Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, February 21, 2010

Pembangkang perlu contohi Hadi - Muhyiddin Yaasin Share

NOTA EDITOR: Artikel ini ditujukan kepada mereka-mereka yang mengatakan agenda Kerajaan Perpaduan telah tamat.. Kenyataan Presiden itu boleh dibaca di sini. Mungkinkah ini satu sebab Presiden tidak pernah meluangkan waktu melawat Anwar Ibrahim di mahkamah sepanjang perbicaraan beliau. Hanya Tok Guru Nik Aziz sahaja.

Lagi satu, kalau macam ni kita wajib TOLAK pertolongan George Galloway dan MP2 parti beliau yn telah cuba membantu Gaza baru-baru ini.

Bayangkan kalau Presiden PAS difitnah Liwat seperti Anwar, dan tiba2 MP2 dari Australia, New Zealand, Britain dsbnya bangun menyokong Presiden. Adakah ahli PAS mahu menolak sokongan mereka?

TIndakan MP2 Australia itu adalah tindakan menentang kezaliman. Walaupun tampak seperti campur tangan, tapi dari segi moralnya, tindakan mereka itu patut disokong. Mengapa? kerana dahulu Tok Guru Haji Hadi sendiri mengajar saya bahawa kezaliman patut ditentang dengan apa cara sekalipun.

UMNO kepananasan. Tekanan internasional ini terlampau besar ke atas UMNO sehingga mereka terpaksa menangguhkan kes ini selama sebulan. Ingat atau tidak sewaktu Najib pulang dari lawatan ke Timur Tengah, tiba-tiba sahaja kes Anwar ditangguh sebulan. Ini kerana boleh dikatakan kesemua pimpinan negara Timur Tengah telah memaki Najib dan mendesak Najib melepaskan Anwar Ibrahim. Pemimpin Timur Tengah paling lantang adalah Erdogan. Saya dapat cerita HAMAS pun maki Najib pasal isu Anwar dan maki Zahid Hamidi pasal jumpa Presiden Yahudi.

Itu yang Muhyiddin LEGAAAA bila Presiden PAS berkata begini. Saya berharap sangat Presiden PAS menukar pendirian ataupun memberi keterangan baru kepada penerangan ini sebagai melindungi imej PAS itu sendiri di mata rakyat Malaysia.

Tulang Besi

Pembangkang perlu contohi Hadi - Muhyiddin Yaasin.
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak sebarang campur tangan asing termasuk perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan pucuk pimpinan parti itu tidak sehaluan dengan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap yang sama sepatutnya ditonjolkan oleh pemimpin pembangkang lain apabila sesuatu isu itu menyentuh mengenai kedaulatan negara.

“Pendirian sebegitu harus menjadi contoh kepada pemimpin pembangkang yang lain. Jangan dalam soal berkaitan kedaulatan negara pun ia mahu dipolitikkan sehingga timbul tanggapan yang ketara berbeza.

“Sepatutnya apabila berkait dengan kepentingan nasional, pendirian yang sama perlu diambil dan ia sesuatu yang kita hormati jika pemimpin bersikap begitu (tolak campur tangan asing),’’ katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Abdul Hadi yang menentang campur tangan asing termasuk dalam perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Semalam Abdul Hadi menegaskan, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia tidak rela menjadi mangsa campur tangan pihak asing dan atas alasan itu, Pas akan bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara.

Mengulas lanjut Muhyiddin memberitahu, sebagai sebuah negara demokrasi, Malaysia tidak memerlukan sebarang campur tangan asing.

‘’Kita ada sistem yang menjadi tonggak kepada amalan demokrasi dan para pemimpin (tempatan) juga perlu mengikut prinsip yang sama,’’ jelasnya.

Baru-baru ini, seramai 50 Ahli Parlimen Australia meminta supaya kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Anwar atas alasan kononnya pendakwaan itu memalukan sistem demokrasi negara.

Desakan itu dibuat kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, Datuk Salman Ahmad melalui sepucuk surat rasmi bertarikh 11 Februari lalu sambil menyatakan mereka perlu menyokong pemimpin pembangkang itu.

58 comments:

Rosli said...

Presiden Pas memang berharap Anwar dipenjarakan supaya beliau boleh ambil alih ketua pembangkang dan seterusnya jadi PM. Muka tak malu, hidung tak mancung, pipi tesorong-sorong.

Layak ke si lembab tu jadi PM? Aku tak boleh nak bayangkan bila silembab jadi PM yang lebih lembab dari pak lah

Anonymous said...

salam,,

malam tadi saya tak semapat unruk ke s.Alam, ramai tak pri sembahyang hajit malam tadi?

Anonymous said...

salam. presiden Pas ni TGH ni, tak sebijak allahyarham ust Fadil Nor.... dah lembab , ada gang tganu pulak... dan tak pandai strategi psekitaran ....patut sokong hassan anak pak ali bagai nak rak.....sebab nak btk krjn perpaduan.....dapat jadi mB selangor ....dia nak jadi PM kot.... blh ke.... ini menyebabkan pyokong grst root bertaburan ... sebab orang atas tmasuk ust nasa nak jawatan .....mereka dah pakai kereta besar besar grst root masih naik basikal tua .... ke masjid dan surau.....jgn tipu rakyat.... ingat phitungan di akhirat ..... pecat aje presiden lembab ....ni ... Pas perlukan akited strategi....

Anonymous said...

alahai..
1.ada ka!puak pencuri!dok bagi nasihat!dok teguq oghang yang nak dakwa orhang yang dituduh mencuri!!
boleh percaya ka!!
2.Hadi awang dah sedaq!dah insaf!nyesal tak sudah kerana "amanat" dia!!dia nak pebetui balik!!
3.Hangpa dengki buat apa!!!

Tamingsari said...

Asalamualaikum,

Malaysia bersedia menerima kerjasama dan bantuan dari mana2 negara yg berniat baik dengannya. Malumlah kita negara kecil. Kita juga beri bantuan pada negara lain dalam perkara yg kita punya kepakaran. Malaysia menghormati pandangan negara lain selagi kita tdk kelihatan dicuck hidung.

Rakyat tdk bersetuju sekiranya kerajaan mempengaruhi keputusan mahkamah sungguhpun undang2 dan sistem kehakiman ditubuhkan oleh kerajaan. Ini kerana kita mahu mahkamah bebas dari segala bentuk gangguan.

Malangnya, dalam kes Anwar ada pula kempulan rakyat yg setuju campur tangan kerajaan luar untuk mempengaruhi sistem keadilan kita.
Kumpulan ini sepatutnya terus memperjuangkan kebebasan mahkamah dari sebarang gangguan.

Sekiranya semua tuduhan dianggap fitnah, dan desakan dari luar untuk menggugurkan tuduhan dipatuhi lebih baik kita mansuhkan semua undang2. Ada aduan polis, ada siasatan, ada kes, ada yg kena tuduh, ada pendakwaan maka ada perbicaraan.

Memang susah untuk terima kenyataan
bila orang yg disanjung dan disayangi dituduh dgn kesalahan jenayah. Kumpulan peguambela Anwar adalah yg termahal dan terbaik di negara ini. Kalau benar tuduhan ini satu fitnah, peguambela Anwar dgn mudah akan membuktikannya. Peguambela cukup suka dgn tuduhan yg berbau fitnah sebab senang nak menang.

Sebenarnya, penyokong takut kehilangan pemimpin yg berkaliber. Itu saja.

Tok Guru Hadi berkata atas dasar kedaulatan negara. Negara yg berdaulat tdk akan membenarkan mana2 negara mencampuri hal dalaman negara. Bila PAS memerintah negara dan hendak laksanakan HUDUD tiba2 terdapat desakan negara2 luar supaya menggugurkan HUDUD adakah PAS akan patuh? Jangan lupa, barat menganggap potong tangan, pancung dan lain2 sebagai zalim, kejam, kuno dan tdk bertamadun!!!

HADI BETUL.

sam raspiut said...

tengoklalah isu apapun yg agak2 besaq dan penting pd pas dan pr.. tuan prepsidin kita misti lembab lesu nak komen atau langsung tak komen.

tengoklah isu-isu melibatkan nizar dan kjaan pr perak, isu hasan & geng, isu khalimah dsbgnya..

tetapi.. bila tang isu anwar, perhh laju dan bersemangat. mungkin itulah caracara menunjukkan semangat setia kasih dia kat umno..
jauh-jauh di mata, dekat-dekat dihati sayanggg..

Tulang Besi said...

Bila kita semua buat qunut nazilah untuk Gaza, kita tak hormat kedaulatan Gaza?

Anonymous said...

alahai..
1.cuba hangpa renung balik!kes anuar yang pertama dulu!!tiap-tiap hari!!puak alumini MCKK!!pakat beratoq bagi sokongan!tiap-tiap hari!!la ni depa pi mana!!sibuk atau depa dah tak yakin pada anuar!!
2.pasai apa bekas setiausaha agong PKR juga tinggaikan anuar!dia seangkatan anuar kat MCCK!!Puak MCKK dok senyum kambing jee!ikuti kes liwat anuar nii!!kecuali Tukar Tiub jeee!!
3.Kalau betuii!tak kan tak boleh nak cakap tak betuii!!prinsip apa yang hangpa pakai nii!!Sokong membawa rebahla puak hangpa nii!!
4.Tetap yakin hadi awang melakukan perkara yang betuii dengan perkara ini!!

Grand Marquis said...

Cuba bayangkan kalau Nik Aziz yang kata. Mungkin TB akan kata, Nik Aziz hero Malaysia kerana berani menghambat segala cubaan campur tangan asing. Tapi malangnya yang cakap tu adalah Hadi.

Kalau kita tolak politik sebelah dan lihat insiden ini secara objektif, kita akan bersetuju bahawa tindakan 50 mp Australia adalah tindakan yang amat memalukan. Tidak sepatutnya sebuah negara asing campurtangan dalam urusan perundangan negara lain, apatah proses undang-undang masih berjalan dan mematuhi segala prosedure. Menyuruh mahkamah menggugurkan tuduhan sama seperti menyuruh supaya penjenayah jangan dibicarakan. Apakah mereka nak Malaysia menjadi negara yang beramalkan hukuman rimba?

Lebih memalukan ialah ada orang Malaysia yang setuju dengan tindakan mereka. Ini menunjukan mereka ni tiada jati diri, tiada maruah sehingga semudah tunduk pada desakan luar. Orang seperti ini akan mudah menjual negara pada orang asing.

Amat malang kita lihat sikap TB sedemikian. Dia tidak tahu mana lebih penting, negara atau hizbinya. Asalkan benda tu dibuat oleh hizbinya maka ia betul dan kalau dibuat oleh orang lain, ia tak betul.

Apakah bila PAS buat hudud nanti, hukumannya perlu digugurkan kerana desakan 50 mp Australia? Kita akan tahu hipokrisi TB kalau dia betul-betul menjawab soalan ini.

Anonymous said...

hj hadi bukan jenis buta perut macam nik ajis,NIK AJIS bolih mu tipu nuar dan orang otak sewel serupa puak mu bolih lah kelentong.la ni ramai orang mikir pakai otak bukan pakai pala lutut.

Grand Marquis said...

Mentaliti membiarkan orang asing campur tangan dalam urusan negara kita ialah mentaliti pak kaduk. Biar menang sorak kampung tergadai.

Orang seperti ini adalah penyembah hawa nafsu. Kalau kita kaji sejarah nabi S.A.W., tidak pernah Nabi S.A.W. meminta bantuan asing walaupun umat Islam zaman itu diasak oleh kaum kafirun yang ramai. Orang macam TB ni cakap aje Islam lebih, belum apa-apa dah nak terima bantuan penyokong-penyokong gay.

Ini lagi satu bukti yang TB ni jahil sirah dan politik Islam.

Tulang Besi said...

Delete
Blogger Grand Marquis said...

Mentaliti membiarkan orang asing campur tangan dalam urusan negara kita ialah mentaliti pak kaduk. Biar menang sorak kampung tergadai.

Orang seperti ini adalah penyembah hawa nafsu. Kalau kita kaji sejarah nabi S.A.W., tidak pernah Nabi S.A.W. meminta bantuan asing walaupun umat Islam zaman itu diasak oleh kaum kafirun yang ramai. Orang macam TB ni cakap aje Islam lebih, belum apa-apa dah nak terima bantuan penyokong-penyokong gay.
.

Bukan Nabi SAW adakan pakatan politik dgn kabilah2 yang musyrik?

Juga, tindakan MP2 Australia dari segi moral adalah tindakan yang mulia.

Kenapa tak iktiraf perkara tu>?

Anonymous said...

alaahi..
GM,
1.Hang debat pada point jee!dalam entry ni!bab anuar !salah atau tidak!dan bab pendirian hadi awang dalam isu!!
2.kalau hang layan TB!dia akan pusing menghata tempat!melalut!last sekali anti babi akan mai!!
3.Pusing!pusing!melilau ghataa!!macam yang dah lepas!!
4.hang perasan tak!idea TB!dia akan bawa bab apa!umno tak ikut islam!kebaikan DAP!keburukan puak hadi awang!!kes anuar!itu jee!modaii dia!!
5.debat punya debat!maki punya maki!last sekali!macam yang dibincangkan dalam entry yang lepas jee!!
6.Bincangla bab yang ilmiah sikit TB oiii!

sam raspiut said...

Grand Marquis said...

Mentaliti membiarkan orang asing campur tangan dalam urusan negara kita ialah mentaliti pak kaduk. Biar menang sorak kampung tergadai.

Orang seperti ini adalah penyembah hawa nafsu. Kalau kita kaji sejarah nabi S.A.W., tidak pernah Nabi S.A.W. meminta bantuan asing walaupun umat Islam zaman itu diasak oleh kaum kafirun yang ramai. Orang macam TB ni cakap aje Islam lebih, belum apa-apa dah nak terima bantuan penyokong-penyokong gay.

Ini lagi satu bukti yang TB ni jahil sirah dan politik Islam.
February 21, 2010 3:59 PM


salam,
masa orang islam diasak kafir Quraish mekah, nabi telah menghantar sebahagian orang islam yg jadi sasaran ke Habsyah, yg ketika itu Rajanya penganut kristian.. tu nak panggil apa?

ini bukan pasal minta bantuan, tetapi pasai mendengar pandangan..

Nabi sendiri pernah menghantar wakil wakil ke negara jiran yg menzalimi rakyatnya yg islam dan memberi kata dua, tunduk pada islam atau berperang...

kalau kita hanya melenting hanya kerana hal sedemikian maka bolihlah anggap umat islam malaysia ni terlalu sensitif dan primitif dalam isu-isu keadilan sejagat..

Anonymous said...

alahai sam..
"Nabi sendiri pernah menghantar wakil wakil ke negara jiran yg menzalimi rakyatnya yg islam dan memberi kata dua, tunduk pada islam atau berperang..." sam.

1.hang dah bagi jawapan!hang soal buat apa!
2.Yang bagi nasihatla puak gay!!bukan macam kenyataan hang diatas!!
3.alahai sam!!jangan tunjuk yang kita tak taula pulak!!hang tak tau kot apa yang hang tulihhh!!nanti kalau hang macm ni!kuli hang kecah hang nanti!!

Anonymous said...

alahai..
1.Ada ka pulakk!!sam ni!banding nabi dengan puak Gay!!
2.sapa yang tarbiah hang ni!!
3.Aku ingat!umno! bukan!pas! pun bukan!!
4.PKR kot!!

sam raspiut said...

makna campur atau tidak urusan orang bertitik tolak pada keadilan..

bukan pada dasar assobiyyah!! jumud atau bebal.. salah tetap salah

sam raspiut said...

kalau ikut bacaan umno atau ug.. gay pun takpe asal sokong depa. cuba tengok berapa ramai gay keluar dan iktiraf kat TV umno.. sokong umno cam sokong gay jugak la..

sam raspiut said...

maknanya orang campur hal kita ok.. kita ceck pointnya.
ada masa kita campur hal orang, orang ceck point kita..

itu asas dakwah beb... kaum ugmno memang tak dakwah, depa pandai brainwash@wala' je..

zakwan said...

Coming from a country that propagates same sex marriage,Australian MPs hav no credibility in demanding a halt 2 this sham trial

Then again,i can see UMNO n their dogs cowering in fear 4 Anwar's trial which has attracted worldwide attention will put Malaysia off the map 4 potential investors

Malaysia is afterall a country where sexual acts can occur without penetration

How about UMNO Youth protesting Anwar's support by Dr Syeikh Yusof Qardhawi or those 50 or so Muslim scholars from the US who sent Pak Lah 2 years ago,a protest letter demanding the government 2 put a stop 2 this politically motivated accusations on Anwar?

Now 2 all UMNO ass kissers,I would like 2 ask,if Najib is heckled by PR,where he is accused of murdering Altantuya,would u cheer the international community(Australian MPs,ulamaks n all)if they sent a memorandum 2 back Najib as a credible n honest leader as well as a pious Muslim?

Grand Marquis said...

TB kata:
Bukan Nabi SAW adakan pakatan politik dgn kabilah2 yang musyrik?

Adakah ini standard qias TB? Pakatan politik adalah perjanjian damai. hari ni pun kita ada pakatan politik dengan negara lain yang kafir.

Campur tangan ni isu yang lain. Adakah kerana ada pakatan, bererti orang boleh campur urusan kita? PAS pun ada pakatan politik dengan DAP, tapi adakah itu bererti DAP boleh campur urusan PAS?

Sam pula berkata:
masa orang islam diasak kafir Quraish mekah, nabi telah menghantar sebahagian orang islam yg jadi sasaran ke Habsyah, yg ketika itu Rajanya penganut kristian.. tu nak panggil apa?

Ini suaka politik. Bukannya campurtangan politik. Korang ni kerja spin aje semua isu sampai sirah pun korang nak spin.

Lagi satu, korang ni asyik kata 50 MP patut campur sebab ia melibatkan isu keadilan. Masalahnya benda pun tengah bicara lagi. Anwar di beri peluang upah peguam terbaik di Malaysia dan segala DNA specialist. Adakah itu kira tak adil?

Yang tak adilnya ialah sebelum bicara dah gugur kes sebab desakan orang luar. Apakah ini standard PAS bila laksanakan hudud kelak?

Saya nak tanya TB dan geng korang. Apakah bila PAS buat hudud, hukuman nanti akan digugurkan bila ada 50 MP luar mendesak supaya ia digugurkan?

Anonymous said...

Saya nak tanya TB dan geng korang. Apakah bila PAS buat hudud, hukuman nanti akan digugurkan bila ada 50 MP luar mendesak supaya ia digugurkan?


TB & Rosli & sam raspiut & anti babi % nizam mahmud ....sila jawab...hang posting pasal hudud..pahtu diam joo..dah la refer lapuran utusan melayo..apasal tak pi jgk kat harakah daily..ada penjelasan presiden hang....rujukla sumber..jadilah blogger yang ada integreti...apa la lu..satu parti pun gaduh2 ko..kasi malu jo..

Tulang Besi said...

Mana ada 50MP Australia tu persoalkan undang2 liwat kita.

Mereka mempersoalkan KES ANWAR sahaja.

Pegi baca balik kenyataan mereka.

Anonymous said...

TB kata :
Mereka mempersoalkan KES ANWAR sahaja.


TB..hang ni dah tahu..wat tak tau plak..kes anwar kan kes liwat...apalah lu..soal kes anwar..soal kes liwat la..apa bangap sgt lu..wat malu anwar la...

Anonymous said...

Apa ni gaduh2 ni. Knyataan HH kalau dibaca beliau kata kehakiman kita mesti di yakini, br org luar tidak pertikaikan sistem kehakiman kita.dlm masa yg sama beliau tidak setuju la org lain msk campaur dlm urusan dalaman kita. kedaulatan kita amat penting dijaga. bukan dilondeh sewenang-wenangnya krn sayang si NUAR..

hujah dangkal TB ni ada hati nk buat aduan salah laku pas,,mcm mn nk jd ceo ni,,pendek sgt pemikiran ni..ko rela negara luar cmpr tgn dlm isu nuar,,lps ni dia msk campur lagi dlm kes lain..

-besi tembaga

malaysiabaru said...

malaysiabaru.com said

DULU SIAPA YANG MENJAHANAMKAN BARISAN ALTEWRNATIF KALAU BUKAN SI MANGUKUK HADI PIN ... KETUA SEGALA AJARAN SESAT DI MALAYSIA

HADI PIN TERPENGARUH DGN UMNO YANG ANWAR MEMANG 'KAKI LIWAT' AKAN MSAYUK JEL

GERBADUH DGN DAP DGN RETORIK SEBAT SULA POTONG TANGAN...

HADI PIN KETUA BAGI AHLI PAS YANG TERAMAT AMAT SGT BODOH !

Rahimi said...

tulang besi..saya setuju dgn anda..selain kumpulan UG yg perlu dibersihkan macamana pulak saudara nizar..saya sebelum ni saya sokong dia..tapi apabila saya lihat clip utube yg dlm persidangan dewan undangan negeri yg dia menafikan pas akan menubuhkan negara islam dan penubuhan negara islam tiada dlm perlembagaan pas..dan mendpt tepukan gemuruh dari DAP .ini dah melampau..saya rasa dia jugak perlu dibersihkan.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

masalahnya tindakan ahli parlimen australia tu boleh backfire PR/anwar balik... lihat bagai mana media msm spin isu ni utk org luar bandar (melayu/cina/india) utk membenci PR/Anwar... cuma keberkesanan usaha media msm ini je yg tak dapat dipastikan... yg nyatanya harakah, seruan keadilan dan roket susah didapati di kawasan kawasan luar bandar untuk counter MSMni disamping keluarannya adalah terhad 2 kali seminggu....

pikir la strategi sikit....

lagipun memang terdapat perubahan didalam umno iaitu style pak lah kepada style najib... cuma perubahan ke arah baik ke buruk... aje yg kita perlu nilaikan...

dan jika perubahan itu baik... baik utk siapa.. utk bn/umno atau utk PAS/PR??? rasanya TGHH maksudkan ialah baik utk PR....

Tinta Hitam said...

TB,

Sebenarya tiada sesiapa pun yg nak campurtangan.MP MP Australia tu cuma menyuarakan pandangan mereka sebagai individu atau sebagai NGO.Ianya bukan suara rasmi Kerajaan Australia.Perkara biasalah pemimpin UMNO ni berbohong memanjang.

lagi satu TG Hadi kata kuasa asing toksah masuk campur dlm urusan Malaysia tu betu la.Sapa pun akan cakap begitu bila ditemuduga.Tapi kena tgk balik apa yg TG Hadi kata lagi selepas itu.Sila rujuk harakah keluaran 22-25 Februari 2010.Ada disiarkan temuduga beliau secara detail.

Aku sebenonya bila UMNo ckp ni aku akan cencored berlapi lapis sebab lidah depa tu mmg bercabang banyak,lebih banyak dari ular

Anak Perelih said...

ni dari blog Khalil idham lim - cina islam.... takkan khalil idham lim pun geng UG??????

Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS
http://idhamlim.blogspot.com/2010/02/utusan-malaysia-putar-belit-kenyataan.html

dlm malaysiakini pun ada penjelasan TGHH..

sam raspiut said...

Grand Marquis tanya...

Orang seperti ini adalah penyembah hawa nafsu. Kalau kita kaji sejarah nabi S.A.W., tidak pernah Nabi S.A.W. meminta bantuan asing walaupun umat Islam zaman itu diasak oleh kaum kafirun yang ramai.


aku jawab:

salam,
masa orang islam diasak kafir Quraish mekah, nabi telah menghantar sebahagian orang islam yg jadi sasaran ke Habsyah, yg ketika itu Rajanya penganut kristian.. tu nak panggil apa?

Grand Marquis jawab balik;

Ini suaka politik. Bukannya campurtangan politik. Korang ni kerja spin aje semua isu sampai sirah pun korang nak spin.


betul-betul Grand Spin la marquis ni!!

Grand Marquis said...

masa orang islam diasak kafir Quraish mekah, nabi telah menghantar sebahagian orang islam yg jadi sasaran ke Habsyah, yg ketika itu Rajanya penganut kristian.. tu nak panggil apa?

Sila nyatakan dimanakah Nabi S.A.W. ada meminta raja habsi itu membantu orang Islam. Nabi S.A.W. hanya menyuruh orang Islam ke saya kerana beliau tahu, raja habsi ni seorang raja yang adil. Namun begitu, tidak pernah dicatatkan nabi pernah minta apa-apa bantuan dari raja Habsi tersebut.

Tulang Besi said...

masalahnya tindakan ahli parlimen australia tu boleh backfire PR/anwar balik... lihat bagai mana media msm spin isu ni utk org luar bandar (melayu/cina/india) utk membenci PR/Anwar... cuma keberkesanan usaha media msm ini je yg tak dapat dipastikan... yg nyatanya harakah, seruan keadilan dan roket susah didapati di kawasan kawasan luar bandar untuk counter MSMni disamping keluarannya adalah terhad 2 kali seminggu.....

Ia akan backfire kalau kita secara terbuka menyatakan sokongan pada tindakan MP2 Australia tersebut.

Tapi, stkt ni Anwar senyap sahaja.

Pada waktu yang sama, kalau kita kondem tindakan MP2 tersebut, ia akan backfire juga di kalangan penyokong2 kita.

Tulang Besi said...

Cuba bayangkan kalau Nik Aziz yang kata. Mungkin TB akan kata, Nik Aziz hero Malaysia kerana berani menghambat segala cubaan campur tangan asing. Tapi malangnya yang cakap tu adalah Hadi.
.

Tak tu tak betul. KAu memang pembohong, GM tak ori.

Kau UMNO jadi bohong tu darah daging kau.

sam raspiut said...

Sila nyatakan dimanakah Nabi S.A.W. ada meminta raja habsi itu membantu orang Islam. Nabi S.A.W. hanya menyuruh orang Islam ke saya kerana beliau tahu, raja habsi ni seorang raja yang adil. Namun begitu, tidak pernah dicatatkan nabi pernah minta apa-apa bantuan dari raja Habsi tersebut.

bermakna nabi memberi ruang pada keadilan @ percaya, walaupun pada raja Habsi.. nabi open mainded ma..

Tulang Besi said...

saya sebelum ni saya sokong dia..tapi apabila saya lihat clip utube yg dlm persidangan dewan undangan negeri yg dia menafikan pas akan menubuhkan negara islam dan penubuhan negara islam tiada dlm perlembagaan pas...

Apa salahnya cakap Nizar tu? Kao dah baca ke perlembagaan PAS?

Anonymous said...

alah.. tulang besi ni kan dulu kutu UMNO sebab tu lah rujukan dia Utusan Malaysia.. apa lah.. tak caya tengok saja posting dia yg lain, semua rujukan dia dari berita rasmi UMNO,talibarut UMNO lah tu klu nak kenal, klu tak caya sure lepas ni dia bersumpah (tiru style si sipu) kata dia bukan talibarut UMNO.

biar ah dia nak kata ke TGHH pun mmg kerja UMNO pun gitu, penyambung lidah Utusan kata kan..

tektik dia kita leh baca dah, Utusan akan memutarbelik kenyataan dari PAS agar nampak PAS menyokong UMNO, dan rakyat nampak UMNO betul, kemudian TB dan rakan2 sewaktu dgn dia akan mengulas pulok berita Utusan seolah2 PAS ni lari dari perjuangan supaya hilang sokongan kepada PAS.

Biarkan lah dia.. dia frust lagi tu tak dapat jd CEO

Bujang Senang said...

Aku sebenaQ nya nak perhati je kebodohan TB ni..

Bila perhati lama-lama, nampak sangat TB secara tak langsung dah tak yakin pada tok batin dia.. ANWAR BERAHING!!

TB, Kalu betol ko yakin Anwar clean, kenapa nak tunggu dan harap campurtangan org luaq!!

lawan la sendiri. guna la blok ko nie untuk yakinkan masyarakat bahawa Anwar tak salah.

Dulu masa mahkamah persekutuan tolak kes liwat 1 Anwar.. ko yakin pulak dengan sistem kehakiman..

tiba2 sekarang ko dah tak yakin Anwar buleh lawan..

Dan nak begantung pada orang putih sebagai penyelamat.. Pasai apa???? sebab ko sendiri yang dah tak yakin dgn tok Batin ko tu. ANWAR!~

Ko sendiri dah mula kata Anwar dah besalah, sbb tu ko perlukan Kangaroo Australia tu.

Kat Mat Saleh ko letak mcm hero, tapi kat ulamak dan pimpinan parti ko ragu2 yg melampau.

Ko la pengkhianat!!!

Anonymous said...

TB kata :
Ia akan backfire kalau kita secara terbuka menyatakan sokongan pada tindakan MP2 Australia tersebut.

Tapi, stkt ni Anwar senyap sahaja.

Pada waktu yang sama, kalau kita kondem tindakan MP2 tersebut, ia akan backfire juga di kalangan penyokong2 kita.


TB...sah la anda ni lihat pada keuntungan dan kepentingan diri sendiri sahaja..bukannya kebenaran...wat salah..tak wat salah...baik hang duk diam je...camne nk merintah..no decision making...elok la duk maintain cam ni jo..

Anonymous said...

TB kata :
Apa salahnya cakap Nizar tu? Kao dah baca ke perlembagaan PAS?


TB...so apa yang betul cakap nizar ni..apa yng untung dgn statement nizar ni...dah sah le..hang bukan serius sgt pasal hudud ni...duk penting tabung bantuan guaman kau je..kalu nizar tak nak..kau pun tak nak..elok la kawan dgn dap tu..baru la sepadan...aku rasa la yang untung dap la..bukan TB dan nizar

Anonymous said...

sam raspiut kata :
bermakna nabi memberi ruang pada keadilan @ percaya, walaupun pada raja Habsi.. nabi open mainded ma..



patutnya tak payah nak ulas sam raspiut..tp kesian plak..hujah kosong..

Nabi memeang open mindend..tapi hang dan TB closed minded...keadilan apa nya..peguam anwar kan paling best di malaysia..pengerusi dap tu..penyokong anwar kan paling ramai kat malaysia..siap buat ceramah kat court tu..mana ada kat negara lain..ahli mp kan banyak yang sokong anwar..tu duk tunggu 16 sept tu..tak mai jgk...last2 hilang satu kat penang ada la...negara lain kan banyak yang sokong anwar..turki la..us la..australia la..yusof qardawi la..ini kan semua tak dirasai oleh sahabat nabi yang pergi kat habsyah tu..tapi anwar tuhan bagi banyak sangat limpahan rezeki..tapi tak syukur ..tak apa la dugaaan..atau balasan..sebab riak sangat...

Grand Marquis said...

bermakna nabi memberi ruang pada keadilan @ percaya, walaupun pada raja Habsi.. nabi open mainded ma..

Sam, hang nak spin ke mana ni? Orang tanya, dimanakah nabi S.A.W. pernah minta bantuan raja Habsi. Hang ni pi sampai keadilan @ percaya buat apa?

Masalahnya ialah adakah tindakan 50 mp australia tu adil? Apa yang dia orang tau pasal kes Anwar sampai melayakkan mereka untuk suruh gugur tanpa bicara?

Bujang Senang said...

TB ngaku :-
"Pada waktu yang sama, kalau kita kondem tindakan MP2 tersebut, ia akan backfire juga di kalangan penyokong2 kita"

---------------
Woi TiBi,

sejak bila pulak ko dah mula berkiblat ke org puteih ni hah!!

Aku tak nampak langsung pasai apa kangaroo nie akan dan boleh bg "api kat buntut" ("back fire" la tu) pd aku sbg org malaysia..

dulu waktu amareka (US) campurtangan kat Iraq, Afghanistan.. kita bantah habis habisan!!

Kita turun demo!! (kecuali ko yg lari ke luar negara).

Kita bertembung dgn FRU (kecuali ko yg lari ke luar negara sbb kecewa tak dpt jadi CEO)

Kita beceramah menentang US (kecuali ko yg tak ikut serta program tapi berkokok mcm ko mastaermind parti)..

Tapi skarang ni, ko setuju pulak campurtangan kangaroo ke dalam urusan malaysia.

Ko nak tahu pasai apa ko jadi gitu???

Sbb ko kecewa ko tak dpt jadi CEO kat negeri ko sendiri!!

Ko dok berharap, kalu Anwar Berahing jadi PM, maka khalid samad akan jadi Menteri, dan maka ko pun akan dilantik sebagai setiusaha akhbar menteri..

Ko tak usah tipu public la.. ko pun ada udang disebalik blog ko nie..

Tulang Besi said...



sejak bila pulak ko dah mula berkiblat ke org puteih ni hah!!

Aku tak nampak langsung pasai apa kangaroo nie akan dan boleh bg "api kat buntut" ("back fire" la tu) pd aku sbg org malaysia..

dulu waktu amareka (US) campurtangan kat Iraq, Afghanistan.. kita bantah habis habisan!!
.

Jadi kalau kita boleh bantah dia dulu, sekarang mereka boleh bantah kita

faizal said...

salam..

apa pun pandangan dan perbezaan yang penting kedaulatan negara terus didokong..bayangkan kiranya PR memerintah pasti kita sbgai penyokong akan membantah negara luar campur tangan dalam urusan negara kita..

sedih melihat penyokong PR yg semakin berani menghina pemimpin mereka sendiri.ini dikatakan membawa perubahan..

jangan menilai buku melalui kulit..
kita nie manusia yang lemah tak boleh tahu buruk baik seseorang itu..biarkan mahkamah menentukan.. kita ambil sikap tunggu dan lihat bagaimana proses itu berlaku..jangan percaya pada khabar angin tetapi berpegang pada fakta..

Sebatang kara said...

Salam semua,

Sebelum TGHA kuarkan kenyataan beliau, saya juga ada pandangan saya sendiri. Saya berpendapat sebagai negara berdaulat, kita tidak boleh biarkan kuasa asing masuk campur hal ehwal negara kita. Soal kita memberikan sokongan kepada pihak Palestin samada kita campurtangan hal ehwal dalaman mereka itu tidak boleh disamakan dengan negara kita kerana mereka telah diperintah oleh entiti haramjadah Israel. Seluruh dunia Islam tidak menghalalkan negara Haram Israel.

Berbalik kepada isu DSAI. Saya yakin 100% beliau tidak bersalah tetapi biarlah sistem undang-undang kita yang melepaskan beliau. Jika undang-undang kita tidak berlaku adil, pandai-pandailah kita usahakan alternatif lain tetapi jangan sekali-kali biarkan campurtangan asing. Walaubagaimanapun saya ucapkan ribuan terimakasih atas kepada 50 orang MP Australia atas sokongan tersebut.

Sebatang kara said...

Tulang Besi said...
saya sebelum ni saya sokong dia..tapi apabila saya lihat clip utube yg dlm persidangan dewan undangan negeri yg dia menafikan pas akan menubuhkan negara islam dan penubuhan negara islam tiada dlm perlembagaan pas...

Apa salahnya cakap Nizar tu? Kao dah baca ke perlembagaan PAS?


Maknanya pada TB PAS tidak berhajat untuk menegakkan Negara Islam. Kalau macam tuh lebih baik bubarkan aje PAS dan masuk parti lain cam PAS ke, PKR ke, Gerakan ke, DAP ke.

Tulang Besi said...

Sebelum TGHA kuarkan kenyataan beliau, saya juga ada pandangan saya sendiri. Saya berpendapat sebagai negara berdaulat, kita tidak boleh biarkan kuasa asing masuk campur hal ehwal negara kita. Soal kita memberikan sokongan kepada pihak Palestin samada kita campurtangan hal ehwal dalaman mereka itu tidak boleh disamakan dengan negara kita kerana mereka telah diperintah oleh entiti haramjadah Israel. Seluruh dunia Islam tidak menghalalkan negara Haram Israel. .

Jadi kita suruhlah Australia berhenti berdagang dengan kita dan stop kan aliran perdangangan berjumlah RM51.45 ribu juta tu?

Tulang Besi said...

Maknanya pada TB PAS tidak berhajat untuk menegakkan Negara Islam. Kalau macam tuh lebih baik bubarkan aje PAS dan masuk parti lain cam PAS ke, PKR ke, Gerakan ke, DAP ke..

Ada sebut ke perkataan Negara Islam dalam perlembagaan PAS? SK ni sokong silap parti kot?

Tulang Besi said...

sedih melihat penyokong PR yg semakin berani menghina pemimpin mereka sendiri.ini dikatakan membawa perubahan..

jangan menilai buku melalui kulit..
kita nie manusia yang lemah tak boleh tahu buruk baik seseorang itu..biarkan mahkamah menentukan.. kita ambil sikap tunggu dan lihat bagaimana proses itu berlaku..jangan percaya pada khabar angin tetapi berpegang pada fakta..
.

Ini bukan menghina, ini mengkritik. Kami dalam PR bukan jenis sokong pemimpin sampai membawa rebah. Kita pikir PR kita tak pikir individu. Betul tak?

Tulang Besi said...

Woi TiBi,

sejak bila pulak ko dah mula berkiblat ke org puteih ni hah!!

Aku tak nampak langsung pasai apa kangaroo nie akan dan boleh bg "api kat buntut" ("back fire" la tu) pd aku sbg org malaysia..
.

Sejak Mat Taib kena tangkap bawak duit juta2 kat Gold Coast

Sebatang kara said...

Ada sebut ke perkataan Negara Islam dalam perlembagaan PAS? SK ni sokong silap parti kot?

Saya bab-bab perlembagaan PAS saya tak khatam abis lagi. Tapi yang saya tahu PAS meletakkan Al-Quran dan Sunnah paling atas sekali dalam perjuangan. So, kalau betul-betul nak faham perlembagaan PAS, kenalah belajaq betul-betul dulu kedua-duanya.

Tulang Besi said...


Saya bab-bab perlembagaan PAS saya tak khatam abis lagi. Tapi yang saya tahu PAS meletakkan Al-Quran dan Sunnah paling atas sekali dalam perjuangan. So, kalau betul-betul nak faham perlembagaan PAS, kenalah belajaq betul-betul dulu kedua-duanya.
.

Kalau tak khatam ngaji la dgn orang khatam. Aku ngaji Perlembagaan PAS semenjak aku form 1 lagi.

Sebatang kara said...

Jadi, bukankah Al-Quran dan Sunnah menganjurkan kita untuk melaksanakan daulah Islammiyah di mana di dalamnya terkandung perlaksanaan Hukum Islam.

Oopppss. Mungkin saya tersilap. Dulukan TB bantah Hukum Hudud yang dibentangkan oleh Kerajaan Terengganu sebab tak 'consult' ngan DAP.

Anonymous said...

Apa salahnya cakap Nizar tu? Kao dah baca ke perlembagaan PAS?


apa tak salahnya..apabila YB tajol rosli bertanya adakah PAS nak tegak negara Islam..tu lah jawab Nizar.

semua kita ahli PAS termasuk saudara TB sendiri pun tahu PAS memang nak tegak negara Islam tapi saudara Nizar ni memang munafik, depan DAP tak mengaku PAS nak tegak negara Islam lepas tu apabila ditanya ayat quran, NIzar jawab..itu ayat quran 1500 tahun dahulu..dan sambut oleh gelak ketawa dari ahli DAP.

aku cadangkan NIzar ni jadi murshidul am DAP lagi baik dari merosakkan PAS.

Anonymous said...

PAS TIDAK PERNAH BERMINAT MENUBUHKAN NEGARA ISLAM

Lim Kit Siang melalui buku tulisanya bertajuk, BA & Negara Islam yang diterbitkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2001. Lim Kit Siang menulis di muka surat 101 yang berbunyi, "Jaminan yang diberikan oleh Mursyidul AM PAS, Nik Aziz Nik Mat bahawa PAS mengimpikan sebuah masyarakat Islam dan bukan sebuah negara Islam. Nik Aziz memberikan jaminan ini dalam dialog beliau dengan sekumpulan Kristian - Majlis Gereja-Gereja Malaysia pada bulan Mei lalu (2001) di mana beliau menegaskan bahawa partinya mengimpikan sebuah masyarakat Islam dan bukannya sebuah negara Islam. Pemimpin-pemimpin PAS juga telah mengatakan bahawa rujukan "negara Islam" tidak wujud dalam Perlembagaan PAS."

Anonymous said...

siapa kata PAS tak nak tubuh negara Islam. pada tahun 2003 PAS telah menerbitkan sebuah buku berjudul Negara Islam dan prakatanya telah ditulis oleh Hj Hadi sendiri, sekali gus membuktikan bahawa PAS mempunyai cita-cita untuk menubuhkan negara Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.