Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 9, 2010

Melayu yang Terpinggir di Pulau Pinang Hanyalah Kontraktor UMNO yang Tamak

NOTA EDITOR:Begitu juga di Selangor. Kontraktor2 UMNO yang tamak ini sering “masuk” dengan harga yang tinggi menyebabkan mereka terkeluar dari penilaian. Ini kerana dahulu di waktu BN memerintah, mereka biasa dengan harga yang tinggi ini. Tapi, di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, harga yang mereka biasa itu adalah menjadi terlampau mahal.

Kesanya adalah kontraktor-kontraktor yang dahulunya terpinggir, sekarang mampu mendapat kontrak dan projek dengan kerajaan negeri. Orang tengah telah dibuang dan dihapuskan.
Kontraktor2 inilah yang sebenarnya menggunakan Dewan-dewan Perniagaan Melayu untuk berdemonstrasi. Hakikatnya, kontraktor-kontraktor UMNO ini berdemonstrasi kerana mahukan cara lama yakni dapat kontrak secara mudah dan dengan harga yang melambung tinggi.

Dan, mengikut kenyataan Lim Guan Eng yang lain, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Penang, Rizal Faris Mohideen, pada 2008 adalah ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Sepanjang tahun 2008, beliau tidak pernah menghadiri mesyuarat Majlis. Sepatutnya si Rizal Faris Mohideen ni kena bayar balik elaun yang dibayar kepada beliau sepanjang 2008.
Kesimpulannya, demo yang berlaku di Penang baru2 ini serta fitnah yang kononnya Melayu terpinggir adalah tindakan desperado kontraktor2 UMNO yang sudah kehabisan wang dan projek. Kalau dulu wang amat mudah didapati, sekarang ini terbatas. Zaman dapat projek dan “mark-up” 3 hingga 4 kali ganda sudah berakhir. Zaman sekarang adalah zaman “tender terbuka” dan hanya yang layak sahaja yang akan dapt kontrak.

Pada Melayu Penang, saya nasihatkan buang sahaja si Rizal ini ke Selat Melaka. Mamat ni bukan berjuang untuk kepentingan Melayu. Mamat ni bukan melayu pun, sebab dia geng 786. Kalau dia ni betul-betul berjuang untuk MElayu sudah tentu dia akan menyokong sistem tender terbuka anjuran Kerajaan Pulau Pinang ini.
Tulang Besi

Hanya kontraktor kroni BN yang tamak sahaja terpinggir –Lim
Ali Hashim
GEORGETOWN, 9 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa beliau meminggirkan orang Melayu terutamanya dalam mendapatkan kontrak daripada Kerajaan Negeri.
Menurut beliau lagi dakwaan yang dibuat itu adalah tidak benar serta merupakan usaha Umno dan Barisan Nasional(BN) untuk memfitnah beliau sebagai tindakan mereka untuk memperbesarkan isu perkauman di negeri ini.

"Sebenarnya orang Melayu di Pulau Pinang tidak dipinggirkan, sebaliknya yang dipinggirkan adalah kroni Umno dan BN yang tamak. Oleh kerana itu masyarakat diharap tidak terjerat dengan mainan isu oleh Umno dan BN ini.

"Kerajaan negeri tidak melaksanakan amalan diskriminasi sepertimana yang telah diamalkan oleh Umno dan BN. Dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) semua kontraktor yang mempunyai kredibiliti dan berpotensi akan diberi peluang tanpa mengira kaum, malah terdapat juga kontraktor BN yang berkebolehan turut diberi peluang yang sama,"katanya lagi.

Lim juga menyatakan tindakan ini telah membuktikan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tidak mengamalkan sikap diskriminasi seperti yang didakwa.

"Kita yakin dengan cara tender terbuka secara tidak langsung ianya dapat memartabatkan para kontraktor yang berkebolehan serta tidak mengharapkan kepada saluran lain yang sering menjadi amalan semasa pemerintahan BN terdahulu.

Dalam wawancaranya dengan Harakahdaily sebelum ini, Lim memberitahu, kalau sebelum ini para kroni Umno menggunakan kebel politik untuk mendapatkan kontrak, kini semua pihak yang perlukan kontrak kerajaan perlukan kebel komputer sahaja.

Ini kerana, kebanyak tender dikeluarkan melalui komputer dan kontraktor hanya memerlukan kebel komputer sahaja untuk mendapatkan kontrak itu.

"Semasa kita mentadbir mereka yang terpilih adalah mereka yang mempunyai kebolehan dan berdasarkan kepada harga yang mereka berikan. Tidak menggunakan saluran yang salah. Namun begitu sebelum kita mentadbir kontraktor dahulu sukar untuk mendapat tender kerana terpaksa menggunakan kabel politik. Inilah yang berlaku pada zaman pemerintahan BN."

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Komtar sebagai mengulas dakwaan yang telah dibuat oleh Umno dan BN dalam isu yang mendakwa Kerajaan Negeri meminggirkan orang Melayu dalam pemberian tender Kerajaan Negeri.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Dr.Mansor Othman.






9 comments:

Anonymous said...

..alahai!!
1.kes nizar!!hidup puak islam dan melayu islam perak!!!!!
2.Tuan TB check sat!jumlah sebenaq nilai kontrak yang dapat kat puak cina peneng!pi check kat guan eng!!
3.Dok kena tipu memanjanggg!!memangla jumlah majoriti projek dapat kata orang melayu!!Nilai sebenaq berapa!!

Tulang Besi said...

Kalau UMNO konfiden menang pilihanraya kecil di Perak, mesti Nizar dah menang.

Sebatang kara said...

Kalo betui LGE manyak bagi kontrak kat Cina pun, takpala tak hipokrit sangat. UBN bagi banyak kat melayu pun(kroni UMNO) banyak yang Ali Baba, lagi pulak hampir 80% tiris kat bukan melayu. Yang tu lagi haprak namanya.

Sedih said...

Ish... sedih aku. Nizar kalah. Ambil MC hari ini. Mental aku cedera parah.

Anonymous said...

DIA tu masih tido kot....klu dah kalah tu terima la...tak payah nak merayu lg...ini lah klu dok jadi kuda DAP...TERPAKSA IKUT..

Anonymous said...

Mohd Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis berhubung mesej ugutan bunuh terhadapnya di laman peminat facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Saiful membuat laporan polis itu di ibupejabat polis Sentul tengahari ini.


Menurut laporannya itu, Mohd Saiful berkata dia menerima satu emel yang tidak dikenali semalam, yang memaklumkan kepadanya mengenai mesej ancaman bunuh itu beserta salinan skrinnya.

Dia turut mengemukakan salinan skrin itu untuk rujukan polis.

Mohd Saiful kemudiannya bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani oleh peguamnya selepas membuat laporan polis itu.

"Ini adalah satu ancaman bunuh ke atas diri saya dan ini adalah suatu ancaman yg serius.


"Saya bimbangkan keselamatan diri saya dan keluarga," katanya.

wakakakakakakak

Grand Marquis said...

Terbukti demonstrasi SEDAQ hanya untuk membangkit kemarahan melayu bagi memburu leher-leher orang cina. Ini bermaksud SEDAQ sebenarnya bertujuan untuk mewujudkan persengketaan kaum yang serius di Pulau Pinang. Kenapa dan apa tujuannya?

Pertama : Hanya isu perkauman sahaja yang mampu mengembalikan sokongan orang melayu di seluruh negara.

Kedua : Umum mengetahu Perdana Menteri kita bukanlah orang yang bijak. Sepanjang pemerintahannya, hanya slogan 1Malaysia yang boleh dianggap hot. Selain dari itu, Najib hanya membuat banyak kontroversi sahaja. Contohnya mudah. Isu Altantuya adalah kontroversi paling panas dibuat oleh Najib. Isu jet hilang juga kontroversi Najib sewaktu menjawat jawatan Menteri Pertahanan. Isu PKFZ juga kontroversi yang agak panas. Isu kematian Teoh Beng Hock membuktikan Najib dan Rosmah adalah pasangan yang menganggap nyawa rakyat Malaysia ini seperti anjing adanya. Jika anda melawan pasangan Najib-Rosmah, anda bakal berhadapan dengan kematian !

Ketiga : Isu di penang sebenarnya dibuat untuk membolehkan DAP dipisahkan dari Malaysia sama seperti isu PAP di Singapura dekad 1960an. Ini adalah strategi UMNO untuk melenyapkan negeri-negeri Melayu di mata dunia. Andaikata DAP dipisahkan dari Malaysia dan Penang diberi kepada DAP, percayalah UMNO akan membenarkan parti cauvinis lain ditubuhkan dan parti ini akan membawa watak tak jauh beza dengan PAP dengan DAP. Tujuannya agar sentimen anti cina dimainkan semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

Cina Malaysian said...

"Tahniah" kepada Melayu Penang yang terdapat kontrak kerana kelayakan sendiri !!!! STAND TALL and be proud of yourself.

Anonymous said...

Kita tak peduli lebih 60% kontrak bagi kpd melayu, yg penting berapakah % kontrak bagi melayu umno.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.