlaku tuding menuding di kalangan pemimpin parti itu yang mengambil pendirian berbeza – antaranya melibatkan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaaffar.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, pihaknya telah membuat semakan dengan pemberi maklumat asal dan pihak-pihak yang disebut dalam aduan Abdullah tersebut tetapi aduan tersebut “tidak kuat” dan “banyak khabar angin”.

“Saya tidak serahlah (kes itu) pada jawatankuasa disiplin. Tidak perlu (berbuat demikian). Tidak kisahlah beliau (Abdullah) hendak kata apa pun. Kalau beliau hendak datang jumpa pun saya boleh terangkan perkara ini,” kata Mustafa.

Sementara itu, diminta menjelaskan status aduan terbaru terhadap tiga pemimpin kanan PAS oleh seorang penulis blog terkenal Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai 'Tulang Besi' – Mustafa berkata, dakwaan itu masih dalam siasatan pihaknya.

Jumaat lalu, bekas pegawai kepada pesuruhjaya PAS Selangor itu membuat aduan terbaru kepada bekas bosnya, Dr Hasan serta kepada timbalan mursyidul am Datuk Dr Haron Din dan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Abdul Rahman yang sering mendedahkan isu-isu dalaman PAS dilaporkan mendakwa, Dr Hasan dan Nasharuddin harus dibicarakan jawatankuasa disiplin kerana menggeluarkan kenyataan yang menjejaskan parti kepada penulis blog.

Manakala Dr Haron pula didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pandangan rasmi parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Mustafa menjelaskan, aduan terhadap Dr Hasan dan Nasharuddin tidak perlu lagi dipanjangkan kepada penelitian jawatankuasa disiplin kerana telah diselesaikan di peringkat jawankuasa pusat.

“PAS pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti,” katanya.

Sementara tindakan Dr Haron pula 'dimaafkan' kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah program penerangan parti.

Walaupun kedudukannya sebagai setiausaha agung dianggap kerusi panas ekoran kritikan demi kritikan yang disasarkan padanya kerana dipertanggungjawabkan menapis aduan terhadap jawankuasa disiplin, Mustafa masih kelihatan tenang dan sering berjenaka.

“Tidak payah mana. Tak banyak. (Aduan) yang sampai pada saya ini daripada orang yang suka buat aduanlah,” katanya sambil ketawa ketika diminta ketika menjelaskan “betapa sukarnya menjadi setiausaha agung PAS”.


13 comments:

john labu said...

tuan tb,

minta check tarikh kronologi.. kalau silap tolong betulkan.
nanti jadi isu pada lalat2 hijau.

Anonymous said...

TB, berita panas ada 200 cwgn pas yang tak boleh daftar lebih setahun. Ko nak tahu cerita buka blog Tulahan

Aku baca pagi tadi. Rupanya Stopa ni banyak buat kerja utk kerajaan perpaduang tak hirau hal akar umbi.

Pen. SU Taki geng Stopa pun sama tak buat kerja.

masa Dato KJ jadi SU mana ada macam ni.

Sah dah, Stopa dan Taki ada agenda lain di Pej Agung , masalah besar depan mata pun tak nampak

kerajaan perpaduang, kerajaan perpaduang

Ko kena bongkar isu ni. Sebab kalau bukan Ko, tak dak yang berani takut kena tindakan disiplin

john labu said...

secara meritnya... itulah Mustafa Ali sebenar-benarnya kuasa dibelakang pentadbiran pas. yg lain tu henya boneka buah catur sahaja.

Kalau dia cakap ok, yg lain hangguk-hangguk ok je la.

kehebatan Mu stopa ni melebihi jawatankuasa disiplin, kena dia dulu menilai sorang2 salah atau tidak.. kalau dia kata salah barulah jawatankuasa pakat2 runding kata salah! hangguk..
jadi kita kena panggil Jawatankuasa Hangguk dan hangguk.

sapa bos?? lu ka gua Hadi?.. sapa besar lu ka gua Brahim?
Tabikk Abang Pa!! lu la bos besar.. intan payung permata duyung..

alahaiii... pokebendenya buyung-buyung keramat nii?? kosong zero talak isi rupanyo.. ek eleehh

sam raspiut said...

Anonymous Anonymous said...

TB, berita panas ada 200 cwgn pas yang tak boleh daftar lebih setahun. Ko nak tahu cerita buka blog Tulahan


salam.. ade check tak cawangan ni wala' kat sapa..? manne tau kot-kot itu lan pelannya..

Kapten Zero said...

Wal hasilnya orang kecil perlu dok diam saja; orang besar nak buat apa pun boleh; jadi sama UMNO dgn PAS;sifirnya 2x2=5. Jadi kita cari parti Islam lain kalau tiada kita dok rumah diam2.Ulamak PAS buat apapun halallonetayibba, macam ularmak tenganu; bukan ulamak islam. Sedihnya aku dari tahun 1969 dok asah golok bawa batang langsat kerana berperang dgn pemuda tahan lasak UMNO ketika itu. Dok bertahan dgn PAS pada masa sekarang kerana mendokong TGNA saja. Kira tiad TGNA mungkin aku akan bersara. Maka lihat lah kddkan Pas dan EXCOnya yang ku percaya akan banyak lagi kebinasaan.

Tulang Besi said...

john labu, ada salah ke tarikh tu?

john labu said...

maaf ye..

Permulaan Pendedahan Rakaman : 14 Novermber 2010


hari ni 19 feb 2010

Kapten Zero said...

TB tolong chek beberapa bini taki; rambut merah bersinarmacam heroin hindustani; 3 bangalow besar tiap bini KOS 3j.exco Pas banyak duit tu. dah perapatdekat dgn IStana Kelantan yang baru melalui dato Yi(Tgku YI); Dapat banyak lagi hartapesaka kelantan kat dia dan kroninya lepas ni. Tanah kerajaan dlm bandar KB dah dikikis habis dgn Sang menantu tempoh hari. Menantu kena buang dia tak pi dekat kerana tida apa lagi nak kikis; gigit jari sang menantu dengar cakap telepon oleh sang menantu pun dah tak anggkat. kesian nasib. Habis rangka sepah melayang.Now dok dekat stopa teganu sebagai pen SU A PAS; nanti di isap madu Pas Pusat yang masih banyak lemak tu. nanya haji hadi dan stopa.Task Force 2010 senang saja sedia betina dan wang dah tentu dapat lingkup mereka ini.

Kubah Hijau said...

Lu memang bodo la TB,

Berperang dgn SU Agung dlm blog.

Kalau betul lu berani sangat, awat tak pi mengadap SUA atau Presiden berhujah secara berdepan..

Lepas tu siarkan. AKU CABAR Ko.

Tarikh lu bagi pun tak tepat. Fakta lari. hujah ikut suka ko je.

Habis nak jadi hero kunun!

Anonymous said...

salam...

maaf ye.. terlalu salah ni...

---
Izinkan saya menunjukkan kronologi-

Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat : 27 Oktober 2010
Sidang Akhbar berkenaan Isu Baiaah Taklik : 12 November
Permulaan Pendedahan Rakaman : 14 Novermber 2010
---

Bujang Senang said...

TB,

Tembelang ko dah pecah!!!

Ko mencipta semua tuduhan kpd pimpinan pusat!!!

Tarikh yang ko bagi tu semua nya salah!! Fakta ko bagi pun tak betoi!!

Ko reka cipta dan tuduh pimpinan adakan mtg pada tarikh yang tak wujud lagi. 2010!!!!!!!!!

Ini baru Februari beb!

Mcm pernah aku kata dulu, sepandai pandai ko melompat, akhirnya ko akan jatuh ke tanah dan tembelang ko pecah!!!

Tulang Besi said...

Anon February 20, 2010 12:17 PM

Terima kasih atas pembetulan typo

Anonymous said...

KAMI AHLI-AHLI PAS YANG SETIA KEPADA PAS SEJAK DULU LAGI DENGAN INI MEMINTA DAN MERAYU SUPAYA MOSTAPA ALI BERHENTI JADI SU.SILA LETAK JAWATAN DENGAN CARA TERHORMAT. RAMAI LAGI CALUN-CALUN YANG LEBIH LAYAK DI LUAR SANA. KEPADA 'GENG TRENGGANU', SILA BERHENTI DARIPADA CAKAP ISU 'PERPADUANG'. KALAU NAK JAWATAN TINGGI DALAM KERAJAAN SILA MASUK JER UMNO.
KENAPA RAKYAT TRENGGANU TIDAK SOKONG PAS MEMBENTUK KERAJAAN DI TRENGGANU JIKA UST.HADI DAN GENG TRENGGANU BENAR DAN BETUL. CUBA BANDING DENGAN KELANTE. JAUH BEZA KAN.TGNA DI HORMATI DAN DI SANJUNG. KENAPA? SENDIRI MAU INGAT. KALAU ITU PUN TA BOLEH FIKIR ELOK GENG TRENGGANU KELUAR RAMAI-RAMAI UNTUK BERI KUASA KEPADA GENG BARU DARI TRENGGANU.
PAS KINI DALAM FASA TERAKHIR UNTUK MENCAPAI CITA-CITA MENDUDUKI TAKHTA DI PUTRAJYA. KENAP TIDAK SABAR?? ITU PUN KALAU TUAN GURU NIK AZIZ MASIH DALAM PAS DAN KERAJAAN KELANTAN. KALAU ESOK TGNA TIADA DALAM PAS MAKA PAS AKAN BERKUBUR. SOKONGAN BUKAN ORANG ISLAM AKAN MERUDUM. TA PERCAYA! SILA TUNGGU DAN LIHAT. ORANG BUKAN ISLAM TIDAK MEMPERCAYAI PEMIMPIN SELAIN DARIPADA TGNA DALAM PAS.BAIK USTAZ HADI ATAU YANG LAIN-LAIN. PAS HIDUP KERANA SOKONGAN ORANG BUKAN ISLAM. KALAU MELAYU SAJA SOKONG PAS AKAN DAPAT 7 HINGGA 10 KERUSI PARLIMEN SAJA.SEDAQ LAH DIRI WAHAI HADI AND GENG TRENGGANU.
US.HADI SILA FAHAMI BAHAWA KERAJAAN AUSTRALIA TIDAK MENCAMPURI URUSAN KERAJAAN MALAYSIA CUMA AHLI-AHLI PARLIMEN MENYOKONG RAKAN MEREKA DALAM PARLIMEN. ITU BEZA POLITIK DAN PENDIRIAN AHLI PARLIMEN LUAR NEGARA DIBANDING DENGAN AHLI PARLIMEN MALAYSIA. AHLI PARLIMEN MALAYSIA MEMPUNYAI 'HERD MENTALITI'
TIDAK JADI SALAH AHLI PARLIMEN AUSTRALIA MENEGUR KERAJAAN MALAYSIA KERANA TERBUKTI GEROMBALAN KEHAKIMAN NEGARA SELALU MENYEBELAHI PIHAK KERAJAAN APABILA BERLAKU KONTROVERSI ANTARA KERAJAAN DAN PIHAK ANTI KERAJAAN.
AKHIR KATA, KAMI MMERAYU UST HADI DAN GENG TRENGGANU RESIGN EN BLOC AND GIVE NEW LEADERS A CHANCE TO MBRING PAS TO NEW HEIGHTS. anti gerombalan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.