Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, February 5, 2010

Penawar Kepada Pesakit Ghout – Pengalaman Pribadi Saya

Keturunan saya mempunyai penyakit Ghout sejak zaman berzaman. Allah SWT mentaqdirkan saya pun mewarisi penyakit ghout dari keturunan saya.

Saya pernah mengalami bengkak di sendi-sendi saya sehingga saya tidak dapat membengkokan kaki saya langsung. Pernah saya berjalan terjengket-jengket kerana sendi di kaki saya bengkak. Pernah saya tidak dapat duduk dengan betul kerana sendi di lutut saya bengkak.

Apabila ke hospital, biasanya doktor akan memberi suntikan “penahan sakit” (pain killer) dan memberi beberapa pil yang berkaitan dengan menurunkan kadar asid urik dalam badan kita.

Namun, rakan sepejabat telah memperkenalkan kepada saya sebuah produk kesihatan bernama “Kinoki Foot Pads” (Tampalan di Kaki Kinoki). Beliau kasihan melihat saya berjalan terjengket-jengket di pejabat.






















Saya mula memakai Kinoki ini pada satu ketika dimana saya paling teruk diserang ghout. Di waktu itu saya ingat saya tidak dapat membengkokan kaki saya dengan betul kerana sendi di lutut saya bengkak.

Selepas memakai pad itu semalaman, saya dapat merasakan kelainannya. Bengkak di kaki saya surut keesokan pagi setelah memakai tampalan sebelum tidur. Saya bangun pagi dalam keadaan saya mampu membengkokan kaki saya. Bengkak di lutut saya tiba-tiba surut.

Semenjak itu, saya mengamalkan pengunaan pad tersebut seminggu sekali (kadang-kadang miss juga). Tapi apabila saya merasa sengal2 dan sakit2 di sendi, saya pasti akan memakai pad tersebut. Saya dapati pada keesokan harinya, kesakitan saya telah hilang.

Saya memang berpantang dan saya dapati makanan yang paling saya alah adalah makanan yang mengandungi pengawet dan dalam tin sepeti sardin, tuna dsbnya. Malahan, saya lihat, kalau saya memakan udang, sotong etc yang dimasak secara fresh, kesan ghout tidak seteruk kalau saya memakan sardin dalam tin.

Saya membuat kesimpulan sendiri bahawa saya lebih alah kepada bahan pengawet dari makanan-makanan yang terkenal tidak boleh dimakan oleh pesakit ghout.

KINOKI DIPERTIKAI RAMAI

Kalau di baca di internet, ramai mempertikaikan produk Kinoki ini. Secara umumnya, mereka mempersoalkan samada wujud atau tidak bukti saintifik. Saya pun akui saya tiada hujjah saintifik untuk mempertahankan produk ini.

Namun saya cuma berkongsi pengalaman saya dan moga pengalaman saya dapat membantu sesiapa sahaja untuk mengurangkan kesan dari sakit ghout tanpa menghabiskan ratusan ringgit dari segi bayaran kesihatan yang semakin mahal.

Terpulang pada saudara-saudari untuk mempercayai cerita saya ini atau tidak.
Namun, kalau saudara/ri dapati nasihat saya berguna, saya minta supaya saudara/ri doakan kesehatan serta kesejahteraan saya dan seluruh keluarga saya.

Saya juga ada mendengar cerita bahawa ubat yang diberikan doktor untuk menurunkan asid urik ada potensi untuk menrosakkan buah pinggag sekiranya kita terlampau kerap memakannya.

Sekian

Tulang Besi





40 comments:

Anonymous said...

Baguslah kalau kamu dah sembuh.

Nik Aziz pun dah nak sembuh dari pukau Anwar setelah dia sendiri hadir dimahkamah ( siap menitik air mata). Namun, dari hujah-hujah yang diketengahkan, Nik Aziz dah mula nampak PKR akan hancus. PAS terpaksa cari jalan keluar

Nik Aziz mahu Pas, Umno duduk berbincang (pulak???)


KOTA BHARU: Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu Umno dan Pas duduk semeja membincangkan isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin Umno perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.
Berita Harian On line-
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100204204923/Article


"Kerajaan perpaduan di antara PAS dan BN tidak mungkin berlaku walau pun ada dakwaan kononnya saya akan bersetuju sekiranya PAS ditawarkan jawatan penting termasuk Menteri Pelajaran atau Menteri Kewangan.

"Saya sudah tidak percaya kepada keikhlasan mereka yang pernah menipu PAS. Mereka pernah menendang PAS keluar daripada kerajaan Perikatan pada 1978.

"Oleh itu sekiranya berlaku lagi kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno, apa jaminan Umno tidak akan menendang kami keluar lagi," - Harakahdaily 13 Mei 2009


"KERAJAAEE PERPADUEE G JAHANEEE" - Nik Aziz

http://jeffrydamien09.blogspot.com/2010/02/pak-ajis-dah-kecut-perpaduan-dah.html

Tulang Besi said...

Kau percaya cakap BERNAMA?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

I'm not sure ur severity,tapi kalau nak mengelak makan pil,minum air byk2..tapi make sure toilet dekatla..senang buang air kecik.

Kalau dah tak tahan,makan je sodium dichlofenac/voltaren tu....

Sebatang kara said...

Abang saya ada gak kena ghout. Dia amalkan minum susu kambing. Lagipun minum susu kambing nih amalan sunnah Nabi. Alhamdullilah, sekarang dah nampak baik.

Tapi saya heran, kenapa tetiba TB bubuh artikel pasal benda nih.

TB cakap,

Kau percaya cakap BERNAMA?

Kalau TGHA yang cakap, TB takkan tanya sumbernya, alamak mampuih laaa TGHA kena hampuk.

Abd Razak said...

yg ko bangang ni knp...TGNA ckp nk bincang ngan umno tentang Islam...bukan nk bergabung mcm geng2 perpaduang ko tu...dh tentu umno xnk punya psl perjuangan mereka lebih kpd melayu dr Islam...dlm erti kata lain assobiyah...bernama xkan lapor perkara tu punya...hanya org2 bodoh je yg masih percaya media malaysia ni...

Anonymous said...

Saudara Tulang Besi

Inilah antara pos tuan yang paling bermenafaat kepada orang ramai. Bagi nasihat untuk mengubat penyakit ghout. Asyik nak komen isu politik entah apa-apa, buat apa kan? Walau bagaimanapun, tak nak buat post pasal kes perbicaraan DS Anuar ke? Tengah hot ni!

Akhir sekali harapan saya supaya saudara semboh terus dari penyakit saudara. Sakit ghout ni memamang seksa terutama jika mau sembahyang.

Lancang biru

ramzi said...

Saya cadangkan anda selalu minum jus timun batang, getahnya sangat baik untuk sendi

Abd Razak said...

Ditanya mengenai kenyataannya semalam yang mengajak Umno duduk semeja untuk membincangkan isu agama, Nik Aziz berkata beliau bersedia bila-bila masa untuk mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai agama Islam.

Menurutnya persoalan yang beliau ingin tekankan ialah mengapa Umno menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau berkata jika Umno berjaya menjelaskan kepada PAS bahawa prinsip perjuangan yang dibawa parti menyalahi Islam, beliau bersedia menerima Umno.

ADA FHM!!!!so jgn le nk ckp yg TGNA pn setuju nk kerjasama ngan umno...lain kali dptkan maklumat betul2 dulu tau...ckp2 org politik ni lain...bukan cam kt sekolah...

Sebatang kara said...

Anon cakap

Walau bagaimanapun, tak nak buat post pasal kes perbicaraan DS Anuar ke? Tengah hot ni!

Betul gak. Apa kata saudara TB bukak post pasal perbicaraan DSAI. Banyak menda tak puas hati pasal perbicaraan nih.

Sebatang kara said...

Razak cakap:

Ditanya mengenai kenyataannya semalam yang mengajak Umno duduk semeja untuk membincangkan isu agama, Nik Aziz berkata beliau bersedia bila-bila masa untuk mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai agama Islam.

Apa motif TGNA cakap macam tuh. Bukankah satu Malaya dah tahu yang sememangnya UMNO menolak Islam bulat-bulat. Razak jangan marah kat saya. Kesian saya. Saya hanya tanya TB. Kenapa TB tak kritik TGNA pasal kuar statement macam nih, sebab saya rasa kalau TGHA kuar statement macam nih, mampuih laa TGHA kena hempuk ngan TB.

Abd Razak said...

elo brader...dh byk kali TGNA keluar statement camni...statement ni secara kiasan je...xkan le ko xfhm kot...wat pe TB nk condemn TGNA...bukankah beliau yg menentang abis2 kerajaan perpaduang tu...so lain kali fhmkan maksud dia...skrg ni geng2 perpadung harapkan bantuan media malaysia utk jatuhkan TGNA...sbb tu sejak akhir2 ni TGNA asyik kene attack je...so fhmkan betul2 kenyataan beliau dulu ye...

Sebatang kara said...

Naperla Brader Razak tak paham paham ni. Saya cuma mintak pandangan jujur dan ikhlas dari TB, bukannya dari brader Razak. Kalu TGHA yang kuar statement macam nih sureheboh kena hentam giler giler punya ngan TB.

Anonymous said...

Untuk penyakit ghaut atau sakit lutut hanya memakan nenas atau jus nenas setiap hari, InshaAllah berkesan. Saya sendiri telah mencuba.

Abd Razak said...

saya fhm tp selalunya kenyataan tgha adalah secara direct...dan setelah beliau kata yg kerajaan perpaduang ni ditutp ada lg perkatakannya termasuk dr beliau sendiri...bukan TB shj yg xsetuju...ramai lg termasuk dr TGNA...sbb tu beliau cadangkanEGM tu...tp tgk apa yg jd...takut nk wat EGM terus wat seminar lak...kalau berani knp xnk betul x...

Anonymous said...

alahai...
hang pun kena ghout jugak!Nak bagi tau hang sikit!Arwah ayah dulu pun kena ghout.macam-macam ubat dah diambil.ubat klinik,ubat hospital,ubat tok bomoh,ubat jualan langsung,petua macam diatas....bolehlah pakai..tapi hanya sementara saja....tak boleh atasi penyakit ghout dia..akhirnya bila dia meninggal beberapa tahun yang lepas..bawa bersama penyakit ghout dia...tak lega jugak...
...dan penyakit dia diwarisi oleh anak dia!sakit oiii!!kena ghout...dari pengalaman ayah dan diri sendiri:
1.Tiada ubat ghout...ubat yang paling berkesan ialah pantang!!!pantang makan seafood!!!hang tau kan!!aku tak payah ajak hang!apa yang tak boleh makan!!!
2.Awas!jangan selalu cucuk dengan ubat penahan sakit!kalau diamalkan selalu!!boleh pi kebuah pinggag hang tau!!Hang nak cuci buahpinggang kepulak! kalau kena sakit buah pinggang!!! Tahan la sakit sikit!!kata pejuang islam!sakit sikit!cucuk ubat penahan sakit!!!
3.Tanda Allah sayang pada hambanya!!Dia tarik sikit makanan kesukaan kita!Tak boleh makan abanyak lagi!!Dia bagi amaran sikit-sikit!Dah tua!jangan dok fitnah-fitnah!!Hang tauka!!!

a.Alhamdulillah..kalau nik aziz dah sedaq!!bersatulah untuk kebaikan oghang melayu dan umat islam dimalaysia!!Tak sakit sangat dicucuk idung oleh puak kapiaq harbi!!!
b.Hang ni bila nak sedaq!!!nak kena penyakit 3 serangkai la pulak!!kalau hang tak sedaq lagi!!Allah dah beri amaran kat hang!!dah ada Ghout peringkat 3!!aku peringkat 2 jee!!!!Ada faham!!!!!!

Anonymous said...

alahai... sikit lagi..
sakit,sakit ghout!!!tak sesakit!sakit ditaghik idung oleh puak kapiaq harbi!Sakit segalanya!!maruah!harga diri!bangsa!agama!sakit semuanya la!!!!!!!!!!

Sebatang kara said...

Anonymous said...
alahai... sikit lagi..
sakit,sakit ghout!!!tak sesakit!sakit ditaghik idung oleh puak kapiaq harbi!Sakit segalanya!!maruah!harga diri!bangsa!agama!sakit semuanya la!!!!!!!!!!

Saudara anon jangan duk rasis sangat. saudara anon tahu tak makna kapiaq harbi tu apa.

Sebatang kara said...

Abd Razak said...
saya fhm tp selalunya kenyataan tgha adalah secara direct...dan setelah beliau kata yg kerajaan perpaduang ni ditutp ada lg perkatakannya termasuk dr beliau sendiri...bukan TB shj yg xsetuju...ramai lg termasuk dr TGNA...sbb tu beliau cadangkanEGM tu...tp tgk apa yg jd...takut nk wat EGM terus wat seminar lak...kalau berani knp xnk betul x...


Kenapa bila cakap muzakarah ngan UMNO nih, TGHA kena hentam abis-abisan tapi bila TGNA yang cakap semua mengia-iakannya. Ke ada udang di sebalik mee.

Anonymous said...

sebatang kara!

hang dulu ngaji bidang apa!!Masa sekolah atau masa kat u!!sains tulen,sastera!!Dan lani hyang kerja apa!!!
Jawab dulu!baru boleh sembang bab rasis atau kapiaq harbi no!!!

Sebatang kara said...

Sekolah dulu sekolah Agama tapi kelas Sains. Belajaq kat U bidang Eng. Tapi bab-bab Agama setakat nak berdebat ngan oghang rasis cam anon bolehla sikit-sikit.

Anonymous said...

Syukurla..
hang belajaq zaman sekolah agama,aliran sains zaman 90an..
1.hang tak pernah ambik fizik tulen,kimia tulen,add math dan hampir semua subjek SPM disekolah yang majoritinya 60:40 antara melayu dan cina!!Syukur hang tak merasa persaingan antara budak melayu dan cina no!!!Masa hang! ambik subjek sains moden!kimia moden!
2.Hang tak mengasa zaman diajaq oleh semua guru puak kapiaq harbi!kecuali subjek agama dan bahasa melayu!!Ada cikgu cina ajaq hang!subjek sains disekolah agama!!
Zaman hang dah belambak cikgu melayu yang ajaq sabjek sains!hang tak tau sengsara!dasar perkauman cikgu cina!manis depan!belakang alahai..
3.hang tak pernah merasa belajaq matemati makanikal oleh cikgu bangsa cina semasa dipra U!lupa pulak hang tentu tak pernah bersaing dengan pelajaq cina!sebab belajaq sekolah agama!deiajaq oleh cikgu melayu!!buat english kat mana!!UIAM kan!!!Bersaing dengan pelajaq melayu lagi!!!
4.Buang masa jee!nak cerita kat hang!!umuq hang muda lagi!!hang belajaqla dari pengalaman!!nak cerita lebih hang dah jadi puak artjee!!bahasa inggeriss!nak cerita macammana tentang persaingan di u dalam bidang kejuruteraan!!
5.Na cerita macammana tentang alam pekerjaan!pesaingan dialam pekerjaan!!
6.alahai hang belajaqla dulu sampai Phd!!Baru setaraf kot!!
7.buatla master atau Phd yang ada persaingan dengan puak kapiaq harbi!pensyarah puak kapiaq harbi!!
8.Terimakasihlah hang pada dasar DEB!!ramai melahirkan cikgu melayu dalam bidang fizik,kimia,bio dan add math!!!ajak hang samapai pandai!!buat apa ambik bahasa inggeris!!awattt tak buat medic atau kejuruteraan!!Kalau subjek diatas diajaq oleh puak kapiaq harbi!hang dok motong keapa lani!!!
9.Syukurlah no!!!Belajaq tinggi-tingi dan belajaq dari pengalaman dulu noo!!!!0 tahun lagi kita berdebatla kot!!tentang rasis!kapiaq harbi!!

Anonymous said...

alahai...lupala..
nak bagitau kat hang!!ada member baik,lepas spm,pi US,budak otak cream la!Tahun 80an!!Balik Msia waktu gawat!!Kerja kilang puak kapiaq harbi!jurutera!!Berpuluh tahun!!tahun lepas!!Gawat!kena buang kerja!!Lani tanam serai wangii!!!
hang syukurla boleh jadi cikgu atau pensyarah bahasa inggeris!!Kalau nak ikut dari segi kepandaian akademik antara hang dan dia!jauh laa!!!dia boleh ceghita kat hang tentang rasis dan kapiaq harbi!!!

Neutral Daily said...

Layari Neutral Daily 'Informasi Neutral Tanpa Kepentingan'

Jika sudi boleh linkkan di blog tuan.. terima kasih..
http://neutraldaily.blogspot.com/

Anonymous said...

Ha ha ,saya pun penghidap sakit gout. Teruk betul , kalau kena , sampai 3/4 minggu menderita.

Dah 2 thn langsung tak kena. Amalan saya adalah minum air suam campur dgn 'baking soda'. 1/5 sudu kecil 'baking soda' dgn 1/4 gelas air suam lepas minum / makan pagi. Makan kena pantang ye (saya tak boleh makan ikan bilis). Tak mahal , 'baking soda' satu botol kecil ~ RM1.50 kat carrefour. Tahan ~ 3/4 minggu.

Kalau difikirkan agak logik. Gout terjadi pasal 'uric acid' yg berlebihan dlm darah. Kalau tahap 'uric acid' tersebut terlampau tinggi , kristal 'uric acid' akan terjadi dan deposit pada sendi. Yg jadi sakit dan bengkak pasal dicucuk oleh kristal 'uric acid' tersebut (yg tajam). 'Baking soda' atau 'sodium bicarbonate' adalah alkali. Kita pernah belajar kimia kan.
Bukan hari ni minum besuk baik tau. Kena amal tiap2 hari , insyallah ok lah tu.

Anonymous said...

alahai...
1.kesian pulak kat sebatang kara ni!!Dahla sebatang kara!!!kena bancuh dengan akula pulak!!!Merajuk sakan dia!!!anak yatim pulak!!Berdosa dok kata tak ketawan hala kat anak yatim ni!!!Tapi!!!aku pun anak yatim jugak!!!
2.Sebatang kara!tak payah merajuk!!kalau hang dok merajuk!!macam mana nak ajaq bahasa inggeris kat sekolah jenis kebangsaan nanti!!!Macamana nak ajaq bahasa inggeris kat budak-budak di universiti Tunku abdul rakman nanti!!Kot bila depa kata:
2.1.Cikgu lu punya grammer salah!!!Lu dapat belapa A SPM!Ad.math belapa!fizik belapa!kimia belapa!La tadak A!cikgu ni kulang pandai ooo!!cikgu tuisyen kami lagi pandai oo!!
2.2.Bila sebatang kara jerkah budak cina yang nakai!!!ayah dia mai...
Lu punya gaji belapa!Ajaq apa!Kimia!fizik!add math!!!!
2.4.Pelajaq universiti andul rahman dok bisik sesama sendiri!bila tenguk pensyarah macam sebatang kara!!depa dah tanya
CGPA kat dekan!!Tambah bila depa dapat tau,CGPA dia bawah 2.5 jeee!!
3.Tak pa!sebatang kara!hang jangan rasis!hang jangan maghah pada puak kapiaq harbitu!aku gempaq hang jee!!Nak selamat!hang mintala ajaq kat sekolah agama!sekolah agama rakyat!!Hang idupla dalam kepompong melayu dari kecik hinggala hang besaqno!
4.dan hang akan jadi penyokong puak kapiaq harbi yang paling taksub!!!Hang merupakan orang yang paling lantang menuduh orang melayu rasis!!
5.Sebab apa!mentali dan taraf pencapaian akademik hang!memudahkan puak kapiaq harbi cucuk idung hang!!!!
6.Guan eng dah bagi ayaq oren,limau manderin kotak kayu kat hang!!!Tenguk berita awani tadi!ulasan guan eng tentang kegemilangan melayu melaka!Dia kata, waktu zaman melayu melaka dulu,mana ada puak umno!orang melayu waktu tu boleh maju jugak!!Betui jugak!!hang boleh guna fatwa guan engtu!!pi kempen kat kampung-kampung!bawa la sama ayaq oren sebotoi dan limau manderin kotak kayu tu!guan eng bagi!!!!pakat-pakat makan!!!
6.pandai betui guan eng!!puak cina tanah besaq!dok bunuh cina islam nanjing!SEsama kulit!sesama sepet mata!!sesama moyang!sesama bahasa!!depa sanggup bunuh oii!!
7.alahai rasis la pulak aku!!!!!!!
p/s.
1.tak semua oghang cina macamtu...sebab tengah sakit ghout kot aku ni!!!maghah tak ketawan hala.....tapi hangpa pikiaqla sendiri!!nak pi beli baking soda sat!!
2.Sebatang kara-sama-sama kita belajaq!yang baik ambik sebagai teladan!yang buruk dijadikan sempadan!tak semua manusia sempurna termasuk diri saya sendiri nooo!!!

Tinta Hitam said...

TB

Aku memang doktor dah diagnosis adalh asid uric berlebihan.Tapi setakat ini tiada gout.Antara amalan aku adalah:-

1.tak merokok
2.selalu riadhah sampai keluar peluh menitik .Bila peluh menitik asid uric keluar melalui peluh
3.amlkan reflekssologi samada tangan atau kaki.
4.Makan makan seimbang

Susah nak amalkan tu..keh keh keh

Anonymous said...

..alahai sikit lagi...sekadaq renungan semua...
1.apapasai selalu dok sebut pasai oren sebotoi dan limau manderin kotaq kayu!!!menjelang ghaya cina!!!
2.puak kampung!majoriti petani!!termasuk arwah bapa!bila padi masak!juai kat tokey cina!Tokey cina ada lori!juai kat kilang!!sampai la tiga tahun lepas!!Tokey cina tu!macam guan engla!malah pandai lagi cakap melayu macam guan eng!dok sama kampung melayu!kalau kenduri!tak sah !kalau tak panggil dia!!
3.Bila ghaya cina!dia naik motor!keliling kampung!!bagi ayaq oren sebotoii!limau manderin kotak kayu!pakat puji sakan!baiknya tokey!!!nak caghi macam mana lagi!!!kalah pemborong padi melayu!kedekut bukan main!tak macam tokey cina!!!
4.Bila anak saudara besaq sikit!beli lori!jual padi sendiri kat kilang!!baru pecah tembelang!!!
RUPANYA,DAH BERTAHUN ORANG MELAYU KENA TIPU!BERPULUH TAHUN!KALAU NAK KIRA!DUIT YANG KENA TIPU BOLEH PI HAJI 10 KALI!!!TIPU MACAMMANA!:
4.1.KECAH TIMBANGAN.
4.2.DIA DAPAT MAKAN KELILING!DAPAT UPAH JUAI PADI DARI KILANG!DAPAT UPAH TAGHIK PADI DARI PETANI!BAGHULA PETANI SEDAQ!DOK KENA CUCUK IDUNG MEMANJANG!
5.Sebab apa!sebab oren sebotoi dan limau kotak kayu!!!
6.Itu contoh kecik jeee!!!nak tau kisah disebalik PPSMI!!!nantila kami habaq kat hangpa nooo!!!
7.Dah beli limau manderin kotak kertas!manisssss!!limau kotak kayu!!!masam nak mampuih!!!!pernah rasa!!!!

Anonymous said...

alahai tinta itam!!!
1.tak kena ghout tak usah masuk campuqla!!!hang boleh bagi petua macam-macam!!sebab apa!sebab hang tak kena ghout!Boleh cakap macam-macam!boleh teori macam-macam!boleh petua macam-macam!Kalau hang pi melawat saudara hang yang dok sakit dihospital!hang dok diam dah!jangan keluaq petua macam-macam!apa pasai!susah anak-anak yang jaga saudara hang!yang sakit!bila dengaq ubatni!ubat tu!teori ni!teori tu!semua dia nak pi!semua dia nak makan!siapa susah!bukan hang!anak-anak dia la!!!hang tu!pandai teori jee!!
2.apapun syukur!diusia hang tak kena ghout!ghout lebih pada penyakit keturunan!seperti gila!buta warna!kadang-kadang dia melanggar jenerasi!ayah tak dak gout!tapi anak yang ada gout!siasat punya siasat!tok wan dulu!ada gout!

Anonymous said...

Salam, saya ada jual satu produk kesihatan nama dia TRICAJUS, kalau masalah ghout ni orang kedah kata "macam kutei tauk buang" (dengan izin Allah). Kalau ada yang ingin mencuba atau nak kan penerangan lanjut sila call saya Saiful Yazan Ismail 0174776456, Insya Allah.

Sebatang kara said...

Anonymous said...
alahai...
1.kesian pulak kat sebatang kara ni!!Dahla sebatang kara!!!kena bancuh dengan akula pulak!!!Merajuk sakan dia!!!anak yatim pulak!!Berdosa dok kata tak ketawan hala kat anak yatim ni!!!Tapi!!!aku pun anak yatim jugak!!!


Bila masa pulak saya merajuk anonnya. Balik kerja petang semalam, ni jerr baru bukak komputernya. Apa yang anon tulis mungkin ada benarnya, tapi yang bohongnya banyak jugak.

Lepas habis degree ari tuh, tak dapat kerja sambung masters. Sambung masters amik kelas. Dalam batch saya, cuma dua orang melayu dan selebihnya cina dan india. Kadang-kadang satu paper saya sorang je melayu. Seingat saya satu kelas semua lebih kurang 20 orang. Pensyarah kebanyakannya Cina. Apa yang menarik adalah, kami kena buat Research, dan akan memilih seorang penyelia. Dalam group penyelia saya, saya sorang melayu, 2 cina dan sorang india. Pemeriksa untuk kami pulak campuq-campuq, ada melayu dan cina. Yang paling mengejutkan adalah saya sorang jer yang lulus dalam group penyelia saya. Yang lain terpaksa repeat.

Balik pula zaman sekolah. Memang cikgu zaman sekolah ada bercerita perihal kaum cina ini masa mereka di bangku sekolah. Tapi mereka tak jadikan benda ini sebagai rasis, malahan jadikan motivasi untuk terus ke depan. Juga Ustaz masa zaman sekolah saya ada bercerita pasal sekolah lama beliau di mana beliau ada berhasrat untuk mengadakan solat Zohor berjemaah di sekolah namun tiada sokongan dari guru lain, namun mujur ada seorang cikgu cina kapiaq sudi menolong. Masa waktu zohor, cikgu nilah yang pi perambat budak-budak sekolah pi semayang sampai dia dapat gelaran Ustaz.

Berbalik pulak zaman sekarang. Ramai ibubapa kat bandar yang nak antar anak mereka kat sekolah cina sebab memang terbukti sekarang memang ramai cemerlang di Sekolah tersebut. Di sekolah cina jugak ada disediakan guru agama.

Memang saya tidak nafikan bangsa cina nih ada sedikit sifat asabbiyah. Sebenarnya sifat ini memang semulajadi dan ada dalam sifat setiap kaum dan masalah yang ada dalam negara kita ini bukannya sifat asabbiyah itu sendiri, tapi polisi kerajaan atau lebih tepat lagi polisi UBN semenjak merdeka lagi. Semenjak merdeka berapa banyak tanah rezab melayu yang telah digadaikan kepada puak kapiaq nih. Berapa juta ekar tanah-tanah yang UBN bagi kat puak kapiaq nih nak buat ladang-ladang walhal oghang kita sendiri nak dapatkan suku ekar tanah nak buat ghumah pun bukan main payah.

Saudara anon boleh cari mana-mana negara kat dunia nih yang sistem pendidikan ada banyak jenis, ada sekolah cina, sekolah india. Kenapa dasar ini telah dilaksanakan sejak merdeka. Sistem inilah yang telah melebarkan jurang antara melayu ngan bangsa-bangsa lain.

Semenjak merdeka hingga 13 mei. Berapa harta dalam negara nih, oghang melayu yang punya. Selepas 13 mei baghulah UBN nak sedar nak tolong sesama bangsa sendiri DEB. Tu pun punya hebat depa seleweng.

Bangsa cina adalah bangsa yang cukup produktif. Mereka akan gunakan segenap peluang untuk menolong sesama bangsa. Banyak yayasan2 ditubuhkan oleh korporat2 mereka untuk tujuan menolong sesama bangsa mereka terutama dalam pendidikan. Keparat2 melayu mana. Nak mentahkedarah lagi duit rakyat ada.

Saya rasa itu sajalah untuk kali ini. Kang tulis bebanyak kang, pening pulak anon nak pahamnyaa.

Sebatang kara said...

Hawaq anon senyap lak. Malam tadi sedap sangat kata bancuh. Ke bancuh air milo. Saya ingat mungkin si anon tuh tengah duk semelit nak memikirkan idea.

Anonymous said...

ayah saya seorang pengidap ghout. Beliau sering mengambil 'pain killer' (mengikut prescription doktor) slama beberapa tahun untuk mengurangkan kesan sakit & bengkak..

Akibatnya kedua-dua buah pinggang beliau telah rosak dan telah disahkan doktor ianya adalah akibat pengambilan ubat 'pain killer'..

Anonymous said...

..alahai...sebatang kara!
1.idup la dengan kepompong tak rasis hang!!
2.Apapun tahniah kerana sambung belajaq!buat masters!lepas ni buatla Phd pulak!!Boleh jadi pemimpin Pas la pulak!!
3.malasla nak layan puak artni!!!!
4.Satu lagi terima kasih pada pemimpin melayu yang rasis dulu!!kalau tidak dengan kelulusan hang!!kalau tiada dasar DEB!hang dok motong kot sekarang!!!
5.hairan jugak! kalau dapat CGPA 3.00 keatas tak dapat kerja lepas sarjana muda!!!!
6.selamat menempuah alam pekerjaan!pada adik sebatang kara!!!!
7.dah bayaq pinjaman PPTN!!!
8.Puak lulusan sains dan teknologi,nak cakap bohong susahla sikit!!!!

Anonymous said...

alahai sikit lagi...
1.lepas buat masters nanti!mintala kerja kat U.Lim Kok Wing atau UTunku Abdul Rahman!!
2.Selamat berjaya!nak turun bendang sat!nak ambik padi!!!!mesin padi dah mai!!!

Sebatang kara said...

Anonymous said...
alahai sikit lagi...
1.lepas buat masters nanti!mintala kerja kat U.Lim Kok Wing atau UTunku Abdul Rahman!!
2.Selamat berjaya!nak turun bendang sat!nak ambik padi!!!!mesin padi dah mai!!!


Eh ada lagi anon nih. Macamana sembelit ok. Lepas buat masters ada gak mintak jadi lecturer kat Universiti awam tapi oghang sendiri pun tak tolong. Tapi takpe, nanti saya ikut saranan anon untuk mintak kat Limkokwing ke, UTAR ke. Satu lagi nak habaq, masa saya interview kerja skang nih dulu ada tiga oghang interviewer dan salah sorangnya melayu dan yang lain lagi cina. Saya tengok antara tiga oghang nih, nampak yang melayu nih macam tak berapa suka kat saya. Yang lain tuh ok. Lepas kerja cek-cek tengok dia tuh kalangan oghang kuat UMNO. Kan oghang UMNO juara rakyat. Tapi masa pi dengaq ceramah kat surau malam tu, Ustaz tu habaq UMNO bukan juara rakyat tapi juara sapu duit rakyat. Betui ka ustaz tu cakap anon.

Anonymous said...

alahai...
adik sebatang kara:
1.Kalau CGPA kita 3.00 keatas!banyak kerja yang menanti kita!!Lainla kalau CGPA 3.00 kebawah!sapapun tak mau kat kita!!Sambungla sampai Phdla pulak!!satu lagi!minta kerja tak payah harap bantuan orang!usaha diri sendiri!kita akan puas hati!kita tak akan terhutang budi pada sesiapa!!
2.Lain kali ambik la jurusan yang kritikal!jangan ambik jurusan yang melambak kat pasaran!!Study dulu!bidang apa yang diperlukan dipasaran!!
3.Hairan jugak!!sekali pandang mat melayu tu tak suka kat hang!!ada tanda Pas ka didahi hang!!Atau persepsi hang je!!Dia tak berperasaan begitu kat hang!hang saja yang berprasangka yang bukan-bukan kat dia!!
4.Amboi hang dan lagi pi chek!dia parti mana!lepastu hang tak kawan dengan dia kot!Elokla!puak pas dan umno tak sebulu dalam politik!macam mana agaknya hang dan dia nak naikkan prestasi organisasi tempat kerja hangpa!!
5.Bab duit!tak kira parti apa!ada peluang pakat ambik!Ustaz yang dakwahkan hangpun!kalau ada peluang diapun akan ambik!hang tenguk kes ariffahmi!kes nik abduh!!kes umno tak payah beri contohla!sebab hang dah taukan!!
Tolong tanya untaz hang!apa hukum merokok dan MLM sat!kita boleh berbincang!Dah tanya nik abduh!dia diam memanjanggg!!!
6.Boleh adik sebatang kara!!!!

Anonymous said...

..alahai sebatang kara..
tanya sat puak cina tempat hang kerja!ada ka yang mengaku puak mca!dap!pkr!

Sebatang kara said...

Kepada anon:

Menjak kerja kat sini takdak jumpa lagi la mana-mana Cina yang mengaku MCA kat sini. Yang ada DAP, PKR ngan atas pagaq.

faizul badri said...

Salam....
Kalau penyakit ghout ni bleh try minuman sarang burung walit as sunnah....
InsyaAllah sembuh....
http://www.muslimchoices.com/?p=sarang_burung_walit&s

suhailah hamid said...

makanan dalam tin semestinya harus dielakkan lagi2 sardin.
makanan yg dimasak fresh lagi baik untuk kesihatan pesakit gout.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.