Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, February 5, 2010

Percubaan NAsruddin Tantawi Mempertahan Kezaliman Dilibas

NOTA EDITOR: Acap kali bila sudah tersepit dan terdedah pekung, puak-puak "TARBIYYAH" ini akan menggunakan alasan2 seperti "wala","thiqah"ukhuwah" dan sebagainya. Ini semua adalah konsep2 yang diajar melalui buku2 Ikhwan Muslimin. Yang menghairankan saya palajar2 kita di Mesir TIDAK DITARBIYYAH oleh Ikhwan Muslimin. JEmaah Ikhwan Muslimin di rantau Asia Tenggara adalah Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia. Konsep2 ini telah di"hijack" oleh beberapa kerat pimpinan Terengganu bagi membawa ahli-ahli PAS untuk memberi ketaatan membuta tuli kepada mereka. Ertinya kalimah2 ini di "hijack" untuk menyebarkan kesyirikan dalam PAS.

Kalau Nasruddin Tantawi seorang yang iltizam dengan Islam yang syumul, seharusnya beliau menulis artikel yang mempertahankan orang yang dizalimi i.e. Khalid Samad. Namun, Nasruddin Tantawi mahu menambah kezaliman itu dengan mengambil tindakan kepada Abdullah Karim.

Nasihat saya kepada Akhi Nasruddin Tantawi adalah "TUBU ILLAH TAUBATAN NASUHA". Hentikan kezaliman kau, kelak kamu akan disambar api neraka.

Tulang Besi

Rabu, Februari 03, 2010
Gerakan Islam, Parti Politik, Apa Tu?

Berbanyak maaf saya pohon kepada sahabat dan rakan karib saya, Ust Nasruddin Hassan kerana kiriman ini sekali lagi akan menyentuh mengenai ‘fikrah’nya.

Saya bukan ingin menyanggahinya secara membuta-buta tuli apatah lagi membabi-buta, tetapi saya sekadar ingin menghadamkan kefahaman saya sendiri berhubung dengan apa yang ditulisnya di dalam blognya.

Rujuk tulisannya berjudul ‘Jangan rosakkan jamaah’ – di sini.

Ada beberapa para di dalam tulisannya yang saya sukar hadami. Antaranya para bil 2 dan 6:

--------------------------------------

2. Justeru itu , Jamaah ini [ PAS ] mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata - mata . Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi yang tidak bercanggahan dengan syariat , namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah Gerakan Islam.

6. Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya merupakan satu episod untuk memudahkan usaha segelintir pihak yang kini sedang bekerja keras mahu mengikis penghayatan terhadap prinsip wala' , thiqah , ukhuwwah , dengar dan taat kepada arahan jamaah di dalam PAS .

-----------------------------------


Mengapa PAS perlu jadi dua dalam satu iaitu gerakan Islam dan parti politik? Kalau PAS jadi parti politik semata-mata, PAS bukan gerakan Islam. Kalau PAS adalah gerakan Islam, PAS tidak boleh menumpukan kerja-kerja parti politik semata-mata?

Kerja gerakan Islam ialah kerja tarbiah, perkaderan, amal tarbawi, elemen-elemen spiritual sementara kerja-kerja pilihanraya pula adalah kerja parti politik. PAS perlu jadi parti politik dan gerakan Islam sebab PAS melakukan kedua-duanya sekali. Macam mana?

Perlukah perjuangan PAS dijuzuk-juzukkan? Ini perjuangan PAS sebagai gerakan Islam dan ini pula perjuangan PAS sebagai parti politik. Di masjid PAS jadi gerakan Islam, di kotak undi PAS jadi parti politik.

Adakah gerakan Islam tidak boleh buat kerja politik dan parti politik tidak boleh buat kerja gerakan Islam? Sebab itu PAS perlu jadi kedua-duanya sekali, gerakan Islam dan parti politik untuk membolehkannya membuat kedua-dua kerja.

Tugas utama gerakan Islam ialah menyertai gerakan politik demokrasi. Tugas utama PAS sebagai parti politik pula apa dia?

Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik itu bagaimana pula? Adakah parti politik perlu menjadi gerakan Islam untuk melaksanakan kerja-kerja tarbiah? Dan, adakah pula gerakan Islam perlu melakukan kerja-kerja politik untuk menjadi parti politik?

Maafkan saya sebab saya keliru dengan fikrah tersebut.

Saya tidak pasti, ‘dualisme’ ini, PAS sebagai gerakan Islam dan parti politik adalah cedokan daripada fikrah mana, dalam keadaan saya tidaklah ‘bangang’ sangat dengan buku-buku tokoh Ikhwan walau pun tidak semuanya saya telaah.

Saya fikir kita perlu hentikan kekeliruan ini. Mungkin ada disebutkan dalam buku-buku tokoh Ikhwan bahawa gerakan Islam bukan gerakan politik, tetapi itu untuk realiti Ikhwan di Mesir ketika Ikhwan belum menyertai pilihanraya.

Fikrah sebegitu adalah relevan untuk tempat, masa dan realiti itu. Realiti PAS kini bukan realiti Ikhwan pada tahun 1970 an.

PAS bukan bergerak di Mesir tetapi di Malaysia dan PAS tidak pernah berhadapan dengan realiti yang dihadapi Ikhwan di Mesir. Tidak pernah PAS tidak masuk pilihanraya. Malaysia bukan Mesir.

Hanya kebelakangan ini sahaja Ikhwan Mesir menyertai pilihanraya. Sebelumnya tidak. Sistem perkaderan Ikhwan, tarbiahnya, keahliannya adalah jauh berbeza dengan PAS. Apa yang Ikhwan buat adalah betul untuk realiti yang dihadapinya.

Tetapi, PAS bukan Ikhwan.

Kini PAS adalah parti terbuka, berbilang bangsa bahkan akan menjadi parti berbilang agama sekiranya wujud Dewan Penyokong PAS. Ketika itu bentuk PAS sebagai gerakan Islam pula bagaimana?

Saya katakan, mari kita mempermudahkan urusan. Kita kata sahaja begini, PAS adalah parti Islam. Full stop. Saya ulang, PAS ADALAH PARTI ISLAM.

Usah dikelirukan dengan sekejap gerakan Islam, sekejap parti politik. Ini kerja gerakan Islam, ini kerja parti politik. PAS adalah gerakan Islam dan parti politik, perlu kedua-dua sekali.

Tak boleh jadi parti politik saja, kena jadi gerakan Islam sama. Tak boleh jadi gerakan Islam saja, kena jadi parti politik sama sebab nak masuk pilihanraya. Aduh…letihlah begitu.

PAS ADALAH PARTI ISLAM. FULL STOP.

Kita boleh buat semua kerja sebab PAS adalah parti Islam. Nama pun Parti Islam Semalaysia.

Kerja politik, dakwah, tarbiah, panjat pokok, gantung poster, kacau bubur, ceramah, usrah, qiamullail, qunut nazilah, debat, wacana, forum, diskusi, dialog… apa-apa lagilah, asalkan untuk mendaulatkan Islam boleh dibuat kerana PAS adalah parti Islam. Bukankah semua kerja itu adalah kerja Islam?

Saya teringat cerita seorang guru Tauhid yang mengajar saudara baru mengenai sifat Allah. Katanya, “Allah itu ada, lawannya tiada. Wajib ada, mustahil tiada. Dalil adanya Allah, adanya alam ini.”

Saudara baru itu keliru dan berkata, “Cakap betul-betullah, ada atau tiada. Sekejap ada, sekejap tiada, Sekejap pula, ada mau lawan sama tiada. Wajib, dalil, mustahil … itu apa? Cakap betul, ada atau tiada?”

Permudahkanlah, jangan menyusahkan. Bukankah itu ajaran agama kita?

49 comments:

Anonymous said...

Hangpa tau tak!Sifat Tuan TB ni!!
1.Kalau puji nik aziz!
2.Kalau puji hussam!
3.Kalau masuk belah khalid samad!
4.Kalau sokong anuar!

Dia syokla!!!Masuk syurga semua!!!Oiii!mana ada pemimpin yang betui semua!!!!

1.Kalau puji puak hadi awang!
2.Kalau kata hassan din betuiii!!

Salah belaka!!masuk neraka memanjanggg!!Oiii!puak hang tu betui semua ka!!!

1.Kalau masuk belah amno!
2.Kalau puji pemimpin umno!
3.Kalau suruh pas dan umno bersatu!

Kena kutuk memanjang!masuk neraka memanjang!!Oiii!!berjuta puak umno yang lebih alim dari hangla!!!

Rumusan: MENTAL KOT SI TB NI!!!!!
GM!hang bawak dia jumpa doktor satttt!!!!!Takut jadi macam di n.9 tempohari!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Apa nak kecoh2, PAS..huh..party yang konon nya memperjuangkan Islam tapi hampas!
Lebih banyak mengkafirkan orang islam sendiri dari mengislamkan orang kafir!
Hakikat perjuangan PAS adalah peti undi..hu..hu.hu..

Sama jer hubud dunia!

Anonymous said...

Tuan,
Apa pendapat tuan berkenaan semalam TGNA dilaporkan oleh BERNAMA semalam (4/2/2010) bahawa PAS lebih baik muzakarah ngan UMNO dari dok bergocoh. Agak2la kalau betul apa yang dilapor tu, tuan nak join tak muzakarah tu?

Tulang Besi said...

Yang kafirkan UMNO ni adalah UMNO sendiri bila kamu menghalalkan arak, judi dan qazaf

Sebatang kara said...

Salam TB,

Sebelum saya nak mintak maaf la ngan saudara TB. Semakin hari saya baca artikel TB nih semakin melalut saya melihatnya. Saya ingat TB dah perasan sampai darjat DEWA di mana boleh menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang TB mahu.

Terus terang saya katakan secara peribadi saya kurang bersetuju dengan hukuman ini, tetapi beliau telah diberikan peluang untuk membuat rayuan tetapi KS juga tidak terlepas dari sikap ego untuk tidak merayu. Berdasarkan artikel terbaru beliau, beliau lebih suka menyerang JK disiplin melalui blog daripada mengikut saluran yang disediakan iaitu melalui rayuan.

Berkaitan artikel sebelum ini berkaitan tajaan Hotel Renainsance, tuduhan mesti adil Tuan TB. Tuan TB tak nak buat tuduhan ke pasal tajaan pakej haji RM65k TGNA.

Pasal perasaan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan sekarang, sama-samalah kita tunggu Muktamar pemilihan yang akan datang. Masuk bertanding, protes melalui peti undi. PAS bukan macam UMNO yang mengamalkan sistem kuota. TB cadangkan YB KS jadi Presiden dan kita pakat-pakat sokong. TB pulak calonkan diri untuk jawatan TP, kita tengok berapa orang nak sokong TB. Macam tulah gentleman, bukan macam Hamba Allah sorang kat Pahang tuh, tak gentleman, lempaq batu sembunyi tangan.

Wassalam.

Tulang Besi said...

Terus terang saya katakan secara peribadi saya kurang bersetuju dengan hukuman ini, tetapi beliau telah diberikan peluang untuk membuat rayuan tetapi KS juga tidak terlepas dari sikap ego untuk tidak merayu. Berdasarkan artikel terbaru beliau, beliau lebih suka menyerang JK disiplin melalui blog daripada mengikut saluran yang disediakan iaitu melalui rayuan.

Berkaitan artikel sebelum ini berkaitan tajaan Hotel Renainsance, tuduhan mesti adil Tuan TB. Tuan TB tak nak buat tuduhan ke pasal tajaan pakej haji RM65k TGNA.
.

Wow, samakan pegi haji dengan duduk hotel mewah. Hebat hujjah saudara ni.

Saya setuju Khalid Samad tidak merayu. Apabila beliau merayu bererti beliau bersetuju dengan hukuman tersebut.

Apabila beliau bersetuju dengan hukuman tersebut, maka beliau bersetuju dengan tuduhan beliau mendedahkan rahsia parti.

Sebatang kara said...

TB kata

Wow, samakan pegi haji dengan duduk hotel mewah. Hebat hujjah saudara ni.

Bukan Pasal pergi Haji itu yang jadi masalah. Pasal tajaannya, harus juga disiasat kalau benar TB seorang yang jujur dan ikhlas dalam menegakkan kebenaran. Walaupun dengan tujuan yang mulia sekalipun tapi dari sumber yang diragui yang ditakuti boleh membawa kepada dosa yang besar. Bukankah Islam menolak kaedah matlamat menghalalkan cara. Juga sebelum ini TB kerap kali mengcanangkan agar setiap pemimpin PAS harus bersederhana agar ahli bawahan tidak akan berkecil hati apbila melihat kemewahan. Saya sebagai penyokong kuat dan telah menjadikan beliau sebagai idola saya semenjak di bangku sekolah lagi sememangnya terkejut dan tergugat kepercayaan saya kepada beliau apabila mendengar berita bahawa beliau sudi menerima tawaran mengerjakan haji RM65k dari pihak swasta. Bukankah ini satu bentuk bermewah-mewah. Dengan RM65K saya ingat boleh digunakan oleh 5-6 orang lagi untuk mengerjakan Haji.

TB habaq lagi,

Saya setuju Khalid Samad tidak merayu. Apabila beliau merayu bererti beliau bersetuju dengan hukuman tersebut.

Apabila beliau bersetuju dengan hukuman tersebut, maka beliau bersetuju dengan tuduhan beliau mendedahkan rahsia parti.

Sedikit pertanyaan untuk TB. TB adalah penyokong kuat DSAI. Adakah DSAI bersetuju dengan hukuman fitnah liwat yang dikenakan ke atas beliau apabila merayu hingga ke Peringkat Mahkamah Persekutuan. Maknanya beliau juga bersetuju dengan fitnah tuduhan liwat ke atas beliau apabila merayu hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Tulang Besi said...

Sedikit pertanyaan untuk TB. TB adalah penyokong kuat DSAI. Adakah DSAI bersetuju dengan hukuman fitnah liwat yang dikenakan ke atas beliau apabila merayu hingga ke Peringkat Mahkamah Persekutuan. Maknanya beliau juga bersetuju dengan fitnah tuduhan liwat ke atas beliau apabila merayu hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan..
Benar sebab beliau terpaksa melepaskan diri beliau dari penjara, bukan? Khalid Samad kena jail ke?

Tulang Besi said...

Walaupun dengan tujuan yang mulia sekalipun tapi dari sumber yang diragui yang ditakuti boleh membawa kepada dosa yang besar. Bukankah Islam menolak kaedah matlamat menghalalkan cara.
Apakah yang haramnya dari segi sumber. Syarikat tersebut TIDAK MENDAPAT KONTAK dari Tok Guru Nik Aziz. Betul tak? Kalau Sebatang Kara tak suka, pergilah buat laporan pada SPRM?
Lama dah saya cabar orang buat begitu.

Jangan pandai cakap je

Tulang Besi said...

Saya sebagai penyokong kuat dan telah menjadikan beliau sebagai idola saya semenjak di bangku sekolah lagi sememangnya terkejut dan tergugat kepercayaan saya kepada beliau apabila mendengar berita bahawa beliau sudi menerima tawaran mengerjakan haji RM65k dari pihak swasta. Bukankah ini satu bentuk bermewah-mewah. Dengan RM65K saya ingat boleh digunakan oleh 5-6 orang lagi untuk mengerjakan Haji..

Bagi saya ianya hanya sedikit bermewah kalau kita tengok Tok Guru telah menolak berapa banyak elaun pribadi yang berjumlah lebih beberapa juta ringgit.

Tulang Besi said...

Nnti Sdr TB boleh adu mcm2. Termasuk adukan bhw TGHH mnta tlg Najib bg jawatn Menteri bhgian agama. Sdr TB kn pandai mencipta cerita lalu menimbulkn persepsi negatif. Apatah lg ramai org berimankan persepsi dewasa ini. Sebijik mcm Sdr TB. Quran dan Hadith ntah campak ke mana. Wallahua'lam.

Pertama yang saya akan adu adalah tindakan Ustaz NAsa dan Hasan Ali mendedahkan rahsia parti pada sumber UMNO.

Yang kedua adalah tindakan Harun Din melanggar keputusan parti secara terbuka.

Yang ketiga adalah tindakan beberapa Ahli Majlis Syura melanggar Perlembagaan Parti dengan membenarkan perjumpaan dalam gelap dengan UMNO

Tulang Besi said...

Ya Allah, jika benar TB merosakkn jemaah Islam, maka Engkau berilah peluang kpdnya utk kmbali ke jalan yg benar. Tetapi Ya Allah, jika gilanya semakin menjadi, kami serahkn urusan ini kpdMu Ya Allah. Bantutkan peracncangn jahatnya Ya Allah dan selamtkn lah PAS dr anasir2 jahat dalam dan luar. Ameen.
Dah dua tahun dah puak2 macam hang berdoa macam ni. Namun, aku tengok rezeki aku makin dimurahkan Allah SWT. Dan hidup aku makin bahagia, Alhamdulillah.
Jadi berenti lah buat doa yang akan makan tuan.
Berhenti jadi pak turut dan kemudian panggil tindakan tu “wala’”. Kita wala’ pada Allah dan Rasul

Anonymous said...

Ibnu Yusoff AlQurawi

UMNO PUN DIA HENTAM, SAMA-SAMA DALAM PAS PUN DIA HENTAM, MUFTI PUN DIA HENTAM, ZUL NORDIN PUN DIA HENTAM. YANG DIA TAK HENTAM ANWAR IBRAHIM,LIM KIT SIANG, LIM GUANG ENG DAN PADRI HERALD. PEJUANG ISLAM APA MACAM NI? HIDUP DS HJ ABDUL HADI, HIDUP HARON DIN, HIDUP NASRUDDIN, HIDUP NASARUDIN, HIDUP IBRAHIM TUAN MAN, HIDUP..........KERAJAAN PERPADUAN ISLAM.

Sebatang kara said...

TB habaq

Apakah yang haramnya dari segi sumber. Syarikat tersebut TIDAK MENDAPAT KONTAK dari Tok Guru Nik Aziz. Betul tak? Kalau Sebatang Kara tak suka, pergilah buat laporan pada SPRM?
Lama dah saya cabar orang buat begitu.

Jangan pandai cakap je

Saya yang tanya TB, kenapa TB tak buat laporan kat JK disiplin. Jangan pandang sebelah pihak jerr. Satu lagi, bukankah isu ini telah menimbulkan fitnah dan telah dijadikan modal oleh pihak lawan untuk menghentam kita. TGNA sebagai seorang pemimpin dan ulama' yang disegani harus fikir dahulu kesan dan musibahnya sebelum menerima tawaran tersebut. Saya diberitakan akibat daripada isu ini kepercayaan rakyat terhadap TGNA telah sedikit tergugat. Satu lagi pasal syarikat tersebut tak dapat kontrak ngan TGNA, yang tu saya tak tahu, tapi apa yang diberitahu syarikat tersebut rapat ngan Ariffahmi.

TB habaq lagi,

Benar sebab beliau terpaksa melepaskan diri beliau dari penjara, bukan? Khalid Samad kena jail ke?

Saya rasa TB nih dah lama sangat duduk kat luar negara, sampai hal dalam negara pun duk bercelaru lagih tak paham, tapi cakap berdegaq-degaq cam tahu segalanya. DSAI sampai ke lani tak pernah mengaku akan fitnah tersebut. TB dengaq sini, dalam sistem kehakiman kita, rayuan semakan kehakiman samada mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan adalah untuk mengenepikan keputusan mahkamah yang dibuat sebelumnya. Maknanya di sini seseorang tertuduh itu tidak diperlukan untuk mengaku akan tuduhan yang dikenakan ke atasnya untuk mengenepikan keputusan mahkamah sebelumnya. Maknanya YB KS bolehlah merayu untuk mempertahankan diri dan membersihkan nama beliau. Tidak semestinya merayu beliau dikehendaki mengaku akan kesalan beliau.

dan TB habaq lagi,

Bagi saya ianya hanya sedikit bermewah kalau kita tengok Tok Guru telah menolak berapa banyak elaun pribadi yang berjumlah lebih beberapa juta ringgit.

Bagi saya adalah lebih baik untuk TGNA gunakan elaun yang sepatutnya diperuntukkan untuk beliau daripada menerima tajaan daripada pihak swasta yang telah mengundang fitnah dari musuh kita.


Dan seterusnya kata TB,

Kalau Sebatang Kara tak suka, pergilah buat laporan pada SPRM?

Ini bukan masalah rasuah atau tidak, tapi dah jadi persepsi. Masyarakat mula menyamakan PAS dengan UMNO kerana persepsi tersebut.

Sebatang kara said...

Anon kata

UMNO PUN DIA HENTAM, SAMA-SAMA DALAM PAS PUN DIA HENTAM, MUFTI PUN DIA HENTAM, ZUL NORDIN PUN DIA HENTAM. YANG DIA TAK HENTAM ANWAR IBRAHIM,LIM KIT SIANG, LIM GUANG ENG DAN PADRI HERALD. PEJUANG ISLAM APA MACAM NI?

Yang nih saya sokong 100%. Inilah rupa sebenar saudara TB.

Sebatang kara said...

TB ghoyak,

Dah dua tahun dah puak2 macam hang berdoa macam ni. Namun, aku tengok rezeki aku makin dimurahkan Allah SWT. Dan hidup aku makin bahagia, Alhamdulillah.

TB jangan riak dan takabur. TB tak belajar ker istilah istidraj.

yes said...

Saudara TB,

Saya tak boleh terima hujan saudara yang mengatakan biarlah TGNA bermewah sedikit pergi haji sebab dia telah pun tidak menggambil alowance nya sebagai menteri besar. Perkara yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul. Dengan menyedekah kan allowance nya tentu lah Allah akan memberi ganjaran padanya. Tetapi ini tidak bermakna dia boleh menerima pemberian yang akan menimbulkan fitnah dan boleh membawa kapada rasuah. Apatah lagi pemberian itu termasuk untuk anak isteri dan menantu.

Sebenarnya saudara TB, kadang kadang bila kita suka kan seseorang kita nampak yang baik nya sahaja dan jika kita bencikan seseorang kita nampak yang jahat nya sahaja. Contohnya, jika seseorang itu kuat makan, kepada orang yang kita suka kita akan katakan dia mempunyai selera yang baik dan jika kita tak suka kita kata dia pelahap.

Bagaimanapun, saya adalah peminat blog saudara, ada kalanya saya setuju dan ada kalanya tidak. Teruskan mnulis, tulisan saudara membawa pembaca berfikir. Terima kasih.

Tulang Besi said...

Saya yang tanya TB, kenapa TB tak buat laporan kat JK disiplin. Jangan pandang sebelah pihak jerr. Satu lagi, bukankah isu ini telah menimbulkan fitnah dan telah dijadikan modal oleh pihak lawan untuk menghentam kita. TGNA sebagai seorang pemimpin dan ulama' yang disegani harus fikir dahulu kesan dan musibahnya sebelum menerima tawaran tersebut. Saya diberitakan akibat daripada isu ini kepercayaan rakyat terhadap TGNA telah sedikit tergugat. Satu lagi pasal syarikat tersebut tak dapat kontrak ngan TGNA, yang tu saya tak tahu, tapi apa yang diberitahu syarikat tersebut rapat ngan Ariffahmi..

Nak buat laporan macamana kalau Tok Guru Nik Aziz dah tolak tawaran tu. Laporan atas kesalahan yang tidak dilakukan? Logik ke tidak?

Tulang Besi said...

Saya rasa TB nih dah lama sangat duduk kat luar negara, sampai hal dalam negara pun duk bercelaru lagih tak paham, tapi cakap berdegaq-degaq cam tahu segalanya. DSAI sampai ke lani tak pernah mengaku akan fitnah tersebut. TB dengaq sini, dalam sistem kehakiman kita, rayuan semakan kehakiman samada mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan adalah untuk mengenepikan keputusan mahkamah yang dibuat sebelumnya. Maknanya di sini seseorang tertuduh itu tidak diperlukan untuk mengaku akan tuduhan yang dikenakan ke atasnya untuk mengenepikan keputusan mahkamah sebelumnya. Maknanya YB KS bolehlah merayu untuk mempertahankan diri dan membersihkan nama beliau. Tidak semestinya merayu beliau dikehendaki mengaku akan kesalan beliau..

Laaa, apa kau ngarut ni? Rayuan yang dibuat DSAI untuk keluarkan diri beliau dari penjara. Betul atau tidak?

Cuba jawab soalan ni dulu.

Sebatang kara said...

yes kata

Sebenarnya saudara TB, kadang kadang bila kita suka kan seseorang kita nampak yang baik nya sahaja dan jika kita bencikan seseorang kita nampak yang jahat nya sahaja. Contohnya, jika seseorang itu kuat makan, kepada orang yang kita suka kita akan katakan dia mempunyai selera yang baik dan jika kita tak suka kita kata dia pelahap.

Bagaimanapun, saya adalah peminat blog saudara, ada kalanya saya setuju dan ada kalanya tidak. Teruskan mnulis, tulisan saudara membawa pembaca berfikir. Terima kasih.


Saya setuju apa yang diperkatakan oleh saudara yes. Ada kalanya kita suka membuat kritikan berdasarkan sentimen semata-mata tanpa mengambil kira akan perkara di sebaliknya.

Tulang Besi said...

UMNO PUN DIA HENTAM, SAMA-SAMA DALAM PAS PUN DIA HENTAM, MUFTI PUN DIA HENTAM, ZUL NORDIN PUN DIA HENTAM. YANG DIA TAK HENTAM ANWAR IBRAHIM,LIM KIT SIANG, LIM GUANG ENG DAN PADRI HERALD. PEJUANG ISLAM APA MACAM NI?

Yang nih saya sokong 100%. Inilah rupa sebenar saudara TB.
.

Ertinya, bila hentam kena tengok orang bukan tengok hujjah?
PAtutlah orang2 macam hang ni sokong Perpaduang. Otak tak tahu nak pakai?

Tengok hujjahlah bukan tengok orang.

Nak hentam Lim Guan Eng juga kalau dia tak buat salah jugak ke? Apa punya bangsa bangang korang ni

Tulang Besi said...

Dah dua tahun dah puak2 macam hang berdoa macam ni. Namun, aku tengok rezeki aku makin dimurahkan Allah SWT. Dan hidup aku makin bahagia, Alhamdulillah.

TB jangan riak dan takabur. TB tak belajar ker istilah istidraj.
.

Dah takda point la ni. Bila berdoa tak jadi, nak suruh kita belajar istidraj pula. Lepas ni apa lagi alasan kao nak bagi.

Kao ni kaki auta macam GM tak ori jugak

Tulang Besi said...

Saya tak boleh terima hujan saudara yang mengatakan biarlah TGNA bermewah sedikit pergi haji sebab dia telah pun tidak menggambil alowance nya sebagai menteri besar. Perkara yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul. Dengan menyedekah kan allowance nya tentu lah Allah akan memberi ganjaran padanya. Tetapi ini tidak bermakna dia boleh menerima pemberian yang akan menimbulkan fitnah dan boleh membawa kapada rasuah. Apatah lagi pemberian itu termasuk untuk anak isteri dan menantu..

Saya dah tulis artikel kalau tak setuju sila buat laporan pada SPRM.
Bagi saya kalau Tok Guru bukan MB pun, dia akan dapat tawaran macam ni jugak.

jadi tak jadi masaalah.

Sebatang kara said...

TB habaq,

Laaa, apa kau ngarut ni? Rayuan yang dibuat DSAI untuk keluarkan diri beliau dari penjara. Betul atau tidak?

Memang betui apa yang TB cakap tuh. Tapi tak pernah pulak DSAI pi mengaku kat hakim mahkamah Rayuan/Persekutuan untuk melepaskan diri dari penjara. Macama kes YB KS, saya tak pernah pulak suruh YB KS pi mengaku, cuma pi buat rayuan untuk membersihkan nama beliau. Saya sendiri merasakan kerugian jika orang seperti YB KS tidak berada dalam jemaah PAS. TB ada pahammmmm.

Sebatang kara said...

TB habaq,

Yang nih saya sokong 100%. Inilah rupa sebenar saudara TB..

Ertinya, bila hentam kena tengok orang bukan tengok hujjah?
PAtutlah orang2 macam hang ni sokong Perpaduang. Otak tak tahu nak pakai?

TB yang sebenarnya hentam tengok oghang tak tengok hujah. TB hentam Harun Din pasal isu Nama Allah pasal tak sependapat dengan YB KS yang menjadi idola TB. TB juga berterus-terusan menghentam TGHA walaupun isu UG dah lama tutup buku. TB hentam lagi TGHA ngan Ustaz Nasha bila mereka pergi Hadir majlis Maal Hijrah yang juga dihadiri Dr. Yusuf Qardawi. Lagi TB hentam mana-mana ulama yang tak sependapat dengan YB KS dan TB pasal isu nama ALLAH.

Sebatang kara said...

TB habaq mai,

Dah takda point la ni. Bila berdoa tak jadi, nak suruh kita belajar istidraj pula. Lepas ni apa lagi alasan kao nak bagi.

Kao ni kaki auta macam GM tak ori jugak

Saya tak pernah berdoa keburukan untuk TB sebab TB takdak salah apa ngan saya. Cuma saya nasihatkan TB agar TB jangan duk riak dan takbur sangat.

Sebatang kara said...

TB ghoyak,

Saya dah tulis artikel kalau tak setuju sila buat laporan pada SPRM.
Bagi saya kalau Tok Guru bukan MB pun, dia akan dapat tawaran macam ni jugak.

jadi tak jadi masaalah.


Tadi saya dah habaq kat TB, bukan masalah rasuah atau tak, tapi masalah persepsi masyarakat. TB habaq kalau TGNA bukan MB pun dia akan dapat tawaran macam tuh. Kenyataan macam nih saya tak setuju 100%. Beratus tok guru pondok kat Kelantan, saya tak pernah dengaq ada syarikat korporat nak taja buat haji mewah.

Tulang Besi said...

TB yang sebenarnya hentam tengok oghang tak tengok hujah. TB hentam Harun Din pasal isu Nama Allah pasal tak sependapat dengan YB KS yang menjadi idola TB. TB juga berterus-terusan menghentam TGHA walaupun isu UG dah lama tutup buku. TB hentam lagi TGHA ngan Ustaz Nasha bila mereka pergi Hadir majlis Maal Hijrah yang juga dihadiri Dr. Yusuf Qardawi. Lagi TB hentam mana-mana ulama yang tak sependapat dengan YB KS dan TB pasal isu nama ALLAH..

Ya ka YB KS tu idola aku? Kalau aku sebut Yusuf Qardhawi idola aku kau percaya ka tidak? Benda tak tentu haram kao nak suruh aku haramkan? Itu ka maksud hang?
Hang belajaq agama kat mana ni?

Tulang Besi said...

Saya tak pernah berdoa keburukan untuk TB sebab TB takdak salah apa ngan saya. Cuma saya nasihatkan TB agar TB jangan duk riak dan takbur sangat..

Takbur amendenya? Aku cerita fakta bukan takbur. Kenapa hang buat cerita tak tentu pasal ni?
Puak UG suruh hang buat macam tu ka?

Sebatang kara said...

TB said,

Ya ka YB KS tu idola aku? Kalau aku sebut Yusuf Qardhawi idola aku kau percaya ka tidak? Benda tak tentu haram kao nak suruh aku haramkan? Itu ka maksud hang?
Hang belajaq agama kat mana ni?

Yang nih TB lagi duk melalut. Bila masa saya suruh TB haramkan daripada benda yang tak tentu haram. Yang saya tengok TB duk menghentam membuta tuli. TB hentam, Harun Din pasal tak sependapat ngan TB, ngan YB KS dan DSAI. Ketua Pemuda PAS pun TB hentam pasal tak sama pendapat ngan TB walaupun diberikan huraian panjang lebaq. TB hentam ibarat TB dalam golongan Ulama terbilang, taraf dahulu kala. Ingat TB, Imam yang empat pun ada berbeza pendapat tetapi mereka tak pernah nak menghentam antara satu sama lain.

Sebatang kara said...

Takbur amendenya? Aku cerita fakta bukan takbur. Kenapa hang buat cerita tak tentu pasal ni?
Puak UG suruh hang buat macam tu ka?

Memang TB takabur. TB sewenang-wenangnya menghukum pemimpin PAS yang lain, masuk neraka lah, berlaku zalim lah, inilah Takbur tahap DEWA. Harun Din yang tak setuju ngan YB KS pun tak pernah menghukum YB KS sampai masuk neraka ataupun hentam YB KS membuta tuli.

Sebatang kara said...

Tadi TB habaq:

Puak UG suruh hang buat macam tu ka?


Demi Allah, saya Pro UG pun bukan Pro PR pun bukan. Saya hanya penyokong setia PAS yang biasa, cuma belum daftar jadi ahli lagi. Insya Allah akan cuba daftar buat masa terdekat nih.

Tulang Besi said...


Memang TB takabur. TB sewenang-wenangnya menghukum pemimpin PAS yang lain, masuk neraka lah, berlaku zalim lah, inilah Takbur tahap DEWA. Harun Din yang tak setuju ngan YB KS pun tak pernah menghukum YB KS sampai masuk neraka ataupun hentam YB KS membuta tuli.
.

Sahlah hang ni geng UG. Sewenang-wenang buat fitnah macam ni.

hang ni maksum ka, buleh sebar fitnah pasal orang macam ni sesuka hati.

Ni ka ajaran Islam yang kao belajar? Buat fitnah tu halal?

Semua tuduhan kau takda bukti walau sikit pun.

KAO MEMANG KAKI FITNAH.

Tulang Besi said...


Memang TB takabur. TB sewenang-wenangnya menghukum pemimpin PAS yang lain, masuk neraka lah, berlaku zalim lah, inilah Takbur tahap DEWA. Harun Din yang tak setuju ngan YB KS pun tak pernah menghukum YB KS sampai masuk neraka ataupun hentam YB KS membuta tuli.
.

Sahlah hang ni geng UG. Sewenang-wenang buat fitnah macam ni.

hang ni maksum ka, buleh sebar fitnah pasal orang macam ni sesuka hati.

Ni ka ajaran Islam yang kao belajar? Buat fitnah tu halal?

Semua tuduhan kau takda bukti walau sikit pun.

KAO MEMANG KAKI FITNAH.

Sebatang kara said...

TB habaq,

Sahlah hang ni geng UG. Sewenang-wenang buat fitnah macam ni.

hang ni maksum ka, buleh sebar fitnah pasal orang macam ni sesuka hati.

Ni ka ajaran Islam yang kao belajar? Buat fitnah tu halal?

Semua tuduhan kau takda bukti walau sikit pun.

KAO MEMANG KAKI FITNAH.


Betui hapa saya cakap. Sewenang-wenang TB cakap dia tuh masuk neraka, dia ni masuk neraka laa. Ini TB sendiri yang cakap, buka saya yang cakap.

Sebatang kara said...

TB cakap,

Nasihat saya kepada Akhi Nasruddin Tantawi adalah "TUBU ILLAH TAUBATAN NASUHA". Hentikan kezaliman kau, kelak kamu akan disambar api neraka.

Bukankah itu salah satu nak menghukumkan oghang masuk neraka tuh.

Sebatang kara said...

Sebelum ini TB ada mengatakan nak hentam oghang biaqlah berdasarkan hujjah, bukannya oghang itu sendiri. Oleh itu saya bawakan satu hujjah daripada saudara GM walaupun kita tahu beliau nih penyokong UMNO totok.




KOTA BHARU 4 Feb. – Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu UMNO dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama.

“Lima puluh tahun UMNO bertengkar dengan Pas apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti Pas, apa hasilnya melainkan bertengkar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. – Bernama


p/s: kenapa TB tak hentam TGNA pasal isu nih. Kalau TGHA yang buat statement macam nih, alamak nanti tak cukup tanah la TGHA kena hampuk ngan TB dan juga ngan geng-geng pro PR.

Grand Marquis said...

Saya ucapkan selamat berjaya kepada Sebatang Kara dalam debat dengan TB. Hari ini anda merasa sendiri perangai beliau.

Sebatang kara said...

GM cakap,

Saya ucapkan selamat berjaya kepada Sebatang Kara dalam debat dengan TB. Hari ini anda merasa sendiri perangai beliau.


GM jangan nak jadi batu api antara saya ngan TB pulak takut TB anggap saya ni Barua UMNO pulak.

Grand Marquis said...

SK, lama sikit hang debat dengan dia memang dia akan cop hang sebagai barua UMNO, cybertrooper UMNO dan lain-lain gelaran.

Konsep TB mudah, either you are with me or you are barua UMNO.

Sebatang kara said...

GM kata:

Konsep TB mudah, either you are with me or you are barua UMNO.

Yang nih saya setuju ngan GM walaupun kita berlainan kem.

Anonymous said...

alahai...
pada TB!pada GM!pada sebatang kara!
Walau belain kem!hangpa bersatu saja laaa!!tak payah ketegaq sangat!!!!!
puak yang tak dak kem!dah muak dengan kebodohan hangpa!!bodo dalam berpolitik!tak macam puak kapiaq harbi dan zimi!!!

Tulang Besi said...

GM,

Kalau hang dah banyak kali menegakkan benang basah, jangan nak hasut orang lain pulak.

Aku dah lama berdebat dgn SK ni.

Sebelum hang masuk dlm blog ni sk ni dah jadi tetamu.

Hang tu yang degil nak terus dgn UMNO walaupun hang tau UMNO sesat dan menyesatkan.

Bila takda hujjah nak merengek2 kat orag lain pulak.

Anonymous said...

Dialog: Nik Aziz ajak Umno kembali pada Islam | Print | E-mail
Dzulfikar Mashoor
KOTA BHARU, 5 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menyuarakan niat supaya PAS dan Umno boleh berdialog atas kepentingan Islam, sebagaimana yang telah pun dilakukan dalam Forum Kalimah ‘Allah’ yang melibatkan tokoh-tokoh dari agama Islam, Kristian dan Buddha.

“Kalau boleh, majlis sebegini (dialog) dibuat antara PAS dan Umno,” jelas beliau selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Pemikiran Islam Semasa, anjuran Tabung Amanah Tok Kenali dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mempersoal kewajaran tindakan Umno menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS sejak 50 tahun yang lalu.

“50 tahun Umno bertengkar dengan PAS, apa hasil? Umno menggunakan masa yang begitu banyak, kepakaran begitu banyak, kewangan yang begitu banyak melawan gerakan Islam yang dibawa oleh PAS,” jelas beliau di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Kota Bharu.

Ujarnya lagi, sejak PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, Umno acap kali mempersenda keupayaan PAS dalam membangunkan kerajaan negeri.

Pun begitu, sejak Pakatan Rakyat menguasai Kelantan, Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, menurut beliau, Umno tidak berupaya meneruskan pertengkaran dengan PAS menggunakan isu-isu ‘pembangunan’ seperti dua dekad sebelum ini.

“Masalah pembangunan, PAS buat juga. Sekarang ini pula, (pembangunan di) Pulau Pinang orang lain pula (Pakatan Rakyat dan DAP) pula buat, pembangunan negara tidak (dilakukan) Umno (semata-mata).

“Jadi, tak ada sebab langsung PAS bertengkar dengan Umno disebabkan pembangunan, tidak semestinya Umno boleh buat, sesiapa saja yang memegang negeri, mereka buatlah.

“Sekiranya komunis yang pegang Kelantan, maka komunislah yang buat pembangunan,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan harapan supaya para cendekiawan Islam di dalam Umno berfikir tentang tujuan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

“Jadi, tolong fikirlah 50 tahun Umno bertengkar dengan PAS (sedangkan) PAS ini dibuat (ditubuhkan) oleh alim ulamak Umno.

“Ulama Umno (yang) tubuh Partubuhan Islam Se-Tanah Melayu (yang) kemudiannya (ditukar) Parti Islam Se-Malaysia (PAS), jadi apa pentingnya Umno nak bertengkar dengan PAS sedangkan PAS bawa Islam,” katanya.

Katanya lagi, orang Melayu tidak mengira kaum guru, peladang dan sebagainya pada tahun 1946 semuanya menyertai Umno, tetapi sebahagian daripada mereka kemudiannya meninggalkan Umno pada tahun 1952 kerana Umno tidak komited memperjuangkan Islam di tanah air.

“Jadi, tokoh-tokoh agama Umno tolong fikir apa yang saya cakap ini,” jelasnya.

Turut menyertai kenyataan media bersama-sama Nik Aziz, Ketua Pengarah akhbar mingguan The Herald Tuan Lawrence Andrew dan Naib Presiden Malaysia Consultative Council Buddist, Christian, Sikh, Hindu and Tao (MCCBCSHT) Cawangan Kelantan Loo Choo Siang yang masing-masing merupakan panel forum, mewakilil agama Kristian dan agama Buddha.

Anonymous said...

BRo..everything belongs to ALLAh..and ALLAh listen to prayers frm every religion,every path,betui tak?..the problem is bro,we r only familiar with xternal things(which is a full of sh!t)..instead of becoming hamba Allah,we have become hamba of our external surface,hawa nafsu..that's why lot's of things,including religious institutions,plus our ularmaks have become 1st class kelentong specilaits..they too have thier ambitions,pride,ego,desire to be "hebat'..and tantawi oso nak tunjuk he is mr sombody..moreover,by alligning with puak yg dah ada kuasa,dui is the shortest way to be mr.somebody.mr hebat

Anonymous said...

But people dont realise,our external/material surface always changes..hehe..so,let those fokkers join with puak joli kaki,fun all the time,makan/berak/kongkek non stop,SHOW ME DA MONEH!!..hehe..let them join..dont stop them..more the merrier..eh..i hear the the pied piper playing his seruling..hehe

Anonymous said...

Ada manusia (Tulang Besi) kat atas tu tulis:

"Yang kafirkan UMNO ni adalah UMNO sendiri bila kamu menghalalkan arak, judi dan qazaf"

--**--

Ambo nak mintak hang taubat. Benda/ayat begitu tak boleh buat main2 kata sahaja. UMNO TIDAK PERNAH menghalalkan arak dan judi.

Kerajaan UMNO/BN bagi lesen untuk penjualan arak dan tempat judi ; ya!

Saya kat Kota Bharu, Kelantan..., yang dah 20 tahun bawah pemerintahan PAS yang diterajui Nik Aziz, Mursyidul 'Am PAS dengan sukacita menjemput anda ke Kota Bharu dan 'lihatlah dengan mata anda sendiri', bahawa arak masih dijual di Kota Bharu, dan diberi lesen oleh MPKB untuk meneruskannya. Apakah saya nak katakan bahawa Nik Aziz pun menghalalkan arak? Tidak!

Kat Kedah tu macamana? Kat Selangor tu, macamana? Saya tak nak tuduh melulu.

Tak perlu Nik Aziz atau PAS mengharamkannya, kerana saya & seluruh umat Islam tahu bahawa arak itu diharamkan oleh Islam.

Kenapa UMNO/BN masih benarkan arakdijual? Jawapannya sama dengan apa yang Nik Aziz sendiri nak jawab.

Pastinya, menuduh orang lain menghalalkan benda yang mereka sendiri tidak halalkan, itu fitnah yang jahat..., dan balasannya di akhirat nanti amat berat..!

Bertaubat lah..!

Anonymous said...

salam, bukankah tujuan pas masuk pilihanraya untuk menegakkan negara islam?

Tulang Besi said...

Ambo nak mintak hang taubat. Benda/ayat begitu tak boleh buat main2 kata sahaja. UMNO TIDAK PERNAH menghalalkan arak dan judi.

Kerajaan UMNO/BN bagi lesen untuk penjualan arak dan tempat judi ; ya!

Saya kat Kota Bharu, Kelantan..., yang dah 20 tahun bawah pemerintahan PAS yang diterajui Nik Aziz, Mursyidul 'Am PAS dengan sukacita menjemput anda ke Kota Bharu dan 'lihatlah dengan mata anda sendiri', bahawa arak masih dijual di Kota Bharu, dan diberi lesen oleh MPKB untuk meneruskannya. Apakah saya nak katakan bahawa Nik Aziz pun menghalalkan arak? Tidak!
.

Bang, ada ka syarikat arak di Kota Baru tu sampai untung besar sampai boleh jadi “Blue Chip” di KLSE?
Pakai otak la, boleh tak?

Tok Guru ada lantik orang MElayu Islam untuk duduk dalam Lembaga Pengarah Carlsberg atau Guiness Anchor?

Tok Guru ada benarkan arak dijual untuk membuat keuntungan besar-besaran?
Lagi sekali saya cakap, pakai otak la bila bercakap. Boleh tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.