Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 3, 2010

Penjelasan dari Khalid Samad Terhadap Tuduhan JK Disiplin Ke Atas Beliau

NOTA EDITOR: Berikut adalah penerangan dari Khalid Samad terhadap tuduhan JK Disiplin yang telah diberikan ke atas beliau. Tuan Ibrahim sendiri diberitakan berkata:

"Ia berdasarkan kepada pengakuannya sendiri dalam siasatan bahawa (tindakannya) memberi impak kepada parti. Perkara yang sulit (mesyuarat PAS negeri) tidak boleh didedahkan kepada umum," kata Tuan Ibrahim.".

Jadi, mari kita dengar sendiri dan buat penilaian samada:

1.0 Benar2 Khalid Samad mengaku kesalahan beliau
2.0 Atau, Tuan Ibrahim Tuan Man silap faham
3.0 Atau, telah berlaku pembohongan ke atas Khalid Samad sendiri.

Selamat membaca.

Tulang Besi

JK Disiplin – Penjelasan Berhubung Pertuduhan
Saya telah dimaklumkan bahawa ramai yang tidak mengetahui pertuduhan yang telah dikenakan ke atas diri saya oleh Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang dimajukan kepada JK Disiplin. Oleh itu macam-macam andaian telah diutarakan melalui beberapa blog, e-mail dan SMS yang diterima. Oleh yang demikian, demi mengelak berlakunya kekeliruan dan fitnah yang lebih besar, maka saya ketengahkan tuduhan-tuduhan tersebut sepertimana ianya dikemukakan kepada saya. Saya sebutkan juga jawapan saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan, secara ringkas, bukan sebagai kritikan, bantahan atau mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh JK Disiplin, tetapi demi menjelaskan keadaan sebenar. Ianya juga akan menjadikan proses ‘perbicaraan’ diri saya lebih telus, supaya semua yang mengikuti persoalan ini dapat menilai proses berkenaan dan keadilan keputusannya.

Sebagai parti arus perdana, PAS mesti mampu menzahirkan keadilan dalam setiap tindakannya dan juga mempertahankannya sekiranya dipertikai. Bukan sekadar oleh ahli tetapi oleh anggota masyarakat keseluruhannya. Mad’u yang ramainya di luar sana tidak boleh diyakinkan hanya dengan menyebut kalimah wala’. Perkara inilah yang kadang kala terlupa oleh PAS sendiri. PAS bukan lagi parti pinggiran yang tidak dihiraukan oleh semua kelompok masyarakat. PAS merupakan parti arus perdana yang menawarkan diri sebagai alternatif kepada UMNO. Rakyat dan bukan hanya ahli, ingin melihat bagaimana kita bertindak dalam semua hal, termasuk cara PAS menegakkan keadilan di kalangan ahlinya.

Oleh itu ketelusan adalah amat penting dan perlu diamalkan. Keadilan bukan sekadar perlu dilaksana tetapi juga perlu dilihat terlaksana.

Sebenarnya, Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengemukakan tidak kurang dari 8 tuduhan terhadap diri saya tetapi hanya dua sahaja telah diterima sebagai ‘berasas’ oleh JK Disiplin. Aduan ini telah dilakukan oleh Dewan Harian tanpa membincangnya dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor itu sendiri. Dato PJ dengan mereka yang beliau sendiri lantik mengambil tindakan ini tanpa merujukkannya kepada BPPNS. Oleh itu, kalau ditanya YDP Kawasan, saya pasti semua tidak tahu apa tuduhan-tuduhan tersebut.

Dua tuduhan yang dianggap berasas dan jawapan balas saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan adalah seperti berikut:

1. PERTUDUHAN PERTAMA
“BAHAWA kamu Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 126504 telah dengan secara salah, dengan sengaja dan dengan pengetahuan dan tanpa hak, mempertikaikan kekuasaan dan kedudukan Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Selangor dalam membuat kenyataan berkait dengan tatacara pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Negeri Selangor dengan membuat desakan perletakan jawatan olehnya sedangkan sebagai PJ beliau memiliki hak istimewa (privilege) untuk berbuat demikian dan PJ adalah dilantik oleh Presiden Parti dan perbuatan itu kamu telah mencampuri urusan Presiden Parti dan hak bidangkuasa PJ dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan satu kesalahan di bawah Fasal 34 (4) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum dibawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.

Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Pertama ialah:

a) Saya menyatakan bahawa pertuduhan tersebut tidak tepat kerana saya tidak mendesak beliau meletak jawatan sebagai PJ. Saya sekadar menyatakan bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai exco dan menjadi seorang ‘back-bencher’ sekiranya beliau ingin mengkritik kerajaan PR Selangor. Ini adalah lebih wajar, lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri menyatakan teguran beliau dibuat dalam kapasitinya sebagai seorang exco dan bukan sebagai PJ PAS Selangor.

b) Saya juga menyatakan bahawa saya meminta pimpinan PAS untuk menilai prestasi beliau sebagai PJ dan saya tidak mendesak beliau letak jawatan sebagai PJ. Saya faham bahawa PJ dilantik oleh Presiden namun sebagai seorang ahli BPPNS saya merasakan diri saya berhak untuk meminta prestasi PJ dinilai. Lebih lebih lagi apabila mandat yang diberikan kepada beliau melalui Muktamar adalah untuk mengukuhkan PR di Selangor dan beliau jelas tidak melaksanakan amanah tersebut.

c) Saya turut menjelaskan bahawa saya telah keluarkan kenyataan membantah kenyataan PJ yang menyalahi semangat kerjasama PR. Ianya adalah demi membela dan menegakkan prinsip setiakawan PAS bersama PR. Ini merupakan tanggung jawab saya sebagai ahli PAS yang menerima keputusan Muktamar supaya PR dikukuhkan.

d) Saya turut bertanya samada mengkritik PJ dalam tindakannya yang bercanggah dengan keputusan muktamar adalah satu kesalahan. Soalan ini dijawab oleh salah seorang JK Disiplin dengan mengatakan bahawa itu adalah untuk JK Disiplin menentukan.

2. PERTUDUHAN KEDUA
“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.

Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Kedua ialah:

a) Saya bertanya apakah definasi ‘rahsia’. Saya turut menyebut bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah, saya tidak beranggapan begitu. Apa yang ditulis dalam blog saya adalah pandangan saya berhubung isu berkenaan dan oleh itu saya tidak menganggapnya sebagai ‘rahsia’ parti dan semenjak bila pula pandangan seseorang ahli dianggap rahsia parti?

b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.

Mungkin kenyataan saya “bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah” dianggap sebagai pengakuan kesalahan oleh Dato Tuan Ibrahim. Maka inilah yang menyebabkan beliau memaklumkan Malaysiakini bahawa saya sendiri mengaku bersalah, tetapi hakikat sebenarnya ia bukan satu pengakuan, tetapi sebaliknya merupakan satu soalan. Ini kerana, sekiranya semua perkara di dalam mesyuarat dianggap rahsia, maka saya kira sebahagian besar yang terlibat dalam mesyuarat PAS peringkat Pusat ataupun Negeri akan mendapati diri mereka telah melanggar displin parti.

Begitu juga dengan kenyataan beliau kepada Malaysiakini bahawa saluran dalaman perlu digunakan sekiranya ada yang tidak puas hati. Hakikatnya saya telah menggunakan saluran dalaman sejak dari awal 2008. Hasil menggunakan saluran dalaman adalah pemecatan diri saya sebagai TPJ Negeri Selangor. Selepas itu saya membuat beberapa aduan kepada pimpinan Pusat termasuk surat kepada DS Presiden tetapi malangnya tiada apa-apa tindakan ataupun maklum balas. Akhirnya berlaku peristiwa SelCAT dan EGM dicadangkan oleh TGNA untuk menapis keluar golongan anti-PR. Cadangan EGM ini ditukar kepada JK Disiplin dan inilah kesudahannya. Terpulang pada semua untuk menilai samada keputusan ini memenuhi hasrat EGM yang dicadangkan oleh TGNA. Sekiranya ‘ya’ maka Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka apakah persoalan EGM perlu dihidupkan kembali? Itu, fikirkan sendiri. Saya hanyalah sekadar ahli biasa.

Dalam mendengar jawapan saya kepada kedua-dua pertuduhan seperti di atas, pihak JK Disiplin tidak memberi indikasi samada jawapan tersebut dipersetujui atau sebaliknya. Mereka hanya mencatit tanpa sebarang respon dan soalan yang diajukan oleh mereka adalah sekadar untuk mendapat penjelasan berhubung sikap serta tindakan saya tanpa menyatakan persetujuan mereka atau sebaliknya.

Saya kemukakan pertuduhan dan jawapan saya untuk makluman umum kerana isu ini telahpun menjadi isu yang dibincang oleh ramai. Dengan maklumat ini semoga perbincangan ini akan lebih tepat kerana berasaskan maklumat dan bukan andaian. Ianya bukan soal SYABAS atau Puncak Niaga seperti yang disebut oleh beberapa bloggers, walaupun itu tetap merupakan persoalan yang masih belum dijawab.

Saya sama sekali tidak bertujuan membantah keputusan JK Disiplin dan saya harap tulisan ini tidak pula dianggap sebagai bantahan atau pendedahan ‘rahsia’ parti. Keputusan diterima dan saya akur dengannya. Saya yakin semua yang terlibat menyedari tanggung jawab mereka terhadap Allah dan tiada niat untuk menzalimi diri saya. Keadilan mesti dilakukan walaupun terhadap seorang musuh, apatah lagi terhadap seorang rakan perjuangan. Saya sendiri telah berpesan kepada Dato Tuan Ibrahim sebelum ini, “kalau saya bersalah, hukumilah saya dan jangan benarkan persahabatan kita menyebabkan Dato terpesong dari melakukan keadilan dan begitu jugalah hendaknya terhadap Dato PJ”. Maka, saya amat berharap itulah yang telah diusahakan beliau.

Berhubung soal rayuan, saya rasa semakin tidak berminat. Biarlah saya merayu kepada yang Maha Mendengar akan segala rayuan dan yang Maha Mengetahui akan kebenaran setiap satu rayuan. Memadailah saya merayu hanya kepada Allah, di depan rumahNya, insyaAllah. “HasbiyaAllah”. Semoga Dia selamatkan PAS dari golongan yang beragenda dan berkepentingan, sekiranya golongan seperti itu ada di dalam parti ini. Semoga Dia gagalkan agenda mereka ini serta melenyapkan pengaruh mereka selama-lamanya. Amin yaa Rabbul ‘aalamiin.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

15 comments:

Anonymous said...

Moga Allah Selamat kan PAS ..Amin Ya Allah..

PAS 4ever...gagalkan lah puak2 yang hendak rosakkan PAS...

maun said...

Keputusan yang dalam pemikiran ada haru biru...tidak memperkukuhkan parti..

Anonymous said...

Untuk semua ahli PAS, JK didiplin tak adil!
Berat sebelah.PAS kena reform atau bubarkan jer parti PAS , Khalid Samad tak bersalah..
Ini semua konspirasi UMNO!
Yg lebih elok...semua ahli PAS masuk jer DAP..parti yg paling tak bermasalah..parti paling cool!
Yes...tak lama lagi hancur lebur trus PAS ni...hee.heee..
TB..we salote you, keep up the good work!

jalak lenteng said...

Khalid Samad ni sebenarnya byk benda dia tak puas hati...dah lah dipecat drp jawatan Timb Pesuruhjaya, bertanding jawatan AJK PAS Pusat kat muktamar pun kalah, alik2 kena gantung pulak 6 bulan oleh JK Displin...

itu lah bahananya kalau kita terlalu utk menonjolkan diri kita terlalu bagus drp org lain....

Anonymous said...

KONPOM!!PAS dah jadi UMNO!!Dulu sy dah ciakap...PAS dah split in2 2 groups..lebih baik ahli2 PAS yg tak syok lagi dgn kempimpinan al dungu al kerbau al umno dlm PAS,keluarlah beramai ramai..jadi independen,masok,DAP,PKR..

Anonymous said...

Allaa..sebenranya,sistem politik PAS pun macam mat salleh jugak..disebalik kopiah,serban,hadith,quran,semunya unsur mat sarreh..

Anonymous said...

bila "moo pegang zakar UMNO',PAS kena tibai kow kow at N9..and sampai hari ini,tak dak teloq utk control/bicara para pukimak kopiah wallah yg berkote keraih dgn UMNO..why?..tetek rosmah banyak centek kot?tak dak daya utk menyelamtkan parti PAS dri anasir anasir haramjadah,tapi berkhayal khayal utk menyelamatkan melayu nationwide ..podah @hipokrits!!

Grand Marquis said...

TB, untuk mengubah lanskap politik Malaysia, saya lihat hanya revolusi yang boleh mengubahnya. Untuk menunggu sehingga 5 tahun sekali dengan harapan negara berubah melalui undi, adalah satu kesilapan.Sedangkan rata-rata instrumen kerajaan baik SPR atau Polis, Tentera atau kehakiman, semuanya telah dimandulkan. Revolusi sahaja dapat merubah negara. Ya, benar negara akan kucar kacir, tetapi jika kita pandai, ia tidak akan ambil masa yang lama pun. Lihat ukraine.

Tulang Besi said...


Grand Marquis said...
TB, untuk mengubah lanskap politik Malaysia, saya lihat hanya revolusi yang boleh mengubahnya. Untuk menunggu sehingga 5 tahun sekali dengan harapan negara berubah melalui undi, adalah satu kesilapan.Sedangkan rata-rata instrumen kerajaan baik SPR atau Polis, Tentera atau kehakiman, semuanya telah dimandulkan. Revolusi sahaja dapat merubah negara. Ya, benar negara akan kucar kacir, tetapi jika kita pandai, ia tidak akan ambil masa yang lama pun. Lihat ukraine.

February 3, 2010 10:50 AM
.

Benar, masaalahnya adalah kita sekarang menghadapi masaalah UMNO telah masuk dalam organisasi PAS sendiri.

Kita mesti bersihkan PAS terlebih dahulu sebelum kita boleh bicnang pasal revolusi.

Anonymous said...

Assalamu'allaikum wr wb
Mudah mudahan semua pihak mengambil iktibar pada apa yang berlaku....memberi komen membantu menyelesaikan kemelut ALhamduLillah...bagus menyatakan sepatutnya...menyatakan peraturan...ingatkan lah juga TAQWA dan TAWADUK...insyaAllah...mudahan ALLAH menyelamatkan dan memudahkan kita dunia akhirat

Anonymous said...

//Kita mesti bersihkan PAS terlebih dahulu sebelum kita boleh bicnang pasal revolusi//
aah..utk bersihkan PAS,perlu jadi revolusioner!if not,PAS will tenggelam with UMNO!

an important article frm pak ngah..

Akhirnya timbul persoalan mengapa “PAS membunuh diri” secara memalukan penduduk sekampong. Mengapa tidak memilih “HARAKIRI” yang nampak lebih kepahlawanan. Kita mula yakin kini PAS bukan bunuh diri tetapi di bunuh dari dalam. Siapakah pembunuhnya? Akan terserlah selepas PRU13 dimana PAS hanya tinggal Kelantan dan Kedah sahaja. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna nya.
.


- Pak Ngah

02.02.2010
http://www.marhaen.info/v2/mar_a_pakngah_08.html

Anonymous said...

Allah memang nak menyelamatkan,tetapi hamba hamba Allah nampak tak bermaya!!

Anonymous said...

oh begitu... drp pemahaman saya, YB Khalid Samad TIDAK MENGAKU BERSALAH. spt katanya, dia hanya bertanya utk penjelasan, takkan JK displin pas dungu sgt. gerammmmm!

yg terang2 bersalah bersengkokol dgn amno tak disalahkan tapi khalid samad pulak yg kena tembak (bukan kita semua tak tau, amno tu musuh no 1 yg penuh tipu daya). kalau macam ni barah dlm pas makin membiak sebab penyakit tak dirawat.

sedih baca doa YB khalid samad... saya mengaminkannya, mudah2an Allah mendengar doa kita.

Anonymous said...

What r the methods of iblis..mula mula hambakan rakyat,lepaih tu launch 3R(Rogol,Rampas,Rompak) everthing..la ni,Nachibai al Barbarian dah stat 2nd round of hostile attacks..kasi lui,tarik YB dri Pakatan(masok parti baru di Penang PCM)..kasi DSAi lingkup via pungkoq gate part2..kasi PAS hancur frm within..tapi,kalu kita dissect betui betui,kita akan dapati,pungkog banger Nachibai fail dlm segala usahnya..he failed in his cou d tat in perak which eneded up as stalemate and exposed the perak Royalties ..projek utk tawan S'gor gagal 2 kali!!(like a typical stupid moron,si nachbai awai awai dah disclose misi ni..)..pijak lembu,bakar surau/geraja,baling kepala babi..semua fail....dan dlm bye election,nachibai n geng kena sepak 7-2..semua plot/rancangan nachibai sedang backfire n its hitting them back!!

Monkey Code said...

So apa perkara sulit yang si Khalid ni dedahkan?

Walapun Firaun penuh dengan protokol2 dan rahsia2 nya....Tapi tetap bagi Musa A.S terus membantah dan tidak wala' kepada Firaun, walaupun Musa dibesarkan diistana Firaun.

Sama juga dengan Ibrahim A.S yang membantah dan tidak wala' pada protokol ayahanda dan Namrud laknatullah.

Kisah tidak wala' nya Musa kepada Firaun dan tidak wala' nya Ibrahim kepada Namrud di ketahui umum oleh rakyat awam pada zaman mereka masing2...hatta di ketahui (rahsia) mereka sampai le ke ummat manusia akhir zaman ni. Sebab apa jadi begitu...sebab Allah yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana yang mengetahui segala rahsia ingin memberitahu dan menghebahkan kepada manusia tentang kezaliman, kesesatan, keangkuhan dan segala komplot rahsia yang penuh dengan rancangan jahat Firaun dan Namrud kepada hamba2 Nya.

Tapi kelakarnya kerajaan kecil PAS (dibandingkan dengan kerajaan Firaun dan Namrud) yang berdiri naik disebabkan bantuan bangsa-bangsa lain...'NON MUSLIM', tiba2 mengatakan wakil kami YB Khalid itu telah melakukan satu kesalah yang tidak mengikut disiplin protokal islam wala' ala PAS itu.

So pegi mampus le dengan protokol2 wala' ala otak PAS yang menanggap apa yang YB Khalid umum kan kepada rakayat yang mengundi beliau sebagai wakil mereka melalui blog beliau itu adalah sebagai rahsia dan satu kesalahan. Bagi kami rahsia dan rancangan jahat lagi hudoh dan jijik yang Hassan Ali lakukan itu lebih berbahaya daripada cuba memesong kan (divert-turn over) ke issue salah laku displin pula.... seolah-olah itu lah yang lebih penting, dan konon nya YB Khalid tidak mengikut tertib dan tidak menegakkan protokol wala' bodoh PAS itu.

Kata orang putih, “Priority come first” (KEUTAMAAN), jangan jadi macam Umno..'matlamat menghalakan cara '.

“Kaki yang kena cancer, tapi tangan pula yang di potong kan”..
PUNYA LE BODOH DOCTOR YANG JENIS MACAM NI.

Beb...orang2 PAS, zaman internet ni susah le kau orang nak memperbodoh kan orang2 lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.