Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, February 25, 2010

Laporan Perkembangan Aduan Kes Salah Laku: ”Hebatnya Ahli-Ahli PAS”

Dalam saya kena “dushum” kiri dan kanan dari penyokong “ulamak” dalam PAS di atas tindakan saya menegur pimpinan melalui blog dan membuat aduan salah laku, rupa2nya ada orang perati.

Dan, kerap saya diberitahu bahawa tindakan saya dan rakan-rakan menjatuhkan imej parti. Tapi, ada seorang peguam ni memberikan satu perspektif baru.
Almaklumlah, punya susah nak dapat peguam. Ada sorang peguam yang kita tanya tu, dia ni PKR. Dia siang-siang kata dia takut. Tapi, dia kata apa yang kitorang buat ni patut dipuji. Apa kita buat ni sebenarnya menaikkan imej ahli-ahli PAS itu sendiri.

Tindakan kami para bloggers ni memberi gambaran bahawa PAS itu sendiri parti yang sukar untuk dikorupsi kan kerana ahli-ahli PAS tidak akan mengizinkan PAS dikorupsikan. Rupanya, rakyat Malaysia sudah semakin matang dan dapat menilai.
Kalau rakyat Malaysia konfiden dengan imej ahli-ahli parti, ertinya peluang parti tersebut untuk mendapat sokongan rakyat adalah AMAATTTTT CERAAAAHHH.

Jadi, hancurlah pendapat yang mengatakan kononnya Tulang Besi ni perosak jemaah, pemecah belah jemaah, merosakkan imej PAS dsbnya. Rupanya tindakan Tulang Besi dan rakan-rakan Bloggers lebih menguatkan lagi imej PAS di mata rakyat.

Peguam tu kata, dia berharap ada orang-orang dalam PKR yang seberani macam kami ni. Selamat dan aman damai PKR. Saya nak cadangkan kepada peguam tu supaya pegi jumpa Wak Kerang Kota Damansara Cabang Subang. Dia tu lebih berani dari Tulang Besi dan ada track rekod meluruskan benda yang bengkok.

Dan Allah SWT telah jelas berfirman dalam AlQuran dalam banyak ayat bahawa apabila kita melakukan “Amar Makruf Nahi Mungkar” nescaya kita akan dimuliakan.

APASAL LA LAWYER2 PR NI HAMPEH

Berbalik pada topik asal, kami masih meneruskan usaha kami untuk mencari peguam yang sesuai dan tepat bagi kes ni. Peguam kat sana tu banyak, tapi takkan kita nak main ambik je. Takut-takut dapat peguam setaraf dengan Suwardi Yaakob, habis kita.
Dan, peguam2 yang kita kenali sebagai amanah dan berani serta kompeten semua dah jadi ahli PAS, PKR dan DAP. Bila kita minta wakili kita, semua angkat dua tangan. Semua guna perkataan yang sama: “takut”.

Heran saya. Ada peguam tu saya nampak sendiri dia kena angkat dengan FRU satu masa dulu. Tapi, dalam kes ni, dia buleh kata takut. Pening kepala memikirkan.
Jadi, saya minta beri kami masa lagi untuk mencari peguam. Peguam-peguam DAP pun “takut” nak wakili kami. Dengan SPRM korang semua berani bertekak, dgn polis korang berani maki, kes macam ni apasal korang takut??
Baik PKR, PAS, DAP semua guna perkataan sama, takut. Ada tu tambah lagi, “mati aku”. Ntah apa-apa ntah.

“Pes” time saya tengok, klient ada, kes ada, duit ada, peguam tak berani. Macam kata Mak Enon dalam filem “Keluarga 69”:
”Orang biasa duduk rumah sewa tak bayar berbulan-bulan. Ini, sewa bayar, orangnya takda. Hai, dunia, dunia.”.
Namun, sekiranya ada peguam-peguam di luar sana yang ada pengalaman dalam politik dan mahu menawarkan khidmat anda, di minta menghantar email kepada saya di malaysiawaves@rocketmail.com. Sumbangan saudara/ri amat kami hargai.

PERKEMBANGAN KES

Saya telah dipanggil oleh Khairul Pejabat Agung mewakili SU Agung, Cikgu Mustafa Ali, untuk berjumpa terus dengan beliau. Alhamdulillah, saya memang konfiden Cikgu Pa takkan tolak kes saya mentah-mentah sebab beliau ni kawan kepada arwah bapa saya.
Saya bagitau passport saya ada di imigresen dan akan keluar hanya minggu depan. Jadi, kalau boleh saya nak jumpa Cikgu Pa hari Sabtu depan.

Khairul kata dia akan contact saya balik. Inshaalah saya berharap di hari saya bersemuka dengan Cikgu Pa, saya akan bersama peguam yang saya telah lantik. Saya harap, by then, saya sudah ada peguam yang mewakili kes ini.

PELUANG UNTUK “OUT OF COURT SETTLEMENT”

Saya bercadang untuk menghantar salinan aduan saya kepada kesemua AJK PAS Pusat secara pribadi sebab mungkin AJK PAS Pusat yang akan bermesyuarat akan dapat membincangkan satu bentuk “Out of Court Settlement”.

Tujuannya supaya kes ini tidak diperpanjangkan dan meleret-leret. Mungkin JK Kerja PAS Pusat dapat membincangkan aduan saya ini dan membuat “plea bargain” kepada mereka yang saya adukan.

Perkara “plea bargain” ini amalan biasa dalam dunia undang-undang dan ia boleh membantu menyelamatkan masa dan menutup sesuatu kes itu dengan cepat.

Dalam mahkamah, “plea bargain” akan ditawarkan oleh Pendakwaraya kepada yang tertuduh. Biasanya “plea bargain” itu akan memberi hukuman yang lebih ringan berbanding kalau tertuduh didapati bersalah dengan proses mahkamah yang biasa.

Jadi, JK Disiplin tidak perlu bersidang lama cuma hanya sekali untuk memberikan penghakiman yang rasmi. Itu sahaja.

LAPORAN TABUNG GUAMAN

Jumlah Terkumpul setakat ini adalah RM10,330. Hebat sungguh penyokong-penyokong usaha ini. Saudara “anak” menyumbang RM10k. Tapi ada yang lain tu, walaupun tidak berwang, tapi masih sanggup mengeluarkan derma RM20, 50, 100. Masing-masing berkorban apa yang mampu. Semoga sumbangan saudara/ri sekelian dirahmati Allah SWT hendaknya.

















Doakan usaha kami berjaya, inshaalah. Lupakan apa-apa keraguan kerana apa yang dilakukan oleh kami, inshaalah, diberkati Allah SWT dan menjadikan imej PAS lebih harum dan murni.

Rakyat sekarang bukan bodoh lagi. Mereka tahu dalam setandan pisang, takkan semuanya baik. Ada yang buruk. Kalau ahli-ahli tunjuk pada rakyat yang mereka sanggup memotong pisang yang buruk, maka keyakinan rakyat pada parti itu akan bertambah.

Rahsia UMNO dapat bertahan lama satu masa dahulu adalah kerana ahli-ahli bebas mengkritik kepimpinan mereka. Sehingga, Tun Razak di dalam satu Perhimpunan Tahunan Pemuda pernah memberi ucapan mengingatkan Pemuda UMNO supaya jangan menjadi “pembangkang dalam kerajaan”. Tun Razak kata, tugas pembangkang sudah pun dipikul oleh parti-parti pembangkang.

Sikap keterbukaan UMNO itulah yang menjadikan ramai orang Melayu kekal menyokong UMNO sehinggalah naikknya Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty sebagai Presiden UMNO. Di bawah Dr Mahahtir, orang UMNO pun kena ISA i.e. Ibrahim Ali, Tajuddin Abdul Rahman dan Fahmi Pandan.

Apabila ahli-ahli UMNO semua jadi lembu cucuk hidung, maka otomatiklah orang Melayu jadi menyampah dengan mereka.

Saya berdoa usaha kami ini akan menambahkan lagi keyakinan rakyat dan orang Melayu terhadap PAS.

Tulang Besi

26 comments:

Anonymous said...

salam, TB . terus perjuangan ....katakan yg hak walaupun pahit demi agama islam... kalimah Allah swt... saya lihat dan dengar sejak myejak akhir zaman ni perangai perangai pemimpin2 pAS perangai dah macam UhhhMMNo ....mencari kekayyan dunia dan nama....cth di Selangor anak Pak Ali .... Hassan budak jaga lembu ....dah bercita cita nak jadi MB kerajaan Perpaduan ....Selangor... nampak nya dah jadi masuk angin kelabu asap.... back to zero... ini penipuan kepada pgundi pgundi dan grass root peringkat bawahan....teruskan menegur supaya PAS tidak hancur macam Uhhhmno nanti....SELAMAT BERJUANG 3 Takbik

semut said...

Jangan risau TB, kalau diperlukan banyak lagi sumbangan akan dapat dikumpulkan, insyaAllah - tapi kami, ahli-ahli PAS sejak tahun sembilan belas lapanpuluhan, ingin melihat progress dalam kes membersehkan PAS ini. Jika berjalan baik dan jika diperlukan kami akan menyumbang lagi dengan banyak, insyaAllah. RM10K atau RM20k bukan masaalah besar bagi kami, insyaAllah.

penyu teranung said...

doh tu, dok paham2 lagi sebab ape ramai peguam tak nak amik kes engko?

Monkey Code said...

Keep it up TB...don't look back just move forward..

"yang benar akan tetap benar, yang salah akan tetap salah...melainkan mereka bertaubat"...

To my muslim brothers in PAS(Melayu)....
"your believe, your life, your soul, your body and your actions are your own responsibility". @ “Kepercayaan anda, kehidupan anda, jiwa anda, tubuh anda, tindakkan anda adalah tanggung jawab anda sendiri”......
So, jangan salah kan orang lain sekira nya orang ramai tidak menyokong anda pada PRU 13 nanti.

Abu Abudurrahman said...

penyu teranung,

memmang penyu kamu ni! Kamu makan ikan atau makang ikang? Geng Perpaduang kot.

Anonymous said...

Baru aku sedar sekarang pemimpin PAS ni nk kan jawatan sebenarnya..Hanya PKR dan DAP sahaja yg berjuang bukan krn jawatan.. Patutlah MB Selangor beri kpd PAS, Ketua Menteri Penang pun PAS..Anwar pun elaunnya singgit je sebagai Penasihat Ekonomi Selangor..kalau ada no akaun banknya, nak juga aku derma..kesian zaman skrg sebulan seringgit, nk berak pun kena 30sen, mana cukup...Tak sangka rupanya DAP walaupun kafir tapi dia berakhlak mulia dan Prof Aziz Bari setuju cina kafir lebih baik jadi PM dpd Melayu Islam ni. Moga2..PM baru nanti akan mansuhkan Jabatan Agama Islam yg suka tangkap2 org ni dan TB dan penyokong2nya bolehlah beraya sakan dgn pelacur2 cina yg dihalalkan oleh PM baru.

Anonymous said...

Ramai juga komentar kata TB ni pejuang Islam yg tulin mengalahkan Tuan Guru Hj Hadi mahupun Tuan Guru Haron Din bahkan Tuan Guru Nik Aziz. Aku pun nk derma kt TB ni, TB buka akaun Maybank. Baru aku sedar Bank Maybank adalah bank yg paling Islamik di Malaysia mengalahkan Bank Islam mahupun tabung Haji. Baru aku tau Maybank tk beri pinjaman kpd syarikat arak mahupun syarikat judi sebab TB cukup anti dalam hal ini. Malah pengembala babi Cina pun gagal dapat pinjaman dari Maybank. Jadi kpd penyokong2 TB, keluarkan duit anda dari Bank Islam mahupun Tabung Haji, dan masukkan dalam akaun Maybank, cukup duit nanti nk pergi Haji, TB boleh uruskan, pejuang Islam yhg tulin gerenti amanah 100%, moga2 haji anda akan diterima sebagai HAJI MALBORO..

Anonymous said...

TB,
Sebagai ahli PAS biasa yang anti-Perpaduang,ana mengkagumi keberanian dan keikhlasan anta.Kalau nak harapkan pemimpin-pemimpin PAS,sama ada peringkat pusat mahu pun negeri,tak payahlah.Semua takut dengan Geng Perpaduang yang sekarang menguasai Ibu Pejabat PAS,diJalan Raja Laut.Ramai yang takut dan khuatir mereka tak akan terpilih jadi calun pada PRU ke13 nanti,mereka memilih "bisu" dari menegakkan keadilan.
Jangan sekali-kali anta gentar dan terpesong dengan celaan dan tomahan yang dibuat - anjing menyalak bukit,takkan bukit boleh runtuh.Nak tengok apa Mustafa Ali,S/U Agong Perpaduang akan buat dengan laporan-laporan yang telah anda hantar.Doa kami bersama anta TB.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
john labu said...

teruskan tb,

saya sentiasa yakin masih teramat ramai ahli-ahli pas yag hebat-hebat (tidak termasuk geng perpaduang la)

dibanding dgn umno parti rosak dan disokong oleh ahli ahli yg rosak, saya rasa pas adalah rahmat Allah dalam politik mysia.. dan tb adalah cth pejuang islam pas versi baru..

kpd geng perpaduan tu udah ler.. mcm kata tb rakyat msia makin matang.. jd komen2 anda yg rendah ilmu & akhlak tu akan merendahkan lagi martabat guru-guru yg hangpa dok puja tu..

Anonymous said...

John Labu kata :
dibanding dgn umno parti rosak dan disokong oleh ahli ahli yg rosak, saya rasa pas adalah rahmat Allah dalam politik mysia.. dan tb adalah cth pejuang islam pas versi baru

kpd geng perpaduan tu udah ler.. mcm kata tb rakyat msia makin matang.. jd komen2 anda yg rendah ilmu & akhlak tu akan merendahkan lagi martabat guru-guru yg hangpa dok puja tu..



John Labu...hang kalau nak mengulas..mesti merapu sangat..tak de pun analisis ilmiah hujah hang...Pas memang parti rahmat..sebab tu la TB tak de tempat dalam parti ini..setakat duk menyibuk kat pinggiran ok la..making decision tak leh bagi kat TB,John Labu dan konco2nya..itulah rahmat tuhan pada majoriti ahli pas...

Rakyat malaysia memang matang..yang mentahnya TB dan John Labu plus geng erdogan..apa jadi pada 16 sept..sekali lagi rahmat Allah....bukankah itu tandanya kematangan rakyat malaysia...percayalah..ahli pas akan tolak anda..rakyat malaysia pun akan tolak anda..kemujudan anda semata ingin memunuhi ruang demokrasi..dan kewujudan blog salah satu darinya..tanpa itu siapa la TB dan John Labu

Anonymous said...

Yes...tb..keep it up..
Pastikan PAS berkubor.!
Kamu la satu-satu nya anak melayu pejuang yang harus di hormati!
Jangan berhenti sebelom kuborkan PAS!
Berapa lagi kekurangan dari segi dana beritahu jer..nanti akan ada orang yg akan membantu..
Hancurkan PAS!
Parti yg melacurkan agama untuk kepentingan duniawi!

JAJAN

Anonymous said...

Jajan, apa ni kau doakan PAS berkubor..kau kata Pas lacurkan agama...ini modal UMNO cakap mcm ni..bukan TB berjuang utk PAS ke...? Habis nk harapkan siapa lagi pejuangkan Islam, UMNO, MIC, MCA, DAP, PKR?...Kalau kau ni orang Islam baik kau masuk mana2 jamaah..aku suggest jemaah Tabligh..pasal kau kena mula dari bawah..jaga solat baik2..lepas tu baru kau tahu kenapa orang Islam perlu jadi pejuang..

Anonymous said...

kami doa TB mudah2an usaha murni ini diberkati Allah, dimudahkanNya, dpt peguam, dpt selesai cara baik.

terima kasih kerana berusaha utk kebaikan parti demi sayangnya kpd parti, jgn pedulikan geng pro-UG yg cuba nak saiko konon usaha ini memecahbelahkan partilah, itulah inilah, kami ahli bahawan menyokong TB sepenuhnya!

Anonymous said...

Anon 9.47,
PAS perjuangkan Islam?
Jangan wat klako la, apa bukti PAS perjuangkan Islam kat M'sia ni?
Mana pergi hudud PAS? Apa yg telah PAS lakukan di Klantan yg bole di banggakn sebagai lambang perjuangan memartabtkan Islam ? Kalo dulu PAS bersendirian nk dirikan Negara Islam, berjuang utk agama leh la percaya, sampai saya pon terpedaya dan membenci sesama islam(umno), sekarang apa yg di lontarkan kepada umno , (caci , maki) semua perangai tu da ada dlm PAS, last sekali da leh sama peluk kapir harbi sama gak cam umno.
Mana pergi perjuangan?
Da gelap mata ngn kuasa..
Kerana kuasa tergadai segala impian untuk mendirikan sebuah negara islam..itu la PAS.

Ali Zaidan said...

Kau perasan je lebih TB. Apa yg kau buat ni sebenarnya menguntungkan PAS? Dan kau justifikasikan ia hanya melalui seorang peguam yg entah wujud entah tidak? Bagaimana pula dgn apa yg berlaku hari ini? Bila berlakunya krisis dan cubaan menjatuhkan kewibawaan pemimpin tertinggi? Itu yang kau kata menguatkan parti?

Ahli UMNO menyerang perbuatan salah Khairy dan Pak Lah pada penggal sebelum ni. Apakah rakyat terpesona dan mengundi UMNO selepas itu?

Gila singkat pemikiran kau ni.

Maka terbukti engkau ni blogger ntah hape hape.

Tulang Besi said...

Kau perasan je lebih TB. Apa yg kau buat ni sebenarnya menguntungkan PAS? Dan kau justifikasikan ia hanya melalui seorang peguam yg entah wujud entah tidak? Bagaimana pula dgn apa yg berlaku hari ini? Bila berlakunya krisis dan cubaan menjatuhkan kewibawaan pemimpin tertinggi? Itu yang kau kata menguatkan parti?.

Puak2 pro UG rasalah benda ni tak elok sebab diorang suka kepimpinan PAS sekarang yang pro UG.

Tapi rakyat umum tak rasa macam korang.

Dan pemimpin2 PAS sekarang telah jatuh kewibawaan mereka apabila mereka jumpa UMNO dalam gelap dan berbohong mengenainya.

Tak payah tunggu aku.

Ali Zaidan said...

Xpayah tunggu kau? Kau yang memulakan fitnah konon2 nak bawa masuk PAS dalam UMNO kan? Kau fitnah orang ini agen UMNO orang itu agen UMNO? Jumpa Pak Lah pun kau nak kata agen UMNO? Abih, DSAI jumpa Wolfowitz tu kau nak kata agen Yahudi la??

Poodah TB. Kantoi!!!

Tulang Besi said...

Xpayah tunggu kau? Kau yang memulakan fitnah konon2 nak bawa masuk PAS dalam UMNO kan? Kau fitnah orang ini agen UMNO orang itu agen UMNO? Jumpa Pak Lah pun kau nak kata agen UMNO? Abih, DSAI jumpa Wolfowitz tu kau nak kata agen Yahudi la??

Poodah TB. Kantoi!!!
.

Bila aku kata? Kau mimpi ke?

Tulang Besi said...

Ali Zaidan,
Bukan puak engkorang yang tuduh Aziz BAri agen UMNO?

Sendiri mahu ingat lah

Ali Zaidan said...

Aku tak dak puak2. Kau je yg main puak2 ni. Jemaah aku PAS itu jelas. Kau je yg bezakan pemimpin ini itu. Attack pemimpin ini itu. Yang kritik tu Us Nasarudin. Dia dh bagi penjelasan sbb apa dia kata gitu. Setuju tak setuju aku tak peduli. Tu hal kau dgn dia.

Eh tak nak ngaku pulak kau ada tuduh pemimpin itu ini agen UMNO? Tak nak ngaku pulak klau tak tuduh pemimpin ini itu sebagai fraksi umno?

Padahal kau ada sebut:

Namun beliau berada di bawah kekuasaan tokoh Fraksi UMNO yang baru dilantik ke jawatan strategik dalam Dewan Harian PAS.

Gila la, kau ni ada penyakit nyanyuk ke TB?

Anonymous said...

TB, Aku orang biasa tapi aku tahu hukum makan rasuah dpd pemimpin UMNO adlh berdosa dan berdosa juga makan rasuah dpd PKR mahupun DAP. Cuma aku nk tanya Tuan Guru TB, apakah hukumnya jika seseorang itu nk makan nasi ayam di rumah pemimpin UMNO dan apakah hukumnya jika kita nk makan babi masak soup sour di rumah pemimpin seorang DAP? Yang mana halal dan yang mana haram? Sebagai pejuang Islam yang tulin tidak spt Dr. Haron Din, saya rasa tentu TB pilih lebih baik ke rumah pemimpin DAP sebab babi pun soodappp!!

Anonymous said...

TB, aku yg kata makan babi pun soodaapp tadi..aku tak puas hati kt hang pasal hg dok attack pemimpin ulama dlm PAS...hg nk cuma tinggal lembu dan kerbau saja dlm PAS, senang nk cucuk idung..aku pun tak tau dgn siapa hg berguru..dan aku tak percaya hg berguru dgn TG Nik Aziz..sebab aku kenal TG Nik Aziz, cuma Tuan Guru kurang terdedah dgn permainan politik musuh..sebab ada orang pasang bodyguard sekeliling tok guru agar ulama lain gagal mendampingi Tuan Guru, apapun syukur, alhmadulillah, benteng musuh yg memagari rumah Tok Guru sudah reput dan menunggu masa utk runtuh.

Tulang Besi said...

tokoh Fraksi UMNO yang baru dilantik ke jawatan strategik dalam Dewan Harian PAS..

Aku cakap FRAKSI UMNO bukan AGEN UMNO.

Kau ni reti baca ke tidak?

Ali Zaidan said...

Kau tak baca soalan aku?

Eh tak nak ngaku pulak kau ada tuduh pemimpin itu ini agen UMNO? Tak nak ngaku pulak klau tak tuduh pemimpin ini itu sebagai fraksi umno?

Fraksi dengan agen ni lebih kurang je maksudnya. Apa maksud Fraksi yg kau faham?

Anonymous said...

TB, short form memang tepat sekali hg ada penyakit TB...hg ni memang perosak macan Dajalllll. Lidah bercabang lebih dari ular....orang macam hg ni patut dihukum sulur dengan batang kayu.....kalau jumpa TB dgn ular..jahanamkan TB dulu..perosak,penipu..raja fitnah..pemecah belah..pembohong..inilah syaitan\iblis yang betopengkan manusia yg menggunakan peralatan dajall (internet) utk merosakan manusia..konon pejuang ISLAM tapi yang sebenarnya DAJALLL...Syaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.