Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, February 8, 2010

KES LIWAT TANPA PENETRASI PERTAMA DI DUNIA

NOTA EDITOR: Kes Sumpah Saiful Al Kazzab sudah semakin terdedah penipuannya. Di bawah saya bawakan kenyataan dari Imam Ramlang Poriji yang telah ditipu untuk turut serta dalam sumpah tipu Saiful al Kazzab.

Saiful telah bersumpah bahawa beliau telah diliwat. Pada waktu yang sama bukti fizikal menunjukkan Saiful tidak pernah diliwat di dubur beliau.

Saya yakin Saiful sebenarnya tersilap cakap. Kalau di HKL dan PUSRAWI beliau kata beliau diliwat di otak beliau, mungkin laporan kesihatan akan keluar positif kepada tuduhan beliau. Hanya orang-orang yang diliwat di otak sahaja yang kata liwat boleh berlaku tanpa penetrasi.

Inshaalah ini adalah permulaan kepada kejatuhan UMNO dan Barisan Najis.

Marilah kita berdoa kepada Allah SWT supaya mereka yang zalim diturunkan bala oleh Allah sepertimana diturunkan kepada kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Saleh

Tulang Besi.
ps Terima kasih Al Banjary kerana artikel anda yang begitu bermakna ini.



SODOMY 2 - LIVE 9.30am
Reporters, diplomats and supporters have packed the gallery. Waiting for prosecution, lawyers and the Main Man.

Bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang dipecat ekoran pendedahan di sebalik sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan tahun lalu, tetap menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.Ramlang Porigi yang kini bekerja sendiri mendakwa, anggapan beliau adalah berdasarkan sumpah laknat Saiful di masjid Wilayah yang mana beliau jadi saksinya, terdapat banyak keraguan dan telah dijadikan bahan kempen sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh tahun lalu.

Berucap dalam majlis Solat Hajat dan Taklimat sempena perbicaraan kes liwat Anwar, di Balai Islam Darul Islah Paya Kechik, dekat sini 1 Februari lalu, beliau sendiri telah diarahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) supaya tampil menjadi saksi yang mengaitkan tuduhan liwat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menceritakan secara terperinci kronologi sumpah bekas pembantu peribadi Anwar itu, beliau pada asalnya tidak tahu menahu perancangannya kerana pada hari Isnin minggu berkenaan beliau bercuti.

Selasa hingga Khamis berkursus jurunikah di Instititut Latihan Islam Bangi dan majlis sumpah tersebut diadakan pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum hari penamaan calon PRK Permatang Pauh.

“Pada hari itu saya menerima arahan dari pegawai saya untuk menjadi saksi satu majlis sumpah yang mengatakan dia menerima arahan dari Pengarah Jawi. Sebelum itu saya bertugas menikahkan satu pasangan, setelah selesai saya lihat sudah ramai wartawan dah sampai termasuk krew televisyen”.

“Memeranjatkan saya, Saiful dikawal oleh pegawai polis dari balai Sentul dan Pengarah Jawi pun ada pada masa itu. Bila bos pun ada sekali saya terima saja arahan itu tanpa saya memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku”.

“Pada majlis itu sendiri saya sudah nampak berlaku kejanggalan dan keganjilan. Mulanya Saiful mengaku diliwat oleh Anwar pada 26 haribulan kemudian tukar tarikh, lepas itu sebutan sumpah salah hingga saya perbetulkan,” katanya.

Menurut Ramlang, mengikut hukum Islam sepatutnya Anwar sebagai orang yang dituduh yang kena bersumpah, kenapa pula Saiful. Jadi ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengaibkan Anwar Ibrahim, tetapi perancangan Allah lebih baik di mana.

“Jadi, letak imam itu untuk saksikan sumpah itu sahaja... itu hanya sekadar nak masuk televisyen dan siarkan tunjuk pada orang kampung. Saya tak sangka apabila hanya menerima arahan tapi akhirnya menjadi bahan fitnah termasuk dituduh menerima duit’.

“Sumpah itu menjadi bahan kempen di Permatang Pauh dan saya diberitahu dah ramai orang percaya kerana bersumpah dalam masjid, pegang Al-Quran pula itu”.

“Kadang-kadang memang kita hairan bagaimana konspirasi sebegini boleh dikaitkan dengan masjid, tapi cuba fikir...apa benda yang manusia tak berani lakukan kerana duit”.

Menurut Ramlang, beliau terpaksa membuat penjelasan kerana tidak sanggup lagi dirinya difitnah dan disumpah seranah oleh masyarakat.

“Cukuplah penyiksaan yang saya rasa bila dihighlightkan dalam TV3 saya jadi bahan kempen Umno, saya mengambil keputusan mendedahkan perkara sebenar melalui pentas ceramah setelah peribadi saya dikorek, iaitu dua hari sebelum PRK Permatang Pauh”. Walau bagaimanapun, Ramlang berkata beliau terpaksa korbankan jawatannya.

“Selepas saya naik pentas dedahkan perkara sebenar, saya ditukar ke Jakim, selepas empat bulan saya terima notis pemberhentian kerja tanpa sebarang pampasan. Kita minta Allah gagalkan rancangan jahat dan konspirasi terhadap Anwar Ibrahim ini”. (sumber: kerabu bersuara)
Posted by albanjari at 9:28 AM


8 comments:

Perompak Cinta said...

Barisan Najis= Nik Aziz?

Anonymous said...

Ustaz, jangan bimbang dengan harta dunia, rezeki Allah bagi... Kalau Ustaz baca komen saya, saya ucapkan tahniah, ustaz berjaya menegakkan iman ustaz. Bukan senang nak cari... biarlah ustaz kering pun sebab tidak makan, jangan gusar kerja itu, nanti datang balik... itu kan janji tuhan... Allah tidak menyalahi janjinya... Washington DC

starwars said...

Cinta itu buta dan pekak. Kepala manusia boleh diputar belit oleh orang bijak pandai. Boleh sampai jadi taksub. Nabi Muhamad SAW adalah Rasul yg terakhir, tiada nabi selepasnya. Tapi bila datang orang yg pandai memutar belit fakta mereka terpedaya. Lihat saja ajaran sesat yg melambak dinegara ini. Orang islam termasuk yg berpendidikan boleh menerima'nabi melayu' dan fahaman ajaran qadiani.
Kerana cintakan pemimpin.

Umno lebih telus dan berani menegur
mahupun menurunkan pemimpin yg jelas bermasalah. Lihat sahaja blog-blog yg pro Umno, mereka tidak teragak-agak menegur Pak Lah, Zahid Hamidi,KJ,Rais Yatim dan lain-lain.

Mengapa pengikut PAS berdiam diri
tentang 'pakej haji RM.65K'. Gaya hidup mewah pemimpin-pemimpin Pas tidak menerima teguran. Sebarang teguran dari luar dianggap sebagai konspirasi Umno walaupun faktor yg didedahkan benar. Sikap sedemikian rupa tidak membawa keuntungan buat Pas.

Pas seperti tidak membuat kesalahan
sepanjang penubuhannya. Cinta kpd pemimpin menjadikan pengikut buta,pekak dan bisu. Sedih...

zakwan said...

The destruction of the UMNO led BN government led
Amen to that

starwars
Clearly,u'r a newcomer n have not been following Malaysia Waves
I can assure u that Tulang Besi is the one of the most vocal PR/PAS affiliated blogger in criticizing the leadership of Pakatan,be it PAS,PKR or DAP in hopes 2 straighten them up

The last I check,pro UMNO blogs made headlines 4 defaming PR leaders by spreading fitnah,not by criticizing the UMNO leadership

Last I check,Raja Petra made headlines by criticizing the PR leadership,primarily Anwar n PR Selangor

Last I check,Tulang Besi made headlines when he exposed the list of MPs n Aduns who r 2 be sacked or demoted by Hassan Ali just because they're not on the same page with them

Bottomline,pro UMNO bloggers r irrelevant n a pathetic lot

- said...

Dari pembelajaran aku tentang fiqah Islam, sumpah Saiful adalah betul dan sah dari segi Islam, agama anutan aku.

Sumpah 'al-yamin' yang dibuat oleh Saiful itu adalah berlandaskan kepada tuduhan Anwar Ibrahim serta Wan Azizah terhadapnya yang mengatakan Saiful membuat fitnah ekoran daripada laporan polis yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar.

Perlu kita ingat sumpah ini bukannya sumpah Li'an untuk seorang suami yang mendakwa isterinya melakukan perzinaan dengan lelaki lain. Mungkin kerana sisuami saja melihat kelakuan isterinya itu tanpa saksi-saksi lain, maka sisuami terpaksa bersumpah sebanyak 4 kali menggantikan 4 saksi-saksi lain dan sumpah kelimanya mengatakan jika dia berbohong memohon Allah melaknat dirinya. Jika isterinya juga berani mengatakan yang dia tidak melakukan sepertimana dakwaan suaminya, isterinya juga mesti bersumpah seperti sumpah li'an suaminya. Jika kedua-duanya bersumpah, kita sendiri tidak tahu siapa yang bercakap benar atau tidak. Hanya Allah swt maha mengetahui siapa yang bercakap benar atau sebaliknya.

Ekoran dari kedua-dua sumpah suami isteri itu, mengikut hukum Islam, sisuami dan isteri terpaksa berpisah (bercerai) selama-lamanya dan sekali-kali tidak boleh merujuk kembali pernikahan mereka.

Dalam sumpah Saiful ini segala rukun sumpah telahpun dipenuh oleh Saiful. Pertama: Baligh, Kedua: Menyebut "Wallahi, Wabillahi dan Watallahi, Ketiga: menyatakan apa yang sebenarnya berlaku (subject matter) dan Keempatnya: Laknat Allah kepadanya jika dia berbohong dengan Allah swt. Itu rukun sumpah jenis ini yang aku belajar dulu.

Pegang Al-Quran semasa bersumpah? Dari aku belajar dulu juga sama ada pegang atau tak pegang al-Quran bukannya merupakan rukun sumpah. Ianya tidak menjejaskan sama sekali rukun sumpah Saiful. Kecuali orang-orang Kristian, memegang Bible merupakan satu rukun dalam sumpah mereka.

Sebagaiman kita semua belajar juga mengikuti semua rukun itu adalah sah tetapi tidak mengikuti semua atau salah satu rukun hukumnya tidak sah. Sebagaimana kita juga belajar dalam rukun sembahyang. Jika kita tidak membaca al-Fatihah dalam sembahyang, sembahyang kita itu tidak sah.

Daripada sumpah al-Yamin yang dibuat oleh Saiful ini yang memberitahu Allah swt bahawa dia bercakap benar dan memohon Allah melaknatnya sehingga hari kiamat jika dia berbohong, tugasnya kepada Allah (dan agama Islam) telah selesai.

Setakat hari ini aku tidak nampak Anwar sanggup bersumpah al-Yamin mengatakan sumpah Saiful itu palsu (tidak meliwat Saiful).

[NOTA: Perlu diingat sumpah al-Yamin di antara manusia dengan Allah swt ini TIDAK BOLEH UNTUK DIGUNAKAN dalam perbicaraan mahkamah manusia antara manusia (mahkamh civil/jenayah). Walau bagaimanapun seperti sumpah li'an juga, sumpah al-yamin ini boleh (juga) digunakan di mahkamah syariah sebagaimana kes Anwar melaporkan kepada JAWI yang Saiful melakukan kesalahan Qazaf terhadapnya]

http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7064

Anonymous said...

kaalaau dah sanggup bersumpah , kenapa takut pula nak dibicarakan di mahkamah syariah...sumpah untuk fulus ke? al fulus wal mampus

Anonymous said...

org benar aje yg berani bersumpah..yg salah takut dan banyak bagi alasan. saiful berani kerana dia BENAR....

raj raman said...

Macam mana bolih ke TB?

Saiful kata bolih - Malaysia BOlih lah.
Sekarang dia canang lagi - ada orang nak bunuh dia lah,sms bertubi2. (budak saiful ini patut lah drop out tak pakai otak - TUKAR NUMBoooR TELEFON LAH)

rajraman666.Yang pelik Saiful kata ada orang tinggalkan buah yang di sihir.Maknanya dia bukan pengikut Agama sebenar.Percaya kepada Tahyul.

Waves THE WORLD with lies SAIFUL and make Malaysia BOLIH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.