Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 24, 2010

Lagi Pasal P.Gunasegaram dan Laporan Polis

Artikel ini adalah lanjutan dari isu laporan polis terhadap P. Gunasegaram.

Jumaat lepas sewaktu Khutbah Jumaat, Khatib menceritakan berkenaan sebuah kesah yang berlaku kepada Nabi kita SAW.

Pada satu hari, Nabi SAW dikunjungi oleh seorang wanti Nasrani yang berhajat menghadiahkan sebiji limau kepada Nabi SAW. Maka, Nabi SAW mengambil limau tersebut dan merasa seulas. Selepas itu, Nabi SAW terus menghabiskan limau tersebut. Sahabat2 yang berada di situ terkejut kerana kebiasaannya Nabi SAW akan berkongsi setiap hadiah yang Baginda dapat bersama para Sahabat2.

Perempuan Nasrani itu merasa gembira. Apabila perempuan Nasrani itu pergi, Baginda memberitahu para Sahabat bahawa limau yang diberikan oleh wanita tersebut masam. Baginda takut kalau dikongsi bersama dengan para Sahabat, maka aka nada Sahabat yang mengulas perkara tersebut kepada wanita Nasrani tersebut. Ini akan menyebabkan hati wanita Nasrani tersebut terluka. Lantas, Baginda menghabiskan setiap ulas tanpa berkongsi.

Begitulah Nabi SAW mengajar kita bersikap adil dan saksama hatta kepada oranb bukan Islam sekalipun. Perasaan wanita NAsrani tersebut dijaga walaupun wanita tersebut bukan Islam. Tindakan yang kecil-kecil seperti ini telah berjaya melindungi imej Islam buat beribu tahun kemudian.

MENGAPA MAHU BERSIKAP KERAS DENGAN MEREKA YANG JAHIL?

Sememangnya tulisan P.Gunasegaram itu bersifat biadap dan kurang ajar. Tapi, kita harus sedar bahawa P. Gunasegaram juga jahil berkenaan Islam dan sistem shariah. Mengapa kita mahu bersikap kasar dan biadap terhadap orang jahil? Tidakkah itu menunjukkan kita sebenarnya yang jahil?

Sememangnya tugas orang Islam adalah memastikan perasaan orang bukan Islam tidak terjejas dengan tindakan kita sebagaimana yang ditunjukkan oleh Baginda di atas.
Kita mungkin bersikap kasar dengan P.Guna, tetapi bagaimana pula dengan pembaca-pembaca beliau yang berjumlah ribuan tersebut? Tidakkah lebih baik kita berhujjah secara baik dan dengan hujjah tersebut kita boleh menukar pemikiran ribuan pembaca artikel P.Gunasegaram.

Tidak ada kesan sekiranya kita Cuma melahirkan kemarahan semata-mata tanpa kita mengalahkan hujjah-hujjah mereka. Mereka akan terus kekal dengan kejahilan mereka ditambah dengan perasaan marah dan benci kerana tindakan kasar mereka.

KELEMAHAN NGO2 ISLAM DI DALAM MENGHADAPI KUMPULAN LIBERAL

Mereka tidak cukup hujjah “Aqli”. Dan mereka lebih suka berhujjah dengan retorik serta dari sudut emosi. Seharusnya kita memberikan hujjah-hujjah yang nyata dan jelas bagi mengalahkan mereka dari segi pemikiran.

Walaupun mereka tidak akan menerima hujjah kita, sekurang2nya mereka masih mampu menghormati pandangan kita.

Dan apabila kita menunjukkan akhlak Islam serta kebolehan kita memahami hujjah mereka, selepas ini penentangan mereka kepada kita akan jadi lebih kendur.
P.Guna adalah seorang penganalisi ekonomi. Motivasi beliau menulis demikian tidak lain hanyalah mahu menjaga Malaysia dari dipandang sebagai sebuah negara Dunia Ketiga oleh para pelabur-pelabur asing. Hukuman-hukuman sebegini berpotensi menakutkan pelabur asing dari melabur di Malaysia.

Ertinya, kita mesti cari hujjah yang dari sudut ini untuk menghadapi orang-orang seperti P. Guna. Bagi saya mudah sahaja. Kalau pelabur takut undang-undang ini, baik mereka tarik pelaburan mereka yang berjumlah berbilllion-billion Dollar dari Saudi Arabia yang menjalankan hukum jenayah Syariah Islam secara 100%.

Senang sahaja.

Tulang Besi

14 comments:

Sebatang kara said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

alahai..
1.Yang tu pun kena habaqq ka!!
2.Puak nasrani zaman Nabi dulu puak nasrani/kafir zimmi!!yang sanggup hidup dalam negara islam!!tidak mendatangkan masalah pada sistem islam yang dipraktikan!!mereka mengiktiraf sebuah kerajaan Islam!!
3.masalah nya dalam konteks malaysia sekarang!!puak gunasegaram!puak pakiam!puak DAp!dan lain-laian puak bukan islam!depa mau ka dengan idea pembentukan sebuah negara islam!hang kena beza tu!hang kena baca pemikiran depa!
4.masalahnya sekarang!hang tak dapat beza!puak nasrani dulu!puak kristian dulu!dengan puak kapiaq yang ada dimalaysia nii!!
5.Disini dah dapat kesan!tenguk mentaliti hang!!walaupun henat dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis-hadis!!last sekali hang tebotoiii dengan puak kapiaq harbi!!
6.Atau hang tau niat sebenaq puak kapiaq harbi malaysia!!tapi kerana dendam politik!!hang buat-buat bodoooo jeee!
7.Hang dah terbodooo!!atau buat-buat bodooo!tapi jagan pebodooo oghang lain pulakkk!terutama dalam isu penggunaan kalimah Allah dan penubuhan sebuah negara Islam dimalaysia!
8.Maaf la tak tulih secara ilmiah!bersandaq pada dalil Al-Quran dan Hadis!ini bukan journal!berbentuk ilmiah!ia cuma blog politik!!perbezaan bagai langit dan bumi nooo!!

baginda® said...

Salam TB

Salam ziarah tuan empunya blog,
saya baginda® ada buat blog baru,
kiranya dapatlah tuan menglinkan blog baru saya ini..

Blog ini adalah blog ke dua Era Pasca, Blog ini mengumpulkan himpunan entri-entri dari artikel pilihan dari Blogger Pakatan Rakyat..

Diharap mendapat sambutan.. Jika Puak gerombolan menghack blog PR yang lain pun kita masih ada backup entri serta maklumat yang anda semua sudah buat dan entrikan di blog anda...

Dan ia menjadi salah satu blog Pakatan Rakyat yang baru..
Sekian...

Sila tinggalkan link anda sekali untuk saya mengk=linkan sekali blog anda sama..

sila ke link Berita Hairan Online..

http://beritahairanon9.blogspot.com/

Musafirlalu said...

Saudara TB...
Ada banyak tulisan saudara yang tidak sependapat dengan saudara tetapi yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Apabila kita tidak setuju, tidak bermaksud ianya merangkumi semua. Saya setuju dengan pandangan saudara berkaitan isu ini.... Berkata benarlah walau pun ianya pahit.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

dengan kafir kau lembut, dengan org Islam kau keras..berlwanan sikap kau dgn apa yg Allah anjurkan dalam Quran.

Aku rasa kau ni kalau duduk zaman nabi, kau gerenti kesian dekat Abu Jahal dan bau lahab, pasal diorg ni kafir jahil terhadap Islam.

Dengan kafir, pandai pulak kau berakhlak dgn akhlak Islam dengan org Islam, tak reti pulak kau berakhlak dgn akhlak Islam.Malah dgn ustaz2 PAS, kau sgt biadap. Aku dgn ustaz2 PAS pun tak biadap mcm kao biadap.

Grand Marquis said...

Menanti orang UMNO berdebat dengan Gunasegaran adalah seperti menanti Rosmah turun 20 kilo berat badan. Atau ibarat menanti badar air boleh terbang.

UMNO secara lahiriahnya tidak pernah mengiktiraf intelektual. Kita lihat PAP di Singapura. Dalam masa 40 tahun pemerintahan mereka, universiti-universiti seperti NUS dan NU berjaya dinobat antara 100 universiti terbaik. Dan antara 10 universiti terbaik Asia. Tetapi dimana universiti2 Malaysia?..Tidak hairanlah anak Kardi yang dilantik naib censelor Universiti Sintok tidak tahu membezakan mana satu gas dan mana satu minyak. Hahaha.

Secara mauduknya, UMNO boleh diibaratkan sebagai gerombolan melayu primitif yang melihat pendidikan sebagai sesuatu yang tidak penting. UiTM menjadi universiti paling haprak dengan studentnya rata-rata fail dalam komunikasi. UiTM hanya mampu melahirkan Ibrahim Ali !..UUM penuh dengan professor pembodek. Lihat lah petikan kenyataan2 di akhbar-akhbar lendir seperti utusan dan berita harian, pasti kenyataan professor-proffesor UUM (yang mana Phd mereka boleh dipertikaikan) yang diambil.

OLeh itu, program berbentuk ilmiah memang tidak terdapat dalam kamus UMNO. Pada mereka, sesiapa yang berbeza pendapat harus dibunuh.

Gerombolan didalam UMNO adalah melayu-melayu sadis. Seks pada mereka adalah nombor wahid. Lihat lah AJK Gelugor yang meniduri lebih 10 wanita. Lihatlah MP Kinabatangan yang rakus meratah tubuh Zizie Ezzati. Pada mereka, seks, wang dan kuasa adalah yang paling atas. Ilmu, forum, debat boleh masuk tong sampah sahaja.

Satu lagi, jika bukan melayu mahu berbeza pendapat, awas. Leher2 mereka akan diburu untuk disembelih.

Najib pernah berkata akan menggunakan darah orang2 cina untuk membasahkan kerisnya.

Jika PM dan isteri gila darah, anjing2 nya pula pasti lebih dari itu.

Anonymous said...

alahai..
1.TB pun produk itm juga!!
2.Mat sabu!!
3.zaid ibrahim..
4.Ust.Nasharuddin!!
5.Hebat!hebat produk itm ni termasuk ibrahim ali!!
6.Sikardi uum!!ooohhhhhh!!!!

Serious Shepherd said...

Anon 1:12 PM said:

"3.masalah nya dalam konteks malaysia sekarang!!puak gunasegaram!puak pakiam!puak DAp!dan lain-laian puak bukan islam!

P. Guna menulis untuk The Star yang dimiliki MCA, bukannya Roket. Jadi tak pelik pun kalau Perkasa, Pewaris dsb tak buat demo tapi ajak orang PAS berdemo sekali dan berada di barisan hadapan. Lepas tu blah dan biarkan orang PAS mandi asid.

Saya menanti Institut KEFAHAMAN ISLAM Malaysia memberi KEFAHAMAN ISLAM yang sebenarnya terhadap orang bukan Islam macam P Guna ni.

Anonymous said...

alahai..
1.dalam bab agama!mic!hindu Dap!dan lain-lain hindu akan bersatu oii!!hangpa jee!ketegaq!
2.Sama lajuga mca!Dap!dan lain-lain puak cina!bab agama!depa akan bantu membantu!!hang saja yang buat bodooo!!
3.Pas dah berjaya ka ubah mindset puak Dap tentang undang-undang islam!
4.depa setujuka!dengan hukum hudud!

fahimi said...

puak-puak ameno ni marah betul bila PAS berbuat baik dgn DAP. sebab apa nak marah sgt ni? asyik kata PAS mementingkan kafir dari org seagama. PAS tak cakap mcm tu. Nik Aziz cakap, kalau ameno nak ikut Islam, buat semua secara Islam, Perlembagaan ikut Islam.. tidak perlu lagi ada PAS. PAS akan bubar secara sendiri.. maknanya.. PAS takkan memerangi org Islam yang buat ikut Islam. Yang dok kona . sana sini tu buat apa? kalau betul AMENO nak kat Islam.. buat je la apa yg PAS suruh tu.. so apa yg pening2 sgt?

Serious Shepherd said...

Ustaz P Guna dah tulis artikel mengecam hukuman sebat tapi The Star dah tarik balik artikel tu dan memohon maaf.

MCA melalui jurucakapnya Ustaz Gan Ping Sieu mengecam hukuman sebat tersebut. Kenyataan rasmi MCA masih belum ditarik balik lagi. Nak kena tunggu laporan polis ke?

Ustazah Marina Mahathir melalui blognya juga mengecam hukum sebat tersebut. Ada berani ka Perkasa buat laporan polis?

Ada tak DAP buat kenyataan mengecam hukum sebat? Sila bagi URL. Kalau xde, dah sah mereka dah ambil jalan 'Middle Malaysia' dan tidak lagi memperjuangkan sesuatu kaum sahaja serta bersatu padu dengan MCA.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Sifat Tulang besi, keras terhadap sesama Islam tapi lembut dgn Ronnie Liu, kafir2 yg hina Islam:


4. Keras Terhadap Kaum Muslimin

Sesungguhnya kaum Khawarij dikenal bengis dan kasar, mereka sangat keras dan bengis terhadap muslimin, bahkan kekasaran mereka telah sampai pada derajat sangat tercela, yaitu menghalalkan darah dan harta kaum muslimin serta kehormatannya, mereka juga membunuh dan menyebarkan ketakutan di tengah-tengah kaum muslimin. Adapun para musuh Islam murni dari kalangan penyembah berhala dan lainnya, mereka mengabaikan, membiarkan serta tidak menyakitinya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberitakan sifat mereka ini dalam sabdanya :

Artinya : ….. Membunuh pemeluk Islam dan membiarkan penyembah berhala …. .

Sejarah telah mencatat dalam lembaran-lembaran hitamnya tentang Khawarij berkenan dengan cara mereka ini. Di antara kejadian yang mengerikan adalah kisah sebagai berikut : Dalam perjalanannya, orang-orang Khawarij bertemu dengan Abdullah bin Khabab. Mereka bertanya : Apakah engkau pernah mendengar dari bapakmu suatu hadits yang dikatakan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ceritakanlah kepada kami tentangnya . Berkata : Ya, aku mendengar dari bapakku, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan tentang fitnah. Yang duduk ketika itu lebih baik dari pada yang berdiri, yang berdiri lebih baik dari pada yang berjalan, dan yang berjalan lebih baik dari yang berlari. Jika engkau menemukannya, hendaklah engkau menjadi hamba Allah yang terbunuh . Mereka berkata : Engkau mendengar hadits ini dari bapakmu dan memberitakannya dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ? . Beliau menjawab : Ya . Setelah mendengar jawaban tersebut, mereka mengajaknya ke hulu sungai, lalu memenggal lehernya, maka mengalirlah darahnya seolah-olah seperti tali terompah. Lalu mereka membelah perut budak wanitanya dan mengeluarkan isi perutnya, padahal ketika itu sedang hamil.

Kemudian mereka datang ke sebuah pohon kurma yang lebat buahnya di Nahrawan. Tiba-tiba jatuhlah buah kurma itu dan diambil salah seorang di antara mereka lalu ia masukkan ke dalam mulutnya. Berkatalah salah seorang di antara mereka : Engkau mengambil tanpa dasar hukum, dan tanpa harga . Akhirnya ia pun meludahkannya kembali dari mulutnya. Salah seorang yang lain mencabut pedangnya lalu mengayun-ayunkannya. Kemudian mereka melewati babi milik Ahlu Dzimmah, lalu ia penggal lehernya kemudian di seret moncongnya. Mereka berkata, Ini adalah kerusakan di muka bumi . Setelah mereka bertemu dengan pemilik babi itu maka mereka ganti harganya . .

Inilah sikap kaum Khawarij terhadap kaum muslimin dan orang-orang kafir. Keras, bengis, kasar terhadap kaum muslimin, tetapi lemah lembut dan membiarkan orang-orang kafir.

Anonymous said...

" Bagi saya mudah sahaja. Kalau pelabur takut undang-undang ini, baik mereka tarik pelaburan mereka yang berjumlah berbilllion-billion Dollar dari Saudi Arabia yang menjalankan hukum jenayah Syariah Islam secara 100%.
"

samalah dengan kes 50 MP australia tu...

Anonymous said...


samalah dengan kes 50 MP australia tu...
.

Tak sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.