Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 23, 2010

Mengapa Kaedah Menegur Ikut Saluran Dalam PAS Sudah Tidak Berkesan Lagi

Dato Tuan Ibrahim sering mengeluarkan kenyataan menyuruh ahli-ahli mengikut saluran sekiranya mahu menegur dan membetulkan parti. Di bawah saya ingin membawa bukti mengapa saranan Tuan Ibrahim sudah tidak berkesan lagi.
Saya dapat satu komen dalam blog saya:
“"June 6, 2009 9:02 AM
Afyan said...
PAS adalah parti yang paling kuat dalam PR.
Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.
Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya.
Ini yang dapat dikesan oleh para ulama.
Dan berlakulah pertembungan sebagaimana yang berlaku pada hari ini."
.

Yang tulis komen ni nama dia Afyan Mat Rawi. Dia ni Ketua Penerangan Pemuda Gombak. Dia tulis komen ni dalam blog saya untuk semua orang membacanya. Banyak lagi fitnah si Afyan ni saya boleh dedah tapi cukuplah satu ni dulu.

Sampai hari ni Afyan Mat Rawi ni tak bawa satu bukti pun. Beliau percaya fitnah ni bulat-bulat tanpa membuat walaupun sedikit pengkajian. Bukan setakat itu, beliau menyebar fitnah jahat dan jijik seperti ini kepada sesiapa sahaja yang beliau dapat. Dan bukan beliau seorang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah jahat dan jijik ini.

Fitnah ini disebar di majlis2 PAS, usrah2, perjumpaan2 dalaman dsbnya. Apabila ada ahli dan penyokong yang menggunakan saluran dalaman, maka akan wujud kumpulan seperti Afyan Mat Rawi ini yang akan ke hulu ke hilir memfitnah mereka yang ikhlas ini.

Ertinya kaedah menegur dari dalam sudah tidak berkesan dalam PAS lagi. Apa yang dipanggil “akhlak jemaah” tidak wujud lagi apabila kumpulan seperti Afyan ini dibiarkan berleluasa dalam PAS. Dan mereka ini mendapat sokongan dari para “ulama” dalam PAS. Dengan kata lain, mereka seperti maksum dan bebas berkata apa sahaja. Saya pun pelik, apa guna si Afyan ni belajar sampai ke UIA tapi akal yang Allah SWT beri dia tidak mahu guna.

(Kadang2 saya terfikir. Mereka yang menyebar fitnah seperti ini, tidak takutkan mereka dengan pembalasan Allah SWT? Mereka ni benar2 faham akidah Islam atau tidak? Ataupun mereka dengan sengaja menukar akidah mereka kepada akidah lain?)

FITNAH DIGUNA MENUTUP TINDAKAN KHIANAT

Fitnah ini disebar bagi menutup hakikat yang sebenar, yakni wujud usaha untuk membawa PAS kepada UMNO seperti yang didedahkan oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa di bawah:

“Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam. Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO.”.

Mereka sedar tak, orang yang mereka fitnah ni, dah aktif dalam PAS masa mereka ni masih terkencing dan terberak dalam lampin lagi. Khalid Samad tu bukan setakat aktif dalam PAS sejak dulu, tapi pernah merengkok dalam ISA. Sanggup korbankan kerja yang gaji beribu-ribu demi memenuhi kehendak parti. Husam Musa masuk PAS sejak 1982 dan menghadiri Muktamar PAS yang telah mengambil usul kepimpinan ulama di Dewan Bahasa Pustaka.

Tiba-tiba mereka boleh gelarkan Husam dan Khalid sebagai proksi Anwar? Hebat sangat perjuangan korang ni sampai boleh fitnah orang sebegitu sekali?
Mereka tidak sedar mereka dipergunakan oleh puak2 dalam PAS yang kemaruk nak duduk sekelambu dengan UMNO. Mereka sanggup menghambakan diri mereka dengan menyebarkan fitnah yang jahat seperti ini kepada semua yang mereka jumpa. Mereka seperti tidak lagi takut pada dosa dan perhitungan di akhiray.

Pernyataan Ustaz Nasa membuktikan:
a. Tiada konspirasi geng Anwar dalam PAS
b. Anwar tidak cemburu pada PAS
c. Tentangan kepada geng UG adalah atas tindakan mereka berjumpa dengan UMNO dalam gelap
d. Tindakan tersebut bukan sebab mereka mahu mengikut telunjuk Anwar.

Begitu jijik fitnah yang mereka taburkan demi melindungi perbuatan mereka yang kotor dan mual itu. Mereka tiada perasaan malu dan mencipta fitnah demi menjayakan konspirasi mereka yang jijik itu. Mereka tidak hirau PAS dan parti berpecah. Yang penting hubungan UMNO dan PAS dijalin.

Tulang Besi

112 comments:

Sebatang kara said...

TB cakap:

Pernyataan Ustaz Nasa membuktikan:
a. Tiada konspirasi geng Anwar dalam PAS
b. Anwar tidak cemburu pada PAS
c. Tentangan kepada geng UG adalah atas tindakan mereka berjumpa dengan UMNO dalam gelap
d. Tindakan tersebut bukan sebab mereka mahu mengikut telunjuk Anwar.

Belum nih TB hempuq dan hentam Ustaz Nasa gila-gila tapi kenyataan Ustaz Nasa jugak TB ambil untuk menyokong ulasan TB.

Muka tak tahu malu.

Anonymous said...

alahai..
1.Baru je nak copy dan paste kenyataan yang diguna oleh TB tentang pandangan us.naza..sebatang kara dan buat!!sama ideala pulakk!!
2.Itulah kerja manusia yang tak mempunyai prinsip seperti TB!!akan gunakan apa saja !!untuk menyokong pandangan dia!!tak kira dari pihak lawan atau kawan!!
3.Macam kalpal singh jugak!hari tu!!kata kat anuar macam-macam!!lani jadi ketua pembela anuar pulak!!boleh percaya ka!!
4.Kalpal singh biak pi la kat dia!!dia kapiaq harbi!!TB ni!!
5.Hangpa pikiaqla sendiri!!malu aku!!jauh sekali nak jadi atau istihar diri sebagai pejuang islam!!

Anonymous said...

cuba la TB bersih kan hati tu sikit.. jangan pikir yng tak baik je.... cuba pikir pula yang Ustaz Naza tu ikhlas demi agama & bangsa. Apsal keras hati sangat ni...

Tulang Besi said...

Belum nih TB hempuq dan hentam Ustaz Nasa gila-gila tapi kenyataan Ustaz Nasa jugak TB ambil untuk menyokong ulasan TB.

Muka tak tahu malu.
.

Kahkahkah Sebatang Kara,
Aku dah suspek, jiwa kau ni UMNO. Kau memang kemaruk nak join dgn UMNO. Kao mengaku PAS tapi kao sebenarnya UMNO.
Sebab tu bila cybertrooper UMNO tu serang aku, kao suruh aku jawab. Kao membantu kerja-kerja UMNO.
Kata2 Ustaz nasa ni SATU PENGAKUAN dari beliau. Ada paham tak?

Tulang Besi said...

alahai..
1.Baru je nak copy dan paste kenyataan yang diguna oleh TB tentang pandangan us.naza..sebatang kara dan buat!!sama ideala pulakk!!
2.Itulah kerja manusia yang tak mempunyai prinsip seperti TB!!akan gunakan apa saja !!untuk menyokong pandangan dia!!tak kira dari pihak lawan atau kawan!!
.

Bercakap dengan UMNO dalam gelap tu berprinsip sangat lah?

Tulang Besi said...

cuba la TB bersih kan hati tu sikit.. jangan pikir yng tak baik je.... cuba pikir pula yang Ustaz Naza tu ikhlas demi agama & bangsa. Apsal keras hati sangat ni....

Kao ni terror nya buleh tengok hati orang. Setau aku Tuhan sahaja yang boleh tengok hati orang. Syaitan pun tak boleh tengok hati orang.

Sebatang kara said...

TB cakap:

Belum nih TB hempuq dan hentam Ustaz Nasa gila-gila tapi kenyataan Ustaz Nasa jugak TB ambil untuk menyokong ulasan TB.

Muka tak tahu malu..

Kahkahkah Sebatang Kara,
Aku dah suspek, jiwa kau ni UMNO. Kau memang kemaruk nak join dgn UMNO. Kao mengaku PAS tapi kao sebenarnya UMNO.
Sebab tu bila cybertrooper UMNO tu serang aku, kao suruh aku jawab. Kao membantu kerja-kerja UMNO.
Kata2 Ustaz nasa ni SATU PENGAKUAN dari beliau. Ada paham tak?

February 23, 2010 10:38 AM

Bila orang cakap TB kaki tabuq fitnah TB marah, bila TB tuduh saya oghang UMNO, TB ada bukti ka. TB kang selalu mintak bukti bila berhujah ngan TB. Tapi banyak hujah TB sendiri pung yang TB sendiri takleh nak sokong. Bila TB takleh nak jawab TB bukakla artikel lain.

Sebatang kara said...

TB habaq:

Kao ni terror nya buleh tengok hati orang. Setau aku Tuhan sahaja yang boleh tengok hati orang. Syaitan pun tak boleh tengok hati orang.

Tapi TB boleh pulak tengok hati oghang?

Anonymous said...

alahai..
1.Sebatang kara bukan berjiwa umno!!
2.Dia berjiwa melayu dan islam!
3.Nak lihat oghang melayu dan islam bersatu!!
4.Tak mau lihat malaysia "hilang " macam singapura atau pulau pinang!!
5.Firasat aku la!!betui tak betuii!terpulang pada sebatang kara!!
6.Kalau ngaji sampai master!!dok kena cucuk idung dengan Tb buat apa!!
7.Biasanya oghang yang ghaji master dan phd!kritis!tak jumud!!
8.tak taula kot sebatang kara ni!!ngaji sampai mastertapi sijil master yang belii jee!! bukan kerana ilmu!!

Sebatang kara said...

Malam tadi pi dengaq kuliah kat Surau dekat umah, Ustaz tu bagi nasihat ikhlas untuk semua. Oleh itu saya kongsi untuk semualah tak kiralah Tuan TB ka, Pro-PR ka, Pro-UG ka, Pro-UMNO ka, cybertrooper ka, takdak parti ka, atas pagaq ka.

Nasihat beliau cukup simple:

Jagalah mulut,

Banyak cakap, banyaklah silapnya.
Banyak silap, banyaklah dosanya.

Cuma saya nak modified sikit nasihat beliau:

Jagalah tangan,

Banyak tulis, banyaklah silapnya.
Banyak silap, banyaklah dosanya.

Sama-samalah kita ambil ikhtibar darinya.

Sebatang kara said...

Anon cakap:

alahai..
1.Sebatang kara bukan berjiwa umno!!
2.Dia berjiwa melayu dan islam!
3.Nak lihat oghang melayu dan islam bersatu!!
4.Tak mau lihat malaysia "hilang " macam singapura atau pulau pinang!!
5.Firasat aku la!!betui tak betuii!terpulang pada sebatang kara!!
6.Kalau ngaji sampai master!!dok kena cucuk idung dengan Tb buat apa!!
7.Biasanya oghang yang ghaji master dan phd!kritis!tak jumud!!
8.tak taula kot sebatang kara ni!!ngaji sampai mastertapi sijil master yang belii jee!! bukan kerana ilmu!!

February 23, 2010 10:51 AM

Itu adalah satu contoh cakap yang sia-sia dari anon.

Anonymous said...

Salam TB,

MasyaAllah, mengucap panjang tengok orang macam TB ni tidak suka tengok umat Islam bersatu.

Andai kata PAS bersatu dengan UMNO bukankah umat Islam di Malaysia ini akan jadi kuat? TB ni orang Islam ke yang benci melihat bangsa Islam bersatu sesama Islam?

Kalau UMNO itu tidak seIslam mcm PAS, bila bergabung nanti PAS tarbiyah la puak UMNO ni supaya menerima konsep Islam sepenuhnya.

TB ni cakap pasal Islam berapi-api tapi hari-hari menabur fitnah, setiap artikel selitkan dengan nas dan qias untuk menyokong hujah fitnah TB tu. Manusia munafik betul la kamu ini TB.

Cuba saudara yang ada disini fikir manusia jenis apakah TB ini yang tidak suka melihat kaum yang sebangsa dan seagama beliau bersatu.

Berkobar-kobar cakap pasal Islam tapi habuk pun tarak TB ni. Kesian aku tengok ko ni, ko kalau pandai sangat daftarkan diri bertanding sebagai MP lepas tu betulkan yang mana tidak betul bagi ko.

Dasar manusia munafik!

Sebatang kara said...

Anon cakap lagi:

alahai..
1.Sebatang kara bukan berjiwa umno!!
2.Dia berjiwa melayu dan islam!
3.Nak lihat oghang melayu dan islam bersatu!!
4.Tak mau lihat malaysia "hilang " macam singapura atau pulau pinang!!
5.Firasat aku la!!betui tak betuii!terpulang pada sebatang kara!!

Takdak oghang Islam lain nak tengok oghang Islam berpecah kat Malaysia ni anon woiii. Yang adanya hasad dengki sesama ummat banyakla.

Tulang Besi said...

Bila orang cakap TB kaki tabuq fitnah TB marah, bila TB tuduh saya oghang UMNO, TB ada bukti ka. TB kang selalu mintak bukti bila berhujah ngan TB. Tapi banyak hujah TB sendiri pung yang TB sendiri takleh nak sokong. Bila TB takleh nak jawab TB bukakla artikel lain..
Buktinya apabila cybertrooper UMNO yang jahat dan kaki fitnah tu serang aku, seorang ahli PAS, kao pegi sokong si Cybertrooper dan suruh aku jawab fitnah tu.
Kalau hati kau PAS, kao akan maki si cybertrooper tu, minta bukti dari dia.
Nak bukti lagi ka?

Tulang Besi said...

4.Tak mau lihat malaysia "hilang " macam singapura atau pulau pinang!!
.

Singapura dan Penang hilang sewaktu pemerintahan di bawah UMNO

Tulang Besi said...

MasyaAllah, mengucap panjang tengok orang macam TB ni tidak suka tengok umat Islam bersatu.

Andai kata PAS bersatu dengan UMNO bukankah umat Islam di Malaysia ini akan jadi kuat? TB ni orang Islam ke yang benci melihat bangsa Islam bersatu sesama Islam?
.

Aikk dulu bukan dah bersatu ke? Sapa yang tendang PAS macam kucing?

Tulang Besi said...

Jagalah tangan,

Banyak tulis, banyaklah silapnya.
Banyak silap, banyaklah dosanya.

Sama-samalah kita ambil ikhtibar darinya.
.

Kao kena ikut nasihat tu dulu SK, baru aku ikut.

Sebatang kara said...

Anon jugak yang cakap:

Andai kata PAS bersatu dengan UMNO bukankah umat Islam di Malaysia ini akan jadi kuat? TB ni orang Islam ke yang benci melihat bangsa Islam bersatu sesama Islam?

Kalau UMNO itu tidak seIslam mcm PAS, bila bergabung nanti PAS tarbiyah la puak UMNO ni supaya menerima konsep Islam sepenuhnya.

Pendapat En. Anon itu boleh diumpamakan seperti masuk ke lubang najis untuk membersihkan naijs di dalamnya. Akhirnya diri sendiri yang terpalit najisnya. Sudah ramai yang mencubanya anon, tapi tewas juga akhirnya. Contoh paling ketara sekali adalah DSAI.

Sebatang kara said...

TB habaq,

Buktinya apabila cybertrooper UMNO yang jahat dan kaki fitnah tu serang aku, seorang ahli PAS, kao pegi sokong si Cybertrooper dan suruh aku jawab fitnah tu.
Kalau hati kau PAS, kao akan maki si cybertrooper tu, minta bukti dari dia.
Nak bukti lagi ka?

Macam saya cakap sebelum nih, saya tak tahu yang mana satu pro-UMNO ka atau pro-PAS ka atau cybertrooper. Cybertrooper pun saya tak tahu maksud dia apa. Boleh TB terangkan kat saya apa maksud cybertrooper tuu.

Juga saya nak ulangi lagi prinsip saya, yang putih saya kata putih dan yang hitam saya kata hitam.

Sebatang kara said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

yeap..pereaaan iri hati is the root cause of PAS's problems..

Anonymous said...

lot's of leaders r born with narcotics flowing in their system..and as a result,they constantly hallucinate..UMNo thinks,by they r aryan party,and have every right to berak n kincing on others,and every1 must bow down kow tow at them..and in PAS lot's of serban kopiah like to berbuih buih about kehebatan islam melayu..they think they r the chosen ones n ever1 must bow down kow tow ,kiss their hands n feet..the sad fact is both of these types r fit for tanjung rambutans..

Tulang Besi said...

Macam saya cakap sebelum nih, saya tak tahu yang mana satu pro-UMNO ka atau pro-PAS ka atau cybertrooper. Cybertrooper pun saya tak tahu maksud dia apa. Boleh TB terangkan kat saya apa maksud cybertrooper tuu.

Juga saya nak ulangi lagi prinsip saya, yang putih saya kata putih dan yang hitam saya kata hitam.
.

Ini semua alasan dangkal. Alasan takda asas. Takda orang dlm Mwaves ni tak dapat beza komen dari Cybertrooper UMNO dgn yang tidak UMNO. Orang yang baik takkan serang probadi. Hang terus terima cakap orang2 jahat ni.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

kau define sikit apa maksud cybertrooper UMNO ni?

Aku ni UMNO tak bayaq,UMNO tak train, UMNO tak suruh pun aku lawan hang. Aku ni cybertrooper UMNO ke?

Khalid samad walaupun tak pernah bai'ah amir irc, tapi dia buat kerja2 "cybertroop" IRC dalam PAS, maka wajarlah dia kena bedal dgn geng tarbiyyah tulen PAS.

Ini bukan fitnah jahat, Gerakan islam, sejarah dan pengalaman dari bekas pengikut IRC merupakan saksi.

Anonymous said...

MasyaAllah, mengucap panjang tengok orang macam TB ni tidak suka tengok umat Islam bersatu.

Andai kata PAS bersatu dengan UMNO bukankah umat Islam di Malaysia ini akan jadi kuat? TB ni orang Islam ke yang benci melihat bangsa Islam bersatu sesama Islam?.

TB Cakap - Aikk dulu bukan dah bersatu ke? Sapa yang tendang PAS macam kucing?

Jadi sekarang perjuangan PAS berdasarkan dendam semata-mata ke TB?

Usah pedulikan umat Islam berpecah belah sekalipun asalkan jejuak UMNO dapat dhapuskan. Begitu ke TB?

Saya rasa kalau berjayalah kerajaan perpaduan yang diungkapkan sebelum ini, tidak mustahil bangsa Melayu Islam kat Malaysia ini akan jadi kuat malah DAP pun kecut telor.

Tapi sayang disebabkan perbezaan ideologi yang sempit PAS rela melihat perpecahan berlaku di kalangan umat Islam.

Betullah orang cakap PAS dulu tidak sama dengan PAS sekarang, malah PAS sekarang pun ada budaya cantas mencantas macam yang berlaku dalam UMNO, jadi sekarang apa bezanya PAS dengan UMNO?

Contoh mudah TB sendiri beria-ia menghentam TGHH malah menyanjung tinggi Khalid gereja dalam setiap artikel TB, ini budaya mana? kalau bukan budaya UMNO?

Yang sekepala je dia sokong dan puji melambung, yang tidak sekepala sahaja di hentamnya bagai tk cukup tanah TGHH nak lari.

TGHH tu tinggi mane ilmu agama beliau jika hendak dibandingkan dengan Khalid Samad tu.?

Sekarang kita tengok PAS dengan UMNO tiada beza pun yang bezanya orang PAS berkopiah dan berserban. orang UMNO bertali leher, tapi dari segi perjuangan dua dua parti ini dh lari dari matlamat asal.

Tapi kita sebagai rakyat Malaysia tiada pilihan, kalau tidak pilih BN kena pilih PR, itu aje yang kita ade utk menjaga kebajikan kita sebagai rakyat Malaysia.

Bukalah sikit hati TB itu jangan ghairah sangat hentam ulama dari kalangan parti yang TB sendiri sayang.

Saya bukan ahli PAS atau UMNO, tapi saya tidak rela melihat TB begitu ghairah menghentam ulama macam TGHH tu.

Assalamualaikum

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Contoh mudah TB sendiri beria-ia menghentam TGHH malah menyanjung tinggi Khalid gereja dalam setiap artikel TB, ini budaya mana? kalau bukan budaya UMNO?

Ini budaya org jahat, bukan budaya UMNO.

Yg hairannya, konon mengaku ahli PAS, tapi sayang Anwar Ibrahim lebih dari Haji Hadi. Aku pelik sgt.

Kalau benci Haji Hadi pun, lawan la kot dalam, ini siar dalam blog, biar kafir2 malaysiakini baca. Aku tak faham dgn "aqidah" tulang besi ni.

PAS tak perlu risau Tulang besi, tapi PAS perlu siasat pemimpin PAS yg salur maklumat kpd Tulang besi dalam mesyuarat2sulit jamaah.

Tulang Besi said...

MasyaAllah, mengucap panjang tengok orang macam TB ni tidak suka tengok umat Islam bersatu.

Andai kata PAS bersatu dengan UMNO bukankah umat Islam di Malaysia ini akan jadi kuat? TB ni orang Islam ke yang benci melihat bangsa Islam bersatu sesama Islam?.

TB Cakap - Aikk dulu bukan dah bersatu ke? Sapa yang tendang PAS macam kucing?

Jadi sekarang perjuangan PAS berdasarkan dendam semata-mata ke TB?

Usah pedulikan umat Islam berpecah belah sekalipun asalkan jejuak UMNO dapat dhapuskan. Begitu ke TB?
.

UMNO boleh memulakan langkah perpaduan dengan memberi kebenaran pada PAS untuk melaksanakan syariah 100% di Kelantan.
Balik2 cerita pasal perpaduan umat Islam tapi syariat Islam tak nak.

Bukan PAS berpecah dgn UMNO dulu (1951) sbb UMNO buat Loteri UMNO?

Anonymous said...

Salam,

Setuju dengan pendapat sahabat kanan, ini budaya orang jahat yang sangat busuk hatinya.

Saya juga terfikir TB mengaku ahli PAS dan sayang PAS, tapi dia sendiri dok hentam pemimpin PAS yang dia tidak suka, dan julang pemimpin yang dia sayang.

Jadi setuju atau tidak jika saya meletakkan yang TB ini jenis manusia berhati busuk dan munafik. Lebih baik kita buta mata dari buta hati macam TB.

Anonymous said...

alahai..
1.juga bukan ahli mana-mana parti!
2.Cuma nak lihat oghang melayu dan islam bersatu!
3.Muak dan janggal dengan karenah pemimpin umno yang korapsi!
4.Lagu cemuihhh dengan pemimpin Pas yang dah tinggaikan slogan membangun bersama islam!!hukum hudud dan sebagainya!
5.Lagi jelak dengan oghang yang bertuankan kapiaq harbi dan sanggup pecahbelahkan sesama islam!!

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

UMNO boleh memulakan langkah perpaduan dengan memberi kebenaran pada PAS untuk melaksanakan syariah 100% di Kelantan.

Aku setuju bukan saja setakat 100%..tapi infiniti dgn hang bab ni.

tapi, PAS kena letak syarat perlaksanaan hukum syariat sebagai syarat no.1 kerjasama dgn UMNO.

UMNO tgh lemah, so mintak la benda2 ni.

Anonymous said...

alahai..

"Bukan PAS berpecah dgn UMNO dulu (1951) sbb UMNO buat Loteri UMNO?"

1.Zaman itu sudah berlalu!!lani bukan zaman 1951!pemimpin juga sudah bertukaq!!
2.Zaman tu!umat islam dan melayu masih jahil!!nak cari bini tok guru yang pakai tudung pun susah!!apatah lagi nak tenguk oghang melayu dan islam!baik pas atau umno pakai tudung pun tak dak!!
3.Dan hang pun!waktu tu pi rendah sekolah pakai seluaq pendek jeee!!

Anonymous said...

//MasyaAllah, mengucap panjang tengok orang macam TB ni tidak suka tengok umat Islam bersatu.//
Alo fren..Dlm Al Quran,Mathari dan bulan adlah satu..hangpa fikir,hanya org yg ada nama arabic dan pergi mesjid muslim ke?

Anonymous said...

//UMNO tgh lemah, so mintak la benda2 ni.//
Ahah!..at last a confession..lemah punya pasai,nak raba raba dgn PAS ya?But wait a minit..u fellas all muslim waat..sejak dri kecik lagi dah pi mesjid,surau,kelas ugama n wat not?takkan tak tau pasai syarat syarat ugama?;-)

Sebatang kara said...

Tengok komen anon2 semua, ada yang saya setuju dan yang tak setuju. Saya tak tahu yang mana PAS atau yang mana UMNO. Tapi saya nak huraikan sikit bab perpecahan Melayu.

Sebenaqnya bab perpecahan melayu ini tidak wujud. Ini adalah permainan politik jahat UMNO untuk menakutkan orang melayu untuk tujuan menyokong mereka. Yang ada adalah orang melayu meninggalkan UMNO untuk menyokong pembangkang. Itu sahaja.

Perkara ini kita boleh lihat semenjak 13 mei lagi. Alasan perpecahan Melayu digunakan untuk menarik PAS ke dalam BN. Apabila UMNO mendapat balik sokongan Orang Melayu, PAS ditendang kuar cam anjing kurap.

Kemudian isu ini hangat lagi Pada 1990-an apabila S46 bekerjasama ngan PAS hinggalah S46 ke pangkuan UMNO balik, isu ini senyap seketika. Kemudian apabila 70% orang Melayu sokong PAS pada PRU1999, isu ini menjadi hangat balik. Tiap-tiap hari UMNO bercakap pasal perpecahan Melayu. Apabila UBN menang luarbiasa 2004 isu ini senyap lagi kerana mereka sudah merasa selesa dengan sokongan orang Melayu.

Kemudian apabila UBN kalah teruk pada 2008, isu ini hangat balik. Kali inilah kita boleh melihat UMNO adalah juara pejuang melayu(kononnya). Kali inilah baru mereka belajaq kaedah untuk berdemo.

Tapi hakikat yang sebenaqnya UMNO sememangnya takleh terima hakikat jika orang melayu menolak melayu. Mereka akan buat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka. Kamus mereka adalah ringkas Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu.

Tapi ingatlah semua ummat Islam, cukuplah terpedaya dengan janji-janji manis UMNO itu. Kalaulah nak tengok banyak lagi tanah rezab melayu tergadai, duit baitulmal disapu, Islam dihina, duit rakyat diseleweng, jatidiri melayu musnah, ummat islam tak bermoral, hasil bumi dirompak dan negara dijual pakat-pakatlah kita sokong UBN dalam PRU13 nanti.

Anonymous said...

rakyat r bothered bout issue perkauman,politcs,becos,most of the time they r occupied with work..rakyat biasa more practical,more interactive and have more feelings compared to sleezy politicains..rakyat lah fulkrum..but,para policians often forget this simple fact,and continue to pursue their angan angan which r completely out of touch with facts and realities!

Anonymous said...

"rakyat r bothered bout issue perkauman"

correction..should be "not much botherd about politics"..rakyat just wants to feel the "pulse" of the nations politcs..that's all..

Anonymous said...

Anonymous said...

....Saya rasa kalau berjayalah kerajaan perpaduan yang diungkapkan sebelum ini, tidak mustahil bangsa Melayu Islam kat Malaysia ini akan jadi kuat malah DAP pun kecut telor..

February 23, 2010 12:26 PM

-----------------------------------

Persepsi anon diatas berkata kononnya melayu pas dengan melayu umno bersatu jadi kuat...

Tapi apa akan jadi pulak kalau cina dap dengan cina mca bergabong, apakah melayu masih ada telor lagi. Mungkin ada tapi disorok dalam mulut saiful yang dikawal papa gomo..?

Melayu PAS tidak perlu bersatu dengan Melayu UMNO kerana Melayu PAS sendiri akan berpecah tiga kumpulan.

Kumpulan pertama yang diketuai oleh Mustaffa Ali akan masuk UMNO. Kumpulan kedua akan masuk PKR dan kumpulan ketiga mengikut Ibrahim Ali sebagai parti bebas.

Perlukah melayu bersatu...? Jawapannya tidak perlu kerana bila bersatu akan menguntungkan UMNO. Bila UMNO berkuasa pemimpin parti itu akan menjahanam lebih banyak khazanah melayu.

Boleh belah dengan UMNO...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Grand Marquis said...

Sampai hari ni Afyan Mat Rawi ni tak bawa satu bukti pun. Beliau percaya fitnah ni bulat-bulat tanpa membuat walaupun sedikit pengkajian. Bukan setakat itu, beliau menyebar fitnah jahat dan jijik seperti ini kepada sesiapa sahaja yang beliau dapat. Dan bukan beliau seorang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah jahat dan jijik ini.

TB ni, sikit-sikit minta bukti. Apa yang disampaikan adalah pendapat Afyan. Kalau nak kata persepsi pun boleh. Kalau dah pendapat tu nak bukti apa? Kita cuma boleh memikirkan adakah apa yang dikatakan beliau betul atau tidak. Persoalannya:

1. Adakah PAS parti yang paling kuat dalam PR?
> Orang yang bodoh (kecuali kalau orang tu bodoh sombong) pun tahu PAS paling kuat.

2. Adakah Anwar boleh jadi PM tanpa sokongan PAS?
> Sekali lagi orang yang bodoh(kecuali kalau orang tu bodoh sombong) pun tahu itu adalah benar.

Jadi adakah dakwaan beliau tidak benar?

pas forever said...

c,mon la TB

tolong moderate sikit komentar mangkuk2 dari cybertroopers,fanatik melayu dan puak2 pro perpaduang ni,
kenapa perlu melayan berjela2.
rasa nya ramai silent reader menyampah nak baca.

saya cadangkan tutup ruang komen.
kami perlukan TB keluarkan artikel dan tindakan untuk kepentingan jemaah PAS.
anyway ramai akan cut and paste your articles to others blogs and website.so kat situ mangkuk2 ni bole bagi komen.

cuma saya kecik hati,masa saudara buat lapuran ke pejabat pas, sepatutnya war2 kan so all of us aware atau mungkin bole join ramai2 pergi sekali bagi support.

anyway i dah bank in rm50.

Anonymous said...

AGY Bt Kurau

Saya jadi keliru, orang dlm jemaah mcm TB tidak mempunyai akhlak dlm menegur...ingat lagi pesanan TGNA lidah jgn jd penyambung lidah Syaitan. Sakhsiah anda amat saya curigai...jk beginilah para blogger@ forumer alamat tak kemana le jemaah. Jadilah Jundullah yg ikhlas, redha, walaa'dan bertaqwa. PAS InsyaAllah tak akan hancur dgn serangan musuh tapi akan menderita cancer di sebabkan virus dlm jemaah. Sekian Wassalam

Sebatang kara said...

pas forever cakap:

saya cadangkan tutup ruang komen.
kami perlukan TB keluarkan artikel dan tindakan untuk kepentingan jemaah PAS.
anyway ramai akan cut and paste your articles to others blogs and website.so kat situ mangkuk2 ni bole bagi komen.

Ni nak mengajar TB jadi bacul nih.

Anonymous said...

AGY Bt Kurau

TB, Pak Hussein dan beberapa blogger lagi BERTAUBATlah...tulisan2 anda bukannya membina tetapi lebih kepada racun. Pimpinan yg naik bukannya maksum tapi itu adalah PILIHAN Allah. Setiap keputusan di lalui dgn Istikarah. Cukuplah kami menghadapi musuh yg nyata. Anda dan rakan2 sefikiran ada baiknya beruzlah, istighfar dan muhasabah. INGAT!!! audit to be done by ALLAH

Tulang Besi said...

bagi aku :
1. TB cakap berbelit-belit mcm lidah lembu - tak ada point. tak ada hujah. hanya syak dan hasad. Dia sendiri tidak faham apa maksud kjaan perpaduan dan bezanya dgn muzakarah..
Aikk, kao sorang je yang cakap macam tu nampaknya.
2. penuh dgn fitnah dan adu domba - utk memecahbelah gerakan Islam dan melunturkan keyakinan umah terhadap ulama dan kepimpinan gerakan Islam yg dipilih secara sah dalam muktamar..
Iye ke? Mana fitnahnya? Tolong lah tunjuk
3. membuat rumusan sendiri (contohnya mengenai geng trengganu) - bertujuan utk membina persepsi negatif masyarakat dan ahli PAS terhadap presiden PAS.
Aikk, kan kau sendiri kat bawah tu mengaku TB dapat maklumat dari JK PAS Pusat? Kau ni dah nyanyuk ke?
4. aku tak nampak silap dan salahnya bila ust nasa kata nak buat muzakarah nak bincang tentang masalah Islan dan umt Islam biarpun umur PR masih baru - mungkin TB bukan org Islam kot. Dan kenapa dia tak komen saranan TGNA nak berbincang dgn umno mengenai isu Islam?
Tak tahu nak kata apa pasal kao ni. Dah tak tau beza mana yang benar dan mana yang salah. Halal dan haram dah tak nampak beza.

Bercakap dalam gelap pun kau kata halal. Kao ni kena belajar jadi manusia balik
Kao pegi sokong bercakap dengan UMNO dalam gelap di belakang kawan2 kita? UMNO tu musuh kawan2 kita, dan kita bercakap dalam gelap.
Tu tak termasuk isu tak rujuk pada AJK PAS Pusat. Kata nak ikut disiplin jemaah sangat?
5. dimana silapnya kertas kerja tuan guru ust haron din? tak ada dalil, nas dan hujah yg diberikan untuk menolak kertas kerja tersebut secara ilmiah..
Silapnya ialah bercakap dalam gelap dengan UMNO. Baru sebulan memerintah dah nak bercakap dalam gelap dengan UMNO.
Pakai otak la sikit.
6. bersifat kurang ajar dan biadap terhadap ulama apabila hanya memanggil HARON DIN kpd Tuan guru ust haron din dan NASARUDIN kpd ust nasa - bertujuan utk merendahkan martabat ulama dan kepimpinan ulama. sedangkan Syeikh Yusuf Qardawi sendiri memangil ust nasa dgn panggilan syeikh..
TB guna perkataan Ustaz. Dan ustaz tu cover semua dari mula.
7. berusaha kuat untuk memburukkan imej PAS - termasuk mendakwa kononnya majorti AJK PAS Pusat tidak setuju dgn Presiden dan geng trengganu. Lebih merbahaya apabila bertindak mendedahkan maklumat dalam mesyuarat AJK PAS Pusat kepada umum yg kononnya diperolehi drp AJK PAS Pusat sendiri..
Ini bukan dakwaan ini hakikat. Tolong belajar terima hakikat ni.
8. akhirnya dia sebut suruh buang sesetengah pimpinan PAS yang bagi dia tak layak nak berjuang utk "MELAYU DAN ISLAM". Aikkkkk...boleh pula sebut melayu/Islam!???.
Yang ini aku tak dengar TB cakap. Kau buleh tunjuk kat mana dia cakap?
Kesimpulan :
1. Aku akan cadangkan kat cawangan aku untuk membuat laporan/aduan rasmi terhadap TB kpd Jawatankuasa Disiplin parti. Kerana wawanara ini menjadi bukti yg cukup jelas niat jahat beliau terhadap PAS dan kepimpinannya. Dan hukuman yg paling adil utk TB ialah dipecat terus drp menjadi ahli PAS (sekiranya betul dia ahli PAS)
.

SIlakanlah buat. Mengikut Perlembagaan PAS tiada apa-apa kesalahan yang TB buat.
Apasal kao tak sebut pasal rahsia Baiaah taklik yang Nasa dan Hasan Ali dedah dalam blog tersebut?

ajk caw saja said...

AGY batu kurau

saya amat pasti tuan tidak membaca artikel dr hamzah tim PJ pahang spt di siarkan di banyak blog.jika kamu dah baca tentu kamu tidak akan tulis spt di atas

Tulang Besi said...

Sampai hari ni Afyan Mat Rawi ni tak bawa satu bukti pun. Beliau percaya fitnah ni bulat-bulat tanpa membuat walaupun sedikit pengkajian. Bukan setakat itu, beliau menyebar fitnah jahat dan jijik seperti ini kepada sesiapa sahaja yang beliau dapat. Dan bukan beliau seorang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah jahat dan jijik ini.

TB ni, sikit-sikit minta bukti. Apa yang disampaikan adalah pendapat Afyan. Kalau nak kata persepsi pun boleh. Kalau dah pendapat tu nak bukti apa? Kita cuma boleh memikirkan adakah apa yang dikatakan beliau betul atau tidak. Persoalannya:

1. Adakah PAS parti yang paling kuat dalam PR?
> Orang yang bodoh (kecuali kalau orang tu bodoh sombong) pun tahu PAS paling kuat.

2. Adakah Anwar boleh jadi PM tanpa sokongan PAS?
> Sekali lagi orang yang bodoh(kecuali kalau orang tu bodoh sombong) pun tahu itu adalah benar.

Jadi adakah dakwaan beliau tidak benar?

February 23, 2010 2:48 PM
Delete
Anonymous pas forever said...

c,mon la TB

tolong moderate sikit komentar mangkuk2 dari cybertroopers,fanatik melayu dan puak2 pro perpaduang ni,
kenapa perlu melayan berjela2.
rasa nya ramai silent reader menyampah nak baca.

saya cadangkan tutup ruang komen.
kami perlukan TB keluarkan artikel dan tindakan untuk kepentingan jemaah PAS.
anyway ramai akan cut and paste your articles to others blogs and website.so kat situ mangkuk2 ni bole bagi komen.

cuma saya kecik hati,masa saudara buat lapuran ke pejabat pas, sepatutnya war2 kan so all of us aware atau mungkin bole join ramai2 pergi sekali bagi support.
.

Saya minta maaf sangat2 sebab tak warwar awal2.

Saya cuma takut kalau saya warwar awal2 nanti mereka panggil Unit Amal untuk kawal.

Lepas tu nanti tak jadi hantar aduan, jadi gaduh pulak.

TK atas sumbangan saudara. Semoga Allah SWT memberikan rahmat ke atas saudara dan keluarga saudara.

Anonymous said...

AGY BT Kurau
Sdra AJK Cawangan,
Saya pasti sdra telah mengikuti Usrah dan Tarbiyyah yg panjang...Yang saya bangkitkan ETIKA membuat teguran, Akhlak Muslim dan Walaa'.
Saya Pasti sdra juga bersetuju sunnah menegur yg di ajar bukannya mengaibkan sdra muslim yg lain. Saya cukup bimbang ada Abdullah in Ubai dlm jemaah. Teguran saya juga terbuka kepada semua forumer agar lebih berhikmah...kan Islam tu Cantik! Saya cukup terhiris dgn sikap AK Pahang,Pak Husein, TB dan komen2 forumer yg menggunakan bahasa yg celupar, anyway thnx for ur comment. Syukran

Anonymous said...

TB..elokla lu minta bantuan konco2 lu..mana dia nizam mahmud..anti babi..sam..john labu.dan lain lag..aku tgk kesian kat kau ni..buat isu..tapi tak leh nak handle..jawapan pun dah merapu..tak dapat hidayah dah...emosi sangat kat kepala..bantuan ILAHI tak kunjung tiba..kalu dapat tgk muka lu..mesti nampak tak ceria...apa nak buat..dah keja lu camni kan...bukti..bukti..bukti...camne nak bukti ni TB dah kantoi...jangan mare

Tulang Besi said...

Saya Pasti sdra juga bersetuju sunnah menegur yg di ajar bukannya mengaibkan sdra muslim yg lain. Saya cukup bimbang ada Abdullah in Ubai dlm jemaah. Teguran saya juga terbuka kepada semua forumer agar lebih berhikmah...kan Islam tu
.

Sahabat yang tegur Saidina Umar dgn pedang tu geng Abdullah bin Ubai?

Grand Marquis said...

TB kata:
Bercakap dalam gelap pun kau kata halal. Kao ni kena belajar jadi manusia balik
Kao pegi sokong bercakap dengan UMNO dalam gelap di belakang kawan2 kita? UMNO tu musuh kawan2 kita, dan kita bercakap dalam gelap.
Tu tak termasuk isu tak rujuk pada AJK PAS Pusat. Kata nak ikut disiplin jemaah sangat?

TB sendiri pula menulis Ustaz Nasha kata:
“...Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam. ”.

Habis tu dah majlis syura ulama dah putuskan tu bercakap dalam gelam apa? TB ni AJK pas pusat ke atau ahli majlis syura?

Nampak sangat TB ni saja nak buruk-burukkan orang. Guna perkataan seperti bercakap dalam gelap bagi nampak buruk orang.

TB, kalau hang rasa kaedah menegur ikut saluran dalam PAS dah tak berkesan, pergilah lapor kat Sivarasa al-IRC tu. Dia kan ketua jawatankuasa disiplin PR sekarang.

Sebatang kara said...

TB habaq:

Sahabat yang tegur Saidina Umar dgn pedang tu geng Abdullah bin Ubai?

Betui TB habaq tuh. TB, sahabat yang teguq tu pun habih takat tu jerr. Selepas itu keadaan berjalan seperti biasa. Tapi TB nih tak habih-habih dengan dendam kesumat yang saya rasa akan TB bawa kat dalam kubur.

Anonymous said...

Pas forever katalah :
c,mon la TB

tolong moderate sikit komentar mangkuk2 dari cybertroopers,fanatik melayu dan puak2 pro perpaduang ni,
kenapa perlu melayan berjela2.
rasa nya ramai silent reader menyampah nak baca.

saya cadangkan tutup ruang komen.
kami perlukan TB keluarkan artikel dan tindakan untuk kepentingan jemaah PAS.
anyway ramai akan cut and paste your articles to others blogs and website.so kat situ mangkuk2 ni bole bagi komen.

cuma saya kecik hati,masa saudara buat lapuran ke pejabat pas, sepatutnya war2 kan so all of us aware atau mungkin bole join ramai2 pergi sekali bagi support.

anyway i dah bank in rm50.

TB..ini orang tak layak nak join blog..elok dia ni tgk TV3dan baca utusan meloya je..baru puas hati dia...tak yah nak komen..sau pendapat je..

Saudara.inikan dunia blog..kalu rasa tak selesa tak yah lah join..silent reader menyampah kat hang ramanya...memalukan dunia bloggers jo..TB tak soh jadi pengecut macam pas forever tu,..

Grand Marquis said...

7. berusaha kuat untuk memburukkan imej PAS - termasuk mendakwa kononnya majorti AJK PAS Pusat tidak setuju dgn Presiden dan geng trengganu. Lebih merbahaya apabila bertindak mendedahkan maklumat dalam mesyuarat AJK PAS Pusat kepada umum yg kononnya diperolehi drp AJK PAS Pusat sendiri..

TB kata
Ini bukan dakwaan ini hakikat. Tolong belajar terima hakikat ni.

Nampak sangat TB ni pembohong dan hidup dalam denial. Hakikatnya ialah Presiden TGHH dipilih oleh MAJORITI dalam muktamar PAS. Ustaz Nasha menang Timbalan Presiden PAS. Kalau orang tak sokong mereka, macam mana mereka nak menang.

Kalau TB nak buktikan TB benar, pergilah ke muktamar PAS dan cabar Ust Nasha (atau lagi baik cabar TGHH), lepas tu kita tengok siapa sokong siapa. Ada berani?

Anonymous said...

TB..kalu hang berani hang sahutla cabaran GM..jgn duk main sintemen peribadi plak..duk label macam2..lepas tu ubah posting cita lain plak..takut2 yng dikejar tak dapat..yn dikendong pun cicir sama

Sebatang kara said...

GM,

Hangpa ni sapa. Oghang PAS ka, Oghang UMNO ka atau cybertrooper ka macam yang TB cakap tuh.

Grand Marquis said...

TB sering menjaja isu sahabat menegur Umar r.a. dengan pedang bagi menyamakan teguran beliau pada kepimpinan pas. Ini jelas satu salah faham yang serius dalam konsep menegur pemerintah Islam. Sebelum kita ulas, mari kita lihat beberapa hadith Rasulullah S.A.W. dalam isu ini.

1. Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!’. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847)

2. ‘Akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa membencinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barangsiapa mengingkarinya (bererti,) dia telah selamat. Akan tetapi barangsiapa yang meredhainya kejahatannya, akan mengikutinya. Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, Apakah tidak kita perangi saja mereka?” Beliau menjawab: “Jangan, selama mereka masih menegakkan solat.” (Hadis Riwayat Muslim, 1854)

3. “Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu perkara, maka janganlah disebarkan (didedahkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah yang diharapkan, jika tidak, maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah dengan sanad yang sahih)

Dari tiga hadith diatas, kita boleh simpulkan secara berikut:

1. Mentaat pemerintah Islam sekalipun mereka berlaku zalim.

2. Dilarang memerangi penguasa Islam selagi jelas keislaman mereka (yakni solat ditengah-tengah kalian).

3. Menegur pemerintah secara private.

Persoalan disini ialah apakah Umar r.a. tidak mengikuti panduan Nabi S.A.W. dengan membiarkan seorang sahabat menghunus pedang menegur beliau dikhalayak? Sebelum itu, TB perlu berikan rujukkan tentang kesahihan kisah tersebut.

Kalau pun kisah itu sahih, kes Umar berbeza kerana Umar r.a. tidak buat apa-apa salah. Ia sekadar dalam satu public gathering dan sekadar mengesahkan bahawa Umar r.a. bukan seorang pemimpin yang tak boleh ditegur. Cuma bila nak tegur pemerintah kena ada adabnya. Adabnya ditunjukkan oleh Rasulullah dalam hadith-hadith beliau.

Kalau kita nak buat perumpamaan,kaedah TB ni macam orang yang baca ayat dirikan solat dalam Quran, lepas tu dia pun main solat ikut suka dia sebab dia kata dalam Quran suruh solat. Sedangkan dia tidak merujuk pada tatacara solat yang betul dalam hadith hadith.

Bila TB terbaca ada sahabat yang hunus pedang kata "pedang ini akan betulkan kamu", terus TB main bantai untuk tegur pemimpin tanpa beliau merujuk pada adab-adab menegur pemimpin sebagaimana dalam hadith Rasulullah S.A.W.

Saya sudah banyak kali tunjukkan yang tindak tanduk TB selama ini banyak tidak ikut Quran dan Hadith. Dalam bab ni pun kita boleh nampak dengan sangat jelas.

Korang nilaikan sendiri.

Grand Marquis said...

SK

Hangpa ni sapa. Oghang PAS ka, Oghang UMNO ka atau cybertrooper ka macam yang TB cakap tuh.

GM ni orang atas pagar. Sentiasa melihat kepada suatu yang akan membawa kebaikan kepada umat Islam, tak kira dari UMNO mahupun PAS. Berusaha untuk bersikap adil terhadap sesiapa pun, hatta dengan TB (kalau korang ingat, dulu TB kena asak berhari-hari pasal isu kenyataan Husam, last-last GM yang tolong jawab untuk TB sebab masa tu kenyataan TB tak salah). Pantang GM orang tulis atau cakap tak betul. Pantang juga tengok orang bersikap hipokrit.

Oleh kerana GM tak pernah declare sebagai ahli mana-mana parti, TB cop GM sebagai cybertrooper UMNO. Itu memang method beliau. If you are not with me, you are UMNO cybertrooper.

Grand Marquis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tulang ikan said...

cayalah GM lu mmg cool...

Anonymous said...

Salam,

Setuju dengan GM, saya pun rela meletakkan diri saya sebagai golongan atas pagar, perkara yang menguntungkan untuk umat Islam kita kena sokong sebab kita orang Islam.

Jangan cakap golongan atas pagar macam saya dengan GM tiada pendirian, golongan kamilah cerdik tidak sokong membbabi buta dan tidak mudah percaya dengan artikel TB ni.

GM sekali sekala tolonglah sapot TB beliau dh mati akal tu, geng2 beliau kt sini pun macam dh diam je.

Pas forever, kalau takde telur suruh la TB tu buang ruangan komen ni. macam ini ke hasil tarbiyah PAS depa kritik orang bleh, tapi bila kita nak kritik atau tegur depa mula la suggest nak tutup ruangan komen..

Memang layak di gelar munafik!

Tulang Besi said...

Betui TB habaq tuh. TB, sahabat yang teguq tu pun habih takat tu jerr. Selepas itu keadaan berjalan seperti biasa. Tapi TB nih tak habih-habih dengan dendam kesumat yang saya rasa akan TB bawa kat dalam kubur.

Takat tu sebab lepas tu Saidina Umar tak buat apa2 yang tak betul. Ada sekali tu SAidina Umar pakai baju dengan seluar. Terus Sahabat2 bangun kata tak taat lagi pada Saidina Umar sebab ambik harta ghanimah lebih dari sepatutnya. Tapi, anak SAidina Umar kata ayah dia ambik bahagian dia. Terus Sahabat semua taat balik pada SAidina Umar.

Sebatang kara said...

Nampaknya artikel ni dah makan tuang. Ianya patut ditukaq kepada: Kenapa Propaganda TB sudah Tidak Berkesan Lagi. Sebabnya walau apapun TB cakap, kritik, tuduh dan macam-macam lagi, TGHA, Ustaz Nasa dan MA duk lagu tu jugak. Hai pening-pening. Macam manalah TB nak buat nih.

Tulang Besi said...

1. Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!’. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847).

Bila para Sahabat kata tidak mahu dengar dan taat pada Saidina Umar sebab Saidina Umar pakai baju lebih besar dari kain yang beliau terima, itu maknya para sahabat menolak hadeeth ni?
Jangan tafsir hadeeth pakai nafsu la GM tak ori. Buleh tak?

Tulang Besi said...

GM tak ori, hadeeth ni kao tak amik ke:

"
"Wajib atas seorang muslim (untuk) mendengar dan taat (terhadap pemerintah) pada apa yang ia suka atau pun yang ia benci, kecuali jika diperintah (untuk) berbuat maksiat. Jika diperintah untuk bermaksiat, maka tidak (boleh) mendengar dan taat (tidak melakukan kemaksiatan yang diperintahkan)."

(Muttafaqun 'alaihi, Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7144; Muslim, no. 1839. )"

Sebatang kara said...

Takat tu sebab lepas tu Saidina Umar tak buat apa2 yang tak betul.

TGHA ngan Ustaz Nasa pung dah tutup buku pasal UG, tapi TB tetap serang TGHA ngan Ustaz Nasa pasal isu nih. Takkan dendam tak kesudahan namanya tuh.

Tulang Besi said...

Nampaknya artikel ni dah makan tuang. Ianya patut ditukaq kepada: Kenapa Propaganda TB sudah Tidak Berkesan Lagi. Sebabnya walau apapun TB cakap, kritik, tuduh dan macam-macam lagi, TGHA, Ustaz Nasa dan MA duk lagu tu jugak. Hai pening-pening. Macam manalah TB nak buat nih..

Iya ka duk lagu tu? Mungkin sebab dapat protection dari Cikgu Pa Ali?

Tulang Besi said...

GM tak ori,

Mana dia bukti ada rumah urut kat Selangor ni?

Sampai hari ni aku tunggu takda bukti walau satu habuk.

Berenti lah cerita pasal hadeeth kalau mulut tu kuat menipu

Tulang Besi said...

TGHA ngan Ustaz Nasa pung dah tutup buku pasal UG, tapi TB tetap serang TGHA ngan Ustaz Nasa pasal isu nih. Takkan dendam tak kesudahan namanya tuh..

Berapa kali aku bagitau hang pasal UG ni. Hang tak nak dengar.UG ni masih belum mati.
UG ertinya bekerjasama dengan UMNO dalam isu2 yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam.
Baru ni je, Presiden buat statement yang DISOKONG oleh Muhyiddin dan ramai orang UMNO. Ada baca tak?
Tu tandanya UG masih hidup segar bugar.

Anonymous said...

ustaz nasa, harun din, mustapha ali, hj hadi dan lain-lain tu memang betul megambil langkah mempertahankan PAS dari gejala-gejala dan proksi anwar dlm PAS. Kita ini dari dulu lagi memang tak percaya anwar, cuba exploit kes dia shj, jgn pulak kita lebih dari ABIM nak pertahankan dia. Anwar ni masa dlm UMNO ke , kena pecat dari UMNO ke sama shj.

Dulu kita kata anwar ni islam ala-amerika skrgpun samalah dia, tak berubahpun.

ramailah org-org kita pertahankan kes murtad Lina Joy, tiap-tiap hari masa kes tu berjalan kita ramai-ramai sembhyg hajat, doa dan baca yasin.

si anwar ni pulak menyokong LIna Joy, pergi seluruh dunia kondem Malaysia yg kononnya Malaysia tak ada human right sebab tak benarkan org Islam menukar agama. dia kata kalau dia jadi PM, dia sokong kebebasan menukar agama. tak taula disegi hukum agama kita, kalau org yg menyokong murtad ini apa hukumnya?

http://www.youtube.com/watch?v=TJKtq-2hrMw

Tulang Besi said...

GM ni orang atas pagar. Sentiasa melihat kepada suatu yang akan membawa kebaikan kepada umat Islam, tak kira dari UMNO mahupun PAS. Berusaha untuk bersikap adil terhadap sesiapa pun, hatta dengan TB (kalau korang ingat, dulu TB kena asak berhari-hari pasal isu kenyataan Husam, last-last GM yang tolong jawab untuk TB sebab masa tu kenyataan TB tak salah). Pantang GM orang tulis atau cakap tak betul. Pantang juga tengok orang bersikap hipokrit..

GM orang atas pagar yang menuduh Selangor ada pertambahan rumah urut tapi sampai hari ni takda bukti. GM sanggup menipu bagi pihak UMNO.
Jadi, jangan kelentong kata kao atas pagar.

Tulang Besi said...

GM kata Saidina Abu Bakr tak faham hadeeth2 yang dia bawa tu:

Abu Bakar ash-Shiddiq, -salah satu khalifah yg lurus, dan orang yg bersama Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika di gua, serta Rasulullah memerintahkan kpd kita untuk mengikuti sunnah - beliau berkata di awal pidato dari atas mimbar pertanggungjawaban : “Taatlah kalian kpdku selama aku taat kpd Allah. Jika aku maksiat kpd-Nya maka tdk ada kewajiban atas kalian untuk taat kpdku” [8].

Tulang Besi said...

Kebodohan GM adalah beliau istimbat hukum dengan mengambil beberapa kerat hadeeth. Sedangkan imam2 yang besar2 mengistimbat hukum dengan mengambil KESELURUHAN NAS dari Al Quran dan Sunnah:

Akan tetapi, ketaatan kepada pemimpin bukanlah ketaatan yang bersifat mutlak tanpa ada batasan. Ketaatan harus diberikan kepada pemimpin, selama dirinya taat kepada Allah SWT dan RasulNya. Jika pemimpin tidak lagi mentaati Allah dan RasulNya, maka tidak ada ketaan bagi dirinya. Al-Qur’an telah memberikan batasan yang sangat jelas dan tegas dalam memberikan ketaatan. Allah SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami.” (Qs. al-Kahfi [18]: 28).
“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir.” (Qs. Fâthir [35]: 52).
“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah.” (Qs. al-Qalam [68]: 8).
“Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina.” (Qs. al-Qalam [68]: 10).
“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka.” (Qs. al-Insân [76]: 24).
.

Tulang Besi said...

Lagi nampak betapa bodohnya GM tak ori dalam mentafsir hadeeth. yang dimaksudkan "mendirikan salat" adalah "mendirikan hukum syariat".

Bahkan, Rasulullah Saw mengijinkan umatnya untuk memerangi penguasa-penguasa yang telah menampakkan kekufuran yang nyata. Dari ‘Auf ibnu Malik, dituturkan: “…ditanyakan oleh para sahabat: ‘Wahai Rasulullah tidakkah kita serang saja mereka itu dengan pedang?’, Beliau menjawab: ‘Tidak, selama mereka masih menegakkan shalat di tengah-tengah masyarakat (maksudnya melaksanakan hukum-hukum syara’).”.

Tulang Besi said...

Hadeeth ni takda pulak si GM ambik ye???

“Akan ada pemimpin-pemimpin, yang kalian ketahui kema’rufannya (kebaikannya) dan kemungkarannya. Maka, siapa saja yang membencinya dia bebas (tidak berdosa), dan siapa saja yang mengingkarinya dia akan selamat. Tetapi, siapa saja yang rela dan mengikutinya (dia akan celaka).” [HR. Muslim]..

Anonymous said...

Salam TB,

Sibuk pasal rumah urut kenapa, cuba TB tolong tanyakan kepada pemerintah PR kat Selangor bila nak tutup kilang arak tu?

Dulu masa kempen PRU bukan main berapi cakap, kalau dapat selangor tatkala ayam berkokok itu jam juga klang arak kita tutup? Mane pegi semua tu?

PAS tk tarbiyah ke DAP dengan PKR selangor? ke PAS yang di tarbiyah DAP sekarang?

Tulang Besi said...

Orang UMNO mcm GM tak ori suka ambik nas tu sekerat2 demi menyokong fahaman mereka yang songsang

Tulang Besi said...

Anonymous said...
Salam TB,

Sibuk pasal rumah urut kenapa, cuba TB tolong tanyakan kepada pemerintah PR kat Selangor bila nak tutup kilang arak tu?

Dulu masa kempen PRU bukan main berapi cakap, kalau dapat selangor tatkala ayam berkokok itu jam juga klang arak kita tutup? Mane pegi semua tu?
.

Bila UMNO jatuh nanti kita tutup

Tulang Besi said...

Imam an-Nawawi v berkata: “Ulama bersepakat bahwa ketaatan bagi penguasa hukumnya wajib bila bukan dalam hal maksiat. Mereka juga ber-sepakat bahwa tidak ada lagi ketaatan bila dalam hal yang maksiat.” (Sya-rah Shohih Muslim: 12/532)

Sebatang kara said...

TB habaq:

Baru ni je, Presiden buat statement yang DISOKONG oleh Muhyiddin dan ramai orang UMNO. Ada baca tak?
Tu tandanya UG masih hidup segar bugar.

Apa salah kalau statement tu disokong UMNO atau sapa-sapa pun. Dan kita tahu UMNO lani dah kering modai dan kita nak kisah apa depa cakap apa pung. Kalau macam tuh, kenapa TGNA panggil Ku Li untuk sokong tuntutan royalti minyak di Kelantan. Itupun boleh jadi ada agenda UG tuh?????

Tulang Besi said...

Apa salah kalau statement tu disokong UMNO atau sapa-sapa pun. Dan kita tahu UMNO lani dah kering modai dan kita nak kisah apa depa cakap apa pung. Kalau macam tuh, kenapa TGNA panggil Ku Li untuk sokong tuntutan royalti minyak di Kelantan. Itupun boleh jadi ada agenda UG tuh?????.
Aikk, tak salah? Bila UMNO tersepit macam ni, tiba-tiba Presiden pegi sokong UMNO. Tu kau kata tak salah?
Kalau macam tu tak payahlah sokong Gaza masa Gaza kena bom dulu.

Sebatang kara said...

TB habaq:

Aikk, tak salah? Bila UMNO tersepit macam ni, tiba-tiba Presiden pegi sokong UMNO. Tu kau kata tak salah?
Kalau macam tu tak payahlah sokong Gaza masa Gaza kena bom dulu.

February 23, 2010 6:29 PM

Bila pulak TGHA pi sokong UMNO. UMNO yang sokong kenyataan TGHA. Dulu TB jugak yang ajaq saya kan nak hentam oghang tengok hujahnya jangan tengok oghangnya. Macam pasal royalti minyak saya sokong apa yang Ku Li cakap sebab memang betui Kerajaan Kelantan berhak ke atas royalti tersebut walaupun Ku Li pemimpin UMNO. Cuba kalau TGHA jemput Ku Li sembang pasal royalti minyak Terengganu, alamak mampuih pah dalam kubuq la TB hentam.

Anonymous said...

ustaz nasa, harun din, mustapha ali, hj hadi dan lain-lain tu memang betul megambil langkah mempertahankan PAS dari gejala-gejala dan proksi anwar dlm PAS. Kita ini dari dulu lagi memang tak percaya anwar, cuba exploit kes dia shj, jgn pulak kita lebih dari ABIM nak pertahankan dia. Anwar ni masa dlm UMNO ke , kena pecat dari UMNO ke sama shj.

Dulu kita kata anwar ni islam ala-amerika skrgpun samalah dia, tak berubahpun.

ramailah org-org kita pertahankan kes murtad Lina Joy, tiap-tiap hari masa kes tu berjalan kita ramai-ramai sembhyg hajat, doa dan baca yasin.

si anwar ni pulak menyokong LIna Joy, pergi seluruh dunia kondem Malaysia yg kononnya Malaysia tak ada human right sebab tak benarkan org Islam menukar agama. dia kata kalau dia jadi PM, dia sokong kebebasan menukar agama. tak taula disegi hukum agama kita, kalau org yg menyokong murtad ini apa hukumnya?

http://www.youtube.com/watch?v=TJKtq-2hrMw

Anonymous said...

BLOG YG PALING MEMBOSANKAN.
LEBIH NAK TUNJUK PANDAI. SIKAP SUKA BERGADUH TAK HABIS2.APA KE JADAH PUNYA BLOGGER. PERASAN DIA LEBIH ISLAMIK DARI ORANG LAIN.

PULAUKAN BLOG NI BIAR DIA PUJI DIRI DIA SENDIRI. SOKONG PAS TAPI NAK PECAH BELAHKAN PAS. KALAU PEBAIKI KELEMAHAN TGHADI BARULAH BETUL. KALAU HADI BENAR2 BUAT SALAH, TUGAS ORANG ISLAM BERI NASIHAT DAN DAMAIKAN PIHAK YG BERSELISIHAN FAHAM. INI TIDAK! JADI BATU API PULAK.

MEMBOSANKAN.

Grand Marquis said...

Sebelum nak komen apa-apa, elok TB bagi rujukan. Senang-senang aje hang kata sahabat tak taat. Ni macam putting words in the mouth of sahabat.

Takat tu sebab lepas tu Saidina Umar tak buat apa2 yang tak betul. Ada sekali tu SAidina Umar pakai baju dengan seluar. Terus Sahabat2 bangun kata tak taat lagi pada Saidina Umar sebab ambik harta ghanimah lebih dari sepatutnya. Tapi, anak SAidina Umar kata ayah dia ambik bahagian dia. Terus Sahabat semua taat balik pada SAidina Umar.

TB, hang ingat sirah ni macam cerita dongeng yang hang boleh main cakap ikut suka? Kata sahabat kejap taat, kejap tak taat? Bagi matan penuh dulu kisah ni dan sahkan ia sahih.

Bila para Sahabat kata tidak mahu dengar dan taat pada Saidina Umar sebab Saidina Umar pakai baju lebih besar dari kain yang beliau terima, itu maknya para sahabat menolak hadeeth ni?
Jangan tafsir hadeeth pakai nafsu la GM tak ori. Buleh tak?

Hang la yang senang-senang tafsir hadith ikut suka. Sila bagi rujukan kat mana sahabat kata tak nak taat? Kena bezakan, menegur tak bererti tak taat. Tak setuju pun tak bererti tak taat.

Grand Marquis said...

Saya sudah menjangkan TB akan keluarkan hujah sedemikian:

"Wajib atas seorang muslim (untuk) mendengar dan taat (terhadap pemerintah) pada apa yang ia suka atau pun yang ia benci, kecuali jika diperintah (untuk) berbuat maksiat. Jika diperintah untuk bermaksiat, maka tidak (boleh) mendengar dan taat (tidak melakukan kemaksiatan yang diperintahkan)."

Masalahnya ialah apakah maksiat yang TGHH dan Ustaz Nasha buat? Adakah kerana berbincang dengan orang Islam untuk kepentingan umat Islam dikira sebagai maksiat?

Kalaupun anda kata ia berbincang dalam gelap, bukankah syura pas yang appoint mereka?

Apa pula maksiat Ustaz Harun Din. Adakah kerana beliau tulis kertas kerja Tahaluf Siyasi Pasca 2008 bererti beliau sudah melakukan maksiat?

Lepas tu, adakah Hassan Ali telah melakukan maksiat kerana tak bagi orang jual beer di kawasan majoriti muslim?

Adakah pemimpin-pemimpin pas ni bermaksiat pada Allah?

Anonymous said...

alahai...
1.ok!ok! debat la ni disiar secara live ke rumah Hadi Awang!!nik aziz!harun din!nasha dan lain-lain!!
2.Dia tengah tenguk debat ni!!
3.Pakat-pakat menyesai!!akan ambik ikhtibal dari GM!SK dan TB!!
4.Hebat!hebat!hangpa semua!!puak pemimpin Pas lani dok dengaq dan tenguk hangpa berdebattt!!

Anonymous said...

alahai...
1.tetidoq sat tadi!!
2.dah sampai kat mana debat nii!
3.rasanya point dan isi debat yang digunakan dah ada kat entry yang sudah-sudah!!
4.Jemu oii!oghang nak degaq!dok guna point lamaaa!!

Grand Marquis said...

TB kata:
Lagi nampak betapa bodohnya GM tak ori dalam mentafsir hadeeth. yang dimaksudkan "mendirikan salat" adalah "mendirikan hukum syariat".

Macam mana TB boleh pandai-pandai tafsirkan salat itu sebagai "mendirikan hukum syariat"? Ulama tafsir mana yang cakap?

TB main cedok dari sini, tapi adakah perkataan ("mendirikan hukum syariat") terdapat dalam matan hadith tersebut sehingga semudah anda tafsirkan ia sedemikian? Atau ia sebenarnya hanya satu tokok tambah supaya ia menyokong agenda anda (atau orang-orang tertentu)?

Siapakah yang sebenarnya menyeleweng dalam mentafsirkan hadith?

Saya sengaja letak hadith dibawah ini kerana saya sudah jangka TB akan guna alasan solat sebagai melaksanakan syariat. Tapi kalau lihat pada matan hadithnya, jelas dikatakan para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku dan hadith tetap suruh taat. Apakah orang yang tak mengambil petunjuk Nabi S.A.W. dan Sunnahnya dikira orang yang menegakkan syariat Allah S.W.T.?

Kalau kita lihat pada realiti hari ini, pemimpin Islam mana yang melaksanakan syariat Islam 100%? Kalau kita main tafsir macam tu, nescaya kerja kita hanya berontak dengan pemimpin Muslim di seluruh dunia.

Kalau kita gabungkan hadith-hadith ini jelas disini makna solat ada adalah solat sebagimana yang kita semua faham, bukannya menegakkan syariat sebagaimana yang ditokok tambah dalam terjemahan hadith tersebut.

Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!’. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847)

Sebatang kara said...

Oklah nanti kita sambung. Nak balik mandi ngan semayang maghrib dulu.

hussin said...

salam rakyat pas,

"Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam. Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO."

hebat timbalan presiden pas. tapi hebat lagi yang mempertahankan tindakannya...

pas forever said...

kan aku dah cakap,suka hati kau nak layan mangkuk2 ni.

2 atau 3 org punya pasal kau kena fikir,buang masa dan tenaga dan permikiran saja.

depa ni di bayar TB so they dont mind doing this.

zargus2702 said...

-GM said..

Dari tiga hadith diatas, kita boleh simpulkan secara berikut:

1. Mentaat pemerintah Islam sekalipun mereka berlaku zalim.

2. Dilarang memerangi penguasa Islam selagi jelas keislaman mereka (yakni solat ditengah-tengah kalian).

3. Menegur pemerintah secara private.

-grand marquis, kalu btul ape yg lu tulis nie, dah kes berat akidah lu nie..bole wa tau sape tok guru ko?..lu jgn nk brlagak pndai copy paste mane2 hadis, pastu nk claim sbg hujah bodoh lu..ketara sgt kebodohan lu kat sini skalipun lu cube ngan brsungguh2 utk tnjukkan 'kepandaian' lu..

-balik smbung mngaji lg la..

Bujang Senang said...

TiBi dgn sombongnya mendedahkan :-

Saya dapat satu komen dalam blog saya:
“"June 6, 2009 9:02 AM
Afyan said...
PAS adalah parti yang paling kuat dalam PR.
Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.
Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya.
Ini yang dapat dikesan oleh para ulama.
Dan berlakulah pertembungan sebagaimana yang berlaku pada hari ini." .

Yang tulis komen ni nama dia Afyan Mat Rawi. Dia ni Ketua Penerangan Pemuda Gombak. Dia tulis komen ni dalam blog saya untuk semua orang membacanya. Banyak lagi fitnah si Afyan ni saya boleh dedah tapi cukuplah satu ni dulu.

------------

Afyan!!! hang jangan bimbang.. apa yg hang kata tu semua nya betoi..

Semua org tahu Anwar nak jadi PM semenjak dalam UMNO lagi. Org bangang pun tahu cita2 Anwar nak jadi PM.. Kalau tak kenapa Anwar nak taja lompat parti - 16 Sepember!!!

Akhirnya TGNA keluar fatwa berdosa lompat parti., Ko nak kata apa TB??

Hanya Tibi yang bahlol ni saja nak agung-agungkan Anwar lebih dari pimpinan dan ulamak.

Aku respect Afyan ni sebab dia Ketua Penerangan.. sudah tentu maklumat yang ada pada dia adalah maklumat formal yang didapati dalam parti. Berani ambik tanggungjawab.

Dari segi maklumat, sapa yang lebih aku nak percaya?? Ketua Penerangan??? atau pencacai Anwar yang lari luaq negara..

ko Tibi, apa jawatan ko dalam parti??? tak dak pun... sembag deras.. tapi tak duduk dalam sistem jamaah pun..

ko lari ke luaq negara sebab tak dpt jadi CEO.. Dei, sume orang tahu laa..

Memang aku dah perati, PAS jadi simpang siul ni sejak Anwar jadi pembangkang.. dulu waktu Anwar sbg UMNO, aku tengok PAS harmoni je.. ko pun waktu tu tobat ko pun turut maki Anwar..

Aku sangat setuju Anwar menusuk masuk melalui proksi nya.. Antara nya Khalid Samad, Tulang Basi, Dr Dzul, Dr Mariah, Dr Lo'Lo', Ir Nizar (setakat ni dulu aku dedah)

Dan aku pun dapat maklumat, bahawa geng2 ni selalu berjumpa di Kelab House Lake Garden KL, dlm kelambu untuk nak naik kan Anwar dan jatuhkan Presiden.. Dan sblm mtg pusat, geng atas akan bertemu di tempat Dr Lo' Lo..

Ko mana tahu TB, ko lari luaq negara. KO INGAT KO SORANG JE ADA INFORMER..

Bukan Presiden tak tahu, tapi Presiden nak tengok sejauh mana bijak nya proksi Anwar nie.

Sapa punca dia... ANWAR Berahing!!! Tok Batin kpd Tulang Besi..

Jadi moral of de stori.. yg pengkhianat adalah TB dan bukannya Afyan!!

john labu said...

iyee ke...?

woi anon kat atas cepat buat laporan rasmi... buat sidang akhbar sekali yeak!!?? kasi tendang itu worang..

Tak berani lapor kalu.. lu sama itu YAHUDI.. suka suka buat itu fitna
tapi YAHUDI korang2 bawak 4 saksi, lu ada??
tada kalu lu lagi teruk dari YAHUDI

Anonymous said...

budak ni memang yahudi.. yahudi tganu.. kehkehkeh

Anonymous said...

John Labu kata:
iyee ke...?

woi anon kat atas cepat buat laporan rasmi... buat sidang akhbar sekali yeak!!?? kasi tendang itu worang..

Tak berani lapor kalu.. lu sama itu YAHUDI.. suka suka buat itu fitna
tapi YAHUDI korang2 bawak 4 saksi, lu ada??
tada kalu lu lagi teruk dari YAHUD

John Labu..hang memeang labulah..hang ni suka sgt nak jadi yahudi..kanapa yek....perangai pun lebik kurang sama...tak tahan jgn la nak join blog...john labu dah marah tu...siap suruh report..hang report la kat TB...keja hang dan TB kan suka report2..takde pun 4 saksi..report jugak..kekekeke

Grand Marquis said...

Kepada zargus2702,

Sebelum hang nak bicara, elok hang buat sikit penyelidikan dan study dulu. Bab mentaati kepimpinan Muslim dan adab menegur pemimpin dibincangkan dengan panjang lebar.

Anonymous said...

MURSHIDUL AM KITA:

Lim Kit Siang melalui buku tulisanya bertajuk, BA & Negara Islam yang diterbitkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2001. Lim Kit Siang menulis di muka surat 101 yang berbunyi, "Jaminan yang diberikan oleh Mursyidul AM PAS, Nik Aziz Nik Mat bahawa PAS mengimpikan sebuah masyarakat Islam dan bukan sebuah negara Islam. Nik Aziz memberikan jaminan ini dalam dialog beliau dengan sekumpulan Kristian - Majlis Gereja-Gereja Malaysia pada bulan Mei lalu (2001) di mana beliau menegaskan bahawa partinya mengimpikan sebuah masyarakat Islam dan bukannya sebuah negara Islam. Pemimpin-pemimpin PAS juga telah mengatakan bahawa rujukan "negara Islam" tidak wujud dalam Perlembagaan PAS."

PRESIDEN KITA:

pada tahun 2003 PAS telah menerbitkan sebuah buku berjudul Negara Islam dan prakatanya telah ditulis oleh Hj Hadi sendiri, sekali gus membuktikan bahawa PAS mempunyai cita-cita untuk menubuhkan negara Islam.

LEBIH BAIK MINTA NIK AZIZ JADI MURSHIDUL AM DAP DAN GANTIKAN DGN USTAZ HARUN DIN YG LEBIH JELAS HALA TUJUNYA.

Tulang Besi said...

Masalahnya ialah apakah maksiat yang TGHH dan Ustaz Nasha buat? Adakah kerana berbincang dengan orang Islam untuk kepentingan umat Islam dikira sebagai maksiat?
.

Mereka khianat????

Bujang Senang said...

TB malalut, dan dia kata :-

"SIlakanlah buat. Mengikut Perlembagaan PAS tiada apa-apa kesalahan yang TB buat.
Apasal kao tak sebut pasal rahsia Baiaah taklik yang Nasa dan Hasan Ali dedah dalam blog tersebut?"

----------------
TB,

Ko tunggu dan lihat, aku yakin akan ada cawangan yang akan lapor pd JK Disiplin pasal interview ko tu.. Dan aku harap-harap ko akan kene pecat dari PAS.. Boleh la ko join PKR pulak... sehidup semati dgn Anwar Berahing

faithful reader said...

TB,

I really salute you for your articles to educate the misinformed, and also for all your effort in answering to those cybertroopers. If I were put into the same situation I'd have faltered long ago, coz malas nak layan.

Keep up the good work :)

Tulang Besi said...

TB main cedok dari sini, tapi adakah perkataan ("mendirikan hukum syariat") terdapat dalam matan hadith tersebut sehingga semudah anda tafsirkan ia sedemikian? Atau ia sebenarnya hanya satu tokok tambah supaya ia menyokong agenda anda (atau orang-orang tertentu)?
.

Haaa tu la GM ni tak faham hadeeth, main tafsir ikut otak dan ikut nafsu, bukan ikut ilmu. Hadeeth tidak boleh difahamai kesemuanya dalam bentuk literal semata-mata (disebut harf). Ada aspek bahasa Arab yang kita panggil sebagai Majaz.
GM ni macam geng2 anti hadeeth yang biasa saya debat dulu. Mereka ambil hadeeth semata-mata dari HARFI dan mengikut terjemahan. Sedangkan bukan semua hadeeth boleh diambil dari “HARFI”, banyak hadeeth mesti diambil dari maksud “MAJAZ” mereka.
Semua ni ada diterangkan dalam buku Sheikh Yusuf Qardhawi bertajuk “Bagaimana Berinteraksi Dengan As Sunnah”.
Tak sangka GM dah mula rapat dengan metodologi Anti Hadeeth

Tulang Besi said...

Zargus,

Anda betul. Orang yang berada di jalan yang benar, mereka akan rendah diri dan sentiasa merujuk kepada ulama2 yang berotoriti.

GM sedar tiada ulama yang menyokong beliau, jadi mereka ambil hadeeth lepas tu tafsir ikut suka hati.

Hahahahaha.

Tulang Besi said...

GM, kao baca artikel ni.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Haaa tu la GM ni tak faham hadeeth, main tafsir ikut otak dan ikut nafsu, bukan ikut ilmu. Hadeeth tidak boleh difahamai kesemuanya dalam bentuk literal semata-mata (disebut harf). Ada aspek bahasa Arab yang kita panggil sebagai Majaz..

Persoalannya, hang rujuk ke syarah? Sumber rujukan kau tu rujuk ke kepada syarah?

kau bawak masuk kes majaz..ok tapi apasal bila debat pasal solat terawih hang ambik harfiyyah?

Tulang Besi said...

Semua cakap prayed behind him bukan berjemaah.

Bahasa Inggeris kata solat jemaah ini solat jemaah jugak.

Habis la kau buat cerita. Hadeeth pun kao nak tipu
February 18, 2010 2:01 PM

Sapa yg bersifat mcm anti hadith kat sini? GM ataupun Tulang?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Anda betul. Orang yang berada di jalan yang benar, mereka akan rendah diri dan sentiasa merujuk kepada ulama2 yang berotoriti.

Kau tu rendah diri ke Tulang?

Aku dah buktikan yg imam abu hanifah, imam syafi'e, sebahagian pengikut mazhab maliki dan imam ahmad ibn hanbal mengatakan lebih baik solat terawih berjemaah, tapi kau ambil pendapat minoriti dgn menyedari pendapat kau tu jatuh bab no. 2.

2. Imam Malik, Abu Jusuf dan sebagian dari pengikut Imam Syafi’i berpendapat bahwa lebih utama sholat sunnat tarawih dikerjakan di rumah masing-masing. Alasan mereka adalah nabi mengerjakannya terus-menerus sendiri tiap malam, kecuali hanya beberapa malam yang dikerjakan berjama’ah. Abu Bakar juga mengerjakan sendirian. Baru pada masa kekhalifahan Umar sholat tarawih dijama’ahkan yaitu pada tahun 14 Hijriah. Diantara yang mengutamakan dikerjakan sendiri adalah Alqamah dan An Nakha’iy. Selain itu mereka juga mendasarkan pada hadits berikut:
“Seutama-utamanya sholat ialah sholat seseorang yang dikerjakan di rumahnya kecuali sholat fardhu”. (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibn Umar; An Nail 3 : 60)

Tgk sumbernya: http://marogi.wordpress.com/2009/07/26/taraweh-berjama’ah/

Tgklah Tulang ambil hujah sekerat2.

GM sedar tiada ulama yang menyokong beliau, jadi mereka ambil hadeeth lepas tu tafsir ikut suka hati.

Tulang kena buktikan yg ada ulamak sokong dirinya, siapa yg bg tafsir yg boleh pulak lawan pemimpin.

Jgn jadi anti hadith dengan menolak hadith pemimpinberhati syaitan yg wajib ditaati.

Sebatang kara said...

Mungkin sahabat kanan nih, pro UMNO giler2. Tapi saya selaku manusia yang kurang ilmunya nih agak yakin jugak dengan hujah saudara (bab semayang terawih berjamaah) sebab saya berpegang pada prinsip bahawa yang hitam saya kata hitam dan yang putih saya kata putih.

Selaku penyokong PAS saya cukup malu tengok TB berhujah dengan saudara tempoh hari. TB hanya berhujah dengan pakai logik akal fikiran semata-mata.

TB telah tertelan dengan hujah beliau sendiri. Alamak cirit-birit lah TB cari idea nak hujah tu.

Anonymous said...

Sahabat Kanan

Mungkin sahabat kanan nih, pro UMNO giler2.

Pro UMNO tak juga..apatah lagi pro -UMNO giler2..

Tapi, saya anti Anwar, anti-PKR, anti puak2 penipu dalam PAS tak kisah Erdogan ke geng2 hj hadi.

Selaku penyokong PAS saya cukup malu tengok TB berhujah dengan saudara tempoh hari. TB hanya berhujah dengan pakai logik akal fikiran semata-mata.

Terima kasih kerana rasional dalam memberikan sokongan. Kalau saya tak betul, tegurlah juga saya.

Melihatkan jawapan Tulang, membuatkan saya terfikir berulang kali, jikalau ada debat isu2 ugama, adakah saya mahu masuk campur atau tidak, sebab Tulang kira nak menang, walaupun benda itu benda yg tak betul dan boleh merosakkan aqidah.

Cnth yg paling mudah ungkapan Tulang besi:

Jangan percaya kepada UMNO hatta orang UMNO kata Tuhan tu satu.

Orang yang ikhlas ugama takkan gamak cakap benda2 karut, benda kufur lagu ni.

Sebatang kara said...

Jangan percaya kepada UMNO hatta orang UMNO kata Tuhan tu satu.

Saya jugak tidak berpuas hati dengan kenyataan TB tersebut walaupun kebencian saya kepada UMNO melebihi tahap gaban. Sebagai ummat Islam kita mesti berpegang kepada prinsip kebenaran walaupun kebenaran tersebut keluar dari mulut syaitan sekalipun.

Anonymous said...

TB dah nak hampir murtad disebabkan taksubnya kpd Paktan Rakyat.

Pada dia PR adaklah sebuah agama baru yang perlu dia berpegang dan beriman dgnnya.

Anonymous said...

TB, aku rasa sebillion tulisan kau utk putuskan PAS dgn UMNO, rasa2 sampai kiamat pun x boleh. Pasal ahli PAS dan ahli UMNO terdiri dpd orang yang sama, Melayu, Islam, saudara-mara, adik-beradik, mertua, menantu ipar duai..Tapi nk berkahwin dgn DAP x akan boleh selagi DAP tk mahu peluk Islam dan jangan pula minta PAS utk jadi murtad atas tujuan utk perkahwinan dgn DAP ini. Aku percaya, walau sebenci manapun TB dgn UMNO, TB masih pergi kenduri jemputan ahli UMNO, sama2 berjumaat dgn UMNO atau mungkin juga TB sudah putus dunia akhirat dgn UMNO dan hanya berjumpa dgn DAP di tokong2 atau gereja sebab di sana shj mereka berada.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Aku percaya, walau sebenci manapun TB dgn UMNO, TB masih pergi kenduri jemputan ahli UMNO, sama2 berjumaat dgn UMNO atau mungkin juga TB sudah putus dunia akhirat dgn UMNO

Cam mana dia nak pi kenduri org UMNO , solat jumaat dgn org UMNO kalau dok merempat kat Indon?

Itu sebab dia ni tak layak cakap pasal politik malaysia sebab dia buat onar2 mcm2, bukan dia rasa pun kesannya..yg nak rasa ni kita...yg sokong dia tu..pikir2la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.