Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, February 4, 2010

Rahsia Yang Khalid Dedah Adalah Penajaan Puncak Niaga Untuk Muktamar PAS di Shah Alam

Benar sekali kenyataan Pak Bakaq@ Penarik Beca dalam artikel beliau yang bertajuk “Tahniah UMNO (2)” bahawa rahsia sebenar yang didedahkan Khalid Samad adalah penajaan Puncak Niaga terhadap Muktamar PAS di Shah Alam.

Kalau kita rujuk pertuduhan Khalid Samad:

“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.”.

Satu pertuduhan yang kelakar dan sangat dangkal. Pertama sekali tidak dinyatakan:
a. Masa kesalahan berlaku
b. Tarikh kesalahan berlaku
c. Tempat kesalahan berlaku
d. Butiran rahsia yang didedahkan oleh Khalid Samad

yang telah didedahkan oleh Khalid Samad.

Selepas itu, Tuan Ibrahim kerap mengulangi tuduhan Khalid Samad mendedahkan rahsia parti, namun dari pertuduhan di atas jelas TIADA RAHSIA yang didedahkan oleh Khalid Samad.

Malahan, Khalid Samad sendiri di dalam kenyataannya berkata:

b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.”

Ini jelas satu kezaliman kepada Khalid Samad serta perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana manusia yang mengucap dua kalimah syahadah. Lebih-lebih kalau manusia itu mengaku memperjuangkan Islam.

Bagaimana Allah SWT hendak menurunkan pertolonganNya kepada PAS sekiranya PAS sendiri melakukan kezaliman terhadap ahli dan penyokong mereka sendiri?

RAHSIA INILAH YANG MENJADI PUNCA KHALID DISABITKAN KESALAHAN

Alasan mendedahkan rahsia mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor adalah alasan yang tidak berasas. Ia sebenarnya alasan bagi menyorok motif yang lebih utama: menghukum Khalid Samad kerana mendedahkan kepada umum bahawa Puncak Niaga telah menaja Muktamar PAS Shah Alam. Benar sekali kata Pak Bakaq@Penarik Beca

Kalau tiada penajaan dari Puncak Niaga masakan PAS Selangor mampu menempah bilik2 yang begitu mahal untuk beberapa pimpinan yang dilketahui PRO UMNO.



Mengapa tiada bilik untuk:
a. SU Agung - Dato Kamaruddin Jaafar
b. Ketua Penerangan – Saudara Mahfudz Omar
c. Naib-Naib Presiden-
d. Bendahari PAS Pusat

Apa urusan Roslan SMS, Suwardi Yaakob dan Dr Samsuri untuk mendapat bilik di Concorde Hotel. Apa bisnis Mustafa Ali dapat satu bilik sedangkan beliau Cuma Pengarah JPPP sahaja?

(Suwardi Yaakob yang telah menipu MAIS pun ada dalam senarai jugak ke?)

Bukankah lebih baik wang itu dibelanjakan untuk mengurangkan beban para perwakilan yang telah mengeluarkan wang sendiri untuk datang ke Muktamar di Shah Alam itu?

Untuk melihat kualiti bilik yang ditempah di Concorde Hotel, sila klik di sini .

Salah satu dari 8 pertuduhan Dewan Harian Selangor kepada Khalid adalah pendedahan Khalid sewaktu Muktamar PAS di atas tajaan Puncak Niaga ini. Dikatakan pertuduhan itu tidak “lekat”. Tapi sebenarnya ia lekat, cuma disorok dalam bentuk lain.
Hakikat JK Disiplin tidak mampu memberitahu apa rahsia yang didedahkan Khalid membuktikan bahawa inilah rahsia utama yang menyebabkan Khalid dihukum.

Kita semua telah membaca tulisan Khalid Samad selepas isu SELCAT dan tiada apa-apa rahsia yang Khalid dedahkan dalam blog beliau. Hanya sekadar pendapat pribadi beliau sahaja.

Namun kenyataan Tuan Ibrahim MENEKAN sungguh kononnya Khalid Samad telah MENDEDAHKAN RAHSIA PARTI. Apa nak jadi dengan Dato Tuan Ibrahim? Siapa yang Dato Tuan Ibrahim hendak berbohong dengan? Ahli2 PAS bukan bodoh dan bukan dunggu.

Ahli2 PAS dilatih menentang kezaliman dan menolak kemungkaran. Apa yang Dato Tuan Ibrahim buat ini adalah satu kemungkaran dan satu kezaliman.

Selepas berperangai begini, saya nasihatkan Tuan Ibrahim pergilah menyertai UMNO. UMNO adalah tempat untuk orang-orang yang kerap melakukan kezaliman dan kemungkaran. PAS adalah tempat untuk orang-orang yang menentang kemungkaran dan kezaliman.
Bersedialah Dato Tuan Ibrahim menerima pembalasan Allah SWT.

Tulang Besi

22 comments:

fadli said...

hahahaha kelakar laaa


pasnih selipar tok guru hilang .. pon nak di salah kan umno gaks.

kembara putih said...

Roslan SMS yang rumah di Selangor pun nak menginap di hotel juga? Bagi la pada pemimpin2 jauh macam Mahfuz Omar @ Mat Sabu.

pemerhati said...

Tulang Besi,

Apa yang dapat kita lihat dari keputusan penghakiman terhadap Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad adalah menutup pekong yang telah terselak oleh pihak yang bersubahat.

Sebenarnya Tuan Ibrahim hanyalah seorang (seekor) keldai yang diamanahkan untuk memikul beban yang dia sendiri tidak mampu memikulnya.

Perwatakan yang ditunjukkannya dikhalayak ramai iyu tidak lebih dari sebuah pepatung yang digerak-gerakkan oleh seorang pengarah.

Sama seperti apa yang berlaku terhadap presiden parti.... kita lihat presiden bercakap tetapi sebenarnya menggunakan skrip dan suara orang lain.

Sebagai ahli PAS, anda tentu tahu kelebihan dan kekurangan Tuan Ibrahim dalam jemaah PAS...oleh kerana itu salahkan Tuan Ibrahim seorang diri memang tidak berbaloi.

Kewibawaan beliau sememangnya tidak layak menerajui jk tatatertib yang disandangnya sekarang, kelayakan beliau sudah dilihat oleh ahli yang berfikir bahawa beliau dilevelkan sebagai "bodoh tidak boleh diajar...", akan bertambah bangang lagi keadaan dirinya jika terus dikutuk.....

Orang yang patut diburu dan dipersalahkan adalah orang dibelakang Tuan Ibrahim. Siapa mereka...? Apakah mereka itu bersendirian atau berkumpulan...?

Mungkin mereka sedang ketawakan anda sebagai ahli PAS yang bangang kerana wala' yang tidak bertempat.....?

Sebenarnya lembaga inilah yang sedang giat mengkucar-kacirkan perpaduan yang cuba dipupuk oleh Nik AZiz dalam Pakatan Rakyat.

Lembaga ini juga yang telah melakukan sihir terhadap presiden parti sehingga beliau dilihat begitu bodoh untuk berkata-kata benar dan tidak mampu membuat keputusan demi kepentingan parti.

Kita tidak boleh melihat sesuatu kerenah itu dari luar saja tetapi kita kena lihat punca masaalahan itu dari luar dan dalam.... kita perlu tahu siapa tok dalangnya. Dengan cara ini mudah lah kerja-kerja membaik pulih.

Hanya ahli PAS saja yang mengenali siapa petualang dalam PAS.... nak cerita apa lagi....?

Grand Marquis said...

Nampak sangat TB ni saja nak timbul fitnah. Kalau tengok pada booking list tu, ada seperti ETD, DLD, STD.

Kita ni bukan kerja di Concord, tapi boleh agak, ETD tu mungkin Executive Double room, DLD tu mungkin Deluxe Double dan STD tu mungkin Superior/Standard Double.

Tapi saja nak bagi nampak buruk, TB bagi link kat Premier Room. Nak kasi nampak gempak. Inilah dasar penulisan nak timbulkan fitnah.

Anonymous said...

What rahsia?..YB Khalid Samad's fiery speech @ muktamar Shah Alam,disclosed puncak niaga involvement..

Anonymous said...

Segala niat jahat farksi umno dah diexposed..that's the reason why YB Khalid Samad kena hukuamn..but the farksis dont realise,it's they who will kena sepak by the public..

Tulang Besi said...

Blogger Grand Marquis said...

Nampak sangat TB ni saja nak timbul fitnah. Kalau tengok pada booking list tu, ada seperti ETD, DLD, STD.

Kita ni bukan kerja di Concord, tapi boleh agak, ETD tu mungkin Executive Double room, DLD tu mungkin Deluxe Double dan STD tu mungkin Superior/Standard Double.

Tapi saja nak bagi nampak buruk, TB bagi link kat Premier Room. Nak kasi nampak gempak. Inilah dasar penulisan nak timbulkan fitnah.

February 4, 2010 1:34 PM
.

Lihat, Blogger UMNO mempertahankan juak2 mereka dalam PAS.

kesemua bilik2 di atas adalah MAHAL tidak kira apa kelas pun.
Dan dua bilik di atas itu adalah TERMAHAL di Concorde, yakni satu untuk Presiden dan satu lagi untuk Suwardi Yaakob.

Di Concorde Shah Alam, mereka hanya ada dua bilik itu sahaja.

So, tolong jawab bagi pihak juak awak, kenapa bilik2 mahal ini disewa? Mana mereka dapat duit?

Dan kenapa pemegang jawatan lain tak daapt bilik?

Jawab GM jangan tak jawab.

Tulang Besi said...



Tapi saja nak bagi nampak buruk, TB bagi link kat Premier Room. Nak kasi nampak gempak. Inilah dasar penulisan nak timbulkan fitnah.
.

Sebab Premier Room yang dua tu telah DIBOOKING juga. Dan dari page tu memang dah ada option untuk pegi ke bilik lain.

Kao pegi tengok ke tidak?

Bagus lagi GM yang tulin tu lebih berfakta tulisan mereka.

GM palsu ni mengarut tak habis habis.

Mana bukti rumah urut yang kau kata banyak kat Sleangor tu?

Apasal ubah topik ni? Cepat la bagi bukti aku tgh tunggu ni

Anonymous said...

Me thinks there is only one GM,and might be one of Mahataikk's k0k likurs frm Perdana Foundation....GM's split personaliti also fits Raja kelentong Kamaruddin..

Anonymous said...

Tak dak cara lain lah bro..must revolt..if not PAS will down with UMNo..

Anonymous said...

sniper

tok dalangnya adalah stopa ali la, atau `polis` alias inspektor sahab, yang akan menerima laporan dan menyiasat. takkan inspektor sahab ni nak siasat kesalahan geng perpaduang sendiri. Habis hancur jemaah macam ni. Mereka nilah anai anai sebenarnya.

Demi menyelamatkan jemaah islam ni, EGM HARUS DIADAKAN SEGERA, SEPERTI MANA KATA TGNA, UNTUK MEMBERSIHKAN 2-3 KERAT ORANG YANG BERMASALAH.....memang stopa ali & geng perpaduang bawak banyak masalah la......blah la woiiiiiii

daud burueh said...

keputusan 21 ibrahim boneka menguatkan azam saya untuk memastikan
barua barua umno yang diketuai dsha
diberambuskan secepat mungkin.

ALLAH PASTI PELIHARA PAS dari
diperlatkan oleh barua umno.

Kapten Zero said...

Ularmak yang bodoh tentang politik dan disiplin tidak baik dilantik jadi JK Disiplin.Kata Jeff OOI Mereka semua sampah dalam abad 21. Kita mahu ketua kita pada abad ke 21 orang warak ; zuhud dan cerdik untuk berdepan dengan UMNO/BN; bukan ular - mak yang pencacai ,bodoh dan bangang yang akan sewenang2nya akan ditipu oleh umno/bn dgn sogokan duit dan pangkat.

Azha said...

Ust Tuan Ibrahim pun jawab ikut blog! Hari tu marah orang guna blog untuk bincang hal parti. PAsni, jangan marah orang guna blog lagi ye.

Anonymous said...

Ust Tuan merupakan Hakim. Mana ada hakim yang jawab apabila orang kritik keputusan dia. Itu amalan semua hakim di komanwel atau negara Islam.

Hakim Augustine Paul pun tidak jawab apabila orang kritik keputusan dia.

Ibnu Ali said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu Ali said...

salam.

Cuba buka ni:

http://www.khalidsamad.com/2009/09/mesyuarat-badan-perhubungan-pas-negeri.html

mungkin ini yang dimaksudkan membocorkan rahsia mesyuarat.

Anonymous said...

Apalah halnya TB ni? Sekarang nak ungkit siapa dapat bilik besar, siapa bilik kecil. Kenapa? Kau tak puas hati geng-geng kau tak dapat bilik besar jugak?

Orang yang duduk bilik-bilik tu, kecil ka besar ka, tak ada ungkit dan bising macam kau.

Engkau ni TB tak layak panggil diri ahli jemaah. Sebab engkau sebenarnya menghancurkan jemaah.

Nanti semua ustaz-ustaz baik yang UMNO mahupun yang PAS kau label sebagai jahat. Yang baik hanya kau sahaja dan golongan-golongan yang suka mengata, mengumpat dan memfitnah orang saja.

Anonymous said...

Ana sokong pandangan Anon 5.27pm 4.2.10,memang kepala dan Godfather Geng Perpaduang ni Mustafa Ali.Suara dan kata-kata Hadi Awang adalah suara ,kata-kata dari otak Mustafa Ali.Beliau punya 5 orang penasihat yang semua ada PHD termasuk bekas S/U Politik Presiden.Think-Tank inilah yang planning Kerajaan Perpaduang.Mereka ini ada dapat manufaat besar sekiranya PAS bergabung dengan UMNO - naik pangkat ditempat mereka mengajar.
Kapotan Zoro buat komen yang betul.Dalam abad ke21 ini,sekadar ulamak saja tak akan berjaya memimpin parti politik.Tuan Brahim Tuan Man hanya sesuai untuk kuliah Magrib atau kuliah Subuh saja,nak pegang jawatan Pengerusi JK Disiplin PAS Pusat belum layak lagi.Apatah lagi dalam suasana huru-hara diIbu Pejabat PAS tu,dimana ":tunggul-tunggul" lapuk dari Trengganu sedang berkeliaran.Inilah keadaan PAS yang akan menghadapi PRU ke13.Semoga Allah menyelamatkan PAS.

Anonymous said...

tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima.

Monkey Code said...

TITM dan Saya.
http://www.khalidsamad.com/2010/02/titm-dan-saya.html

YB Khalid...U r a real Statesman. May Allah bless u n the rakyat, Amin

Grand Marquis said...

TB, nak tak nak tulis surat kata Jawatankuasa Disiplin Pas untuk kenakan tindakan pada Nik Aziz ke? TAk sangka Nik Aziz pun sokong UG.

KOTA BHARU 4 Feb. – Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu UMNO dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama.

“Lima puluh tahun UMNO bertengkar dengan Pas apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti Pas, apa hasilnya melainkan bertengkar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.