Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, February 26, 2010

Kesah UMNO Gagal Beli Pakcik PAS yang Cacat

Kawan saya baru ni pegi turun program Keadilan Kuala Selangor. Dia berjumpa seorang pakcik ni yang cacat. Rupanya pakcik ni pernah jadi pencadang kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu Tan Sri bertanding PRK Ijok.

Dia kata selepas hari penamaan calon, tiba-tiba ada orang datang ke rumah beliau. Dan, beliau telah dibawa ke tepi sungai di mana ada sebuah helikopter menunggu. Di situ ada seorang Menteri Kabinet UMNO sedang menunggu. Menteri tu juga orang kata kuat agama tapi kaki rasuah beli calon kita. Agama apa tu?

Apabila sampai, beliau diberitahu dalam helikopter ada wang RM2juta untuk beliau dan helikopter ini akan membawa pakcik ini ke mana sahaja pakcik ini mahu bersama keluarga pakcik tersebut. Ertinya pakcik tu tak perlu lagi kembali ke Kuala Selangor.
Pakcik tu cuma perlu menarik dari dari menjadi PENCADANG kepada Tan Sri Khalid dan BN akan menang secara “technical default”.

Pakcik tersebut menjawab kalau dia terima duit ni, dia akan kena bakar dalam neraka. Terus pakcik tu pusing balik dan balik rumah tinggalkan duit RM2 juta dan helikopter yang sedang menunggu.

Hebatnya iman ahli-ahli PAS ni. PAS lah harapan orang Melayu di Malaysia.
Tan Sri Khalid pun takda beri dia apa sangat hanya sekadar kerusi roda sebab pakcik tu cacat. Tu pun Tan Sri keluar duit sendiri tapi inshaalah bawah MES kerajaan Negeri boleh tolong pakcik tu.

NI LAH SEBAB NYA SINGAPURA TAKUT KEPADA PAS

PAP dan Lee Kuan Yew bukan takut pada pemimpin PAS. Dia takut dengan ahli2 dan penggerak2 PAS. Miskin2 pun SUSAH orang nak beli. Padahal orang macam pakcik tu, RM2 ribu pun tak pernah tengok inikan pula RM2 juta.

LKS dan PAP tahu, PAS kalau memerintah Malaysia, tidak boleh dikawal dan dikontrol oleh seperti regim sekarang ini.

Dan regim seperti PAS akan menyebabkan Singapura susah nak bergerak dalam ASEAN. Kita tengok macamana Takshin kena halau sebab dia baik dgn Singapura. Perkara mcm tu boleh berlaku di Malaysia.

Dalam UMNO kata mempertahankan kemerdekaan Malaysia, dia jual UMobile kat Singapura jugak, betul tak? Itulah Ngata Dulang Paku Serpih namanya. Bagi saya, pengaruh Singapura masih wujud lagi dan tak pernah pergi.

Bloggers pula menunjukkan bahawa apabila pemimpin2 PAS menyeleweng, mereka bangkit menentang pemimpin2 PAS. Dan perkara inilah yang menghalang PAS dari menjadi kuda tungganggan sesiapa. Itulah sebabnya idea “wala’” ni semua mengarut. Islam tak ajar macam mana mereka ni jaja. Islam ajar cara lain.

Semua ni sebab akidah islamiyyah. Pakcik PAS tu sebut neraka. Neraka ini adalah sebahagian dari AKIDAH ISLAMIYYAH. KAlau ahli PAS takda akidah, apa sebab mereka nak tolak tawaran RM2 juta tu?

Tulang Besi pun terpaksa bukak tabung nak teruskan kes aduan Tulang Besi. Kalau Tulang Besi ni kena beli, buat apa nak bukak tabung.

Oh satu lagi, semalam Tulang Besi kata lawyer2 PR ni semua takut nak ambik kes Tulang Besi. Tapi, lawyer2 PAS dia tak kata dia takut. Dia kata “tak berani” sebab dalam akidah islamiyyah, mereka diajar takut tu hanya pada Allah SWT.

Tulang Besi

19 comments:

Anonymous said...

alahai...
1.macam ni lah!!pi caghii pak cik yang terlibat tu!ambik vidoe pengakuan dia!!masukan dalam utube!!baru pakat-pakat boleh tenguk dan nilai!betui tak betuii!!
2.Tak laghatt dengaq!!kawan tu kata la!!depa kata la!!dengak dari ogang la!!
3.La ni zaman canggih!!direct pada tuan badan tu la!pakcik cacat tu!!
4.Macam cheghita hantu la pulak!!depa kata!ada hantu!pi tanya kat depa!!depa kata pi tanya kat matla pulakk!!last sekali tak tau!!sapa yang sebenaqnya kelih hantu tuu!!

Anonymous said...

betoi ...buat video gambar pakcik tu.... gambar helicoter ,,,,,apa apa ajer... kapal selam.ke.. ni zaman IT ...peralatan canggih ...dengan Hphone bolih buat film..... termasuk flm tamil....

baru lah lah gua cayai sama luuuuu......

Tulang Besi said...

Laaa korang la carik, apasal malas sangat ni?

Anonymous said...

keep up the goodwork Bro. I m always here to support you.

Puteri Keadilan

Anonymous said...

bukan malas...tb sibuk cari duit nak kasi penuh tabung.... kah kah

Tinta Hitam said...

TB

Apa nak takut kena saman oleh PAS.Kalau benda tu berfakta aku tak fikir pemimpin PAS ni nak saman membuta tuli.

Anyway sapa pakcik cacat yg tolak rasuah 2 juta tu? man tau kalu jumpa nanti aku cadang nak salam dgn dia dan ucapkan terima kasih byk byk.Nak belanja dia teh tarik dan roti canai sebab itu aje yg aku mampu untuk hadiahkan pd dia.

Aku bukan mcm pemimpin UMNO yg byk duit boleh belanja org oeg UMNo yg berjaya di rasuah kat hotel hotel besar..

Anonymous said...

PR & PAS, you will never walk alone....

Anonymous said...

perasan baik konon orang pas ceh pergi tengo kat selangor sekarang orang pas hulu langat terutama akontrator nya sibuk bagi rasuah kat ahli majlis mpkj nak dapat projek kat dulang paku serepeh kata orang awak yang lebih

Anonymous said...

MACAM CERITA MAT JENIN JE...BUAT LA CERITA DONGENG YG LOGIK SIKIT

Tinta Hitam said...

TB

Org org UMNO yg komen kat sini ni menitik air liur dema bile dengo 2 juta tu .Mesti depa cakap pasai apa la pakcik PAS tu bodoh sgt tak ambik 2 juta tu.Dlm dunia ni pun ada juga org yg bodoh tolak duit.

Org UMNo sanggup gadai tanah Johor pd Lee Kuan Yew sebab 350 juta punya pasal.Takd apun org uMNo yg protes pasal tu.Kalau ada pun alahai berap kerat sgt la.Lepas tu diam.Agaknya sebab dpt panggu juta juga kot.Terus tutup mulut

Anonymous said...

anon 5.17

macam penyokong liverpool je..hehe
anyway, hidup..hidup..hidup PR..
hancus..hancus..hancus UG..

Anonymous said...

orang gila pun tak pecaya cerita mu ni bengong

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

sama je kesah zaman nabi dulu..
tak percaya apa yg nabi bawa..suruh tunjuk bukti yang Allah wujud..Maha Berkuasa..Lalu Rasulullah saw belah bulan depan orang-orang kafir..
tapi bila dah tunjuk bukti tetap ego dan menolak dakwah Rasulullah..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kepala batu said...

Sdr.TB,

Aku rasa bukan saja Singapura takut kt PAS. Amerika,Eropah,NATO,CIA.FBI China,Haiti dan Pulau Ketam pun takut kt PAS. Yang tak takut Khalifah LGE. Ada kagi satu yg tak takut..Hj.Karpal Singh.

TGNA nk p Singapura jumpa tuanku pun takut dan kecut.

Anonymous said...

TB....sahlah blog anda penyebar fitnah...malangnya parti pas ada ahli macam anda...sebab itu anda seronok berblog...siap buat tabung lagi...macam orang seronok buat maksiat..wat kemungkaran...

Anonymous said...

Anymous kata :
sama je kesah zaman nabi dulu..
tak percaya apa yg nabi bawa..suruh tunjuk bukti yang Allah wujud..Maha Berkuasa..Lalu Rasulullah saw belah bulan depan orang-orang kafir..
tapi bila dah tunjuk bukti tetap ego dan menolak dakwah Rasulullah



jangan jadi bodoh sombong plak

Anonymous said...

Rasanya si Suwardi ni upah beberapa malaun UMNO buat kerja kotor kacau blog orang.

Suwardi dan UMNO apa bedanya. kedua2 penipu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.