Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 2, 2010

Kalau Nasib Khalid Samad Persis Anwar Ibrahim, Maka…..

Saya diberitahu oleh seorang kenalan bahawa nasib Khalid Samad persis nasib Anwar Ibrahim yang dizalimi oleh Mahkamah Mahathir. Ia membuat saya berfikir....



Sekiranya:
















Maka....


.

RUJUK: JK Disiplin – Penjelasan Berhubung Pertuduhan





57 comments:

UG fraksi umno said...

lagi lagi puak UG ni buat hal :--

YB Khalid dihukum oleh proksi UG di Perak.

Saya Mohammad Nabeel Dzafer, SU Lajnah Penerangan dan Da'wah PAS Kaw. Gerik, telahpun mengambil persetujuan dari YB utk turun dan mengisi program pendedahan Perlembagaan PAS, Dialog Isu Semasa, Kuliah Maghrib dan ceramah Politik pada 20 Feb ini. Segala persiapan telah diatur. Sebagai kaki tangan KERAjaan Persekutuan, saya memahami erti keputusan JKD PAS terhadap YB Khalid.
Kawasan Gerik yg tandus dari gerakerja Penerangan yg terancang dan bervisi telah dihalang utk program bulan Feb ini oleh proksi UG, iaitu PJ Perak dgn alasan bimbangkan fitnah(?) di masa mendatang. Langsung tak masuk akal! Fitnah apanya ? atau dah dapat nasihat dari SU Agong PAS Pusat yg telah melantiknya sekaligus menafikan keperluan meletakkan YB Ir Hj. Nizar ke tempat itu berdasarkan maslahah politik semasa.
Ini belum menang dan memerintah , kalau sudah memerintah dan bergelar, habislah kesemua pejuang yg tidak sedia bersekongkol dgn puak Ganu/UG akan dicantas.
Tak puas hati lagikah dgn keputusan JKD? Memadailah YB Khalid di hukum dengan penggantungan jawatan dan larangan membuat kenyataan media sepanjang penggantungan itu!. Sebagai ahli Parlimen dgn kredibeliti ilmu jua pengalaman beliau , tenaganya masih amat diperlukan untuk terus menyedarkan ahli di peringkat bawahan untuk menjadi pejuang serta petugas yang berkesan.
Inilah hikmahnya barangkali kenapa ALlah menarik semula kuasa pemerintahan PAS dan rakan-rakan PR diPerak lantaran masih ada kepimpinan yang tidak bersedia memperjuangkan kebenaran Islam dan masih ikut nafsu puak Ganu/UG.
Baru-baru ni dalam Ijtima' Nuqaba' Perak, Sdr. ABC diundang untuk memberikan ucaputama. Beliau bukan sahaj berucap menyentuh serba sedikit tentang tarbiyyah malah turut mengulas beberapa dakwaan para bloger darihal kebiadapannya terhadap YAB Tok Guru Mursyidul Am PAS .
Bilakah PAS Perak hendak sedar mainan jahat puak Ganu/UG?
Barangkali jarang melangkah keluar dan menerima laporan dari Harakah dan puak Ganu, kepimpinan PAS Perak tak tahu realiti PAS Ganu semasa memerintah mahupun selepas diambil kembali oleh ALlah kuasa pemerintahan dari tangan kotor mereka.
Setakat ini umum mengetahui dengan maklumat terperinci puan Ganu/UG adalah pencetus masalah di dalam PAS dan PR. Moga ALlah menggagalkan segala perancangan jahat serta khianat geng Ganu/UG Amin Ya Rabbal ' alamin

Abdullah said...

Suata masa dahulu Khairy ingin menjadi CEO salah satu GLC tapi tak kesampaian.

Suatu masa dahulu TB juga ingin menjadi CEO salah satu Selangor GLC tapi tak kesampain.

Maka TB = KJ

Anonymous said...

Satu hari dahulu PAS terengganu memerintah Terengganu.

Sebab apa ye, diorang tak memerintah lagi?

Anonymous said...

Masa bila yang Khairy nak jadi CEO GLC?

Heran bin ajaib tuduhan ni

Sebatang kara said...

Anonymous said...
Satu hari dahulu PAS terengganu memerintah Terengganu.

Sebab apa ye, diorang tak memerintah lagi?

Sebab kebodohan orang melayu sendiri.

hartagalian.blogspot.com

Anonymous said...


Sebab kebodohan orang melayu sendiri.

hartagalian.blogspot.com
.

Orang Melayu selangor bodoh jugak ke tukar kerajaan di Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan?

Anonymous said...

Slight difference bro..Anwar masok jel,kena tibai, black eye,mcm mcm..Khalid Samad kena hukuman 6 bulan becos al keldai al arabi nak jag maruah,keegoaan ketuanan melayu islam..

Anonymous said...

naah..melayu bukan bodoh...rakyat wanted PAS,but due to incompetence/passivity of PAS's leadership,PAS lost Ganu...

Tinta Hitam said...

TB.

Aku kurang setuju dgn pendapat engko.Khalid tidaklah dianiaya seteruk DSAI.Ianya lebih kepada perselisihan pendapat.

Ustaz Tuan Man pula bukan mendiang Augustine Paul.Dia ad asas utk menghukum Khalids Samad.Walaupun aku menentang keras hukuman yg dijatuhkan tetapi utk menyamakan Tuan sebegitu adalah terlalu berlebihan.

Tulang Besi said...

TB.

Aku kurang setuju dgn pendapat engko.Khalid tidaklah dianiaya seteruk DSAI.Ianya lebih kepada perselisihan pendapat.

Ustaz Tuan Man pula bukan mendiang Augustine Paul.Dia ad asas utk menghukum Khalids Samad.Walaupun aku menentang keras hukuman yg dijatuhkan tetapi utk menyamakan Tuan sebegitu adalah terlalu berlebihan.
.

TInta,
Apa yang dilakukan Tuan Ibrahim adalah satu bentuk kezaliman. Bukan perbezaan pendapat. Dan mengikut penjelasan Khalid sendiri, tiada bukti yang jelas menunjukkan beliau melakukan kesalahan. Tapi beliau mendapat hukuman yang paling berat.
Kedua-dua Khalid dan Anwar telah dizalimi. Itu adalah fakta.

Anonymous said...

nak tambah
SAIFUL = Murujib aka Mongjib

Ali Zaidan said...

Man, mintak kau baca teguran aku ni:

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/02/yb-khalid-samad-buktikan-pro-reform.html

zakwan said...

Whatever respect I hav 2 Tuan Ibrahim Tuan Man has been flushed down the toilet

I predict that Pakatan Rakyat Pahang,notably PAS Pahang can kiss the "Kita Boleh Tawan Pahang Pada PRU 13" plan goodbye

Sebatang kara said...

Anonymous said...
naah..melayu bukan bodoh...rakyat wanted PAS,but due to incompetence/passivity of PAS's leadership,PAS lost Ganu..


Antara punca kekalahan PAS di Terengganu pada 2004.

- Penangan wang ehsan - hasil kebodohan melayu sendiri.

- Musuh dalam selimut - minit setiap meeting exco tak sampai 1/2 keluar.

- Kemenangan PAS 1994 adalah luahan emosi penyokong UMNO semata-mata terhadap isu Anwar Ibrahim.

- Pertambahan mendadak jumlah pengundi sehingga tambahan pengundi Terengganu adalah yang tertinggi di Malaysia.

- Penolakan terhadap parti pembangkang di Malaysia kerana Malaysia dapat bos baru. Di Kelantan PAS hampir kehilangan Kerajaan Negeri pada 2004. Dari segi kerusi parlimen PAS telah kalah di Kelantan. Di Permatang Pauh pun Wan Azizah hampir kalah. PKR pun tinggal satu kerusi sahaja. Yang bertambah kuat pula adalah DAP setelah mereka keluar dari pakatan dengan PAS.

- Asakan kuat dan bertali arus daripada UMNO wal jahanam setelah mendapat modal daripada wang ehsan.

Untuk mengatakan bahawa sebab pimpinan PAS seperti TGHA, Harun Taib dan Mustafa Ali semata-mata kerana kejatuhan PAS di Terengganu adalah tidak adil kerana seawal PAS merampas Kelantan 1990 dahulu PAS Kelantan tidak terlepas daripada krisis seperti ini. Sehingga berlaku juga fitnah-memfitnah seperti yang berlaku kepada Cikgu Musa sehingga beliau dipecat dan beliau bersama beberapa pemimpin PAS Kelantan yang lain menyertai AKIM. PAS Kelantan juga telah diselubungi dengan kisah Tiga Abdul yang cuba menjatuhkan beliau. Tetapi PAS Kelantan bertahan kerana Kelantan adalah negeri PAS semenjak merdeka lagi. Jatuhnya PAS pada 1978 adalah hukuman pengikut PAS terhadap PAS sendiri akibat daripada bersekongkol dengan UMNO.

Ingin saya tekankan di sini walaupun PAS di Terengganu adalah yang ke-2 terkuat di Malaysia selepas Kelantan namun Terengganu bukan Negeri PAS. PAS hanya betul-betul kuat di sesetengah tempat sahaja. Kalau isu kes Liwat Anwar Ibrahim tidak timbul sebelum PRU1999, bukan sahaja PAS tidak mendapat Terengganu malahan PAS juga berisiko untuk kehilangan Kelantan.

hartagalian.blogspot.com

Sebatang kara said...

zakwan said...
Whatever respect I hav 2 Tuan Ibrahim Tuan Man has been flushed down the toilet

I predict that Pakatan Rakyat Pahang,notably PAS Pahang can kiss the "Kita Boleh Tawan Pahang Pada PRU 13" plan goodbye


Kalau PR dapat tawan Pahang pun, saya betul-betul confirm Kasino Pahang akan duk lagu tu jugak.

hartagalian.blogspot.com

Tulang Besi said...


Untuk mengatakan bahawa sebab pimpinan PAS seperti TGHA, Harun Taib dan Mustafa Ali semata-mata kerana kejatuhan PAS di Terengganu adalah tidak adil kerana seawal PAS merampas Kelantan 1990 dahulu PAS Kelantan tidak terlepas daripada krisis seperti ini.
.

Saya confuse. PAS KElantan mempunyai banyak krisis, tapi mereka tak pernah hilang negeri.

Walaupun pada 2004 mereka jatuh kepada hanya satu kerusi majoriti, tapi kalau nak banding Terengganu lagi teruk. Dari 2/3 majoriti kepada hanya 4 kerusi DUN.

Jadi, apa hal pulak nak samakan Kelantan dengan Terengganu?

Kekalahan PAS di Terengganu adalah disebabkan rakyat Terengganu BENCI dengan majoriti dari kepimpinan PAS Terengganu.

Itu adalah faktor utama kejatuhan kerajaan PAS TErengganu.

Kalau semua faktor yang disebut Sebatang Kara tu betul, mengapa pada 2008 PAS kekal kalah?

Boleh tolong jawab?

casper c said...

Well done saudara Sebatang Kara, opinions put forth and analysis are well grounded above personal bias and emotion.

Again, hats off in setting a fine example for all here in MWaves and especially to fellow Malays.

Tulang Besi said...

nak tambah
SAIFUL = Murujib aka Mongjib

February 2, 2010 4:52 PM
Delete
Blogger Ali Zaidan said...

Man, mintak kau baca teguran aku ni:

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/02/yb-khalid-samad-buktikan-pro-reform.html

February 2, 2010 5:51 PM
.

Ali zaidan,

Kau baca tak tulisan Penarik Beca@ Bakar Haq tu?

Dia kata:

Mengenai apa yang didakwa sebagai rahsia yang dibocorkan oleh Haji Khalid Abdul Samad, ia terkandung dalam laporan Malaysiakini 10/6/09 bertajuk "Kroni Umno taja muktamar PAS?" Itulah rahsia yang dimaksudkan itu, kata sumber dalaman PAS..

Dengan kata lain, ia bermaksud itulah sebab rahsia utama yang Khalid dedahkan yang membawa kepada penghukuman beliau.

Tidak bermakna kita kata itu adalah sebab rasmi.

Ada faham tak?

Sebatang kara said...

TB yang habaq mai,

Walaupun pada 2004 mereka jatuh kepada hanya satu kerusi majoriti, tapi kalau nak banding Terengganu lagi teruk. Dari 2/3 majoriti kepada hanya 4 kerusi DUN.

Jadi, apa hal pulak nak samakan Kelantan dengan Terengganu?

Kekalahan PAS di Terengganu adalah disebabkan rakyat Terengganu BENCI dengan majoriti dari kepimpinan PAS Terengganu.

Itu adalah faktor utama kejatuhan kerajaan PAS TErengganu.

Kalau semua faktor yang disebut Sebatang Kara tu betul, mengapa pada 2008 PAS kekal kalah?

Boleh tolong jawab?


Saya tidak pernah cuba samakan Kelantan dan Terengganu. Kekuatan PAS di Kelantan adalah sememangnya 'piau' kata oghang utara. Tetapi di Terengganu pada 1999 adalah plastik semata-mata akibat timbulnya kes Anwar Ibrahim.

Walaupun PAS masih kalah di Terengganu pada 2008 tapi terdapat peningkatan sebanyak 100% peratus kerusi DUN dan TGHA dapat balik kerusi Parlimennya. TB harus ingat kemenangan besar parti pembangkang pada 2008 adalah berpunca kebangkitan utama pengundi-pengundi bukan Melayu. Kalau bukan kerana kebangkitan mereka alamak kemenangan pembangkang di lima negeri adalah jauh panggang dari api.

Mungkin juga TB akan mempersoalkan kenapa kawasan DUN bandar juga PAS kalah kerana kawasan tersebut ramai pengundi Cina. Mengikut tinjauan dijalankan, masyarakat Cina di Terengganu cukup dijaga oleh UMNO dengan wang ehsan ini. Juga masyarakat Cina di Terengganu juga tinggal hanya kelompok veteran di mana mereka agak ketinggalan terhadap penyebaran maklumat. Kelompok muda kebanyakannya berhijrah ke bandar-bandar besar. Cawangan DAP juga agak sukar didapati di Negeri Terengganu.

Ali Zaidan said...

rahman,

Aku tak mahu komen pasal Bakar. Aku komen pasal tulisan kau.

Rahsia yang didedahkan Khalid sehingga menyebabkan dia dihukum bukan hal yg kau sebutkan itu. Tapi rahsia yang menyebabkan dia dihukum adalah mendedahkan mesyuarat PAS september 2009. Tak payah konar ayat la. Terang tang-tang ayat kau tu tak betul. Nanti aku terangkan implikasi pendedahan KHalid tu inshaAllah.

Anonymous said...

Rahman Talib, anak keturunan sosialis ini, tak paham, yang TG jatuh ke tangan bukan sebab PAS kuat, tp sebab rakyat dah meluat dgn MB UMNO-BN yang perintah T'ganu 25 tahun. Jadi PAS menang sebab undi protes bukan sebab PAS kuat. dan apabila Wan Mokthar sudah tidak jadi MB lagi, penyokong BN bagi balik T'ganu pada UMNO-BN. Simple equation. Tapi sebab emosi dan dendam kesumat Rahman Tulang besi ini begitu tebal dan mendalam terhadap pimpinan PAS T'ganu khusususnya yang tidak bersama endorgan, maka TB=Tulang Bodoh ini asyik dok ulang hujah lapok dia. bodoh tak boleh diajar; sombong tak boleh ditegur; buta tak mahu dibimbing. itulah TB.

Anonymous said...

Maknanya dalam 5 tahun pas ngetoh, dia gagal tawan hati org yg undi protes dulu. Sepatutnya org tak pikir 2 kali antara derih yg tidak dikenali dgn ayahchik.

Anonymous said...

bukan gagal tawan...org umno pekat haru biru...hujah mu tak kemas..di selangor, kedah, perak dan penang menang bukan sebab pas kuat, tapi sebab undi protes..orang marah kat umno..tak payah tawan orang umno pun, org umno akan bagi undi pada PAs kalau dorang marah kat umno...tp di terengganu undi orang pas tak lari...solid, ada tambah dalam PRU tapi tak cukup kuat utk tumbangkan umno...

Anonymous said...

TB,
Berhubung isu kekalahan PAS Trengganu pada 2 PRU yang lalu,memang benar dan sah,orang Trengganu (termasuk ahli PAS)benci dan tidak mahukan tunggul-tunggul lapuk seperti Mustafa Ali,Bakar Chik dan juga Harun Taib.Orang Trengganu tak menyalahkan Hadi Awang cuma mereka heiran mengapa Hadi Awang begitu senang diperkuda oleh Mustafa Ali.Rakan-rakan yang balik keTrengganu untuk mengundi,ramai yang membawa cerita yang sama.Mereka balik keTrengganu untuk mengundi PAS tapi bila sampai kerumah ceritanya sudah lain.
Atas hakikat inilah maka Mustafa Ali dan Geng UGnya berpindah keKuala Lumpur lantaran sudah tidak laku lagi dinegeri sendiri.Bakar Chik yang menjadi Pengarah Perang Saraf diTrengganu gaggal menjalankan tugas diTrengganu,sekarang menjadi Pengarah Perang Saraf pulak diPAS Pusat atas kehendak dan dokongan Mustafa Ali.Malang sungguh nasib PAS Pusat,mengambil kayu lapuk yang terendam.

Xenan said...

Pelik la pulak baca komen2 kat sini.

So kesimpulan die PAS Ganu mmg tak pernah kuat ke?

Itu takpa lagi...di kala PRU 2008 yg semua org panggil tsunami tuh.Pas Gannu tetap kantoi.

Kenapa jd camtuh?

Paling best

Macam mana sekumpulan geng dr negeri yg gagal dipilih pulak jd pemimpin utama pusat?

Kalau ikut prinsip pimpinan melalui teladan gua tak sure la halatuju PAS nih nak kemana pas ni.

Sebatang kara said...

Punca kekalahan PAS di Terengganu tidak pernah dikaitkan dengan kepimpinan PAS Terengganu sehinggalah timbulnya isu UG nih. Apabila timbulnya isu UG nih, yang dikatakan sebagai disokong kuat oleh puak-puak PAS Terengganu, pelbagai isu dikorek atau direka dengan tujuan untuk memburukkan PAS Terengganu. Saya tidak menafikan sememangnya ada sedikit kelemahan di peringkat PAS negeri semasa PRU2004, tetapi langsung tidak ditimbulkan sehinggalah munculnya isu UG nih.

Sebatang kara said...

Xenan kata

Pelik la pulak baca komen2 kat sini.

So kesimpulan die PAS Ganu mmg tak pernah kuat ke?

Itu takpa lagi...di kala PRU 2008 yg semua org panggil tsunami tuh.Pas Gannu tetap kantoi.


Seperti yang saya katakan sebelum ini PAS Terengganu adalah yang Ke-2 paling kuat kat Malaysia (dari segi ahli) selepas Kelantan, tapi UMNO adalah adalah lebih kuat kat Terengganu dan sememangnya saya mengakui Terengganu adalah sememangnya bukan Negeri PAS.

Anonymous said...

Punca kekalahan PAS di Terengganu tidak pernah dikaitkan dengan kepimpinan PAS Terengganu sehinggalah timbulnya isu UG nih. Apabila timbulnya isu UG nih, yang dikatakan sebagai disokong kuat oleh puak-puak PAS Terengganu, pelbagai isu dikorek atau direka dengan tujuan untuk memburukkan PAS Terengganu. Saya tidak menafikan sememangnya ada sedikit kelemahan di peringkat PAS negeri semasa PRU2004, tetapi langsung tidak ditimbulkan sehinggalah munculnya isu UG nih..

Sapa cakap? Sejak lepas 2004 lagi kita sudah bincang perkara ni.

Cumanya, ia tidak popular sehinggalah timbul isu UG

Isu UG menjadikan semua orang merujuk pada geng Terengganu yang jelas menjahanamkan PAS

Tulang Besi said...

Seperti yang saya katakan sebelum ini PAS Terengganu adalah yang Ke-2 paling kuat kat Malaysia (dari segi ahli) selepas Kelantan, tapi UMNO adalah adalah lebih kuat kat Terengganu dan sememangnya saya mengakui Terengganu adalah sememangnya bukan Negeri PAS..

Kahkahkah lagi kau salah Sebatang Kara.

Dari segi keahlian, negeri yang teramai adalah Kedah.

Kedua baru Kelantan. Terengganu ni nombor empat atau lima.

yang saya tahu sepanjang pemerintahan PAS Terengganu, kenaikan ahli tak sampai 5000 orang satu Terengganu.

Itulah bukti betapa rakyat Terengganu menolak PAS Terengganu.

Ali Zaidan said...

Itu yg kau tahu. Tapi biasanya bukan semua yg kau tahu tu betul.

Kau pernah jaga peti undi Kemaman?. Cuba kau bagitahu aku berapa pertambahan pengundi Kemaman antara 1999 dan 2004. Cari peratusan dia. Kemudian bandingkan dgn peratusan nasional.

Harap lepas tu Allah bukakan mata kau utk lihat kebenaran. iAllah.

Tulang Besi said...

Kau pernah jaga peti undi Kemaman?. Cuba kau bagitahu aku berapa pertambahan pengundi Kemaman antara 1999 dan 2004. Cari peratusan dia. Kemudian bandingkan dgn peratusan nasional.

Harap lepas tu Allah bukakan mata kau utk lihat kebenaran. iAllah.

February 3, 2010 10:18 AM
.

Haaa aku dah agak dah, kao ni geng Terengganu. Tu yang bersemangat sangat sokong lkeputusan JK Disiplin tu.

Yang jelasnya, Kemaman memang mengalami kenaikan dari kadar biasa kerana orang2 Cina di Kemaman telah beralih dan kekal dgn PAS.

Sampai sekarang ni pun macam tu. MAsaalahnya, ornag Melayu Kemaman yang lari dari PAS

penyu teranung said...

betapa busuknye hati Deramang ni samakan al fadhil Ustaz Tuan Ibrahin dgn mendiang Agustine Paul...

mung ni bodor ker Deramang, mung ingat keputusan lembaga displin PAS tu keputusan Ust Tuan Ibrahim sorang jer ker? ni bukan hakim dlm mohkamoh buat keputusan sorang²...

sebab tu aku kata sejok keputusan ni diumumkan, Deramang akan GILA MEROYANG 40 hari 40 malam...

Ali Zaidan said...

Aku orang Selangor lah. Yang Kemaman tu, kawan aku bagitahu. Apa daa.. Pantang dengar perkataan terengganu.. Kau alergik ke apa dengan terengganu?

Kau ni tak faham soalan aku la rahman. Soalan aku ialah kenaikan pengundi berdaftar dalam tempoh 5 tahun. Bukan berapa ramai undi Pas di kemaman antara 2 tempoh tu.

Aku ulang:

Cuba kau bagitahu aku berapa pertambahan pengundi Kemaman antara 1999 dan 2004. Cari peratusan dia. Kemudian bandingkan dgn peratusan nasional.

Paham soalan ke tidak ni?

Anonymous said...

//Harap lepas tu Allah bukakan mata kau utk lihat kebenaran. iAllah.//

Ya..Allah sedang membongkar kiibisan puak pundek keldai UMNO one by one..the latest is frm Datok Nasir Safar..hahahaha..3 tahun dahulu,si terancat akal Ali Rustam bla bla kiibliisan UMNO depan PPP..keputusannay,BN kena tibai..,bla bla dri mulut nasir pariah+ liwat gate2+altantuya+ekonomi bangkrup+jet ejin+rasuah+teoh beng hock+macm macam akan kuburkan UMNO DAJJAL..JUST WATCH!HAHAHA

Xenan said...

makin kelakar dgn argument sini..

Harus nya semua setuju geng gannu patut balik negeri terengganu n keje kuat kat sana la kan?

kang jadi cam Pak Lah lak dulu..jadi PM tapi negeri sendiri bawah pembangkang.

Camner la org tak samakan cam Pak Lah.hahahaha

Tulang Besi said...

Cuba kau bagitahu aku berapa pertambahan pengundi Kemaman antara 1999 dan 2004. Cari peratusan dia. Kemudian bandingkan dgn peratusan nasional.

Paham soalan ke tidak ni?
.

Kau tak payah bagitau aku pasal isu ni la. Masa sebelum election 2004 lagi aku dah bagitau Ariffin Deraman supaya cula mesti dibuat ke tahap 90% keluar mengundi.
Tapi diorang menolak sebab diorang kata 75% pun dah cukup tinggi.
Last2 tengok. Yang keluar dekat 85-90%.

Memang lah UMNO menipu, tapi di Kelantan, mereka buang siap2 nama pengundi2 yang tidak dikenali.
Di Terengganu, sebab PAS Terengganu bodoh sombong dan percaya maklumat SB, mereka anggap pengundi2 tu tak keluar.
Last2 salah kita juga. Kita ada 4 tahun, apasal tak bersihkan daftar pemilih. PAS Terengganu secara sengaja TIDAK MAHU MEMBERSIHKAN DAFTAR PEMILIH.
Kao Ariffin Deraman pun tak kenal, kan?

Silap orang la kao nak maki.

Sebatang kara said...

Dari segi keahlian, negeri yang teramai adalah Kedah.


Saya minta maaf, mungkin fakta saya salah. Tapi dari segi kekuatan PAS di Terengganu saya tak akan sekali-sekali nafikan bahawa Terengganu kedua terkuat. Walaupun berdasarkan TB PAS Kedah paling ramai di Malaysia PAS hanya berkuasa 2008 dan itupun melalui bantuan sahabat pembangkang yang lain.

Soalan saya adakah kemenangan PAS di negeri-negeri lain seperti yang di ia-iakan oleh TB dan sekutu TB adalah solid penyokong PAS. Tidakkah kita lupa dengan protes pengundi bukan melayu dengan 'vote anything except BN'. Jangan lupa pengundi melayu di Terengganu lebih 90% kedua kadar tertinggi di Malaysia selepas Kelantan (yang ni pun TB nak nafikan kerrr) dan negeri-negeri lain paling tinggi pun tak sampai 80%.

Yang jelasnya, Kemaman memang mengalami kenaikan dari kadar biasa kerana orang2 Cina di Kemaman telah beralih dan kekal dgn PAS.


TB habaq pulak : Sampai sekarang ni pun macam tu. Masaalahnya, ornag Melayu Kemaman yang lari dari PAS.

Bahagian UMNO Kemamang adalah paling besaq di Malaysia. Dan daearah ini cukup dijaga oleh Wan Mukhtar semasa jadi MB sehingga diangkat menjadi Majlis Perbandaran kedua selepas KT. Dan jika TB kata masyarakat cina bersama PAS di Terengganu, TB boleh tengok PRK KT. Di mana orang Cina yang sokong PAS.

Ali Zaidan said...

Kau betul2 ada penyakit tak reti nak jawab soalan ke Rahman? Kalau bidang engineering ni dah lama kau tak pass.

Sekarang kau dah mengaku UMNO menipu. well, tu semua orang tau. Tapi kau tahu tahap penipuan di terengganu macam mana? Di Kelantan macammana? Ni kau kena bandingkan dulu la.

Sebab tu aku suruh kau tgk % pertambahan pengundi di Terengganu dan Nasional. Husam Musa pun ada komen seingat aku.

Dari kenyataan kau, jelas kau pun terpaksa akui PAS terengganu tewas bukan sebab rakyat tolak tapi sebab penipuan besar2an BN! So, bukan ke bercanggah dgn statement kau sebelum ni?

Soal silap cula tu hal biasa la. Bukannya sebab silap cula terus kalah. habih, yang di PRK Kt kita menang tu sebab cula ke? Hujah kau tersasar dan tak relevan.

Sekarang, jawab la soalan aku.Kalau tak tau, cakap tak tau. jujur. Aku boleh bagitau.

Amir Hamzah said...

http://tuanibrahim.blogspot.com/2010/02/berada-di-kerusi-pengerusi-jawatankuasa.html

Tulang Besi said...

Ali Zaidan said...
Kau betul2 ada penyakit tak reti nak jawab soalan ke Rahman? Kalau bidang engineering ni dah lama kau tak pass.

Sekarang kau dah mengaku UMNO menipu. well, tu semua orang tau. Tapi kau tahu tahap penipuan di terengganu macam mana? Di Kelantan macammana? Ni kau kena bandingkan dulu la.

Sebab tu aku suruh kau tgk % pertambahan pengundi di Terengganu dan Nasional. Husam Musa pun ada komen seingat aku.
.

Kau tu yang bangang tak paham orang punya jawapan. Pertambahan pengundi2 baru adalah usaha UMNO membawa pengundi2 Terengganu yang berada di luar Terengganu untuk mengundi di Terengganu.
Walaubagaimanapun, dengan kesemua pengundi luar yang mereka bawa, mereka cuma konfiden menang maksima 19 kerusi DUN cukup untuk memerintah dengan majoriti satu atau dua kerusi
Tapi, bila pilihanraya, mereka menang 2/3 menunjukkan rakyat Terengganu sendiri mengundi lawan kepimpinan Haji Hadi.
Kalau kita bersihkan daftar pemilih dan tak bersikap sombong atas cadangan orang, kita tidaklah kalah teruk sangat.
Tapi kalah tetap kalah sebab berlaku penolakan dari rakyat Terengganu sendiri.

Tulang Besi said...

Dari kenyataan kau, jelas kau pun terpaksa akui PAS terengganu tewas bukan sebab rakyat tolak tapi sebab penipuan besar2an BN! So, bukan ke bercanggah dgn statement kau sebelum ni?

Soal silap cula tu hal biasa la. Bukannya sebab silap cula terus kalah. habih, yang di PRK Kt kita menang tu sebab cula ke? Hujah kau tersasar dan tak relevan.

Sekarang, jawab la soalan aku.Kalau tak tau, cakap tak tau. jujur. Aku boleh ba
.

Kenyataan mana ni? Kau masukkan benda yang tak wujud dalam mulut aku.
Hakikatnya, kerana kepimpinan PAS Terengganu:
a. Bodoh sombong
b. Percaya pada SB dan musuh
c. Menolak pendapat ahli dan penyokong
d. Tiada usaha menambah ahli dan cawangan
Pengundi2 yang protes pada UMNO pada 1999 kembali mengundi UMNO 2004. Ertinya, ia adalah kegagalan PAS Terengganu.
Juga, kalau betul ada penipuan, kenapa PAS tetap kalah pada 2008 dalam keadaan UMNO Terengganu berpecah teruk di setiap kawasan Parlimen termasuk Besut?
Kau jawab soalan ni jugak Ali Zaidan. Ataupun kau memang tak suka ambik satu perkara itu secara terperinci.

Anonymous said...

Inilah satu lagi bukti bahawa TB adalah manusia yang kurang ajar. Mempunyai adab seperti orang-orang UMNO yang merosakkan.

Mungkin inilah bentuk pengikut Abdullah bin Saba' dan Abdullah bin Ubai bin Salul zaman ini.

Anonymous said...

It is sad that great men take great pains to lift themselves to great heights of power only to self-destruct because they can’t face the truth and would rather receive pleasure from the court jesters.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Napoleon did it. Hitler did it. They both fought on two fronts at the same time -- the Eastern Front and the Western Front. And both paid dearly for their folly. Hitler had to commit suicide in his bunker while Napoleon died from arsenic poisoning while sleeping in his bunk...
http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=29991:all-great-men-make-great-mistakes&catid=22:the-corridors-of-power&Itemid=100085

oh boy..alo..Raja kelentong ..lu talak pigi sikorah kah?..haiyaah..Napoleon stabilised the french revolution and due to him,Europe became democratic..where as Hitler,the demon,the "dwarf napoleon" pulak wanted to estbalish the rule of saruman..Naopleon was a genius,one of the greatest generals of all time,Hitler pulak was a possessed areshole(but the 3rd reich had some really fantastic generels,like Von Manstein,and Erwin Rommel)..prob is,si mahagila Hitler,n his band of lucifers became out of control,too overconfident..just like Mahakutty and Najib..stoopid,penuh dgn demonic rage,and all the time making mistakes..hehe

Anonymous said...

Yo RPK..Zaid is a new kid on the blok lah..ribuan rakyat marhaen can teach him many things lah..even RPk hismelf dah berplaing tadah..langsung tadak "buddhi" dan stamina utk long term struggle..Zaid needs Pakatan,Pakatan pulak may not need him!..understand botak!!In fact,2nd gen top class non umno warrior leaders have emerged..Khalid Samad,Nizar,Husam Musa,LGE for example..

Ali Zaidan said...

Masih tak menjawab soalan aku yg sebenar. Iaitu peratusan pertambahan pengundi di Terengganu dan Nsional. Berapa rahman? jawab la!!! jangan reti cakap kesat saja. Menampakkan kebodohan diri sendiri!

Soal jangkaan UMNo tu mana boleh dinisbahkan kpd penolakan rakyat kepada kepimpinan PAS Terengganu. Kau marah dan keluarkan kata kesat kpd pemimpin PAS terengganu yg pakai sumber musuh, tapi kau pakai sumber UMNO utk hentam pemimpin PAS camana pulak?

Ingat rahman, Kaburo maktan 'indallah an taqulu ma la taf'alun!!

Jangan buat tak reti bahasa dgn ayat Quran!!

Utk pengetahuan kau jugak, PAS menang Kemaman tahun 1999. Tapi tahun 2004, pAS kalah dlm 15k undi. Kau tahu berapa pengurangan undi PAS antara 1999 dan 2004? Hanya sekitar 500 undi!. Jadi camana kau boleh kata rakyat Terengganu tolak PAS dgn hanya kekurangan 500 undi??

Aku tak kata rakyat Terengganu yg undi PAS 1999 tak beralih arah pd 2004. Ya betul. Tapi bukan krn kepimpinan PAS tapi kerana Tsunami Pak Lah!. Ini kau bukak la mana2 tersis sains politik , semua akan sebut benda sama. rakyat terpesona dgn imej agama Pak Lah. sama macam rakyat terpesona dgn imej Islam Anwar pada 1995.

Abih tu kenapa kau tak nak kutuk TGNA atau PAS Kelantan?. Kenapa kau tak nak kata rakyat tolak TGNA tahun 2004. Bukan ke tahun 1999 PAS menang 41 kerusi, tahun 2004 PAs hanya menang 24. Rakyat tak tolak macam tu?

Dan utk tahun 2008, kau kena ingat lambakan wang ihsan. Dan kau kena tahu bhw UMNO hanya menguasai kawasan miskin dan hulu. Orang2 kurang terdedah dgn tsunami. Sama la macam kelantan, kenapa Jeli pun PAS tak dapat tawan sedangkan tahun 1999 PAS menanng?? PAS Kelantan sombong jugak??!!

Di bandar PAS Terengganu menang. Parlimen Dungun contohnya, PAS menang kawasan bandar (DUN Sura). Di Parlimen Kuala Nerus, PAS menang kawasan bandar (DUN Bukit Tunggal) wpun rakyat di situ dilimpahi Monsoon Cup. PAS menang di 3 DUN di Parlimen KT. Hulu Terengganu, PAS menang kawasan Manir (dekat dgn bandar KT) dan seterusnya.

Sebab tu aku cakap kau ni lagak je lebih. Tapi otak kering macam alur sungai masa surut. cetek.

Sekarang, boleh jawab soalan aku????

Ali Zaidan said...

Pembetulan. Pengurangan undi PKR di Parlimen Kemaman ialah 120 undi.

Tapi relevan dengan kepimpinan PAS Terengganu memandangkan semua DUN di Parlimen kemaman ditandingi PAS.

Anonymous said...

Why PAS lost in 2 successive election in Ganu?Mainly due to Cikgu Pa.Cikgu Pas is practically the "head" of PAS,and mainly due to TGHA extreme passivity,and CikguPa's "power",fraksi UMNO has taken a strong grip in PAS..and when UMNO Ganu dah kucar last year,TGHA still buat dunno..what a waste of oppourtunity!!I believe Anwar could have done the job but out of sheer respect for TGHH,he backed off..one should not govern a state or country based on "maruah" and sentimental sentiments lah..

Anonymous said...

The 3 Z's dat bikin kacau..semunya ex UMNo..it just goes to show,how difficlut it is to "transform"(Najib's fav word) UMNO wallah..cant blame them lah..they r so used to goyang kaki pow komisyen..

stravi18 said...

aku orang terengganu. aku tau la pasal aper pas kalah kat terengganu.

sebabnya org terengganu ni mabuk duit. bile umno bagi wang ehsan 3oo setiap tahun, diaorg terus pangkah umno. plak tu orang trg ni mnat hburan. bila pas pgang trg, hburan x banyak. so org trg pun vote keluar la pas pada pru 2oo4.

org trg x mcam org klantan. org klantan bile bn tindas, lagi la mreka sokong pas.

kpada tulang besi and the gang, teori korang pasal knapa pas kalah sume x betul. len kali buat research baik2. jgan buat research dpan laptop je. tanye org terenganu sendiri, mreka ada bertimbun jwapan knapa pas kalah. tapi alsan utama ialah org trg ni mmg suke dperbodohkan ngan umno wlaupun mreka sedar mereka dperbodohkan.

Tulang Besi said...

Ali Zaidan said...
Masih tak menjawab soalan aku yg sebenar. Iaitu peratusan pertambahan pengundi di Terengganu dan Nsional. Berapa rahman? jawab la!!! jangan reti cakap kesat saja. Menampakkan kebodohan diri sendiri!

Soal jangkaan UMNo tu mana boleh dinisbahkan kpd penolakan rakyat kepada kepimpinan PAS Terengganu. Kau marah dan keluarkan kata kesat kpd pemimpin PAS terengganu yg pakai sumber musuh, tapi kau pakai sumber UMNO utk hentam pemimpin PAS camana pulak?

Ingat rahman, Kaburo maktan 'indallah an taqulu ma la taf'alun!!
.

Kenapa aku nak jawab soalan kau? Kao ni besar sangat ke?

Tulang Besi said...

Utk pengetahuan kau jugak, PAS menang Kemaman tahun 1999. Tapi tahun 2004, pAS kalah dlm 15k undi. Kau tahu berapa pengurangan undi PAS antara 1999 dan 2004? Hanya sekitar 500 undi!. Jadi camana kau boleh kata rakyat Terengganu tolak PAS dgn hanya kekurangan 500 undi??

Aku tak kata rakyat Terengganu yg undi PAS 1999 tak beralih arah pd 2004. Ya betul. Tapi bukan krn kepimpinan PAS tapi kerana Tsunami Pak Lah!. Ini kau bukak la mana2 tersis sains politik , semua akan sebut benda sama. rakyat terpesona dgn imej agama Pak Lah. sama macam rakyat terpesona dgn imej Islam Anwar pada 1995.
.

Susah nak kata. Soalan kau kena tanya ialah kenapa pengundi2 baru pada 2004 tidak mengundi PAS tetapi mengundi UMNO?

Adakah kerana mereka lebih suka pada UMNO dan bukan PAS?
Dan kau kata Tsunami Pak Lah adalah faktor tetapi di Terengganu perbandingan adalah antara Haji Hadi dengan Derih Jusoh. Kenapa derih jusoh masih menang?

Kau pun mengaku berlaku pengurangan undi PAS dari 99 ke 2004. Kalau PAS memerintah dengan baik, tidakah patut berlaku penambahan?

Tulang Besi said...

Abih tu kenapa kau tak nak kutuk TGNA atau PAS Kelantan?. Kenapa kau tak nak kata rakyat tolak TGNA tahun 2004. Bukan ke tahun 1999 PAS menang 41 kerusi, tahun 2004 PAs hanya menang 24. Rakyat tak tolak macam tu?

Dan utk tahun 2008, kau kena ingat lambakan wang ihsan. Dan kau kena tahu bhw UMNO hanya menguasai kawasan miskin dan hulu. Orang2 kurang terdedah dgn tsunami. Sama la macam kelantan, kenapa Jeli pun PAS tak dapat tawan sedangkan tahun 1999 PAS menanng?? PAS Kelantan sombong jugak??!!


Yang aku tau, Kelantan hampir kalah sebab majoriti pengundi luar Kelantan tidak balik mengundi. MEreka konfiden menang besar.

Tulang Besi said...

Di bandar PAS Terengganu menang. Parlimen Dungun contohnya, PAS menang kawasan bandar (DUN Sura). Di Parlimen Kuala Nerus, PAS menang kawasan bandar (DUN Bukit Tunggal) wpun rakyat di situ dilimpahi Monsoon Cup. PAS menang di 3 DUN di Parlimen KT. Hulu Terengganu, PAS menang kawasan Manir (dekat dgn bandar KT) dan seterusnya.

Sebab tu aku cakap kau ni lagak je lebih. Tapi otak kering macam alur sungai masa surut. cetek.

Sekarang, boleh jawab soalan aku????
.

Soalan lagi satu, kalau betul faktor Tsunami Pak Lah, kenapa 2008 PAS tak boleh menang balik? Kenapa 2008 PAS tetap kalah.,
Soalan aku kau tak jawab, nak suruh aku jawab soalan kau.

Anonymous said...

If org Ganu mabok duit,PAS should have lost in 1999 election!!

Anonymous said...

What a f*kin lame excuse..pasai duit,PAS kalah..if that is the case,PAS shopuld pack up,gulung tikar and leave the state for good!

Anonymous said...

How come ah,in Kuala terengganu by election in 2009,PAS candidate won with a huge majority defeating BN candidate?what r the factors that contributed to this victory?mm..

Ali Zaidan said...

Apa la kau ni raman.

Kan aku dh cakap, kekurangan undi ialah krn faktor Pak Lah. Tahun 2008, tsunami xberlaku di Terengganu sbb orang Melayu tetap sokong UMNO. Hanya orang Bukan Melayu yg beralih arah. Tahun 1999 63% melayu sokong kita. Tahun 2008 still 45%. Ni kau check sendiri.

Sbb tu kawasan2 Melayu diseluruh negara, UMNO still menang. UMNO tak kalah tahun 2008. Yg kalah ialah komponen BN.

Dan oleh krn +-97% rakyat Ganu ialah Melayu, tsunami xberlaku. Well, ada jugak la, sebab tu boleh rampas 4 kerusi DUN BN.

Kau tanya,"Kau pun mengaku berlaku pengurangan undi PAS dari 99 ke 2004. Kalau PAS memerintah dengan baik, tidakah patut berlaku penambahan?"

Aku jawab" Pengurangan undi jugak berlaku pada PAS Kelantan antara 99 dan 04. Adakah itu bermakna TGNA memerintah tak betul??????"

Kau ni otak letak kat mana? Kan aku dah kata, faktor PAK LaH!! Faktor MR CLEAN!! Faktor Islamik PAK LAH sama dgn faktor Islamik Anwar tahun 1995. Sbb tu Kelantan pun hilang byk kerusi tahun 1995. Bukan sbb TGNA bodoh memerintah, tapi sebab imej Anwar!!

Soal tak balik ngundi tu agakan kau je. Kalau gitu, org Ganu pun tak balik ngundi.

Aku dah jawab byk kali soalan kau. Kau je yg buta. Jgn jadi summun bukmun 'umyun!!

Sekarang jawab la soalan aku!!

kalau soalan simple aku pun tak boleh jawab, jangan harap la nak jadi CEO. Tak layak!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.